pendidikan jasmani - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/dokumenstandardkurikulumpendjasma… ·...

27
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 DRAF

Upload: nguyenque

Post on 06-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

DRAF

Page 2: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2010

Page 3: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 4: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

iv

KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan iii

Rukun Negara iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan v

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix

Pendahuluan KSSRPK Pendidikan Jasmani 1

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun Pengukuhan Standard 1 : Kecekapan Kemahiran Pergerakan 7 Standard 2 : Aplikasi Pengetahuan Dan Konsep Dalam Pergerakan 12 Standard 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Dan Prestasi Fizikal 13 Standard 4 : Konsep, Prinsip Dan Strategi Meningkatkan Kecergasan 15

Page 5: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

v

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara

Page 7: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Pendahuluan

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK

Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani

cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid

menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat

Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi

aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan

pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

Page 8: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

vii

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang

dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4. Sains dan Teknologi

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika

6. Keterampilan Diri

Page 9: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

viii

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan

sains, kemahiran dan sikap

saintifik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan

dan kemahiran berasaskan

teknologi

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

NilaiPenghayatan amalan

agama, kepercayaan,

sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal &

EstetikaPerkembangan jasmani dan

kesihatan untuk

kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui

aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan

amalan tentang

kemasyarakatan dan alam

sekitar setempat, negara

dan global

Penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan

Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

Page 10: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran

yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri

daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Page 11: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

1

KSSRPK PENDIDIKAN JASMANI

PENDAHULUAN

Kurikulum transformasi Pendidikan Jasmani Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran adalah semakan daripada kurikulum Pendidikan Jasmani tahun 1999. Kurikulum ini memberi tumpuan kepada pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi (Noncommunicaticable Disease Section – Disease Control Division, 2006). Tahap kecergasan masyarakat Malaysia perlu ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak dari awal lagi. Kerangka kurikulum ini masih mengekalkan prinsip-prinsip dalam telah digubal berdasarkan kurikulum KBSR Pendidikan Jasmani dan menggunakan Sukan Murid Sekolah oleh International Standards For Physical Education And Sports For School Children - ICHPER-SD sebagai panduan. Kerangka kurikulum ini membantu pendidik mengimplementasikan Pendidikan Jasmani berdasarkan standard. Standard kurikulum Pendidikan Jasmani terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran.

MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Jasmani Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bertujuan membina murid Bermasalah Pendengaran menjadi individu yang berkemahiran, berpengetahuan, cergas dan sihat melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

O B J E K T I F

Kurikulum Pendidikan Jasmani Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran sekolah rendah bertujuan membolehkan murid Bermasalah Pendengaran mencapai standard pembelajaran berikut :

1. Melakukan kemahiran asas dengan perlakuan yang betul

2. Mengembangkan kecekapan dalam pergerakan dan kemahiran motor.

Membina kecekapan semasa menggabungkan kemahiran

dengan pelbagai variasi pergerakan.

1. Melakukan pergerakan dan kemahiran motor yang dilakukan berdasarkan prinsip bio mekanik.

2. Membina tahap kecergasan berasaskan kesihatan yang optimum.

3. Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala. 4. Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal

secara berkala. 5. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa

melakukan aktiviti fizikal. 6. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang

seronok dan selamat. 7. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah

keselamatan semasa melakukan aktiviti jasmani. 8. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk

kesejahteraan hidup.

Page 12: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

2

FOKUS MATAPELAJARAN

Tumpuan Kurikulum Pendidikan Jasmani Transisi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran adalah memberi asas kepada pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin berikut iaitu pembelajaran motor, perkembangan motor, kinesiologi, bio mekanik, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai.

Mata pelajaran ini dapat membantu meningkatkan literasi bahasa melalui aktiviti fizikal yang dirancang. Guru diberi ruang untuk menggunakan kreativiti mereka merancang pengajaran untuk meningkatkan penguasaan berkomunikasi.

