masalah pembelajaran

24
MASALAH PEMBELAJARAN

Upload: atiqah-latiff

Post on 20-Jun-2015

11.141 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah pembelajaran

MASALAH PEMBELAJAR

AN

Page 2: Masalah pembelajaran

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai.

Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.

Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran.

Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran.

Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka.

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

Page 3: Masalah pembelajaran

Definisi mengikut Idea(1997)

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada

proses asas psikologi melibatkan

pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan

atau penulisan di mana masalah yang dihadapi

mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak

sempurna.

Tidak termasuk mereka yang bermasalah

pembelajaran akibat daripada

ketidakupayaan penglihatan,

pendengaran dan motor, kerencatan

akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya

atau ekonomi.

Page 4: Masalah pembelajaran

merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik.

Berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur.

Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran.

Mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. 

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

DEFINISI DARIPADA THE NATIONAL JOINT COMMITTEE ON LEARNING

DISABILITIES (NJCLD), 1990

Page 5: Masalah pembelajaran

kecederaan otak

keturunan

ketidakseimbangan biokimia

persekitaran. 

SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Page 6: Masalah pembelajaran

Kecederaan otak boleh berlaku

sebelum kelahiran bayi di mana ibu

yang mengandung mengambil alkohol

atau dadah, dijangkiti demam

campak atau merokok.

Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran

seperti bayi kekurangan oksigen.

Selepas kelahiran,

kecederaan otak boleh

berlaku disebabkan

demam panas, hentakan yang

kuat pada bahagian

kepala akibat kemalangan

dan jangkitan seperti

meningitis.

KECEDERAAN OTAK

Page 7: Masalah pembelajaran

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu

sebab kepada masalah pembelajaran.

Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi

masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-

duanya menghadapi masalah pembelajaran.

Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

KETURUNAN

Page 8: Masalah pembelajaran

Ketidakseimbangan bahan

kimia dikatakan

boleh menjadi punca kepada

masalah hiperaktiviti yang boleh

mengakibatkan kesukaran memberi

tumpuan ke atas kerja sekolah.

Ketidakseimbangan biokimia juga

boleh menyumbang

kepada masalah pembelajaran.

KETIDAKSEIMBANGAN BIOKIMIA

Page 9: Masalah pembelajaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga

boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan

seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan

bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang

sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi.

Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran

FAKTOR PERSEKITARAN

Page 10: Masalah pembelajaran

Kognitif

Akademik

Sosial

Emosi dan tingkah laku. 

CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Page 11: Masalah pembelajaran

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam

pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran

atau pengolahan.

Menghadapi kesukaran dalam mengaitkan

pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru

Sukar mengaplikasikan

pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

KOGNITIF

Page 12: Masalah pembelajaran

Membaca

LisanTulisan

matematik.

AKADEMIK

Page 13: Masalah pembelajaran

Ramai pelajar masalah

pembelajaran menghadapi

masalah membaca.

Paling nyata ialah

kesukaran memahami apa yang

dibaca dan kesukaran mengenal

pasti perkataan.

Istilah yang sering

dikaitkan dengan masalah

membaca ialah disleksia.

CIRI AKADEMIK:MEMBACA

Page 14: Masalah pembelajaran

Selain membaca, pelajar

bermasalah pembelajaran menghadapi

kesukaran dalam lisan seperti

fonologi, morfologi,

susunan kata dalam ayat

(syntax) dan pragmatik.

Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di

sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri

dalam perbualan atau interaksi

dengan kawan dan sebagainya.

CIRI AKADEMIK:LISAN

Page 15: Masalah pembelajaran

Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

CIRI AKADEMIK:MENULIS

Page 16: Masalah pembelajaran

Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.

Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

CIRI AKADEMIK : MATEMATIK

Page 17: Masalah pembelajaran

Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka.

Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran.

Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

SOSIAL DAN EMOSI

Page 18: Masalah pembelajaran

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru.

Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. 

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain.

Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. 

KEMAHIRAN SOSIAL YANG LEMAH

Page 19: Masalah pembelajaran

Motivasi merupakan keinginan untuk

melibatkan diri dalam aktiviti.

Kebanyakan pelajar bermasalah

pembelajaran kurang bermotivasi untuk

belajar.

Apabila pelajar bermasalah

pembelajaran berjaya dalam peperiksaan,

mereka menganggap sebagai bernasib baik

atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka

menganggap diri mereka bisu (dumb).

Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi

mereka. 

MOTIVASI

Page 20: Masalah pembelajaran

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah

terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya.

Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan

hiperaktiviti (ADHD).

Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak

menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain.

Masalah tingkah laku ini juga boleh

mengganggu hubungan sosial

dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri

pelajar.

CIRI TINGKAH LAKU

Page 21: Masalah pembelajaran

Penaksiran formal

Penaksiran dalam bilik

darjah

Response ti intervension(

RTI)

JENIS- JENIS PENAKSIRAN

Page 22: Masalah pembelajaran

Pengajaran secara Langsung

Membuat Strategi Pengajaran 

CADANGAN CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR

BERMASALAH PEMBELAJARAN

Page 23: Masalah pembelajaran

Bilik Darjah Biasa

Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat

Bilik Sumber 

Bilik Darjah Berasingan

PILIHAN PENEMPATAN PENDIDIKAN

Page 24: Masalah pembelajaran

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 

KESIMPULAN