bahasa melayu - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/jnjk...

82
BAHASA MELAYU Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2015 PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

Upload: dangtuyen

Post on 31-Jan-2018

276 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

BAHASAMELAYU

Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti2015

PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

Page 2: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

Diterbitkan olehJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2015

© Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara

elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Page 3: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh
Page 4: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

i

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.

Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.

Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan sendiri.

Selamat Maju Jaya.

DatO’ SERI MaHDZIR BIN KHaLID

Kata Alu-AluanMENtERI PENDIDIKaN MaLaYSIa

Page 5: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

ii

Kata Alu-AluanKEtUa PENGaRaH PELaJaRaN MaLaYSIa

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan negara.

Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

DatO’ SRI DR. KHaIR BIN MOHaMaD YUSOf

Page 6: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

iii

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik.

SELaMat MaJU JaYa DaN SaLaM 1MaLaYSIa.Sekian, terima kasih.

(DatO’ HaJI MaHMUD BIN KaRIM)

Kata Alu-AluanKEtUa NaZIR SEKOLaH

Page 7: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

iv

JaWataNKUaSa PENERBItaNBUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

BaHaSa MELaYU

PenasihatDato’ Hj. Mahmud bin Karim

Ketua Nazir SekolahJemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi 1Hjh. Normah binti Ismail KMN

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

Pengerusi 2Encik Hashim bin Mohd Zin

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

timbalan PengerusiDr. Harery bin Abu Saad

Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

SetiausahaNoora binti Hj Sidek

Ketua Penolong Pengarah

ahliSiti Hatifah binti Yahaya (JNJK)Salmah binti Abd. Murad (JNJK)

Dr. Hamid bin Idris (JNJK)Mohd Salleh bin Haji Hassan (JNJK)

Haji Zamani bin Ashaari (JNJK)Mohd Azman bin Omar (JNJK)

Dayang Rositer binti Awang Ibrahim (JNJK)Zaharuddin bin Zamin (JNJK)

Ismail bin Arshad (JNJK) Haji Ismail bin Muhamad Ali (JNJK)

Wan Nur Afni binti Wan Risad (JNJK)Chin Fong Phin (BPK)

Noraziah binti Ahmad Ghazali (BPK)Masrol bin Samingon (LP)

Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

Page 8: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

v

ISI KaNDUNGaN

Bil. tajuk Muka Surat Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia i Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii Jawatankuasa Penerbitan iv Isi Kandungan v Pengenalan vii Objektif Buku Panduan Pengurusan ix BaB 1 PROfIL Mata PELaJaRaN BaHaSa MELaYU 1.1 Pendahuluan 11.2 Matlamat 11.3 Objektif 21.4 Organisasi Kurikulum 41.5 Peruntukan Waktu 12 BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN 2.1 Pendahuluan 152.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 152.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 162.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu 172.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 192.6 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan 19 Petang 2.7 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran 202.8 Peranan Ketua Panitia Bahasa Melayu 202.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu 222.10 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 232.11 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran PerKapita 242.12 Program Perkembangan Staf 262.13 Dokumentasi atau Pengurusan Fail Panitia Bahasa Melayu 26

Page 9: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

vi

2.14 Bilik Khas atau Sudut Mata Pelajaran Bahasa Melayu 272.15 Persatuan Kokurikulum Akademik Bahasa Melayu 27

BaB 3 PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN 3.1 Pendahuluan 293.2 Standard 4: SKPM 2010 293.3 Strategi Pengajaran 303.4 Penerapan Elemen Merentas Kurikulum Dalam Pengajaran 32 dan Pembelajaran 3.5 KemahiranBerfikirArasTinggi 333.6 Didik Hibur 343.7 Pendekatan Berpusatkan Murid 343.8 Prinsip 5P 403.9 Hasil Kerja Murid dan Latihan 413.10 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 423.11 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 43 BaB 4 PENtaKSIRaN 4.1 Pendahuluan 464.2 Peperiksaan Awam 464.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 484.4 Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu 57 BaB 5 PENYELIaaN 5.1 Pendahuluan 615.2 Tujuan Penyeliaan 615.3 Bidang Penyeliaan 635.4 Prinsip Penyeliaan 645.5 Peringkat Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 655.6 Tindakan Penambahbaikan 66 RUJUKaN 67

Page 10: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

vii

PENGENaLaN

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yangberkeupayaanberfikirdanwarganegaraberiltizam.KPMsecaraberterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

faLSafaH PENDIDIKaN KEBaNGSaaN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

MISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan

Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika.

Page 11: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

viii

OBJEKtIf JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran

dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti

penaziran;

ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya

menjadi efektif dan cekap;

iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua

pihak dalam bidang pendidikan;

iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian

maklumat yang cekap dan berkesan;

v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara

berterusan dalam bidang penaziran; dan

vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan

negeri dan pejabat pendidikan bahagian/daerah bagi memastikan

nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi

perhatian.

Page 12: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

ix

OBJEKtIf BUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN BaHaSa MELaYU

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Bahasa

Melayu adalah seperti berikut:

i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai

pemimpin kurikulum yang profesional.

ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan Pengetua dan Guru Besar

menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan berkesan.

iii. Membolehkan Ketua Panitia Bahasa Melayu mengurus dan mentadbir

panitia dengan berkesan.

iv. Membolehkan guru Bahasa Melayu mengurus dan melaksanakan

proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih terancang dan

berkesan.

v. Membantu guru bukan opsyen Bahasa Melayu memahami matlamat,

objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata

pelajaran Bahasa Melayu.

vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum

dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Bahasa Melayu)

dalam melaksanakan pengurusan persatuan.

vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia

dan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tentang cara

meningkatkan penguasaan dan prestasi Bahasa Melayu di sekolah.

Page 13: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

1

BaB 1

PROfIL Mata PELaJaRaN BaHaSa MELaYU

1.1 PENDaHULUaN

Perlembagaan Persekutuan Fasal 152 telah mengangkat dan

mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mewajibkan

bahasa Melayu dipelajari sebagai mata pelajaran dan dijadikan

bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan.

Berdasarkan kedudukan atau status yang begitu istimewa, bahasa

Melayu telah dapat menjadi bahasa perpaduan dan bahasa

perhubungan utama dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Kemampuan berbahasa ini mencerminkan akal budi rakyat seluruhnya.

Penggunaan bahasa Melayu penting bagi mengekalkan jati diri

masyarakat dan citra negara bangsa. Selain menjadi bahasa

kebangsaan, bahasa Melayu juga merupakan bahasa penting bagi

penyaluran pemikiran dan budaya.

1.2 MatLaMat

1.2.1 Sekolah Rendah

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal

untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan

boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh

pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta

hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Page 14: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

2

1.2.2 Sekolah MenengahMatlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah

untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa

dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang

pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

1.3 OBJEKtIf

1.3.1 Sekolah RendahPada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah

rendah murid dapat:

a. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi

persekitaran dengan teliti dan betul.

b. Mendengar, memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu

abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

c. Mendengar, memahami dan memberikan respons

berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul.

d. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang

sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan

betul secara bertatasusila.

e. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula

perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan

sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

f. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu

perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara

bertatasusila.

g. Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu

perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

h. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara

mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.

i. Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada

pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan

intonasi yang betul.

Page 15: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

3

j. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat

dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons

dengan betul.

k. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat

yang terdapat dalam pelbagai bahan.

l. Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkaya kosa

kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.

m. Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.

n. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas.

o. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

p. Menulis imlak dengan tepat.

q. Mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat

tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang

santun.

r. Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre

dengan betul.

s. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

t. Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh

daripada pelbagai sumber.

u. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan,

pembacaan dan penulisan.

v. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,

semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti

berbahasa.

1.3.2 Sekolah MenengahPada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah

menengah murid dapat;

a. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan,

perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta

mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan

barangan dan perkhidmatan.

