panduan pengurusan mata pelajaran - utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/jnjk buku...

84

Click here to load reader

Upload: nguyenkhuong

Post on 31-Jan-2018

309 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti2015

PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

SAINS

Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Page 2: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

Diterbitkan olehJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2015

© Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara

elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Page 3: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan
Page 4: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

i

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.

Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.

Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan sendiri.

Selamat Maju Jaya.

DatO’ SERI MaHDZIR BIN KHaLID

Kata Alu-AluanMENtERI PENDIDIKaN MaLaYSIa

Page 5: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

ii

Kata Alu-AluanKEtUa PENGaRaH PELaJaRaN MaLaYSIa

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan negara.

Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

DatO’ SRI DR. KHaIR BIN MOHaMaD YUSOf

Page 6: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

iii

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik.

SELaMat MaJU JaYa DaN SaLaM 1MaLaYSIa.Sekian, terima kasih.

(DatO’ HaJI MaHMUD BIN KaRIM)

Kata Alu-AluanKEtUa NaZIR SEKOLaH

Page 7: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

iv

JaWataNKUaSa PENERBItaNBUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

SaINS

PenasihatDato’ Hj. Mahmud bin Karim

Ketua Nazir SekolahJemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi 1Hjh. Normah binti Ismail KMN

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

Pengerusi 2Encik Hashim bin Mohd Zin

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

timbalan PengerusiDr. Harery bin Abu Saad

Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

SetiausahaIshak bin Arif

Ketua Penolong Pengarah

ahliRosdi bin Husin (JNJK)

Rosnita binti Abdullah (JNJK)Mohamad Noor Azman bin Hj. Bakar (JNJK)

Mohd Zulkefli bin Mohd Noor (JNJK)Hussin bin Abu Bakar (JNJK)Zainal bin Mohamad (JNJK)Yuhana binti Yaacob (JNJK)

Zalifah binti Rosli (JNJK) Hj Zamani bin Ashaari (JNJK)

Wong Li Li (BPK)Azmi bin Harun (BPK)

Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

Page 8: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

v

ISI KaNDUNGaN

Bil tajuk Muka Surat Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia i Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii Jawatankuasa Penerbitan iv Isi Kandungan v Pengenalan vii Objektif Buku Panduan Pengurusan ix

BaB 1 PROfIL Mata PELaJaRaN 1.1 Pendahuluan 11.2 Matlamat Mata Pelajaran 21.3 Objektif 31.4 Organisasi Kandungan 61.5 Peruntukan Waktu 8

BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN 2.1 Pendahuluan 102.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 102.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 112.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran 122.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 142.6 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong 14 Kanan Petang 2.7 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran 152.8 Peranan Ketua Panitia Sains 152.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Sains 172.10 Mesyuarat Panitia Sains 182.11 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran Perkapita 192.12 Latihan Dalam Perkhidmatan 222.13 Pengurusan Fail atau Dokumentasi 222.14 Bilik atau Makmal Sains dan Sudut Mata Pelajaran 232.15 Persatuan Sains 23

Page 9: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

vi

BaB 3 PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN 3.1 Pendahuluan 253.2 Standard 4: SKPM 2010 253.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 273.4 Aktiviti Pembelajaran 293.5 Penerapan Elemen Merentas Kurikulum 313.6 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 403.7 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 413.8 Teknik Penyoalan 443.9 Hasil Kerja Murid 44 BaB 4 PENtaKSIRaN 4.1 Pendahuluan 454.2 Peperiksaan Awam 454.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 474.4 Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Sains 56 BaB 5 PENYELIaaN 5.1 Pendahuluan 615.2 Tujuan Penyeliaan 625.3 Bidang Penyeliaan 635.4 Prinsip Penyeliaan 645.5 Peringkat Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 655.6 Tindakan Penambahbaikan 66 RUJUKaN 68

Page 10: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

vii

PENGENaLaN

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

faLSafaH PENDIDIKaN KEBaNGSaaN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

MISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara

Profesional, Berkualiti dan Beretika.

Page 11: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

viii

OBJEKtIf JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran

dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti

penaziran;

ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya

menjadi efektif dan cekap;

iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua

pihak dalam bidang pendidikan;

iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian

maklumat yang cekap dan berkesan;

v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara

berterusan dalam bidang penaziran; dan

vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan

negeri dan pejabat pendidikan bahagian/ daerah bagi memastikan

nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi

perhatian.

Page 12: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

ix

OBJEKtIf BUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN SaINS

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Sains adalah seperti

berikut:

i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai

pemimpin kurikulum yang profesional.

ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan pengetua dan guru besar

menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses

pengajaran dan pembelajaran Sains dengan berkesan.

iii. Membolehkan Ketua Panitia Sains mengurus dan mentadbir

panitia dengan berkesan.

iv. Membolehkan guru Sains mengurus dan melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan

berkesan.

v. Membantu guru bukan opsyen Sains memahami matlamat,

objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata

pelajaran Sains.

vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum

dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Sains)

dalam melaksanakan pengurusan persatuan.

vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia

dan guru yang mengajar mata pelajaran Sains tentang cara

meningkatkan penguasaan dan prestasi Sains di sekolah.

Page 13: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

1

BaB 1PROfIL Mata PELaJaRaN

1.1 PENDaHULUaN

Sains merupakan bidang ilmu hasil daripada usaha manusia untuk

mencari penerangan yang rasional tentang alam. Kepentingan sains

dalam sistem pendidikan di Malaysia dijelaskan dalam Jadual

Subseksyen 18(2) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996). Kepentingan

mata pelajaran Sains telah diperakukan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia dengan memberikan peruntukan bantuan geran perkapita,

membina makmal sains sekolah serta memberi latihan perkhidmatan

kepada guru dan pembantu makmal sains. Selaras dengan

perkembangan pembelajaran abad 21, peralatan teknologi maklumat

dan komunikasi seperti komputer, perisian dan projektor LCD telah

dibekalkan ke semua sekolah untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum Sains secara keseluruhan merangkumi tiga mata pelajaran

Sains Teras dan empat mata pelajaran Sains Elektif. Mata pelajaran

Sains Teras terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Sains Sekolah

Rendah, Sains Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata

pelajaran Sains Elektif yang ditawarkan di peringkat menengah atas

terdiri daripada Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Tambahan.

Matlamat pendidikan sains bertujuan mewujudkan masyarakat saintifik

dan progresif serta berilmu bagi membentuk warga negara yang kritis,

kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan sains dan teknologi.

Sehubungan dengan itu, pendidikan sains memberi tumpuan kepada

penerapan pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik. Kemahiran

saintifik meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif

serta pemupukan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Strategi

pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum mata pelajaran Sains

Page 14: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

2

mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah

adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu

pengetahuan yang dapat mengembangkan minda murid ke tahap yang

optimum. Pembelajaran berfikrah berlaku melalui pelbagai pendekatan

seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran masteri, pembelajaran

kontekstual, pembelajaran akses kendiri, kajian masa depan,

konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan masalah.

Semua sekolah perlu mewujudkan pengajaran mata pelajaran Sains

yang berkualiti. Pengetua, guru besar dan guru bertanggungjawab

memastikan kualiti mata pelajaran Sains berada pada tahap yang

tinggi. Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk

memupuk penguasaan pengetahuan dan kemahiran saintifik dalam

kalangan murid. Murid pula perlu aktif dalam pembelajaran dan boleh

berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mengaplikasi Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sehubungan dengan itu, buku ini

diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan dan maklumat kepada

pengetua, guru besar dan guru agar dapat menjalankan tugas tersebut

secara efisien dan efektif.

1.2 MatLaMat Mata PELaJaRaN

a. Dunia Sains dan Teknologi

Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam

minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman

dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi,

kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin

dikembangkan merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran

manipulatif atau psikomotor, kemahiran berfikir dan kemahiran

asas teknologi maklumat dan komunikasi.

