jnjk buku panduan sains.pdf

Upload: musnmanariffin

Post on 09-Mar-2016

101 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti2015

    PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

    SAINS

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah

  • Diterbitkan olehJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

    Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62604 Putrajaya

    Cetakan Pertama 2015

    Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

    Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara

    elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

  • iAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

    Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.

    Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.

    Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan sendiri.

    Selamat Maju Jaya.

    DatO SERI MaHDZIR BIN KHaLID

    Kata Alu-AluanMENtERI PENDIDIKaN MaLaYSIa

  • ii

    Kata Alu-AluanKEtUa PENGaRaH PELaJaRaN MaLaYSIa

    BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

    Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

    Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan negara.

    Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang.

    Sekian, terima kasih.

    DatO SRI DR. KHaIR BIN MOHaMaD YUSOf

  • iii

    Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

    Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

    Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

    Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik.

    SELaMat MaJU JaYa DaN SaLaM 1MaLaYSIa.Sekian, terima kasih.

    (DatO HaJI MaHMUD BIN KaRIM)

    Kata Alu-AluanKEtUa NaZIR SEKOLaH

  • iv

    JaWataNKUaSa PENERBItaNBUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

    SaINS

    PenasihatDato Hj. Mahmud bin Karim

    Ketua Nazir SekolahJemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pendidikan Malaysia

    Pengerusi 1Hjh. Normah binti Ismail KMN

    Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

    Pengerusi 2Encik Hashim bin Mohd Zin

    Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

    timbalan PengerusiDr. Harery bin Abu Saad

    Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

    SetiausahaIshak bin Arif

    Ketua Penolong Pengarah

    ahliRosdi bin Husin (JNJK)

    Rosnita binti Abdullah (JNJK)Mohamad Noor Azman bin Hj. Bakar (JNJK)

    Mohd Zulkefli bin Mohd Noor (JNJK)Hussin bin Abu Bakar (JNJK)Zainal bin Mohamad (JNJK)Yuhana binti Yaacob (JNJK)

    Zalifah binti Rosli (JNJK) Hj Zamani bin Ashaari (JNJK)

    Wong Li Li (BPK)Azmi bin Harun (BPK)

    Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

  • vISI KaNDUNGaN

    Bil tajuk Muka Surat Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia i Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii Jawatankuasa Penerbitan iv Isi Kandungan v Pengenalan vii Objektif Buku Panduan Pengurusan ix

    BaB 1 PROfIL Mata PELaJaRaN 1.1 Pendahuluan 11.2 Matlamat Mata Pelajaran 21.3 Objektif 31.4 Organisasi Kandungan 61.5 Peruntukan Waktu 8

    BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN 2.1 Pendahuluan 102.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 102.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 112.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran 122.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 142.6 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong 14 Kanan Petang 2.7 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran 152.8 Peranan Ketua Panitia Sains 152.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Sains 172.10 Mesyuarat Panitia Sains 182.11 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran Perkapita 192.12 Latihan Dalam Perkhidmatan 222.13 Pengurusan Fail atau Dokumentasi 222.14 Bilik atau Makmal Sains dan Sudut Mata Pelajaran 232.15 Persatuan Sains 23

  • vi

    BaB 3 PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN 3.1 Pendahuluan 253.2 Standard 4: SKPM 2010 253.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 273.4 Aktiviti Pembelajaran 293.5 Penerapan Elemen Merentas Kurikulum 313.6 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 403.7 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 413.8 Teknik Penyoalan 443.9 Hasil Kerja Murid 44 BaB 4 PENtaKSIRaN 4.1 Pendahuluan 454.2 Peperiksaan Awam 454.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 474.4 Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Sains 56 BaB 5 PENYELIaaN 5.1 Pendahuluan 615.2 Tujuan Penyeliaan 625.3 Bidang Penyeliaan 635.4 Prinsip Penyeliaan 645.5 Peringkat Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 655.6 Tindakan Penambahbaikan 66 RUJUKaN 68

  • vii

    PENGENaLaN

    Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

    faLSafaH PENDIDIKaN KEBaNGSaaN

    Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    VISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

    Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

    MISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

    Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

    Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

    VISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

    JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

    MISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

    Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara

    Profesional, Berkualiti dan Beretika.

  • viii

    OBJEKtIf JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

    i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran

    dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti

    penaziran;

    ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya

    menjadi efektif dan cekap;

    iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua

    pihak dalam bidang pendidikan;

    iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian

    maklumat yang cekap dan berkesan;

    v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara

    berterusan dalam bidang penaziran; dan

    vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan

    negeri dan pejabat pendidikan bahagian/ daerah bagi memastikan

    nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi

    perhatian.

  • ix

    OBJEKtIf BUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN SaINS

    Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Sains adalah seperti

    berikut:

    i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai

    pemimpin kurikulum yang profesional.

    ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan pengetua dan guru besar

    menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses

    pengajaran dan pembelajaran Sains dengan berkesan.

    iii. Membolehkan Ketua Panitia Sains mengurus dan mentadbir

    panitia dengan berkesan.

    iv. Membolehkan guru Sains mengurus dan melaksanakan

    proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan

    berkesan.

    v. Membantu guru bukan opsyen Sains memahami matlamat,

    objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata

    pelajaran Sains.

    vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum

    dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Sains)

    dalam melaksanakan pengurusan persatuan.

    vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia

    dan guru yang mengajar mata pelajaran Sains tentang cara

    meningkatkan penguasaan dan prestasi Sains di sekolah.

  • 1BaB 1PROfIL Mata PELaJaRaN

    1.1 PENDaHULUaN

    Sains merupakan bidang ilmu hasil daripada usaha manusia untuk

    mencari penerangan yang rasional tentang alam. Kepentingan sains

    dalam sistem pendidikan di Malaysia dijelaskan dalam Jadual

    Subseksyen 18(2) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996). Kepentingan

    mata pelajaran Sains telah diperakukan oleh Kementerian Pendidikan

    Malaysia dengan memberikan peruntukan bantuan geran perkapita,

    membina makmal sains sekolah serta memberi latihan perkhidmatan

    kepada guru dan pembantu makmal sains. Selaras dengan

    perkembangan pembelajaran abad 21, peralatan teknologi maklumat

    dan komunikasi seperti komputer, perisian dan projektor LCD telah

    dibekalkan ke semua sekolah untuk meningkatkan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran.

    Kurikulum Sains secara keseluruhan merangkumi tiga mata pelajaran

    Sains Teras dan empat mata pelajaran Sains Elektif. Mata pelajaran

    Sains Teras terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Sains Sekolah

    Rendah, Sains Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata

    pelajaran Sains Elektif yang ditawarkan di peringkat menengah atas

    terdiri daripada Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Tambahan.

    Matlamat pendidikan sains bertujuan mewujudkan masyarakat saintifik

    dan progresif serta berilmu bagi membentuk warga negara yang kritis,

    kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan sains dan teknologi.

