formula dan persamaan kimia: satu tinjauan … · kimia manakala bahagian c terdiri daripada soalan...

21
FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN MENGENAI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU ADAWIYAH HAYATI BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngokhuong

Post on 07-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN MENGENAI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH

SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU

ADAWIYAH HAYATI BINTI ADNAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan
Page 3: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

i

FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN MENGENAI TAHAP

KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH

DAERAH KUALA TERENGGANU

ADAWIYAH HAYATI BINTI ADNAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

ii

Page 5: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

iii

Page 6: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

iv

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah melimpahkan kurnia dan rahmatNya bagi

memudahkan saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya dalam

jangkamasa yang telah ditetapkan melalui pelbagai cabaran dan dugaan.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Haji Aziz

Nordin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari awal kajian

hinggalah ianya disiapkan. Sesungguhnya saya amat menghargai segala pandangan dan

teguran yang membina dari beliau.

Tidak lupa juga rakaman terima kasih ini saya tujukan kepada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah

memberikan saya kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih yang tak

terhingga kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala

Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan

Sekolah Menengah Bandar Kuala Terengganu. Tidak dilupakan rakan-rakan

seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan

penyelidikan ini. Jasamu tetap ku kenang.

Page 7: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

v

DEDIKASI

Sekalung budi, sejunjung kasih buat........................

Ayahanda yang kusanjungi

Hj. Adnan Bin Ismail

Ibunda yang tercinta

Hjh Wan Nurizam Binti Wan Ismail

Kekanda dan adinda yang dikasihi

Ahmad Azrin Adnan & Maldiana Abd Fatah

Ahmad Azlan Adnan & Nor Azizah Hj Razali

Mohd Razali Adnan & Norliza

Nurul Ashikin Adnan

Mohd Hanif Adnan

Anak buah tersayang

Zafran Adli Razali

Rakan seperjuangan

Faridah, Zuraidah, Sabariah, Diana

Insan teristimewa

Naem Idham

Kau Ilhamku

Page 8: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

vi

ABSTRAK

Tajuk Formula dan Persamaan Kimia mengandungi konsep-konsep yang

abstrak dan sering dilaporkan sukar untuk dipelajari oleh pelajar. Kajian ini adalah

bertujuan untuk menyelidik tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk Formula dan

Pesamaan Kimia. Kajian dijalankan di tiga buah sekolah di Daerah Kuala Terengganu,

Terengganu. Setiap pelajar diberikan satu set soalan soal selidik yang terbahagi kepada

bahagian. Bahagian A ialah maklumat latar belakang responden, Bahagian B terdiri

soalan berbentuk skala Likert mengenai persepsi dan minat pelajar dalam mempelajari

kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat

kefahaman responden tentang tajuk Formula dan Persamaan Kimia. Data yang diperolehi

dijadualkan serta dihuraikan dengan cara statistik deskriptif. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi dalam mempelajari kimia.

Namun begitu, tahap kefahaman responden tentang tajuk Formula dan Persamaan Kimia

adalah sederhana. Selain itu, terdapat beberapa masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar dalam tajuk ini.

Page 9: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

vii

ABSTRACT

Formula and Chemical Equation topic stands from abstract concepts and

has always been claimed as difficult to be learned by students. A research has been

conducted to determine student’s comprehenssion in Formula and Chemical Equation.

The research took place at three schools in the district of Kuala Terengganu. 191 form

four students were involved in this study. Questionnaires were distributed to each student.

It consisted of 3 sections, section A requires the respondents to fill in their self

particulars. In section B, questions presented using a Likert scale were aimed to

investigate respondent’s perception and interest in chemistry subject while in section C

structured question were formulated to determine student’s understanding of Formula and

Chemical Equation. Data were analyzed in a table form and evaluation have been made

that the respondents have an alarming interest in chemistry learning but respondent’s

comprehenssion level for this topic is still in an average. Besides, there were also other

problems faced by the students while studying this topic.