Page 15: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

3

b. Sains Sekolah Rendah

Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah untuk menanam minat

dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan

penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan

kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

c. Sains Sekolah Menengah

Kurikulum Sains Sekolah Menengah adalah bertujuan untuk

membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran

sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian

berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang mengikuti

Kurikulum Sains Sekolah Menengah memperoleh asas sains

yang membolehkan mereka mendapat pendidikan lanjutan

dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat

yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

membudayakan sains dan teknologi secara semula jadi dalam

menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

1.3 OBJEKtIf

a. Fokus Tema Dunia Sains dan Teknologi Tahap I adalah :

i. Menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta

mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan

penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta

sikap saintifik dan nilai murni. Justeru, murid mempunyai

landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam

kehidupan harian.

Page 16: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

4

ii. Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran

praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan

asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan

inovatif.

iii. Memperkukuh pengetahuan dan kemahiran asas

teknologi maklumat dan komunikasi dalam Dunia Sains

Teknologi serta mengaplikasikan secara merentas

kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid.

iv. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam sains,

reka bentuk dan teknologi serta teknologi maklumat dan

komunikasi bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran

Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Reka

Bentuk Teknologi di Tahap II.

b. Objektif Pendidikan Sains Sekolah Rendah Tahap II adalah :

i. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan

minat tentang dunia di sekeliling mereka.

ii. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran

saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

iii. Meningkatkan daya kreativiti murid.

iv. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

v. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran secara kritis, kreatif dan analisis bagi membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah.

vi. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya

membolehkan murid mengamalkannya.

vii. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

Page 17: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

5

c. Objektif Pendidikan Sains Sekolah Menengah adalah :

i. Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip

sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan

fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.

ii. Memperoleh kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip

sains dalam bidang teknologi dan kehidupan seharian.

iii. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

iv. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai

murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

v. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta

bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains

dan teknologi.

vi. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan

bijak dan berkesan.

vii. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

viii. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan

dan pengurusan alam semula jadi serta sumbernya dengan

bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.

ix. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap

pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

x. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui

kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk

memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena

alam berasaskan kemampuan akal.

xi. Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kasih sayang

kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam

pemuliharaan dan pemeliharaannya.

Page 18: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

6

1.4 ORGaNISaSI KaNDUNGaN

Kandungan mata pelajaran Sains adalah seperti berikut:

1.4.1 Sains Sekolah Rendah

a. Organisasi kandungan mata pelajaran Sains Tahun 1 hingga

Tahun 6 mengandungi tema berikut:

i. Pengenalan kepada Sains

ii. Sains Hayat

iii. Sains Fizikal

iv. Sains Bahan

v. Bumi dan Sains Angkasa

vi. Teknologi dan Kehidupan Lestari

1.4.2 Sains Sekolah Menengah

Di peringkat sekolah menengah, bidang pembelajaran sains

terbahagi kepada dua iaitu teras (Sains) dan elektif (Sains

Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi). Organisasi kandungan

mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut :

a. Sains

Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Sains adalah

seperti berikut:

i. Memperkenalkan Sains

ii. Manusia dan Kepelbagaian Hidupan

iii. Jirim dan Alam

iv. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

v. Daya dan Gerakan

vi. Tenaga dalam Kehidupan

vii. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar

Page 19: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

7

viii. Perkembangan Teknologi Industri dalam Masyarakat

ix. Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas.

b. Biologi

Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Biologi adalah:

i. Pengenalan kepada Biologi

ii. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan

iii. Menyiasat Fisiologi Hidupan

iv. Menyiasat Perhubungan Hidupan dengan

Persekitaran

v. Fisiologi Kehidupan

vi. Variasi dan Pewarisan

c. Kimia

Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Kimia adalah:

i. Memperkenalkan Kimia

ii. Jirim di Sekeliling Kita

iii. Interaksi antara Bahan Kimia

iv. Penghasilan dan Pengurusan Bahan Kimia

d. Fizik

Bidang pembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran

Fizik adalah:

i. Pengenalan kepada Fizik

ii. Daya dan Gerakan

iii. Daya dan Tekanan

iv. Haba

v. Cahaya

vi. Gelombang

vii. Elektrik

viii. Keelektromagnetan

ix. Elektronik

x. Keradioaktifan

Page 20: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

8

e. Sains Tambahan

Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Sains Tambahan

adalah seperti berikut:

i. Pengukuran dan Daya

ii. Tenaga dan Kehidupan

iii. Jirim dalam Alam Semula jadi

iv. Penyelenggaraan dan Kesinambungan Hidup

v. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar

vi. Gelombang

vii. Perkembangan Sains dan Teknologi

1.5 PERUNtUKaN WaKtU

Peruntukan waktu bagi semua mata pelajaran Sains bagi sekolah

rendah dan menengah berdasarkan surat pekeliling berikut :

a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010: Pelaksanaan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap I Mulai

tahun 2011,

b. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2013: Pelaksanaan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap II Secara

Berperingkat-peringkat Mulai tahun 2014,

c. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990: Sukatan Pelajaran

dan Peruntukan Masa untuk Mata-mata Pelajaran Program

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi

Sekolah Menengah atas Mulai tahun 1992, dan

d. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2000: Peruntukan Waktu

untuk Mata Pelajaran Sains dalam Kumpulan teras

Peringkat Menengah atas.

Page 21: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

9

Berikut adalah cadangan sebaran waktu pengajaran dan pembelajaran

serta waktu amali mata pelajaran Sains:

a. Sekolah Rendah

Mata Pelajaran tahun

Peruntukan Masa

Seminggu

Sebaran Waktu dalam Seminggu Waktu amali Minimum

Dunia Sains dan Teknologi 1 – 3 60 minit

(2 waktu)

Sains 4 - 6 120 minit(4 waktu) Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali

b. Sekolah Menengah

Mata Pelajaran tingkatan

Peruntukan Masa

Seminggu

Sebaran Waktu dalam Seminggu Waktu amali Minimum

Sains 1 – 5 200 minit(5 waktu)

Waktu berkembar = 2 kali dan

1 waktu = 1 kaliWaktu berkembar = 1 kali

Sains Tambahan 4 - 5 160 minit

(4 waktu) Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali

FizikKimiaBiologi

4 – 5 160 minit(4 waktu) Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali

Page 22: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

10

BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

2.1 PENDaHULUaN

Pengurusan mata pelajaran amat penting bagi memastikan

pelaksanaan kurikulum lebih terancang dan sistematik. Pengurusan

mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik

dan sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran juga penting agar

guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin, bertanggungjawab,

berwawasan, berinovasi dan berupaya melaksanakan tugas dengan

berkesan. Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran

akan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran dan seterusnya

mampu melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan visi KPM iaitu

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.

2.2 JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Jawatankuasa kurikulum sekolah merupakan jawatankuasa tertinggi

dalam bidang kurikulum di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini

bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju dan ketetapan yang

jelas ke arah merealisasikan pendidikan cemerlang. Jawatankuasa

Kurikulum Sekolah memandu dan memberi panduan kepada guru

melalui aktiviti panitia dan persatuan mata pelajaran yang dilaksanakan

supaya mencapai matlamatnya.

Page 23: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

11

Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti berikut:

Sumber Rujukan: PPK, KPM (2001)

2.3 PERaNaN JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah;

a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah

dengan jelas.

b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan

Malaysia dibincangkan dan dilaksanakan.

c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek

dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat

kurikulum.

d. Menyelaras, melaksana, memantau, menilai dan menambah

baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaik lagi

keadaan, suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran.

Page 24: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

12

e. Merancang latihan atau kursus perkembangan staf dengan

tujuan meningkatkan mutu pendidikan.

f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di

sekolah.

g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan

aktiviti kurikulum.

h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan

aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.

i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan

dengan pendidikan semasa.

j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan

mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan

oleh panitia.

k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.

l. Memastikan Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan dengan

berkesan.

m. Menilai dan meneliti pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan dan

mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum

Daerah atau Negeri.

2.4 PERaNaN PaNItIa Mata PELaJaRaN

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran

secara rasmi. Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit,

adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata

pelajaran. Sekolah boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran

sebagai satu panitia.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia

mata pelajaran sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan

ikhtisas:

Page 25: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

13

a. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum

dan Pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran

Murid (Panduan PPM) yang terkini dan kemas kini untuk

kegunaan ahli panitia.

b. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi tahun

semasa selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian

dengan takwim sekolah.

c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada

pentadbir sekolah untuk keperluan guru dan murid.

d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan

menyediakan bank soalan.

e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap

peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai

bagi penambahbaikan.

f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-

kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan

secara semerta jika perlu.

g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia

(secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan

masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang

berhubung dengan kaedah untuk mengajar serta mencari

penyelesaian masalah bagi sesuatu isu.

h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh

setelah mengikuti kursus atau seminar.

i. Mewujudkan semangat bekerjasama dengan persatuan di

sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu

pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.

j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran

dengan panitia di sekolah berhampiran.

k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu

usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.

