matematik - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/jnjk...

88
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2015 PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN MATEMATIK Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Upload: dohanh

Post on 02-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti2015

PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

MATEMATIK

Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Page 2: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

Diterbitkan olehJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2015

© Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara

elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Page 3: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
Page 4: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

i

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.

Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.

Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan sendiri.

Selamat Maju Jaya.

DatO’ SERI MaHDZIR BIN KHaLID

Kata Alu-AluanMENtERI PENDIDIKaN MaLaYSIa

Page 5: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

ii

Kata Alu-AluanKEtUa PENGaRaH PELaJaRaN MaLaYSIa

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan negara.

Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

DatO’ SRI DR. KHaIR BIN MOHaMaD YUSOf

Page 6: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

iii

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik.

SELaMat MaJU JaYa DaN SaLaM 1MaLaYSIa.Sekian, terima kasih.

(DatO’ HaJI MaHMUD BIN KaRIM)

Kata Alu-AluanKEtUa NaZIR SEKOLaH

Page 7: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

iv

JaWataNKUaSa PENERBItaNBUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

MatEMatIK

PenasihatDato’ Hj. Mahmud bin Karim

Ketua Nazir SekolahJemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi 1Hjh. Normah binti Ismail KMN

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

Pengerusi 2Encik Hashim bin Mohd Zin

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

timbalan PengerusiDr. Harery bin Abu Saad

Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

SetiausahaIshak Bin Arif

Ketua Penolong Pengarah

ahliDr. Marina binti Ismail (JNJK)

Khor Mui Kim (JNJK)Baynum binti Hassan (JNJK)

Ab. Aziz bin Mat Harun (JNJK)Aziah binti Hashim (JNJK)

Hj. Hairul Azman bin Mohd Hata (JNJK)Wan Hazlina binti Wan Hitam (JNJK)

Zarina binti Abdullah (JNJK)Hj. Badrul Hisham bin Abd Lemik (BPSH)

Mohd Osmira bin Mohd (BPK)Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

Page 8: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

v

ISI KaNDUNGaN

Bil tajuk Muka Surat Kata Alu-aluan YB Menteri Pendidikan Malaysia i Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii Jawatankuasa Penerbitan iv Isi Kandungan v Pengenalan vii Objektif Buku Panduan Pengurusan ix

BaB 1 PROfIL Mata PELaJaRaN MatEMatIK 1.1 Pendahuluan 11.2 Matlamat Pendidikan Matematik 11.3 Objektif Pendidikan Matematik 21.4 Kandungan Kurikulum Matematik 61.5 Peruntukan dan Sebaran Waktu Kelas Matematik 10 BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN 2.1 Pendahuluan 132.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 132.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 142.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran Matematik 152.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 162.6 Peranan Ketua Panitia Matematik 172.7 Peranan Setiausaha Panitia Matematik 192.8 Peranan Guru Mata Pelajaran Matematik 192.9 Pengurusan Mesyuarat Panitia Matematik 212.10 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran Per Kapita 212.11 Program Perkembangan Staf 232.12 Pengurusan Fail atau Dokumen 242.13 Pengurusan Bilik Khas Matematik 252.14 Pengurusan Persatuan Matematik 25

BaB 3 PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN 3.1 Pendahuluan 273.2 Aspek Pengajaran dan Pembelajaran 29

Page 9: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

vi

3.3 Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan 38 Pembelajaran Matematik 3.4 Penerapan Elemen dalam Pengajaran dan pembelajaran 43 BaB 4 PENtaKSIRaN 4.1 Pendahuluan 504.2 Peperiksaan Awam 504.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 524.4 Pentaksiran Sekolah bagi Matematik 594.5 Kerja Projek Matematik Tambahan 624.6 Garis Panduan Am Mengenai Pelaksanaan Kerja Projek 63 Matematik Tambahan BaB 5 PENYELIaaN 5.1 Pendahuluan 665.2 Tujuan Penyeliaan 665.3 Bidang Penyeliaan 675.4 Prinsip Penyeliaan 695.5 Peringkat Penyeliaan 695.6 Tindakan Penambahbaikan 71 RUJUKaN 72

Page 10: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

vii

PENGENaLaN

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

faLSafaH PENDIDIKaN KEBaNGSaaN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

MISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara

Profesional, Berkualiti dan Beretika.

Page 11: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

viii

OBJEKtIf JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran

dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti

penaziran;

ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya

menjadi efektif dan cekap;

iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak

dalam bidang pendidikan;

iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat

yang cekap dan berkesan;

v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara

berterusan dalam bidang penaziran; dan

vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan negeri

dan pejabat pendidikan bahagian/ daerah bagi memastikan nasihat dan

syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi perhatian.

Page 12: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

ix

OBJEKtIf BUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN MatEMatIK

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Matematik adalah

seperti berikut:

i. Membolehkan pengetua/ guru besar mengetahui peranannya sebagai

pemimpin kurikulum yang profesional.

ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan pengetua dan guru besar

menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses pengajaran

dan pembelajaran Matematik dengan berkesan.

iii. Membolehkan Ketua Panitia Matematik mengurus dan mentadbir panitia

dengan berkesan.

iv. Membolehkan guru mata pelajaran Matematik mengurus dan melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan berkesan.

v. Membantu guru bukan opsyen Matematik memahami matlamat, objektif,

pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata pelajaran Matematik.

vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru

penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Matematik) dalam melaksanakan

pengurusan persatuan.

vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia

dan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik tentang cara meningkatkan

penguasaan dan prestasi Matematik di sekolah.

Page 13: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

1

BaB 1PROfIL Mata PELaJaRaN MatEMatIK

1.1 PENDaHULUaN

Matematik merupakan salah satu bidang yang dapat mengembangkan

intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang,

analisis dan pemikiran abstrak. Pembelajaran mata pelajaran Matematik

menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan secara kreatif dan

mengalami keseronokan apabila dapat mengetahui sesuatu yang baharu. Murid

mengembangkan kemahiran berfikir, numerasi, penaakulan dan menyelesaikan

masalah melalui aplikasi matematik. Pengalaman sedemikian meningkatkan

minat murid mempelajari mata pelajaran Matematik di luar bilik darjah dan

seterusnya di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.2 MatLaMat PENDIDIKaN MatEMatIK

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah mulai 2011 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bermula

pada 1988 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara. Kurikulum

Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid yang

dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia

merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani setiap murid. Ia juga

memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan dan perkembangan

pemikiran kritis, kreatif serta inovatif.

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran

Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,

kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah

dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik

secara berkesan dalam kehidupan harian.

Page 14: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

2

Matlamat Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula bertujuan

untuk membentuk individu yang berfikrah matematik, berketrampilan

mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan

bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan,

supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian

dengan perkembangan sains dan teknologi.

Matlamat Matematik Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan matematik secara

mendalam agar murid berupaya menggunakan matematik secara berkesan

untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah, dan juga bagi memastikan

murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran

serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya berkaitan dengan sains

dan teknologi.

1.3 OBJEKtIf PENDIDIKaN MatEMatIK

Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah membolehkan murid:

a. Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik

dalam pelbagai konteks.

b. Memperluas penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab

dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan

Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian.

c. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan idea dalam matematik, di

antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan

harian.

d. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta

penggunaan simbol dan istilah yang betul.

e. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk

diaplikasikan dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi

menyelesaikan masalah.

Page 15: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

3

f. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam

kehidupan harian.

g. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik

dan perkaitannya.

h. Menghargai dan menghayati keindahan matematik.

i. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk

teknologi maklumat dan komunikasi untuk membina kefahaman konsep

dan mengaplikasikan ilmu matematik.

Fokus pengajaran dan pembelajaran Matematik Kurikulum Standard Sekolah

Rendah memberi keutamaan kepada pemahaman dan penguasaan pengetahuan

bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik

yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara

matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu penyelesaian masalah,

komunikasi, penaakulan, membuat perkaitan dan perwakilan serta penggunaan

teknologi dalam matematik.

Pada akhir peringkat pendidikan sekolah rendah, bersesuaian dengan tahap dan

potensi, murid hendaklah:

a. Mempunyai keupayaan intelektual yang merangkumi pemikiran rasional,

kreatif dan kritis.

b. Menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan

seharian.

c. Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.

d. Memiliki kualiti kepimpinan dan keyakinan diri.

e. Menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia.

f. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.

g. Memahami dan menghargai budaya.

h. Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi.

i. Menguasai asas keusahawanan dan produktiviti.

Page 16: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

4

j. Mengamalkan nilai-nilai murni.

k. Bersemangat patriotisme.

l. Berbakat dan kreatif.

m. Bersikap positif.

Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula membolehkan murid:

a. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan

dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

b. Memperluas penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab

dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

c. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:

i. Membuat anggaran dan penghampiran

ii. Mengukur dan membina

iii. Memungut dan mengendali data

iv. Mewakilkan dan mentafsir data

v. Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik

vi. Menggunakan algoritma dan perkaitan

vii. Menyelesaikan masalah

viii. Membuat keputusan

d. Berkomunikasi secara matematik.

e. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

f. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

g. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep,

menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu

matematik.

h. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik

secara berkesan dan bertanggungjawab.

i. Bersikap positif terhadap matematik.

j. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Page 17: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

5

Fokus pengajaran dan pembelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah adalah untuk memberi murid suatu pengalaman yang mengandungi

kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa; kesepaduan antara

tajuk mata pelajaran Matematik yang dipelajari; kesepaduan antara mata

pelajaran Matematik dengan mata pelajaran lain; dan kesepaduan antara mata

pelajaran Matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.

Sehubungan konsep kesepaduan ini, proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Matematik perlu diberikan tumpuan khas dalam aspek

keseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran,

penggunaan matematik dalam situasi sebenar, memperkembangkan

kemahiran penyelesaian masalah, memperkenalkan sejarah matematik,

memupuk nilai murni masyarakat Malaysia dan mempertingkatkan penggunaan

dan penguasaan bahasa Melayu.

Matematik Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula

membolehkan murid:

a. Memperluas ketrampilan dalam bidang Nombor, Bentuk dan Perkaitan

serta memperoleh pengetahuan dalam kalkulus, vektor dan

pengaturcaraan linear.

b. Memperkukuh kemahiran penyelesaian masalah.

c. Memperkembangkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, serta

menaakul secara mantik.

d. Membuat kesimpulan dan pengitlakan yang munasabah berdasarkan

maklumat yang diberi.

e. Menghubungkaitkan pembelajaran Matematik dengan kegiatan harian

dan kerjaya.

f. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam

menterjemahkan dan menyelesaikan masalah kehidupan harian.

g. Menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat.

h. Menghubungkaitkan idea matematik dengan keperluan dan aktiviti

manusia.

Page 18: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

6

i. Menggunakan perkakasan dan perisian untuk meneroka matematik.

j. Mengamalkan nilai intrinsik matematik.

Pada akhir peringkat pendidikan sekolah menengah, bersesuaian dengan tahap dan

potensi, murid hendaklah :

a. Mempunyai keupayaan intelektual.

b. Berilmu pengetahuan dan membangunkan penguasaan kemahiran.

c. Berkemahiran mengaplikasi bidang-bidang ilmu dan kemajuan teknologi

yang baharu.

d. Memperoleh kecekapan yang berfaedah kepada dirinya dan

masyarakat.

e. Berkeyakinan diri.

f. Mempunyai kesedaran terhadap persekitaran.

g. Memperlihatkan pemantapan nilai.

h. Mempunyai semangat patriotisme.

i. Memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan.

j. Berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga.

k. Memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan terhadap diri

sendiri dan orang lain.

l. Sedar dan tahu tugas serta peranannya dalam masyarakat dan agama.

m. Berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya dengan keluarga,

persekitaran, alam fizikal, kejadian alam dan Pencipta.

1.4 KaNDUNGaN KURIKULUM MatEMatIK

Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kandungan Kurikulum Matematik Sekolah Rendah dirangkumkan mengikut

empat bidang pembelajaran iaitu Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri;

Perkaitan dan Algebra; dan Statistik dan Kebarangkalian.

