masalah pembelajaran tajuk persamaan kimia … filekimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran...
TRANSCRIPT
MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA DALAM KONTEKS
PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NOR HIDAYAH BINTI ALIAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MASALAH PEMBELAJARAN TAJUK PERSAMAAN KIMIA
DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NOR HIDAYAH BINTI ALIAS
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
DEDIKASI
Khas buat,
Bonda dan Ayahanda yang dikasihi, Zaliha Harun dan Alias Masrom, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan, berkat doa dan dorongan kalian, menjadi penawar semangat bagiku...
teristimewa untuk,
Abang dan adik-adik, tersayang, kau menjadi sumber inspirasiku, dalam menempuhi liku dan ranjau, kata perangsang mu ubat mujarab
bagiku terima kasih untuk,
rakan-rakanku rai, ika dan niza akan ku semat ianya dalam kalbuku, akanku ingati sepanjang hayatku
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim…
Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia serta keizinanNya dapat saya menyiapkan projek ini dengan sebaik mungkin.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia P.M. Dr. Mohd Nor Bin Bakar di atas bimbingan dan
tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Melalui
bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga saya telah berjaya
menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan yang telah membantu memberi
tunjuk ajar serta sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik kalian akan diberkati oleh Allah SWT.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji masalah pembelajaran di kalangan pelajar
sekolah menengah dalam tajuk persamaan kimia. Aspek yang dikaji adalah berkaitan
dengan konsep asas kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan
kepada bentuk simbol. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di empat buah
sekolah menengah dalam daerah Kluang dan Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim yang
telah dipilih secara rawak. Soalan berbentuk subjektif diberikan kepada pelajar adalah
berkaitan dengan persamaan kimia menggunakan instrumen soal selidik. Data yang
diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan dan min untuk dibuat perbandingan
menggunakan Statistik Package For The Social Science (SPSS Version 11.5) dengan
nilai alpha α= 0.797. Analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar mengenai
konsep persamaan kimia adalah sangat lemah. Kebanyakan daripada pelajar mempunyai
masalah pembelajaran dalam persamaan kimia. Secara spesifik lagi, kajian ini
mendapati bahawa pelajar mempunyai masalah pembelajaran dalam pengetahuan asas
kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol
yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian masalah Beberapa
cadangan pengukuhan telah dicadangkan bagi mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh
pelajar. Oleh itu, guru-guru perlu peka serta mengambil kira masalah pembelajaran
tersebut dalam merancang sesuatu strategi pengajaran bagi meningkatkan kefahaman
pelajar dalam tajuk persamaan kimia.
ABSTRACT
The aim of this research is to identify the secondary school students’ learning
problem about chemical equation. The aspects on this research are basic chemical
concept, writing balance equation and changing from word to chemical symbol. One
hundred secondary students from four schools in the district of Kluang and Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim were selected randomly as a sample. Subjective questions about
chemical equation were given to the students in a set of questionnaire. Their responses
were analyzed using“Statistical Package for the Social Science (SPSS Version 11.5)”
with value of α = 0.797. The findings showed that students’ understanding about
chemical equation were low. Most of the students have learning problems in chemical
equation. The study reveals that many problems have been encountered among the
students such as lack of knowledge in basic concepts, writing balance equations and
changing from word to chemical symbol which involving chemical equation in context
of problems solving. To overcome the problems, it is suggested that students should be
given extra exposure in solving involving basic chemical concepts. As the implications,
teachers should be more sensitive and consider students’ learning problems to improve