Bagi melaksanakan kurikulum Pendidikan Jasmani, sekolah hendaklah menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan, persekitaran, peralatan dan kemudahan yang kondusif untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Jasmani. ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran adalah disusun mengikut standard kandungan. Terdapat lima standard kandungan dalam Pendidikan Jasmani. Standard 1 merupakan kecekapan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam melakukan kemahiran. Manakala standard 2 adalah aplikasi konsep, prinsip dan strategi dalam menghasilkan sesuatu kemahiran pergerakan. Standard 1 dan 2 dilaksanakan secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan. Standard 3 merupakan aktiviti dan kaedah untuk mengekalkan tahap kecergasan fizikal. Manakala standard 4 merupakan aplikasi konsep, prinsip dan strategi untuk meningkatkan kesihatan diri dan prestasi fizikal menerusi aktiviti kecergasan.

Standard 3 dan 4 juga dilaksanakan serentak dalam pengajaran dan pembelajaran kecergasan. Setiap standard kandungan juga perlu dikuasai serentak dengan standard 5. Standard 5 menekankan aplikasi keselamatan, pengurusan, sosiologi dan psikologi. Kesemua standard kandungan dalam Kurikulum Transformasi Pendidikan Jasmani Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Page 13: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

3

KANDUNGAN BIDANG

STANDARD 1 : KECEKAPAN KEMAHIRAN PERGERAKAN Melakukan pelbagai corak pergerakan yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal. 1. Pergerakan Asas

1.1. Konsep Lokomotor 1.2. Pergerakan Lokomotor 1.3. Kemahiran Manipulasi Alatan

2. Gimnastik Asas

2.1. Kawalan Badan dan Sokongan 2.2. Hambur dan Pendaratan 2.3. Putaran 2.4. Lentikan ( Arch ) 2.5. Gerak Edar / Kemahiran Berirama

3. Asas Akuatik

4. Rekreasi dan Kesenggangan

Perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kecergasan dan bio mekanik, anatomi dan fisiologi.

Page 14: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

4

KANDUNGAN BIDANG

STANDARD 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DAN KONSEP DALAM PERGERAKAN Mengaplikasi konsep, prinsip dan starategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melakasanakan aktiviti fizikal. 1. Pergerakan Asas

1.1 Konsep Pergerakan 1.2 Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor 1.3 Kemahiran Manipulasi Alatan

2. Gimnastik Asas

1.1 Kawalan Badan dan Sokiongan 1.2 Hambur dan Pendaratan 1.3 Putaran 1.4 Kelenturan

3. Asas Akuatik

4. Rekreasi dan Kesengganan

Perkembangan kognitif, perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kecergasan dan biomekanik, anatomi dan fisiologi.

Page 15: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

5

KANDUNGAN BIDANG

STANDARD 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN DAN PRESTASI FIZIKAL Mencapai dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal.

1. Konsep Kecergsan 2. Kapasiti Aerobik 3. Kelenturan 4. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 5. Komposisi Badan 6. Pentaksiran

Anatomi, fisiologi, perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kecergasan, biomekanik, kemahiran social dan perkembangan kognitif.

STANDARD 4 : KONSEP, PRINSIP DAN STRATEGI MENINGKATKAN KECERGASAN Mengaplikasi konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk meningkatkan kesihatan dan prestasi fizikal.

1. Konsep Kecergasan 2. Kapasiti Aerobik 3. Kelenturan 4. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 5. Komposisi Badan

Anatomi, fisiologi, perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kecergasan, biomekanik, kemahiran social dan perkembangan kognitif.

Page 16: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

6

KANDUNGAN BIDANG

STANDARD 5 : KESUKANAN

Mengukuhkan amalan pendidikan jasmani menerusi elemen kesihatan,

konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti

fizikal dengan berkesan.

1. Keselamatan Dan Pengurusan 2. Tanggungjawab Kendiri 3. Interaksi Sosial 4. Kumpulan Dinamik

Kemahiran personal, perkembangan kognatif, kemahiran

social, kemahiran psikologi dan penyertaan.

Catatan :

Guru boleh memilih untuk mengajar topik akuatik atau kesenggangan. Jika sekolah mempunyai kemudahan kolam, guru wajib mengajar

topik akuatik.

