modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk formula … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek...

25
MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA TINGKATAN EMPAT KBSM BERASASKAN STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI PRESCILLA OLIVIA LO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ledan

Post on 13-Jun-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA DAN

PERSAMAAN KIMIA TINGKATAN EMPAT KBSM BERASASKAN

STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI

PRESCILLA OLIVIA LO

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA

DAN PERSAMAAN KIMIA TINGKATAN EMPAT KBSM

BERASASKAN STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya PRESCILLA OLIVIA LO

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

PPM 164, 88450,

KOTA KINABALU, SABAH EN ABDUL RAZAK BIN IDRIS

Nama Penyelia

Tarikh: __________________ Tarikh: ___________________

16 April 2010 16 April 2010

Page 3: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan :

Nama Penyelia: En Abdul Razak Bin Idris

Tarikh : April, 2010

Page 4: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA DAN

PERSAMAAN KIMIA TINGKATAN EMPAT KBSM BERASASKAN

STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI

PRESCILLA OLIVIA LO

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 5: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : PRESCILLA OLIVIA LO

Tarikh : April, 2010

Page 6: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

Ayah dan ibu yang amat saya hormati,

serta adik-adik yang amat saya kasihi.

Page 7: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia PSM saya Encik

Abdul Razak Bin Idris di atas tunjuk ajar yang diberikan di samping tidak jemu

memberikan bantuan sepanjang melaksanakan kajian ini.

Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada guru-guru berpengkhususan

kimia yang sudi memberi kerjasama, nasihat dan memudahkan proses penilaian modul

yang telah dibangunkan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya

dalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.

Penghargaan terhadap ayah, ibu dan adik-beradik yang amat saya sayangi atas

sokongan moral dan bantuan kewangan yang diberikan juga tidak dilupakan. Akhir

sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan sokongan, cadangan dan

sebagainya.

Page 8: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

v

ABSTRAK

Setiap pelajar mempunyai tahap pencapaian serta kebolehan yang berbeza antara

satu sama lain. Maka penggunaan modul pengajaran kendiri (MPK) membolehkan

pembelajaran individu mengikut tahap kebolehan dan kemampuan individu. Oleh yang

demikian, sebuah modul pengajaran kendiri (MPK) yang bertajuk Formula dan

Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah dibangunkan. Modul ini dibangunkan berasaskan strategi

pembelajaran masteri dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengantaraan

dalam penyampaian bahan pembelajaran yang terkandung di dalamnya. Modul ini

mengandungi tiga submodul iaitu Chemical formula:empirical and molecular formula,

Chemical formula: ionic formula dan Chemical equation. Penentuan status kesesuaian

MPK adalah melalui penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu

(PFSS) sahaja. Dua guru pakar isi kandungan yang berpengalaman dalam subjek kimia

telah ditemubual. Satu draf modul dan senarai semak tentang pengujian kualiti MPK

telah disediakan. Hasil analisis penilaian telah menunjukkan MPK yang dihasilkan

mempunyai reka bentuk maklumat, isi kandungan, reka bentuk persembahan, strategi

pembelajaran, sifat mesra pengguna dan unsur motivasi yang mengikuti spesifikasi yang

telah ditetapkan. Modul ini juga konsisten dari segi reka bentuk dan penggunaan warna.

Diharap MPK ini dapat membantu pelajar dalam menguasai pembelajaran Formula dan

Persamaan Kimia.

Page 9: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

vi

ABSTRACT

Different student have different level of achievement and capability. Hence, the

use of self-instructional module (SIM) enable individualized learning based on

individual ability. Therefore, a self-instructional module (SIM) entitled Formula and

Chemical Equation for Form Four Chemistry KBSM was developed according to the

syllabus of Ministry of Education. This SIM was constructed based on the mastery

learning strategy and used English as a medium in delivering the learning material. This

module is divided into three submodules which are Chemical formula: empirical and

molecular formula, Chemical formula: ionic formula and Chemical equation. In order to

determine the effectiveness of this SIM, a formative evaluation through one to one

evaluation has been conducted. Two content-experts whom is an experience teacher in

chemistry had been interviewed. A draft of module and a checklist was distributed to the

content-expert for evaluation. The analysis of the evaluation showed that the SIM being

constructed has fulfilled the specification fixed in terms of information design, contents,

visual presentation, learning strategy, user-friendly and motivation. This module also has

a good consistency in terms of design and colour. Hopefully, through the use of this

module, students are able to master the topic of Formula and Chemical Equation easily.