Page 16: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

4

b. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada

pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk

memperoleh ilmu dan maklumat.

c. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta

menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.

d. Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons

kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan

sastera.

e. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan

penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan

berkesan.

f. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,

semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

1.4 ORGaNISaSI KURIKULUM

1.4.1 Sekolah Rendah

a. Standard Kurikulum

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah

digubal dengan memberikan penekanan pada standard

kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui

dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kandungan dan

standard pembelajaran ini berpaksikan kemahiran bahasa

dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian

kurikulum.

Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan standard

kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai

oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk

modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni,

kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.

Page 17: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

5

i. Standard Kandungan

Standard kandungan ialah pernyataan tentang bidang

ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid

dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

ii. Standard Pembelajaran

Standard pembelajaran ialah pernyataan tentang

penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran

dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

b. Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan teras Standard Kurikulum

Bahasa Melayu dan pendekatan modular. Kemahiran

bahasa meliputi kemahiran berikut:

i. Kemahiran mendengar

ii. Kemahiran bertutur

iii. Kemahiran membaca

iv. Kemahiran menulis

c. Pendekatan Modular

Standard Kurikulum Bahasa Melayu distrukturkan dengan

menggunakan pendekatan modular untuk memastikan

penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan

modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada

unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu terdapat lima modul iaitu Modul

Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis,

Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul

yang pertama berasaskan empat kemahiran bahasa iaitu

kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran

membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan

Page 18: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

6

Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk

mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.

i. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi

penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur.

Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid

mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati

secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai

situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.

Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid

berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea

yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang

betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan

tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam

kemahiran bertutur.

ii. Modul Kemahiran Membaca

Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada

kemahiran membaca di samping penggabungjalinan

kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca

merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan

perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan

pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan

teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul

kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati

teks yang dibaca.

Page 19: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

7

iii. Modul Kemahiran Menulis

Modul Kemahiran Menulis berfokuskan kemahiran

menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid

menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai

jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan

perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis,

tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas

dan kemas. Murid digalakkan menggunakan kreativiti

mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur

pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran

bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam

pelbagaibahanprosa,puisidangrafik.

iv. Modul Seni Bahasa

Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan,

keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang

perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan

aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami,

mengungkap dan menghayati bahasa yang indah.

Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan

mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara

lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik.

Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang

menyeronokkan secara didik hibur.

v. Modul Tatabahasa

Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis

bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh

murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang

terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan

supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa

dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara

lisan dan bertulis.

Page 20: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

8

d. Sistem Bahasa

Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan,

sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.

Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu membolehkan murid

menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

i. Tatabahasa

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan

sintaksis:

• Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata

ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang

(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada

bentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Golongan kata pula ialah proses menjeniskan

perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau

fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan

yang sama.

• Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

bentuk, struktur dan binaan ayat. Melalui sintaksis

hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari

kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan

atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat

dapat dipelajari.

Page 21: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

9

• Sistem Ejaan

Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi

tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga

makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah

mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan

tanda baca yang betul dapat membantu bacaan dan

penulisan.

• Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid

dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul

serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang

ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan

membezakan pelbagai aspek sebutan dan intonasi

supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan

tepat.

• Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah.

Penguasaan kosa kata perlu ditingkatkan dan

dikembangkan agar murid dapat mengungkap

maklumat dan buah fikiran selaras dengan

penambahan ilmu dalam mata pelajaran yang dipelajari

pada peringkat sekolah rendah.

• Peribahasa

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa,

perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan

kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah

mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni

masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Page 22: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

10

e. Elemen Merentas Kurikulum

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang

diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.

Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan

kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan

serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

Dalam kurikulum, elemen merentas kurikulum melibatkan

elemen sedia ada iaitu bahasa, pendidikan alam sekitar,

nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme dan ditambah

dengan elemen baharu iaitu Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK), keusahawanan serta kreativiti dan

inovasi.

1.4.2 Sekolah Menengah

a. Organisasi Kurikulum

Organisasi kandungan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

sekolah menengah mengandungi:

i. Penggunaan Bahasa

Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang utama,

iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang

Estetik. Bagi setiap bidang tersebut terdapat hasil

pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus

yang perlu dikuasai oleh murid.

ii. Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini

merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Page 23: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

11

iii. Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan

daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil

pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang

perkara yang harus dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil

pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus

pada strategi bilik darjah yang paling berkesan agar

murid menguasai hasil tersebut. Oleh itu, hasil

pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,

kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang relevan

dan berkesan. Selain itu, hasil pembelajaran juga

membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian

pencapaian murid.

iv. Sistem Bahasa

Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran

merujuk bahasa Melayu baku yang terdiri daripada

tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan dan sebutan,

dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi

dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada

kosa kata umum dan istilah.

v. Komponen Sastera Melayu dalam Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah (tingkatan 1 hingga tingkatan 5) Bermula tahun 2000. Komponen Sastera Melayu dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu merangkumi genre novel,

cerpen, prosa tradisional, drama, sajak dan puisi

tradisional. Melalui komponen ini diharapkan dapat

memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam

Page 24: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

12

kalangan murid serta memperkukuh kemahiran

berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,

membaca dan menulis.

vi. Pengisian Kurikulum

Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang

mencantumkan teras utama dalam kehidupan

masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam

pendidikan, iaitu ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan

sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah iaitu

kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian

masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran

konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua

elemen ini dapat diaplikasikan dalam dunia pekerjaan.

Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan dan

patriotisme diberikan penekanan selaras dengan

matlamat negara untuk membangunkan masyarakat

madani.

1.5 PERUNtUKaN WaKtU

1.5.1 Sekolah RendahPeruntukan waktu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap I Mulai 2011.

Tahap 1

Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan WaktuSK 360 12

SJKC 300 10

SJKT 300 10

Page 25: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

13

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2013: Pelaksanaan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah tahap II Secara Berperingkat-

peringkat Mulai tahun 2014, jumlah masa yang diperuntukkan

untuk pelaksanaan KSSR Tahap 2 adalah seperti berikut:

Tahap 2

Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan WaktuSK 300 10

SJKC 240 8

SJKT 240 8

Bagi murid Pendidikan Khas, jumlah masa yang diperuntukkan

adalah seperti berikut:

Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan WaktuMasalah Pendengaran dan Penglihatan 300 10

Masalah Pembelajaran 180 6

1.5.2 Sekolah Menengah

a. Menengah Rendah

Penetapan jumlah masa pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

17/1988: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa untuk

Mata-mata Pelajaran Program KBSM bagi Kelas

Peralihan, tingkatan I dan tingkatan II Mulai 1989 dan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan

Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia Sekolah Menengah (tingkatan 1 hingga

tingkatan 5) Bermula tahun 2000.

Page 26: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

14

tingkatan Minit Seminggu Bilangan WaktuPeralihan 520 13

1 hingga 3240

(80 minit Komponen Sastera Melayu)

6

b. Menengah Atas

Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi

Sekolah Menengah KBSM merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk

Mata-mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah atas Mulai tahun 1992 dan Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan

Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah

Menengah (tingkatan 1 hingga tingkatan 5) Bermula tahun

2000.

tingkatan Minit Seminggu Bilangan Waktu

4 dan 5240

(80 minit Komponen Sastera Melayu)

6

Page 27: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

15

BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

2.1 PENDaHULUaN

Pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu amat penting bagi memastikan

pelaksanaan kurikulum yang lebih terancang dan sistematik. Pengurusan

mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan

sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu juga penting

agar guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin, bertanggungjawab,

berwawasan, berinovasi dan berupaya melaksanakan tugas dengan

berkesan. Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran akan

dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya

mampu melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan visi KPM iaitu

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.

2.2 JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan jawatankuasa tertinggi dalam

bidang kurikulum di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab

dalam menetapkan hala tuju dan ketetapan yang jelas ke arah merealisasikan

pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah akan memandu

dan memberi panduan kepada guru melalui aktiviti Panitia Bahasa Melayu

dan Persatuan Bahasa Melayu yang dilaksanakan supaya mencapai

matlamatnya.

