masyarakat cam-melayu di kemboja

Upload: fieqaazri

Post on 02-Mar-2016

105 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MASYARAKAT CAM-MELAYU DI KEMBOJA

TRANSCRIPT

  • Negara apa?

  • HSI3023 ISLAM DI ASIA TENGGARAKUMPULAN ATUGASAN INDIVIDU: MASYARAKAT MUSLIM CAM-MELAYU DI KEMBOJA

    NAMA: NUR AFIQAH BINTI AZRINO. MATRIK: D20121058809NAMA PENSYARAH: DR. RABAAH BINTI ABDULLAH

  • SEJARAH ASAL-USUL MASYARAKAT CAM DI KEMBOJAMenurut kajian sejarah, masyarakat Cam di Kemboja adalah keturunan pelarian Cam yang berasal dari negara Campa (kerana diserang oleh Vietnam) yang terletak di tanah rata di sepanjang pesisiran pantai laut China Selatan dan dataran tinggi di barat tanah rata.Kawasan ini merupakan sebahagian besar dari negara Vietnam.Kerajaan Campa ini wujud abad ke-2 Masihi lagi.Masyarakat Cam pada awalnya menerima pengaruh dari India melalui agama Hindu dan Buddha.Pada abad ke-9, mereka menerima kedatangan Islam di Campa dan dipercayai memeluk Islam sepenuhnya pada abad ke-14.

  • Kedudukan Kerajaan Campa

  • Catatan sejarah Cina mencatat kemunculan Kerajaan Campa pada tahun 192 M, yang pada saat itu ia disebut sebagai Lin Yi. Kerajaan Campa terdiri daripada:Inderapura (ibu kota Campa dari 875 M -1000M)SimhapuraVijaya (ibu kota Campa dari 1000 M 1471 M)Kauthara Pandurangga

  • BAGAIMANA ISLAM TERSEBAR DI CAMPA?

  • Pada peringkat awal penyebaran Islam di Campa pada abad ke-9 masihi, Islam yang disebarkan di Campa adalah Islam Syiah. Mereka menganut Islam syiah ketika tiba di Kemboja.Ada sumber menyatakan bahawa Islam yang dianuti oleh masyarakat Cam ketika tiba di Kemboja bercampur aduk dengan kepercayaan animisme serta ajaran agama Hindu-Buddha.Tetapi kemudiannya bertukar kepada mazhab Ahlul Sunnah wal-Jamaah (mazhab Syafii) kerana setelah kekalahan teruk kerajaan Campa kepada orang Annam (Vietnam) pada tahun 1471 Masihi , ramai orang Cam yang telah melarikan diri ke Kemboja, Semenanjung dan Jawa dan dalam pelarian inilah mereka terdedah kepada ajaran mazhab Syafii di Nusantara terutama di Melaka dan Kemboja.

  • SEJARAH ASAL-USUL MASYARAKAT MELAYU DI KEMBOJADi Kemboja juga terdapat masyarakat Melayu. Mereka berketurunan mubaligh Islam dan pedagang dari Nusantara termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Masyarakat Melayu ini hadir di Kemboja terlebih dahulu dari masyarakat Cam.Mereka membina masyarakat mereka tersendiri, berpegang teguh kepada adat resam mereka yang berbeza daripada orang-orang Khmer dari segi pakaian, kehidupan dan struktur sosial. Sejak lebih kurang abad ke-14 atau ke-15, mubaligh-mubaligh Melayu mula sampai ke Kemboja. Begitu juga pedagang-pedagang Melayu.

  • Mereka menetap di kawasan-kawasan seperti Kompot, Pusat, Battambang, sungai Tonl Sap (Chraing Chamres, Khleang Sbek, Lovk dan Kampong Luong) dan juga di kawasan persekitaran bandar Phnom Penh.Kehadiran orang Melayu di Kemboja disambut baik oleh semua lapisan masyarakat, sama ada rakyat mahupun golongan bangsawan. Mereka mempunyai hak yang sama seperti orang Khmer: petani, nelayan, pegawai kerajaan peringkat bawahan sampai menteri, golongan istana dan sebagainya.