    Sehubungan dengan itu, pendidikan sains memberi tumpuan kepada

    penerapan pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik. Kemahiran

    saintifik meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif

    serta pemupukan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Strategi

    pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum mata pelajaran Sains

  • 2mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah

    adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu

    pengetahuan yang dapat mengembangkan minda murid ke tahap yang

    optimum. Pembelajaran berfikrah berlaku melalui pelbagai pendekatan

    seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran masteri, pembelajaran

    kontekstual, pembelajaran akses kendiri, kajian masa depan,

    konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan masalah.

    Semua sekolah perlu mewujudkan pengajaran mata pelajaran Sains

    yang berkualiti. Pengetua, guru besar dan guru bertanggungjawab

    memastikan kualiti mata pelajaran Sains berada pada tahap yang

    tinggi. Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk

    memupuk penguasaan pengetahuan dan kemahiran saintifik dalam

    kalangan murid. Murid pula perlu aktif dalam pembelajaran dan boleh

    berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mengaplikasi Kemahiran

    Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sehubungan dengan itu, buku ini

    diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan dan maklumat kepada

    pengetua, guru besar dan guru agar dapat menjalankan tugas tersebut

    secara efisien dan efektif.

    1.2 MatLaMat Mata PELaJaRaN

    a. Dunia Sains dan Teknologi

    Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam

    minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman

    dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi,

    kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin

    dikembangkan merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran

    manipulatif atau psikomotor, kemahiran berfikir dan kemahiran

    asas teknologi maklumat dan komunikasi.

  • 3b. Sains Sekolah Rendah

    Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah untuk menanam minat

    dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan

    penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan

    kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

    c. Sains Sekolah Menengah

    Kurikulum Sains Sekolah Menengah adalah bertujuan untuk

    membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran

    sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan

    masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian

    berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang mengikuti

    Kurikulum Sains Sekolah Menengah memperoleh asas sains

    yang membolehkan mereka mendapat pendidikan lanjutan

    dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.

    Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat

    yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

    membudayakan sains dan teknologi secara semula jadi dalam

    menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    1.3 OBJEKtIf

    a. Fokus Tema Dunia Sains dan Teknologi Tahap I adalah :

    i. Menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta

    mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan

    penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta

    sikap saintifik dan nilai murni. Justeru, murid mempunyai

    landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam

    kehidupan harian.

  • 4 ii. Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran

    praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan

    asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan

    inovatif.

    iii. Memperkukuh pengetahuan dan kemahiran asas

    teknologi maklumat dan komunikasi dalam Dunia Sains

    Teknologi serta mengaplikasikan secara merentas

    kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid.

    iv. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam sains,

    reka bentuk dan teknologi serta teknologi maklumat dan

    komunikasi bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran

    Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Reka

    Bentuk Teknologi di Tahap II.

    b. Objektif Pendidikan Sains Sekolah Rendah Tahap II adalah :

    i. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan

    minat tentang dunia di sekeliling mereka.

    ii. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran

    saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

    iii. Meningkatkan daya kreativiti murid.

    iv. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

    v. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan

    kemahiran secara kritis, kreatif dan analisis bagi membuat

    keputusan dan menyelesaikan masalah.

    vi. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya

    membolehkan murid mengamalkannya.

    vii. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

  • 5c. Objektif Pendidikan Sains Sekolah Menengah adalah :

    i. Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip

    sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan

    fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.

    ii. Memperoleh kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip

    sains dalam bidang teknologi dan kehidupan seharian.

    iii. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

    iv. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

    secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai

    murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

    v. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta

    bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains

    dan teknologi.

    vi. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan

    bijak dan berkesan.

    vii. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

    viii. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan

    dan pengurusan alam semula jadi serta sumbernya dengan

    bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.

    ix. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap

    pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

    x. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui

    kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk

    memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena

    alam berasaskan kemampuan akal.

    xi. Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kasih sayang

    kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam

    pemuliharaan dan pemeliharaannya.

  • 61.4 ORGaNISaSI KaNDUNGaN

    Kandungan mata pelajaran Sains adalah seperti berikut:

    1.4.1 Sains Sekolah Rendah

    a. Organisasi kandungan mata pelajaran Sains Tahun 1 hingga

    Tahun 6 mengandungi tema berikut:

    i. Pengenalan kepada Sains

    ii. Sains Hayat

    iii. Sains Fizikal

    iv. Sains Bahan

    v. Bumi dan Sains Angkasa

    vi. Teknologi dan Kehidupan Lestari

    1.4.2 Sains Sekolah Menengah

    Di peringkat sekolah menengah, bidang pembelajaran sains

    terbahagi kepada dua iaitu teras (Sains) dan elektif (Sains

    Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi). Organisasi kandungan

    mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut :

    a. Sains

    Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Sains adalah

    seperti berikut:

    i. Memperkenalkan Sains

    ii. Manusia dan Kepelbagaian Hidupan

    iii. Jirim dan Alam

    iv. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

    v. Daya dan Gerakan

    vi. Tenaga dalam Kehidupan

    vii. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar

  • 7viii. Perkembangan Teknologi Industri dalam Masyarakat

    ix. Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas.

    b. Biologi

    Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Biologi adalah:

    i. Pengenalan kepada Biologi

    ii. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan

    iii. Menyiasat Fisiologi Hidupan

    iv. Menyiasat Perhubungan Hidupan dengan

    Persekitaran

    v. Fisiologi Kehidupan

    vi. Variasi dan Pewarisan

    c. Kimia

    Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Kimia adalah:

    i. Memperkenalkan Kimia

    ii. Jirim di Sekeliling Kita

    iii. Interaksi antara Bahan Kimia

    iv. Penghasilan dan Pengurusan Bahan Kimia

    d. Fizik

    Bidang pembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran

    Fizik adalah:

    i. Pengenalan kepada Fizik

    ii. Daya dan Gerakan

    iii. Daya dan Tekanan

    iv. Haba

    v. Cahaya

    vi. Gelombang

    vii. Elektrik

    viii. Keelektromagnetan

    ix. Elektronik

    x. Keradioaktifan

  • 8e. Sains Tambahan

    Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Sains Tambahan

    adalah seperti berikut:

    i. Pengukuran dan Daya

    ii. Tenaga dan Kehidupan

    iii. Jirim dalam Alam Semula jadi

    iv. Penyelenggaraan dan Kesinambungan Hidup

    v. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar

    vi. Gelombang

    vii. Perkembangan Sains dan Teknologi

    1.5 PERUNtUKaN WaKtU

    Peruntukan waktu bagi semua mata pelajaran Sains bagi sekolah

    rendah dan menengah berdasarkan surat pekeliling berikut :

    a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010: Pelaksanaan

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap I Mulai

    tahun 2011,

    b. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2013: Pelaksanaan Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap II Secara

    Berperingkat-peringkat Mulai tahun 2014,

    c. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990: Sukatan Pelajaran

    dan Peruntukan Masa untuk Mata-mata Pelajaran Program

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi

    Sekolah Menengah atas Mulai tahun 1992, dan

    d. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2000: Peruntukan Waktu

    untuk Mata Pelajaran Sains dalam Kumpulan teras

    Peringkat Menengah atas.

