dskp pendidikan islam (masalah pendengaran) tahun 4

46
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN EMPAT KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN DRAF 02/10/2013

Upload: 5443

Post on 20-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN EMPAT

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PENDENGARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

DRAF

02/10/2013

Page 2: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

Cetakan Pertama 2013

© Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa

juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,

Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 3: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PENDENGARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

DRAF

Page 4: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4
Page 5: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4
Page 6: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4
Page 7: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

KANDUNGAN ____________________________________________________________________________________________________________________

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

ORGANISASI KANDUNGAN 7

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8

PENTAKSIRAN 9

STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN: PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN 4

BIDANG: AL-QURAN 12

BIDANG: AKIDAH 16

BIDANG: IBADAH 22

BIDANG: SIRAH 27

BIDANG: ADAB 31

BIDANG: JAWI 35

Page 8: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4
Page 9: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pendengaran) dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,

peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk

semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan

Khas (Masalah Pendengaran) adalah bersifat holistik, tidak terlalu

akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan

teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSR Pendidikan Khas

(Masalah Pendengaran) dibentuk secara fleksibel dan ini

bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendididkan

Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (b) Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “guru-

guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau

pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata

pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan

matlamat pendidikan khas”.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dibina supaya

pembelajaran yang diperoleh di bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan

pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah

pendengaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,

berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) digubal dengan

matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan

tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan insan

yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) membolehkan

murid:

i. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

serta menjadi warganegara yang berguna.

Page 10: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

2

ii. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

iii. Menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya.

iv. Mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna.

v. Menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi sejajar dengan tatasusila

masyarakat majmuk.

vi. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan

seharian bagi yang beragama Islam.

vii. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

viii. Melibatkan diri dalam aktiviti riadah.

ix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

x. Menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang diguna bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama

yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains Dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal Dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

Reka Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Page 11: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pendengaran) digubal dalam bentuk pernyataan

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran yang perlu

dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Dan Standard

Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui

dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan

merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai .

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur untuk setiap Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid

yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap

murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang

digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu

setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran

dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan

dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK). Kemahiran Berfikir ini menekan kepada

pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada

tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

Page 12: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

4

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,

dan nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara

bahagian berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi

justifikasi

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata

pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir

seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta

penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk

menggalakkan murid berfikir.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum

telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan

Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan

Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas

Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan

memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,

dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Page 13: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

5

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses

menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks

tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu

elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan

murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan

inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum

supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan

yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya

dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan.

Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran

bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran)

yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi

dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga

digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-

mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan

secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang

meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan

dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan

mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan

personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun

2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan

amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam

kalangan murid.

Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk

keusahawanan; dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan

tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Page 14: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

6

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan sesuatu mata pelajaran yang berkesan

untuk memperkukuhkan pembelajaran. Penggunaan teknologi

seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer,

perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari

konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan

dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK

merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR.

Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)

Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) memberi fokus kepada

penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam

berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunah. Ia bagi melahirkan

murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan

beramal soleh. Mata pelajaran Pendidikan Islam (Masalah

Pendengaran) memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu

pengetahuan, kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek

keimanan, kemanusiaan dan ketatanegaraan. Mata pelajaran ini

disusun mencakupi bidang Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab

dan Jawi.

Matlamat

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

(KSSRPK) Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) adalah

untuk melahirkan murid bermasalah pendengaran yang

menghormati diri dan orang lain, berilmu, beramal,

berketerampilan dan berakhlak mulia serta menyumbang ke arah

mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara.

Page 15: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

7

Objektif

Setelah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Islam (Masalah

Pendengaran) murid dapat;

1. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan

betul secara isyarat atau kod untuk memupuk minat

membaca al-Quran dan mengamalkan pembacaannya

dalam kehidupan seharian;

2. Memahami maksud beberapa surah terpilih dan

menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran

sebagai rujukan;

3. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai

pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;

4. Memahami dan mengamalkan asas ibadah sebagai

memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;

5. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah

Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada

baginda;

6. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai

akhlak dalam kehidupan seharian; dan

7. Membaca dan menulis tulisan jawi serta mencintainya

sebagai warisan budaya bangsa.