Page 26: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

14

l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk

menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli

panitia.

m. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan

mesyuarat, surat menyurat dan rekod.

2.5 PERaNaN PENGEtUa ataU GURU BESaR

Pengetua atau guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang,

pelaksana perubahan dan inovasi kurikulum. Selain itu, beliau juga

merupakan penentu mata pelajaran elektif, perancang, dan pengurus

program pengajaran dan pembelajaran, memastikan sumber bahan

pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan sebagai contoh dalam

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Pengetua atau guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan fizikal. Di

samping itu, pengetua atau guru besar perlu menubuhkan panitia mata

pelajaran. Beliau juga perlu merekodkan segala hasil penyeliaan atau

pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.

2.6 PERaNaN PENOLONG KaNaN PENtaDBIRaN ataU PENOLONG KaNaN PEtaNG

Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang berperanan

dalam urusan penyediaan jadual waktu induk, jadual waktu kelas dan

jadual guru ganti. Selain itu, beliau juga berperanan bagi menentukan

tenaga pengajar mengikut kesesuaian opsyen, pembangunan staf,

merancang, melaksana dan menilai program peningkatan kurikulum

serta membimbing guru. Beliau juga memastikan peperiksaan dan

pentaksiran sama ada dalaman atau awam dilaksanakan dengan

lancar serta memastikan pusat sumber berfungsi dengan baik.

Page 27: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

15

penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang juga

berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan

dan bimbingan dan mengenal pasti dan mencalonkan guru untuk

mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan mata pelajaran

Bahasa Malaysia.

2.7 PERaNaN GURU KaNaN Mata PELaJaRaN

Guru kanan mata pelajaran sains berperanan membantu pengetua

dalam melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran,

mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran Sains. Guru

kanan mata pelajaran sains membantu penolong kanan pentadbiran

mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas, melaksanakan

penilaian kemajuan staf, penyediaan dan penggunaan bahan bantu

mengajar dan koleksi pusat sumber.

2.8 PERaNaN KEtUa PaNItIa SaINS

Keperluan penubuhan panitia mata pelajaran dimaklumkan melalui

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua

panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras,

memantau, menilai dan menambah baik semua hal berkaitan mata

pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh pengetua

atau guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata pelajaran

bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah

dianggotai oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran tersebut

di sekolah. Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari

dengan perkembangan pendidikan semasa, antara tugas yang boleh

dijalankan oleh ketua panitia adalah seperti berikut:

a. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa

untuk mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum.

b. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid, Dokumen

Page 28: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

16

Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran terkini.

c. Merancang, menyedia dan menyelaras Rancangan Pelajaran

Tahunan dengan mengambil kira takwim semasa persekolahan.

d. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua

guru mata pelajaran dalam penyediaan Rancangan Pelajaran

Harian.

e. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan

serta menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan

penambahbaikan.

f. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau

aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan

kokurikulum akademik.

g. Menyelaras tugasan, jenis buku latihan dan buku nota yang

akan digunakan.

h. Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan

bilangan, bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang

bersesuaian.

i. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau

latihan dalam perkhidmatan yang lebih berfokus kepada

peningkatan kualiti pengajaran guru.

j. Membantu merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan

tahunan bagi mata pelajaran.

k. Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan

mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang

sedang berkuat kuasa.

l. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan

Pusat Sumber Sekolah.

m. Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan

diterima mengikut bilangan dan spesifikasi.

Page 29: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

17

n. Merancang program Professional Learning Community seperti

Learning Walks, Peer Coaching atau Instructional Coaches,

Lesson Study dan Teachers’ Sharing Sessions.

o. Memastikan guru mata pelajaran mengutamakan pendekatan

inkuiri dan penyelesaian masalah disamping menerapkan

kemahiran berfikir aras tinggi.

p. Memastikan bilik atau makmal sains digunakan secara optimum

untuk pelaksanaan aktiviti atau amali sains.

q. Memastikan bilik atau makmal sains berada dalam keadaan

bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.

2.9 PERaNaN GURU Mata PELaJaRaN SaINS

a. Menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum

dan Pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran

Murid yang terkini.

b. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan

Pelajaran Harian yang berasaskan Sukatan Pelajaran,

Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum,

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan

Perkembangan Pembelajaran Murid. Persediaan ini hendaklah

mempunyai peringkat perkembangan yang sesuai dan selaras

dengan kebolehan serta keperluan murid.

c. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

d. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan

sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 30: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

18

e. Menyediakan pelbagai sumber pendidikan dan teknologi

maklumat dan komunikasi yang boleh digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran seperti model, rajah, carta, cakera

padat, video, laman web, smart board dan sebagainya yang

difikirkan sesuai.

f. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang

sesuatu aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan

pembelajaran di samping saling berkongsi maklumat.

g. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel, dan kolokium

berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata

pelajaran atau badan profesional tertentu.

h. Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi

kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid

mengikut ketetapan yang diputuskan.

i. Melaksanakan program komuniti pembelajaran profesional bagi

menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran

serta merancang penambahbaikan.

j. Menerapkan pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah dan

kemahiran berfikir aras tinggi semasa pengajaran dan

pembelajaran.

k. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang

ditetapkan.

2.10 MESYUaRat PaNItIa SaINS

Panitia mata pelajaran perlu menjalankan mesyuarat secara formal

sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

mengikut ketetapan berikut:

a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua

kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara semerta juga boleh

diadakan mengikut keperluan.

Page 31: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

19

b. Mesyuarat panitia diadakan selepas Mesyuarat Jawatankuasa

Kurikulum Sekolah.

c. Semua perkara asas seperti perancangan aktiviti tahunan,

perkembangan staf, pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran, analisis peperiksaan awam dan sekolah dan

perancangan kewangan perlu dibincangkan serta diputuskan

dalam mesyuarat panitia.

d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara

berikut:

i. Ucapan pengerusi.

ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

iii. Perkara berbangkit.

iv. Perbincangan isu atau masalah profesional.

v. Hal-hal lain.

e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan

kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh

yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran awam (PKPa) Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

2.11 PENGURUSaN PEMBERIaN BaNtUaN GERaN PERKaPIta

Bantuan geran perkapita merupakan bantuan kewangan yang

diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah

Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan

mata pelajaran atau ketua panitia dalam mesyuarat jawatankuasa

pengurusan kewangan dan akaun sekolah mengenai jumlah

peruntukan geran perkapita yang diterima serta agihannya supaya

perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan dan

peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid

sepenuhnya.

Page 32: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

20

Geran perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan

iaitu :

a. Geran Perkapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan &

Bahasa Asing dan Elektif.

b. Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber

Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan

Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan

Asrama.

Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan geran perkapita

bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan dalam

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/ 2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta

pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Maksud perbelanjaan seperti

yang terdapat dalam surat pekeliling berkenaan adalah:

a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat

dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

c. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal

yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman

herba dan sebagainya yang boleh memberi pengukuhan kepada

program pengajaran dan pembelajaran.

e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi

pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama

ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

f. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah

dibincangkan dan dipersetujui oleh ketua bidang atau ketua

panitia dan diluluskan oleh pengetua atau guru besar.

Page 33: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

21

Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan

semasa.

g. Bagi perolehan teknologi maklumat komunikasi, sekolah

hendaklah mematuhi tatacara perolehan teknologi maklumat

dan komunikasi yang berkuat kuasa.

h. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan

perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat

Tanggungjawab.

Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012,

maksud perbelanjaan geran perkapita diperluas seperti berikut:

a. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan

geran perkapita mata pelajaran.

b. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan

Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain

Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

c. Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli mesyuarat

pentadbiran dan pengurusan sekolah atau asrama dibenarkan

menggunakan peruntukan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang

Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru atau warden

atau kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan

kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan

Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain

Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

Page 34: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

22

2.12 LatIHaN DaLaM PERKHIDMataN

Latihan dalam perkhidmatan perlu dirancang dan dilaksanakan untuk

mempertingkat pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang

perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui

kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses,

Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf.

b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan

supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau

persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan

kursus dalaman peringkat panitia.

d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk

memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh

idea-idea dan pendekatan baharu.

e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap

sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan.

2.13 PENGURUSaN faIL ataU DOKUMENtaSI

Panitia mata pelajaran hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk

menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen hendaklah diurus

dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan

teknologi maklumat dan komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan

data dan maklumat panitia.

Page 35: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

23

2.14 BILIK ataU MaKMaL SaINS DaN SUDUt Mata PELaJaRaN

Guru kanan mata pelajaran, ketua panitia dan guru mata pelajaran

yang dipertanggungjawabkan perlu:

a. Memastikan bilik atau makmal sains digunakan secara optimum

untuk menjalankan aktiviti amali.

b. Memastikan bilik atau makmal sains atau sudut mata pelajaran

Sains sentiasa bersih dan kemas untuk digunakan.

c. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik

atau makmal sains atau sudut mata pelajaran Sains untuk proses

pengajaran dan pembelajaran dan kegiatan persatuan sains.

d. Menyediakan panduan penggunaan bilik atau makmal sains serta

memastikan peraturan penggunaannya dipatuhi.

e. Merekodkan penggunaan bilik atau makmal sains serta mengemas

kini penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi

perhatian sewajarnya.

2.15 PERSatUaN SaINS

a. Penubuhan persatuan Sains adalah bertujuan untuk pengukuhan,

pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan

minat murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, program yang

berfaedah dan menarik minat murid perlu dirancang.

b. Persatuan Sains boleh memainkan peranan dengan merancang

aktiviti yang ada hubung kait dengan pencapaian objektif mata

pelajaran tersebut dan menjalankannya pada masa tertentu di

luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan kefahaman serta

penguasaan murid di samping menimbulkan minat dalam bidang

sains.

c. Persatuan Sains yang ditubuhkan perlu mempunyai peraturan

dan perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka kepada semua

murid yang berminat di sesebuah sekolah tanpa sebarang sekatan.

Page 36: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

24

d. Struktur organisasi persatuan sains terletak bawah Jawatankuasa

Kokurikulum Sekolah dan menjadi pelengkap aktiviti panitia

berkenaan.

e. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh

ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang

diwujudkan dalam persatuan ini adalah seperti berikut:

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha

iv. Bendahari

v. Beberapa orang ahli jawatankuasa

f. Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa

dari semasa ke semasa bergantung pada kehendak

perlembagaan dan keperluan.

g. Mesyuarat tersebut boleh menubuhkan jawatankuasa kecil

berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai matlamat

kegiatan yang dirancang.

Page 37: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

25

BaB 3

PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

3.1 PENDaHULUaN

Pengajaran ialah aktiviti yang direka bentuk dan dilaksanakan oleh

guru secara terancang dan teratur yang berasaskan ilmu pendidikan

dan teori pedagogi yang sesuai. Hal ini demikian bagi menitipkan ilmu

pengetahuan kepada murid berkaitan mata pelajaran yang diajar bagi

membolehkan pertambahan ilmu dan perubahan tingkah laku. Proses

pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran

Sains menggunakan pendekatan berpusatkan murid yang memberi

penekanan terhadap pembelajaran melalui pengalamian. Dalam hal

ini, pelbagai teknik dan kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan,

eksperimen, kajian kes, projek, tunjuk cara, main peranan dan simulasi

digunakan mengikut keadaan dan potensi murid. Sementara itu,

pembelajaran merupakan satu proses bagi mendapatkan pengetahuan

atau kepercayaan baharu oleh murid yang membawa perubahan

perlakuan hasil daripada pengalaman yang baharu. Guru berperanan

sebagai fasilitator. Guru juga melaksanakan aktiviti dan teknik

penyampaian yang menarik bagi menjalinkan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan nilai menggunakan sumber pendidikan yang berkesan.

3.2 StaNDaRD 4: SKPM 2010

Bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti pengajaran di

bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada aspek PdP mengikut

ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM).

Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard 4 iaitu:

Page 38: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

26

a. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang

ditetapkan.

c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan pembelajaran.

d. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran.

e. Kaedah penyampaian yang sesuai bagi meningkatkan

pencapaian objektif pelajaran.

f. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan mempercepat

pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

g. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi

mengukuhkan pembelajaran murid.

h. Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

i. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman

murid.

j. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan

pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.

k. Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang

kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

l. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi

mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4

berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam

Standard 4 masih dikekalkan.

Page 39: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

27

3.3 StRatEGI PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Strategi ialah satu perancangan pengurusan operasi yang digunakan

untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran, istilah ini merujuk satu set aktiviti pengajaran yang

bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif. Strategi pengajaran yang

berkesan akan dapat mengintegrasikan pendekatan, kaedah, dan

teknik secara harmoni. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran

berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran

serta ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang

murid ke tahap yang optimum.

Keberkesanan pengajaran guru sebahagian besarnya bergantung

kepada pendekatan dan kaedah yang digunakan. Dalam pengajaran

mata pelajaran Sains terdapat pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan

yang digunakan untuk menarik minat serta memupuk pemikiran kritis

dan kreatif. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan adalah

seperti berikut:

a. Inkuiri-Penemuan

Inkuiri-penemuan merupakan satu kaedah pembelajaran

yang melibatkan pertanyaan mengenai sesuatu perkara dan

mencari jawapan kepada persoalan yang diutarakan. Kaedah ini

melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat

hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri-penemuan

memerlukan kemahiran mengeksperimen, membuat refleksi,

dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah yang

digunakan.

Page 40: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

28

b. Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai

hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam unit pembelajaran

sebelum berpindah ke tajuk seterusnya. Murid belajar mengikut

kemampuan aras kognitif masing-masing. Aktiviti pengayaan

dan pemulihan menjadi sebahagian daripada proses

Pembelajaran Masteri.

c. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Konstektual menggabungkan isi kandungan

dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam

pekerjaan. Murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat

menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan

mereka. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit

yang melibatkan aktiviti hands–on dan minds–on.

d. Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Akses Kendiri membolehkan murid memperoleh

pengetahuan dan kemahiran secara berdikari melalui bahan

pembelajaran yang disediakan. Bahan pembelajaran direka

dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan,

tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

e. Kajian Masa Depan

Merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk

menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai

cabaran hidup dan membuat keputusan. Kaedah ini mampu

merangsang murid untuk berfikir secara kritis, kreatif dan

inovatif.

Page 41: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

29

f. Konstruktivisme

Murid belajar dan membina sendiri pemahaman yang bermakna

kepada diri mereka. Unsur penting dalam konstruktivisme

adalah pembelajaran daripada hasil usaha murid sendiri apabila

mampu menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi

menstrukturkan semula idea. Murid berpeluang bekerjasama,

berkongsi idea dan pengalaman dan membuat refleksi.

g. Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah

pembelajaran berpusatkan murid. Murid diberikan satu

masalah untuk diselesaikan secara berkumpulan dengan

mempelbagaikan pencarian maklumat. Kaedah pembelajaran

berasaskan masalah ini mempertingkatkan kemahiran insaniah

murid kerana melibatkan antaranya elemen kemahiran

berkomunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan

kerja berkumpulan. Guru merupakan fasilitator dan memainkan

peranan sebagai pembimbing dan pemantau untuk memastikan

proses pembelajaran berlaku.

3.4 aKtIVItI PEMBELaJaRaN

Pelbagai aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dirancang

dan dilaksanakan selaras dengan strategi pembelajaran sains yang

menegaskan penglibatan murid secara aktif. Dalam melaksanakan

aktiviti tersebut, guru memainkan peranan sebagai pemudah cara,

pembimbing dan penunjuk teladan manakala murid pula mengambil

bahagian secara aktif. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh

dijalankan:

Page 42: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

30

a. Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan

dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui

penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu

secara saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan

kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran

manipulatif.

b. Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan

sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru

bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan

dengan bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk

mempamerkan kebolehan diri.

c. Simulasi

Aktiviti yang dijalankan menyerupai situasi yang sebenar.

Contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan,

dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid

melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan

beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula

menpunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk

mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses

bagi membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk

mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat

membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami

konsep dan prinsip yang dipelajari.

d. Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.

Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti

zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan paya bakau dan

kilang. Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan

Page 43: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

31

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

Setiap lawatan yang dibuat perlu perancangan yang rapi bagi

memastikan murid mengetahui peranan dan aktiviti yang hendak

dibuat semasa dan selepas lawatan.

e. Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh murid secara individu atau

berkumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek

mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu

pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek

dalam bentuk laporan, artifak, atau lain-lain perlu dibentangkan

kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan

perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran

pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

3.5 PENERaPaN ELEMEN MERENtaS KURIKULUM

3.5.1 Elemen yang diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Tiga elemen yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah:

a. Elemen kreativiti dan inovasi diintegrasikan

dalam pengajaran dan pembelajaran Kurikulum

Standard Sekolah Rendah bagi membangun dan

mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut

keupayaan murid secara individu. Kreativiti merujuk

kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau

tindakan yang baharu. Inovasi pula ialah proses

menjana idea dan mengaplikasikan idea secara kreatif

dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi

Page 44: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

32

digandingkan dalam pengajaran dan pembelajaran

untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.

b. Elemen keusahawanan merupakan satu pendekatan

membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan

pembentukan sikap keusahawanan serta amalan nilai

moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan

elemen ini bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam

kalangan murid.

c. Elemen teknologi maklumat dan komunikasi diajar

kepada murid agar dapat menggunakan komputer untuk

tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima

e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam

menyempurnakan tugasan harian dan mengakses

maklumat melalui internet.

3.5.2 Kemahiransaintifik

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif. Kemahiran saintifik penting untuk

menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik

seperti eksperimen, penyelidikan dan projek. Kemahiran ini

mengutamakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah.

a. Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang

membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan

mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran ini

bermula daripada kemahiran yang mudah kepada

yang kompleks. Penerangan bagi setiap elemen dalam

kemahiran proses sains adalah seperti berikut :

Page 45: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

33

i. Memerhatikan

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan,

rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang

objek dan fenomena.

ii. Mengelaskan

Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan

mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri

yang sama.

iii. Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan

menggunakan nombor, alat berunit piawai atau alat

yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

iv. Membuat inferens

Membuat kesimpulan awal yang munasabah sama ada

benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu

peristiwa atau pemerhatian.

v. Meramalkan

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan

pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan

data.

vi. Berkomunikasi

Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan

maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual,

graf, rajah atau model.

Page 46: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

34

vii. Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi,

arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim dengan masa.

viii. Mentafsirkan data

Memberi penerangan yang rasional tentang objek,

peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

ix. Mendefinisikan secara operasi

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan

menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

x. Mengawal pemboleh ubah

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan,

pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang

dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan, satu pemboleh

ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya

dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa

yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

xi. Membuat hipotesis

Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan

antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi

menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan

ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.

xii. Mengeksperimen

Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji

sesuatu hipotesis, mengumpulkan dan mentafsirkan data

untuk mendapatkan kesimpulan.

Page 47: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

35

b. Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor

dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid

melakukan perkara yang berikut:

i. Mengguna dan mengendalikan peralatan dan

bahan sains dengan betul.

ii. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan

betul dan selamat.

iii. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang

betul.

iv. Mengendalikan spesimen dengan betul dan

cermat.

v. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains

dengan tepat.

3.5.3 KemahiranBerfikir

a. Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritis

adalah seperti berikut:

i. Mencirikan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan

unsur sesuatu konsep atau objek.

ii. Membanding dan membeza

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu

objek atau peristiwa.

Page 48: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

36

iii. Mengumpul dan mengelas

Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena

kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria

tertentu seperti ciri atau sifat sepunya.

iv. Membuat urutan

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib

berdasarkan kualiti atau kuantiti, ciri atau sifatnya seperti

saiz, masa, bentuk atau bilangan.

v. Menyusun mengikut keutamaan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

vi. Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menguraikannya kepada

bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu

konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

vii. Mengesan kecondongan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak

kepada atau menentang sesuatu.

viii. Menilai

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi

kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil

yang sah.

ix. Membuat kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang

berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau

mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Page 49: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

37

b. Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti

berikut:

i. Mengkonsepsikan

Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian,

konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya

yang saling berhubung.

ii. Membuat keputusan

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik

daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria

tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

iii. Menyelesaikan masalah

Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang

terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun

kesulitan yang tidak dijangkakan.

iv. Menaakul

Kemahiran menaakul adalah kemahiran yang digunakan

dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional,

adil dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis,

kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika

seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara

induktif dan deduktif.

Page 50: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

38

3.5.4 KemahiranBerfikirArasTinggi

Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kemahiran

ini bertujuan untuk membuat penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan

berupaya mencipta sesuatu.

Penerangan kemahiran KBAT

Kemahiran Keterangan

MengaplikasiMenggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait dengan bahagian berkenaan.

MenilaiMembuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta membuat justifikasi.

MenciptaMenghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.

Kemahiran berfikir aras tinggi boleh diaplikasikan di dalam bilik

darjah antaranya, melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran

inkuiri, penyelesaian masalah, teknik menyoal serta aras soalan

berdasarkan taksonomi Blooms dan Versi Lorin Anderson. Guru

dan murid boleh menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran

(i-Think), Six Thinking Hats, Ryan’s Thinkers Keys, Q-Matrix, peta

minda dan Habits of Minds untuk menggalak serta memupuk

pemikiran aras tinggi.

Page 51: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

39

3.5.5 PenerapanSikapSaintifikdanNilaiMurni

Mata pelajaran Sains menegaskan penerapan nilai-nilai murni

berdasarkan manusia harus memainkan peranan sebagai insan

yang bertanggungjawab dan bijaksana dalam menguruskan

alam. Sikap saintifik dan nilai murni yang boleh diterap menerusi

pengajaran dan pembelajaran sains adalah seperti berikut:

a. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

b. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

c. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi

sesuatu perkara.

d. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

terhadap alam sekitar.

e. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

untuk memahami alam.

f. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

sihat.

g. Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

h. Berhemah tinggi dan hormat menghormati.

i. Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

j. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

k. Berfikiran kritikal dan analitis.

l. Luwes dan berfikiran terbuka.

m. Baik hati dan penyayang.

n. Bersifat objektif.

o. Sistematik.

p. Bekerjasama.

q. Adil dan saksama.

r. Berani mencuba.

s. Berfikir secara rasional.

t. Yakin dan berdikari.

Page 52: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

40

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

mengikut peringkat berikut:

a. Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan

sikap saintifik dan nilai murni.

b. Memberi perhatian serta respons.

c. Menghayati dan mengamalkan.

d. Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam

kehidupan.

3.6 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PENGaJaRaN taHUNaN

Rancangan Pelajaran Tahunan merupakan panduan perancangan

pengajaran untuk satu mata pelajaran dalam tempoh setahun

berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran. Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan oleh panitia

dan diedarkan kepada semua guru yang terlibat.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan Rancangan

Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi kandungan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran

kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi perkara-perkara seperti

ruang minggu, tajuk atau tema, kemahiran dan catatan. Beberapa

aspek yang diberi pertimbangan dalam menyediakan Rancangan

Pelajaran Tahunan ialah:

a. Mengenal pasti murid yang menjadi kumpulan sasaran dan

keupayaan yang berbeza.

b. Mengubah suai Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan

takwim persekolahan dan atau atau kumpulan murid tahun

semasa.

Page 53: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

41

c. Membuat pemetaan isi pelajaran dengan memilih, menentukan dan

menyusun kemahiran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah atau Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau Dokumen

Standard Kurikulum.

d. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan pada awal tahun

persekolahan dalam bentuk yang telah ditentukan oleh pihak

sekolah.

e. Menyatakan unsur-unsur ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai

murni dalam Rancangan Pelajaran Tahunan.

