matematik

8
PENGENALAN Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan

Upload: azad-iqram-nadmilail

Post on 27-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MATEMATIK

TRANSCRIPT

Page 1: MATEMATIK

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak

mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya,

pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu

anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah

membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik

pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan

dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan

bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah

Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan

ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah

ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya

menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini

dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan

memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih

berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti

sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang

berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk

tamadun yang lebih maju.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan

bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek

politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini

tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020.

Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara

membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai

wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan masyarakat

yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi

Page 2: MATEMATIK

pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan

teknologi pada masa depan (Mahathir : 1998)

ISU CABARAN GURU

Pada masa kini cabaran yang paling utama dihadapi oleh guru untuk

menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kekangan masa

untuk merancang dan melaksana di dalam bilik darjah. Guru memerlukan ruang masa

yang mencukupi bagi merancang pengajaran dan pembelajaran berunsur teknologi.

Perancangan yang rapi adalah bagi meastikan objektif pembelajaran tercapai dan

murid dapat mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh. Hal ini kerana

bebanan kerja pengkeranian yang melampau telah menghadkan masa yang

diperuntukkan oleh guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran. Masa yang

ada diluangkan untuk kerja-kerja pengkeranian seperti mengutip yuran, menghias

kelas, pemdokumentasian dan sebagainya. Tugas-tugas tersebut sebanrnya bukanlah

tugas hakiki guru yang perlu dilakukan kerana tugas hakiki guru adalah mengajar.

Sekiranya masa yang diperuntukkan hanyalah kepada pengajaran dan pembelajaran,

sudah tentu guru dapat merancang dan merekabentuk kaedah pengajaran yang

berkesan dengan menerapkan elemen teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kekangan masa mempelajari teknologi juga merupakan cabaran

kepada guru terutamanya yang sudah lama dan biasa menggunakan kaedah

konvensional. Keselesaan menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran dan

pembelajaran menjadikan teknologi bukanlah satu keperluan yang perlu dipenuhi.

Tanggapan bahawa teknologi hanyalah sekadar alat bantu mengajar hanyalah

tanggapan yang kurang adil disebabkan terlalu banyak kajian yang menunjukkan

bahawa penggunaan teknologi ICT dapat membantu meningkatkan kefahaman dan

prestasi murid. Guru perlu sedar bahawa mereka merupakan agen perubahan di dalam

bilik darjah. Perubahan-perubahan perlu dilakukan selaras dengan peredaran zaman

kerana setiap hari pelbagai peningkatan penggunaan teknologi ICT diperkenalkan.

Maka, guru perlu bijak mengambil peluang mengetahui aplikasi penggunaan ICT di

dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekurang-kurangnya pendedahan awal diberikan

kepada murid tentang kesedaran ICT yang benyak memberi faedah dan manfaat

kepada mereka.

Page 3: MATEMATIK

Guru juga menghadapai cabaran melalui peruntukkan masa yang ditetapkan

bagi subjek-subjek tertentu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Peruntukkan masa

kadang kala agak singkat sekiranya penggunaan ICT diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai contoh, pembelajaran ICT dijalankan di makmal komputer.

Hal ini mengambil kira masa yang diambil oleh murid untuk bergerak dari bilik

darjah ke makmal komputer yang memakan masa lebih kurang 10 minit. Kemudian

mereka melakukan persediaan bagi menggunakan ICT yang memakan masa 10 minit.

Pembaziran masa 20 minit ini secara langsung menjejaskan pengajaran yang telah

dirancang oleh guru. Masa pengajaran yang tidak mencukupi sekaligus

mempengaruhi prestasi pengajaran guru dan guru juga bimbang objektif tidak tercapai

disebabkan kekangan masa tersebut. Kekangan masa ini kadang kala membuatkan

guru terpaksa meninggalkan beberapa langkah yang penting untuk menghabiskan

topik yang diajar. Maka, murid juga akan terkeliru dengan pengajaran dan

pembelajaran disebabkan kekangan masa yang dihadapi oleh guru.

Kemajuan teknologi yang masih di tahap sederhana juga menghadkan

penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kita tidak

boleh membuat perbandingan dengan negara maju, namun kepesatan yang

ditunjukkan oleh mereka wajar dijadikan sebagai model utama bagi memastikan

kemajuan teknologi dicapai. Hal ini kerana kemajuan yang masih di tahap sederhana

ini menjadi kekangan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dalam bilik

darjah. Sebagai contoh, persediaan menggunakan ICT di dalam pengajaran

mengambil masa sekitar 10 minit. Hal ini tidak termasuk sekiranya beberapa

komponen ICT gagal berfungsi dan perlu diganti atau dibaiki. Keadaan ini menjadi

penyebab utama guru kurang bermotivasi untuk menggunakan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran. Situasi ini akan diangga sebagai punca utama pengajaran dan

pembelajaran menggunakan ICT tidak berkesan. Kemajuan dan kepesatan yang masih

di tahap sederhana ini secara jelas gagal menjadi faktor kepada penyebab ICT menjadi

pilihan utama sebagai kaedah pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,

persediaan dalam pengajaran menggunakan ICT perlu ditambah baik seperti

penyelenggaraan perkakas ICT perlu dilakukan secara berkala, capaian internet juga

perlu dipastikan mudah dicapai dan sebagainya

Page 4: MATEMATIK

PENUTUP

Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma

diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1996).

Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita

mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri,

tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Bidang teknologi maklumat yang

menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang

kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam

penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan

dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.

Keengganan guru-guru Matematik untuk mengintegrasikan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang

ada pada diri mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti

kemudahan yang tidak sempurna dan kekurangan latihan daripada peringkat

pengajian hinggalah ke peringkat perkhidmatan. Untuk beralih daripada kaedah

tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru

perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat

sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang

mendapat kemahiran khusus untuk matapelajaran Matematik. Setelah punca yang

menghalang guru Matematik ini mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran diatasi, mungkin perubahan akan berlaku dalam sistem pendidikan

Matematik yang selama ini hanya menekankan kaedah „drill and practice’. Segala

kemudahan yang sedia ada mungkin akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru

Matematik demi kebaikan pelajar-pelajar.

Page 5: MATEMATIK

RUJUKAN

Ekhwan Bin Besah @ Sitam (2004). Kemahiran Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tesis Sarjana. UTM

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. (2003). Pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Di Kalangan Pelajar : Ke Arah mengurangkan Jurang Pendidikan

Zoraini Wati Abas (1995). Internet Untuk Pengajaran Matematik. Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

Ambighapaty, P. Dan Suthagar, N. (2003). “Literasi Teknologi Komputer: Persepsi dan Penggunaan di Kalangan Guru.” dalam Pandian, A. (ED.). “Bahasa dan Literasi: Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan.” Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Tidak Diterbitkan.