Page 19: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

7

NOMBOR DaN OPERaSI SUKataN DaN GEOMEtRI• Nombor Bulat• Penambahan• Penolakan• Pendaraban• Pembahagian• Operasi Bergabung• Pecahan• Perpuluhan• Wang• Peratus

• Masa dan Waktu• Ukuran Panjang• Jisim• Isipadu Cecair• Bentuk Tiga Dimensi• Bentuk Dua Dimensi

PERKaItaN DaN aLGEBRa StatIStIK DaN KEBaRaNGKaLIaN• Nisbah dan Kadaran• Koordinat

• Perwakilan Data• Pengurusan Data• Kebolehjadian

Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kandungan Kurikulum Matematik Sekolah Menengah diatur mengikut tiga

bidang utama, iaitu: Nombor; Bentuk dan Ruang; dan Perkaitan. Konsep

matematik berkaitan bidang masing-masing diatur mengikut topik.

NOMBOR BENtUK DaN RUaNG

• Nombor Bulat• Pecahan• Perpuluhan• Peratusan• Nombor Negatif• Gandaan dan Faktor• Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa

Tiga, Punca Kuasa Tiga• Bentuk Piawai• Asas Nombor

• Ukuran Asas • Garis dan Sudut • Poligon • Perimeter dan Luas • Binaan Geometri • Lokus dalam Dua Matra • Bulatan • Pepejal Geometri • Teorem Pythagoras • Trigonometri • Bearing • Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk • Garis dan Satah dalam Tiga Matra • Plan dan Dongakan • Bumi sebagai Sfera • Transformasi

Page 20: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

8

PERKaItaN

• Indeks• Ungkapan Algebra• Rumus Algebra• Persamaan Linear• Ketaksamaan Linear• Ungkapan dan Persamaan Kuadratik• Koordinat• Garis Lurus

• Graf Fungsi• Kecerunan dan Luas di bawah Graf• Nisbah dan Perkadaran• Ubahan• Matriks• Set• Penaakulan Matematik• Statistik• Kebarangkalian

Matematik tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kandungan kurikulum Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej

pembelajaran iaitu Pakej Teras dan Pakej Elektif.

a. Pakej Teras adalah wajib dipelajari oleh semua murid dan mengandungi

lima komponen iaitu Geometri, Algebra, Kalkulus, Trigonometri dan

Statistik.

b. Pakej Elektif terdiri daripada dua pakej aplikasi iaitu Aplikasi Sains dan

Teknologi, dan Aplikasi Sains Sosial.

Murid perlu memilih hanya satu pakej aplikasi daripada Pakej Elektif

berdasarkan kecenderungan serta minat mereka. Murid yang cenderung ke

arah sains dan teknologi digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains dan

Teknologi manakala murid yang cenderung ke arah perdagangan, sastera

dan ekonomi digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains Sosial. Dalam

Pakej Teras, setiap komponen terdiri daripada tajuk-tajuk yang berkaitan suatu

bidang matematik. Tajuk dalam setiap komponen disusun mengikut heirarki

daripada tajuk yang mudah kepada yang lebih kompleks. Pakej Teras

mengandungi lima komponen pembelajaran.

Page 21: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

9

GEOMEtRI KaLKULUS

• Geometri Koordinat• Vektor

• Pembezaan• Pengamiran

aLGEBRa tRIGONOMEtRI

• Fungsi• Persamaan Kuadratik• Fungsi Kuadratik• Persamaan Serentak• Indeks Dan Logaritma• Janjang• Hukum Linear

• Sukatan Membulat• Fungsi Trigonometri

StatIStIK

• Statistik• Pilihatur Dan Gabungan• Kebarangkalian Mudah• Taburan Kebarangkalian

Pakej Elektif

Pakej Elektif mengandungi dua pakej aplikasi. Murid hanya perlu memilih satu

pakej aplikasi sahaja.

a. Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi

PENYELESaIaN SEGItIGa GERaKaN PaDa GaRIS LURUS

• Petua Sinus• Petua Kosinus• Luas Segitiga

• Sesaran• Halaju• Pecutan

b. Pakej Aplikasi Sains Sosial

NOMBOR INDEKS GERaKaN PaDa GaRIS LURUS

• Nombor Indeks• Nombor Indeks Gubahan

• Graf Bagi Ketaksamaan Linear• Penyelesaian Masalah Yang

Melibatkan Pengaturcaraan Linear

Page 22: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

10

1.5 PERUNtUKaN DaN SEBaRaN WaKtU Mata PELaJaRaN MatEMatIK

Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Peruntukan waktu belajar mata pelajaran arus perdana dan pendidikan khas (masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran) bagi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap I Mulai tahun 2011 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2013 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai tahun 2014 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Peruntukan waktu Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah dalam kiraan minit per minggu bagi mata pelajaran Matematik murid kelas arus perdana di SK, SJKC dan SJKT Tahap I dan Tahap II (Jadual 1).

Jadual 1: Peruntukan Waktu Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

tahap Waktu Seminggu Minit Minit/Minggu

Tahap I ( Tahun 1 – 3) 6 30 180Tahap II (Tahun 4 – 6) 6 30 180

Satu waktu pengajaran dan pembelajaran di arus perdana adalah sebanyak 30 minit. Bagi pendidikan khas, masa bagi satu waktu pengajaran dan pembelajaran adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

Dalam penyusunan jadual waktu bagi mata pelajaran Matematik, sebaran waktu yang disyorkan adalah:a. Sebaik-baiknya mata pelajaran Matematik diajar pada setiap hari

persekolahan.b. Sebaran waktu mata pelajaran Matematik hendaklah seimbang dan

penjadualan tiga waktu berturut-turut tidak digalakkan.

Page 23: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

11

c. Waktu mata pelajaran Matematik adalah lebih sesuai diadakan sebelum

waktu rehat. Walau bagaimanapun, sekolah boleh menjadualkan

kesesuaian asalkan tidak diberikan waktu terakhir lebih dari dua (2) kali

seminggu.

d. Sekolah diberi kelonggaran untuk melaksanakan jadual waktu anjal

mengikut keperluan dan kesesuaian (Jadual 2).

Jadual 2: Peruntukan dan Sebaran Waktu anjal Mata Pelajaran Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MataPelajaran tahap tahun

Jumlah Waktu

SemingguSebaran Waktu Yang Disyorkan

MatematikI 1, 2 & 3

6 waktu(180 minit)

5 hari (4 hari waktu tunggal dan 1 •hari waktu berkembar)

atau4 hari (2 hari waktu tunggal dan 2 •hari waktu berkembar)

atau3 hari (3 hari waktu berkembar)•

II 4, 5 & 6

Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Matematik tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Peruntukan waktu belajar mata pelajaran Matematik di sekolah menengah

pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2,

dan 3) dan Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5). Peruntukan masa bagi mata

pelajaran Matematik di sekolah menengah hendaklah mematuhi Peraturan

Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang

sedang berkuatkuasa. Peruntukan waktu mata pelajaran Matematik Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah dalam kiraan minit per minggu (Jadual 3).

Jadual 3: Peruntukan Waktu Mata Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kategori Waktu Seminggu Minit Minit/Minggu

Menengah Rendah (Tingkatan 1– 3) 5 40 200Menengah Atas (Tingkatan 4– 6) 5 40 200

Page 24: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

12

Berikut adalah sebaran waktu yang disyorkan:

a. Tingkatan 1 hingga 3 dan Tingkatan 4 dan 5 yang tidak mengambil mata

pelajaran Matematik Tambahan (Elektif Kumpulan II) sebaik-baiknya

Matematik diajar pada setiap hari persekolahan.

b. Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan

(Elektif Kumpulan II) sebaik-baiknya mata pelajaran Matematik diajar

dalam tiga (3) atau empat (4) hari dan mata pelajaran Matematik

Tambahan dalam tiga (3) hari. Waktu kedua-dua mata pelajaran ini

hendaklah disebarkan secara seimbang supaya tidak terlalu berat pada

sesuatu hari dan juga mata pelajaran Matematik diadakan pada setiap

hari.

c. Penjadualan tiga waktu berturut-turut tidak digalakkan.

d. Waktu mata pelajaran Matematik adalah lebih sesuai diadakan sebelum

waktu rehat. Walau bagaimanapun, sekolah boleh menjadualkan

kesesuaian asalkan tidak diberikan waktu terakhir lebih dari dua (2) kali

seminggu.

e. Sekolah diberi kelonggaran untuk melaksanakan jadual waktu anjal

mengikut keperluan dan kesesuaian (Jadual 4).

Jadual 4: Peruntukan dan Sebaran Waktu anjal mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan mata pelajaran Matematik tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kumpulan MataPelajaran tingkatan Jumlah Waktu

Seminggu Sebaran Waktu Yang Disyorkan

Teras Matematik(Teras)

1, 2 & 3 5 waktu(200 minit)

• 5 hari (5 hari waktu tunggal) atau• 4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1

hari waktu berkembar)4 & 5

Kelas yang mengambil

Elektif Kumpulan II

Matematik (Teras) 4 & 5 5 waktu

(200 minit)

• 5 hari (5 hari waktu tunggal) atau• 4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1

hari waktu berkembar) atau• 3 hari (1 hari waktu tunggal dan 2

hari waktu berkembar)

Matematik Tambahan 4 & 5 5 waktu

(200 minit)

• 4 hari (4 hari waktu tunggal) atau• 3 hari (2 hari waktu tunggal dan 1

hari waktu berkembar)atau• 2 hari (2 hari waktu berkembar)

Page 25: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

13

BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

2.1 PENDaHULUaN

Pengurusan mata pelajaran yang baik menyumbang kepada kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Matematik. Pengurusan mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran akan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran dan seterusnya melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.

2.2 JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju dan ketetapan yang jelas ke arah merealisasikan pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan perancang dan penggerak utama kepada aktiviti kurikulum. Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti berikut:

Page 26: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

14

2.3 PERaNaN JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah:

a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah dengan

jelas.

b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan Malaysia

dibincang dan dilaksanakan.

c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek dan jangka

panjang bagi menentukan pencapaian matlamat kurikulum.

d. Menyelaras dan melaksana aktiviti kurikulum untuk meningkatkan

pencapaian murid dalam kurikulum.

e. Merancang latihan/kursus perkembangan staf untuk tujuan meningkatkan

mutu pendidikan.

f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di sekolah.

g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti

kurikulum.

h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan aktiviti

kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.

i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan dengan

pendidikan semasa.

j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan mempertimbangkan

pandangan serta syor yang dikemukakan oleh panitia.

k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.

l. Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan.

m. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dari semasa

ke semasa mengikut keperluan sekolah untuk mengesan dan menilai

pelaksanaan kurikulum kebangsaan.

n. Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dipengerusikan

oleh pengetua/ guru besar sendiri.

o. Mengutamakan perbincangan mengenai hal-hal profesional dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

Page 27: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

15

2.4 PERaNaN PaNItIa Mata PELaJaRaN MatEMatIK

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran secara rasmi. Sekolah Kurang Murid (SKM) boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran yang sama bidang sebagai satu panitia.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

a. Ketua panitia hendaklah melantik seorang setiausaha dalam kalangan

ahli panitia untuk menyediakan minit mesyuarat kepada semua ahli

panitia.

b. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen

standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran dan

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang terkini untuk

kegunaan ahli panitia.

c. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa selaras

dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan takwim sekolah.

d. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada pentadbir

sekolah untuk keperluan guru dan murid.

e. Menyelaras soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan menyediakan

bank soalan.

f. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap peperiksaan

atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai bagi

penambahbaikan.

g. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya dua

kali setahun.

h. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara

formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah atau isu yang

berkaitan seperti strategi pengajaran dan masalah pembelajaran murid.

i. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah

mengikuti kursus atau seminar.

Page 28: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

16

j. Bekerjasama dengan kelab dan persatuan di sekolah serta menjalinkan

hubungan kerja yang boleh membantu pencapaian matlamat pengajaran

dan pembelajaran.

k. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan panitia

di sekolah berhampiran.

l. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu usaha ke

arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.

m. Mengurus fail panitia dan dokumen yang berkaitan seperti minit

mesyuarat, laporan aktiviti panitia, analisis pencapaian dan penguasaan

murid dan surat menyurat.