  • 9Berikut adalah cadangan sebaran waktu pengajaran dan pembelajaran

    serta waktu amali mata pelajaran Sains:

    a. Sekolah Rendah

    Mata Pelajaran tahun

    Peruntukan Masa

    Seminggu

    Sebaran Waktu dalam Seminggu Waktu amali Minimum

    Dunia Sains dan Teknologi 1 3

    60 minit(2 waktu)

    Sains 4 - 6 120 minit(4 waktu) Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali

    b. Sekolah Menengah

    Mata Pelajaran tingkatan

    Peruntukan Masa

    Seminggu

    Sebaran Waktu dalam Seminggu Waktu amali Minimum

    Sains 1 5 200 minit(5 waktu)

    Waktu berkembar = 2 kali dan

    1 waktu = 1 kaliWaktu berkembar = 1 kali

    Sains Tambahan 4 - 5

    160 minit(4 waktu) Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali

    FizikKimiaBiologi

    4 5 160 minit(4 waktu) Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali

  • 10

    BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

    2.1 PENDaHULUaN

    Pengurusan mata pelajaran amat penting bagi memastikan

    pelaksanaan kurikulum lebih terancang dan sistematik. Pengurusan

    mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik

    dan sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran juga penting agar

    guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin, bertanggungjawab,

    berwawasan, berinovasi dan berupaya melaksanakan tugas dengan

    berkesan. Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran

    akan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran dan seterusnya

    mampu melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan visi KPM iaitu

    Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

    2.2 JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

    Jawatankuasa kurikulum sekolah merupakan jawatankuasa tertinggi

    dalam bidang kurikulum di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini

    bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju dan ketetapan yang

    jelas ke arah merealisasikan pendidikan cemerlang. Jawatankuasa

    Kurikulum Sekolah memandu dan memberi panduan kepada guru

    melalui aktiviti panitia dan persatuan mata pelajaran yang dilaksanakan

    supaya mencapai matlamatnya.

  • 11

    Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti berikut:

    Sumber Rujukan: PPK, KPM (2001)

    2.3 PERaNaN JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

    Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah; a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah

    dengan jelas.

    b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan

    Malaysia dibincangkan dan dilaksanakan.

    c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek

    dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat

    kurikulum.

    d. Menyelaras, melaksana, memantau, menilai dan menambah

    baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaik lagi

    keadaan, suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran.

  • 12

    e. Merancang latihan atau kursus perkembangan staf dengan

    tujuan meningkatkan mutu pendidikan.

    f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di

    sekolah.

    g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan

    aktiviti kurikulum.

    h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan

    aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.

    i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan

    dengan pendidikan semasa.

    j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan

    mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan

    oleh panitia.

    k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.

    l. Memastikan Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan dengan

    berkesan.

    m. Menilai dan meneliti pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan dan

    mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum

    Daerah atau Negeri.

    2.4 PERaNaN PaNItIa Mata PELaJaRaN

    Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran secara rasmi. Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit,

    adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata

    pelajaran. Sekolah boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran

    sebagai satu panitia.

    Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia

    mata pelajaran sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan

    ikhtisas:

  • 13

    a. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

    Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum

    dan Pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran

    Murid (Panduan PPM) yang terkini dan kemas kini untuk

    kegunaan ahli panitia.

    b. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi tahun

    semasa selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian

    dengan takwim sekolah.

    c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada

    pentadbir sekolah untuk keperluan guru dan murid.

    d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan

    menyediakan bank soalan.

    e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap

    peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai

    bagi penambahbaikan.

    f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-

    kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan

    secara semerta jika perlu.

    g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia

    (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan

    masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang

    berhubung dengan kaedah untuk mengajar serta mencari

    penyelesaian masalah bagi sesuatu isu.

    h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh

    setelah mengikuti kursus atau seminar.

    i. Mewujudkan semangat bekerjasama dengan persatuan di

    sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu

    pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.

    j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran

    dengan panitia di sekolah berhampiran.

    k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu

    usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.

  • 14

    l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk

    menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli

    panitia.

    m. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan

    mesyuarat, surat menyurat dan rekod.

    2.5 PERaNaN PENGEtUa ataU GURU BESaR

    Pengetua atau guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang,

    pelaksana perubahan dan inovasi kurikulum. Selain itu, beliau juga

    merupakan penentu mata pelajaran elektif, perancang, dan pengurus

    program pengajaran dan pembelajaran, memastikan sumber bahan

    pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan sebagai contoh dalam

    meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

    Pengetua atau guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

    sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan fizikal. Di

    samping itu, pengetua atau guru besar perlu menubuhkan panitia mata

    pelajaran. Beliau juga perlu merekodkan segala hasil penyeliaan atau

    pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.

    2.6 PERaNaN PENOLONG KaNaN PENtaDBIRaN ataU PENOLONG KaNaN PEtaNG

    Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang berperanan

    dalam urusan penyediaan jadual waktu induk, jadual waktu kelas dan

    jadual guru ganti. Selain itu, beliau juga berperanan bagi menentukan

    tenaga pengajar mengikut kesesuaian opsyen, pembangunan staf,

    merancang, melaksana dan menilai program peningkatan kurikulum

    serta membimbing guru. Beliau juga memastikan peperiksaan dan

    pentaksiran sama ada dalaman atau awam dilaksanakan dengan

    lancar serta memastikan pusat sumber berfungsi dengan baik.

  • 15

    penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang juga

    berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan

    dan bimbingan dan mengenal pasti dan mencalonkan guru untuk

    mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan mata pelajaran

    Bahasa Malaysia.

    2.7 PERaNaN GURU KaNaN Mata PELaJaRaN

    Guru kanan mata pelajaran sains berperanan membantu pengetua

    dalam melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran,

    mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran Sains. Guru

    kanan mata pelajaran sains membantu penolong kanan pentadbiran

    mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas, melaksanakan

    penilaian kemajuan staf, penyediaan dan penggunaan bahan bantu

    mengajar dan koleksi pusat sumber.

    2.8 PERaNaN KEtUa PaNItIa SaINS

    Keperluan penubuhan panitia mata pelajaran dimaklumkan melalui

    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras,

    memantau, menilai dan menambah baik semua hal berkaitan mata

    pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh pengetua

    atau guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata pelajaran

    bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah

    dianggotai oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran tersebut

    di sekolah. Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari

    dengan perkembangan pendidikan semasa, antara tugas yang boleh

    dijalankan oleh ketua panitia adalah seperti berikut:

    a. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa

    untuk mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum.

    b. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

    Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid, Dokumen

  • 16

    Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Kurikulum dan

    Pentaksiran terkini.

    c. Merancang, menyedia dan menyelaras Rancangan Pelajaran

    Tahunan dengan mengambil kira takwim semasa persekolahan.

    d. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan

    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua

    guru mata pelajaran dalam penyediaan Rancangan Pelajaran

    Harian.

    e. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan

    serta menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan

    penambahbaikan.

    f. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau

    aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan

    kokurikulum akademik.

    g. Menyelaras tugasan, jenis buku latihan dan buku nota yang

    akan digunakan.

    h. Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan

    bilangan, bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang

    bersesuaian.

    i. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau

    latihan dalam perkhidmatan yang lebih berfokus kepada

    peningkatan kualiti pengajaran guru.

    j. Membantu merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan

    tahunan bagi mata pelajaran.

    k. Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan

    mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang

    sedang berkuat kuasa.

    l. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan

    Pusat Sumber Sekolah.

    m. Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan

    diterima mengikut bilangan dan spesifikasi.