  • PERTEMBUNGAN DUA MASYARAKAT: CAM DAN MELAYUMasyarakat Cam yang melarikan diri ke Kemboja bertemu dengan orang Melayu di Kemboja yang sudah menganut agama Islam. Kedua-dua kaum ini membentuk satuan masyarakat yang dikenali sebagai Khmer Islam (gelaran oleh gol.pemerintah) atau Cam-Chvea (Cam-Melayu) (gelaran oleh penduduk tempatan).Masyarakat Cam dan Melayu ini telah bersama membentuk satu masyarakat Islam yang homogen di Kemboja.Orang Cam-Melayu berkampung asing dari masyarakat tempatan dan mendirikan suatu masyarakat yang tersendiri, Mereka sentiasa hidup aman damai dengan jiran-jiran orang Khmer.

  • Namun, pada tahun 1975 merupakan detik permulaan kehidupan yang perit bagi umat Islam di Kemboja.Pada ketika itu, umat Islam mula berkembang di Kemboja. Pada tahun 1962 terdapat 100 buah masjid di Kemboja. Jumlah umat Islam juga meningkat kepada 800 000 orang pada tahun 1975 di Kemboja.

  • KEPERITAN KEHIDUPAN MUSLIM (CAM-MELAYU) DI KEMBOJAPenguasaan Kemboja oleh komunis (rejim Maoist Khmer Rouge)- Dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot.- Menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambilmengimpikan sebuah kekuasaan.- Pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selama empat tahun Kemboja (1975-79) di bawah pemerintahan komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.- Sewaktu rejim ini berkuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri.- Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. - Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. - Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi.

  • KEKEJAMAN POL POTUmat Islam/ Cam-Melayu bukan sahaja dizalimi dengan begitu teruk sekali dan Pol Pot tidak sekadar ingin menghapuskan masyarakat Cam-Melayu tetapi beliau sebenarnya ingin menghapuskan Islam yang menjadi jati diri masyarakat Cam-Melayu sejak zaman berzaman.Rejim Pol Pot telah membunuh lebih 200 orang ulama dan imam sepanjang tiga tahun (1976-1979) pemerintahannya.Kira-kira 20 masjid pula dimusnahkan dan sesetengahnya dijadikan sebagai kandang khinzir oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.Kitab-kitab agama dan al-Quran dijadikan kertas mengesat najis oleh tentera Khmer Rouge

  • Masjid Dang Kambit, Kompong Cham yang pernah menjadi kandang khinzir pada zaman pemerintahan Pol Pot.

  • KEHIDUPAN MUSLIM (CAM-MELAYU) DI KEMBOJA KINIMenurut Mufti Kemboja (Kamaruddin Yusof): Penutupan sekolah, pembakaran masjid dan kitab-kitab agama serta pembunuhan para alim ulama telah menyebabkan masyarakat Cam-Melayu atau umat Islam di Kemboja ketandusan ilmu hingga ke hari ini.Umat Islam di Kemboja ketiadaan kitab-kitab atau al-Quran yang sempurna selepas setelah tamatnya pemerintahan Pol Pot pada tahun 1979 dan keadaan sebegini berterusan sehingga tahun 1992. Dalam tempoh itu, rujukan dakwah hanya didapati daripada cebisan kitab-kitab dan al-Quran yang dapat mereka sembunyikan atau temui semula. Dan, hanya mulai tahun 1998, barulah usaha membina semula syiar Islam dapat dilakukan dengan agak baik, itupun sedikit demi sedikit.

  • Umumnya, kebanyakan masyarakat Cam-Melayu tinggal di perkampungan dan bekerja sebagai petani dan nelayan.Sebilangan kecil sahaja yang bekerja dalam bidang perniagaan di Phnom Penh, ibu negara Kemboja.Malah, ramai daripada mereka tidak mendapat pendidikan akademik atau professional yang tinggi.Jika ada pun, ramai antara mereka yang berhijrah ke negara-negara lain yang dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih baik dan bergaji lumayan.

