masalah pendengaran

Upload: thivya-narayasamy

Post on 29-Mar-2016

93 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MASALAH PENDENGARAN

2.1DEFINISI PENDENGARAN

Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. Melalui World Health Organisation (1999), pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran (Che Ismail bin Che Lah, 2008). MenurutSalena Yahya (1989),Pendidikan Khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang. Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Safani Bari et al).

Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap manusia bagi menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh menerima maklumat serta belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria pendengaran seperti deria lihat bau, sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran adalah merupakan salah satu deria yang amat penting bagi memudahkan dan menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun pelajaran. Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami masalahbiasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah pendengaran yang dialami dan kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sering tercicir dalam pelajaran walaupun sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari segi intelek (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010). Selain itu juga deria pendengaran merupakansalah satu agen penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna.

Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh ia mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. Manakalamenurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.

Menurut Paul danQuigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar.Pengesanan awal bagi golongan yang bermasalah pendengaran ini adalah sangat penting supaya intervensi awal dapat dilaksanakan untuk membantu mereka mengatasi masalah yang dialami. Intervensi awal adalh penting bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih teruk. Oleh ini intervensi awal dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Dalam perlaksanaan intervensi awal ini, penglibatan dari pelbagai pihak dalam merancang dan menyediakan intervensi awal adalah amat penting. Oleh itu penubuhan kumpulan pelbagai disiplin dapat membantu berkongsi, bertukar maklumat dan merancang menyadiakan intervensi awal yang memenuhi keperluan disamping meningkatkan pencapaian kanak-kanak bermasalah pendengaran.

2.2JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KESMenurut Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (1997) mendapati tahap kecacatan atau tahap kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada 2 tahap iaitu kurang pendengaran terdiri daripada sedikit (mild),sederhana (moderate), sederhana teruk (moderate-serve), dan tahap pekak iaitu teruk (serve) dan sangat teruk (profound). Berikut merupakan antara ciri yang mewakili setiap jenis kecacatan yang dialami oleh setiap tahap kehilangan pendengaran :

1.Kurang pendengarana.Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 40 dB. Mereka yang mengalami tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh namun masih mampu memahami perbualan.b.Sederhana (moderate) Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan pendengaran antara 41 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga 1.5 meter sahaja disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam perbincangan di dalam kelasc.Sederhana teruk (moderate severe) Tahap kehilangan pendengaran bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 70 dB. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat2.Pekaka.Teruk (severe) Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71 sehingga 90 dB dan hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 30.5 meter sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturanb.Sangat teruk (profound) Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah lebih daripada 90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat.(Kajian Safani B , Manisah M. A, Noraini M.S, Aliza A, UKM)

Masalah utama yang diperhatikan dalam kes masalah pendengaran ialah dari segi bahasa dan komunikasi. Kehilangan pendengaran ini menghalang kanak-kanak bermasalah pendengaran berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Aspek ini merupakan aspek utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan di alam pembelajaran dan pengajaran. Kegagalan berkomunikasi dan bertutur menghalang mereka memahami apa yang disampaikan oleh para pendidik dan seterusnya menyekat perkembangan mereka dalam pendidikan. Kanak-kanak bermasalah pendengaran ini memerlukan bantuan pakar pertuturan bagi membantu mereka berkembang seperti kanak-kanak normal yang lain.Dari aspek perkembangan sosial dan emosi, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini memerlukan pengalaman dalam menyampaikan emosi dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan melalui perkembangan mereka ia dapat membantu mereka meluahkan perasaan, kehendak, keperluan mereka disamping memahami kehendak dan perasaan orang lain. Kegagalan berkomunikasi disebabkan oleh faktor kehilangan pendengaran akhirnya memberi kesan ke atas konsep kendiri dan kebolehan bermain serta berkongsi dengan rakan sebaya.

Kelambatan perkembangan dari aspek bahasa dan komunikasi juga turut melambatkan perkembangan kognitif kanak-kanak bermasalah pendengaran ini. Perkembangan kognitif ini merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya.