ORGANISASI KANDUNGAN

Bidang Al-Quran

a. Mengenal dan membaca al-Quran menggunakan Kaedah

Fakih.

b. Memahami makna surah al-Fatihah dan surah-surah

tertentu dari juzuk A’mma ( عم ) serta menghayati

pengajarannya.

Bidang Akidah

a. Memahami dan mempunyai akidah yang sahih.

b. Mengetahui mengenai peraturan akidah yang ditentukan

oleh Allah SWT dan melaksanakannya.

c. Mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan

seharian.

Bidang Ibadah

a. Melaksanakan ibadah fardhu seperti solat, puasa, zakat

dan haji.

b. Mematuhi peraturan dan cara hidup Muslim dalam

hubungan dengan Allah SWT, Rasulullah SAW dan

sesama manusia.

Page 16: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

8

Bidang Sirah

a. Mengetahui peristiwa yang berlaku dan sirah Rasulullah

SAW.

b. Mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa dalam sirah

Rasulullah SAW.

Bidang Akhlak

Mematuhi peraturan dan tatacara, serta berakhlak terhadap diri

sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.

Bidang Jawi

a. Mengenal dan membaca tulisan jawi.

b. Menulis tulisan jawi dengan baik.

c. Mempelajari asas seni khat.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M,

guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Antaranya adalah:

Inkuiri

Analisis Tugasan

Belajar Melalui Bermain

Pengajaran Bertema

Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

Konstruktivisme

Multi Sensori

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Interaktif

Pembelajaran Koperatif

Simulasi

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

Page 17: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

9

PENTAKSIRAN

Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya

melalui aktiviti pentaksiran. Pentaksiran di bilik darjah penting

bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid

tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan

secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan

membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran serta

dapat memberi maklum balas kepada guru untuk merancang

tindakan susulan bagi meningkatkan penguasaan dan

pemahaman murid. Guru hendaklah merancang dengan teliti

kaedah yang sesuai untuk mentaksir murid bagi memastikan

pentaksiran yang relevan dan menepati tujuan.

Kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan

adalah seperti berikut:

i. Pemerhatian

Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara

pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai

semak.

ii. Ujian / Kuiz

Ujian atau kuiz boleh dijalankan dalam bentuk kertas

pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan

dalam bentuk soalan objektif atau subjektif.

iii. Persembahan

Persembahan secara lisan atau amali adalah penting

untuk menilai kemahiran bertutur, berkomunikasi (kod

tangan dan isyarat), keyakinan diri dan pengetahuan murid

tentang isi kandungan yang dipelajari.

iv. Folio

Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu

atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan

laporan.

Standard Prestasi Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk

menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.

Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang

disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1

menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian

tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap

Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu

untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.

Page 18: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

10

Tafsiran umum pernyataan Tahap Penguasaan tersebut adalah seperti di Jadual 2.

Tahap

Penguasaan Tafsiran

1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang

telah dipelajari.

3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta

tekal dan bersikap positif.

6

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk

mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan

menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Jadual 2: Tafsiran Umum Standard Prestasi

Page 19: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

11

Tafsiran pernyataan Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) adalah seperti di Jadual 3.

Tahap Penguasaan Kemahiran Tafsiran

1 Ilmu Murid menguasai asas penghayatan, kemahiran dan nilai dalam tajuk yang dipelajari.

2 Amali Murid menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik dalam tajuk yang dipelajari.

3 Amalan Murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

4 Iltizam Murid menjadikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari sebagai amalan dan melakukannya secara bersungguh-sungguh serta bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dalam kehidupan seharian

5 Penghayatan Murid memberi justifikasi atau istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang dipelajari

6 Pentabiatan Murid mengalami perubahan tingkah laku, cara pemikiran serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertakwa berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada tajuk yang telah dipelajari dan boleh dicontohi atau boleh membimbing orang lain

Jadual 3: Tafsiran pernyataan Standard Prestasi Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran)

Page 20: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

12

BIDANG: AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.1 Membaca Surah

Al-Maun.

1.1.1 Mengenal dan mengecam

kalimah-kalimah daripada Surah al-Maun.

1.1.2 Menyebut kalimah-kalimah

tertentu daripada Surah al-Maun.

1.1.3 Membaca setiap kalimah

daripada Surah al-Maun. 1.1.4 Membaca ayat 1 hingga 7

daripada Surah al-maun.