  • 17

    n. Merancang program Professional Learning Community seperti

    Learning Walks, Peer Coaching atau Instructional Coaches,

    Lesson Study dan Teachers Sharing Sessions.

    o. Memastikan guru mata pelajaran mengutamakan pendekatan

    inkuiri dan penyelesaian masalah disamping menerapkan

    kemahiran berfikir aras tinggi.

    p. Memastikan bilik atau makmal sains digunakan secara optimum

    untuk pelaksanaan aktiviti atau amali sains.

    q. Memastikan bilik atau makmal sains berada dalam keadaan

    bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.

    2.9 PERaNaN GURU Mata PELaJaRaN SaINS

    a. Menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

    Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum

    dan Pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran

    Murid yang terkini.

    b. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan

    Pelajaran Harian yang berasaskan Sukatan Pelajaran,

    Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum,

    Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan

    Perkembangan Pembelajaran Murid. Persediaan ini hendaklah

    mempunyai peringkat perkembangan yang sesuai dan selaras

    dengan kebolehan serta keperluan murid.

    c. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya

    pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

    d. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan

    sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 18

    e. Menyediakan pelbagai sumber pendidikan dan teknologi

    maklumat dan komunikasi yang boleh digunakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran seperti model, rajah, carta, cakera

    padat, video, laman web, smart board dan sebagainya yang

    difikirkan sesuai.

    f. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang

    sesuatu aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan

    pembelajaran di samping saling berkongsi maklumat.

    g. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel, dan kolokium

    berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata

    pelajaran atau badan profesional tertentu.

    h. Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi

    kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid

    mengikut ketetapan yang diputuskan.

    i. Melaksanakan program komuniti pembelajaran profesional bagi

    menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran

    serta merancang penambahbaikan.

    j. Menerapkan pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah dan

    kemahiran berfikir aras tinggi semasa pengajaran dan

    pembelajaran.

    k. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang

    ditetapkan.

    2.10 MESYUaRat PaNItIa SaINS

    Panitia mata pelajaran perlu menjalankan mesyuarat secara formal

    sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

    mengikut ketetapan berikut:

    a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua

    kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara semerta juga boleh

    diadakan mengikut keperluan.

  • 19

    b. Mesyuarat panitia diadakan selepas Mesyuarat Jawatankuasa

    Kurikulum Sekolah.

    c. Semua perkara asas seperti perancangan aktiviti tahunan,

    perkembangan staf, pengajaran dan pembelajaran mata

    pelajaran, analisis peperiksaan awam dan sekolah dan

    perancangan kewangan perlu dibincangkan serta diputuskan

    dalam mesyuarat panitia.

    d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara

    berikut:

    i. Ucapan pengerusi.

    ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

    iii. Perkara berbangkit.

    iv. Perbincangan isu atau masalah profesional.

    v. Hal-hal lain.

    e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan

    kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh

    yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran awam (PKPa) Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

    2.11 PENGURUSaN PEMBERIaN BaNtUaN GERaN PERKaPIta

    Bantuan geran perkapita merupakan bantuan kewangan yang

    diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah

    Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

    Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan

    mata pelajaran atau ketua panitia dalam mesyuarat jawatankuasa

    pengurusan kewangan dan akaun sekolah mengenai jumlah

    peruntukan geran perkapita yang diterima serta agihannya supaya

    perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan dan

    peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid

    sepenuhnya.

  • 20

    Geran perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan

    iaitu :

    a. Geran Perkapita Mata Pelajaran Teras, Wajib, Tambahan &

    Bahasa Asing dan Elektif.

    b. Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran Pusat Sumber

    Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan

    Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan

    Asrama.

    Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan geran perkapita

    bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan dalam

    Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/ 2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Maksud perbelanjaan seperti

    yang terdapat dalam surat pekeliling berkenaan adalah:

    a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan

    pengajaran dan pembelajaran.

    b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat

    dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk tujuan

    pengajaran dan pembelajaran.

    c. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal

    yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

    d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman

    herba dan sebagainya yang boleh memberi pengukuhan kepada

    program pengajaran dan pembelajaran.

    e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi

    pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama

    ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

    f. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah

    dibincangkan dan dipersetujui oleh ketua bidang atau ketua

    panitia dan diluluskan oleh pengetua atau guru besar.

  • 21

    Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan

    semasa.

    g. Bagi perolehan teknologi maklumat komunikasi, sekolah

    hendaklah mematuhi tatacara perolehan teknologi maklumat

    dan komunikasi yang berkuat kuasa.

    h. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan

    perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat

    Tanggungjawab.

    Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012, maksud perbelanjaan geran perkapita diperluas seperti berikut:

    a. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan

    geran perkapita mata pelajaran.

    b. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan

    Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain

    Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

    c. Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli mesyuarat

    pentadbiran dan pengurusan sekolah atau asrama dibenarkan

    menggunakan peruntukan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang

    Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

    d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru atau warden

    atau kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan

    kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan

    Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain

    Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

  • 22

    2.12 LatIHaN DaLaM PERKHIDMataN

    Latihan dalam perkhidmatan perlu dirancang dan dilaksanakan untuk

    mempertingkat pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang

    perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

    a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui

    kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses,

    Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf.

    b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan

    supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau

    persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

    c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan

    kursus dalaman peringkat panitia.

    d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk

    memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh

    idea-idea dan pendekatan baharu.

    e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap

    sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan.

    2.13 PENGURUSaN faIL ataU DOKUMENtaSI

    Panitia mata pelajaran hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk

    menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen hendaklah diurus

    dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan

    teknologi maklumat dan komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan

    data dan maklumat panitia.

  • 23

    2.14 BILIK ataU MaKMaL SaINS DaN SUDUt Mata PELaJaRaN

    Guru kanan mata pelajaran, ketua panitia dan guru mata pelajaran

    yang dipertanggungjawabkan perlu:

    a. Memastikan bilik atau makmal sains digunakan secara optimum

    untuk menjalankan aktiviti amali.

    b. Memastikan bilik atau makmal sains atau sudut mata pelajaran

    Sains sentiasa bersih dan kemas untuk digunakan.

    c. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik

    atau makmal sains atau sudut mata pelajaran Sains untuk proses

    pengajaran dan pembelajaran dan kegiatan persatuan sains.

    d. Menyediakan panduan penggunaan bilik atau makmal sains serta

    memastikan peraturan penggunaannya dipatuhi.

    e. Merekodkan penggunaan bilik atau makmal sains serta mengemas

    kini penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi

    perhatian sewajarnya.