Page 17: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

7

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN PNEGUKUHAN

STANDARD 1 : KECEKAPAN KEMAHIRAN PERGERAKAN

Menguasai kemahiran motor dan corak pergerakan yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang melibatkan :-

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Pergerakan Asas

1.1 Konsep pergerakan

Berkebolehan melakukan

pelbagai pergerakan

berdasarkan konsep

pergerakan.

1.1.1 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan.

1.1.2 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang, ruang am

dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras ruang yang berbeza.

1.1.3 Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan

kanan berdasarkan isyarat.

1.1.4 Menukarkan arah daripada depan ke belakang dan kiiri ke kanan

mengikut tempo, irama dan isyarat.

1.1.5 Melakukan pergerakan dalam laluan lurus dan zig-zag.

1.1.6 Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo,

irama, gaya dan isyarat.

1.1.7 Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas,

ringan dengan berat dan lembut dengan kuat.

Page 18: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

8

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Pergerakan lokomotor

Berkebolehan melakukan pelbagai

pergerakan lokomotor asas dengan

lakuan yang betul

1.2.1 Melakukan pergerakan berjalan, berlari, galop, gelongsor, melompat, ketingting,

skip, melenting, mengguling dan merangkak.

1.2.2 Melakukan pergerakan melompat dan mendarat dengan menggunakan dua

kaki dengan lutut dibengkokkan selepas melompat dengan satu kaki dan dua

kaki.

1.2.3 Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah dan

kelajuan dengan rakan dan objek.

1.2.4 Melakukan lompat tali yang dihayun oleh dua orang rakan dengan kiraan atau

tanpa berhenti.

1.2.5 Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama dan gaya

1.3 Pergerakan bukan lokomotor

Berkebolehan melakukan pelbagai

pergerakan bukan lokomotor asas

dengan lakuan yang betul.

1.3.1 Melakukan pergerakan fleksi sendi badan (membongkok), meregang,

membuai, meringkuk,mengilas, memusing, menolak, menarik, menghayun,

menggoncang dan mengimbang.

1.3.2 Melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah, aras, aliran

daya dengan rakan dan objek.

1.3.3 Melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama dan gaya.

Page 19: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

9

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Kemahiran manipulasi alatan

Berkebolehan melakukan kemahiran

manipulasi alatan dengan lakuan yang

betul

1.4.1 Melakukan balingan bawah tangan.

1.4.2 Melakukan balingan atas tangan.

1.4.3 Melakukan balingan atas kepala dengan dua tangan.

1.4.4 Menangkap atau menerima objek yang dilontar lembut dengan lakuan yang

betul.

1.4.5 Menangkap bola yang dilambung sendiri.

1.4.6 Menendang bola yang digolek daripada kedudukan statik.

1.4.7 Menendang bola yang statik dan seterusnya berlari ke hadapan.

1.4.8 Memukul belon ke atas menggunakan tangan, lengan dan kaki berterusan.

1.4.9 Memukul belon ke atas menggunakan pemukul berlengan pendek / bet

pingpong.

1.4.10 Gelecek bola ke hadapan menggunakan bahagian dalam kaki.

1.4.11 Gelecek bola berterusan menggunakan satu kaki.

2. Gimnastik Asas

Berkebolehan melakukan pergerakan

asas dalam gimnastik dengan lakuan

yang betul.

2.1 Kawalan badan dan sokongan

Berkebolehan melakukan pergerakan

yang memerlukan imbangan dan

sokongan badan.

2.1.1 Melakukan imbangan statik dengan bahagian badan simetri dan tidak simetri.

2.1.2 Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan.

Page 20: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

10

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Hamburan dan pendaratan

Berkebolehan melakukan kemahiran

hamburan dan pendaratan dengan

lakuan yang betul.

2.2.1 Melakukan hamburan dari kaki dan tangan.

2.2.2 Melakukan hamburan dari kaki dan tangan pelbagai arah.

2.2.3 Melakukan hamburan dan membuat bentuk badan di udara dan mendarat.

2.3 Putaran

Berkebolehan melakukan kemahiran

putaran dengan lakuan yang betul.

2.3.1 Melakukan putaran menegak.

2.3.2 Melakukan guling balak berterusan.

2.3.3 Melakukan guling balak secara berpasangan.

2.3.4 Melakukan guling telur.

2.4 Lentikan (arch)

Berkebolehan melakukan kemahiran

lentikan dengan lakuan yang betul.