Page 10: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan / Rasional Kajian 5

1.6 Skop / Batasan Kajian 6

Page 11: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

viii

1.7 Definisi Kajian 6

1.7.1 Formula Kimia 6

1.7.2 Persamaan Kimia 7

1.7.3 Modul 7

1.7.4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 7

1.7.5 Pembelajaran Masteri 8

1.7.6 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 8

1.8 Penutup 8

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pendidikan Kimia di Malaysia 9

2.2.1 Masalah dalam Kimia 10

2.3 Model Reka Bentuk Pengajaran dalam Pembangunan

MPK 12

2.3.1 Model ADDIE 12

2.3.1.1 Analisis (Analysis) 13

2.3.1.2 Reka Bentuk (Design) 13

2.3.1.3 Pembangunan (Development) 14

2.3.1.4 Pelaksanaan (Implementation) 14

2.3.1.4 Penilaian (Evaluation) 14

2.4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 15

2.4.1 Ciri- ciri MPK 16

2.4.2 Model Pembangunan MPK 16

Page 12: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

ix

2.4.2.1 Model Burns (1972) 17

2.4.2.2 Model Klingstedt (1972) 18

2.4.2.3 Model Eijl (1976) 20

2.4.2.4 Model Meyer (1988) 21

2.4.2.5 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 22

2.5 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang Shaharom

(1994) 27

2.6 Status Penggunaan MPK di Malays 27

2.7 Unsur-unsur Dalam MPK 28

2.7.1 Teks 28

2.7.2 Grafik 29

2.7.3 Motivasi 29

2.8 Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) 30

2.9 Penutup 32

3 REKA BENTUK MODUL

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rasional Pemilihan Model ADDIE 34

3.2.1 Analisis 34

3.2.1.1 Matlamat Pembinaan Modul 34

3.2.1.2 Skop Isi Kandungan 35

3.2.1.3 Pengguna Sasaran 35

3.2.2 Reka Bentuk 35

3.2.2.1 Objektif Pembelajaran 35

3.2.2.2 Kaedah dan Strategi Pembelajaran 36

Page 13: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

x

3.2.3 Pembangunan 37

3.2.3.1 Pengenalan 38

3.2.3.2 Isi Kandungan 39

3.2.3.3 Penilaian Kendiri 40

3.2.3.4 Pengukuhan 40

3.2.3.5 Maklum Balas 42

3.2.3.6 Rujukan 42

3.2.4 Pelaksanaan 43

3.2.5 Penilaian 43

3.3 Pemilihan Teks, Grafik dan Warna dalam MPK

Bercetak 46

3.4 Penggunaan Unsur Motivasi dan Mesra Pengguna

dalam MPK Bercetak 47

3.5 Perisian yang Digunakan dalam Pembangunan MPK

bercetak 48

3.6 Penutup 48

4 HASIL PEMBANGUNAN MODUL

PENGAJARAN KENDIRI (MPK)