Page 28: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

16

Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti

berikut:

Sumber Rujukan: PPK, KPM (2001)

2.3 PERaNaN JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah:

a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah

dengan jelas.

b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan

Malaysia dibincangkan dan dilaksanakan.

c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek

dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat

kurikulum.

d. Menyelaras, melaksana, memantau, menilai, dan menambah

baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaik keadaan,

suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran.

e. Merancang latihan/kursus perkembangan staf dengan tujuan

meningkatkan mutu pendidikan.

Page 29: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

17

f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di

sekolah.

g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan

aktiviti kurikulum.

h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan

aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.

i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan

dengan pendidikan semasa.

j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan

mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan

oleh panitia.

k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.

l. Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan

berkesan.

m. Menilai dan meneliti pelaksanaan kurikulum kebangsaan dan

mengemukakan maklum balas kepada jawatankuasa kurikulum

daerah/negeri.

2.4 PERaNaN PaNItIa Mata PELaJaRaN BaHaSa MELaYU

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran

secara rasmi. Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit,

adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata

pelajaran. Sekolah boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran

sebagai satu panitia.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia mata

pelajaran Bahasa Melayu sejajar dengan peranannya sebagai sebuah

badan ikhtisas:

a. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran,

dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan

pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid

Page 30: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

18

(Panduan PPM) yang terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli panitia.b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan takwim sekolah.c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada pentadbir sekolah untuk keperluan guru dan murid.d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan menyediakan bank soalan.e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai bagi penambahbaikan.f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang- kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara semerta jika perlu.g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan kaedah untuk mengajar serta mencari penyelesaian masalah bagi sesuatu isu.h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar.i. Mewujudkan semangat bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan panitia di sekolah berhampiran.k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.m. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan

mesyuarat, surat menyurat dan rekod.

Page 31: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

19

2.5 PERaNaN PENGEtUa ataU GURU BESaR

Pengetua/guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang,

pelaksana perubahan, dan inovasi kurikulum. Selain itu, mereka juga

merupakan penentu mata pelajaran elektif, perancang dan pengurus

program pengajaran dan pembelajaran, memastikan sumber bahan

pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan sebagai contoh dalam

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Pengetua/guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan fizikal. Di

samping itu, pengetua/guru besar perlu menubuhkan panitia mata

pelajaran. Mereka juga perlu merekodkan segala hasil penyeliaan/

pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.

2.6 PERaNaN PENOLONG KaNaN PENtaDBIRaN DaN PENOLONG KaNaN PEtaNG

a. Penolong kanan pentadbiran/penolong kanan petang

berperanan dalam urusan penyediaan jadual waktu induk,

jadual waktu kelas, dan jadual guru ganti. Selain itu, mereka

juga berperanan bagi menentukan tenaga pengajar mengikut

kesesuaian opsyen, pembangunan staf, merancang, melaksana

dan menilai program peningkatan kurikulum serta membimbing guru.

Beliau juga memastikan peperiksaan dan pentaksiran sama

ada dalaman atau awam dilaksanakan dengan lancar serta

memastikan pusat sumber berfungsi dengan baik.

b. Penolong kanan pentadbiran/penolong kanan petang juga

berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas

tambahan dan bimbingan, dan mengenal pasti dan mencalonkan

guru untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan

mata pelajaran Bahasa Melayu.

Page 32: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

20

2.7 PERaNaN GURU KaNaN Mata PELaJaRaN

Guru kanan mata pelajaran berperanan membantu pengetua dalam

merancang dan melaksanakan penyeliaan pengajaran dan

pembelajaran, mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran.

Selain itu, guru kanan mata pelajaran perlu memastikan penggunaan

bahan, mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas yang berkaitan

bidang bahasa, melaksanakan penilaian, kemajuan staf dan penyediaan

bahan bantu mengajar.

2.8 PERaNaN KEtUa PaNItIa BaHaSa MELaYU

Keperluan penubuhan Panitia Mata Pelajaran dimaklumkan melalui

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua

Panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras,

memantau, menilai, dan menambah baik semua hal berkaitan mata

pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh

pengetua/guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata pelajaran

bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah dianggotai

oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran tersebut di sekolah.

Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari dengan

perkembangan pendidikan semasa, antara tugas yang boleh dijalankan

oleh ketua panitia adalah seperti berikut:

a. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa

untuk mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum.

b. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan

Perkembangan Pembelajaran Murid terkini serta merancang,

menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran tahunan dengan

mengambil kira takwim persekolahan semasa.

c. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru

mata pelajaran dalam penyediaan rancangan pelajaran harian.

Page 33: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

21

d. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan serta

menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan penambahbaikan.

e. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/aktiviti

peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan kokurikulum

akademik.

f. Menyelaras tugasan dan jenis buku latihan serta buku nota yang

akan digunakan.

g. Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan bilangan,

bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang bersesuaian.

h. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/aktiviti

perkembangan staf.

i. Membantu dalam merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan

tahunan bagi mata pelajaran.

j. Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan

mengikut arahan perbendaharaan dan surat pekeliling yang sedang

berkuat kuasa.

k. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan

pusat sumber sekolah.

l. Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan

diterimamengikutbilangandanspesifikasi.

m. Memastikan guru mata pelajaran Bahasa Melayu menerapkan

unsur didik hibur seperti nyanyian, lakonan dan elemen

KemahiranBerfikirArasTinggi(KBAT).

n. Memastikan bilik-bilik khas seperti makmal bahasa, bilik bahasa

dan sudut mata pelajaran digunakan secara optimum dan

menyeluruh kepada semua murid.

o. Memastikan bilik-bilik khas sentiasa berada dalam keadaan

bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.

Page 34: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

22

2.9 PERaNaN GURU Mata PELaJaRaN BaHaSa MELaYU

a. Menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan

Perkembangan Pembelajaran Murid yang terkini.

b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan rancangan

pelajaran harian yang berasaskan sukatan pelajaran, huraian

sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran

dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Persediaan

ini hendaklah mempunyai peringkat perkembangan yang sesuai

dan selaras dengan kebolehan serta keperluan murid.

c. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

d. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan

sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan

pembelajaran.

e. Menyedia pelbagai sumber pendidikan yang boleh digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, teknologi

maklumat dan komunikasi, cakera padat, video dan sebagainya

yangdifikirkansesuai.

f. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang

sesuatu aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan

pembelajaran di samping saling berkongsi maklumat.

g. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan kolokium

berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata

pelajaran atau badan profesional tertentu.

h. Memberikan latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi

kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut

ketetapan yang diputuskan.

i. Melaksanakan program komuniti pembelajaran profesional untuk

menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran

serta merancang penambahbaikan.

Page 35: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

23

j. Menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian, lakonan serta

elemenKemahiranBerfikirArasTinggi.

k. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang

ditetapkan.

