masyarakat melayu

10
MASYARAKAT MELAYU SEJARAH Perkataan melayu berasal dari istilah Sanskrit iaitu Malayu atau dalam perkataan India dipanggil Malai yang bermaksud bukit atau tanah tinggi. Orang Portugis pula menyebutnya sebagai Malayo. Tidak ada seorang pun sejarahwan yang dapat menyatakan dengan tepat tentang asal ususl masyarakat Melayu. Namun begitu mereka dapat merumuskan bahawa masyarakat melayu adalah masyarakat yang mendiami Nusantara dan pulau pulau yang berdekatan iaitu meliputi Malaysia, Filipina, Thailand dan Kepulauan Melanesia. Kebanyakkan mereka berasal daripada bangsa Austronesia, Proto, Melayu Proto, Mongoloid Indonesia dan Malayan. Suku suku ini berasal dari daerah Yunan di sekatan Negara China. Mereka berhijrah ke selatan atau Asia Tenggara melalui sungai Mekong pada 2500 hingga 1500 sebelum masihi. Kemudian mereka mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Madagaskar dan pulau pulau berhampiran. Terdapat dua kumpulan yang berhijrah dari daerah Yunan ke Tanah Melayu. Kumpulan pertama terdiri daripada Melayu Proto dan kumpulan kedua dinamakan Melayu Deutro. Golongan Melayu Proto membentuk masyarakat orang asli yang boleh didapati di kawasan pedalaman seluruh negara dan Melayu Deutro pula menjadi nenek moyang masyarakat melayu kini. Oleh kerana asal usul masyarakat melayu adalah sama, bermakna corak kehidupan mereka adalah hampir sama. Mereka masih dapat memahami cara percakapan, budaya dan istiadat yang lain. Oleh sebab itulah, Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan selatan Thailand digelar sebagai kepulauan melayu kerana mempunyai masyarakat yang sama iaitu bangsa melayu.

Upload: shahrom-hadi

Post on 08-Jul-2015

1.204 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masyarakat melayu

MASYARAKAT MELAYU

SEJARAH

Perkataan melayu berasal dari istilah Sanskrit iaitu Malayu atau dalam perkataan India

dipanggil Malai yang bermaksud bukit atau tanah tinggi.

Orang Portugis pula menyebutnya sebagai Malayo. Tidak ada seorang pun sejarahwan

yang dapat menyatakan dengan tepat tentang asal ususl masyarakat Melayu. Namun begitu

mereka dapat merumuskan bahawa masyarakat melayu adalah masyarakat yang mendiami

Nusantara dan pulau – pulau yang berdekatan iaitu meliputi Malaysia, Filipina, Thailand dan

Kepulauan Melanesia.

Kebanyakkan mereka berasal daripada bangsa Austronesia, Proto, Melayu Proto,

Mongoloid Indonesia dan Malayan. Suku – suku ini berasal dari daerah Yunan di sekatan

Negara China. Mereka berhijrah ke selatan atau Asia Tenggara melalui sungai Mekong

pada 2500 hingga 1500 sebelum masihi. Kemudian mereka mendiami Semenanjung Tanah

Melayu, Indonesia, Madagaskar dan pulau – pulau berhampiran.

Terdapat dua kumpulan yang berhijrah dari daerah Yunan ke Tanah Melayu. Kumpulan

pertama terdiri daripada Melayu Proto dan kumpulan kedua dinamakan Melayu Deutro.

Golongan Melayu Proto membentuk masyarakat orang asli yang boleh didapati di kawasan

pedalaman seluruh negara dan Melayu Deutro pula menjadi nenek moyang masyarakat

melayu kini.

Oleh kerana asal usul masyarakat melayu adalah sama, bermakna corak kehidupan mereka

adalah hampir sama. Mereka masih dapat memahami cara percakapan, budaya dan istiadat

yang lain. Oleh sebab itulah, Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan selatan Thailand

digelar sebagai kepulauan melayu kerana mempunyai masyarakat yang sama iaitu bangsa

melayu.

Page 2: Masyarakat melayu

KEPERCAYAAN

Pada umumnya kepercayaan orang Melayu boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang

utama iaitu pegangan agama dan kepercayaan anismisme masyarakat Melayu Tradisional.

Namun begitu, terdapat beberapa kepercayaan lain yang turut diamalkan oleh mereka.

