(masalah pendengaran) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/bahasa_isyarat_komunikasi/dokume… ·...

21
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 DRAF

Upload: ngotu

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI (MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

DRAF

Page 2: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

DRAF

Page 3: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,

Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 4: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Bahasa Malaysia 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi

Tahun Pengukuhan

1. Kemahiran Pra 3

2. Kemahiran Isyarat Visual 4

Page 5: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang

erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara

adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya

yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Page 7: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang

dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid

menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini

meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak

mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi

tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

Page 8: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

vii

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang

dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4. Sains dan Teknologi

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika

6. Keterampilan Diri

Page 9: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

viii

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

Page 10: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan

standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan

nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi

setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk

bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam

bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras

Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Page 11: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

1

KSSRPK BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan memberi penekanan kepada satandard kandungan dan standard pembelajaran. Semua kemahiran yang digarap, patut diketahui dan boleh dilakukan oleh murid bermasalah pendengaran. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam Tunjang pembelajaran komunikasi. Mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan memberi penekanan kepada penguasaan berkomunikasi murid bermasalah pendengaran yang merangkumi aspek-aspek kemahiran praisyarat, kemahiran visual dan kemahiran bahasa isyarat kreatif. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (KSSRPKMP) bagi mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri untuk berkomunikasi, mempelajari dan memperoleh ilmu serta maklumat baru. Kurikulum Standard Bahasa Isyarat ini akan dijadikan wahana utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai mod komunikasi bagi semua mata pelajaran OBJEKTIF

Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi menyediakan peluang kepada murid bermasalah pendengaran di peringkat sekolah rendah untuk mencapai objektif dalam aspek kemahiran berkomunikasi seperti berikut :

i. melihat dan mengecam apa yang dilihat; ii. membezakan apa yang dilihat dan dirancang; iii. meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau

rakan; iv. membentuk isyarat dan kod dengan tepat; v. melakukan apa yang diisyarat; vi. memperluaskan perbendaharaan kata secara umum; vii. membentuk frasa asas Bahasa Malaysia dengan isyarat / kod; viii. memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa; ix. kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan

pemerolehan Bahasa Malaysia; x. berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat-ayat mudah

dan betul; xi. menguasai kemahiran membina ayat kompleks dengan tepat; xii. bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat

atau lisan; xiii. bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara

lisan atau bahasa isyarat, dan xiv. bercerita bebas secara isyarat atau lisan.

FOKUS

Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi berfokus kepada

usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran dari aspek

pemerolehan dan penguasaan Bahasa Malaysia yang tepat dan

berstruktur melalui penggunaan bahasa isyarat dan mod

komunikasi seluruh yang standard.

Page 12: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

2

ORGANISASI KANDUNGAN

Kemahiran Praisyarat

Kemahiran ini memberi penekanan dari aspek melihat dan mengecam apa yang dilihat, membezakan apa yang dilihat dan dirangsang, meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan, dan Membentuk isyarat / kod dengan tepat.

Kemahiran Visual

Kemahiran ini memberi penekanan kepada aktiviti menyatakan dan melakukan apa yang diisyaratkan, memperluaskan perbendaharaan kata secara umum, membentuk frasa asas Bahasa Malaysia daripada isyarat dan kod, memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa, kemahiran membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Malaysia, dan menguasai kemahiran membina ayat-ayat mudah dan kompleks. Kemahiran Bahasa Isyarat Kreatif

Kemahiran ini memberi penekanan terhadap kemahiran berbahasa isyarat sebagai mod utama di dalam proses penyampaian, penerimaan dan mengakses pemerolehan bahasa yang efektif dalam kalangan murid bermasalah pendengaran.

Kandungannya merangkumi :

i. berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul;

ii. mengisyarat / mengekod secara kreatif; iii. bercerita dengan menggunakan ayat-ayat mudah secara

isyarat atau lisan; iv. bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara

isyarat atau lisan, dan v. bercerita melalui pengalaman, buku, gambar dan situasi.

PENILAIAN Penilaian adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat penguasaan murid terhadap pengajaran guru. Proses penilaian kurikulum termasuk penilaian secara formatif dan sumatif dan kaedah penilaian secara lisan dan penulisan.

Page 13: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

3

Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun Pengukuhan

BIDANG 1 - KEMAHIRAN PRA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

MOTOR KASAR 1.1 Koordinasi Mata - Meniru pergerakan guru - Meniru pergerakan rakan - Melakar di udara

1.1.1 Mengecam apa yang dilihat 1.1.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 1.1.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat. 1.1.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.

1.2 Aktiviti kelembutan. - Membentuk menggunakan doh - Membentuk menggunakan plastisin - Memerah span (kering/basah) - Bermain dengan pasir - Bermain dengan air/ sabun

1.2.1 Mengecam apa yang dilihat 1.2.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 1.2.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat. 1.2.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.

MOTOR HALUS 1.3 Koordinasi Mata – Tangan. - Menggenggam - Aksi menggunting - Menguli - Latihan gerakan mata

1.3.1 Mengecam apa yang dilihat 1.3.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 1.3.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat. 1.3.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.