4.1 Pengenalan 49

4.2 Kriteria / Komponen MPK 49

4.2.1 Pengenalan 52

4.2.1.1 Rasional 52

4.2.1.2 Aktiviti Utama 53

4.2.1.3 Praujian 54

Page 14: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

xi

4.2.2 Isi Kandungan 56

4.2.2.1 Objektif Pembelajaran dan Isi

Kandungan 57

4.2.2.2. Aktiviti Pembelajaran Teras 59

4.2.3 Penilaian Kendiri 61

4.2.3.1 Ujian Diagnostik 61

4.2.4 Pengukuhan 63

4.2.4.1 Pemulihan 63

4.2.4.2 Pengayaan 65

4.2.5 Maklum Balas 65

4.2.6 Rujukan 66

4.3 Strategi Pembelajaran Masteri 67

4.3.1 Pemecahan kepada Unit Kecil 68

4.3.2 Ujian-ujian dalam Setiap Unit 68

4.3.3 Unsur Pengukuhan 69

4.4 Unsur Motivasi 69

4.4.1 Penggunaan Model ARCS 70

4.4.1.1 Attention 70

4.4.1.2 Relevance 71

4.4.1.3 Confidence 71

4.4.1.4 Satisfaction 71

4.5 Sifat Mesra Pengguna 71

4.6 Penilaian Formatif oleh Pakar Isi Kandung 72

4.7 Penutup 73

Page 15: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

xii

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Perbincangan 74

5.2.1 Ulasan Hasil Penilaian Pakar 74

5.2.2 Kekuatan MPK 75

5.2.3 Kekurangan MPK 76

5.3 Rumusan Modul 76

5.4 Cadangan 78

5.4.1 Cadangan untuk Penambahbaikan MPK 78

5.4.2 Cadangan untuk Rujukan pada Kajian

Masa Hadapan 78

5.5 Refleksi 79

5.6 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN A-B 85-90

Page 16: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

xiii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

3.1 Senarai objektif pembelajaran bagi setiap submodul 40

3.2 Pengagihan item dalam senarai semak 45

4.1 Pengagihan soalan praujian dalam ketiga-tiga submodul 54

4.2 Senarai subtopik dalam isi kandungan setiap submodul 57

4.3 Taburan unsur-unsur tambahan dalam isi kandungan MPK 58

4.4 Taburan pelbagai aktiviti pembelajaran teras dalam MPK 60

4.5 Taburan soalan bagi ujian diagnostik dalam MPK 62

4.6 Taburan isi kandungan dan aktiviti pemulihan dalam

MPK

64

4.7 Taburan isi kandungan dan aktiviti pengayaan dalam MPK 64

4.8 Hasil analisis maklum balas oleh dua orang guru pakar

terhadap lima aspek utama dalam bahagian B (33 Item)

senarai semak

73

Page 17: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

xiv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN

2.1 Aliran kerja model ADDIE 13

2.2 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 23

2.3 Carta aliran Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 26

3.1 Aliran kerja penghasilan MPK 45

4.1 Muka depan MPK bertajuk Formula dan Persamaan

Kimia

50

4.2 Muka depan submodul 1 bertajuk Chemical formula:

empirical and molecular formula

51

4.3 Paparan rasional bagi setiap submodul 52

4.4 Paparan aktiviti utama bagi submodul 1 53

4.5 Paparan arahan bagi submodul 1 55

4.6 Paparan praujian submodul 1 56

4.7 Paparan objektif pembelajaran dan isi kandungan bagi

submodul 1

58

4.8 Contoh unsur-unsur seperti Check Your Concept, Smart

Tips, Concept Focus dan Science Gallery

59

4.9 Aktiviti melengkapkan jadual dalam submodul 1 60

4.10 Aktiviti teka silang kata dalam submodul 2 61

4.11 Paparan ujian diagnostik bagi submodul 1 62

4.12

Paparan ringkasan konsep dalam bentuk peta minda pada

64

Page 18: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

xv

bahagian pemulihan bagi Submodul 1

4.13 Paparan maklum balas bagi submodul 1 66

4.14 Paparan rujukan sebagai sumber tambahan 64

4.15 Paparan kata-kata motivasi 69

4.16 Paparan bagi peta minda 70

4.17 Buddy yang membantu dalam navigasi pelajar 72

Page 19: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

ADDIE Analysis, Design, Development, Implementation dan

Evaluation

ARCS Attention, Relevance, Confidence dan Satisfaction

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MPK Modul Pengajaran Kendiri