Kehilangan pendengaran ini dipengaruhi beberapa faktor-faktor sama ada sebelum lahir, semasa kelahiran dan selepas kelahiran, dan faktor-faktor ini dipengaruhi beberapa aspek seperti genetik dan persekitaran. Sebelum kelahiran ini, masalah pendengaran dipengaruhi oleh baka yang disebabkan oleh genetik. Menurut Barbara et al. (2001), sebanyak 70 peratus kes kepekakan kongenital yang dikaitkan dengan faktorgenetik diklasifikasikan sebagai tidak bersindromik, sementara dalam 30 peratus lagidikelaskan sebagai kepekakan bersindromik yang boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau lebih 400 bentuk sindrom berkaitan (Che Ismail C. Lah, 2008).Manakala bukan baka pula disebabkan faktor jangkitan sebelum lahir. Pengambilan dadah atau bahan kimia sepertikuaninboleh mempengaruhi janin yang dikandungkan sehingga mempengaruhi keselamatan janin yang dikandungkandisamping masalahtoksemia.

Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan kecederaan semasa dilahirkan terutamanya pada bahagian telinga. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badang kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan dan kecacatan. Usia kandungan adalah penting bagi kelahiran seseorang kanak-kanak kerana ia akan menentukan kematangan organ dalaman mereka yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21 sehingga 34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak sehingga mengambil masa kelahiran yang terlalu lama atau susah juga menyebabkan tekanan pada telinga .Bayi yang dilahirkan tanpa masalah pendengaran juga berisiko mengalami masalah pendengaran disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. Penyakit ini biasanya terjadi disebabkan oleh bakteria dan virus. Kehilangan pendengaran ini juga disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama selain faktor kemalangan sehingga mencederakan bahagian telinga.2.3MASALAH SAMPINGAN

Antara lain juga kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengalami masalah pengamatan iaitu kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses mental. Antara masalah pengamatan pendengaran adalah berpunca daripada kecacatan organisma telinga seperti diskriminasi, iaitu ketidakupayaan mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakupayaan mengenal arah bunyi (jauh atau dekat), ketidakupayaan mengingat bunyi-bunyi yang didengar, dan ketidakupayaan mengulang corak bunyi dan turutannya. Disamping masalah-masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga menghadapi masalah-masalah sampingan seperti :

i.kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah,ii.pencapaian yang lemah dalam perlajaran,iii.kurang bercakap dan menggunakan lebih banyak menggunakan jari,iv.kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lainv.tidak bertindak balas terhadap bunyivi.silap memahami arahanvii.menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksiviii.telinga sering berair atau bernanahix.lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugasx.akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengarxi.kurang melibatkan aktiviti dalam pertuturanxii.selalu berkhayal2.4PAKAR TERLIBAT

Menurut kajian Safani Bani et al., purata kehilangan pendengaran murid-murid bermasalah pendengaran yang berdasarkan kepada rekod perubatan sampel yang disahkan oleh pakar perubatan yang disimpan oleh sekolah (jadual 1.5). seramai 66.0% (93) daripada murid-murid mengalami kehilangan pendengaran yang sangat teruk dan 10.6 % (15) mengalami kehilangan pendengaran teruk. Seramai 18.4% (26) orang murid tiada rekod kehilangan pendengaran mereka. Terdapat 7 (5.0%) orang murid didapati mengalami kehilangan pendengaran ringan dan sederhana yang sepatutnya tidak dikategorikan dalam bermasalah pendengaran tetapi di tempatkan dalam program persekolahan bermasalah pendengaran.

(Kajian Safani B, Manisah M.A, Noraini M.S, Alizah A, UKM)

Ibubapa merupakan orang yang paling rapat untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pendengaran ini. Penglibatan ibu bapa adalah mustahak dalam menjayakan pendidikan khas. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu menerangkan istlah penting dalam pendidikan khas.

Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang memberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman, 2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk bahasa (Lokman, 2004).

Sokongan daripada patologi pertuturan penting bagi membantu kanak-kanak ini dalam aspek komunikasi. Ini kerana mereka menggunakan komunikasi secara menyeluruh dengan menggabungkan isyarat dan pertuturan. Semasa bercakap dengan kanak-kanak kategori ini, adalah penting bagi memastikan mereka memberi perhatian dan memandang muda dan tangan mereka yang bercakap dengannya.

2.5PELAN TINDAKANSebagai pendidik kita perlu mengambil insiatif bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini. Namun sebelum menjalankan kaedah-kaedah yang dapat membantu mereka, pelan tindakan perlu dirancang dengan lebih awal bagi mencapai matlamat dan objektif yang berkesan dalam membantu mereka. Pengesanan awal perlu dilakukan bagi mengesan tahap masalah pendengaran yang dialami.Pengesananawaloleh ahli audiologi untuk mengenal pasti sama ada individu itu mempunyai masalah pendengaran ataupun tidak. Kanak-kanak yang berumur 12 bulan keatas boleh menjalani pengesanan awal masalah pendengaran.

