masa reaksi

Upload: helinar-kryxera

Post on 04-Apr-2018

380 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Masa Reaksi

    1/2

    Masa Reaksi

    a) Ujian Nelson untuk Tangan (Ruler Drop Test)

    Ujian ini mengukur masa reaksi tangan.Peralatan dan kemudahan :Pembaris, penguji.

    Prosedur :

    i) Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan atas lengan kerusi.

    ii) Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2.5cm) bersedia untuk

    menangkap pembaris.

    iii) Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada zon tumpuan yang

    ditandakan pada hujung pembaris. Pembaris itu digantung pada jarak

    hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk peserta.

    iv) Isyarat sedia diberi oleh penguji sebelum melepaskan pembaris untuk

    ditangkap oleh peserta dengan ibu jari dan jari telunjuk.

    v) Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh penguji

    untuk mengelakkan peserta meramal dan bertindak balas terhadap

    jatuhan pembaris itu.

    vi) 20 percubaan diberikan dengan 5 masa terpantas dan 5 masa terlambat

    disingkirkan. 10 masa yang lain dijumlahkan dan dibahagi dengan 10 untuk

    mendapat purata masa.

    b) Ujian Nelson untuk Kaki

    Ujian ini mengukur keupayaan reaksi kaki dan bergerak dengan cepat danke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan.

    Peralatan dan kemudahan :Jam randik, pita pengukur, pita penanda, penguji.

    Prosedur :Dua garisan berjarak 14 meter dengan satu garisan tengah dilukis.

    ii) Peserta berdiri dalam keadaan sedia atas garisan tengah menghadap

    penguji.

    iii) Penguji menunjukkan tangan ke satu arah (kiri atau kanan) dengan

    cepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik. Peserta

    bertindak balas kepada rangsangan penguji dan berlari dengan pantas

    ke arah yang ditunjuk oleh rangsangan itu.iv) Masa diberhentikan apabila peserta melepasi garisan arah yang

    ditunjukkan oleh penguji.

    v) 10 percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi ke arah

    yang bertentangan. Hala rangsangan hendaklah diberi secara rawak.

    vi) Masa rehat selama 20 saat diberi kepada peserta antara percubaan.

  • 7/30/2019 Masa Reaksi

    2/2

    c) Ujian Crazy Reaction Ball (Ball Drop)

    Ujian ini menguji konsentrasi serta menjana masa reaksi yang pantasuntuk

    seseorang individu.

    Peralatan :Reaction ball

    Prosedur :i) Ujian ini dijalankan secara berpasangan di mana peserta-peserta akan

    berdiri dalam jarak lebih kurang 4-5 langkah jauh antara satu sama

    lain.

    ii) Peserta pertama akan ambil bola tersebut dan jatuhkannya dari

    ketinggian atas kepalanya di mana peserta kedua yang berada digarisan permulaan akan berlari pecut ke arah bola dijatuhkan dan

    menangkap bola itu pada lantunan yang pertama

    iii) Selepas menangkap bola tersebut, peserta kedua perlu berlari kembali

    ke garisan permulaan dan proses tadi akan berulang sehingga sepuluh

    45

    kali. Peserta pertama yang menjatuhkan bola perlu menunggu sehingga

    peserta kedua kembali ke garisan permulaan baru dibenarkan

    menjatuhkan bola berkenaan.

    iv) 1 mata akan diberikan kepada tangkapan yang berjaya dilakukan.

    Jumlah mata akan dikumpulkan daripada 10 kali percubaan yang

    dilakukan.

    v) Setelah 10 kali percubaan dilakukan, kedua-dua peserta akan bertukar

    peranan.