2.10 MESYUaRat PaNItIa BaHaSa MELaYU

Panitia mata pelajaran perlu menjalankan mesyuarat secara formal

sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mengikut

ketetapan berikut:

a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua

kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara semerta juga boleh

diadakan mengikut keperluan.

b. Mesyuarat panitia diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa

Kurikulum Sekolah.

c. Semua perkara asas seperti perancangan aktiviti tahunan,

perkembangan staf, pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran, analisis peperiksaan awam dan sekolah dan

perancangan kewangan perlu dibincangkan serta diputuskan

dalam mesyuarat panitia.

d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara

berikut:

i. Ucapan pengerusi

ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

iii. Perkara berbangkit

iv. Perbincangan isu/masalah profesional

v. Hal-hal lain

e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan

kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh

yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran awam (PKPa) Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

Page 36: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

24

2.11 PENGURUSaN PEMBERIaN BaNtUaN GERaN PERKaPIta

a. Bantuan geran perkapita merupakan bantuan kewangan yang

diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di sekolah

kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

b. Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan

mata pelajaran/ketua panitia dalam mesyuarat jawatankuasa

pengurusan kewangan dan akaun sekolah mengenai jumlah

peruntukan geran perkapita yang diterima serta agihannya

supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan

dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid

sepenuhnya.

c. Geran perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua

kumpulan iaitu :

i. Geran Perkapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan

& Bahasa Asing dan Elektif

ii. Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber

Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain

Perbelanjaan Berulang Tahun/Khas (LPBT/LPK) Sekolah

dan LPBT/LPK Asrama.

d. Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan geran

perkapita bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang

digariskan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang

berkuat kuasa. Maksud perbelanjaan seperti yang terdapat dalam

surat pekeliling berkenaan adalah:

i. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera

padat dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Page 37: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

25

iii. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta

modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran.

iv. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains,

taman herba dan sebagainya yang boleh memberikan

pengukuhan kepada program pengajaran dan

pembelajaran.

v. Program berunsurkan pendidikan yang boleh

memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau

hari persekolahan.

vi. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah

dibincangkan dan dipersetujui oleh guru kanan mata

pelajaran atau ketua panitia dan diluluskan oleh pengetua

sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan

ketetapan semasa.

vii. Bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi, sekolah

hendaklah mematuhi tatacara perolehan teknologi

maklumat dan komunikasi yang berkuat kuasa.

viii. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang

ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu

daripada Ketua Pusat Tanggungjawab.

e. Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012,

maksud perbelanjaan geran perkapita diperluas seperti berikut:

i. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan

peruntukan geran perkapita mata pelajaran.

ii. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan

LPBT sekolah dan LPBT asrama.

iii. Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli

mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama

dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah/LPBT

asrama.

Page 38: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

26

iv. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/

warden/kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan

berdasarkan kelayakan tambang teksi dibenarkan

menggunakan peruntukan LPBT sekolah/LPBT asrama.

2.12 PROGRaM PERKEMBaNGaN Staf

Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk

mempertingkat pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang perlu

diberikan perhatian adalah seperti berikut:

a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui

kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses,

Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf.

b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan

supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau

persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan

kursus dalaman peringkat panitia.

d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk

memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh

idea-idea dan pendekatan baharu.

e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap

sesuatu program/aktiviti yang dijalankan.

2.13 DOKUMENtaSI ataU PENGURUSaN faIL PaNItIa BaHaSa MELaYU

Panitia Bahasa Melayu hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk

menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen hendaklah diurus

dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan

teknologi maklumat dan komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan

data dan maklumat panitia.

Page 39: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

27

2.14 BILIK KHaS ataU SUDUt Mata PELaJaRaN BaHaSa MELaYU

Guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipertanggungjawabkan

perlu:

a. Memastikan bilik khas/sudut mata pelajaran dapat berfungsi

dengan efektif.

a. Memastikan bilik khas/sudut mata pelajaran sentiasa bersih dan

kemas untuk digunakan.

b. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik

khas/sudut mata pelajaran untuk proses pengajaran dan

pembelajaran dan kegiatan persatuan.

c. Menyediakan panduan penggunaan bilik khas serta memastikan

peraturan penggunaannya dipatuhi.

d. Merekodkan penggunaan bilik khas serta mengemas kini

penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi

perhatian sewajarnya.

2.15 PERSatUaN KOKURIKULUM aKaDEMIK BaHaSa MELaYU

a. Penubuhan persatuan koakademik adalah bertujuan untuk

pengukuhan, pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta

meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Oleh itu, program yang berfaedah dan menarik minat murid perlu

dirancang.

b. Persatuan koakademik boleh memainkan peranan dengan

merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan pencapaian

objektif mata pelajaran tersebut dan menjalankannya pada masa

tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan

kefahaman serta penguasaan murid di samping menimbulkan

minat dalam penulisan, perbincangan atau perbahasan.

c. Persatuan koakademik yang ditubuhkan perlu mempunyai

peraturan dan perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka

kepada semua murid yang berminat di sesebuah sekolah tanpa

sebarang sekatan.

Page 40: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

28

d. Struktur organisasi persatuan koakademik terletak bawah

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan menjadi pelengkap aktiviti

panitia berkenaan.

e. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh

ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang

diwujudkan dalam persatuan ini adalah seperti berikut:

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha

iv. Bendahari, dan

v. Beberapa orang ahli jawatankuasa

f. Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa

dari semasa ke semasa bergantung pada kehendak

perlembagaan dan keperluan.

g. Mesyuarat tersebut boleh menubuhkan jawatankuasa kecil

berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai

matlamat kegiatan yang dirancang.

Page 41: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

29

BaB 3PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

3.1 PENDaHULUaN

Pengajaran dan pembelajaran ialah satu bentuk komunikasi dua hala

yang melibatkan guru dan murid. Kedua-duanya perlu bertindak untuk

memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah

seperti yang dirancang. Untuk mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran yang ditetapkan, guru perlu menjalankan pengajaran

berlandaskan prinsip-prinsip yang mendasari kurikulum bahasa Melayu.

Pemilihan dan penggunaan bahan, kaedah dan teknik perlu disejajarkan

dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan

Kurikulum.

3.2 StaNDaRD 4: SKPM 2010

Bagi memastikan mutu pembelajaran dan pengajaran bahasa

Melayu ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti

pengajaran di bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada

aspek PdP mengikut ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan

Malaysia 2010 (SKPM). Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard

4 iaitu:

a. Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi

membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang

ditetapkan.

c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan pembelajaran.

d. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran.

e. Kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi meningkatkan

pencapaian objektif pelajaran.

Page 42: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

30

f. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan mempercepatkan

pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

g. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan

pembelajaran murid.

h. Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan

pembelajaran dan pengajaran.

i. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.

j. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran

disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.

k. Pengurusan kelas atau bilik khas yang cekap mewujudkan suasana

yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan

pengajaran.

l. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi mewujudkan

keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4

berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam Standard 4

masih dikekalkan.

3.3. StRatEGI PENGaJaRaN

Strategi merupakan satu perancangan pengurusan operasi yang

digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran, istilah ini merujuk satu set aktiviti

pengajaran yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran

dan pembelajaran. Strategi pengajaran yang berkesan akan dapat

mengintegrasikan pendekatan, kaedah dan teknik secara harmoni. Oleh

itu, guru yang mempunyai strategi pengajaran yang baik dapat

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

(Rujuk Rajah 1).

Page 43: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

31

RaJaH 1 : StRatEGI PENGaJaRaN

StRatEGI PENGaJaRaN

PENDEKataN

Contoh:

Induktif

Deduktif

Elektif

Komunikatif

Kolaboratif

Koperatif

Berfikir

Kontektual

Konstruktif

KaEDaH

Contoh:

Terus

Audio-Lingual

Audio-Visual

Nahu terjemahan

Situasi

Struktur stimulus respon

Kod kognitif

Natural

tEKNIK

Contoh:

Simulasi

Main peranan

Bercerita

Permainan

Sosiodrama

Berbahas

Berbincang

Nyanyian

i. Pendekatan

Pendekatan merupakan pelbagai prinsip yang menjadi pegangan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu pendekatan

itu berlandaskan beberapa teori yang berkaitan dengan sifat-sifat

semula jadi dalam proses pembelajaran seseorang. Oleh itu,

pendekatan dalam pengajaran bahasa merujuk satu kumpulan

prinsip berdasarkan teori bahasa dan teori pengajaran bahasa

yang menjadi pegangan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa.

ii. Kaedah

Kaedah ialah cara pelaksanaan sesuatu pengajaran yang teratur,

kemas dan sistematik yang melibatkan langkah dan peringkat

untuk mengajarkan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa sesuai

dengan pendekatan yang dipegang bagi mencapai sesuatu

objektif pengajaran dan pembelajaran.