    2.15 PERSatUaN SaINS

    a. Penubuhan persatuan Sains adalah bertujuan untuk pengukuhan,

    pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan

    minat murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, program yang

    berfaedah dan menarik minat murid perlu dirancang.

    b. Persatuan Sains boleh memainkan peranan dengan merancang

    aktiviti yang ada hubung kait dengan pencapaian objektif mata

    pelajaran tersebut dan menjalankannya pada masa tertentu di

    luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan kefahaman serta

    penguasaan murid di samping menimbulkan minat dalam bidang

    sains.

    c. Persatuan Sains yang ditubuhkan perlu mempunyai peraturan

    dan perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka kepada semua

    murid yang berminat di sesebuah sekolah tanpa sebarang sekatan.

  • 24

    d. Struktur organisasi persatuan sains terletak bawah Jawatankuasa

    Kokurikulum Sekolah dan menjadi pelengkap aktiviti panitia

    berkenaan.

    e. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh

    ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang

    diwujudkan dalam persatuan ini adalah seperti berikut:

    i. Pengerusi

    ii. Naib Pengerusi

    iii. Setiausaha

    iv. Bendahari

    v. Beberapa orang ahli jawatankuasa

    f. Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa

    dari semasa ke semasa bergantung pada kehendak

    perlembagaan dan keperluan.

    g. Mesyuarat tersebut boleh menubuhkan jawatankuasa kecil

    berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai matlamat

    kegiatan yang dirancang.

  • 25

    BaB 3

    PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

    3.1 PENDaHULUaN

    Pengajaran ialah aktiviti yang direka bentuk dan dilaksanakan oleh

    guru secara terancang dan teratur yang berasaskan ilmu pendidikan

    dan teori pedagogi yang sesuai. Hal ini demikian bagi menitipkan ilmu

    pengetahuan kepada murid berkaitan mata pelajaran yang diajar bagi

    membolehkan pertambahan ilmu dan perubahan tingkah laku. Proses

    pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran

    Sains menggunakan pendekatan berpusatkan murid yang memberi

    penekanan terhadap pembelajaran melalui pengalamian. Dalam hal

    ini, pelbagai teknik dan kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan,

    eksperimen, kajian kes, projek, tunjuk cara, main peranan dan simulasi

    digunakan mengikut keadaan dan potensi murid. Sementara itu,

    pembelajaran merupakan satu proses bagi mendapatkan pengetahuan

    atau kepercayaan baharu oleh murid yang membawa perubahan

    perlakuan hasil daripada pengalaman yang baharu. Guru berperanan

    sebagai fasilitator. Guru juga melaksanakan aktiviti dan teknik

    penyampaian yang menarik bagi menjalinkan ilmu pengetahuan,

    kemahiran dan nilai menggunakan sumber pendidikan yang berkesan.

    3.2 StaNDaRD 4: SKPM 2010

    Bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

    ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti pengajaran di

    bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada aspek PdP mengikut

    ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM).

    Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard 4 iaitu:

  • 26

    a. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

    b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang

    ditetapkan.

    c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan pembelajaran.

    d. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan

    keberkesanan pengajaran.

    e. Kaedah penyampaian yang sesuai bagi meningkatkan

    pencapaian objektif pelajaran.

    f. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan mempercepat

    pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

    g. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi

    mengukuhkan pembelajaran murid.

    h. Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran.

    i. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman

    murid.

    j. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan

    pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.

    k. Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang

    kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran.

    l. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi

    mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

    SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4

    berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam

    Standard 4 masih dikekalkan.

  • 27

    3.3 StRatEGI PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

    Strategi ialah satu perancangan pengurusan operasi yang digunakan

    untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan

    pembelajaran, istilah ini merujuk satu set aktiviti pengajaran yang

    bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif. Strategi pengajaran yang

    berkesan akan dapat mengintegrasikan pendekatan, kaedah, dan

    teknik secara harmoni. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

    kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran

    berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran

    serta ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang

    murid ke tahap yang optimum.

    Keberkesanan pengajaran guru sebahagian besarnya bergantung

    kepada pendekatan dan kaedah yang digunakan. Dalam pengajaran

    mata pelajaran Sains terdapat pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan

    yang digunakan untuk menarik minat serta memupuk pemikiran kritis

    dan kreatif. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan adalah

    seperti berikut:

    a. Inkuiri-Penemuan

    Inkuiri-penemuan merupakan satu kaedah pembelajaran

    yang melibatkan pertanyaan mengenai sesuatu perkara dan

    mencari jawapan kepada persoalan yang diutarakan. Kaedah ini

    melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat

    hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri-penemuan

    memerlukan kemahiran mengeksperimen, membuat refleksi,

    dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah yang

    digunakan.

  • 28

    b. Pembelajaran Masteri

    Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pengajaran

    dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai

    hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam unit pembelajaran

    sebelum berpindah ke tajuk seterusnya. Murid belajar mengikut

    kemampuan aras kognitif masing-masing. Aktiviti pengayaan

    dan pemulihan menjadi sebahagian daripada proses

    Pembelajaran Masteri.

    c. Pembelajaran Kontekstual

    Pembelajaran Konstektual menggabungkan isi kandungan

    dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam

    pekerjaan. Murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat

    menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan

    mereka. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit

    yang melibatkan aktiviti handson dan mindson.

    d. Pembelajaran Akses Kendiri

    Pembelajaran Akses Kendiri membolehkan murid memperoleh

    pengetahuan dan kemahiran secara berdikari melalui bahan

    pembelajaran yang disediakan. Bahan pembelajaran direka

    dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan,

    tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

    e. Kajian Masa Depan

    Merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk

    menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai

    cabaran hidup dan membuat keputusan. Kaedah ini mampu

    merangsang murid untuk berfikir secara kritis, kreatif dan

    inovatif.

  • 29

    f. Konstruktivisme

    Murid belajar dan membina sendiri pemahaman yang bermakna

    kepada diri mereka. Unsur penting dalam konstruktivisme

    adalah pembelajaran daripada hasil usaha murid sendiri apabila

    mampu menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi

    menstrukturkan semula idea. Murid berpeluang bekerjasama,

    berkongsi idea dan pengalaman dan membuat refleksi.

    g. Pembelajaran Berasaskan Masalah

    Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah

    pembelajaran berpusatkan murid. Murid diberikan satu

    masalah untuk diselesaikan secara berkumpulan dengan

    mempelbagaikan pencarian maklumat. Kaedah pembelajaran

    berasaskan masalah ini mempertingkatkan kemahiran insaniah

    murid kerana melibatkan antaranya elemen kemahiran

    berkomunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan

    kerja berkumpulan. Guru merupakan fasilitator dan memainkan

    peranan sebagai pembimbing dan pemantau untuk memastikan

    proses pembelajaran berlaku.