Pengangan agama

Masyarakat Melayu di Negara ini beragama Islam. Oleh itu, tidak ada seorang pundi

kalangan masyarakat Melayu yang menganut agama lain selain agama Islam. Islam telah

lama bertapak di kalangan masyarakat Melayu iaitu sejak kerajaan Melayu Melaka lagi. Oleh

itu Islam menjadi agama anutan dan hamper semua corak hidup berlandaskan ajaran Islam.

Sesungguhnya masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai budaya dan adat yang

telah diamalkan sejak sebelum kedatangan Islam, namun masyarakat Melayu telah

menggarapkan adat resam bersesuaian dengan ajaran agama Islam. Mereka tidak akan

melakukan sesuatu adat sekiranya berlawanan dengan ajaran Islam. Oleh itu telah banyak

amalan anismisme yang menjadi fahaman masyarakat Melayu tradisional hilang secara

perlahan – lahan setelah kedatangan Islam.

Ajaran Islam yang telah dianuti oleh masyarakat Melayudi Negara ini bermazhab Syafie dan

memegang fahaman ahli Sunnah Waljamaah. Keseragaman ini penting supaya tidak ada

kekecohan yang wujud tentang agama. Oleh itu, kerajaan telah menubhkan Majlis Agama

Islam di setiap negeri bagi menangani ajaran sesat yang kian berleluasa.

Menyedari bahawa majority terdiri daripada masyarakat Melayu dan beragama Islam,

kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan menjadikan agama Islam sebagai

agama rasmi. Oleh itu, setiap peraturan haruslah dirujuk dahulu kepada ajaran agama

Islam.ajaran Islam mengandungi beberapa rukun dan peraturan hidup yang mencakupi

aspek kehidupan dunia dan akhirat. Oleh itulah, kerjaan sentiasa menjadikan Islam sebagai

panduan kerana ajaran tersebut adalah lengkap dan menyeluruh. Dengan ini Islam dapat

menyatukan masyarakat Melayu.

Page 3: Masyarakat melayu

Kepercayaan Animisme

Animism adalah perkataan Latin yang bermaksud kepercayaan kepada makhluk – makhluk

halus yang mencakupi roh – roh atau benda – benda yang menakutkan seseorang.

Sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Melayu menganut kepercayaan Animisme.

Kepercayaan ini timbul kerana pada masa itu masyarakat Melayu tinggal di kawasan

pedalaman dan terdedah kepada pelbagai anasir luar yang boleh menganggu keharmonian

hidup mereka. Dengan cara itu , mereka percaya sesuatu kawasan mempunyai makhluk –

makhluk tersendiri dan mereka perlu memberi habuan supaya makhluk – makhluk itu tidak

terus menganggu mereka.

Makhluk – makhluk halus itu berupaya menyebabkan pelbagai penyakit sehingga boleh

membawa maut. Makhluk yang paling ditakuti olek kebanyakkan masyarakat melayu

tradisional ialah hantu. Hantu yang berasal dari roh si mati manusia yang semasa hidupnya

kerap melakukan kesalahan. Walaupun kepercayaan Animisme ini masih diamalkan oleh

segelintir masyarakat Melayu, namun kepercayaan itu kian dihapuskan. Telah banyak

kepercayaan Animisme seperti mempercayakan busut, kubur, batu besar, pokok besar yang

dikatakan mempunyai penunggu7 tidak diamalkan. Ini terpesong dari ajaran Islam yang

menentang keras perkara – perkara yang meyekutukan Tuhan.

Penujaan Datuk dan Nenek

Masyarakat Melyu tradisional [percaya bahawa datuk dan nenek yang telah

meninggal mampu memberi keselesaan kepada hidupnya. Ini disebabkan oleh mereka

mempunyai pertalian darah. Mereka menyembah kepada roh datuk dan nenenk yang

memberi semangat kepada mereka. Pemujaan ini adalah penting kerana mereka percyaan

datuk dan nenek yang telah meningeal dunia boleh melindungi mereka daripada makhluk

halus yang lain sebagaimana ketika mereka masih hidup.

Dalam upacara pemujaan pelbagai sajian akan disediakan. Sajian itu berupa makanna

manusia yang diletakkan atas kubur atau tempat khas dan dibiarkan sehingga makanan

menjadi basi atau kering. Masyarakat Melayu tradisional percaya makanan yang dihadang

itu telah dimakan oleh roh datuk dan nenek mereka. Makanan tersebut adalah seperti pulut

kuning, ayam panggang, telur dan buah- buahan.