Page 44: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

32

iii. Teknik

Teknik ialah satu cara atau taktik yang digunakan oleh guru untuk

menyampaikan isi pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran

yang telah ditetapkan. Teknik yang direalisasikan di dalam bilik

darjah akan menjadi aktiviti pembelajaran.

3.4 PENERaPaN ELEMEN MERENtaS KURIKULUM DaLaM

PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Elemen merentas kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan

dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan

mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang

dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa

hadapan. Dalam kurikulum, elemen merentas kurikulum melibatkan

elemen sedia ada iaitu bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni,

sains dan teknologi dan patriotisme serta ditambah dengan elemen

baharu iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan serta

kreativiti dan inovasi.

3.4.1 Elemen Kreativiti dan Inovasi

Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan

mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan

murid. Selain itu, kreativiti merujuk tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan yang baharu. Inovasi pula ialah proses

penjanaan dan pengaplikasian idea secara kreatif dalam konteks

tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan modal insan

yang dihasratkan.

Page 45: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

33

3.4.2 Elemen Keusahawanan

Elemen keusahawanan merupakan satu pendekatan bagi

membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan

pembentukan sikap keusahawanan serta amalan nilai moral dan

etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan

bertujuan untuk membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan

sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

3.4.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan

kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer

untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,

menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan

harian dan mengakses maklumat melalui internet.

3.5 KEMaHIRaN BERfIKIR aRaS tINGGI

a. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikanmasalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta

sesuatu.

b. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menggunakan alat

berfikir antaranya ialah i-Think yang merupakan alat untuk

mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam

kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif,

kritis serta inovatif.

c. I-Think merangkumi lapan peta pemikiran yang boleh

diaplikasikan oleh guru dan murid dalam pengajaran dan

pembelajaran di samping teknik penyoalan dan penaakulan.

Page 46: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

34

3.6 DIDIK HIBUR

Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang menekankan persekitaran pembelajaran yang

menyeronokkan secara terancang. Unsur keseronokan akan wujud

melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghibur, bermakna dan

memikat seterusnya dapat membantu memperkukuh pemahaman dan

mendorong murid untuk belajar.

3.7 PENDEKataN BERPUSatKaN MURID

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka

berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman

sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

3.7.1 Pendekatan Tematik

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu

diajar berdasarkan tema. Ilmu daripada mata pelajaran dan

disiplin lain lebih mudah diserapkan dan kosa kata bertambah

dan dapat dikembangkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan

penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal

persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan,

mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-

isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti

yang berikut:

a. Kekeluargaan

Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga

yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan Tema

ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai

dan menghormati setiap ahli keluarga.

Page 47: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

35

b. Kemasyarakatan

Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan

dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan

keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini

sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat

melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat-

menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab.

c. Kesihatan dan Kebersihan

Tema kesihatan dan kebersihan, merujuk kesempurnaan dari

segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai

diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat

pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan

kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

d. Keselamatan

Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri

daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran.

Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi

kesedaran agar mengutamakan keselamatan.

e. Perpaduan

Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang

terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk

Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha

memupuk semangat perpaduan.

f. Kebudayaan, Kesenian dan Estetik

Tema kebudayaan, kesenian dan estetik merangkumi elemen-

elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum

di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai

diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat

dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga

Malaysia.

Page 48: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

36

g. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk

keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang

seimbangdaripada segi fizikal,mental, emosi dan rohani serta

mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi

negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk

melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat

kekitaan dan setia kepada negara.

h. Sains, Teknologi dan Inovasi

Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan

yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan

kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu.

Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan

insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu

yang berinovasi.

i. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan

murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk

kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan

bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema

ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta

bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan

teknologi hijau.

j. Pertanian dan Penternakan

Tema pertanian dan penternakan memberi murid

pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara

tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan

untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang

bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.

Page 49: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

37

k. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang

perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan

dan pengurusan perdagangan. Manakala pengurusan

kewangan pula menekankan tentang tanggungjawab dalam

menguruskan kewangan dengan bijak. Tema ini sesuai

diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan

bidang ekonomi, membudayakan sikap keusahawanan dan

celik kewangan dalam kehidupan.

3.7.2 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk perkataan,

masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan

kemahiran matematik dalam situasi sebenar. Murid perlu

menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka

pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah

inimenggalakkanmuridberfikirsecarakritisdankreatif.

3.7.3 Pembelajaran Berasaskan Projek

Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk

menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan

murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan

mempersembahkan dapatannya. Ini juga dapat membantu guru

menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid

lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk.

3.7.4 Pembelajaran Koperatif

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan yang

membolehkan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan

membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu

tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea, bahan dan

peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan kumpulan.

Pembelajaran koperatif ini dapat menghasilkan satu tugasan

Page 50: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

38

kumpulan, di samping mewujudkan interaksi antara murid,

kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat.

3.7.5 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi

kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap

individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik,

logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal,

intrapersonal dan naturalis.

3.7.6 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang

mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,

masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila

murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu

secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran

dalam kehidupan mereka.

3.7.7 Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat

melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina

pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri

berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini

menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar

sepanjang hayat mereka.

3.7.8 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid

supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang

berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid

meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi

dunia yang sering berubah dan berkeupayaan mengamalkan

pembelajaran seumur hidup.

Page 51: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

39

3.7.9 Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk

mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara

atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa

depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan,

menjangka akibat serta menangani perubahan supaya mereka

mendapat manfaat yang maksimum.

3.7.10 Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran akses kendiri ialah satu program yang

membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan

bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti,

menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar

mereka bertanggungjawab dan berdikari terhadap

pembelajaran mereka.

3.7.11 Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara

terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini

dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang

dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman

pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan

kemahiran sosial dan kerja berpasukan.

3.7.12 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil

pembelajaran dalam sesuatu unit sebelum berpindah ke unit

pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada

unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai

80 peratus aras masteri sebelum berpindah ke unit

pembelajaran yang baharu.

Page 52: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

40

3.8 PRINSIP 5P

Usaha mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu perlu menekankan prinsip 5P iaitu

penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.

Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan

pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:

3.8.1 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa

kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat

mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat

dalam standard kandungan.

3.8.2 Penyerapan

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu

menerapkan unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai

tambah. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin

daripada mata-mata pelajaran lain, nilai murni masyarakat

Malaysia serta kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan

kemahiran yang lain membolehkan murid menguasai kemahiran

secara bersepadu menerusi pengalaman pembelajaran bahasa.

3.8.3 Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses

pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu

aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi

menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan

Page 53: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

41

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses

penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan

jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid

sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.

3.8.4 Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid

menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam

tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri

daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan dan lain-lain

yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada

yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini

adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu

kemahiran.

3.8.5 Pengayaan

Program pengayaan disediakan untuk memantapkan

kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah

diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara

bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan

tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan

kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka

masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa

yang ditentukan.

3.9 HaSIL KERJa MURID DaN LatIHaN

Bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, pelbagai

latihan berkaitan kemahiran bahasa iaitu lisan, bacaan atau tulisan perlu

disediakan oleh guru seperti membuat persembahan, bersoal jawab,

tugasan bertulis dan lembaran kerja. Hasil kerja murid yang baik akan

dapat menjelaskan keupayaan murid sama ada mereka menguasai

kemahiran yang diajar atau sebaliknya. Guru boleh menggunakan kaedah

pemerhatian sambil membetulkan kesilapan murid untuk memastikan

Page 54: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

42

murid menguasai kemahiran lisan dan bacaan. Bagi latihan bertulis pula,

guru perlu menyemak latihan tersebut secara konstruktif. Murid perlu tahu

dan faham akan kesalahan yang dilakukan dalam latihan bertulis yang

diberi oleh guru dan membuat pembetulan secara konsisten.