1 Membaca kalimah daripada Surah al-Maun.

2 Membaca ayat daripada Surah al-Maun.

3 Membaca Surah al-Maun dengan baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

4 Membaca Surah al-Maun dengan betul dan bersungguh-sungguh.

5 Membaca Surah al-Maun dengan betul dan lancar serta istiqamah.

6 Membaca Surah al-Maun dengan betul dan lancar serta dapat dicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.

Page 21: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

13

BIDANG: AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.2 Membaca Surah

Al-Humazah.

1.2.1 Mengenal dan mengecam

kalimah–kalimah daripada Surah al-Humazah.

1.2.2 Menyebut kalimah-kalimah

tertentu daripada Surah al-Humazah.

1.2.3 Membaca setiap kalimah

daripada Surah al-Humazah.

1.2.4 Membaca ayat 1 hingga 9

daripada Surah al-Humazah

1 Membaca kalimah daripada Surah al-Humazah.

2 Membaca ayat daripada Surah al-Humazah.

3 Membaca Surah al-Humazah dengan baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

4 Membaca Surah al-Humazah dengan betul dan bersungguh-sungguh.

5 Membaca Surah al-Humazah dengan betul dan lancar serta istiqamah.

6 Membaca Surah al-Humazah dengan betul dan lancar serta dapatdicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.

Page 22: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

14

BIDANG: AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.3 Membaca Surah At-

Takatsur.

1.3.1 Mengenal dan mengecam

kalimah-kalimah daripada Surah at-Takatsur.

1.3.2 Menyebut kalimah-kalimah

tertentu daripada Surah at-Takatsur.

1.3.3 Membaca setiap kalimah

daripada Surah at- Takatsur.

1.3.4 Membaca ayat 1 hingga 8

daripada Surah at-Takatsur.

1 Membaca kalimah daripada Surah at- Takatsur.

2 Membaca ayat daripada Surah at- Takatsur.

3 Membaca Surah at- Takatsur dengan baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

4 Membaca Surah at- Takatsur dengan betul dan bersungguh-sungguh.

5 Membaca Surah at-Takatsur dengan betul dan lancar serta istiqamah.

6 Membaca Surah at-Takatsur dengan betul dan lancar serta dapatdicontohi bacaannya atau boleh membimbing orang lain.

Page 23: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

15

BIDANG: AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.4 Memahami Surah Al-

Fatihah.

1.4.1 Membacakalimah-

kalimah daripada Surah al-Fatihah.

1.4.2 Mengenal makna

kalimah-kalimah tertentu daripada Surah al-Fatihah.

1.4.3 Memahami makna

kalimah-kalimah daripada daripada Surah al-Fatihah.

1.4.4 Memahami maksud

keseluruhan Surah al-Fatihah.

1 Menyatakan makna kalimah-kalimah tertentu daripada Surah al-Fatihah.

2 Menjelaskan makna Surah al-Fatihah.

3 Mengaplikasikan maksud Surah al-Fatihah dalam kehidupan seharian.

4 Memahami dan mengamalkan Surah al-Fatihah secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

5 Memahami dan mengamalkan Surah al-Fatihah secara istiqamah dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian.

6 Memahami dan mengamalkan Surah al-Fatihah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 24: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

16

BIDANG: AKIDAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.1 Memahami dan

menghayati nama-nama Allah: 2.1.1 Al-‘Adl

2.1.1.1 Menyatakan pengertian

al-‘Adl.

2.1.1.2 Menyatakan kesan beramal dengan al-‘Adl.

2.1.1.3 Menyatakan akibat tidak

beramal dengan al-‘Adl.

1 Menyatakan pengertianal-‘Adl.

2 Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan al-‘Adl

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapmaksud al-‘Adl dalam kehidupan seharian.

4 Memahami dan mengamalkan maksud al-‘Adl dengan menjadikannya sebagai pegangan dalamkehidupan seharian.

5 Merumuskan kefahaman terhadap maksud al-‘Adl dengan menjadikanya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.

6

Merumuskan kefahaman terhadap maksud al-‘Adl dengan menjadikanya sebagai asas tindakan dalamkehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 25: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

17

BIDANG: AKIDAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD

PEMBELAJARAN

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.1 Memahami dan

menghayati nama-nama Allah: 2.1.2 As-Syakur

2.1.2.1 Menyatakan pengertian as-Syakur. 2.1.2.2 Menyatakan kesan beramal dengan as- Syakur. 2.1.2.3 Menyatakan akibat .tidak beramal dengan as-Syakur.