2.4.1 Melakukan alunan dan lentikan.

2.4.2 Melakukan alunan dan lentikan dengan pasangan.

2.4.3 Melakukan alunan dan lentikan mengikut irama atau gaya tertentu

Page 21: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

11

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3. Asas Akuatik

3.1 Keyakinan dan keselamatan di air.

3.1.1 Mematuhi peraturan dalam air.

3.1.2 Melakukan kemahiran keyakinan dalam air : masuk ke dalam air, bobbing,

apungan dan lungsur (slide).

4. Rekreasi dan kesenggangan

4.1 Berkebolehan mengaplikasi kemahiran

motor halus dan kasar untuk melakukan aktiviti

rekreasi dan kesenggangan.

4.1.1 Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti istana pasir, permainan lego dan

mereka cipta objek

Page 22: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

12

STANDARD 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DAN KONSEP DALAM PERGERAKAN.

Mengaplikasi konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti

fizikal yang melibatkan :-

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Pergerakan Asas 1.1 Konsep pergerakan

Mengenal pasti dan melakukan konsep asas pergerakan.

1.1.1 Mengenal pasti ruang yang berbeza memerlukan penyesuaian pergerakan. 1.1.2 Mengenal pasti ruang diri. 1.1.3 Mengenal pasti arah pergerakan kiri,kanan, hadapan, belakang, atas dan

bawah.

1.2 Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Memahami dan membezakan pergerakan lokomotor dengan bukan lokomotor.

1.2.1 Menyatakan jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 1.2.2 Mengenal pasti bahawa perubahan kedudukan badan adalah pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor 1.2.3 Membezakan pergerakan lokomotor mengikut tempo.

1.3 Kemahiran manipulasi alatan.

Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan.

1.3.1 Menyatakan jenis-jenis pergerakan asas manipulasi alatan. 1.3.2 Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran bawah

tangan dan atas tangan. 1.3.3 Menyatakan dalam balingan bawah tangan, kedudukan jari pada saat

melambung objek mempengaruhi arah pergerakan objek. 1.3.4 Menyatakan tangan yang tidak membaling bertindak sebagai imbangan dan

memberi pengaruh kepada arah dan pergerakan objek yang dibaling. 1.3.5 Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap

atau menerima bola. 1.3.6 Mengenal pasti kedudukan kaki yang tidak menendang apabila membuat tendangan.

Page 23: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

13

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2. Gimnastik Asas 2.1 Kawalan badan dan sokongan

Mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan.

2.1.1 Mengenal pasti tapak sokongan pada objek.

2.2 Hambur dan pendaratan

Memahami konsep hambur dan pendaratan.

2.2.1 Mengenal pasti pergerakan serta merta. 2.2.2 Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul.

2.3 Putaran

Memahami konsep putaran dalam pergerakan.

2.3.1 Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti putaran menegak. 2.3.2 Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan aktiviti guling balak. 2.3.3 Menyatakan kedudukan badan untuk menghasilkan aktiviti guling telur.

2.4 Kelenturan

Memahami konsep kelenturan.

2.4.1 Mengenal pasti kemahiran alunan dan lentikan. 2.4.2 Mengkoordinasikan pergerakan alunan dan lentikan mengikut irama. 2.4.3 Mengenal pasti pergerakan yang ditiru 2.4.4 Menyatakan pergerakan yang sesuai berdasarkan lirik lagu kanak- kanak.

3. Asas Akuatik 3.1 Mengaplikasikan konsep keselamatan di air.

3.1.1 Mengenal pasti peraturan dalam air. 3.1.2 Menyatakan jenis apungan.

4. Rekreasi dan kesenggangan 4.1 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan

4.1.1 Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti istana pasir, permainan lego dan mereka cipta objek. 4.1.2 Menamakan anggota-anggota badan yang terlibat dalam kemahiran berlari, melambung dan menyambut.

Page 24: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

14

STANDARD 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN DAN PRESTASI FIZIKAL Mencapai dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Konsep Kecergasan 1.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan.

1.1.1 Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, regangan dan

kelonggaran yang boleh meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan dan kadar nadi.