3.7 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PENGaJaRaN HaRIaN

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, Rancangan Pelajaran Harian

merupakan terjemahan daripada Rancangan Pelajaran Tahunan yang

mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara

bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif

itu tercapai. Rancangan Pelajaran Harian disediakan dengan:

a. Merujuk dan diselaraskan dengan Rancangan Pelajaran

Tahunan.

b. Berdasarkan tahap kebolehan murid dalam kelas yang

berkenaan.

c. Mempunyai kesinambungan dengan pengajaran dan

pembelajaran yang terdahulu.

d. Mengambil kira refleksi yang dibuat.

e. Sebaik-baiknya sehari sebelum sesuatu pelajaran itu

disampaikan.

Page 54: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

42

3.7.1 Penulisan Objektif

Rasional dalam penulisan objektif ialah:

a. Menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran

guru.

b. Membantu guru membuat penilaian, pentaksiran dan

pengukuran sama ada murid menguasai konsep dan

kemahiran.

c. Membantu pihak pentadbir untuk menyelia, mencerap

dan menilai keberkesanan pengajaran guru.

Penulisan objektif perlulah jelas dan spesifik untuk membantu

guru memilih kaedah, prosedur, bahan, sumber, aktiviti serta

arahan yang betul dan sesuai untuk menghasilkan tingkah laku

atau hasil yang diingini. Objektif yang baik perlu mempunyai ciri-

ciri berikut:

a. Dalam bentuk perlakuan yang boleh diukur.

b. Menetapkan syarat pembelajaran dan tahap pencapaian

dengan menentukan bilangan tingkah laku yang hendak

dicapai.

c. Sesuai dengan isi pelajaran yang diberi fokus dalam

pengajaran dan pembelajaran.

d. Mempunyai pelbagai aras supaya sesuai dengan tahap

kebolehan murid yang pelbagai.

3.7.2 aktiviti

Aktiviti perlu dirancang dengan baik untuk:

a. Memudahkan guru menyediakan bahan atau sumber

yang diperlukan, pengurusan masa dan pengurusan

kelas.

Page 55: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

43

b. Memudahkan guru memilih dan merancang strategi,

kaedah dan teknik yang digunakan untuk mencapai

objektif.

c. Membantu guru ganti mengajar berdasarkan aktiviti yang

telah dirancang.

Penulisan aktiviti yang baik ialah:

a. Ringkas dengan menyatakan apa yang akan dilakukan

oleh murid.

b. Berfokus kepada apa yang murid harus laksanakan.

c. Mengikut urutan langkah pengajaran.

3.7.3 RefleksiAtauImpak

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999:

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran maksud

“Kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” ialah refleksi atau

impak. Refleksi atau impak perlu dicatat setelah guru selesai

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Penulisan refleksi

atau impak yang berkesan mesti mengandungi bilangan atau

peratus murid yang mencapai objektif dan tindakan yang akan

diambil terhadap murid yang belum mencapai objektif. Matlamat

penulisan refleksi ialah untuk:

a. Membantu guru mengukur pencapaian murid pada akhir

proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Membantu guru menilai keberkesanan pengajaran yang

dilaksanakan.

c. Digunakan bagi merancang dan menetapkan pengajaran

seterusnya.

Page 56: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

44

3.8 tEKNIK PENYOaLaN

Teknik penyoalan yang baik mampu menilai kefahaman murid

terhadap sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Ciri-ciri teknik

penyoalan yang baik ialah guru dapat :

a. Mengemukakan soalan yang merangkumi pelbagai aras kognitif

dengan susunan aras soalan yang mudah ke sukar.

b. Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah.

c. Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan

disebarkan ke seluruh kelas.

d. Memberi masa yang cukup untuk murid berfikir.

e. Membuka peluang kepada murid lain untuk menjawab.

3.9 HaSIL KERJa MURID

Hasil kerja murid adalah berdasarkan latihan dan tugasan yang

diberikan oleh guru sama ada bertulis atau laporan amali yang

disediakan dengan lengkap, kemas dan bersih. Latihan atau tugasan

murid adalah berdasarkan keupayaan murid, pelbagai dan bersesuaian

dengan tajuk yang diajar. Guru perlu menyemak hasil kerja murid

secara konstruktif, antaranya menunjukkan kesilapan murid, memberi

ulasan dan penghargaan serta memberi arahan pembetulan jika

ada. Kekerapan penyemakan hasil kerja murid perlu dilakukan dalam

tempoh waktu yang sesuai dan konsisten.

Page 57: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

45

BaB 4

PENtaKSIRaN

4.1 PENDaHULUaN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul

maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada

maklumat, menginterpretasikan maklumat, membuat inferens, dan

membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap

murid untuk memperbaik pembelajarannya. Proses pengajaran,

pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan

bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran

untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar.

Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia

yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Proses

pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan

pelbagai cara sama ada secara tidak formal atau formal dengan

menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali,

kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan

dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang

kebolehan seseorang murid dalam pembelajarannya.

4.2 PEPERIKSaaN aWaM

Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah

(sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia

(Ulangan) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan Awam atau

Peperiksaan Pusat ialah peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga

Peperiksaan sepenuhnya, bermula daripada pendaftaran calon

peperiksaan, penyediaan item dan pembinaan instrumen pentaksiran,

Page 58: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

46

pengendalian peperiksaan di pusat-pusat peperiksaan yang ditetapkan

oleh Lembaga Peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan calon dan

penskoran, pengeluaran keputusan dan pensijilan.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987

dan merupakan peperiksaan awam atau pusat peringkat kebangsaan

yang diduduki oleh murid Tahun 6 sekolah rendah. Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap

penguasaan calon dalam kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis dan

mengira. Di samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan

potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang seperti

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau

gagal tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir

persekolahan rendah.

Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk

pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan

yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat

pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan

Cambridge International Examinations , United Kingdom telah memberi

peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil

Pelajaran Malaysia untuk mendapat sijil Cambridge International

Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga

Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development

International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada calon

yang menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia mendapat

sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

Page 59: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

47

4.3 PENtaKSIRaN BERaSaSKaN SEKOLaH

Di samping peperiksaan awam, Lembaga Peperiksaan juga telah

memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah

rendah mulai tahun 2011 dan menengah rendah mulai tahun 2012.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-

2025 berkaitan pembelajaran murid, pengajaran dan pembelajaran

perlu menyepadukan kurikulum dan pentaksiran berdasarkan tanda

aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang berkemahiran

serta mampu bersaing di peringkat global. Sistem penilaian yang

berorientasikan peperiksaan (examination orientation) perlu mengalami

penambahbaikan bagi memastikan hala tuju pendidikan yang

berteraskan assessment of learning, assessment for learning dan

assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian murid secara

holistik dapat direalisasikan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang

mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu

menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor

(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara

menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik dan pelbagai situasi.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi

individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan

tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran

Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir

kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah,

motivasi diri dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan aspek

kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan

Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan

yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan

masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan,

Page 60: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

48

dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang

sering berubah-ubah.

Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,

penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah,

daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan.

Pementoran merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan

kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan

dijalankan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula

dilaksanakan untuk memastikan keseragaman tugasan dan penskoran

bagi menjamin kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan

prestasi murid. Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat

keberkesanan dan ketepatan instrumen yang digunakan dalam

pentaksiran.

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang

akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada

Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan

akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum. dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini

memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

4.3.1 Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang,

dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah.

Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar dan

dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan

seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau

Page 61: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

49

pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran Sekolah

berperanan untuk mengukuhkan pembelajaran murid,

meningkatkan pengajaran guru dan memberikan maklumat yang

sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau dicapai

dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran

Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru

dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni

dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang

berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala

tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah

juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk

menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran

sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai pentaksiran

untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran

tentang pembelajaran (assessment of learning).

Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah

sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk

melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta

pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan

Standard merupakan proses bagi mendapatkan maklumat

tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh

buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan

pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap

pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard dibangunkan

di sekolah untuk melihat perkembangan pembelajaran

murid dalam pengetahuan, pemahaman dan

kemahiran yang diukur dan berperanan mengukuhkan

pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta

memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah

Page 62: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

50

dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan

pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi

melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan

menerangkan kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam

pembelajaran merujuk pernyataan standard. Murid dinilai

secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan

potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak

sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap

dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi

segala aspek tentang diri seseorang murid bagi membolehkan

pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,

menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai

insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:

a. Pentaksiran formatif

Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses

pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian prosesnya

dan juga untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid

sepanjang tahun untuk mendapatkan maklum balas tentang

kemajuan pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik atau

aspek.

b. Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir

pencapaian murid tentang pembelajaran (Assessment of

learning).