1 Menyatakanpengertian as- Syakur.

2 Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan as- Syakur.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapmaksudas- Syakur dalam kehidupan seharian.

4 Memahami dan mengamalkan maksud as-Syakur dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.

5 Merumuskan kefahaman terhadap maksud as-Syakur dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.

6

Merumuskan kefahaman terhadap maksud as-Syakur dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 26: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

18

BIDANG: AKIDAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.2 Memahami dan

menghayati sifat-sifat Allah:

2.2.1 Qiamuhu Binafsihi

2.2.1.1 Menyatakan maksud Qiamuhu Binafsihi. 2.2.1.2 Menyatakan kesan beriman dengan sifat Qiamuhu Binafsihi. 2.2.1.3 Menyatakan akibat tidak beriman dengan sifat Qiamuhu Binafsihi.

1 Menyatakan pengertian Qiamuhu Binafsihi.

2 Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan Qiamuhu Binafsihi.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapsifat Qiamuhu Binafsihi dalam kehidupan seharian.

4 Memahami dan mengamalkan sifat Qiamuhu Binafsihi dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.

5 Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qiamuhu Binafsihi dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.

6

Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qiamuhu Binafsihi dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 27: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

19

BIDANG: AKIDAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.2 Memahami dan

menghayati sifat-sifat Allah:

2.2.2 Wahdaniyah

2.2.2.1 Menyatakan maksud

Wahdaniyah. 2.2.2.2 Menyatakan kesan

beriman dengan sifat Wahdaniyah.

2.2.2.3 Menyatakan akibat tidak

beriman dengan sifat Wahdaniyah.

1 Menyatakan pengertian Wahdaniyah.

2 Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan Wahdaniyah.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapsifat Wahdaniyah dalam kehidupan seharian.

4 Memahami dan mengamalkan sifat Wahdaniyah dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.

5 Merumuskan kefahaman terhadap sifat Wahdaniyah dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.

6

Merumuskan kefahaman terhadap sifat Wahdaniyah dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 28: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

20

BIDANG: AKIDAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.2 Memahami dan

menghayati sifat-sifat Allah:

2.2.3 Qudrat

2.2.3.1 Menyatakan maksud

Qudrat. 2.2.3.2 Menyatakan kesan

beriman dengan sifat Qudrat.

2.2.3.3 Menyatakan akibat tidak

beriman dengan sifat Qudrat.

1 Menyatakan pengertian Qudrat.

2 Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan Qudrat.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadapsifat Qudrat dalam kehidupan seharian.

4 Memahami dan mengamalkan sifat Qudrat dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.

5 Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qudrat dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.

6

Merumuskan kefahaman terhadap sifat Qudrat dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 29: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

21

BIDANG: AKIDAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.3 Memahami dan

menghayati beriman kepada Qadak dan Qadar.

2.3.1 Menyatakan pengertian

Qadak dan Qadar. 2.3.2 Menyatakan kesan beriman

kepada Qadak dan Qadar. 2.3.3 Menyatakan akibat tidak

beriman kepada Qadak dan Qadar.

1 Menyatakan pengertian Qadak dan Qadar.

2 Menjelaskan kesan dan akibat beramal dengan Qadak dan Qadar.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan kefahaman terhadap konsep Qadak dan Qadar dalam kehidupan seharian.

4

Memahami dan mengamalkan sifat konsep Qadak dan Qadar dengan menjadikannya sebagai asas tindakan dalam kehidupan seharian.

5

Merumuskan kefahaman terhadap konsep Qadak dan Qadar dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.

6

Merumuskan kefahaman terhadap konsep Qadak dan Qadar dengan menjadikanya sebagai pegangan dalam kehidupan seharian dan dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 30: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

22

BIDANG: IBADAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.1 Memahami dan

mengamalkan rukun solat.

3.1.1 Menyatakan rukun solat. 3.1.2 Menjelaskan

pembahagian rukun solat.

1 Menyatakan rukun solat.

2 Menjelaskan dan mempraktikkan rukun solat.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan rukun solat dalam kehidupan seharian.

4 Menjelaskan dan mengamalkan rukun solat secara sempurna dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan seharian.