Page 10: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

Page 11: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

ix

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 9

2.2 Pengetahuan Asas Sains dan Matematik 10

2.3 Kelemahan Menguasai Sesuatu Hukum atau Konsep 11

2.4 Faktor Sikap dan Minat Pelajar 12

2.5 Masalah dari Segi Bahasa dan Istilah 13

2.6 Masalah Dari Segi Kandungan dan Topik Yang Sukar 13

2.7 Kurang Cekap Dalam Penyelesaian Masalah 13

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 15

3.2 Reka Bentuk Kajian 15

3.3 Tempat Kajian 16

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 16

3.5 Instrumen Kajian 17

3.6 Prosedur Kajian 18

3.7 Analisis Data 18

BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 21

4.2 Analisis Data 21

4.3 Analisis Latar Belakang Responden

Bahagian (A) 22

4.3.1 Sekolah 22

Page 12: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

x

4.3.2 Jantina 22

4.3.3 Bangsa 23

4.3.4 Pencapaian Mata Pelajaran Sains Dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 23

4.3.5 Jangkaan Gred Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 24

4.3.6 Tahap Pendidikan Bapa 25

4.3.7 Tahap Pendidikan Ibu 25

4.4 Analisis Kecenderungan Minat dan Persepsi Pelajar Dalam Mempelajari Kimia 26

4.4.1 Analisis Faktor Minat Terhadap Mata Pelajaran Kimia 27

4.4.2 Analisis Faktor Penggunaan Makmal Dalam Mempelajari Kimia 28

4.4.3 Analisis Faktor Rakan Dalam Mempelajari Kimia 29

4.4.4 Analisis Faktor Ibubapa Dalam Mempelajari Kimia 30

4.4.5 Analisis Faktor Guru Dalam Mempelajari Kimia 31

4.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Responden Dalam Tajuk Formula dan Persamaan Kimia (Bahagian C) 33

4.5.1 Analisis Aspek 1 (Nama Ion) 34

4.5.2 Analisis Aspek 2 (Formula Ion) 35

4.5.3 Analisis Aspek 3 (Cas) 36

4.5.4 Analisis Aspek 4 (Formula Kimia) 36

4.5.5 Analisis Aspek 5 (Persamaan Kimia) 38

4.6 Tahap Kefahaman Responden Bagi Tajuk Formula dan Persamaan Kimia 40

Page 13: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

xi

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 41

5.2 Perbincangan 42

5.2.1 Kecenderungan Minat dan Persepsi Responden Mempelajari Kimia 42

5.2.1.1 Faktor Minat Pelajar Dalam Mempelajari Kimia 42

5.2.1.2 Faktor Penggunaan Makmal Dalam Mempelajari Kimia 42

5.2.1.3 Faktor Rakan Dalam Mempelajari Kimia 43

5.2.1.4 Faktor Ibubapa Dalam Mempelajari Kimia 43

5.2.1.5 Faktor Guru Dalam Mempelajari Kimia 43

5.2.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Tajuk Formula Dan Persamaan Kimia 44

5.2.3 Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Tajuk Formula dan Persamaan 45 Kimia