the students’ understanding on the concepts of chemical equation.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
JADUAL KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rasional Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 11
1.10 Definisi Istilah 12
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kajian mengenai pembelajaran kimia 16
2.3 Kajian mengenai persamaan dan tindak balas kimia 20
2.4 Kajian mengenai miskonsepsi pelajar dalam kimia 23
2.5 Kajian mengenai kesukaran dalam kimia 25
2.6 Kajian mengenai penyelesaian masalah 26
2.7 Kajian mengenai buku teks 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk kajian 29
3.3 Tempat kajian 30
3.4 Subjek kajian
3.4.1 Populasi 31
3.4.2 Sampel kajian 31
3.5 Instrumen 32
3.5.1 Taburan item-item soal selidik 33
3.5.2 Kadar pulangan borang soal selidik 37
3.6 Analisis data 37
3.7 Kajian rintis 39
3.8 Analisis buku teks 41
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Dapatan kajian – Bahagian A ( Analisis Latar
Belakang Responden) 43
4.2.1 Taburan jantina responden 44
4.2.2 Taburan kaum responden 45
4.2.3 Taburan keputusan PMR
(Matematik & sains) responden 46
4.2.4 Taburan sekolah responden 47
4.3 Dapatan Kajian – Bahagian B ( Analisis Item
Soalan Tajuk Persamaan Kimia) 48
4.3.1 Konsep asas kimia 48
4.3.2 Penulisan Persamaan Seimbang 53
4.3.3 Penukaran Perkataan Kepada Simbol
Kimia 57
4.4 Analisis Buku Teks Kimia Tingkatan IV
(Persamaan Kimia) 62
4.4.1 Tulisan 62
4.4.2 Penerangan Kandungan 63
4.4.3 Teknik mengimbangkan persamaan kimia 64
BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Kajian 65
5.2.1 Konsep asas kimia 66
5.2.2 Penulisan Persamaan Seimbang 67
5.2.3 Penukaran perkataan kepada simbol 68
5.2.4 Analisis Buku Teks 69
5.3 Rumusan 70
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan kajian lanjutan 71
5.6 Penutup 72
RUJUKAN 73-76
LAMPIRAN 77-98
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Bab 3
3.1 Taburan Sekolah Bagi Daerah Johor
Bahru dan Kluang 3O
3.2 Pemilihan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 32
3.3 Taburan Item Soal Selidik 34
3.4 Rasional Pemilihan Item 34
3.5 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik 37
3.6 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 38
3.7 Jadual Tahap Pencapaian Pelajar Mengikut Peratusan 38
Markah
3.8 Analisis Skor Min 39
Bab 4
4.1 Taburan Jantina Responden 44
4.2 Taburan Kaum Responden 45
4.3 Taburan Keputusan PMR (Matematik & Sains)
Responden 46
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 47
4.5 Tahap Penguasaan dan Peratus Responden Bagi Konsep
Asas kimia 48
4.6 Bilangan Responden yang Menjawab dengan Betul,
Kurang Tepat dan Salah (konsep Asas Kimia) 49
4.7 Tahap Penguasaan dan Peratus Responden Bagi
Penulisan Persamaan Seimbang 53
4.8 Bilangan Responden yang Menjawab dengan Betul,
Kurang Tepat dan Salah dalam Mengimbangkan
Persamaan Kimia 54
4.9 Tahap Penguasaan dan Peratus Responden Bagi
Penukaran Perkataan Kepada Simbol Kimia 57
4.10 Bilangan Responden yang Menjawab dengan Betul,
Kurang Tepat dan Salah dalam Penukaran Ayat
Kepada Persamaan Kimia dan Simbol 58
SENARAI SIMBOL
- Menghasilkan
+ - Ditambahkan kepada
(s) - Keadaan pepejal
(l) - Keadaan cecair
(g) - Keadaan gas
(aq) - Keadaan larutan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
1.0 Borang Soal Selidik 77
2.0 Persediaan Mengajar Harian 83
3.0 Pengesahan Item 94
4.0 Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 96
5.0 Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 97
6.0 Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 98
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kimia merupakan dunia yang penuh dengan penomena menarik, penggunaan
aktiviti eksperimen dan dipenuhi dengan pelbagai pengetahuan ( Mei, 2005 ).
Bagaimanapun, kimia itu sesuatu yang kompleks. Oleh sebab itu, pelajar perlu
mempelajari simbol, teori dan konsep kimia supaya kimia dapat diperluaskan lagi. Di
peringkat sekolah menengah matapelajaran kimia diwajibkan bagi pelajar yang
mengambil aliran sains tulin. Kursus sains kimia di sekolah meliputi tiga bidang kajian
asas iaitu kajian mengenai jirim, kajian mengenai konsep dan kajian mengenai
pengunaannya ( Suriati Awang, 1999 ). Tiga bidang kajian asas ini penting untuk
pelajar agar pelajar dapat mendekati dan memahami lagi apa yang dimaksudkan dengan
kimia. Terdapat beberapa konsep dalam kimia adalah penting untuk pembelajaran dan
pemahaman bagaimana kegunaan dunia dalam kehidupan seharian kita (Mei, 2005).
Kimia adalah subjek yang mencabar. Kimia dapat membina atau membangunkan
mental pelajar dan pendekatan yang diberi untuk pelajar sekolah menengah dengan
memberi pengenalan kepada matapelajaran kimia ( Barrow , 1991). Kimia mengandungi
pelbagai konsep yang kadang kala sukar untuk pelajar memahaminya. Faktor ini
disebabkan oleh, subjek kimia terlalu berkait dengan alam dan sukar dilihat dengan mata
kasar. Kimia memerlukan imiginasi untuk membolehkan pelajar dapat mengaitkan
antara situasi dan keadaan. Oleh itu dengan mempelajari matapelajaran kimia
diharapkan pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak pengetahuan asas mengenai sains
kimia di samping memaju dan memperkembangkan kefahaman sains ( Suriati Awang,
1999 ).
Kaedah pengajaran yang disampaikan guru juga turut mempengaruhi
keberkesanan dalam pembelajaran kimia. Terdapat beberapa faktor lain yang
menyebabkan matapelajaran kimia menjadi sukar dipelajari. Menurut Mashitah (1983)
ciri-ciri yang perlu ada dalam pengajaran adalah keadaan murid yang teratur untuk
membolehkan mereka memerhati apa yang disampaikan guru, penyediaan alat bantu
pengajaran yang bersesuaian serta aktiviti di dalam kelas dapat membantu untuk pelajar
memhami pengajaran dengan lebih mudah.
Kandungan yang terdapat dalam matapelajaran kimia seharusnya dapat memberi
gambaran kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang dimaksudkan dengan atom, unsur,
sebatian serta dapat mengambar perubahan dan tindakbalas kimia yang berlaku. Kimia
banyak mengunakan simbol untuk mengantikan sesuatu perkataan dalam kimia.
Contohnya seperti gas oksigen mempunyai simbol O2 yang membawa maksud huruf
“O” sebagai oksigen dan angka “2” sebagai oksigen yang wujud dalam bentuk molekul.
Sekiranya pelajar tidak dapat mengenali simbol-simbol dalam kimia, maka
matapelajaran kimia itu akan menjadi sukar. Terdapat banyak simbol yang digunakan
dalam kimia. Simbol-simbol yang berlainan digunakan untuk mengaitkan antara satu
unsur dengan unsur lain dan juga mengambarkan keadaan unsur tersebut.
Terdapat beberapa topik didalam kimia seperti keseimbangan kimia, mol,
pengoksidaan dan penurunan, tindak balas stokiometri, ikatan kimia dan tindak balas
kimia akan menyebabkan pelajar menganggap kimia subjek yang susah (Ozmen dan
Ayas, 2003). Tindak balas kimia sangat berkait dalam proses kimia. Ini kerana tindak
balas kimia berlaku disekeliling kita. Tindak balas kimia adalah proses di mana bahan
membentuk ikatan bersama (atau memecahkan ikatan) dan dengan terjadinya tindak
balas ini akan membebaskan atau menghasilkan tenaga ( Carpi, 2003 ). Tindak balas
kimia ini boleh diterjemahkan dalam bentuk persamaan kimia. Fenomena kimia dapat
diertikan dimana berlaku perubahan di dalam bentuk atau keadaan pada bahan dan
kemudiannya akan menghasilkan produk atau hasil yang baru (Tsaparlis, 2003).
Persamaan kimia pula adalah ringkasan yang digunakan saintis untuk menerangkan
tindak balas kimia ( Carpi, 2003 ). Persamaan kimia adalah perwakilan simbol dalam
tindak balas kimia di mana bahan pemula di tulis di sebelah kiri dan hasil ditulis di
sebelah kanan.
Kebanyakkan pelajar menggunakan idea berdasarkan pengalaman sehariannya
untuk menerangkan perubahan kimia (Tsaparlis , 2003). Seharusnya pelajar dapat
mengaitkan pengalaman seharian contohnya seperti pengaratan dengan persamaan
kimia. Akan tetapi kebanyakkan pelajar gagal untuk mengaitkan konsep tersebut dalam
matapelajaran kimia. Kadang kala berlaku miskonsepsi terhadap apa yang disampaikan
guru dengan pemahaman pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran kimia bukanlah satu matapelajaran yang mudah (Treagust,et al,
2000). Ia memerlukan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang agak tinggi untuk
membawa subjek ini. Kadang kala berlaku miskonsepsi dalam pembelajaran kimia. Ini
disebabkan oleh kurang pengusaan dalam sesuatu tajuk. Kadang kala pelajar tidak
memahami apa yang diajar oleh guru. Pelajar tidak dapat lari dari menghafal maksud
dan akhirnya mereka tidak dapat membuat kesimpulan dalam realiti sebenar
(Barrow,G.M, 1991).
Dalam persamaan kimia, masalah timbul apabila pelajar tidak dapat
mengambarkan tindak balas kimia yang berlaku. Sebenarnya persamaan kimia boleh
dilihat sebagai satu masalah seperti persamaan matematik tetapi dalam persamaan kimia
ia menerangkan pemerhatian dari eksperimen.
Kadangkala dalam persamaan kimia, dapat dilihat pelajar tidak dapat
mengimbangkan persamaan tersebut. Ini disebabkan pelajar tidak dapat mengaitkan
antara satu konsep kimia yang lain dengan contohnya pelajar tidak dapat mengaitkan
konsep mol untuk mengimbangkan persamaan kimia. Dalam penyelesaian masalah
yang melibatkan persamaan kimia, pelajar seharusnya pandai untuk menulis persamaan
kimia, seterusnya, mengimbangkan persamaan tersebut mengikut konsep nisbah mol
dalam persamaan dan akhirnya apabila pelajar dapat mengimbangkan persamaan kimia,
pelajar akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Akan tetapi apabila persamaan
kimia tidak dapat diimbangkan, maka jawapan pelajar yang dikehendaki dalam
penyelesaian masalah juga akan turut salah.
Terdapat juga kesalahan pelajar ketika mentafsir maklumat, menghuraikan data,
menganalisis daripada soalan yang berbentuk penyelesaian masalah (Kam, et al, 2001).
Pelajar juga membuat tafsiran yang salah dalam mentafsir maklumat yang diberikan.
Contohnya, menulis hasil di sebelah kiri persamaan dan bahan disebelah kiri. Untuk
menulis persamaan kimia untuk sesuatu tindak balas, kita perlu menulis bahan pemula
disebelah kiri dan meletakan anak panah mengarah ke hasil yang ditulis disebelah kanan
persamaan ( Carpi, 2003 ). Terdapat pelbagai kategori persamaan kimia. Persamaan
kimia yang mempunyai nombor yang besar adalah lebih sukar berbanding nombor yang
kecil. Terdapat juga tindak balas berbalik. Dimana bahan pemula yang bertindakbalas
bersama menghasilkan dua hasil. Kemudian dua hasil tersebut akan bertindak balas
menghasilkan bahan pemula. Kesemua jenis tindakbalas ini akan menyebabkan pelajar
keliru dan tidak dapat menyelesaikan masalah persamaan kimia.
Dalam menulis persamaan kimia, pelajar juga terkeliru dalam menulis ikatan
kimia. Apabila ikatan kimia antara atom yang ditulis tidak seimbang casnya, maka ia
akan mempengaruhi persamaan kimia yang ditulis oleh pelajar. Di dalam menulis
persamaan kimia yang betul, pelajar perlu seimbangkan kesemua bilangan atom di
sebelah kiri dan juga kanan ( Carpi, 2003 ). Menurut hukum Dalton, hukum menyatakan
tindak balas kimia berlaku bergantung kepada nisbah yang didefinisikan dalam
persamaan kimia. Oleh itu, nisbah mol dalam persamaan kimia dapat mengambarkan
bilangan sebenar jisim bahan yang bertindak balas atau yang diperlukan untuk
menghasilkan satu tindak balas yang lengkap.
Di dalam tindak balas kimia , kuantiti bahan tidak akan berubah, ini
menyebabkan setiap bahagian di dalam persamaan mempunyai kuantiti yang sama.