  • KEHIDUPAN MUSLIM (CAM-MELAYU) DI LUAR KEMBOJAAkibat daripada kekejaman Pol Pot juga terdapat ramai muslim Kemboja berhijrah dan menjadi pelarian khususnya ke rantau Asia Pasifik seperti Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Jepun, Australia, New Zealand dan negara barat seperti Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Denmark. Sebilangan pelarian ini diberi perlindungan di negara jiran serantau seperti Thailand (2000 orang), Malaysia (60 000), Amerika Syarikat (anggaran 10 000 orang), Perancis (1000 orang), Kanada (400 orang), Denmark (250 orang) dan Australia (400 orang). Penghijrahan mereka diberi layanan yang baik dari kerajaan dan mudah diterima oleh kerajaan.Mereka diberi bantuan yang secukupnya sebagai rakyat biasa. Contohnya, anak-anak mereka diberi untuk melanjutkan pelajaran di sekolah kerajaan hingga peringkat tertinggi.Yang mampu bekerja diberi peluang pekerjaan.

  • Bagi mengelakkan sebarang masalah, masyarakat Cam di negara-negara ini telah mewujudkan komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kebudayaan tersendiri.Contoh : Di USA, mereka berjaya mendirikan surau atau masjid untuk solat berjemaah dan terawih, menjaga kebajikan dalam kalangan masyarakatnya, malah mereka berjaya mendidik dan membimbing anak-anak dengan pendidikan agama di samping mendapat pendidikan kebangsaan di sekolah biasa.Ada di antara mereka yang berjaya menjadi jurutera, doktor dan sebagainya.Hal ini disebabkan faktor kemasyarakatan, ekonomi dan pendidikan yang baik berbanding masyarakat Islam di Kemboja.

  • Pasar Kemboja di Malaysia (Kanchong Darat)PAKAIAN dan kain ela merupakan barangan jualan yang mendominasi pasar Kemboja di Malaysia.

  • Dimonopoli oleh peniaga Kemboja beragama Islam yang telah menetap di kampung itu sejak tahun 1980-an, ia dibuka sejak sembilan tahun lalu oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kanchong Darat.Terkenal dengan syurga pakaian dengan harga yang berpatutan.Daripada berniaga dari rumah ke rumah, sesetengah masyarakat Kemboja di negara ini digelar sebagai orang kaya.

  • PERANAN LUAR MEMBANTU MUSLIM DI KEMBOJASEDIKIT sumbangan yang diberikan oleh sukarelawan (Malaysia) dapat meringankan beban penduduk minoriti Islam di Kampung Rakapram.

  • Sekolah Agama dibina oleh seorang wanita berasal dari kampung ini dan kini rakyat Amerika Syarikat (Kompong Sla Kt, Battambang)Terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh anak muda Cam-Melayu graduan dari universiti di luar Kemboja. Mereka mempunyai azam yang tinggi untuk mengubah masyarakat mereka melalui pendidikan.

    Ada juga sekolah agama yang dibantu oleh orang luar seperti orang Malaysia, Kuwait & Arab Saudi.

  • Masyarakat Cam yang berada di luar Kemboja berjaya menubuhkan berbagai-bagai persatuan demi menjaga kebajikan dan membantu sesama mereka.Mereka juga banyak membantu dan membawa pelbagai sumbangan bantuan seperti kewangan dan pakaian serta buku-buku agama kepada masyarakat Islam yang masih menetap di Kemboja dan Vietnam.Kewujudan pertubuhan dan persatuan ini kebanyakannya terdapat di Amerika Syarikat. Contoh: The Cham Refugee Community of Seattle.Terdapat juga persatuan yang dikelola oleh remaja, penuntut universiti seperti Cham Students Association of University of Washington.

  • Rujukan Harun Yahya. 2004. Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. Turki: Global Publishing.Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Jamil Osman dan Nik Asari Mohd. Ali. 2005.Pembangunan Ekonomi Masyarakat Cam di Kemboja.Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 32.Mohamad Zain Musa. 2012. Perkembangan Islam di Asia Tenggara: Kajian Kemboja. Universiti Kebangsaan Malaysia, 15.Kedaifan minoriti Muslim di Wilayah Cham Kemboja. Diperoleh pada Oktober 20, 2014 daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3HHgIPr5UYusof Osman. 2011. Kehadiran Orang Melayu Dan Orang Cam Di Kemboja Hingga Awal Abad Ke XIX. Universiti Al-Azhar. Diperoleh pada Oktober 20, 2014 daripada http://rahsiatafsir.blogspot.com/2011/09/kehadiran-orang-melayu-dan-orang-cam-di_14.html