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

PSM Projek Sarjana Muda

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang senarai semak untuk pakar

isi kandungan 85

B Carta aliran MPK 88

Page 21: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan memainkan aspek yang penting dalam menghasilkan generasi muda

yang berilmu dan berdaya saing. Pengiktirafan terhadap bidang pendidikan menjadikan

profesion perguruan sebagai agen yang penting dalam menyampaikan ilmu kepada para

pelajar. Guru perlu menyediakan pengajaran yang berkesan dan suasana pembelajaran

yang dapat meransang minat pelajar. Sehubungan dengan itu, guru perlulah menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan dan kaedah

pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Pendekatan

atau kaedah yang sesuai berpontensi untuk meransang pelajar belajar secara aktif dan

menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Sains amat ditekankan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan masyarakat

yang progresif, berfikiran saintifik serta berilmu. Kurikulum Sains KBSM telah digubal

untuk murid sekolah menengah yang terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat

matapelajaran elektif. Sains untuk sekolah menengah merupakan matapelajaran teras,

manakala Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan merupakan matapelajaran elektif

yang hanya ditawarkan untuk murid menengah atas. Menurut PPK (2001), tujuan

matapelajaran Sains elektif diperkenalkan adalah untuk melahirkan murid yang

cenderung, minat dan berupaya dalam bidang Sains agar dapat menceburkan diri dalam

kerjaya berkaitan dengan Sains dan teknologi.

Page 22: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

2

Matapelajaran Kimia telah diperkenalkan di semua sekolah menengah semenjak tahun

1972 untuk membekal murid dengan asas pendidikan kimia untuk membolehkan mereka

melanjutkan pelajaran ke bidang kimia. Kimia merupakan salah satu cabang sains yang penting;

ia membolehkan pelajar memahami apa yang belaku di sekeliling mereka (Sirhan, 2007).

Menurut PPK (2001), Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara

macroskopik dan microskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta penggunaan bahan.

Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam bidang

pendidikan. Para guru mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan program pendidikan dan

ini merupakan tanggungjawab yang berat untuk menunjukkan kemampuan para pelajar hingga

mencapai tahap kriteria tertentu (Nitce Isa Medina, 2003). Guru mempunyai tanggungjawab

untuk menyediakan bahan P&P yang boleh membantu pelajar untuk memahami sesuatu isi

pelajaran. Contohnya, media cetak.

Bahan bercetak merupakan media pengajaran atau media maklumat yang terawal dan

hingga kini ia masih menjadi media utama dalam menyampaikan maklumat atau pengajaran

(Yusup, 2002). Modul Pengajaran merupakan salah satu bentuk bentuk dan format media cetak.

Menurut Yusup (2002), modul pengajaran terdiri daripada satu koleksi pengalaman

pembelajaran yang terancang dan tersusun, biasanya dalam bentuk pengajaran kendiri. Modul

pengajaran direka bentuk berasaskan unit-unit kecil dalam sukatan pelajaran

Page 23: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kimia telah diperkenalkan kepada murid tingkatan empat dan lima agar murid dapat

mempelajari ilmu kimia dari aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian

dengan lebih mendalam. Ilmu kimia perlu dikuasai oleh murid agar mampu menghadapi arus

perubahan dalam kehidupan yang bercirikan sains dan teknologi.

Kurikulum kimia melibatkan banyak konsep abstrak yang merupakan teras kepada

pembelajaran kimia dan cabang sains yang lain (Taber, 2002; dalam Sirhan, 2007). Sekiranya

konsep asas tidak difahami maka pelajar akan mengalami kesukaran untuk memahami konsep

atau teori seterusnya dalam kimia. Selain itu, kimia selalu dianggap sebagai suatu subjek yang

sukar menyebabkan pelajar mengelak daripada melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia

(Sirhan. 2007).

Formula kimia dan persamaan kimia merupakan subtopik dalam sukatan matapelajaran

kimia tingkatan empat. Persamaan kimia merupakan salah satu nadi utama bagi pelajar untuk

menguasai mata pelajaran kimia (Suriani, 2000). Menurut Adawiyah (2004), didapati

penguasaan pelajar terhadap formula kimia berada pada tahap yang rendah. Pelajar juga

mempunyai masalah dalam membina persamaan kimia.