Kebanyakkan pemujaan dilakukan oleh orang yang mahir berhubung dengan makhluk halus

seperti pawing. Pawing akan berhubung dengan makhluk tersebut supaya tidak menganggu

Page 4: Masyarakat melayu

ketenteraman hidup merkea. Oleh sebab itulah pawing mampu bercakap denganbahsa

yang sukar difahami sebagai interaksi dengan makhluk – makhluk halus tersebut.

Hantu

Hantu dipercayai berasal daripada orang yang telah mati. Antara beberapa hantu yang

dipercayaan oleh masyarakat Melayu tradisional adalah ;

a. Hantu raya

Hantu raya dipelihara oleh manusia untuk menolong mereka mengerjakan lading.

Hantu raya mampu menjaga lading dan dusun dariapda dicerobohi. Lazimnya

hantu raya ini berbadan besar, tinggi dan menakutkan. Hantu raya boleh

menyerupai tuannya. Sebab itulah masyarakat setempat tidak menyedari bahsa

itu adalah hantu raya memandangkan hantu tersebut menyerupai tuannya.

b. Toyol

Toyol berupa hantu berbadan kecil dan berkepala botak. Perutnya buncit dan

mempunyai taring. Toyol dipercayai berasal dari kanak – kanak yang telah

dikorbankan oleh si pemilik toyol untuk dijadikan toyol. Toyol dipelihara untuk

membantu tuannya mencuri wang. Seperti makhluk halus yang lain toyol juga

diberikan sajian makanan seperti pulut kuning, telur dan ayam panggang. Ada

juga toyol yang diberi makan darah.

c. Hantu penanggal

Hantu penanggal menjelma dari seseorang yang telah mati semasa melahirkan

anak. Rohnyanya akan membuat angkara dan keluar pada malam hari untuk

menghisap darah perempuan bersalin. Bagi menghindarkan hantu penanggal ini

duri mengkuang dan duri nanas diletakkan di bawah lantai tempat peremapuan

itu akan bersaalin.

Page 5: Masyarakat melayu

Semangat

Selain percaya kepada roh atau hantu masyarakat Melayu juga percaya kepada

semangat. Semangat bukan berada di sesuatu tempat malah dalam diri mereka sendiri.

Oleh sebab itu apabila seseorang mendapat penyakit atau kecelakaan, pawing akan

dipanggil untuk memulihkan semanagt mereka. Sekiranya semangat itu tidak dipulihkan

seseorang itu akan terus sakit dan sukar diubati. Terdapat di kalangan masyarakat Melayu

yang melakukan upacara semahan sebaik sahaja membuka atau mmendiami penempatan

baru. Ini semata – mata untuk menjaga keselamatan mereka. Upacara semahan hanya

memerlukan bertih jahgung, beras, manggar kelapa atau apa saja mengikut kehendak si

penyemah. Bagi golongan pesawah semangat padi diambil kira, padi yang telah kehilangan

semangat atidak dapat menghasilkan buah yang banyak. Kononnya pada masa dulu,

pesawah lupa untuk mengangkat padi yang dijemur dan akibatnya padi tersebut menangis

seperti bayi meminta pesawah tidak persiakan dirinya. Cara pesawah memelihara semangat

padi ialah dengan mengadakan beberapa upacara menabur pulut ke sawah padi sambil

memohon sawah padi mengeluarkan buah yang banyak. Begitu juga dengan nelayan yang

akan menabur nasi pulut dan ayam panggang atau bertih ke dalam laut untuk mendapatkan

rezeki yang melimpah.

Perubatan tradisional

Bomoh

Bomoh atau dukun adalah orang yang mempunyai kelebihan dalam mengubati penyakit.

Mereka boleh mengawal atau berhubung dengan makhluk lain untuk menyembhuhkan

penyakit. Malah bomoh juga perlu mempunyai kelebihan mengenai khasiat akar kayu atau

penawar yang boleh digunakan dalam perubatan.

Bidan

Bidan adalah profesion orang yang menyambut kelahiran bayi. Bidan merupakan golongan

wanita yang mempunyai kelbihan untuk menyambut kelahiran bayi dan lebih meluas lagi.