2.5 PERaNaN PENGEtUa DaN GURU BESaR

Pengetua dan guru besar berperanan sebagai pemimpin kurikulum. Beliau perlu memastikan bahawa:

a. Pelaksanaan kurikulum di sekolah mematuhi Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

b. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, Panitia Mata Pelajaran Matematik dan

jawatankuasa lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

Matematik ditubuhkan dan berfungsi serta mendokumentasikan dengan

kemaskini perkara seperti perancangan, pelaksanaan, pemantauan,

penilaian dan penambahbaikan.

c. Peralatan ICT, koswer, bahan bantu mengajar, bahan bantu belajar dan

bahan-bahan tambahan pendidikan dikendali secara terancang dan

digunakan secara optimum.

d. Bilik Matematik diurus dengan baik dan dimanfaatkan.

e. Pengagihan tugas mengajar dan tugas koakademik Matematik dilakukan

mengikut kelayakan dan pengalaman guru.

f. Program perkembangan staf dirancang dan dijalankan berdasarkan

keperluan yang telah dikenalpasti.

Page 29: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

17

g. Pentaksiran yang berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaan

dan pencapaian murid dalam Matematik melalui pentaksiran sekolah.

h. Tindakan susulan diambil berdasarkan hasil pentaksiran.

i. Kualiti hasil kerja murid sentiasa terkawal.

j. Prestasi dan perkembangan penguasaan murid sentiasa meningkat.

k. Melaksanakan penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran guru

secara berkala dan sistematis berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil

3/1987 : Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh

Pengetua/ Guru Besar Sekolah.

2.6 PERaNaN KEtUa PaNItIa MatEMatIK

Ketua Panitia Matematik bertanggungjawab terhadap pengetua/ guru besar dalam merancang, melaksana, menyelaras, memantau, menilai, dan menambah baik hal berkaitan mata pelajaran Matematik. Ketua Panitia Matematik dilantik oleh pengetua/ guru besar secara rasmi berdasarkan kekananan untuk memimpin guru mata pelajaran Matematik di bawah tanggungjawabnya. Panitia Mata Pelajaran Matematik hendaklah dianggotai oleh semua guru yang mengajar Matematik di sekolah.

Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari dengan perkembangan pendidikan semasa, Ketua Panitia Matematik perlu:

a. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran Matematik sekolah serta

menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

b. Memastikan seorang daripada ahli Panitia Mata Pelajaran Matematik

dipilih sebagai Setiausaha Panitia Matematik.

c. Mempengerusikan mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Matematik dan

memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada

pengetua/ guru besar, guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran

dan semua ahli Panitia Mata Pelajaran Matematik.

d. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk

mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum.

Page 30: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

18

e. Memastikan perbincangan mesyuarat panitia mencakupi hal-hal pentadbiran dan hal-hal profesional seperti masalah pengajaran guru, pembelajaran murid, prestasi penguasaan dan pencapaian murid, isu kandungan kurikulum mata pelajaran Matematik, pedagogi mata pelajaran Matematik yang berkesan, penggunaan sumber pendidikan, pengurusan kelas dan strategi menangani masalah yang dihadapi oleh panitia. f. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan prestasi, dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid terkini serta merancang, menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran tahunan dengan mengambil kira takwim persekolahan semasa. g. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru mata pelajaran dalam penyediaan rancangan pelajaran harian. h. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan serta menganalisis keputusan penilaian dan pentaksiran untuk tujuan penambahbaikan. i. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/ aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan koakademik. j. Menyelaras tugasan dan jenis buku kerja serta buku nota yang akan digunakan. k. Menyelaras tugasan murid dengan menetapkan kuantiti, bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang bersesuaian. l. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/ aktiviti perkembangan staf. m. Membantu dalam merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan tahunan bagi mata pelajaran Matematik. n. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan pusat sumber sekolah. o. Memastikan guru mata pelajaran Matematik menerapkan kemahiran pembelajaran abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); p. Memastikan Bilik Khas Matematik digunakan secara optimum dan menyeluruh kepada semua murid; dan q. Memastikan Bilik Khas Matematik sentiasa berada dalam keadaan bersih,

kemas dan selamat untuk digunakan.

Page 31: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

19

2.7 PERaNaN SEtIaUSaHa PaNItIa MatEMatIK

Setiausaha Panitia Matematik hendaklah membantu Ketua Panitia Matematik

dalam aspek pengurusan panitia dan pengurusan mesyuarat panitia. Beliau

juga bertanggungjawab memastikan semua dokumen panitia diurus dengan

sistematis. Bagi pengurusan mesyuarat panitia, Setiausaha Panitia Matematik

hendaklah melaksanakan tugas seperti berikut :

a. Tindakan pra mesyuarat

i. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat; dan

ii. Menghantar kepada ahli panitia surat panggilan mesyuarat dalam

tempoh sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum sesuatu

mesyuarat diadakan.

b. Tindakan semasa mesyuarat

Membuat catatan minit mesyuarat seperti senarai kehadiran, perkara

penting yang dibincangkan, keputusan yang dibuat dan tindakan susulan

yang perlu diambil.

c. Tindakan selepas mesyuarat

i. Penyediaan minit-minit untuk kelulusan pengerusi hendaklah

dikemukakan tidak lewat dari tiga (3) hari selepas tarikh mesyuarat

diadakan; dan

ii. Maklum balas minit patut diterima daripada ahli mesyuarat selewat-

lewatnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat berikutnya.

2.8 PERaNaN GURU Mata PELaJaRaN MatEMatIK

Guru Mata Pelajaran Matematik perlu berperanan:

a. Menggunakan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen

standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan prestasi, dan

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang terkini.

Page 32: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

20

b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian yang berasaskan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan prestasi dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Persediaan ini hendaklah berdasarkan peringkat perkembangan yang sesuai dan selaras dengan kebolehan serta keperluan murid.

c. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

d. Membantu Ketua Panitia Matematik membuat pemilihan buku rujukan dan sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

e. Menyediakan pelbagai sumber pendidikan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

f. Memastikan Sudut Matematik diwujudkan di setiap bilik darjah untuk peneguhan pengetahuan serta kemahiran murid berkaitan mata pelajaran Matematik dan dimanfaatkan secara optimum semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik.

g. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang sesuatu aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di samping saling berkongsi maklumat pendidikan terkini;

h. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan kolokium berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata pelajaran atau badan profesional tertentu;

i. Memberi latihan atau tugasan yang mencukupi kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut ketetapan panitia.

j. Melaksanakan Program Komuniti Pembelajaran Profesional bagi menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran serta merancang penambahbaikan.

k. Menerapkan kemahiran pembelajaran abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

l. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang

ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Page 33: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

21

2.9 PENGURUSaN MESYUaRat PaNItIa MatEMatIK

Panitia Mata Pelajaran Matematik perlu menjalankan mesyuarat secara rasmi

sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mengikut

ketetapan berikut:

a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua

kali setahun (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara ad-hoc juga boleh diadakan

mengikut keperluan.

b. Mesyuarat panitia diadakan selepas mesyuarat jawatankuasa kurikulum

sekolah.

c. Perkara pentadbiran dan perkara profesional perlu dibincangkan serta

diputuskan dalam mesyuarat panitia.

d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut:

i. Ucapan pengerusi

ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

iii. Perkara berbangkit

iv. Perbincangan isu/masalah profesional

v. Hal-hal lain

e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan kepada

ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah seperti yang ditetapkan dalam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran awam (PKPa) Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

2.10 PENGURUSaN PEMBERIaN BaNtUaN GERaN PER KaPIta

Bantuan geran per kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang

diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau

sekolah bantuan kerajaan. Pengetua/ guru besar hendaklah memaklumkan

kepada guru kanan mata pelajaran dan ketua panitia dalam mesyuarat

jawatankuasa pengurusan kewangan dan akaun sekolah mengenai jumlah

Page 34: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

22

peruntukan geran per kapita yang diterima serta agihannya supaya

perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan dan peruntukan yang

diberikan itu dapat dimanfaatkan kepada murid sepenuhnya.

Geran per kapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

a. Geran Per Kapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa

Asing dan Elektif

b. Geran Per Kapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah,

Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Khas

(LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK Asrama

Panitia Mata Pelajaran Matematik perlu merancang peruntukan geran per kapita

bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/ 2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Maksud

perbelanjaan seperti yang terdapat dalam surat pekeliling berkenaan adalah:

a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran.

b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan bahan-

bahan lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

c. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang

digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan

sebagainya yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran

dan pembelajaran.

e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti

persekolahan atau hari persekolahan.

Page 35: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

23

f. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan

dipersetujui oleh ketua bidang atau ketua panitia dan diluluskan oleh

pengetua sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan

ketetapan semasa.

g. Bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi, sekolah hendaklah

mematuhi tatacara perolehan teknologi maklumat dan komunikasi yang

sedang berkuat kuasa.

h. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu

mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat

Tanggungjawab.

Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012, maksud

perbelanjaan geran per kapita diperluas seperti berikut:

a. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan geran

per kapita mata pelajaran.

b. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah

dan LPBT asrama.

c. Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli mesyuarat pentadbiran

dan pengurusan sekolah/ asrama dibenarkan menggunakan peruntukan

LPBT sekolah atau LPBT asrama.

d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru, warden atau

kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan

tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah atau

LPBT asrama.

2.11 PROGRaM PERKEMBaNGaN Staf

Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang

perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

Page 36: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

24

a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui kajian

keperluan atau analisis SWOT (strength, weaknesses, opportunity,

threat) bagi merancang perkembangan staf.

b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan supaya

menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau persidangan berkaitan

pengajaran dan pembelajaran.

c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan kursus

dalaman peringkat panitia.

d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran Matematik dari luar untuk

memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh idea-idea

dan pendekatan baharu.

e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap sesuatu

program/ aktiviti yang dijalankan.

Guru mata pelajaran Matematik juga digalakkan melaksanakan perkara

berikut bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan perkongsian ilmu:

a. Menjadi ahli Persatuan Matematik dan Persatuan Pendidikan

Matematik di peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan.

b. Menulis artikel berhubung dengan pendidikan Matematik untuk

diterbitkan dalam majalah sekolah, jurnal pendidikan, majalah/ berita

Matematik dan lain-lain.

c. Membaca buku/ majalah/ artikel berkaitan dengan pendidikan

Matematik.

d. Perkongsian ilmu dan kemahiran dengan guru, murid dan institusi

pendidikan lain.

2.12 PENGURUSaN faIL ataU DOKUMEN

Panitia Mata Pelajaran Matematik hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk

menyimpan dokumen mata pelajaran Matematik. Dokumen hendaklah diurus

dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan teknologi

Page 37: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

25

maklumat dan komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan data dan

maklumat panitia.

2.13 PENGURUSaN BILIK KHaS MatEMatIK

Guru mata pelajaran Matematik yang dipertanggungjawabkan mengurus Bilik

Khas Matematik perlu:

a. Memastikan Bilik Khas Matematik dapat berfungsi dengan efektif.

b. Memastikan Bilik Khas Matematik sentiasa bersih dan kemas untuk

digunakan.

c. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di Bilik Khas

Matematik untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan

persatuan.

d. Menyediakan panduan penggunaan Bilik Khas Matematik serta

memastikan peraturan penggunaannya dipatuhi.

e. Merekodkan penggunaan Bilik Khas Matematik serta mengemas kini

penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi perhatian

sewajarnya.

2.14 PENGURUSaN PERSatUaN MatEMatIK

Penubuhan Persatuan Matematik adalah bertujuan untuk pengukuhan,

pengayaan dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan minat murid

dalam mata pelajaran Matematik. Oleh itu, program yang berfaedah dan

menarik minat murid perlu dirancang.

Persatuan Matematik perlu merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan

pencapaian objektif mata pelajaran Matematik dan menjalankannya pada

masa tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan kefahaman

serta penguasaan murid di samping menimbulkan minat dalam mata pelajaran

Matematik. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti G Math, Sudoku,

Jejak Matematik (Treasure Hunts), Bengkel GeoGebra, Lawatan Sambil

Page 38: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

26

Belajar, Bengkel Kalkulator Grafik, Kuiz/ Pertandingan Matematik, Rekreasi/

Permainan Matematik, Bengkel Geometer’s Sketch Pad dan Projek Matematik

(membina model, graf, carta atau laporan berdasarkan sesuatu siasatan).