5 Menjelaskan dan mengamalkan rukun solat secara sempurna serta istiqamah dalam kehidupan seharian.

6

Menjelaskan dan mengamalkan rukun solat secara istiqamah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atauboleh membimbing orang lain.

Page 31: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

23

BIDANG: IBADAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2 Memahami dan

mengamalkan konsep bersuci daripada najis:

3.2.1 Najis Mukhaffafah

3.2.1.1 Menyatakan pengertian

Najis Mukhaffafah. 3.2.1.2 Menjelaskan cara

membersihkan Najis Mukhaffafah.

3.2.1.3 Amali membersihkan Najis

Mukhaffafah.

1 Menyatakan perkara-perkara asas bersuci daripada Najis Mukhaffafah.

2 Menjelaskan dan mempraktikkan cara bersuci daripada Najis Mukhaffafah.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mukhaffafah dengan betul dalam kehidupan seharian.

4 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mukhaffafah dengan sempurna dalam kehidupan seharian.

5 Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mukhaffafah secara sempurna dalam kehidupan seharian.

6

Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mukhaffafah secara sempurna dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 32: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

24

BIDANG: IBADAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2 Memahami dan

mengamalkan konsep bersuci daripada najis:

3.2.2 Najis Mutawassitah

3.2.2.1 Menyatakan pengertian

Najis Mutawassitah. 3.2.2.2 Menyenaraikan contoh-

contoh Najis Mutawassitah.

3.2.2.3 Menjelaskan cara

membersihkan Najis Mutawassitah.

3.2.2.4 Amali membersihkan

Najis Mutawassitah.

1 Menyatakan perkara-perkara asas bersuci daripada Najis Mutawassitah.

2 Menjelaskan dan mempraktikkan cara bersuci daripada Najis Mutawassitah.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mutawassitah dengan betul dalam kehidupan seharian.

4 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mutawassitah dengan sempurna dalam kehidupan seharian.

5 Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mutawassitah secara sempurna dalam kehidupan seharian.

6

Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mutawassitah secara sempurna dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 33: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

25

BIDANG: IBADAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2 Memahami dan

mengamalkan konsep bersuci daripada najis:

3.2.3 Najis Mughallazah

3.2.3.1 Menyatakan pengertian

Najis Mughallazah. 3.2.3.2 Menyenaraikan contoh-

contoh Najis Mughallazah.

3.2.3.3 Menjelaskan cara

membersihkan Najis Mughallazah.

3.2.3.4 AmalI membersihkan

Najis Mughallazah.

1 Menyatakan perkara-perkara asas bersuci daripada Najis Mughallazah.

2 Menjelaskan dan mempraktikkan cara bersuci daripada Najis Mughallazah.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mughallazah dengan betul dalam kehidupan seharian.

4 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bersuci daripada Najis Mughallazah dengan sempurna dalam kehidupan seharian.

5 Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mughallazah secara sempurna dalam kehidupan seharian.

6

Menghuraikan dan mengamalkan cara bersuci Najis Mughallazah secara sempurna dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 34: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

26

BIDANG: IBADAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.3 Memahami dan

mengamalkan tayamum.

3.3.1 Menyatakan pengertian

tayamum. 3.3.2 Menyenaraikan rukun

tayamum. 3.3.3 Menyatakan syarat-

syarat tayamum. 3.3.4 Menjelaskan cara-cara

bertayamum. 3.3.5 Menjelaskan perkara-

perkara yang membatalkan tayamum.

3.3.6 Amali tayamum.

1 Menyatakan perkara-perkara asas tayamum.

2 Menjelaskan dan menunjuk cara bertayamum.

3 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bertayamum dengan betul.

4 Menjelaskan dan mengaplikasikan cara bertayamum dengan sempurna dan bersungguh-sungguh.

5 Menganalisis dan melakukan cara bertayamum secara sempurna dengan menekankan kepentingan melakukannya.

6

Melakukan tayamum secara sempurna dengan menekankan kepentingan melakukannya serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 35: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

27

BIDANG: SIRAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD

PEMBELAJARAN

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.1 Memahami peristiwa

dakwah secara sulit dan terang.

4.1.1 Menyatakan pengertian

dakwah secara sulit. 4.1.2 Menyenaraikan sebab-

sebab dakwah secara sulit.