Page 63: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

51

c. Instrumen Pentaksiran Sekolah

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan

konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran

digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan

ialah :

i. Pemerhatian

Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan

dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara

secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa

yang dihasratkan.

ii. Pensel dan kertas atau ujian bertulis

Instrumen yang menggunakan item objektif atau

subjektif.

iii. Persembahan

Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan

tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek

pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai

situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen

praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan

bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

iv. Projek

Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan

dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu

tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti

pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan.

Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau

secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini

membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan

Page 64: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

52

serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan

tugasan.

v. Produk

Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau

membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan

tugasan yang diberikan.

vi. Amali

Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau

melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

vii. Tugasan bertulis atau karya penulisan

Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan

laporan atau dokumen atau karya kreativiti dalam

bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang

ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.

viii. Lembaran kerja

ix. Soal jawab

x. Kuiz

xi. Senarai semak

xii. Latihan atau Tugasan Rumah

4.3.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik

dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi

melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu

program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan

instrumen pentaksiran dan panduan penskoran manakala

pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah

Page 65: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

53

dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran

Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan

pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara

sumatif.

Pentaksiran tingkatan 3 (Pt3)

Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang

dikendalikan kepada murid pada akhir peringkat menengah

rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen

pentaksiran Pentaksiran Tingkatan 3 dibangunkan dalam

skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga

berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran

tersebut. Elemen yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) turut diserapkan dalam tugasan Pentaksiran

Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan

instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata

pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran

Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,

Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Punjabi

menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula ditaksir

menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis

(assignment), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian

kes (case study).

4.3.3 Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PaJSK).

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah

sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan

Page 66: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

54

serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian

murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan

ekstra kurikulum. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti

bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah

mengikut keupayaan murid.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan dan BMI, Kokurikulum dan Ekstra kurikulum.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merupakan aktiviti

fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur

kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini

ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang

telah diperakui di peringkat kebangsaan. Standard Kecergasan

Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik

turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan

"Jangkauan Melunjur". Body Mass Index tertumpu kepada mengukur

berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan

piawaian ukuran Body Mass Index.

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur

aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi

aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, zon

atau daerah atau bahagian, negeri, kebangsaan dan

antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid

dalam Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Badan

Beruniform dan Koakademik di peringkat sekolah, zon atau

daerah atau bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Page 67: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

55

Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum merupakan satu usaha

untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan

memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama

ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat

kebenaran ibu bapa atau penjaga dan pengesahan pihak

sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh

membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang

baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan

masyarakat setempat dan umum.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir,

direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan

pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan, Body Mass Index, aktiviti sukan, aktiviti

kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum.

4.3.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang kebolehan

(innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir,

kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,

sikap dan personaliti murid dapat membantu guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam

Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud Khusus dan Ujian

Personaliti.

Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus

tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan

murid. Maklumat yang diperoleh membantu murid mengenal

potensi diri serta membantu guru mengenal pasti strategi,

kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang berkesan.

Page 68: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

56

Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk

mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid

melalui maklumat inventori tret personaliti dan inventori minat

kerjaya.

4.4 PENtaKSIRaN BaGI Mata PELaJaRaN SaINS

4.4.1 Pentaksiran sekolah semasa atau selepas pengajaran dan

pembelajaran

a. Pengajaran dan pembelajaran berkesan memberikan

impak tinggi terhadap tahap penguasaan murid.

Pengukuran terhadap penguasaan murid semasa

pengajaran dan pembelajaran guru mempunyai hubung

kait dengan kaedah dan strategi pengajaran guru

di samping pelaksanaan pentaksiran. Aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang diikuti oleh pentaksiran yang

dirancang membolehkan guru mendapat maklumat tentang

tahap penguasaan murid berkaitan pembelajaran dari

semasa ke semasa.

b. Pentaksiran sekolah dirancang dalam setiap proses

pengajaran dan pembelajaran dengan melibatkan perkara-

perkara berikut:

i. Penyediaan Dokumen:

a. Penyediaan dokumen berkaitan kurikulum atau

sukatan pelajaran.

b. Penyediaan dokumen berkaitan pentaksiran:

− Panduan Perkembangan Pembelajaran

Murid

− Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran

Page 69: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

57

ii. Perancangan Pentaksiran:

a. Perancangan pelaksanaan pentaksiran

diserapkan secara bersepadu dalam

penulisan objektif pembelajaran Rancangan

Pelajaran Harian.

b. Instrumen pentaksiran yang dirancang perlu

menepati hasrat kurikulum dan mencakupi

bidang yang perlu murid kuasai.

c. Instrumen yang diguna mampu mengukur

keupayaan sebenar murid.

d. Aktiviti pembelajaran mengandungi unsur

pentaksiran yang boleh mengukur

penguasaan dan pencapaian murid.

iii. Pentaksiran semasa pengajaran dan pembelajaran

a. Set induksi yang berkesan dan menarik

boleh merangsang pembelajaran murid dan

mencungkil pengetahuan sedia ada murid.

b. Kaedah pentaksiran yang digunakan oleh

guru seperti kaedah pemerhatian, lisan dan

penulisan mampu memperoleh maklumat

yang tepat berkaitan penguasaan murid

dalam pembelajaran.

c. Mempelbagaikan strategi bagi

melaksanakan bimbingan kepada murid

yang belum menguasai sepenuhnya tahap

penguasaan yang tertinggi.

d. Melaksanakan pentaksiran secara

berterusan bagi memastikan murid

mencapai tahap penguasaan yang

dihasratkan.

Page 70: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

58

e. Mencatatkan refleksi di akhir pengajaran

sebagai rujukan keberhasilan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran dan tanda

aras penguasaan murid. Di samping itu,

refleksi juga digunakan untuk menyediakan

perancangan pemulihan kepada murid yang

belum menguasai.

iv. Perekodan dan Pelaporan

a. Perkembangan penguasaan pembelajaran

murid perlu direkodkan oleh guru semasa

pengajaran dan pembelajaran sebagai satu

proses pembelajaran murid. Tahap

penguasaan murid dicatatkan dari semasa

ke semasa sepanjang tempoh pembelajaran

berlangsung.

b. Perekodan tahap penguasaan murid dengan

pernyataan Tahap Penguasaan atau Band

disediakan bagi maksud pelaksanaan

pentaksiran formatif, manakala perekodan

pencapaian murid yang dinyatakan dalam

peratus, gred dan markah bagi maksud

pelaksanaan pentaksiran sumatif.

c. Guru boleh merekodkan secara terus ke

dalam aplikasi excell offline yang disediakan

oleh LP atau BPK, namun guru digalakkan

menyediakan senarai semak atau data

transit bagi tujuan semakan dan rujukan.

Page 71: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

59

4.4.2 Kerangka pentaksiran bagi mata pelajaran Sains

Pentaksiran dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi

dan mata pelajaran Sains adalah untuk menaksir pengetahuan,

kefahaman dan kebolehan murid dalam aspek kognitif,

psikomotor dan afektif merujuk kepada Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran serta Panduan Perkembangan

Pembelajaran Murid .

Pentaksiran perlu dirancang dan dilaksanakan secara

berterusan dari segi pembinaan alat pentaksiran dan

pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel mengambil kira

keperluan murid dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan

murid.

Penilaian terhadap murid boleh dilakukan secara individu atau

berkumpulan menggunakan kaedah seperti berikut:

i. Kaedah pemerhatian

Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid

menjalankan aktiviti dikenali sebagai pemerhatian proses.

Melalui kaedah ini guru dapat menilai tahap penguasaan,

kemahiran manipulatif dan pemeringkatan potensi murid.