Persatuan Matematik yang ditubuhkan perlu mempunyai peraturan dan

perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka kepada semua murid yang

berminat tanpa sebarang sekatan. Struktur organisasi Persatuan Matematik berada di bawah jawatankuasa kokurikulum sekolah dan menjadi pelengkap kepada aktiviti Panitia Matematik.

Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan yang diwujudkan dalam Persatuan Matematik adalah seperti berikut:

a. Pengerusib. Naib Pengerusic. Setiausahad. Bendahari, dane. Beberapa orang ahli jawatankuasa

Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa dari semasa ke semasa bergantung kepada kehendak perlembagaan dan keperluan.

Page 39: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

27

BaB 3

PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

3.1 PENDaHULUaN

Pembelajaran adalah berhubung kait dengan bagaimana murid menggunakan

pengetahuan, kemahiran dan kaedah tertentu untuk melakukan aktiviti

mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang baharu. Menurut Kamaruddin

(2010), pembelajaran merupakan proses yang boleh menghasilkan

perubahan tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau

persekitaran. Pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan

kemahiran melalui satu perlakuan yang bersifat saintifik dan sistematik.

Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai tingkah laku

seperti memerhati, meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati,

menyemak, merujuk, merumus, membuat keputusan dan sebagainya.

Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor utama bagi

menentukan teknik pengajaran dan bahan pembelajaran. Jean Piaget (1968)

telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan intelek mengikut

kematangan (umur) kanak-kanak:

a. Peringkat Deria Motor (0 – 2 tahun)

b. Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun). Di peringkat ini, kanak-kanak boleh

menggunakan bahasa serta berfikir secara intuitif.

c. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun). Di peringkat ini, kanak-kanak

berkeupayaan berfikir secara mantik melalui pengalaman konkrit.

d. Peringkat Operasi Formal (12 tahun). Di peringkat ini, kanak-kanak boleh

berfikir secara deduktif atau induktif dan dapat menggunakan mantik

(logik). Mereka boleh menggunakan simbol Matematik untuk

menggambarkan konsep asas, mengaitkan satu konsep dengan konsep

yang lain, dan menyelesaikan masalah Matematik.

Page 40: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

28

Terdapat tiga pendekatan teori pembelajaran yang sering dibincangkan iaitu

behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme.

a. teori Pembelajaran Behaviorisme menekankan tentang pemerhatian

terhadap perubahan tingkah laku, kemahiran dan kebiasaan yang

dilakukan oleh murid. Ia menitikberatkan perubahan tingkah laku melalui

pengalaman yang dilalui dan tidak mengaitkan dengan proses dalaman

minda atau mental. Kawalan kelas amat penting semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Teori Pembelajaran

Behaviorisme dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkah laku

seseorang murid, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat

mengawal tingkah laku muridnya. Guru perlu memberikan rangsangan

seperti memberi kata pujian atau ganjaran kepada murid terutamanya

murid yang kurang minat untuk belajar. Guru boleh memberikan

peneguhan positif dalam usaha untuk menarik minat murid untuk

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan. Contoh

peneguhan positif ialah kata-kata pujian, hadiah, senyuman dan

sebagainya.

b. teori Pembelajaran Kognitif pula berkisar melalui aktiviti berfikir,

mengingat, mengeluarkan idea dan menyelesaikan masalah. Bagaimana

maklumat diingat dan diproses serta bagaimana murid menggunakan

pengetahuannya bagi memproses cara berfikir. Pemahaman tentang teori

ini boleh membantu guru membimbing murid cara belajar dan mengingat

dengan lebih berkesan iaitu menggunakan kaedah seperti mengambil

nota, menghafal, mengingat dan melalui paparan visual. Pendekatan

pengajaran melalui teori kognitif ini memerlukan guru membuat

persediaan awal, menyusun fakta dan menerangkan secara jelas sesuatu

terma dan konsep. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada murid

melaksanakan pembelajaran kendiri melalui strategi pembelajaran terarah

kendiri. Secara umumnya penekanan kepada pendekatan kognitif berkait

dengan apa yang berlaku dalam pemikiran murid.

Page 41: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

29

c. teori Pembelajaran Konstruktivisme dihubungkan dengan kaedah

bagaimana murid menggunakan sesuatu peristiwa, aktiviti dan

pengalaman mereka sebagai asas pembelajaran yang bermakna kepada

diri mereka. Pengkaji aliran konstruktivisme ini mempercayai bahawa

murid boleh mendapat dan menguasai sendiri ilmu pengetahuan dan

kemahiran melalui aktiviti tertentu. Aktiviti yang dimaksudkan adalah

pembelajaran inkuiri berasaskan masalah, pembelajaran koperatif dan

pembelajaran kolaboratif. Penekanan yang diberi melalui pendekatan

konstruktivisme ini meletakkan usaha murid sendiri dalam menguasai

pembelajaran mereka melalui pembelajaran yang berpusatkan murid dan

guru dianggap sebagai pembimbing atau pemudah cara.

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,

bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk

menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,

menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang murid

untuk belajar dan mencabar murid ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran yang berkesan mestilah berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan

mempunyai perancangan yang baik dan rapi. Ianya memberi peluang kepada

murid untuk belajar secara terarah kendiri dengan menggunakan sepenuhnya

pengetahuan, kemahiran dan kreativiti mereka sendiri. Suasana riang, ceria,

hormat-menghormati dan saling mempercayai antara guru dengan murid akan

dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran.

3.2 aSPEK PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Guru merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkualiti untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada

tahap optimum secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran Matematik

Page 42: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

30

berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang

melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan

kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Aspek pengajaran

dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a. Penglibatan Murid

Pembelajaran lebih berkesan apabila murid berasa dirinya terlibat dalam

hal yang berlaku di dalam bilik darjah. Semua murid tanpa mengira umur,

berasa seronok apabila diberi peluang melibatkan diri dalam

aktiviti pembelajaran. Penglibatan aktif murid dapat dilihat semasa

pengembangan konsep baharu, penguasaan kemahiran baharu atau

dalam aktiviti penyelesaian masalah matematik.

Murid perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti

perbincangan, soal jawab, sumbangsaran dan membuat gerakan fizikal

dengan arahan guru. Murid dapat memberikan penekanan pembelajaran

kepada pemikiran konstruktif melalui penglibatan secara aktif. Murid

juga turut digalakkan untuk berinteraksi dalam pelbagai hala secara aktif

seperti murid dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan

bahan.

b. Penguasaan Pembelajaran Murid

Murid yang menguasai pembelajaran dapat memberi respons dengan

tepat terhadap arahan atau soalan guru. Murid yang telah menguasai

pembelajaran berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri atau

terarah kendiri. Murid juga berupaya membimbing rakan sebaya yang

lain. Selain itu, guru perlu mencungkil pemikiran murid dengan soalan

aras tinggi agar murid berpeluang memberi pendapat, idea atau

pandangannya sendiri.

Page 43: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

31

c. Hasil Kerja Murid

Kerja bertulis Matematik adalah latihan murid bagi memperkukuh

kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran yang telah dipelajari.

Kerja bertulis juga memberi peluang kepada murid memperoleh

pengalaman dalam penyelesaian masalah matematik yang berkaitan.

Selain itu, pencapaian objektif pengajaran guru juga dapat dikesan

melalui hasil kerja murid.

Kerja bertulis dan tugasan Matematik di sekolah perlu diberi setiap hari

sebagai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan juga sebagai kerja rumah.

Semua jenis kerja bertulis dan tugasan murid perlu disemak oleh guru.

Guru perlu memeriksa hasil kerja murid secara konstruktif dan konsisten.

Di samping itu, guru perlu memberi komen dan motivasi kepada murid.

Guru juga perlu mengingatkan dan membuat catatan tentang kesilapan

yang kerap dilakukan oleh murid dan menegaskan bahawa murid perlu

membuat pembetulan bagi kesilapan yang dilakukan.

d. Perancangan serta Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran

Rancangan pengajaran Matematik hendaklah mengandungi sekurang-

kurangnya dua elemen, iaitu rancangan pelajaran tahunan dan rancangan

pelajaran harian untuk memastikan guru membuat perancangan serta

persediaan pengajaran dan pembelajaran yang rapi dan berkesan.

Pengetua/ Guru Besar hendaklah memastikan guru mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

Rancangan pelajaran tahunan mengandungi isi pelajaran yang ringkas

mencakupi kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

Matematik yang terkini. Rancangan pelajaran tahunan perlu disediakan

sebelum persekolahan awal tahun bermula dan disesuaikan dengan

takwim semasa sekolah. Rancangan pelajaran tahunan hendaklah

Page 44: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

32

dibahagikan mengikut minggu persekolahan sepanjang tahun dan

mengambil kira tahap kebolehan murid mengikut keadaan dan keperluan

sekolah.

Rancangan pelajaran harian merupakan terjemahan rancangan pelajaran

tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti

objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh

mana objektif itu tercapai. Rancangan pelajaran harian hendaklah

disediakan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif pengajaran hendaklah dituliskan secara spesifik yang

menunjukkan perubahan tingkah laku murid. Beberapa contoh perkataan

yang sesuai digunakan untuk menulis objektif ialah menyatakan,

menyenaraikan, mengenal pasti atau menyelesaikan. Bagi memastikan

objektif pembelajaran tercapai, aktiviti yang dirancang hendaklah

mengambil kira potensi murid, peruntukan masa dan sumber

pendidikan yang ada. Selain itu, refleksi atau catatan impak digunakan

untuk mengesan sejauh mana objektif tercapai dan untuk tujuan

penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

e. Kaedah Penyampaian

Pengajaran guru yang baik dan berkesan adalah disesuaikan dengan

tahap penguasaan murid. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian

oleh guru semasa menyampaikan pengajaran:

i. Mengembangkan konsep kendiri dan motivasi diri murid.

ii. Menyesuaikan gaya pengajaran dengan keperluan, minat, kemahiran

dan kebolehan murid.

iii. Memilih gaya pengajaran yang boleh membantu meningkatkan

mutu pembelajaran murid.

iv. Mengenal pasti keupayaan murid untuk mengembangkan potensi

sedia ada.

Page 45: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

33

Berdasarkan kepada perkara di atas guru hendaklah mempelbagaikan

teknik pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan persekitaran

pembelajaran murid. Guru juga perlu memahami tahap kecerdasan

muridnya. Menurut Howard Gardner (2000), terdapat lapan jenis

kecerdasan iaitu:

i. Kecerdasan Verbal – Sensitif kepada bunyi, irama, makna dan

fungsi bahasa, serta boleh berbahasa dengan baik.

ii. Kecerdasan Muzikal – Memahami bunyi, irama, ekspresi,

menghayati irama muzik dan kebolehan bermain alat muzik serta

nyanyian.

iii. Kecerdasan Visual – Keupayaan memahami alam yang luas dan

boleh mempengaruhi persepsi orang lain.

iv. Kecerdasan Kinestetik – Menguasai dan mengawal pergerakan

badan dan kebolehan dalam sukan serta permainan.

v. Kecerdasan Logikal – Keupayaan memahami pola logik,

berkebolehan menaakul dan suka pada angka.

vi. Kecerdasan Interpersonal – Bertindakbalas terhadap emosi,

perasaan, keinginan dan suka kepada orang lain.

vii. Kecerdasan Intrapersonal – Kebolehan merasai perasaan orang

lain dan memandu tingkah laku mereka serta memahami kekuatan,

kelemahan, keinginan dan kebolehan orang lain.

viii. Kecerdasan Naturalistik – Berupaya mengenal tumbuh-tumbuhan

dan haiwan serta meminati alam semulajadi.

Guru perlu mewujudkan kesediaan belajar dalam kalangan murid. Kaedah

pengajaran guru perlu sesuai mengikut keperluan dan keupayaan murid.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu berkait

rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid, menarik dan

menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran, dapat merangsang

pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid.

Guru perlu mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah

kepada kompleks, konkrit kepada abstrak) dan fleksibel mengikut situasi.

Page 46: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

34

f. Kemahiran Komunikasi

Komunikasi yang berkesan bermaksud keupayaan atau kebolehan untuk

menerangkan sesuatu perkara dengan mudah dan senang difahami.

Komunikasi merupakan aspek yang penting dalam menyampaikan

sesuatu maklumat khususnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu verbal dan non

verbal. Komunikasi verbal dapat didefinisikan sebagai komunikasi yang

melibatkan pertuturan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat.

Komunikasi non verbal bermaksud maklumat disampaikan tanpa

menggunakan kata-kata. Tiga dimensi komunikasi non verbal guru di bilik

darjah, iaitu:

i. Tingkahlaku yang melibatkan pergerakan badan dan ekspresi wajah

yang memberi makna tertentu untuk menjelaskan dan menguatkan

maksud sesuatu.

ii. Kedudukan dan susun atur fizikal seperti kerusi, meja dan papan

putih dalam bilik darjah menggambarkan pendekatan pengajaran

guru ketika itu.

iii. Sumber pendidikan yang digunakan menggambarkan teknik

pengajaran guru ketika itu.

Komunikasi berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

diwujudkan apabila guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul,

mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat serta nada suara yang sesuai.

Guru perlu berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang

relevan secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan terhadap respons

murid. Guru juga perlu memotivasikan murid dengan memberi pujian atau

galakan.

Page 47: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

35

g. Penggunaan Sumber Pendidikan

Penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran bertujuan untuk menyokong dan memudahkan kefahaman

murid terhadap pengajaran guru. Penggunaan sumber pendidikan

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan

meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran. Selain

itu, guru juga perlu memastikan sumber pendidikan yang digunakan

bersesuaian dengan had masa, tajuk yang diajar dan menarik minat murid

serta memberi impak yang positif terhadap pembelajaran.

Guru perlu memilih atau menyediakan sumber pendidikan yang sesuai,

menarik dan merangsang pemikiran murid. Di samping itu, guru juga perlu

memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek

keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan.

h. Pentaksiran

Keberkesanan pengajaran guru boleh diukur dengan membuat

pentaksiran terhadap keupayaan murid melalui tugasan, ujian atau

peperiksaan. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk

membuat pentaksiran bagi mengesan dan mengukur kemajuan murid

serta memastikan objektif pembelajaran tercapai. Aktiviti pentaksiran

yang berbeza perlu diberi mengikut tahap penguasaan murid. Guru

seharusnya menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk tindakan

pembetulan atau penambahbaikan segera dalam pengajaran dan

pembelajaran.

i. teknik Penyoalan

Teknik penyoalan yang betul dan berkesan dapat mengenal pasti

sejauh mana murid memahami sesuatu konsep dan menguasai sesuatu

kemahiran matematik. Guru perlu mengemukakan soalan yang mudah

difahami, bertumpu dan bercapah serta disebarkan ke seluruh kelas.

Page 48: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

36

Soalan yang dikemukakan perlu meliputi pelbagai aras kognitif iaitu

mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

mencipta serta mampu mencetus pemikiran kritis dan kreatif murid.

j. Penguasaan Isi Kandungan

Guru yang menguasai isi kandungan memberi impak yang positif kepada

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menyampaikan

pengajaran yang sesuai dengan objektif pelajaran dan berkemahiran

memeringkatkan isi pelajaran mengikut potensi murid. Guru dapat

menjelaskan konsep dan fakta serta memberi jawapan dengan yakin,

jelas dan tepat. Guru juga perlu menghuraikan isi pelajaran dengan

mengaitkan situasi semasa dan pengalaman murid supaya pembelajaran

menjadi lebih bermakna.

k. Pengurusan Kelas

Pengurusan kelas merangkumi pengurusan bilik darjah dan disiplin

murid yang berkesan mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang tersusun

rapi dan terkawal akan menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan

pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid. Susun atur

kedudukan murid perlu sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan

ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran. Guru

perlu mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan pada

peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Guru juga perlu menegur salah laku murid dengan serta merta tanpa

menjejaskan aib mereka.

Sudut Matematik hendaklah diwujudkan di setiap bilik darjah. Sudut

Matematik dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid

serta dapat meningkatkan minat murid terhadap Matematik. Pengelolaan

Sudut Matematik memerlukan usaha dan kerjasama guru dan murid.

Page 49: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

37

Bahan yang dipamerkan hendaklah sentiasa kemas kini dan sesuai

mengikut topik yang dipelajari. Antara bahan-bahan yang boleh

dipamerkan di Sudut Matematik adalah Carta Sifir dan Operasi Asas,

carta berkaitan tajuk atau kemahiran yang sedang diajar, model dan

bahan maujud yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang

sedang dipelajari, hasil kerja murid, rumus atau konsep matematik,

petikan/ keratan artikel dan surat khabar berkaitan pendidikan Matematik,

sejarah dan tokoh Matematik serta kuiz atau pertandingan Matematik.

l. amalan Profesionalisme Keguruan

Pembangunan profesionalisme yang berterusan perlu dilaksanakan

secara berfokus dan menyeluruh ke arah meningkatkan kualiti guru dari

segi intelek, emosi dan jasmani. Pembangunan profesionalisme keguruan

hendaklah sentiasa bergerak seiring dengan keperluan pengetahuan

dan kemahiran masa kini. Kejayaan transformasi amalan pembangunan

profesionalisme berterusan akan menjamin guru lebih efektif dan berdaya

saing sebagai peneraju perubahan (Datuk Sri Dr. Hj Khair bin Mohamad

Yusof, 2014).

Ciri utama yang perlu dimiliki oleh seorang guru mata pelajaran

Matematik untuk kekal relevan sebagai pendidik profesional ialah:

i. Beraspirasi – Bercita-cita dan bertekad untuk menjadi yang terbaik

selaras dengan aspirasi negara.

ii. Kompeten – Cekap, mahir dan efisien.

iii. Profisien – Menyampai dan menjelaskan idea, maklumat atau

kritikan dengan berkesan.

iv. Strategis – Mampu merealisasi idea, program dan projek mengikut

keutamaan dengan berkesan.

v. Berwawasan – Berpandangan jauh secara holistik dan futuristik

serta berjaya memanifestasikan visi, mencipta dan merealisasikan

matlamat dan mendorong penyertaan pihak lain.

Page 50: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

38

Aktiviti dan program yang boleh dilaksanakan dalam usaha untuk

membantu guru meningkatkan profesionalisme keguruan adalah seperti

berikut:

i. Komuniti Pembelajaran Profesional

ii. Coaching and Mentoring

iii. Lawatan penanda aras berkaitan pendidikan Matematik

iv. Wacana ilmu

v. Kajian tindakan

vi. Pembinaan modul Matematik

vii. Ulasan buku Matematik

viii. Kursus dan bengkel Matematik

3.3 PENDEKataN, KaEDaH DaN tEKNIK PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN MatEMatIK

Pendekatan adalah pengajaran guru untuk menyampaikan konsep atau

penyelesaian masalah supaya mudah difahami oleh murid. Pemilihan

pendekatan untuk mengajar sesuatu tajuk atau konsep bergantung kepada

kandungan pelajaran, aras kebolehan dan minat murid, objektif pengajaran

serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang ada.

Kaedah merupakan siri tindakan guru yang terancang dan sistematik

bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka pendek.

Contohnya, kaedah pembelajaran konstruktivisme, kaedah pembelajaran

induktif, kaedah pembelajaran deduktif dan kaedah pembelajaran koperatif.

Teknik pula merupakan perlakuan yang lebih spesifik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, teknik perbincangan,

teknik pentaksiran dan sebagainya.

Page 51: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

39

Pendekatan Pembelajaran

Pendekatan adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran disampaikan iaitu

berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Pemilihan

pendekatan yang sesuai dapat merangsang suasana pengajaran dan

pembelajaran di dalam atau luar bilik darjah.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlu berpusatkan murid bagi

membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui

pengalaman sendiri. Pendekatan berpusatkan murid dengan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan dapat menjadikan

pembelajaran Matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar

minda.

Antara pendekatan pembelajaran yang sesuai adalah seperti berikut:

a. Pembelajaran Koperatif

b. Pembelajaran Kontekstual

c. Pembelajaran Masteri

d. Pembelajaran Akses Kendiri

e. Pembelajaran Kadar Kendiri

f. Pembelajaran Penilaian Kendiri

g. Pembelajaran Terarah Kendiri

h. Pembelajaran Konstruktivisme

i. Pembelajaran Kajian Masa Depan

Kaedah Pengajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menggalakkan penggunaan

pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih kaedah pengajaran yang

sesuai dengan tahap penguasaan murid. Keberkesanan kaedah pengajaran

bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan sumber pendidikan yang

Page 52: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

40

berkesan. Kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah seperti berikut:

a. Kaedah Syarahan

Kaedah pengajaran melalui syarahan membolehkan maklumat

disampaikan dengan cepat, mudah dan sesuai mengikut tajuk dan bahan

yang digunakan.

b. Kaedah Latih Tubi

Latih tubi adalah latihan berulang yang diberi oleh guru kepada murid

untuk murid menguasai sesuatu tajuk atau kemahiran seperti penguasaan

aritmetik mental melalui pengiraan operasi asas matematik menggunakan

abakus. Tujuan melakukan latih tubi adalah memudahkan murid untuk

mengingat, menguasai fakta dan melengkapkan sesuatu maklumat

apabila perlu dan dapat menjawabnya dengan cepat dan tepat seperti

mencongak sifir.

c. Kaedah Bersoal jawab

Tujuan bersoal jawab adalah untuk melatih murid menjawab dan

mengemukakan soalan dalam bentuk lisan atau bertulis. Soalan

penyelesaian masalah boleh dikemukakan kepada murid untuk

diselesaikan secara congak dan lisan. Selain itu, soalan yang

dikemukakan perlu melibatkan soalan aras rendah dan aras tinggi

berdasarkan tahap penguasaan murid. Soalan tertutup dan terbuka juga

boleh dikemukakan kepada murid. Murid digalakkan memberi jawapan

dengan mengemukakan idea dan pendapat secara individu atau

kumpulan. Guru perlu menggunakan suara yang jelas didengar, kontak

mata dan isyarat badan yang sesuai, memberi peluang dan memberikan

masa yang mencukupi kepada semua murid untuk menjawab. Guru juga

perlu membimbing murid sekiranya jawapan yang diberikan salah atau

tidak tepat.

Page 53: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

41

d. Kaedah Perbincangan

Perbincangan dalam kumpulan besar atau kecil merupakan aktiviti

pengajaran yang berkesan. Melalui kaedah ini, murid dilatih menguasai

kemahiran menaakul, digalakkan berfikir secara kritis dan kreatif serta

mengeluarkan pendapat yang bernas. Mereka juga dapat meningkatkan

kemahiran bertutur dan mendengar, bersikap toleransi dan menghargai

pandangan orang lain semasa perbincangan. Di samping itu,

pembelajaran koperatif, nilai murni dan kerjasama dapat dipupuk dalam

kalangan murid.

e. Kaedah Demonstrasi

Kaedah demonstrasi memerlukan guru menguasai pelbagai kemahiran,

idea dan pengetahuan supaya bahan bantu mengajar atau peralatan

yang didemonstrasikan dapat difahami oleh murid. Semasa menjalankan

kaedah ini guru perlu memastikan model atau alatan yang digunakan

mencukupi, sesuai dan menarik minat murid serta memastikan langkah

keselamatan dipatuhi.

f. Kaedah Inkuiri Berasaskan Masalah

Pendekatan pengajaran melalui inkuiri berasaskan masalah adalah

untuk membolehkan murid mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah

dengan melakukan sendiri selepas diberikan panduan oleh guru. Salah

satu model penyelesaian masalah matematik yang praktikal digunakan di

dalam bilik darjah ialah kaedah Polya. Melalui kaedah ini, guru membimbing

murid menyelesaikan masalah matematik melalui empat langkah atau

peringkat iaitu:

Page 54: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

42

i. Memahami masalah

ii. Merangka pelan penyelesaian

iii. Melaksana pelan penyelesaian

iv. Menyemak penyelesaian

Guru perlu merangka strategi penyelesaian masalah dan membimbing

murid memahami masalah dengan menentukan kata kunci berdasarkan

maklumat yang diberi. Teknik yang dicadangkan bagi merangka strategi

penyelesaian masalah adalah seperti berikut:

i. Menyelesaikan masalah yang lebih mudah dahulu

ii. Cubajaya

iii. Melukis gambar rajah

iv. Mengenal pola dan jujukan

v. Membina jadual, carta dan senarai sistematik

vi. Membuat simulasi

vii. Membuat analogi

viii. Bekerja ke belakang

Kaedah ini membolehkan murid menilai dengan lebih realistik dan positif

melalui penggunaan data bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan

memotivasikan murid melalui tugasan yang mereka kendalikan sendiri.

g. Kaedah Didik Hibur

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan murid kerana bersifat santai melalui aktiviti permainan,

nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi yang dibuat secara terancang.

Murid lebih seronok dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang ceria, bermakna dan berguna ke arah pencapaian objektif yang

ditetapkan. Ciri-ciri didik hibur yang baik adalah seperti berikut:

Page 55: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

43

i. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung

unsur jenaka, kecindan, estetik, permainan muzik, lakonan

dan sebagainya.

ii. Melatih murid lebih berkeyakinan dan berani melakukan

aktiviti bersama-sama rakan sebaya.

iii. Murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang

positif, gembira dan meningkatkan motivasi diri murid untuk

sesi pembelajaran Matematik seterusnya.

iv. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan

atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan,

kerjasama dan toleransi.

v. Murid bebas bersuara, memberikan pendapat dan idea

secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu

persembahan yang menarik.

vi. Murid bebas untuk melakukan aktiviti seperti bergerak,

berlakon dan menyanyi yang menggunakan komunikasi

melalui bahasa tubuh dalam keadaan terkawal.

3.4 PENERaPaN ELEMEN DaLaM PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah untuk pembinaan

pemahaman konsep, pemerolehan kemahiran dan penerapan nilai positif

dalam kalangan murid. Penerapan elemen lain perlu dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran iaitu elemen merentas kurikulum, kemahiran

dalam Matematik, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta penerapan sikap dan

nilai.

Elemen Merentas Kurikulum

Terdapat tiga elemen merentas kurikulum dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat

dan komunikasi.

Page 56: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

44

Elemen kreativiti dan inovasi hendaklah diterapkan dengan berkesan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam

memainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkan murid yang

berilmu pengetahuan, menguasai dan mengamalkan sikap dan nilai yang baik

serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi murid.

Pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif boleh diterapkan

dengan cara berikut:

a. Membina model matematik melalui corak dan hubungan.

b. Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk penganggaran, pengukuran

dan penggambaran data dalam situasi harian.

c. Membuat penggabung jalinan kemahiran matematik, dengan disiplin ilmu

yang lain.

d. Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaian masalah

yang rutin dan tidak rutin.

e. Membuat konjektur (ekstrapolasi, unjuran, sebab dan akibat).

Elemen keusahawanan dalam Matematik merupakan satu usaha yang

dilakukan bagi membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi

budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh

dibentuk dengan cara:

a. Mengamalkan sikap keusahawanan.

b. Mengaplikasi pemikiran keusahawanan.

c. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan.

d. Meformulasikan sama ada konsep, proses atau produk keusahawanan.

e. Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Elemen teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu elemen

penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ledakan

kemajuan pelbagai teknologi dalam kehidupan masa kini dan akan datang

menjadikan elemen ini penting. Pendedahan penggunaan teknologi maklumat

Page 57: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

45

dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik boleh

diaplikasikan kepada:

a. Belajar mengenai teknologi maklumat dan komunikasi iaitu murid diajar

tentang pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

dalam mengendalikan perkakasan dan perisian.

b. Belajar melalui teknologi maklumat dan komunikasi iaitu penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi untuk mengakses maklumat dan

ilmu pengetahuan menggunakan media seperti CD ROM, DVD ROM,

internet dan lain-lain lagi.

c. Belajar dengan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu guru dan

murid menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat

mengajar dan belajar.

d. Pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi iaitu

murid didedahkan dengan pelbagai maklumat komunikasi yang terkini

dan penggunaan secara afektif akan menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti.

Kemahiran Dalam Matematik

a. Penyelesaian Masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid

dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan aktiviti manusia

secara berkesan. Melalui aktiviti ini, murid dapat menggunakan matematik

apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar.

b. Komunikasi dalam Matematik adalah satu cara perkongsian idea

dan kefahaman matematik. Melalui perbincangan dan persoalan, idea

matematik boleh diimbas kembali, dibincang dan diubahsuai. Komunikasi

yang berkesan membolehkan murid menyelesaikan masalah,

menghuraikan konsep dan kemahiran matematik kepada rakan sebaya

serta guru. Kemahiran berkomunikasi dalam matematik mencakupi

kemahiran membaca dan memahami masalah, mentafsir gambar rajah

Page 58: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

46

dan graf serta menggunakan istilah matematik yang betul dan tepat

semasa pembentangan dan kerja bertulis. Komunikasi lisan adalah

proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti mendengar, bercakap,

membaca dan memerhati. Interaksi dua hala berlaku antara guru dengan

murid, murid dengan murid dan murid dengan objek. Komunikasi bertulis

pula merupakan proses perkongsian idea dan maklumat matematik

dengan orang lain melalui penulisan.

c. Hubung Kait Matematik membolehkan murid dapat melihat matematik

sebagai satu idea yang menyeluruh berbanding kumpulan idea yang

terpisah. Apabila idea matematik dihubungkaitkan dengan pengalaman

dan kehidupan harian di dalam dan di luar sekolah, murid akan lebih

menyedari kegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan matematik.

Selain itu, murid juga berpeluang menggunakan matematik secara

kontekstual dalam bidang ilmu yang lain dalam kehidupan harian yang

sebenarnya.

d. aplikasi teknologi dapat membantu murid memahami konsep

matematik secara mendalam dan bermakna serta membolehkan mereka

meneroka konsep matematik. Penggunaan kalkulator, komputer, koswer,

laman web dan pakej aplikasi pembelajaran dapat membantu guru

memberi rangsangan yang praktikal, bermakna, berguna dan mencabar

minda murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat dilatih

untuk mengakses maklumat secara individu melalui pembelajaran akses

kendiri dan kadar kendiri.

e. Penaakulan atau pemikiran logik adalah asas bagi pemahaman dan

penyelesaian masalah matematik. Murid digalakkan meramal dan

meneka dalam proses mencari penyelesaian. Murid perlu dilatih untuk

mengkaji ramalan atau tekaan mereka dengan menggunakan bahan

konkrit, kalkulator, komputer, persembahan matematik dan lain-lain.

Penaakulan logik perlu diterapkan dalam pengajaran Matematik supaya

murid dapat mengenal, membina dan menilai ramalan serta perbahasan

dalam pembelajaran.

Page 59: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

47

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kemahiran berfikir telah diberi penekanan dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Kemahiran berfikir ini menekankan kepada pemikiran dari aras rendah

sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah

Rendah telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi

bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya

mencipta sesuatu. Lima aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah seperti

berikut:

a. Mengaplikasi - Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.

b. Menganalisis - Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk

memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait dengan bahagian

berkenaan.

c. Menilai - Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan

pengetahuan, pengalaman, kemahiran, nilai serta membuat justifikasi.

d. Mencipta - Menghasilkan idea, produk atau kaedah yang kreatif dan

inovatif.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui

aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan

projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran

(i-Think), peta minda dan Thinking Hats dalam pengajaran dan pembelajaran

sama ada di dalam atau luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.

Alat berfikir perlu dikuasai oleh guru dan murid. Alat berfikir dapat menyokong

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan membantu murid

untuk mencernakan idea yang ada pada mereka dalam situasi pemahaman

serta pencambahan idea.

Page 60: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

48

Penerapan Sikap dan Nilai

Penerapan sikap dan nilai dalam kurikulum Matematik bertujuan melahirkan

insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu,

penghayatan sikap dan nilai dapat membentuk generasi muda yang berhemah

tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang sikap

dan nilai dalam mata pelajaran Matematik harus dipupuk secara langsung atau

tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Sikap dan nilai terbentuk

melalui pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh guru. Pembentukan

ini seharusnya melibatkan unsur kepercayaan, minat, penghargaan, keyakinan,

kecekapan dan ketabahan. Penerapan sikap dan nilai dalam pembelajaran

Matematik adalah seperti berikut:

a. Tanggapan positif terhadap mata pelajaran Matematik.

b. Minat dan keseronokan mempelajari mata pelajaran Matematik.

c. Penghargaan Terhadap keindahan dan keupayaan matematik.

d. Keyakinan mengguna dan mengaplikasikan matematik.

e. Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.

Murid perlu dilengkapkan dengan kemahiran, pengetahuan dan nilai untuk

berjaya dalam kehidupan serta kerjaya dalam abad ke-21 seperti berikut:

a. Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir menyediakan murid untuk menghadapi kehidupan

yang lebih mencabar dalam persekitaran kerja masa kini. Kemahiran ini

antaranya adalah:

i. Kreatif

ii. Kritis

iii. Menaakul

iv. Inovatif

v. Penyelesaian masalah

vi. Membuat keputusan

Page 61: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

49

b. Kemahiran Hidup dan Kerjaya

Murid membangunkan kemahiran hidup dan kerjaya bagi menghadapi

kehidupan yang kompleks dan persekitaran kerjaya dalam dunia yang

semakin mencabar. Murid perlu menguasai kemahiran berikut:

i. Kemahiran komunikasi

ii. Teknologi maklumat dan komunikasi

iii. Bekerjasama

iv. Keusahawanan

v. Kepimpinan

vi. Belajar sepanjang hayat

vii. Keluwesan

viii. Kemampuan menyesuaikan diri

ix. Berinisiatif dan terarah kendiri

c. Nilai

Penghayatan nilai murni membolehkan murid menjadi seorang individu

berperwatakan mulia yang mampu membuat keputusan dan tindakan

untuk melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan

negara. Nilai tersebut adalah seperti berikut:

i. Kerohanian

ii. Berperikemanusiaan

iii. Patriotik

iv. Berintegriti

v. Bertanggungjawab

vi. Bersatu padu

Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila

merancang pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai murni boleh

dilakukan bersesuaian dengan konteks isi pelajaran yang terancang.

Unsur sejarah, patriotisme, alam sekitar dan sains diterapkan mengikut

kesesuaian tajuk untuk membolehkan murid menghayati matematik dan

meningkatkan lagi minat murid terhadap sesuatu tajuk.

Page 62: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

50

BaB 4

PENtaKSIRaN

4.1 PENDaHULUaN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat

tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi

maklumat, membuat inferens dan membuat keputusan tentang perkara yang

perlu dilakukan terhadap murid untuk memperbaiki pembelajarannya. Proses

pengajaran, pembelajaran serta pentaksiran berlaku secara timbal balik dan

bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk

mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru

akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya

semasa proses tersebut berjalan. Proses pengumpulan maklumat

pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara formal

atau tidak formal dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian,

soal selidik, amali, kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan

akan dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang

kebolehan seseorang murid dalam pembelajarannya.

4.2 PEPERIKSaaN aWaM

Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran

Malaysia (Ulangan) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan Awam ialah

peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan sepenuhnya,

bermula daripada pendaftaran calon peperiksaan, penyediaan item dan

pembinaan instrumen pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat

peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, pemeriksaan skrip

jawapan calon dan penskoran, pengeluaran keputusan serta pensijilan.

Page 63: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

51

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987 dan

merupakan peperiksaan awam peringkat kebangsaan yang diduduki oleh murid

Tahun 6 sekolah rendah. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dilaksanakan

dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan calon dalam kemahiran

3M iaitu, membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, murid-murid diberi

peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan

yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk

kepada lulus atau gagal tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada

akhir persekolahan rendah.

Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk

pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang

dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat pengiktirafan

antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan Cambridge

International Examinations, United Kingdom telah memberi peluang kepada

calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil Pelajaran Malaysia untuk

mendapat sijil Cambridge International Examinations O-Level bagi mata

pelajaran berkenaan. Lembaga Peperiksaan juga bekerjasama dengan

Education Development International, United Kingdom untuk memberi peluang

kepada calon yang menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia

mendapat sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pemdidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif,

Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia diambil daripada Maahad Bu’uth Al-

Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan sepenuhnya

ialah bahasa Arab.