    3.4 aKtIVItI PEMBELaJaRaN

    Pelbagai aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dirancang

    dan dilaksanakan selaras dengan strategi pembelajaran sains yang

    menegaskan penglibatan murid secara aktif. Dalam melaksanakan

    aktiviti tersebut, guru memainkan peranan sebagai pemudah cara,

    pembimbing dan penunjuk teladan manakala murid pula mengambil

    bahagian secara aktif. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh

    dijalankan:

  • 30

    a. Eksperimen

    Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan

    dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui

    penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu

    secara saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan

    kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran

    manipulatif.

    b. Perbincangan

    Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

    berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan

    sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru

    bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan

    dengan bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk

    mempamerkan kebolehan diri.

    c. Simulasi

    Aktiviti yang dijalankan menyerupai situasi yang sebenar.

    Contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan,

    dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid

    melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan

    beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula

    menpunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk

    mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses

    bagi membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk

    mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat

    membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami

    konsep dan prinsip yang dipelajari.

    d. Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

    Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.

    Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti

    zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan paya bakau dan

    kilang. Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan

  • 31

    pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

    Setiap lawatan yang dibuat perlu perancangan yang rapi bagi

    memastikan murid mengetahui peranan dan aktiviti yang hendak

    dibuat semasa dan selepas lawatan.

    e. Projek

    Aktiviti yang dijalankan oleh murid secara individu atau

    berkumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek

    mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu

    pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek

    dalam bentuk laporan, artifak, atau lain-lain perlu dibentangkan

    kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan

    perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran

    pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

    3.5 PENERaPaN ELEMEN MERENtaS KURIKULUM

    3.5.1 Elemen yang diterapkan dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Tiga elemen yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan

    pembelajaran ialah:

    a. Elemen kreativiti dan inovasi diintegrasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah bagi membangun dan

    mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut

    keupayaan murid secara individu. Kreativiti merujuk

    kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau

    tindakan yang baharu. Inovasi pula ialah proses

    menjana idea dan mengaplikasikan idea secara kreatif

    dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi

  • 32

    digandingkan dalam pengajaran dan pembelajaran

    untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.

    b. Elemen keusahawanan merupakan satu pendekatan

    membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan

    pembentukan sikap keusahawanan serta amalan nilai

    moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan

    elemen ini bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan

    keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam

    kalangan murid.

    c. Elemen teknologi maklumat dan komunikasi diajar

    kepada murid agar dapat menggunakan komputer untuk

    tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima

    e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam

    menyempurnakan tugasan harian dan mengakses

    maklumat melalui internet.

    3.5.2 Kemahiransaintifik

    Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

    kemahiran manipulatif. Kemahiran saintifik penting untuk

    menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik

    seperti eksperimen, penyelidikan dan projek. Kemahiran ini

    mengutamakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah.

    a. Kemahiran Proses Sains

    Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang

    membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan

    mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran ini

    bermula daripada kemahiran yang mudah kepada

    yang kompleks. Penerangan bagi setiap elemen dalam

    kemahiran proses sains adalah seperti berikut :

  • 33

    i. Memerhatikan

    Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan,

    rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang

    objek dan fenomena.

    ii. Mengelaskan

    Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan

    mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri

    yang sama.

    iii. Mengukur dan menggunakan nombor

    Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan

    menggunakan nombor, alat berunit piawai atau alat

    yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

    iv. Membuat inferens

    Membuat kesimpulan awal yang munasabah sama ada

    benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu

    peristiwa atau pemerhatian.

    v. Meramalkan

    Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan

    pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan

    data.

    vi. Berkomunikasi

    Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan

    maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual,

    graf, rajah atau model.

  • 34

    vii. Menggunakan perhubungan ruang dan masa

    Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi,

    arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim dengan masa.

    viii. Mentafsirkan data

    Memberi penerangan yang rasional tentang objek,

    peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

    ix. Mendefinisikan secara operasi

    Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan

    menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

    x. Mengawal pemboleh ubah

    Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan,

    pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang

    dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh

    ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya

    dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa

    yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

    xi. Membuat hipotesis

    Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan

    antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi

    menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan

    ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.

    xii. Mengeksperimen

    Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji

    sesuatu hipotesis, mengumpulkan dan mentafsirkan data

    untuk mendapatkan kesimpulan.

  • 35

    b. Kemahiran Manipulatif

    Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor

    dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid

    melakukan perkara yang berikut:

    i. Mengguna dan mengendalikan peralatan dan

    bahan sains dengan betul.

    ii. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan

    betul dan selamat.

    iii. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang

    betul.

    iv. Mengendalikan spesimen dengan betul dan

    cermat.

    v. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains

    dengan tepat.

    3.5.3 KemahiranBerfikir

    a. Kemahiran Berfikir Kritis

    Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritis

    adalah seperti berikut:

    i. Mencirikan

    Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan

    unsur sesuatu konsep atau objek.

    ii. Membanding dan membeza

    Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

    kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu

    objek atau peristiwa.

  • 36

    iii. Mengumpul dan mengelas

    Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena

    kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria

    tertentu seperti ciri atau sifat sepunya.

    iv. Membuat urutan

    Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib

    berdasarkan kualiti atau kuantiti, ciri atau sifatnya seperti

    saiz, masa, bentuk atau bilangan.

    v. Menyusun mengikut keutamaan

    Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

    berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

    vi. Menganalisis

    Mengolah maklumat dengan menguraikannya kepada

    bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu

    konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

    vii. Mengesan kecondongan

    Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak

    kepada atau menentang sesuatu.

    viii. Menilai

    Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi

    kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil

    yang sah.

    ix. Membuat kesimpulan

    Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang

    berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau

    mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

  • 37

    b. Strategi Berfikir

    Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti

    berikut:

    i. Mengkonsepsikan

    Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian,

    konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya

    yang saling berhubung.

    ii. Membuat keputusan

    Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik

    daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria

    tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

    iii. Menyelesaikan masalah

    Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang

    terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun

    kesulitan yang tidak dijangkakan.

    iv. Menaakul

    Kemahiran menaakul adalah kemahiran yang digunakan

    dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional,

    adil dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis,

    kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika

    seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara

    induktif dan deduktif.

  • 38

    3.5.4 KemahiranBerfikirArasTinggi

    Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk

    mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kemahiran

    ini bertujuan untuk membuat penaakulan dan refleksi bagi

    menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan

    berupaya mencipta sesuatu.

    Penerangan kemahiran KBAT

    Kemahiran Keterangan

    MengaplikasiMenggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.

    Menganalisis

    Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait dengan bahagian berkenaan.

    MenilaiMembuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta membuat justifikasi.

    MenciptaMenghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.

    Kemahiran berfikir aras tinggi boleh diaplikasikan di dalam bilik

    darjah antaranya, melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran

    inkuiri, penyelesaian masalah, teknik menyoal serta aras soalan

    berdasarkan taksonomi Blooms dan Versi Lorin Anderson. Guru

    dan murid boleh menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran

    (i-Think), Six Thinking Hats, Ryans Thinkers Keys, Q-Matrix, peta

    minda dan Habits of Minds untuk menggalak serta memupuk

    pemikiran aras tinggi.