1.4 Aktiviti kelembutan. - Membentuk menggunakan

doh/ plastisin mengikut corak dan bentuk. - Masukkan air ke dalam botol dengan

menggunakan span

1.4.1 Mengecam apa yang dilihat 1.4.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 1.4.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat. 1.4.4 Melakukan apa yang diisyarat oleh guru dan rakan.

Page 14: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

4

BIDANG 2 - KEMAHIRAN ISYARAT VISUAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DAN ANGKA

2.1 Huruf - Vokal - Konsonan - Turutan abjad a – z

2.1.1 Mengecam apa yang dilihat 2.1.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 2.1.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat. 2.1.4 Membuat kod yang hampir sama. Contoh: „a‟-„s‟, „a‟ - „e‟, „m‟ - „n‟ 2.1.5 Memadankan huruf dengan yang diisyarat

2.2 Angka - Mengenal angka 1 hingga 50

2.2.1 Mengecam apa yang dilihat 2.2.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 2.2.3 Membentuk isyarat atau kod dengan tepat. 2.2.4 Memadankan angka dengan yang diisyarat

2.3 Kata Tanya - Apa , Bagaimana, Berapa, Bila, Mana, Mengapa, Siapa

2.3.1 Mengecam isyarat kata tanya. 2.3.2 Membentuk isyarat/ kod dengan tepat. 2.3.3 Memadankan isyarat dengan kata tanya 2.3.4 Membentuk frasa menggunakan kata tanya. 2.3.5 Memperkenalkan simbol „?‟.

2.4 Ucapan bertatasusila - Selamat pagi, Tengah hari, Petang, Terima kasih, Maaf.

2.4.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.4.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.4.3 Membuat isyarat/kod mengikut gambar/ situasi.

2.5 Keluarga asas - bapa/ ayah, emak / ibu, abang, adik, kakak.

2.5.1 Mengecam apa yang dilihat 2.5.2 Membentuk isyarat /kod yang tepat 2.5.3 Membuat isyarat/ kod keluarga berpandukan gambar atau situasi. 2.5.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

Page 15: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.6 Ganti nama - Saya, Awak, Dia, Kami, Kita, Mereka, Sendiri

2.6.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.6.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.6.3 Membentuk isyarat /kod dengan tepat 2.6.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.6.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.7 Hari dan masa - siang, malam, pagi, petang ,tengah hari, sekarang, esok, semalam, lusa

2.7.1 Mengecam apa yang dilihat 2.7.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.7.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.7.4 Membentuk isyarat /kod dengan tepat 2.7.5 Melakukan apa yang diisyarat 2.7.6 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.8 Pekerjaan - Guru, Guru Besar, Pembantu Pengurusan Murid, Pemandu, Pengusaha Kantin.

2.8.1 Mengecam apa yang dilihat 2.8.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.8.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.8.4 Membentuk isyarat/ kod dengan tepat 2.8.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia. 2.8.6 Membina ayat mudah.

2.9 Persekitaran sekolah - beg sekolah, buku, kelas, kerusi, meja,

papan tulis, pemadam, pembaris, pengasah pensel, pensel, pensel warna, tandas, pen, kapur.

2.9.1 Mengecam apa yang dilihat 2.9.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.9.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.9.4 Melakukan apa yang diisyarat 2.9.5 Membentuk frasa Bahasa Melayu. 2.9.6 Membina ayat mudah.

Page 16: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.10 Persekitaran rumah - katil, bantal, almari, televisyen, cawan,

gelas, pinggan, sudu, garfu

2.10.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.10.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.10.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.10.4 Melakukan apa yang diisyarat 2.10.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia. 2.10.6 Membina ayat mudah.

2.11 Persekitaran Lain - bandar, kampung, kedai, kuil,

pasar, pejabat, rumah, surau, balai polis, sekolah, balai bomba, hospital

2.11.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat 2.11.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.11.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan 2.11.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.11.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia 2.11.6 Membina ayat mudah.

2.12 Kata kerja - ajar, baca, baris, belajar, berjalan, berlari, buat, cari, cuci, curi, dengar, garis, gosok, guna, jaga, jumpa, kejar, ketawa, ketuk, lumba, lupa, makan, mandi, masak, padam, pakai,

pilih, rehat, salam, sapu, senyum, tidur, tipu, tolong

2.12.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan 2.12.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.12.3 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat 2.12.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.12.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia. 2.12.6. Membina ayat kompleks yang mudah.

2.13 Makanan dan minuman - biskut, kopi, mi, kuih, nasi, roti, susu, teh

2.13.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.13.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.13.3 Memadankan gambar dengan isyarat /kod. 2.13.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.13.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia. 2.13.6 Membina ayat kompleks yang mudah..

Page 17: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

7

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.14 Warna - kuning, biru, merah, hitam, putih,

warna

2.14.1 Mengecam apa yang dilihat 2.14.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.14.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.14.4 Mewarnakan gambar mengikut isyarat/kod oleh guru. 2.14.5 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.14.6 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

2.15 Ukuran - banyak, besar, kecil, panjang, pendek, sedikit

2.15.1 Mengecam apa yang dilihat 2.15.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.15.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.15.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.15.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.16 Bahagian tubuh - dada, kaki, kepala, leher, muka, punggung, tangan

2.16.1 Membezakan apa yang dilihat atau diiransang 2.16.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.16.3 Menunjukkan bahagian tubuh yang diisyarat 2.16.4 Mengisyarat/mengekod bahagian tubuh yang ditunjuk oleh guru 2.16.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.17 Pakaian - baju, baju ‘T’, baju kurung, kasut, pakaian, seluar, singlet, stoking, tali pinggang

2.17.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.17.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2,17.3 Menwarnakan pakaian yang diisyarat 2.17.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.18 Kata Adjektif - malas, rajin, baik, betul, garang, kecil, ambat, maju, masin, pandai, sejuk, tegap, jahat, salah

2.18.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.18.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.18.3 Membina ayat mudah 2.18.4 Membina ayat kompleks.

Page 18: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

8

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.19 Bentuk - segi empat, bulat, segi tiga, bujur

2.19.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat 2.19.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.19.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.19.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.20 Kaum, Negeri dan Agama - Cina, Iban ,India, Kadazan, Melayu dan lain-lain kaum etnik

2.20.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.20.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.20.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu. 2.20.4 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

2.21 Perayaan - Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali.,

Krismas dan lain-lain mengikut kaum/ kepercayaan

2.21.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.21.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.21.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu. 2.21.4 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul. 2.21.5 Bercerita berpandukan gambar 2.21.6 Bercerita berdasarkan pengalaman masing-masing.

2.22 Haiwan - ayam, kucing, lembu, kambing, ikan, udang, sotong

2.22.1 Mengecam apa yang dilihat 2.22.2 Membentuk frasa Bahasa Malaysia. 2.22.3 Bercerita tentang haiwan kesayangan 2.22.4 Bercerita tentang haiwan berdasarkan pengalaman

2.23 Buah-buahan / sayur-sayuran - betik, buah-buahan, ciku, epal, jambu, limau, oren, pisang, tembikai, sawi, lobak, cili

2.23.1 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.23.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.23.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu. 2.23.4 Mengisyarat/ mengekod berdasarkan gambar atau perkataan

Page 19: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

9

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.24 Tumbuh-tumbuhan - daun, pokok, bunga, akar, batang, buah

2.24.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.24.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan 2.24.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.24.4 Membentuk frasa Bahasa Melayu.

2.25 Kenderaan - bas, basikal, kapal, kereta, motosikal, sampan, kapal terbang dan lain-lain

2.25.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.25.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.25.3 Membentuk frasa Bahasa Melayu. 2.25.4 Bercerita tentang kenderaan.

2.26 Perasaan - suka, sedih, gembira, marah, sayang, malu,perasaan

2.26.1 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.26.2 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat 2.26.3 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.26.4 Bercerita tentang buku yang dibaca.

2.27 Sukan dan Permainan - bola jaring, bola sepak, congkak, dam, boling, kalah, menang, seri, main

2.27.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.27.2 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.27.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.27.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.27.5 Bercerita tentang permainan atau sukan.

2.28 Kesihatan dan perubatan - cacat, batuk, darah, demam, doktor, gatal, klinik ,luka,sakit, sihat, ubat

2.28.1 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.28.2 Mengecam apa yang dilihat 2.28.3 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.28.4 Main peranan

Page 20: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

10

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.29 Arah - atas, bawah, belakang, hadapan, ini, itu, tepi

2.29.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat 2.29.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.29.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.29.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.29.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.30 Kata Bantu - akan , belum, sudah

2.30.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat 2.30.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.30.3 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa 2.30.4 Kemahiran membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Malaysia.

2.31 Alam semula jadi - air, angin, api, awan, bulan, hujan,matahari

2.31.1 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan 2.31.2 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.31.3 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.31.4 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

2.32 Pendidikan - mata pelajaran, menulis, mengira, melukis, mengeja, salah, betul, lebih besar, lebih kecil, kurang, lebih panjang, pendek

2.32.1 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.32.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum 2.32.3 Membentuk frasa Bahasa Malaysia. dari isyarat atau kod 2.32.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah 2.32.5 Bercerita tentang guru dan mata pelajaran di sekolah

2.33 Kerajaan - Raja, Sultan, Sultanah, Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri

2.33.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat 2.33.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.33.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.33.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.33.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.

Page 21: (MASALAH PENDENGARAN) - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BAHASA_ISYARAT_KOMUNIKASI/Dokume… · Inggeris, bahasa Cina dan ... Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Tahun

11

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.34 Logam - galian, batu ,tanah,pasir.

2.34.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat 2.34.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 2.34.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan 2.34.4 Membentuk isyarat / kod dengan tepat 2.34.5 Membentuk frasa Bahasa Malaysia.