Page 64: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

52

4.3 PENtaKSIRaN BERaSaSKaN SEKOLaH

Di samping peperiksaan awam, Lembaga Peperiksaan juga telah

memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah

mulai tahun 2011 dan menengah rendah mulai tahun 2012. Berdasarkan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berkaitan

pembelajaran murid, pengajaran dan pembelajaran perlu menyepadukan

kurikulum dan pentaksiran berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi

melahirkan murid yang berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat

global. Sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination

orientation) perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala tuju

pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment for learning,

dan assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian murid secara

holistik dapat direalisasikan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang

mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai

aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan

sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terarah kepada proses

pembentukan personaliti murid secara menyeluruh, berterusan, fleksibel,

autentik dan pelbagai situasi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan

untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai

potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan

tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran Berasaskan

Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir kebolehan kognitif

individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri dan sosial

individu yang dipupuk bersama dengan aspek kecemerlangan diri dan

akademik individu. Pentaksiran Berasaskan Sekolah berupaya menyumbang

kepada pembentukan modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis,

berkemahiran menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu,

mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia

global yang sering berubah-ubah.

Page 65: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

53

Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan, penyelarasan dan

pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian

bagi memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang

dihasratkan. Pementoran merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan

kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan

dijalankan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan dilaksanakan untuk

memastikan keseragaman tugasan dan penskoran bagi menjamin

kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan prestasi murid.

Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan ketepatan

instrumen yang digunakan dalam pentaksiran.

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang akademik

dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah

dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan akademik terdiri daripada

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran

Psikometrik. Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada

guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan

sekolah.

4.3.1 Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,

diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah. Kaedah ini melibatkan murid, ibu

bapa serta organisasi luar dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif

yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau

pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran Sekolah berperanan untuk

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan

memberikan maklumat yang sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau

dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran

Page 66: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

54

Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan sekolah

dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran

Sekolah merupakan aktiviti yang berterusan yang memerlukan komitmen

yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran

Sekolah juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk

menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran sepenuhnya.

Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran

(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment

of learning).

Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah sedia ada,

Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang

murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses bagi mendapatkan

maklumat tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh buat

atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard

prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pendekatan Pentaksiran Rujukan

Standard dibangunkan di sekolah untuk melihat perkembangan pembelajaran

murid dalam pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang diukur dan

berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru

serta memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah dicapai dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak

membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi

melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan kemajuan

dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk pernyataan

standard. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam

masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi

diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan

maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang

merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid bagi membolehkan

pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

Page 67: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

55

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan

mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan

bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:

a. Pentaksiran formatif

Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran dan

pembelajaran sebagai sebahagian prosesnya dan juga untuk mentaksir

perkembangan pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan

maklum balas tentang kemajuan pengajaran dan pembelajaran sesuatu

topik atau aspek.

b. Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran,

penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian murid tentang

pembelajaran (assessment of learning).

Instrumen Pentaksiran Sekolah

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir

dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang

digunakan ialah:

a. Pemerhatian

Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara

melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau

berjadual tentang apa yang dihasratkan.

b. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis

Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif.

c. Persembahan

Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh

Page 68: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

56

yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

d. ProjekProjek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

e. ProdukTugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.

. f. Amali

Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

g. Tugasan bertulis atau Karya PenulisanInstrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan, dokumen atau karya berkreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi

h. Lembaran kerja

i. Soal jawab

j. Kuiz

k. Latihan/Tugasan rumah

Page 69: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

57

4.3.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik dalam

Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi melihat penguasaan

dan keupayaan intelek mereka di akhir satu program pembelajaran. Lembaga

Peperiksaan menyediakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran

manakala pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah

dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran Pusat merupakan

pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan pencapaian murid dalam sesuatu

mata pelajaran ditaksir secara sumatif.

Pentaksiran tingkatan 3 (Pt3)

Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang dikendalikan kepada

murid pada akhir peringkat menengah rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan

dalam instrumen pentaksiran Pentaksiran Tingkatan 3 dibangunkan dalam

skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga berdasarkan

matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran tersebut. Elemen yang

mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diserapkan dalam

tugasan Pentaksiran Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan instrumen

pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains, Matematik,

Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina,

Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Punjabi

menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran

Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti

tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian

kes (case study).

Page 70: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

58

4.3.3 Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PaJSK)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah untuk menilai

aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan

pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan

ekstrakurikulum. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di

dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merangkumi tiga komponen; Standard

Kecergasan Fizikal Kebangsaan dan Body Mass Index, Kokurikulum dan

Ekstrakurikulum.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan merupakan aktiviti fizikal yang

dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan

kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang ditetapkan. Skor

mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor

standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. Standard Kecergasan

Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti iaitu “Naik turun bangku”,

“Tekan tubi”, “Ringkuk Tubi Separa” dan “Jangkauan Melunjur”. Body Mass

Index tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid

menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index.

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan

kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti

sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah,

zon, daerah atau bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti

kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan dan Permainan, Kelab

dan Persatuan, Badan Beruniform dan koakademik di peringkat sekolah, zon,

daerah atau bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk

mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti

bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu

Page 71: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

59

persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga dan

pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang

boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik,

mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat

dan umum.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir, direkod dan

dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan, Body Mass Index, aktiviti sukan dan

kokurikulum, serta aktiviti ekstrakurikulum.

4.3.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang kebolehan, kemahiran

berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap

dan personaliti murid dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam Pentaksiran Psikometrik ialah

Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti.

Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus tentang

struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Maklumat yang

diperoleh membantu murid mengenal potensi diri serta membantu guru

mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.

Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul

maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid melalui maklumat inventori tret

personaliti dan inventori minat kerjaya.

4.4 PENtaKSIRaN SEKOLaH BaGI MatEMatIK

Pengajaran dan pembelajaran berkesan akan memberi impak tinggi terhadap

tahap penguasaan murid. Pengukuran terhadap penguasaan murid semasa

Page 72: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

60

pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungkait dengan kaedah

dan strategi pengajaran guru di samping pelaksanaan pentaksiran. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang diikuti oleh perancangan pentaksiran

membolehkan guru mendapat maklumat tentang tahap penguasaan murid

berkaitan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Pentaksiran Sekolah dirancang dalam setiap proses pengajaran dan

pembelajaran dengan melibatkan perkara-perkara berikut:

a. Penyediaan Dokumen: i. Penyediaan dokumen berkaitan kurikulum seperti sukatan pelajaran

dan huraian sukatan pelajaran Matematik.

ii. Penyediaan dokumen berkaitan pentaksiran iaitu dokumen panduan

perkembangan pembelajaran murid dan dokumen standard

kurikulum dan pentaksiran.

b. Perancangan Pentaksiran i. Objektif pembelajaran dalam penulisan rancangan pelajaran harian

menerapkan secara bersekali/ bersepadu (embedded) dalam

perancangan pelaksanaan pentaksiran.

ii. Instrumen pentaksiran yang dirancang perlu menepati hasrat

kurikulum dan mencakupi bidang yang perlu murid kuasai.

iii. Instrumen yang diguna mampu mengukur keupayaan sebenar

murid.

iv. Aktiviti pembelajaran mengandungi unsur pentaksiran yang boleh

mengukur penguasaan dan pencapaian murid.

c. Pentaksiran formatif (Semasa Pengajaran dan Pembelajaran) i. Melaksanakan set induksi yang boleh merangsang pembelajaran

murid dan mencungkil pengetahuan sedia ada murid.

ii. Kaedah pentaksiran yang digunakan oleh guru seperti kaedah

pemerhatian, lisan dan penulisan mampu memperoleh maklumat

yang tepat berkaitan penguasaan murid dalam pembelajaran.

Page 73: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

61

iii. Mempelbagaikan strategi bagi melaksanakan bimbingan kepada

murid yang belum menguasai sepenuhnya tahap penguasaan yang

tertinggi.

iv. Melaksanakan pentaksiran secara berterusan bagi memastikan

murid mencapai tahap penguasaan yang dihasratkan.

v. Mencatatkan refleksi di akhir pengajaran dan pembelajaran

sebagai rujukan terhadap keberhasilan pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran serta tanda aras penguasaan murid di samping

membuat perancangan pemulihan kepada murid yang belum

menguasai.

d. Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran sumatif dikaitkan dengan pentaksiran pada akhir unit

pembelajaran, bulan, penggal atau tahun. Penggubal soalan terdiri

daripada guru mata pelajaran Matematik. Setiap penggubalan soalan

perlu disediakan Jadual Spesifikasi Ujian untuk memastikan ciri-ciri

kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan kemudahtaksiran

dipatuhi.

e. Perekodan dan Pelaporan i. Perkembangan penguasaan pembelajaran murid perlu direkodkan

oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Tahap penguasaan murid dicatatkan dari semasa ke semasa

sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung.

ii. Kaedah perekodan bagi tujuan pelaporan penguasaan dan

pencapaian murid dilakukan oleh guru mata pelajaran boleh

mengguna pakai modul perekodan yang disediakan oleh pihak

Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pembangunan Kurikulum atau

yang dihasilkan sendiri oleh guru.

iii. Perekodan tahap penguasaan murid dengan pernyataan Tahap

Penguasaan atau Band disediakan bagi maksud pelaksanaan

pentaksiran formatif, manakala perekodan pencapaian murid

Page 74: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

62

yang dinyatakan dalam peratus, gred dan markah bagi maksud

pelaksanaan pentaksiran sumatif.

iv. Guru boleh merekodkan secara terus ke dalam aplikasi excel

offline yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan atau Bahagian

Pembangunan Kurikulum, namun guru digalakkan menyediakan

senarai semak atau data transit bagi tujuan semakan dan rujukan.

4.5 KERJa PROJEK MatEMatIK taMBaHaN

Kerja Projek Matematik Tambahan wajib dilaksanakan oleh semua murid.

Kerja Projek Matematik Tambahan bertujuan memberi peluang kepada murid

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik darjah

kepada situasi sebenar di luar bilik darjah. Penerokaan masalah matematik

melalui pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan dapat menggerakkan

minda murid, menjadikan pembelajaran Matematik lebih bermakna dan

mencabar, mengupayakan murid untuk mengaplikasikan konsep dan

kemahiran matematik serta memperkembangkan kemahiran berkomunikasi

mereka.

Nilai intrinsik matematik seperti berpemikiran sistematik, tepat, menyeluruh,

tekun dan yakin yang disemaikan melalui proses pengajaran dan

pembelajaran, menyumbang kepada pembentukan peribadi dan pemupukan

sikap positif terhadap matematik. Di samping itu nilai murni turut diperkenalkan

mengikut konteks sepanjang pengajaran dan pembelajaran Matematik

Tambahan.

Pentaksiran dalam bentuk ujian dan peperiksaan membolehkan tahap

kefahaman dan pencapaian murid diukur. Pentaksiran dalam Matematik

Tambahan mengambil kira beberapa aspek penting seperti pemahaman

konsep, penguasaan kemahiran dan soalan bukan rutin yang memerlukan

pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah. Pentaksiran yang

berkesan dan menggunakan pelbagai sumber memberikan maklumat yang

berguna tentang tahap perkembangan dan pencapaian murid.

Page 75: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

63

Pentaksiran secara berterusan yang diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran seharian membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan

kekuatan murid serta keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan. Maklumat yang diperoleh melalui respons murid terhadap soalan

yang diajukan, hasil kerja kumpulan dan hasil kerja rumah membantu guru

dalam memperbaiki proses pengajaran, serta membolehkan mereka

menyediakan rancangan pengajaran yang lebih berkesan.