Dalam persamaan kimia yang seimbang, dikedua-dua belah bahagian persamaan
perlulah mempunyai jumlah atom yang sama banyak. Untuk tindakbalas kimia yang
melibatkan banyak sebatian, seimbangkan persamaan menjadi lebih rumit. Oleh itu
pelajar boleh menggunakan kaedah aljabar untuk menyelesaikan masalah linear.
Untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan kimia, pelajar
perlulah pandai untuk membaca persamaan tersebut. Berapakah jumlah mol yang
diperlukan untuk menghasilkan satu tindakbalas yang lengkap. Melalui penulisan
persamaan , pelajar akan diberitahu mengenai bilangan atom yang terlibat dan juga
bahan yang digunakan serta hasil yang didapati. Dalam kajian ini, penyelidik akan
menyelidik menggunakan soal selidik dan juga temuramah bagi mengukur kesukaran
pelajar dalam menyelesaikan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian di kalangan
pelajar sekolah menengah.
Buku teks juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran pelajar.
Guru akan menggunakan buku teks sebagai bahan asas dalam pengajaran. Buku teks
hendaklah mempunyai kualiti yang baik bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.walaupun terdapat banyak buku rujukan dan juga informasi daripada
internet, buku teks masih lagi dianggap satu rujukan yang sangat penting. Menurut
Rajmah Hassan Sirat (2005), sistem dokumentasi pembelajaran iaitu penggunaan buku
teks masih penting malah ia amat diperlukan oleh pelajar-pelajar di negara ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Dapat dilihat sekarang, kebanyakkan pelajar sukar untuk menyelesaikan masalah
kimia yang melibatkan persamaan kimia dan pengunaan konsep-konsep yang lain.
Pelajar yang tidak dapat menyelesaikan masalah di dalam kimia adalah disebabkan oleh
faktor-faktor seperti tidak dapat mengaplikasikan sesuatu penomena kimia dalam tindak
balas kimia. Kesukaran dalam matematik banyak mempengaruhi pelajar untuk
memahami konsep kimia dan seterusnya menyukarkan pelajar untuk menyelesaikan
masalah kimia. Ketakutan dalam mempelajari matematik selalunya akan berpindah
kepada kimia, dimana didalam kimia juga melibatkan pengiraan dan sebagainya (Eriba
dan Ande 2006).
Kajian ini untuk mengenal pasti kesukaran yang terdapat dalam menyelesaikan
persamaan kimia. Pengiraan yang melibatkan tindakbalas jisim bahan daripada
persamaan kimia adalah salah satu kesukaran yang terdapat dalam penyelesaian masalah
kimia (Eriba dan Ande, 2006). Menurut Mei, (2005) dimana bahasa yang digunakan
didalam kimia membuatkan kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh perkataan
yang digunakan dalam kimia membawa maksud yang berlainan dalam bahasa yang
digunakan dalam kehidupan seharian walaupun perkataan itu adalah sama. Di sebabkan
faktor ini terdapat juga pelajar yang tidak dapat mentafsir soalan yang diberikan untuk
diterjemahkan dalam bentuk persamaan kimia.
Meskipun persamaan kimia dapat ditulis tetapi masih tidak tepat disebabkan oleh
pelajar tidak dapat mengimbangkan persamaan kimia menggunakan konsep nisbah mol
untuk setiap atom ataupun stoikiometri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui
kesukaran pelajar berkaitan penyelesaian masalah yang melibatkan persamaan kimia
untuk pelajar sekolah menengah sahaja.
1.4 Objektif kajian
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui faktor masalah pembelajaran
persamaan kimia di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam konteks
penyelesaian masalah. Objektif khusus kajian ini adalah :
i) Untuk mengenal pasti masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan
konsep asas kimia dalam penyelesaian masalah.
ii) Untuk mengenal pasti masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan
proses mengimbangkan persamaan dalam penyelesaian masalah.
iii) Untuk mengenal pasti masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan
penukaran perkataan kepada simbol dalam penyelesaian masalah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah :
i) Apakah masalah pembelajaran persamaan kimia yang melibatkan konsep asas
kimia dalam penyelesaian masalah.
ii) Apakah masalah pembelajaran persamaan kimia melibatkan proses
mengimbangkan persamaan dalam penyelesaian masalah.
iii) Apakah masalah pembelajaran persamaan kimia melibatkan penukaran perkataan
kepada simbol dalam penyelesaian masalah.