2. Kapasiti aerobik 2.1 Berkebolehan melakukan aktiviti yang meningkatkan kapasiti aerobik.

2.1.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangkamasa yang ditetapkan pada intensiti rendah dan sederhana.

3. Kelenturan 3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti kelenturan.

3.1.1 Melakukan aktiviti regangan statik pada otot-otot utama.

4. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 4.1 Berkebolehan melakukan aktiviti meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.

4.1.1 Melakukan posisi sedia ’tekan tubi’ dan posisi separa cangkung beberapa lama. 4.1.2 Melakukan posisi duduk ke berdiri tanpa sokongan. 4.1.3 Melakukan posisi baring ke duduk tanpa sokongan. 4.1.4 Bergayut dan meniti menggunakan tangan pada palang. 4.1.5 Mengangkat bahu sahaja pada posisi bangkit tubi separa dengan lutut bengkok.

5. Komposisi Badan 5.1 Mengenal pasti komposisi badan.

5.1.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat.

6. Pentaksiran 6.1. Berkebolehan mengukur peningkatan tahap kecergasan diri.

6.1.1 Mengenal pasti petunjuk untuk mengukur peningkatan kecergasan fizikal berdasarkan perubahan tahap aktiviti.

Page 25: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

15

STANDARD 4 : KONSEP, PRINSIP DAN STRATEGI MENINGKATKAN KECERGASAN Mengaplikasikan konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan :-

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Konsep Kecergasan 1.1 Menguasai konsep kecergasan yang diaplikasi semasa melakukan aktiviti kecergasan fizikal.

1.1.1 Mengenal pasti aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. 1.1.2 Mengetahui kedudukan dan urutan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan dalam melakukan aktiviti fizikal. 1.1.3 Mengetahui keperluan memanaskan dan menyejukkan badan. 1.1.4 Menyatakan keperluan minum air semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal. 1.1.5 Mengenal pasti makanan yang memberi tenaga dan membantu tumbesaran.

2. Kapasiti aerobik 2.1 Menguasai konsep asas kapasiti aerobik.

2.1.1 Mengenal pasti jantung adalah otot yang penting dalam badan. 2.1.2 Menyatakan hubungan antara jantung dan paru-paru semasa melakukan aktiviti fizikal. 2.1.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan otot jantung.

3. Kelenturan 3.1 Menguasai konsep asas kelenturan.

3.1.1 Mengetahui teknik regangan yang betul. 3.1.2 Mengenali pelbagai pergerakan yang betul untuk meningkatkan kelenturan pada sesuatu kumpulan otot. 3.1.3 Mengetahui bahawa aktiviti regangan dapat mengurangkan risiko kecederaan otot dan bahagian sendi.

4. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 4.1 Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot.

4.1.1 Menyatakan otot yang kuat menghasilkan lebih daya dan mengelakkan kecederaan. 4.1.2 Menyatakan bahawa melakukan aktiviti kekuatan yang berpanjangan meningkatkan daya tahan.

Page 26: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

16

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

5. Komposisi Badan 5.1.1 Mengetahui komponen badan.

5.1.1 Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ, tisu dan lemak. 5.1.2 Mengenal bentuk badan kurus, sederhana dan berlebihan berat badan.

Page 27: PENDIDIKAN JASMANI - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/DokumenStandardKurikulumPENDJASMA… · Standard 2 : ... KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

17

STANDARD 5 : KESUKANAN Mengukuhkan amalan pendidikan jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Keselamatan dan pengurusan. 1.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan

1.1.1 Menyatakan dan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti pendidikan jasmani. 1.1.2 Menyatakan dan membuat persediaan dari segi pakaian sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti pendidikan jasmani. 1.1.3 Menggunakan alatan sendiri dan tidak merebut alatan yang sedang digunakan oleh rakan. 1.1.4 Mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.

2. Tanggungjawab kendiri. 2.1 Mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

2.1 .1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan bersedia menerima cabaran. 2.1.2 Menerima cabaran, kejayaan dan kegagalan diri.

3. Interaksi Sosial 3.1 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bentuk semasa melakukan aktiviti fizikal.

3.1.1 Berkomunikasi antara rakan dan guru semasa melakukan aktiviti fizikal.