4.1.3 Menerangkan cara-cara

dakwah secara sulit. 4.1.4 Menyatakan pengertian

dakwah secara terang. 4.1.5 Menyenaraikan sebab-

sebab dakwah secara terang.

4.1.6 Menerangkan cara-cara

dakwah secara terang.

1 Menyatakan pengertian dakwah secara sulit dan terang.

2 Menyebut golongan yang menerima dakwah secara sulit dan terang.

3 Menceritakan peristiwa dakwah secara sulit dan terang serta mengaplikasi iktibar daripada peristiwa tersebut di dalam kehidupan seharian.

4

Menyenaraikan sebab-sebab dakwah secara sulit dan terang serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan bersungguh-sungguh.

5 Membezakan dan menjustifikasi dakwah secara sulit dan terang.

6 Menjelaskan kronologi peristiwa dakwah secara sulit dan terang serta boleh membimbing orang lain memahami peristiwa tersebut.

Page 36: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

28

BIDANG: SIRAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.2 Memahami kisah

penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW.

4.2.1 Menyatakan pembesar-

pembesar Makkah yang menentang dakwah Rasulullah SAW.

4.2.2 Menjelaskan ancaman

kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW.

4.2.3 Menyenaraikan sebab-

sebab penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW.

1 Menyatakanperistiwa penentangan pembesar-pembesar Makkah terhadap dakwah Rasulullah SAW.

2 Menjelaskan ancaman kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW.

3

Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar terhadapperistiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

4

Menjelaskan dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian secara bersungguh-sungguh.

5

Menganalisis dan mengaplikasikan iktibardaripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah dalam kehidupan seharian secara istiqamah.

6

Menganalisis dan mengaplikasikan iktibardaripada peristiwa penentangan terhadap dakwah Rasulullah dalam kehidupan seharian secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 37: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

29

BIDANG: SIRAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.3 Memahami peristiwa

hijrah ke Habsyah.

4.3.1 Menyatakan sebab-sebab

penghijrahan. 4.3.2 Menyatakan peristiwa hijrah

ke Habsyah. 4.3.3 Menyenaraikan pengajaran

daripada peristiwa hijrah ke Habsyah.

1 Menyebut nama-nama orang yang berhijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua.

2 Menjelaskan sebab-sebab pengikut Rasulullah SAW berhijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua.

3

Menceritakan peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dalam kehidupan seharian.

4

Menganalisis peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dalam kehidupan seharian.

5 Menjelaskan kronologi peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua.

6

Menyenaraikan pengajaran daripada peristiwa hijrah ke Habsyah kali pertama dan kedua serta boleh membimbing orang lainmemahami peristiwa tersebut.

Page 38: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

30

BIDANG: SIRAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD

PEMBELAJARAN

STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.4 Memahami kisah

penerimaan golongan bangsawan terhadap seruan Nabi Muhammad SAW.

4.4.1 Menyatakan golongan

bangsawan Makkah yang menerima dakwah Islam.

4.4.2 Menerangkan kesan

daripada seruan dakwah Nabi Muhammad SAW.

1 Menyatakan nama-nama golongan bangsawan yang menerima dakwah Islam.

2 Menceritakan biodata tokoh bangsawan yang yang menerima dakwah Islam.

3 Menerangkan peristiwa pengislaman golongan bangsawan dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.

4

Menerangkan kesan daripada seruan dakwah Nabi Muhammad SAW dan mengambil iktibar daripada peristiwa dalam kehidupan seharian secara bersungguh-sungguh.

5

Menganalisis kesan penerimaan golongan bangsawan terhadap dakwah Rasulullah SAWdalam kehidupan seharian secara istiqamah.

6

Menghuraikan dan mengaplikasi iktibar daripada peristiwa penerimaan golongan bangsawan terhadap dakwah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian secara istiqamahserta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 39: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

31

BIDANG: ADAB

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.1 Memahami dan

mengamalkan adab bergaul dalam keluarga.

5.1.1 Menyatakan maksud

keluarga. 5.1.2 Menyenaraikan adab-adab

bergaul dalam keluarga. 5.1.3 Menyatakan hikmah

mengamalkan adab bergaul dalam keluarga.

5.1.4 Menerangkan akibat tidak

mengamalkan adab bergaul dalam keluarga.