  • 39

    3.5.5 PenerapanSikapSaintifikdanNilaiMurni

    Mata pelajaran Sains menegaskan penerapan nilai-nilai murni

    berdasarkan manusia harus memainkan peranan sebagai insan

    yang bertanggungjawab dan bijaksana dalam menguruskan

    alam. Sikap saintifik dan nilai murni yang boleh diterap menerusi

    pengajaran dan pembelajaran sains adalah seperti berikut:

    a. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

    b. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

    c. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi

    sesuatu perkara.

    d. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

    terhadap alam sekitar.

    e. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

    untuk memahami alam.

    f. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

    sihat.

    g. Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

    h. Berhemah tinggi dan hormat menghormati.

    i. Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

    j. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

    k. Berfikiran kritikal dan analitis.

    l. Luwes dan berfikiran terbuka.

    m. Baik hati dan penyayang.

    n. Bersifat objektif.

    o. Sistematik.

    p. Bekerjasama.

    q. Adil dan saksama.

    r. Berani mencuba.

    s. Berfikir secara rasional.

    t. Yakin dan berdikari.

  • 40

    Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

    mengikut peringkat berikut:

    a. Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan

    sikap saintifik dan nilai murni.

    b. Memberi perhatian serta respons.

    c. Menghayati dan mengamalkan.

    d. Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam

    kehidupan.

    3.6 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PENGaJaRaN taHUNaN

    Rancangan Pelajaran Tahunan merupakan panduan perancangan

    pengajaran untuk satu mata pelajaran dalam tempoh setahun

    berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum dan

    Pentaksiran. Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan oleh panitia

    dan diedarkan kepada semua guru yang terlibat.

    Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi kandungan

    pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran

    kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi perkara-perkara seperti

    ruang minggu, tajuk atau tema, kemahiran dan catatan. Beberapa

    aspek yang diberi pertimbangan dalam menyediakan Rancangan

    Pelajaran Tahunan ialah:

    a. Mengenal pasti murid yang menjadi kumpulan sasaran dan

    keupayaan yang berbeza.

    b. Mengubah suai Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan

    takwim persekolahan dan atau atau kumpulan murid tahun

    semasa.

  • 41

    c. Membuat pemetaan isi pelajaran dengan memilih, menentukan dan

    menyusun kemahiran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah atau Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau

    Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau Dokumen

    Standard Kurikulum.

    d. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan pada awal tahun

    persekolahan dalam bentuk yang telah ditentukan oleh pihak

    sekolah.

    e. Menyatakan unsur-unsur ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai

    murni dalam Rancangan Pelajaran Tahunan.

    3.7 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PENGaJaRaN HaRIaN

    Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan

    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, Rancangan Pelajaran Harian

    merupakan terjemahan daripada Rancangan Pelajaran Tahunan yang

    mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara

    bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif

    itu tercapai. Rancangan Pelajaran Harian disediakan dengan:

    a. Merujuk dan diselaraskan dengan Rancangan Pelajaran

    Tahunan.

    b. Berdasarkan tahap kebolehan murid dalam kelas yang

    berkenaan.

    c. Mempunyai kesinambungan dengan pengajaran dan

    pembelajaran yang terdahulu.

    d. Mengambil kira refleksi yang dibuat.

    e. Sebaik-baiknya sehari sebelum sesuatu pelajaran itu

    disampaikan.

  • 42

    3.7.1 Penulisan Objektif

    Rasional dalam penulisan objektif ialah:

    a. Menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran

    guru.

    b. Membantu guru membuat penilaian, pentaksiran dan

    pengukuran sama ada murid menguasai konsep dan

    kemahiran.

    c. Membantu pihak pentadbir untuk menyelia, mencerap

    dan menilai keberkesanan pengajaran guru.

    Penulisan objektif perlulah jelas dan spesifik untuk membantu

    guru memilih kaedah, prosedur, bahan, sumber, aktiviti serta

    arahan yang betul dan sesuai untuk menghasilkan tingkah laku

    atau hasil yang diingini. Objektif yang baik perlu mempunyai ciri-

    ciri berikut:

    a. Dalam bentuk perlakuan yang boleh diukur.

    b. Menetapkan syarat pembelajaran dan tahap pencapaian

    dengan menentukan bilangan tingkah laku yang hendak

    dicapai.

    c. Sesuai dengan isi pelajaran yang diberi fokus dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    d. Mempunyai pelbagai aras supaya sesuai dengan tahap

    kebolehan murid yang pelbagai.

    3.7.2 aktiviti

    Aktiviti perlu dirancang dengan baik untuk:

    a. Memudahkan guru menyediakan bahan atau sumber

    yang diperlukan, pengurusan masa dan pengurusan

    kelas.

  • 43

    b. Memudahkan guru memilih dan merancang strategi,

    kaedah dan teknik yang digunakan untuk mencapai

    objektif.

    c. Membantu guru ganti mengajar berdasarkan aktiviti yang

    telah dirancang.

    Penulisan aktiviti yang baik ialah:

    a. Ringkas dengan menyatakan apa yang akan dilakukan

    oleh murid.

    b. Berfokus kepada apa yang murid harus laksanakan.

    c. Mengikut urutan langkah pengajaran.

    3.7.3 RefleksiAtauImpak

    Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999:

    Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran maksud

    Kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai ialah refleksi atau

    impak. Refleksi atau impak perlu dicatat setelah guru selesai

    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Penulisan refleksi

    atau impak yang berkesan mesti mengandungi bilangan atau

    peratus murid yang mencapai objektif dan tindakan yang akan

    diambil terhadap murid yang belum mencapai objektif. Matlamat

    penulisan refleksi ialah untuk:

    a. Membantu guru mengukur pencapaian murid pada akhir

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    b. Membantu guru menilai keberkesanan pengajaran yang

    dilaksanakan.

    c. Digunakan bagi merancang dan menetapkan pengajaran

    seterusnya.

  • 44

    3.8 tEKNIK PENYOaLaN

    Teknik penyoalan yang baik mampu menilai kefahaman murid

    terhadap sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Ciri-ciri teknik

    penyoalan yang baik ialah guru dapat :

    a. Mengemukakan soalan yang merangkumi pelbagai aras kognitif

    dengan susunan aras soalan yang mudah ke sukar.

    b. Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah.

    c. Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan

    disebarkan ke seluruh kelas.

    d. Memberi masa yang cukup untuk murid berfikir.

    e. Membuka peluang kepada murid lain untuk menjawab.

    3.9 HaSIL KERJa MURID

    Hasil kerja murid adalah berdasarkan latihan dan tugasan yang

    diberikan oleh guru sama ada bertulis atau laporan amali yang

    disediakan dengan lengkap, kemas dan bersih. Latihan atau tugasan

    murid adalah berdasarkan keupayaan murid, pelbagai dan bersesuaian

    dengan tajuk yang diajar. Guru perlu menyemak hasil kerja murid

    secara konstruktif, antaranya menunjukkan kesilapan murid, memberi

    ulasan dan penghargaan serta memberi arahan pembetulan jika

    ada. Kekerapan penyemakan hasil kerja murid perlu dilakukan dalam

    tempoh waktu yang sesuai dan konsisten.

  • 45

    BaB 4

    PENtaKSIRaN

    4.1 PENDaHULUaN

    Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul

    maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada

    maklumat, menginterpretasikan maklumat, membuat inferens, dan

    membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap

    murid untuk memperbaik pembelajarannya. Proses pengajaran,

    pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan

    bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran

    untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar.

    Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia

    yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Proses

    pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan

    pelbagai cara sama ada secara tidak formal atau formal dengan

    menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali,

    kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan

    dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang

    kebolehan seseorang murid dalam pembelajarannya.

    4.2 PEPERIKSaaN aWaM

    Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah

    (sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia

    (Ulangan) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan Awam atau

    Peperiksaan Pusat ialah peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga

    Peperiksaan sepenuhnya, bermula daripada pendaftaran calon

    peperiksaan, penyediaan item dan pembinaan instrumen pentaksiran,

  • 46

    pengendalian peperiksaan di pusat-pusat peperiksaan yang ditetapkan

    oleh Lembaga Peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan calon dan

    penskoran, pengeluaran keputusan dan pensijilan.

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987

    dan merupakan peperiksaan awam atau pusat peringkat kebangsaan

    yang diduduki oleh murid Tahun 6 sekolah rendah. Ujian Pencapaian

    Sekolah Rendah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap

    penguasaan calon dalam kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis dan

    mengira. Di samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan

    potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang seperti

    yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau

    gagal tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir

    persekolahan rendah.

    Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk

    pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan

    yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat

    pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan

    Cambridge International Examinations , United Kingdom telah memberi

    peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil

    Pelajaran Malaysia untuk mendapat sijil Cambridge International

    Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga

    Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development

    International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada calon

    yang menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia mendapat

    sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

  • 47

    4.3 PENtaKSIRaN BERaSaSKaN SEKOLaH

    Di samping peperiksaan awam, Lembaga Peperiksaan juga telah

    memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah

    rendah mulai tahun 2011 dan menengah rendah mulai tahun 2012.

    Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-

    2025 berkaitan pembelajaran murid, pengajaran dan pembelajaran perlu menyepadukan kurikulum dan pentaksiran berdasarkan tanda

    aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang berkemahiran

    serta mampu bersaing di peringkat global. Sistem penilaian yang

    berorientasikan peperiksaan (examination orientation) perlu mengalami

    penambahbaikan bagi memastikan hala tuju pendidikan yang

    berteraskan assessment of learning, assessment for learning dan

    assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian murid secara

    holistik dapat direalisasikan.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang

    mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu

    menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor

    (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara

    menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik dan pelbagai situasi.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi

    kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi

    individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan

    tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir

    kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah,

    motivasi diri dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan aspek

    kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan

    yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan

    masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan,

  • 48

    dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang

    sering berubah-ubah.

    Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,

    penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah,

    daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan.

    Pementoran merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan

    kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan

    dijalankan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula

    dilaksanakan untuk memastikan keseragaman tugasan dan penskoran

    bagi menjamin kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan

    prestasi murid. Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat

    keberkesanan dan ketepatan instrumen yang digunakan dalam

    pentaksiran.

    Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang

    akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada

    Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan

    akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

    Kokurikulum. dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini

    memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

    pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

    4.3.1 Pentaksiran Sekolah

    Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang,

    dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah.

    Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar dan

    dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan

    seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau

  • 49

    pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran Sekolah

    berperanan untuk mengukuhkan pembelajaran murid,

    meningkatkan pengajaran guru dan memberikan maklumat yang

    sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau dicapai

    dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran

    Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru

    dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni

    dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang

    berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala

    tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah

    juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk

    menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran

    sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai pentaksiran

    untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran

    tentang pembelajaran (assessment of learning).

    Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah

    sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk

    melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta

    pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan

    Standard merupakan proses bagi mendapatkan maklumat

    tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh

    buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan

    pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap

    pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

    Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard dibangunkan

    di sekolah untuk melihat perkembangan pembelajaran

    murid dalam pengetahuan, pemahaman dan

    kemahiran yang diukur dan berperanan mengukuhkan

    pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta

    memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah

  • 50

    dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.

    Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan

    pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi

    melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan

    menerangkan kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam

    pembelajaran merujuk pernyataan standard. Murid dinilai

    secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

    berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan

    potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak

    sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap

    dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi

    segala aspek tentang diri seseorang murid bagi membolehkan

    pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,

    menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai

    insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

    menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

    mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

    Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:

    a. Pentaksiran formatif

    Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses

    pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian prosesnya

    dan juga untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid

    sepanjang tahun untuk mendapatkan maklum balas tentang

    kemajuan pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik atau

    aspek.

    b. Pentaksiran Sumatif

    Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit

    pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir

    pencapaian murid tentang pembelajaran (Assessment of

    learning).

  • 51

    c. Instrumen Pentaksiran Sekolah

    Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan

    konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran

    digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan

    ialah :

    i. Pemerhatian

    Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan

    dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara

    secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa

    yang dihasratkan.

    ii. Pensel dan kertas atau ujian bertulis

    Instrumen yang menggunakan item objektif atau

    subjektif.

    iii. Persembahan

    Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan

    tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek

    pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai

    situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen

    praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan

    bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

    iv. Projek

    Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan

    dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu

    tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti

    pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan.

    Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau

    secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini

    membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan

  • 52

    serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan

    tugasan.

    v. Produk

    Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau

    membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan

    tugasan yang diberikan.

    vi. Amali

    Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau

    melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

    vii. Tugasan bertulis atau karya penulisan

    Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan

    laporan atau dokumen atau karya kreativiti dalam

    bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang

    ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.

    viii. Lembaran kerja

    ix. Soal jawab

    x. Kuiz

    xi. Senarai semak

    xii. Latihan atau Tugasan Rumah

    4.3.2 Pentaksiran Pusat

    Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik

    dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi

    melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu

    program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan

    instrumen pentaksiran dan panduan penskoran manakala

    pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah

  • 53

    dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran

    Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan

    pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara

    sumatif.

    Pentaksiran tingkatan 3 (Pt3)

    Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang

    dikendalikan kepada murid pada akhir peringkat menengah

    rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen

    pentaksiran Pentaksiran Tingkatan 3 dibangunkan dalam

    skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga

    berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran

    tersebut. Elemen yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras

    Tinggi (KBAT) turut diserapkan dalam tugasan Pentaksiran

    Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran

    Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan

    instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata

    pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran

    Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Ba