3.10 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PELaJaRaN taHUNaN

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod

Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan rancangan pelajaran

tahunan mengandungi secara ringkas isi kandungan pengajaran

dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, rancangan

pelajaran tahunan perlu mengandungi perkara-perkara seperti ruang

minggu, tajuk atau tema, kemahiran dan catatan. Beberapa aspek yang

perlu diberi pertimbangan dalam menyediakan rancangan pelajaran

tahunan ialah:

a. Mengenal pasti murid yang menjadi kumpulan sasar dan

keupayaan yang berbeza bagi setiap sekolah.

b. Mengubah suai rancangan pelajaran tahunan berdasarkan takwim

persekolahan dan/atau kumpulan murid tahun semasa.

c. Membuat pemetaan isi pelajaran dengan memilih, menentukan dan

menyusun kemahiran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

d. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan pada awal tahun

persekolahan dalam apa-apa juga bentuk.

e. Menyatakan unsur-unsur ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni

dalam rancangan pelajaran tahunan.

Page 55: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

43

3.11 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PELaJaRaN HaRIaN

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan rancangan pelajaran

harian merupakan terjemahan daripada rancangan pelajaran tahunan

yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara

untuk mencapai objektif dan kenyataan berkaitan pencapaian objektif itu.

Rancangan pelajaran harian seelok-eloknya disediakan:

a. Sehari sebelum sesuatu pelajaran itu disampaikan.

b. Merujuk dan diselaraskan dengan rancangan pelajaran tahunan.

c. Berdasarkan tahap kebolehan murid di dalam kelas yang

berkenaan.

d. Mempunyai kesinambungan dengan pelajaran-pelajaran yang

terdahulu.

e. Mengambilkirarefleksiyangdibuat.

3.11.1 Penulisan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Rasional penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran

adalah untuk:

a. Menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran guru.

b. Membantu guru membuat penilaian, pengukuran atau

pentaksiran sama ada murid faham, berupaya dan boleh

menghasilkan seperti yang ditetapkan dalam objektif.

c. Membantu pihak pentadbir untuk menyelia, mencerap dan

menilai keberkesanan pengajaran guru.

Penulisan objektif perlulah jelas dan spesifik serta menjurus

kepada tingkah laku yang hendak dicapai kerana penyataan

yang tepat dan jelas sahaja akan membolehkan seseorang guru

itu memilih kaedah, prosedur, bahan, sumber dan aktiviti serta

arahan yang betul dan sesuai untuk menghasilkan tingkah laku

atau hasil yang diingini. Ciri-ciri yang perlu ada dalam objektif

adalah:

Page 56: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

44

a. Dalam bentuk perlakuan yang boleh diukur.

b. Menetapkan syarat pembelajaran dan tahap pencapaian

dengan menentukan bilangan tingkah laku yang hendak

dicapai.

c. Sesuai dengan isi pelajaran yang diberi fokus dalam

pengajaran dan pembelajaran.

d. Mempunyai pelbagai aras supaya sesuai dengan tahap

kebolehan murid yang pelbagai.

3.11.2 Cara Penulisan Objektif

Cara untuk mencapai objektif seperti yang dinyatakan dalam

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod

Pengajaran dan Pembelajaran merujuk aktiviti atau langkah-

langkah pengajaran yang akan dilaksanakan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Rasional aktiviti perlu dinyatakan dengan

jelas bagi:

a. Memudahkan guru menyediakan bahan atau sumber yang

diperlukan, pengurusan masa dan pengurusan kelas.

b. Memudahkan guru memilih dan merancang strategi,

kaedah dan teknik yang digunakan untuk mencapai objektif.

c. Membantu guru ganti mengajar berdasarkan aktiviti yang

telah dirancang.

3.11.3 Cara penulisan aktiviti dalam RPH ialah:

a. Ringkas dengan menyatakan aktiviti yang akan dilakukan

oleh murid.

b. Berfokus pada perkara yang harus dibuat oleh murid. Hal

ini akan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran

supaya lebih berpusatkan murid.

c. Berbentuk ringkas (boleh difahami oleh orang lain apabila

membaca) dan mengikut urutan langkah pengajaran.

Page 57: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

45

3.11.4 Penulisan Kenyataan Pencapaian Objektif

“Kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” atau

refleksi/impak/penilaian seperti yang dinyatakan dalam Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 itu perlulah ditulis setelah guru

selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Rasional

penulisanrefleksiadalahuntuk:

a. Membantu guru mengukur pencapaian murid pada akhir

proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Membantu guru menilai pengajarannya.

c. Digunakan untuk merancang dan menetapkan pengajaran

seterusnya.

Page 58: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

46

BaB 4PENtaKSIRaN

4.1 PENDaHULUaN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul

maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada

maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens dan

membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap

murid untuk memperbaik pembelajarannya. Proses pengajaran,

pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan

bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran

untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di

samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia

yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Proses

pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan

pelbagai cara sama ada secara tidak formal atau formal dengan

menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali,

kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan

dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang

kebolehan seseorang murid dalam pembelajarannya.

4.2 PEPERIKSaaN aWaM

Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan

ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah

Rendah (sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil

Pelajaran Malaysia (Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Peperiksaan Awam atau Peperiksaan Pusat dikendalikan

oleh Lembaga Peperiksaan bermula daripada penyediaan

instrumen pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat-pusat

peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pengeluaran keputusan dan

pensijilan.

Page 59: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

47

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun

1987 dan merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang

diduduki oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah rendah. Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap

penguasaan calon dalam kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan

mengira. Di samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan

potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang seperti

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau gagal

tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir persekolahan

rendah.

Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk

pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan

yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat

pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan

Cambridge International Examinations, United Kingdom telah memberi

peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil

Pelajaran Malaysia untuk mendapat Sijil Cambridge International

Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga

Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development

International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada calon yang

menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia mendapat sijil

LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al Azhar Al-Syarif,

Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM) dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia diambil daripada Maahad Bu’uth

Al-Islamiyyah Al Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan

sepenuhnya ialah bahasa Arab.

Page 60: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

48

4.3 PENtaKSIRaN BERaSaSKaN SEKOLaH

Di samping peperiksaan awam, Lembaga Peperiksaan juga telah

memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah

rendah mulai tahun 2011 dan menengah rendah mulai tahun 2012.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-

2025 berkaitan pembelajaran murid; pengajaran dan pembelajaran

perlu menyepadukan kurikulum dan pentaksiran berdasarkan tanda

aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang berkemahiran

serta mampu bersaing di peringkat global. Sistem penilaian yang

berorientasikan peperiksaan (examination orientation) perlu mengalami

penambahbaikan bagi memastikan hala tuju pendidikan yang

berteraskan assessment of learning, assessment for learning dan

assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian murid

secara holistik dapat direalisasikan. (Rujuk Panduan Pengurusan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 2014: Lembaga Peperiksaan).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang

mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu

menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor

(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara

menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik dan pelbagai situasi.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi

individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan

tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran

Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir

kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan

sahsiah, motivasi diri dan sosial individu yang dipupuk bersama

dengan aspek kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran

Berasaskan Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan

modal insan yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran

Page 61: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

49

menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu,

mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan

persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,

penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah,

daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan.

Pementoran merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan

kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan

dijalankan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula

dilaksanakan untuk memastikan keseragaman tugasan dan penskoran

bagi menjamin kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan

prestasi murid. Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat

keberkesanan dan ketepatan instrumen yang digunakan dalam

pentaksiran.