1 Menyatakan adab bergaul dalam keluarga.

2 Menjelaskan adab bergaul dalam keluarga.

3 Menunjuk cara adab bergaul dalam keluarga dengan betul.

4 Menyenaraikan kesan adab bergaul dalam keluarga serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.

5 Mengamalkan adab bergaul dalam keluarga secara istiqamah.

6 Mengamalkan adab bergaul dalam keluarga secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 40: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

32

BIDANG: ADAB

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.2 Memahami dan

mengamalkan adab bergaul dengan orang tua.

5.2.1 Menyenaraikan adab

bergaul dengan orang tua.

5.2.2 Menyatakan hikmah

mengamalkan adab bergaul dengan orang tua.

5.2.3 Menerangkan akibat tidak

mengamalkan adab bergaul dengan orang tua.

1 Menyatakan adab bergaul dengan orang tua.

2 Menjelaskan adab bergaul dengan orang tua.

3 Menunjuk cara adab bergaul dengan orang tua dengan betul.

4 Menyenaraikan kesan adab bergaul dengan orang tua serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.

5 Mengamalkan adab bergaul dengan orang tua secara istiqamah.

6 Mengamalkan adab bergaul dengan orang tua secara istiqamah serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 41: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

33

BIDANG: ADAB

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.3 Memahami dan

mengamalkan adab berjiran.

5.3.1 Menyatakan maksud jiran. 5.3.2 Menyenaraikan adab-adab

berjiran. 5.3.3 Menyatakan hikmah

mengamalkan adab berjiran.

5.3.4 Menerangkan akibat tidak

mengamalkan adab berjiran.

1 Menyatakan adab berjiran .

2 Menjelaskan adab berjiran.

3 Menunjuk cara adab berjiran dengan betul.

4 Menyenaraikan kesan adab berjiran serta membudayakannya dalam kehidupan seharian.

5 Mengamalkan adab berjiran secara istiqamah.

6 Mengamalkan adab berjiran secara istiqamah serta dicontohi dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 42: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

34

BIDANG: ADAB

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.4 Memahami dan

mengamalkan adab di dalam masjid.

5.4.1 Menyatakan maksud

masjid. 5.4.2 Menyenaraikan adab-adab

di dalam masjid. 5.4.3 Menyatakan hikmah

mengamalkan adab di dalam masjid.

5.4.4 Menerangkan akibat tidak

mengamalkan adab di dalam masjid.

1 Menyatakan adab di dalam masjid.

2 Menjelaskan adab di dalam masjid.

3 Menunjuk cara adab di dalam masjid dengan betul.

4 Menyenaraikan kesan mengamalkan adab di dalam masjid serta membudayakan dalam kehidupan seharian.

5 Mengamalkan adab di dalam masjid secara istiqamah dalam kehidupan seharian.

6

Mengamalkan adab di dalam masjid secara istiqamah dalam kehidupan seharian serta dapat dicontohi atau boleh membimbing orang lain.

Page 43: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

35

BIDANG: JAWI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6.1 Mengenal, membaca dan

menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab.

6.1.1 Mengenal perkataan

pinjaman Bahasa Arab. 6.1.2 Membaca perkataan

pinjaman Bahasa Arab. 6.1.3 Menulis perkataan

pinjaman Bahasa Arab.

1 Mengeja dan menyebut perkataan pinjaman Bahasa Arab.

2 Menyebut, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab.

3 Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul.

4 Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul dan membudayakannya di sekolah.

5 Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul dan berterusan.

6 Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan lancar serta boleh dicontohi dan membimbing orang lain.

Page 44: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

36

BIDANG: JAWI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6.2 Mengenal, membaca dan

menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.

6.2.1 Mengenal perkataan

pinjaman Bahasa Inggeris. 6.2.2 Membaca perkataan

pinjaman Bahasa Inggeris. 6.2.3 Menulis perkataan

pinjaman Bahasa Inggeris.

1 Mengeja dan menyebut perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.

2 Menyebut, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.

3 Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan betul.

4 Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan betul dan membudayakannya di sekolah.

5 Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan betul dan berterusan.

6 Membaca dan menulis perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dengan lancar serta boleh dicontohi dan membimbing orang lain.

Page 45: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4
Page 46: DSKP Pendidikan Islam (Masalah Pendengaran) Tahun 4

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk