amalan bidaah dalam masyarakat melayu

33
Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah mengatakan bahawa orang Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia . Ia datang dari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara . Ini berlaku sejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro . 1 Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 Masehi dengan dimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepada mereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo , yang menulis bahawa ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 , penduduk Pasai telah memeluk Islam. 2 Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara . Puncak kepesatan penyebaran Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada waktu itu tetapi Aceh dapat 1 Nik Safiah Karim ( 1996 ) , Tatabahasa Dewan , hal. 3 2 Jahid Haji Sidek ( 1984 ) , Strategi Menjawab Sejarah Islam , hal . 389 - 1 -

Upload: utm

Post on 16-Nov-2014

6.657 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu

Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih

belum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah mengatakan bahawa orang

Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia . Ia datang

dari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara . Ini berlaku

sejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu

Proto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro .1

Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 Masehi dengan

dimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepada

mereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo , yang menulis bahawa

ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 , penduduk Pasai telah memeluk

Islam.2

Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan

peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara . Puncak kepesatan penyebaran

Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada

waktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebih

gigih lagi .3

Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin

mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka ,

ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak

fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihat

daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya

ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .

1 Nik Safiah Karim ( 1996 ) , Tatabahasa Dewan , hal. 32 Jahid Haji Sidek ( 1984 ) , Strategi Menjawab Sejarah Islam , hal . 3893 Ibid , hal . 384 -385 .

- 1 -

Page 2: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Makna Bidaah

Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta

sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah :

واالرض السموات بديعErtinya :

“ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .”4

Dan firman Allah :

الرسل من بدعا ماكنت قلErtinya :

“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah ,

bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”5

Bidaah menurut istilah ialah :

االكمال بعد الدين في الحدثErtinya :

“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”6

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :

“ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang

menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti

apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat .”7

Beliau menambah lagi dengan katanya :

4 Al-Quran , surah al-Baqarah , ayat 117 .5 Al-Quran , surah al-Ahqaf , ayat 9 .6 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 247 Ibid

- 2 -

Page 3: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

“ Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agama

yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang dimaksudkan dengan

mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah ) secara berlebih-lebihan .”8

Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :

“ Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah , ibadat

atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW .”

Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam agama

yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau kaedah-kaedaah yang telah

ditetapkan oleh syarak .

Pembahagian Bidaah

Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim :

“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela

( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah yang

terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela .”9

Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian

iaitu :

Bidaah sunnah

Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat

Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus

Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai

pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum

syara’ .

8 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 249 Syafi’i Hadzmi bin Muhammad Saleh Raidi ( 2000 ) , Seratus Masalah Agama , Jld. 3 , hal: 82

- 3 -

Page 4: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Bidaah haram

Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil

dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu

pertolongan .

Bidaah makruh

Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari

tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih

baik pada hari-hari lain .10

Jenis-jenis Bidaah

Bidaah Fi’liah dan Bidaah Tarkiah

Bidaah Fi’liah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tidak

dikerjakan oleh Rasullullah . Ini termasuklah membuat hadis palsu , mengurangkan

atau menambahkan rakaat atau kaifiat solat , mengadakan solat-solat atau puasa

khusus pada masa dan hari-hari yang khusus pada masa dan hari-hari yang khusus ,

bersembahyang atau berpuasa pada waktu-waktu dan hari-hari yang terlarang .

Bidaah Tarkiah pula ialah meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh agama

atau agama menggalakkannya kerana memandangkan ia lebih baik tidak dikerjakan .

Bidaah yag termasuk dalam kategori Tarkiah ini ialah :

Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa sesuatu

sebab yang dibolehkan oleh syara , atau beribadat terus menerus .

Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab yang

dibolehkan oleh syarak dan juga sebaliknya .

Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana

mengutamakan akal fikiran .

Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syar’i ataupun

mendahulukan akal dari hadis .

Bidaah yang dikelaskan dalam kategori Bidaah Fe’liah pula ialah :

10 Noh bin Gadut ( 1991) , Khutbah-khutbah Jummat , hal: 20-21

- 4 -

Page 5: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah.

Menceraikan isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci yang sudah

dicampurinya atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus .

Merombak atau mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah

dan Rasul .

Mengadakan azan dan qamat pada solat dua hari raya . Azan dan iqamat

disyariatkan bagi solat-solat fardhu dan Rasullullah dan para sahabat tidak

pernah berazan dan iqamat pada solat hari raya Puasa dan Haji dan tidak ada

hadis menyuruhnya .

Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan Qauliah

Beri’tiqad berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasullullah dinamakan

bidaah I’tiqadiah seperti : kepercayaan Wihdatul , Syiah , Khawarij , Mu’tazilah .

Qadariah dan Murjiah yang beri’tiqad bahawa malaikat Harut dan Marut telah

berbuat jahat dengan Zuhrah lalu dikenakan hukuman gantung dengan kaki di atas

dan kepala di bawah di Babilon sampai hari kiamat , manakala Zuhrah disumpah

menjadi bintang Zuhrah . Ini juga termasuklah juga beri’tiqad bahawa para wali lebih

tinggi martabatnya daripada nabi dan Rasul . Bidaah Qauliah pula ialah mengubah

sesuatu yang keluar daripada mulut rasul .

Bidaah Zamaniah dan Makaniah

Bidaaah Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa tertentu seperti

melakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-Wujud di kalangan orang-

orang sufi pada masa-masa dan hari-hari tertentu seperti solat khas pada malam

lailatul Qadar , solat khas pada malam dua hari raya , solat khas pada malam Jumaat

pertama bulan Rajab , solat khas pada malam nisfu Syaaban , berpuasa khas pada satu

haribulan Muharram , puasa khas pada hari nisfu Syaaban , puasa khas pada hari

Khamis minggu pertama bulan Rajab dan pada hari yang kedua puluh tujuhnya .

Bidaan Makaniah ialah Bidaah yang dilakukan pada tempat-pempat yang tertentu

seperti tempat-tempat kematian , di perkuburan para wali syuhadak dan sebagainya .

Bidaah Kulliah dan Juziah

- 5 -

Page 6: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Kulliy bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagian . Bidaah

kulliah ialah satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan kepada orang lain ,

bukan hanya kepada orang yang melakukannya sahaja seerti menggunakan akal untuk

menetapkan sesuatu baik atau buruknya sebagai ganti syarak dan seperti menolak

hadis-hadis Ahad ( bukan Mutawatir ) menjadi hujah atau mengingkari beramal

dengan hadis-hadis Ahad .

Bidaah Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa melibatkan

orang ramai seperti seorang yang menyalahi Sunnah Rasul tetapi kesannya tidak

mempengaruhi atau melibatkan orang ramai kerana dia bukan menjadi ikutan orang

ramai .

Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah

Bidaah Haqiqiah ialah bidaah yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran ataupun

sunnah , ijmak , athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak yang muktabar .

Contohnya ialah sembahyang Raghaib yang dikerjakan pada malam jumaat minggu

pertama bulan Rajab sesudah berpuasa siang harinya dan solat - solat serupa itu yang

tidak didasarkan kepada dalil syar’i tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu’.

Bidaah Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat padanya dua

jurusan , iaitu jika dilihat dari satu sudut kelihatan ia bukan satu bidaah tetapi bila

dilihat dari sudut lain ia adalah satu perbuatan bidaah idhafaiah seperti membaca al-

quran dengan kuat di dalam masjid sehingga menganggu ahli jamaah yang sedang

beribadat dan membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dari menara-menara

masjid lalu mengganggu orang yang sedang tidur.

Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah

Bidaah Ibadiah ialah bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri dengan

Allah SWT , untuk mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah . Manakala

Bidaah Adiah ialah bidaah yang dikerjakan bukan kerana hendak mendekatkan diri

dengan Allah tetapi mengenai urusan muamalah antara manusia yang bertentangan

dengan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya .

Contoh Bidaah Ibadiah ialah solat khas Nisfu Syaaban , solat raghaib dan lain-lain.

- 6 -

Page 7: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal

Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis

Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam

agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-

Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik .

Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka

adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih

banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan

syariatnya .11

Bidaah Dalam Bulan Safar

Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan

terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan bala pada

tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan

Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa

tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu .12

Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi S.A.W , yang

bermaksud :

“ Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada kesialan kerana

bulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia telah menentukan hidupnya ,

musibat-musibatnya dan rezekinya .”13

Bidaah Dalam Bulan Rajab

Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan

Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan

Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu

pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari

27 Rajab .

11 Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ( 2004 ) , Berhati-hati Terhadap Bidaah ( terjemahan ) , hal :3-412 Syeikh Ali bin Abdullah Baldram ( 1962 ) , Perhimpunan Amal Ibadat , hal .141 – 142 13 Hadis riwayat al-Bukhari , Muslim dan Abu Daud

- 7 -

Page 8: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atau

hadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan

ulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam perbuatan bidaah .

Hadis tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab dan puasa

khas pada hari Khamis adalah hadis maudhu’ ciptaan tukang-tukang bidaah atau

orang-orang kafir zindiq .

Hadis tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rajab juga adalah mungkar yang tidak

boleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun menyatakan fadhilat amal .

Bidaah dalam Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat

tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari

solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang

berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga

tuma’ninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .

Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : “ Kamu manghadiahkan solat kamu kepada

Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan sifat-sifat yang

tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima siksaannya .”14

Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah

Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan

jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari

rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan

dan qamat untuk jenazah .

Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh

Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azan

pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .15

14 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 38915 Ibid , hal : 220

- 8 -

Page 9: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Bidaah Solat Teman

Selain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapi

alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakan

Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalan

Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah kerana

Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya

mensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .

Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al-

Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :

Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan : “ Adalah nabi SAW apabila selesai

mengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda :

Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan untuknya

kerana dia sekarang akan disoal .”16

Bidaah Tunggu Kubur

Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan ‘Tunggu kubur’ .

Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapa

malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si

mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima

malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur

si mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk

simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .

Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhur

ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-

Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh Muhammad Bakhit telah

mengeluarkan fatwa berhubung permasalahan kadar upah yang terjadi di antara

pemberi dan penerima upah , beliau memfatwakan hukum mengambil upah membaca

al-Quran untuk si mati adalah haram . Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh Mufti

Mesir Abdul Majid Sulaim pada tahun 1942 dan Badan Kajian Dakwah dan Fatwa

Kerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah , halaman 23 ) .17

16 Salim Bahreisy ( 1995 ) ,Terjemahan Riadhus Shalihin Jld . 2 , hal: 10417 Abdul Hayei bin Abdul Sukor , Ruangan 1,001 Kemusykilan , Akhbar Mingguan Malaysia , 11 November 2000 .

- 9 -

Page 10: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia jelas

tidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat

dan ulama Salafus - Shalihin .

Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur

Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di

atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahal

harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan hiasan

yang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat atau

wali .

Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konsep

pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agama

lain.

Jabir ra. meriwayatkan katanya : “ Rasullullah SAW melarang mengecat kubur

dengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya .”18

Hadis riwayat Muslim .

Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :-

Meminta sesuatu hajat

Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur .

Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih mustajab

dari di masjid .

Bernazar kepada kubur .

Membayar nazar kepada kubur .

Menyembelih binatang nazar di kubur .

Amalan-amalan di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan kelakuan

penyembahan berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab ( pengasas mazhab

18 Ma’mur Daud ( 1997 ) , Terjemahan Hadis Shahih Muslim , Jld. 2 , Hadis 916 , hal : 158

- 10 -

Page 11: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik .19 Perbuatan

memuliakan kubur adalah terkeluar daripada batas-batas agama dan harta benda yang

dibelanjakan untuk tujuan tersebut itu adalah sia-sia sahaja .

Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah

Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada

mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa

hidupnya ada meninggalkan solat . 20 Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana

perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dan

tidak ada ulama yang membolehkannya .

Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu juga

adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan menyediakan makanan

dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam tujuh , malam empat puluh

hari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang bertentangan dengan sunnah

Rasulullah dan golongan al-Salafu al-Salih r.a. dan kemudiannya .

Ulama memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru itu , amalan

ini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna pada harta peninggalan si

mati seperti hutang yang sepatutnya dibayar , tidak diutamakan . Oleh itu , maka

Majlis Fatwa Mesir tahun 1947 memutuskan haram dan hendaklah dihentikan

amalannya .

Dalam satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir , Syeikh

Hasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau ditanya tentang tarikh

memperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau menjawab “ Menghayati malam 40

dengan cara seperti yang biasa dilakukan itu suatu bidaah yang tidak bersumberkan

Islam , buat anakku , cukuplah dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri .”

19 Mohd . Yusuf bin Ahmad ( 1995 ) , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam , hal :12820 Abdul Ghani bin Yahya ( 1990 ) , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut , Penggal Yang Pertama ( Ilmu Fiqh ) , hal : 147

- 11 -

Page 12: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh 27

Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya

pada 14 Ogos 1947 .21

Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa

Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras

dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh kerana

sudah menjadi kebiasaan .

Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidak

boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidak

takabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .

Dalam hal ini Abu Musa al-Asf’ari meriwayatkan :

“Orang-orang yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagian

perjalanan , maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka : Batasilah diri kamu

( jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada orang

pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada , sesungguhnya yang kamu meminta

kepadanya itu adalah Maha mendengar dan dekat , lebih dekat kepada seseorang

kamu dari tengkuk kenderaannya .”22

Apatah lagi jika berdoa dengan suara yang keras sehingga mengganggu orang lain , ia

termasuk dalam bidaah yang tercela .

Bidaaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara Masjid

Membaca Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah .Lazimnya ia

dilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-lebih lagi dilakukan di

waktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini boleh mengganggu orang-orang

sakit , orang-orang tidur ataupun orang-orang yang ingin beribadat .

Menurut al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar ialah

seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau

21 Abdul Hayei bin Abdul Sukor , Ruangan 1,001 Kemusykilan , Akhbar Mingguan Malaysia , 11 November 2000 , hal : 922 Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

- 12 -

Page 13: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu mengganggu manusia yang

sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud .23

Sebab-sebab Timbulnya Bidaah

Jahil

Bidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahil

dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang gemar

membicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan memperkatakan

urusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang .

Jahil dalam Bahasa Arab

Al-Quran , al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa Arab .

Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan kesesatan .

Sebagai contohnya :

Allah berfirman :

اليقين تيك يأ حتى ربك اعبد وErtinya :

“ Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan

kepadamu ,”24

Yang dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi kerana kejahilan

bahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan . Ayat itu diertikan

sebagai : “Hendaklah kamu berabdi kepada Allah sehinggalah datang kepadamu

keyakinan ” , maka apabila sudah ada keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada

Allah . Akhirnya tidak berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu haji

kerana mereka beralasan telah sampai ke martabat yakin .

Jahil Sunnah

Maksudnya ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih , hassan, dhaif dan

maudhu’. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis mungkar , matruk , batil dan

23 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 20924 Al-Quran , surah al-Hijr , ayat 99

- 13 -

Page 14: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

maudhu’sama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai contoh , bagi menggalakkan

umat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi SAW maka hadis ini digunakan :

مه القيا يوم له شفيعا كنت لدى مو عظم من Ertinya :

“Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah pemberi syafaat

kepadanya pada hari qiamat .”25

Jahil Konsep Ibadat

Sebahagian masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu hanyalah terbatas

kepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat wajib atau sunat , puasa wajb

atau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah , wakaf , zikir , tahlil , takbir , tasbih ,

tahmid , istighfar , membaca al-Quran dan sebagainya . Apa yang mereka faham ialah

perkara yang selain daripada itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakan

bahawa ruang lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukan

semua ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-amalan lain

dengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh sesetengah guru seperti solat khas

pada malam-malam tertentu dan puasa khas pada hari-hari tertentu .

Mengikut Hawa Nafsu

Oleh kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup melakukan

penyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga kemasyhuran ,

menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin dipuji . Nafsu jugalah yang

menyebabkan timbulnya puak-puak sesat . Mereka sanggup mengada-ada , membuat

alasan dan dolak dalik yang keluar dari dasar dan roh Islam yang sebenarnya .

Allah berfirman di dalam al-Quran :

ربى االمارحم بالسوء مارة ال النفس ان

Ertinya :

“ Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati oleh

Tuhanku .”26

25 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 10326 al-Quran , surah Yusuf , ayat 53 .

- 14 -

Page 15: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Taqlid Buta Kepada Guru

Manusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dan

kesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap bertaqlid buta

akan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya pertembungan antara

fatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang diutamakan kerana

guru dianggap serba tahu , keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam

mujtahidin yang mewajibkan orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta

kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan

menjadi punca lahirnya bidaah .

Memperdaya Umat Islam

Sebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah dengan tujuan

menghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin .27Di dalam ilmu Tasauf ,

ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah sumber pengetahuan dalam ilmu

tasawuf yang sama kedudukannya seperti akal dalam Ilmu Tauhid 28. Dengan kasyaf ,

orang boleh merombak sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu cara

ibadat yang belum atau tidak disyariatkan melalui lidah para rasul . Tidak hairanlah

jika Agama Kristian di dunia sekarang ini ialah dari ajaran Paulus . Pengikutnya yakin

bahawa beliau mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isa

sudah diangkat .29

Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu’ II , halaman 287 – 288 :

“Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwuf

yang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya pembukaan rahsia

yang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang telah mencapai martabat wali

itu boleh diberi Allah kelebihan dengan dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-

rahsia yang tersembunyi , yang ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukum

agama yang tertulis di dalam al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat

kasyaf dari Allah baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakan

begini atau begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan Hadis itu .”30

27 Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi ( 2002 ) , Bidaah Sumber kehancuran Umat , hal : 2828 AbdulFattah Haron brahim ( 1992 ) , Beberapa Masalah Utama dalam Tasawuf , hal : 2429 Ibid30 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 126

- 15 -

Page 16: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Sebab-sebab Bidaah Membiak

Puncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah

setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang diamalkan orang

alim itu adalah benar .

Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih

dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung ,

urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru dan

mendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri ) dianggap membenarkan

perbuatan bidaah .

Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi dianggap

mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab Syafi’i .

Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah remeh-temeh dan tidak

perlu diberi perhatian .

Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannya

berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat atau

pemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya , sedangkan

mereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untuk

diberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambah

banyak sehingga tidak terhitung .31

Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur

Ada beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan boleh

membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip

agama seperti dalam masalah aqidah . Contohnya ialah seperti berikut :

Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh

melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan

manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau

ataupun tidak .

Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .

31 Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi ( 2002 ) , Bidaah Sumber kehancuran Umat , hal : 29

- 16 -

Page 17: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar

dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari kesusahan

atau kecelakaan .

Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .

Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan

dengan akal .

Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat

Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.

Mempercayai bahawa Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah' Nur

itu Muhammad.

Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tidak perlu

mengerjakan rukun yang 13 itu , iaitu niat yang termaklum di sisi mereka

sahaja .

Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah

Al-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedah

prinsip “Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu maka

sesuatu tersebut menjadi wajib. ”32

Perkara-perkara tersebut termasuklah :-

Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.

Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .

Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .

Membuat mihrab di dalam masjid .

Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.

Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat

mendengar khutbah dengan lebih jelas.

Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .

Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu

saraf dan lain-lain .

Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .

Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .

Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .

32 Hassan Bin Haji Ahmad ( 2002 ) , Usul Fiqh , hal : 318

- 17 -

Page 18: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma’ . Kesemuanya

termasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adalah bukan bidaah .

Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah

Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah

daripada disebarkan kepada masyarakat

Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan sebuah

jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .

Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah melalui

khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .

Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .

Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama ,

bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan kepada yang

benar-benar layak .

Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah dan cara

mengatasinya .

Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu meninggalkan

perkara bidaah .

Kesimpulan

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan

akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jika

ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-

urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada

manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini

termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan

sebagainya .

Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaah

walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .

- 18 -

Page 19: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan

amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkan

motif apa bidaah itu dilakukan . Allah telah berfirman :

الدين من لهم شرعوا شركؤا لهم ام

الله به يادن مالمErtinya :

“ Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan

untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah ?”33

Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca serta

berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan sahaja .

Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi ini . Mereka perlu

melihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan mata tempurung .

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela

dan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itu

tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di sebelah kiri batu

sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah .

Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ dan

Tauhid al-Sifat , kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungan

kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita daripada perkara-perjara syirik ,

khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong dalam golongan yang dinamakan

golongan Al-sabiqun dan golongan ashabul Yamin . Semoga amalan kita semua

diterima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan

khurafat .

Wallhu a’lam bis sawwab .

33 A-Quran , Surah Al-Syura , ayat 21

- 19 -

Page 20: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Bibliografi

AbdulFattah Haron Ibrahim ( Prof. Madya ), Beberapa Masalah Utama Dalam

Tasawuf : 1992 , Kuala Lumpur , Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana

Menteri .

- 20 -

Page 21: Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

Abdul Ghani Bin Yahya , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut

Penggal Yang Pertama ( Ilmu Fiqh ) : 1990 , Johor Bahru , Penerbitan Haji Abd.

Ghani Haji Yahya .

Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( Drs. ) , Al- Bidaah Bahaya dan keburukannya :

2000 , Kuala Lumpur , Al-Hidayah Publishers .

Hassan bin Haji Ahmad , Usul Fiqh : 2002 , Kuala Lumpur , Pustaka Haji Abdul

Hamid

H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 1 : 1998 , Kuala

Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.

H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 2 : 1999 , Kuala

Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.

Kasmuri Selamat MA , Rahsia Dan Amalan Bulan Islam , Muharam - Zulhijjah :

2000 , Kuala Lumpur , Darul Nu’man .

Ma’mur Daud , Terjemah Hadis Shahih Muslim : 1997 , Selangor , Klang Book

Centre .

Muhammad Sjafi’i Hadzami bin Muhammad Saleh Raidi , Seratus masalah Agama :

2000 , Kuala Lumpur , Victoria Agencie .

Mohd . Yusuf Ahmad , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam :

1995 , Kuala Lumpur , Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia .

Noh bin Gadut , Khutbah-khutbah Jumaat : 1991 , Johor Bahru , Bahagian

Penerbitan Jabatan Agama Johor .

Salim Bahreisy , Terjemahan Riadhus Shalihin Jld. 1 dan 2 : 1995 , Kuala Lumpur ,

Victory Agencie .

Syed Alwi bin Tahir al-Hadad , Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor : 1990 , Johor

Bahru , Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor .

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz , Berhati-hati terhadap Bidaah : 2004 ,

Johor Bahru , Perniagaan Jahabersa .

Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi , Bidaah sumber Kehancuran Umat : 2002 , Johor

Bahru , Perniagaan Jahabersa .

Zainuddin Hamidy , Fachruddin Hs , Tafsir al-Quran : 1991 , Selangor , Klang Book

Centre .

Akhbar Mingguan Malaysia , Ruangan 1,001 Kemusykilan .

- 21 -