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang

akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada

Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan

akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini

memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

4.3.1 Pentaksiran Sekolah

a. Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang,

dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di

sekolah. Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan

Page 62: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

50

organisasi luar dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran

formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran

dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif pada akhir

tahun. Pentaksiran Sekolah berperanan untuk mengukuhkan

pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan

memberikan maklumat yang sah tentang perkara yang

telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses

pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Sekolah amat

penting untuk menentukan keberkesanan guru dan sekolah

dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang

berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta

hala tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran

Sekolah juga memberi empowerment kepada guru dan

sekolah untuk menjalankan pentaksiran dan melaporkan

hasil pentaksiran sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah

berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran

(assessment for learning) dan pentaksiran tentang

pembelajaran (assessment of learning).

b. Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah

sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan

untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth)

pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses bagi

mendapatkan maklumat tentang kemampuan murid sama

ada tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai

perkara yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard

prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian

seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard dibangunkan di

sekolah untuk melihat perkembangan pembelajaran murid

Page 63: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

51

dalam pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang

diukur dan berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,

meningkatkan pengajaran guru serta memberikan maklumat

yang sah tentang aspek yang telah dicapai dalam satu-satu

proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Rujukan

Standard juga tidak membandingkan pencapaian seseorang

murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi murid

dalam pembelajaran dengan menerangkan kemajuan dan

pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk

pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan

saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri

tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah

mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala

aspek tentang diri seseorang murid bagi membolehkan

pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,

menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai

insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

c. Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:

i. Pentaksiran formatif

Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses

pembelajaran dan pengajaran sebagai sebahagian

prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan

pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan

maklum balas tentang kemajuan pembelajaran dan

pengajaran sesuatu topik atau aspek.

ii. Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit

Page 64: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

52

pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir

pencapaian murid tentang pembelajaran (assessment of

learning).

d. Instrumen Pentaksiran Sekolah

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan

konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran

digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan

ialah :

i. Pemerhatian

Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan

dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara

secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa

yang dihasratkan.

ii. Pensel dan kertas/Ujian Bertulis

Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif.

iii. Persembahan

Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan

tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek

pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai

situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen

praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan

bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

iv. Projek

Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan

dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu

tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti

pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan.

Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau

secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini

Page 65: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

53

membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan

serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan

tugasan.

v. Produk

Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau

membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan

tugasan yang diberikan..

vi. Amali

Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau

melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

vii. Tugasan Bertulis/Karya Penulisan

Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan

laporan/dokumen/karya kreativiti dalam bentuk penulisan

mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan

berpandukan kepada tugasan yang diberi.

viii. Lembaran kerja

ix. Soal jawab

x. Kuiz

xi. Senarai semak

xii. Latihan/tugasan rumah

4.3.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik

dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi

melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu

program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan

instrumen pentaksiran dan panduan penskoran manakala

pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah

Page 66: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

54

dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran

Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan

pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara

sumatif.

Pentaksiran tingkatan 3

Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang

dikendalikan kepada murid-murid pada akhir peringkat

menengah rendah iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam

instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 dibangunkan dalam

skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga

berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran

tersebut. Elemen yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) turut diserapkan dalam tugasan Pentaksiran

Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan instrumen

pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains,

Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu,

Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban,

Bahasa Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan

instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran

Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai

instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian

lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

4.3.3 Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PaJSK)

a. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal

dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan

dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan,

kokurikulum dan ekstrakurikulum. Pentaksiran Aktiviti

Page 67: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

55

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum memerlukan murid

melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada

di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan

murid.

b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan

Fizikal Kebangsaan dan Body Mass Index (BMI),

Kokurikulum dan Ekstrakurikulum.

c. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid

sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan

kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang

ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan

dengan menggunakan indeks skor standard yang telah

diperakui di peringkat kebangsaan. Standard Kecergasan

Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti iaitu

“Naik turun bangku”, “Tekan tubi”, “Ringkuk Tubi Separa”

dan “Jangkauan Melunjur”. Body Mass Index tertumpu

kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang

murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index.

d. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk

mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan

merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di

peringkat sekolah, zon/daerah/bahagian, negeri,

kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti kokurikulum

merangkumi aktiviti murid dalam Sukan dan Permainan,

Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan koakademik

Page 68: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

56

di peringkat sekolah, zon/daerah/bahagian, negeri,

kebangsaan dan antarabangsa.

e. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu

usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian

dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang

dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu

persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/

penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti

ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh

membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah

yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk

kepentingan masyarakat setempat dan umum.

f. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,

penglibatan dan pencapaian murid dalam Standard

Kecergasan Fizikal Kebangsaan, Body Mass Index,

aktiviti sukan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra

kurikulum.

4.3.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

a. Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang

kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran

berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat,

kecenderungan, sikap dan personaliti murid dapat

membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam

Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud Khusus dan

Ujian Personaliti.

Page 69: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

57

b. Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat

khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau

kecenderungan murid. Maklumat yang diperoleh

membantu murid mengenal potensi diri serta membantu

guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik

pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang berkesan.

c. Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan

untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap

murid melalui maklumat inventori tret personaliti dan

inventori minat kerjaya.

4.4 PENtaKSIRaN BaGI Mata PELaJaRaN BaHaSa MELaYU

4.4.1 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Instrumen pentaksiran yang digunakan bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu adalah Ujian Bertulis dan Ujian Lisan.

a. Ujian Lisan:

Ujian Lisan Mendengar dan Bertutur dilaksanakan mengikut

jadual ujian lisan yang ditetapkan oleh sekolah dan Panduan

dan Peraturan Am Ujian Lisan-Mendengar yang disediakan

oleh Lembaga Peperiksaan.

i. Ujian Lisan-Mendengar

Pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar memerlukan murid

untuk mendengar rakaman audio dan memberikan

respons secara individu serta untuk mengukur kemahiran

mendengar dan memahami murid. Tempoh pelaksanaan

Ujian Lisan-Mendengar ialah selama 30 minit dengan

menggunakan bahan audio yang sama melalui salah satu

cara berikut:

Page 70: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

58

• Dewan sekolah secara serentak

• Kelas secara serentak

• Kelas mengikut jadual sidang

Audio rakaman dimainkan kepada calon yang

mengandungi:

• Arahan menjawab soalan

• Bacaan petikan

• Bacaan soalan

(Rujuk Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Mendengar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 2014: Lembaga Peperiksaan)

ii. Ujian Lisan-Bertutur

Pentaksiran Ujian Lisan-Bertutur memerlukan murid untuk

memberikan respons terhadap tugasan/tajuk secara lisan.

Pentaksiran ujian lisan bertutur adalah untuk mengukur

kemahiran mendengar dan bertutur murid. Berikut adalah

pentadbiran pentaksiran Ujian Lisan- Bertutur:

a. Pentaksiran dijalankan dalam bentuk kumpulan yang

melibatkan 4 hingga 5 orang calon.

b. Pentaksir menetapkan kumpulan calon bagi setiap

sesi sebelum bermulanya pentaksiran.

c. Calon perlu mengisi butiran peribadi pada borang

penskoran Ujian Lisan-Bertutur.

d. Pentaksir memberi tugasan (tema atau tajuk

perbincangan) kepada setiap kumpulan. Ahli

kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk

berbincang sebagai persiapan sebelum pentaksiran

dijalankan.

Page 71: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

59

e. Pentaksiran dijalankan selama 10 hingga 12 minit.

f. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan

kemampuan bertutur. Pentaksiran dijalankan sekali

sahaja dan tidak boleh diulang.

Susun atur Calon dan Pentaksir Semasa Pelaksanaan

Ujian Lisan-Bertutur Bahasa Melayu:

(Rujuk Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 2014: Lembaga Peperiksaan)

iii. Ujian Bertulis

Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respons

secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Ujian bertulis dijalankan selama 2 jam yang mengukur

pengetahuan dan kefahaman tentang sistem bahasa,

kemahiran aplikasi bahasa dan kemahiran kreatif

apresiasi (membaca dan menulis).