5.3 Kesimpulan 46

5.4 Implikasi Kajian Terhadap Pendidikan 46

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 47

5.6 Penutup 48

RUJUKAN 49

Page 14: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 17

3.2 Tahap Kefahaman 19

4.1 Taburan responden berdasarkan sekolah 22

4.2 Taburan jantina responden yang dikaji 22

4.3 Taburan bangsa responden 23

4.4 Taburan keputusan PMR mata pelajaran sains responden 23

4.5 Taburan Jangkaan SPM mata pelajaran kimia responden 24

4.6 Taburan tahap pendidikan bapa responden 25

4.7 Taburan tahap pendidikan ibu responden 25

4.8 Taburan responden mengenai minat terhadap mata pelajaran kimia 27

4.9 Taburan persepsi responden tentang Penggunaan makmal dalam mempelajari Kimia 29

4.10 Taburan persepsi responden tentang rakan dalam mempelajari kimia 29

4.11 Taburan persepsi responden tentang Ibubapa dalam mempelajari kimia 30

4.12 Taburan persepsi responden tentang guru dalam mempelajari kimia 32

4.13 Taburan aspek yang dikaji 33

4.14 Taburan penguasaan responden bagi persamaan ion 34

Page 15: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

xiii

4.15 Taburan penguasaan responden bagi menyatakan formula ion 35

4.16 Taburan penguasaan responden bagi mengingati cas 36

4.17 Taburan penguasaan responden berkaitan dengan formula kimia 37

4.18 Taburan penguasaan responden berkaitan dengan persamaan kimia 38

4.19 Tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan 40

Page 16: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

xiv

LAMPIRAN

Lampiran A : Maklumat diri pelajar dan set lembaran soalan

Lampiran B :Skema jawapan soal selidik

Lampiran C : Surat kelulusan EPRD

Lampiran D : Surat Akuan Pelajar

Page 17: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Negara kini sedang berusaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun

2020. Bagi merealisasikannya, negara memerlukan sebuah masyarakat yang

berpendidikan, celik sains dan bijak dalam pelbagai bidang. Pendidikan di Malaysia

merupakan satu usaha untuk mengembangkan potensi individu secara berterusan dengan

hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

(KPM 1989).

Pendidikan sains merupakan salah satu elemen penting yang wajar diberi

penekanan dalam sistem pendidikan negara untuk menyampaikan pengetahuan kepada

sumber manusia yang terlatih dan mahir. Ini kerana sains juga merupakan satu bidang

keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk memahami fenomena di sekeliling mereka.

Pembelajaran sains memberi kefahaman tentang susunan dan kesalinghubungan yang

terdapat dengan Pencipta alam. Ia membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran asas sains supaya mereka boleh menghadapi kehidupan harian dengan lebih

berkesan dan bermakna.

Page 18: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

2

Mata pelajaran kimia merupakan salah satu mata pelajaran sains yang diperkenal

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mata pelajaran ini wajib diambil oleh mana-

mana pelajar yang memasuki aliran sains. Dalam pembelajaran, pencapaian akademik

seseorang pelajar bergantung kepada pembelajarannya. Sekiranya terdapat faktor-faktor

negatif yang mempengaruhi pembelajaran, maka pencapaian akademik yang baik sukar

diperolehi oleh pelajar. Oleh itu, mata pelajaran kimia perlu diterapkan secara optimum

agar matlamat pelajar, ibubapa, guru dan negara tercapai.

Jesteru itulah, pelbagai strategi pengajaran pembelajaran diperkenalkan dan

digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar tentang apa yang dipelajarinya.

Perkara-perkara yang dapat mendorong pelajar dalam sains ialah aktiviti seperti latih tubi

untuk mengukuhkan fakta baru, pemberian ganjaran dalam bentuk hadiah, pujian atau

perbuatan, pembelajaran melalui “hands-on” dan “minds-on” yang bersesuaian dengan

perkembangan kognitif belajar berfikir tentang proses pembelajaran dan membina

pemahaman yang tesendiri kerana guru hanyalah sebagai pemudahcara dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Coles dan Marriot, 1991).

Oleh itu, satu kajian untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kefahaman tajuk

Formula dan Persamaan Kimia di kalangan pelajar Tingkatan 4 akan dijalankan. Ini perlu

untuk memastikan sistem pengajaran kimia bagi tajuk Formula dan Persamaan Kimia

dapat dilakukan dengan lebih berkesan dihayati dalam menjelaskan fenomena harian bagi

tujuan membudayakan sains dalam kehidupan seharian pelajar.

1.2 Latar belakang masalah

Mata pelajaran kimia merupakan mata pelajaran elektif bagi mereka yang

mengambil aliran sains. Ia memerlukan pelajar berfikir secara kreatif, memahami konsep

dan mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari bidang kimia.