Tugas bidan merangkumi upacara melenggang perut ketika kandungan berusia 7 bulan

dengan cara meraba perut ibu untuk memastikan kedudukan bayi adalah baik dan

menentukan jantina bayi dengan memotong kelapa di bahagian atas. Bidan juga

mempunyai kelebihan mengurut ibu bersalin dan perlu tahu jenis akar kayu yang

menyembuhkan untuk ibu bersalin.

Page 6: Masyarakat melayu

Sihir

Sihir atau ilmu jahat terdapat juga dalam masyarakat Melayu tradisional. Perbutan sihir

menyihir ini dijalankan dengan meluas. Namun kini telah berkurangan. Kebanyakkan sihir

digunakan untuk membalas dendam. Cara melakukan perbuatan sihir adalah berlainan.

Contohnya, patung berupa bentuk manusia digunkan dan jarum ditusuk pada setiap

angggota patung itu. Jampi seraph juga dibaca dan ditujukan kepada orang itu. Sihir juga

boleh menggunakan bahan yang telah dijampi antaranya ialah tanah dari kubur, minyak

dagu orang mati, miang buluh, kaca dan sebagainya.

Jampi serapah

Bomoh, dukun, bidan menggunakan jampi serapah untuk lebih berkesan lagi. Mereka

menggunakan kalimah yang sukar difahami. Jampi serapah biasanya dalam bahasa

Sanskrit, diwarisi dari datuk dan nenek atau dukun yang dipercayai. Jampi serapah akan

dibaca ketika bomoh membakar kemenyan atau mengurut seseorang. Ada juga jampi

serapah yang menggunakan ayat – ayat Al-Quran. Ini sejajar dengan masyarakat Melayu

yang menganut agama Islam.

Doa

Doa ialah perubatan berasaskan Islam. Doa diambil kira daripada beberapa surat Al –

Quran yang mempunyai khasiat penyembh penyakit. Doa yang dibaca biasanya dhadapa

kepada air sejuk yang akan dijadikan penawar dengan menyapu di bahagian anggota tubuh

mahupun diminum. Pengubatan ini tidak memerlukan kemahiran asalkan mengetahui

keberkesanan ayat – ayat suci Al – Quran.

Page 7: Masyarakat melayu

PANTANG LARANG

Pantang larang diwujudkan untuk mengelakkan manusia dari mendapat penyakit atau

perbuatan yang bolehg mengganggu perjalanan alam itu sendiri. Pantang alarang dalam

masyarakat Melayu sangat banyak dan hamper setiap perbuatan perlu merujuk pada

pantang l;arang sebelum melakaukan perbuatan itu. Misaqlnya terdapat bebera[pa pantang

larang dalam kehiduoan pesawah seperti pada ketika padi sedang berbuah pesawah

dilarang membakar tempurung ini dipercayai akan mengakibatkan padi menjadikan hampa

atau tidak berisi.

Pantang larang terhadap wanita

Antara pantang larang bagi kaum wanita masyarakat Melayu ialah :

a. Tidak boleh menyanyi di dapaur kerana dipercayai akan mendapat suami yang

berumur kelak.

b. Anak dara dilarang duduk di atas tangga di hadapan rumah kerana dikuartiri tidak

akan mendapat suami hingga tua.

c. Anak gadis tidak boleh makan di dalam kuali kerana muaka akan menjadi lebam

ketika bersanding.

d. Wanita yang hamil tidak boleh duduk di hadapan pintu rumah kerana dipercayai bayi

dalam kandungan sukar untuk keluar.

e. Suami wanita mengandung tidak boleh membunuh haiwan kerana dipercayai akan

membawa kesan badi terhadap kandungan.

f. Wanita yangh mengandung sulung tidak boleh membasuh kaki ke dalam sungai

kerana dipercayai akan dissambar buaya.

g. Perempuan yang baru bersalin perlu diikat rambut ke atas dan diletakkan paku

supaya tidak diganggu oleh syaitan.

h. Dan banyak lagi pantang larang yang melibatkan wanita selain daripada ini.

Pantang larang terhadap lelaki

Kaum lelaki juga turut terikat dengan beberapa pantangg larang. Antaranya ialah :

a. Sekirany hendak berjalan jauh mestilah dimulakan dengan kaki kanan supaya

mendapat banyak rezeki dan tidak mendapat kecelakaan dalam perjalanan.

b. Sekiranya dalam perjalanan, tiba – tiba biawak melintas hendaklah pulang segera

kerana akan mendapat mala petaka.

Page 8: Masyarakat melayu

c. Sewaktu turun anak tangga dilarang menoleh ke kiri atau ke kanan kerana akan

mendapat banyak musuh.

d. Dilarang minum air di dalam tempurung kerana dipercayai akan dibenci orang.

Pantang larang terhadap kanak – kanak

Kanak – kanak juga mempunyai pantang larang yang dipercayai oleh masyarakat Melayu

seperti ;

a. Sekiranyabyi baru dilahirkan, tembuni bayi hendaklah ditanam dan dibersihkan

dengan sebaik mungkin kerana tembuni yang kotor akan mempengaruhi peribadi

bayi atau mendapat penaykit.

b. Tali pusat yang telah tanggal juga perlu ditanam dengan baik jika tidak tali

persaudaraan akan menjadi renggang.

c. Bibir bayi perlu dicecah dengan madu supaya mempunyai budi bahasa yang baik

apabila dewasa kelak.

d. Kanak – kanak dilarang kelaur waktu senja kerana hantu atau makhluk halus akan

menganggu mereka nanti.

e. Kanak – kanak juga dilarang melihat muka pada cermin kerana dikuatiri akan mati

lemas.

f. Tangan kanak – kanak tidak boleh dicium kerana kanak – kanak itu akan meminta –

minta kelak.

Pantang larang umum

Antara pantang larangnya ialah :

a. Jangan menanam kelapa gading di hadapan rumah kerana kemungkinan penghuni

akan meninggal di rumah tersebut.

b. Tidak boleh bersiul di dalam rumah kerana ular akan masuk ke dalam rumah.

c. Dilarang duduk di atas bantal kerana dikuatiri akan ditumbuhi bisul di punggug.

d. Jangan menujuk kea rah pelangi jika tidak tangan akan menjadik kudung

e. Sekiranya kencing merata, sawan akan menyerang

f. Andainya makan dengan menggunakan pinggan berlapik atau berpindah randah

kemungkinan bagi perempuan akan mendapat madu dan bagi lelaki akan berkahwin

dua.

Page 9: Masyarakat melayu

g. Tidak bo;leh meniarap sambil mengangkat kedua – dua belah kaki ke atas kerana

ibu bapa akan cepat meninggal dunia.

h. Tidak boleh merobohkan busut kerana dikuatiri akan mendapat kecelakaan sama

ada demam berpanjangan atau sakit kepala.

Sungguhpun pantang larang dalam masyarakat Melayu begitu banyak, tetapi setiap pantang

larang mempunyai kebaikan tersendiri. Boleh dikatakan pantang larang merupakan

peraturan supaya tidak melakukan perkara yang menlanggar adat susuila masyarakat

Melayu. Namun amalan pantang larang semakin berkurangan dalam masyarakat Melayu

kini.

Page 10: Masyarakat melayu

ADAT RESAM

Adat perkahwinan

Masyarakat Melayu mempunyai adat istiadat yang unik dalam perkahwinan. Sebelum layak

menadi suami dan isteri seseorang itu hendaklah melalui beberpaa peringkat. Setiap

peringkat adalah penting dan menjadi sebahagian adat resam masyarakat Melayu secara

keseluruhannya. Soal memilih jodoh biasanya dilakakuan dengan dua cara sama ada

pilihan penagntin sendiri atau pilihan ibu bapa. Beberapa peringkat perlu dilalui setelah

jodoh dipekenankan dan dipersetujui iaitu :

a. Merisik

Merisik dijalankan oleh pihak lelaki yang bertandang ke rumah pihak perem;puan.

Merisik adalah untuk menentukan tarikh pertunangan yang bakal dilangsungkan.

Kedua – dua pihak menentukan tarikh yang bersesuaian untuk melangsungkan

pertunangan. Biasanya hari pertunangan ditentukan oleh pihak perempuan dan

dipersetujui oleh pihak lelaki. Sekiranya kdua – dua pihak telah bersetuju, sebentuk

cincin akan diberikan sebagai tanda persetujuan. Jika tidak pihak lelaki hanya akan

dilayan sebagai tetamu biasa sahaja.

b. Upacara meminang