Pentingnya pengesanan awal ini adalah untuk mendapatkan rawatan awal dan segera. Terdapat 2 ujian yang dijalankan iaitu ujian pertuturan dan ujian tarikan. Ujian pertuturan bertujuan memerhati sama ada kanak-kanak tersebut memahami apa yang dipertuturkan kepadanya dan menunjukkan gerak balas pada arahan yang diberikan. Manakala ujian pertuturan pula ialah ujian yang dijalankan bagi kanak-kanak dengan mendedahkan bunyi-bunyi tanpa pengetahuannya. Tindak balas tingkah laku akan diperhatikan sama ada bunyi yang diperdengarkan memberi kesan kepadanya dengan menggerakkan mata, tangan, kaki atau muka kearah bunyi (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010).

Seterusnyatindakan yang perlu diambil ialah dengan menjalankan intervensi awal bagi kanak-kanak tersebut.Intervensi Awaladalah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi serta adaptasi melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan keluarga. (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010).

Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran yang berumur dari 0 hinga 6 tahun. Intervensi awal seharusnya diberikan kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran seawal yang mungkin iaitu semenjak mereka dilahirkan atau dikenalpasti mengalami masalah pendengaran sehingga mereka berusia tiga tahun. Pengesanan awal sangat penting untuk kanak-kanak ini dan seterusnya intervensi awal atau kaedah-kaedah dijalankan sesuai dengan masalah pendengaran yang dihadapi bagi mengelakkan kelewatan perkembangan kanak-kanak dan sekali gus mempertingkatkan pencapaian mereka dalam aspek akademik.Beberapa kaedah telah dirancangkan bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini dalam mendidik mereka agar turut sama mendapat ilmu pengetahuan seperti kanak-kanak yang lain.

Program jangka pendekyang dilaksanakan ialah penempatan dalam pendidikan. Melalui program ini mereka diajar menggunakan alat bantuan pendengaran dan bahasa isyarat. Mereka akan di tempatkan diProgram Pendidikan Inklusifiaitu murid diberi peluang berinteraksi dengan kanak-kanak lain tanpa mengira perbezaan individu.Pendidikan Percantumandiberi kepada mereka dengan adanya bilik-bilik khas bagi membimbing mereka.

Program Jangka Panjangpula juga digunakan bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini, antaranya ialah:

2.5.1Pendekatan Auditory VerbalPendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran diajar menggunakan pendengaran mereka untuk mempelajari bahasa pertuturan melalui alat pendengaran atau implan koklea. Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran menikmati persekitaran dan kehidupan yang biasa. Menurut Goldberg dan Flexer (1993), pendekatan ini membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan bahasa secara semulajadi yakni melalui deria dengar.

2.5.2Pendekatan Oral- AuditoryPendekatan ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.

2.5.3Kaedah bacaan bibirKaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.

2.5.4Kaedah bahasa isyaratPada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasukAmerican Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

2.5.5Kaedah komunikasi seluruhKaedahini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.

2.5.6Pertuturan isyarat (cued speech)Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal.

Kebanyakan murid-murid bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya tetapi masih mempunyai sisa pendengaran. Penggunaan alat bantuan pendengaran yang berfungsi dengan baik adalah penting bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran mendengar bunyi-bunyi pertuturan dan seterusnya boleh membantu mempelajari pertuturan (Clark 1989; Romanik 1990). Kajian yang dijalankan oleh Safani Bari et al, dengan sampel kajian melibatkan 141 murid bermasalah pendengaran dan 38 orang guru di empat buah sekolah rendah pendidikan khas di negeri Selangor menunjukkan, tanpa penggunaan alat bantuan pendengaran dunia kanak-kanak ini sepi kerana hanya alat pendengarfan yang boleh menghubungkan mereka denagn bunyi-bunyi persekitara. Pelan utama yang digunakan perlulah melihat kepada tahap keperluan kanak-kanak tersebut. Namun usaha sama juga perlu dilakukan bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam pendidikan muri-murid bermasalah pendengaran bagi memberi mereka pendedahan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut disamping meningkatkan kualiti pendidikan.