Page 19: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

3

Namun, ramai pelajar kurang berminat dalam mata pelajaran kimia. Mereka

beranggapan kimia suatu mata pelajaran yang sukar difahami dan di pelajari. Kajian

Gussarsky dan Gorodetsky (1998) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak dapat

memahami konsep Formula dan Persamaan Kimia.

Kimia sememangnya merupakan satu mata pelajaran yang mengandungi banyak

formula, peraturan, prinsip dan persoalan yang perlu diselesaikan. Formula sains

merupakan satu rumusan sains yang ringkas dan sangat berguna dalam menyelesaikan

permasalahan sains. Formula-formula sains ini mungkin wujud dalam bentuk gabungan

nombor-nombor, huruf-huruf, abjad dan simbol-simbol yang sukar dipelajari. Kebolehan

pelajar mengingat kembali serta memilih formula yang sesuai untuk menyelesaikan

permasalahan kimia merupakan cabaran yang sangat tinggi dalam kehidupan mereka

sebagai seorang pelajar (Aziz Nordin dan Tai Say Moi, 2000).

Kajian yang dijalankan oleh Berquist (1990) menunjukkan walaupun pelajar telah

diajar tentang tajuk Persamaan Kimia namum pelajar masih tidak dapat menyelesaikan

permasalahan persamaan kimia sekalipun mereka diberi soalan yang mudah. Pelajar

seringkali menggunakan logik tanpa memahami konsepnya yang sebenar.

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kurangnya kefahaman

pelajar terhadap sesuatu konsep selalunya menggalakkan pelajar menghafal sebagai

contoh, pelajar menghafal sesuatu takrifan tanpa memahami apa yang mereka perkatakan.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi hasil pembelajaran seseorang pelajar. Faktor

seperti latar belakang pelajar, sikap, motivasi, proses pendidikan termasuklah kaedah

pengajaran guru dan lain-lain faktor boleh memberi kesan kepada hasil pembelajaran

(Alias Baba, 1989).

Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah kelemahan dan masalah yang sering

dihadapi oleh pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari tajuk Formula dan Persamaan Kimia

sehinggakan terdapat soalan-soalan mudah tidak dapat dijawab oleh pelajar.

Page 20: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

4

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah ketidakkukuhan penguasaan pelajaran merupakan antara masalah yang

sering dihadapi oleh pelajar di dalam mempelajari konsep semasa pembelajaran kimia.

Masalah sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh para pendidik. Mereka seharusnya

berusaha untuk mencari alternatif bagi mempelbagaikan kaedah dan strategi semasa

proses pengajaran dan pembelajaran supaya segala konsep dan pengetahuan yang hendak

disampaikan mudah difahami oleh pelajar.

Berdasarkan kepada kajian tindakan yang pernah dijalankan oleh guru kimia

mendapati kebanyakan pelajar masih lagi keliru menjawab soalan-soalan ringkas

berkaitan tajuk Formula dan Persamaan Kimia seperti mengingati cas, menyatakan

formula sebatian dan membina persamaan kimia yang seimbang.

Berasaskan kepada keadaan inilah pengkaji ingin membuat penyelidikan yang

bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan mengenalpasti masalah yang dihadapi

oleh pelajar dalam mempelajari tajuk Formula dan Persamaan Kimia Tingkatan 4.

1.4 Objektif kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti minat pelajar dalam mempelajari kimia.

2. Mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam

tajuk Formula dan Persamaan Kimia.

3. Mengukur tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk Formula dan Persamaan

Kimia dalam mata pelajaran kimia KBSM Tingkatan 4.

Page 21: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN … · kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat kefahaman responden tentang tajuk Formula dan

5

1.5 Persoalan kajian

Perkara-perkara yang boleh menjadi persoalan kajian ini adalah:

1. Apakah minat pelajar dalam mempelajari kimia?

2. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam tajuk

Formula dan Persamaan Kimia?

3. Apakah tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk Formula dan Persamaan

Kimia dalam mata pelajaran kimia KBSM Tingkatan 4?