4.6 GaRIS PaNDUaN aM MENGENaI PELaKSaNaaN KERJa PROJEK MatEMatIK taMBaHaN

Setiap murid yang mengambil Matematik Tambahan diperlukan untuk

menjalankan kerja projek semasa mereka di Tingkatan 5. Murid dikehendaki

memilih dan melaksanakan satu daripada dua tugasan yang diberikan,

berdasarkan minat mereka. Setelah melaksanakan Kerja Projek Matematik

Tambahan, adalah diharapkan agar murid mendapat pengalaman yang

berharga dan dapat:

a. Mengaplikasikan dan mengadaptasikan pelbagai strategi

penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah rutin dan

bukan rutin.

b. Melalui pengalaman pembelajaran:

i. Mencabar, menarik dan bermakna dan seterusnya

meningkatkan kemahiran berfikir mereka.

ii. Pengetahuan dan kemahiran digunakan dengan cara

yang bermakna dalam menyelesaikan masalah kehidupan

sebenar.

iii. Mengekspresikan pemikiran matematik, penaakulan dan

komunikasi amat digalakkan dan dituntut.

iv. Merangsang dan meningkatkan pembelajaran yang

berkesan.

c. Memperoleh kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang

berkesan secara lisan dan bertulis serta menggunakan bahasa

matematik untuk mengekspresikan idea matematik dengan betul

dan tepat.

Page 76: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

64

d. Meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan

pengetahuan dan kemahiran matematik melalui pengaplikasian

pelbagai strategi penyelesaian masalah.

e. Membentuk pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk

kerjaya dan masa depan.

f. Menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang

penting dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dan

seterusnya menerapkan sikap positif terhadap matematik.

g. Melatih diri mereka bukan sahaja untuk belajar secara berdikari

tetapi juga untuk berkolaborasi, bekerjasama dan berkongsi

pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat.

h. Menggunakan teknologi khususnya teknologi maklumat dan

komunikasi secara bersesuaian dan berkesan.

i. Melatih diri untuk menghargai nilai-nilai intrinsik matematik dan

menjadi lebih kreatif dan inovatif.

j. Menyedari kepentingan dan keindahan matematik.

Kerja projek boleh dilaksanakan dalam kumpulan atau individu, tetapi setiap

murid perlu mengemukakan laporan bertulis secara individu yang ditandakan

dan digredkan oleh guru berdasarkan rubrik yang dibekalkan bersama-sama

tugasan. Wajaran yang tinggi diperuntukkan kepada pengaplikasian proses

matematik seperti penaakulan, membuat perkaitan, berkomunikasi secara

matematik, perwakilan dan menggunakan teknologi. Murid perlu menyedari

bahawa proses matematik yang dilaksanakan semasa menyelesaikan tugasan

Kerja Projek Matematik Tambahan, adalah sama penting dengan mencari

jawapan yang betul. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk berubah daripada

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kepada

pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dan mereka perlu

meluangkan masa untuk perkara-perkara berikut:

a. Memantau murid supaya mereka bukan sahaja bekerja keras ke arah

menyiapkan tugasan tersebut tetapi juga bekerjasama dengan murid lain

secara kolaborasi dan berkesan.

Page 77: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

65

b. Menggalakkan sumbang saran idea dalam menyelesaikan tugasan.

c. Menjawab soalan, memberi cadangan dan memberi panduan kepada

murid sekiranya diperlukan tetapi bukan sehingga memberi jawapan

secara langsung.

d. Mentaksir dan menilai proses dan kemajuan murid sepanjang

masa.

e. Memberi panduan dan menggalakkan murid menjalankan

penyelidikan, termasuk cara bagaimana untuk menggunakan

sumber secara berkesan.

f. Memastikan murid sentiasa fokus dan berminat kepada tugasan

yang perlu diselesaikan.

g. Memberi masa yang secukupnya (3 minggu) kepada murid untuk

menyelesaikan tugasan.

h) Murid perlu melaksanakan tugasan kerja projek (termasuk penulisan

laporan bertulis secara individu) dalam tempoh tiga minggu

dari hari pertama tugasan diberikan kepada mereka. Kegagalan

untuk mengemukakan laporan bertulis akan menyebabkan murid

tidak akan menerima apa-apa perakuan dan sijil.

Page 78: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

66

BaB 5PENYELIaaN

5.1 PENDaHULUaN

Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang diberikan

untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan. Menurut Morsher

dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The Reluctant Profession,

menghuraikan ”....penyeliaan satu usaha untuk mengajar guru cara untuk

mengajar dan kepimpinan profesional dalam pembentukan pendidikan

masyarakat umum dan lebih khusus lagi dalam penggubalan kurikulum,

pengajaran dan bentuk pendidikan”.

Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran - Pembelajaran di dalam Kelas

oleh Pengetua/ Guru Besar Sekolah terhadap guru-guru di sekolah masing-

masing. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan pelaksanaan

kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada

pihak pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi

aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta

program kurikulum, menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan

tanggungjawab pentadbir sekolah.

5.2. tUJUaN PENYELIaaN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987: Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

di dalam Kelas oleh Pengetua/ Guru Besar Sekolah menggariskan

empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas.

Keempat-empat tujuan ini digambarkan seperti Rajah 1.

Page 79: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

67

Rajah 1 : tujuan Penyeliaan

a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua/ guru besar dan guru

dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran dan

pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat, dan objektif sistem

pendidikan negara.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber

maklumat kepada pengetua/ guru besar untuk memperbaik proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga

boleh digunakan oleh pengetua/ guru besar sebagai asas untuk menilai

seseorang guru bagi tujuan tertentu.

c. Memupuk, memelihara, dan memperkukuh hubungan profesionalisme

dan interaksi yang positif antara pengetua/ guru besar dengan guru, guru

dengan guru, dan antara guru dengan murid.

d. Membantu guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan

membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

5.3 BIDaNG PENYELIaaN

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua

bidang iaitu bidang organisasi serta bidang pengajaran dan pembelajaran.

a. Bidang Organisasi

Ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian adalah:

Page 80: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

68

i. Iklim kelas

i. Organisasi kelas

ii. Kawalan murid

iii. Komunikasi

iv. Motivasi

v. Sikap murid

vi. Kebersihan dan keceriaan

vii. Penyeliaan gerak kerja

viii. Penilaian prestasi

ix. Profil murid

x. Pengurusan panitia mata pelajaran

b. Bidang Pengajaran dan Pembelajaran

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

ii. Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

• Objektif pengajaran dan pembelajaran

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Refleksi pengajaran dan pembelajaran

iii. Persediaan sumber pendidikan

iv. Penyampaian isi pelajaran

v. Teknik penyoalan

vi. Interaksi guru dan murid

vii. Penggunaan masa

Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan aspek pengurusan

yang teratur dan sistematik melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan,

pemantauan, penilaian dan penambahbaikan.

Page 81: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

69

5.4 PRINSIP PENYELIaaN

Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan oleh

pengetua atau guru besar ke atas semua guru.

b. Rekod Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatat

dengan ringkas dan tepat.

c. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan

seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/ tahun dan guru.

d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong kanan

dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun, tanggungjawab

sepenuhnya terletak pada tangan pengetua/ guru besar; penyeliaan

pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan secara sistematik

dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru. Pengetua/

Guru Besar membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan

untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

e. Pengetua/ Guru Besar boleh merujuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM) berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan guru.

5.5 PERINGKat PENYELIaaN PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Peringkat Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga peringkat

seperti Rajah 2.

Rajah 2 : Peringkat Penyeliaan

Page 82: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

70

Prapenyeliaan

Pada peringkat prapenyeliaan, pengetua/ guru besar perlu:

a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru dengan

pengetua/ guru besar.

b. Membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang hendak

dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan

dilaksanakan.

c. Memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang perlu diberi

perhatian khusus.

d. Membuat penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan.

Penyeliaan

Pada peringkat penyeliaan, perkara berikut perlu dilakukan :

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan pada

tarikh dan waktu yang telah dipersetujui atau pada bila-bila masa. Guru

perlu dimaklumkan sekiranya pihak pengetua/ guru besar tidak dapat

melaksanakan penyeliaan. Guru penolong kanan boleh mengambil alih

tugas penyeliaan tersebut dengan arahan pengetua/ guru besar.

b. Pengetua/ guru besar hendaklah memberi fokus kepada pencapaian

objektif pengajaran dan pembelajaran serta kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang telah dibincangkan ketika prapenyeliaan.

c. Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan mengenai setiap

aspek yang diselia hendaklah dicatatkan oleh pengetua/ guru besar

sebagai persediaan pascapenyeliaan.

Page 83: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

71

Pascapenyeliaan

Pada peringkat pascapenyeliaan, perkara berikut perlu dilakukan :

a. Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas proses

penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan dua hala meliputi

kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

b. Status pengajaran dan pembelajaran perlu dimaklumkan kepada guru

yang diselia oleh pengetua/ guru besar.

c. Maklum balas guru adalah perlu bertujuan untuk tindakan

penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran guru berkenaan.

5.6 tINDaKaN PENaMBaHBaIKaN

Tindakan penambahbaikan selepas penyeliaan adalah penting bagi

memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Perkara berikut boleh dilakukan :

a. Pengetua/ guru besar perlu memastikan guru yang diselia melaksanakan

tindakan penambahbaikan terhadap semua aspek bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selepas penyeliaan.

b. Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia sewajarnya

dijadikan budaya sekolah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dapat dikekalkan.

c. Pengajaran mikro sesama rakan sejawat dan komuniti pembelajaran

profesional boleh dijadikan salah satu medium tindakan penambahbaikan

selepas penyeliaan.

Page 84: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

72

RUJUKaN

1. Biggs, J.B and Telfer, R., The Process of Learning, Prentice Hall, Sydney, 1987

2. Brady, L., Model and Methods of Technology, Prentice Hall, Sydney, 1985

3. Butler, K.A., Learning and Teaching Style, The Learner Dimension, Merrill Publishing, Columbus, 1998

4. Doyle, W., Classroom Organization and Management, Mac Millan, New York, 1986

5. Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S, Classroom Management for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New Jersey, 1994

6. English, T. and English, J., Creative Management in School, Ashgate Publishing United, Hants, England, 1997

7. Gardner, H., Intelligence Reframed : Multiple Intelligences for the 21st Century, Basic Books, New York, 2000

8. Marrison, K. And Ridley, K. Curriculum Planning and the Primary School, Paul Chapman, London 1988

9. Marsh, C., Handbook For Beginning Teacher, Longman, Melbourne, Australia, 1996.

10. Mohd Dom, Alimuddin, Kepimpinan Instructional : Peranan Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia, 2006

11. Mok Soon Sang, Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia, 2006

12. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK,Putrajaya, Malaysia, 2012

13. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Menengah, JNJK, Putrajaya, Malaysia, 2007

14. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah, JNJK, Putrajaya, Malaysia, 2007

15. JNSP, KPM, Buku Panduan Penyeliaan Matematik Sekolah Menengah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1989

Page 85: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

73

16. JNSP, KPM, Buku Panduan Penyeliaan Matematik Sekolah Rendah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1989

17. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

18. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

19. JPN Kedah, Panduan Pengurusan Panitia Sekolah, One ED Enterprise, Alor Setar, Malaysia, 2014

20. LP, KPM, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2014

21. LP, KPM, Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2013

22. PPK, KPM, Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Malaysia, 2001

23. Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasni, Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, UTM Press, 2012

SURat PEKELILING IKHtISaS

Bil. Rujukan tajuk

1. SPI BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

2. SPI BIL. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/ Guru Besar Sekolah

3. SPI BIL. 6/1991 Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas

4. SPI BIL. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

5. SPI BIL. 12/1999 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

Page 86: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

74

6. SPI BIL. 2/2000 Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

7. SPI BIL. 5/2003 Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8. SPI BIL. 12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah

SURat SIaRaN DaN SURat MaKLUMaN

Bil. Rujukan tajuk

1. KPPM/5; 22 JUN 1998 Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua dan Guru Besar Di Sekolah 2. Surat Pekeliling Kewangan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Bil. 8/2012: Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013

LaIN-LaIN RUJUKaN

Bil. Rujukan tajuk

1. Arahan Perkhidmatan Bab 3 Surat Menyurat

2. Arahan Perkhidmatan Bab 4 Fail-Memfail

Page 87: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

75

Page 88: MATEMATIK - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2516/JNJK BUKU... · lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

Kementer ian Pendidikan MalaysiaJemaah Nazi r Dan Jaminan Kual i t iAras 3-6 , B lok E15 , Kompleks Kerajaan Parce l E ,Pusat Pentadbi ran Kerajaan Persekutuan62604 Putra jaya .Te l : 03 8884 4161 / 8884 4201 / 8884 4111Faksimi l i : 03 8884 6867 / 8888 6869