Page 72: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

60

4.4.2 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu

Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu

dilaksanakan adalah untuk melengkapkan murid dengan

keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi

keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan

harian. Konsep ULBS Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

a. Ujian ini dilaksanakan berasaskan sekolah dengan

kawalan langsung oleh Lembaga Peperiksaan.

b. Pentaksir ujian ini ialah guru-guru yang mengajarkan

bahasa Melayu di tingkatan empat dan di tingkatan lima.

c. Ujian ini dijalankan secara berterusan dari tingkatan

empat hingga tingkatan lima.

d. Kemahiran bertutur murid ditaksir dalam pelbagai aktiviti

secara individu dan kumpulan.

e. Ujian ini dapat meningkatkan kemahiran lisan dan

kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk

memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan.

f. Ujian ini memberikan peluang kepada murid

meningkatkan pencapaian dalam kemahiran bertutur. Hal

ini bertepatan dengan konsep pentaksiran untuk

penambahbaikan dalam pembelajaran.

(Rujuk Manual Pengendalian Ujian Lisan Berasaskan Sekolah, 2002:

Lembaga Peperiksaan Malaysia)

Page 73: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

61

BaB 5

PENYELIaaN

5.1 PENDaHULUaN

Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang

diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan.

Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The

Reluctant Profession, menghuraikan ”...penyeliaan satu usaha untuk

mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam

pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi

dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,”

Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-

Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum

dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah

memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada pihak

pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi

aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran

serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab

pentadbir sekolah.

5.2 tUJUaN PENYELIaaN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-

Pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan

pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini digambarkan

seperti rajah di sebelah.

Page 74: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

62

a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua/guru besar

dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui

proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan falsafah,

matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan

sumber maklumat kepada pengetua/guru besar untuk

memperbaik proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh

pengetua/guru besar sebagai asas untuk menilai seseorang

guru bagi tujuan tertentu.

c. Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan

profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua/guru

besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dengan

murid.

d. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih

berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

Page 75: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

63

5.3 BIDaNG PENYELIaaN

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan

kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan

pembelajaran.

5.3.1 Bidang Organisasi

Ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian adalah:

a. Iklim kelas

i. Organisasi kelas

ii. Kawalan murid

iii. Komunikasi

iv. Motivasi

v. Sikap murid

vi. Kebersihan dan keceriaan

vii. Penyeliaan gerak kerja

viii. Penilaian prestasi

ix. Profilmurid

x. Pengurusan panitia mata pelajaran

b. Bidang Pengajaran dan Pembelajaran

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

ii. Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

• Objektif pengajaran dan pembelajaran

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Refleksipengajarandanpembelajaran

iii. Persediaan sumber pendidikan

iv. Penyampaian isi pelajaran

v. Teknik penyoalan

vi. Interaksi guru dan murid

vii. Penggunaan masa

Page 76: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

64

Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan aspek

pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek perancangan,

pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan.

5.4 PRINSIP PENYELIaaN

Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan

oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru.

b. Rekod penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatat

dengan ringkas dan tepat.

c. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang

dengan seimbang daripada segi masa, mata pelajaran,

tingkatan/tahun dan guru.

d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong

kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun,

tanggungjawab sepenuhnya terletak pada tangan pengetua/

guru besar; penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah

dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan

profesionalisme dengan guru. Pengetua/guru besar

membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk

meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

e. Pengetua/guru besar boleh merujuk Standard Kualiti Pendidikan

Malaysia (SKPM) berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi

memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam

kalangan guru.

Page 77: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

65

5.5 PERINGKat PENYELIaaN PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Peringkat Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga

peringkat seperti rajah di bawah.

Peringkat Penyeliaan

Prapenyeliaan

Penyeliaan

Pascapenyeliaan

5.5.1 Prapenyeliaan

Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua/guru besar

dengan guru adalah untuk:

a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru

dengan pengetua/guru besar.

b. membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang

hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang akan dilaksanakan.

c. Memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang

perlu diberi perhatian khusus.

d. Penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan.

5.5.2 Penyeliaan

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh

dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui

atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan

sekiranya pihak pengetua/guru besar tidak dapat

melaksanakan penyeliaan. Guru penolong kanan boleh

Page 78: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

66

mengambil alih tugas penyeliaan tersebut dengan arahan

pengetua/guru besar.

b. Pengetua/guru besar hendaklah memberi fokus kepada

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran serta

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dibincangkan

ketika prapenyeliaan.

c. Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan

mengenai setiap aspek yang diselia hendaklah dicatatkan oleh

pengetua/guru besar sebagai persediaan pascapenyeliaan.

5.5.3 Pascapenyeliaan

Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas

proses penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan dua hala

meliputi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

Status pengajaran dan pembelajaran perlu dimaklumkan kepada

guru yang diselia oleh pengetua/puru besar. Maklum balas adalah

bertujuan untuk tindakan penambahbaikan pengajaran dan

pembelajaran guru berkenaan.

5.6 tINDaKaN PENaMBaHBaIKaN

a. Pengetua/guru besar perlu memastikan guru yang diselia

melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua

aspek bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran selepas penyeliaan.

b. Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia

sewajarnya dijadikan budaya sekolah bagi memastikan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dikekalkan.

c. Pengajaran mikro sesama rakan sejawat dan komuniti

pembelajaran profesional boleh dijadikan salah satu medium

tindakan penambahbaikan selepas penyeliaan.

Page 79: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

67

RUJUKaN

1. Biggs, J.B and Telfer, R., The Process of Learning, Prentice Hall, Sydney, 1987

2. Brady, L., Model and Methods of Technology, Prentice Hall, Sydney, 1985

3. Butler, K.A., Learning and Teaching Style, The Learner Dimension, Merrill Publishing, Columbus, 1998

4. Doyle, W., Classroom Organization and Management, Mac Millan, New York, 1986

5. Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S, Classroom Management for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New Jersey, 1994

6. English, T. and English, J., Creative Management in School, Ashgate Publishing United, Hants, England, 1997

7. Gardner, H., Intelligence Reframed : Multiple Intelligences for the 21st Century, Basic Books, New York, 2000

8. Marrison, K. And Ridley, K. Curriculum Planning and the Primary School, Paul Chapman, London 1988

9. Marsh, C., Handbook For Beginning Teacher, Longman, Melbourne, Australia, 1996.

10. Mohd Dom, Alimuddin, Kepimpinan Instructional : Peranan Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia, 2006

11. Mok Soon Sang, Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia, 2006

12. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK, Putrajaya, Malaysia, 2012

13. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

14. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

15. JPN Kedah, Panduan Pengurusan Panitia Sekolah, One ED Enterprise, Alor Setar, Malaysia, 2014

16. LP, KPM, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2014

Page 80: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

68

17. LP, KPM, Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2013

18. PPK, KPM, Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Malaysia, 2001

19. Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasni, Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, UTM Press, 2012

SURat PEKELILING IKHtISaS

Bil. Rujukan tajuk

1. SPI BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

2. SPI BIL. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

3. SPI BIL. 6/1991 Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas

4. SPI BIL. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

5. SPI BIL. 12/1999 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

6. SPI BIL. 2/2000 Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

7. SPI BIL. 5/2003 Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8. SPI BIL. 12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah

Page 81: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

69

SURat SIaRaN DaN SURat MaKLUMaN

Bil. Rujukan tajuk

1. KPPM/5; 22 JUN 1998 Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua dan Guru Besar Di Sekolah 2. Surat Pekeliling Kewangan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Bil. 8/2012: Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013

LaIN-LaIN RUJUKaN

Bil. Rujukan tajuk

1. Arahan Perkhidmatan Bab 3 Surat Menyurat

2. Arahan Perkhidmatan Bab 4 Fail-Memfail

Page 82: BAHASA MELAYU - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/2554/JNJK BUKU... · ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh

Kementer ian Pendidikan MalaysiaJemaah Nazi r Dan Jaminan Kual i t iAras 3-6 , B lok E15 , Kompleks Kerajaan Parce l E ,Pusat Pentadbi ran Kerajaan Persekutuan62604 Putra jaya .Te l : 03 8884 4161 / 8884 4201 / 8884 4111Faksimi l i : 03 8884 6867 / 8888 6869