Selain itu, amalan murid, kemahiran sosial, serta kemahiran

saintifik dapat dinilai.

ii. Kaedah lisan dan interaksi

Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai

penguasaan murid terhadap aspek kemahiran proses sains

dan kemahiran berfikir melalui aktiviti yang dijalankan seperti

amali sains, soal jawab, kuiz, perbincangan, pembentangan,

sumbang saran, puisi, temu bual, lakonan dan nyanyian.

Page 72: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

60

iii. Kaedah penulisan

Penilaian bertulis boleh ditadbir secara formal dan tidak

formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan

subjektif.

iv. Pentaksiran Kerja Amali Sains

Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) meliputi perancangan

mentaksir, menskor dan mengisikan skor calon

menggunakan aplikasi Kerja Kursus yang disediakan

oleh Lembaga Peperiksaan. Lembaga Peperiksaan telah

menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan PEKA bagi mata

pelajaran sains untuk menengah rendah, sains untuk menengah

atas, Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan. Pentaksiran

dilaksanakan untuk menilai penguasaan kemahiran proses

sains dan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid serta

mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Page 73: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

61

BaB 5

PENYELIaaN

5.1 PENDaHULUaN

Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang

diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan.

Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The

Reluctant Profession, menghuraikan ”....penyeliaan satu usaha untuk

mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam

pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi

dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,”

Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-

Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua atau Guru Besar

Sekolah terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan

kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan

kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik

daripada pihak pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan

kurikulum meliputi aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan

pembelajaran serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan

tanggungjawab pentadbir sekolah.

Page 74: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

62

5.2. tUJUaN PENYELIaaN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987: Penyeliaan Pengajaran-

pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua atau Guru Besar

Sekolah menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran

dan pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini

digambarkan seperti rajah di bawah.

a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua atau guru

besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah

melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan

falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan

sumber maklumat kepada pengetua atau guru besar

untuk memperbaik proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan

oleh pengetua atau guru besar sebagai asas untuk menilai

seseorang guru bagi tujuan tertentu.

c. Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan

profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua atau

guru besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru

dengan murid.

Page 75: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

63

d. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih

berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

5.3 BIDaNG PENYELIaaN

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada

dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang PdP.

5.3.1 Bidang Organisasi

Ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian adalah:

a. Iklim kelas

i. Organisasi kelas

ii. Kawalan murid

iii. Komunikasi

iv. Motivasi

v. Sikap murid

vi. Kebersihan dan keceriaan

vii. Penyeliaan gerak kerja

viii. Penilaian prestasi

ix. Profil murid

x. Pengurusan panitia mata pelajaran

b. Bidang pengajaran dan pembelajaran

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

ii. Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

• Objektif PdP

• Aktiviti PdP

• Refleksi PdP

iii. Persediaan sumber pendidikan

Page 76: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

64

iv. Penyampaian isi pelajaran

v. Teknik penyoalan

vi. Interaksi guru dan murid

vii. Penggunaan masa

Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan

aspek pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek

perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan

penambahbaikan.

5.4 PRINSIP PENYELIaaN

Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan

oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru.

b. Rekod Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah

dicatat dengan ringkas dan tepat.

c. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang

dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan atau

tahun dan guru.

d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong

kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun,

tanggungjawab sepenuhnya terletak pada tangan pengetua atau

guru besar. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah

dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan

profesionalisme dengan guru. Pengetua atau guru besar

membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk

meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

e. Pengetua atau guru besar boleh merujuk Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM) berkaitan pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dalam kalangan guru.

Page 77: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

65

5.5 PERINGKat PENYELIaaN PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Peringkat Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga

peringkat seperti rajah di bawah.

Peringkat Penyeliaan

Prapenyeliaan

Penyeliaan

Pascapenyeliaan

5.5.1 Prapenyeliaan

Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua atau guru

besar dengan guru ialah untuk:

a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara

guru dengan pengetua atau guru besar.

b. Membincangkan secara mendalam mengenai objektif

yang hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang akan dilaksanakan.

c. Memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang

perlu diberi perhatian khusus.

d. Penetapan hari dan waktu untuk menjalankan

penyeliaan.

5.5.2 Penyeliaan

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh

dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui

atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan sekiranya

Page 78: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

66

pihak pengetua atau guru besar tidak dapat melaksanakan

penyeliaan. Guru penolong kanan boleh mengambil alih

tugas penyeliaan tersebut dengan arahan pengetua atau

guru besar.

b. Pengetua atau guru besar hendaklah memberi fokus kepada

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran serta

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah

dibincangkan ketika prapenyeliaan.

c. Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan

mengenai setiap aspek yang diselia hendaklah dicatatkan

oleh pengetua/guru besar sebagai persediaan

pascapenyeliaan.

5.5.3 Pascapenyeliaan

Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas

proses penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan dua

hala meliputi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan

pembelajaran. Status pengajaran dan pembelajaran perlu

dimaklumkan kepada guru yang diselia oleh pengetua atau guru

besar. Maklum balas adalah bertujuan untuk tindakan

penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran guru berkenaan.

5.6 tINDaKaN PENaMBaHBaIKaN

Pengetua atau guru besar perlu memastikan guru yang diselia

melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua aspek bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selepas

penyeliaan.

Page 79: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

67

Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia sewajarnya

dijadikan budaya sekolah bagi memastikan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dapat dikekalkan.

Pengajaran mikro sesama rakan sejawat dan Komuniti Pembelajaran

Profesional boleh dijadikan salah satu medium tindakan

penambahbaikan selepas penyeliaan.

Page 80: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

68

RUJUKaN

1. Biggs, J.B and Telfer, R., The Process of Learning, Prentice Hall, Sydney, 1987

2. Brady, L., Model and Methods of Technology, Prentice Hall, Sydney, 1985

3. Butler, K.A., Learning and Teaching Style, The Learner Dimension, Merrill Publishing, Columbus, 1998

4. Doyle, W., Classroom Organization and Management, Mac Millan, New York, 1986

5. Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S, Classroom Management for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New Jersey, 1994

6. English, T. and English, J., Creative Management in School, Ashgate Publishing United, Hants, England, 1997

7. Gardner, H., Intelligence Reframed : Multiple Intelligences for the 21st Century, Basic Books, New York, 2000

8. Marrison, K. And Ridley, K. Curriculum Planning and the Primary School, Paul Chapman, London 1988

9. Marsh, C., Handbook For Beginning Teacher, Longman, Melbourne, Australia, 1996.

10. Mohd Dom, Alimuddin, Kepimpinan Instructional : Peranan Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia, 2006

11. Mok Soon Sang, Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia, 2006

12. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK, Putrajaya, Malaysia, 2012

13. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

14. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

15. JPN Kedah, Panduan Pengurusan Panitia Sekolah, One ED Enterprise, Alor Setar, Malaysia, 2014

16. LP, KPM, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2014

Page 81: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

69

17. LP, KPM, Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2013

18. PPK, KPM, Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Malaysia, 2001

19. Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasni, Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, UTM Press, 2012

SURat PEKELILING IKHtISaS

Bil. Rujukan tajuk

1. SPI BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

2. SPI BIL. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

3. SPI BIL. 6/1991 Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas

4. SPI BIL. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

5. SPI BIL. 12/1999 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

6. SPI BIL. 2/2000 Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

7. SPI BIL. 5/2003 Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8. SPI BIL. 12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah

Page 82: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

70

SURat SIaRaN DaN SURat MaKLUMaN

Bil. Rujukan tajuk

1. KPPM/5; 22 JUN 1998 Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua dan Guru Besar Di Sekolah 2. Surat Pekeliling Kewangan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Bil. 8/2012: Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013

LaIN-LaIN RUJUKaN

Bil. Rujukan tajuk

1. Arahan Perkhidmatan Bab 3 Surat Menyurat

2. Arahan Perkhidmatan Bab 4 Fail-Memfail

Page 83: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

71

Page 84: PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3590/JNJK BUKU PAND… · menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

Kementer ian Pendidikan MalaysiaJemaah Nazi r Dan Jaminan Kual i t iAras 3-6 , B lok E15 , Kompleks Kerajaan Parce l E ,Pusat Pentadbi ran Kerajaan Persekutuan62604 Putra jaya .Te l : 03 8884 4161 / 8884 4201 / 8884 4111Faksimi l i : 03 8884 6867 / 8888 6869