Dalam suatu kajian awal (Johnstone, 1974; dalam Sirhan G., 2007), formula dan

persamaan kimia merupakan salah satu topik yang sukar menurut pandangan murid-murid.

Menulis persamaan kimia yang seimbang merupakan konsep asas dalam kimia dan penting bagi

mempelajari topik seterusnya dalam subjek kimia. Contohnya, acid dan bes, elektrokimia, dan

garam. Namun, masih terdapat pelajar yang gagal menulis persamaan kimia seimbang

berdasarkan bilangan mol dengan betul. Dalam sukatan Kimia KBSM, topik formula dan

persaman kimia telah dikenal pasti sebagai suatu topik yang agak sukar difahami di peringkat

SPM (Suriani, 2000).

Dalam banyak situasi pembelajaran di negara kita, penggunaan buku teks masih lagi

diamalkan dalam proses P & P di sekolah. Buku teks yang digunakan secara meluas dalam P & P

kurang mencabar minda pelajar. Dengan mempersembahkan bahan secara logical dan dalam

Page 24: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

4

bentuk yang sudah ditentukan, buku teks dikatakan tidak menggalakkan para pembaca berfikir

atau membuat penyusunan atau rumusan mereka sendiri ( Kassim, 2006). Ini seterusnya,

menggalakkan pembelajaran secara hafalan. Maklumat dalam buku teks yang ringkas juga tidak

menggalakkan pembelajaran yang lebih mendalam. Hal ini menyebabkan pelajar kurang aktif

semasa P&P.

Pada masa kini, pengajaran dan pembelajaran berasaskan computer (Computer-based

teaching and learning materials) banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Namun, perisisan

yang berkualiti sukar dihasilkan. Kekurangan tenaga mahir dan faktor masa merupakan

penghalang kepada pembinaan perisian yang bermutu. Sungguhpun semakin ramai tenaga

pengajar telah terdedah kepada penggunaan komputer, tidak ramai yang mempunyai kemahiran

untuk menggunakan komputer dalam pemelajaran (Norhashim, Mazenah dan Rose, 1996).

Selain itu, kos yang tinggi juga diperlukan bagi membangun perisian yang bermutu tinggi. Hal

ini demikian kerana kos yang tinggi diperlukan untuk mengupah tenaga mahir.

Malah di sesetengah sekolah, masih belum mempunyai makmal komputer untuk

digunakan. Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan komputer di mana

pelajar terpaksa berkongsi komputer semasa proses P & P. Ini secara tidak lansung menyebabkan

terdapat pelajar yang tercicir dalam proses P & P tersebut. Bilangan tenaga pengajar yang

mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang komputer tidak dapat menampung bilangan

pelajar (Nadiatulmila, 2004).

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah-masalah seperti penglibatan pelajar yang kurang

aktif dalam proses P&P, dan isi kandungan buku teks yang ringkas dan tidak menggalakkan

penggunaan minda pelajar, maka salah satu cara penyelesaian yang baik ialah dengan membina

sebuah MPK. Penggunaan MPK membolehkan para pelajar belajar mengikut masa dan

kecepatan sendiri.

Page 25: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA … filedalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda. ... Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian

5

1.3 Pernyataan Masalah

Formula dan Persaman Kimia telah dikenal pasti sebagai topik yang sukar dan

merupakan subtopik yang menjadi asas bagi tajuk-tajuk berikutnya dalam subjek Kimia. Maka,

pembina telah memilih untuk membangunkan MPK bercetak bagi subjek kimia tingkatan empat

bertajuk Formula dan Persamaan Kimia berasaskan pembelajaran masteri.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah membangunkan MPK bercetak bagi subjek kimia

tingkatan empat yang bertajuk Formula dan Persamaan Kimia yang mempunyai ciri-ciri seperti

berikut:

i. berdasarkan pembelajaran masteri

ii. mempunyai reka bentuk maklumat yang menepati silibus KPM

iii. mempunyai reka bentuk persembahan yang menarik

iv. mempunyai unsur motivasi

v. bersifat mesra pengguna