mardi

42
1.0 Pengenalan MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai pilihan dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hotrikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi penanaman tepat atau precision farming bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap. (Rajah 1 : DATUK DR. ABD SHUKOR BIN ABD. RAHMAN, Ketua Pengarah MARDI) Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.Petani dan 1

Upload: habiba-nabihah

Post on 08-Aug-2015

366 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mardi

1.0 Pengenalan

MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk

menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri

asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah

menghasilkan pelbagai pilihan dan klon tanaman baru, baka ternakan baru

dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam

bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk

hotrikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan

pengendalian ladang seperti teknologi ”penanaman tepat” atau precision

farming bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi

teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam

sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik

dengan lebih cekap.

(Rajah 1 : DATUK DR. ABD SHUKOR BIN ABD. RAHMAN, Ketua Pengarah

MARDI)

Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan

usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri

berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat,

perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu,

pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.Petani dan

1

Page 2: Mardi

usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya

menyumbangkan kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri

asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian

sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.

Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan teras

penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan

kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta

memberi sumbangan berkesan terhadap korpus ilmu secara global.Segala

maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti

R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran

peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan MARDI tidak

ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan

pertanian di peringkat global, perhubungan rapat dengan beberapa institut

penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat nasional dan

antarabangsa sentiasa diperkembangkan.

(Rajah 1.1 : carta organisasi)

2

Page 3: Mardi

2.0 Matlamat dan objektif

2.1 Visi

Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor

dalam bidang makanan, pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang

tahun 2015.

2.2 Misi

Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan

perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan

mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang

inovatif, komersil dan berdaya saing.

2.3 Objektif

Menjalankan penyelidikan untuk menjana teknologi inovatif bagi

pembangunan industri makanan dan pertanian.

Menawarkan khidmat perundingan dan teknikal bagi menyokong

pembangunan industri makanan dan pertanian.

Menawarkan khidmat perniagaan usahasama dan pelesenan

dalam pengkormersialan hasil penyelidikan.

2.4 Aktiviti

Pembangunan teknologi bagi meningkat persaingan dalam

industri pemprosesan makanan.

Pembangunan teknologi dalam pengeluaran buah -buahan, sayur-

sayuran, bunga-bungaan, bijiran dan lain- lain berkaitan dengan

industri tanaman.

Pembangunan teknologi yang berkaitan dengan industri ternakan.

Pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi, mekanisasi

dan juga pengurusan sumber dan persekitaran.

Kajian sosioekonomi dan pengurusan teknologi untuk makanan

dan pertanian.

3

Page 4: Mardi

Pemindahan teknologi dan pengkomersialan bagi meningkatkan

produktiviti pertanian dan kualiti makanan, juga mewujudkan

perniagaan tani yang berdaya maju.

3.0 Program yang telah dan akan dilaksanakan

3.1 Teknologi Kejuruteraan dalam Pertanian

a) Penggunaan Sumber Air Bawah Tanah Untuk Meningkatkan

Hasil Tanaman

Air yang berlebihan daripada sistem pengairan jalur digunakan

untuk mengairi tanaman. Air yang berlebihan akan dialarikan ke satu

parit pengumpul (collector drain) dibahagian yang terendah di

penghujung ladang. Di sini, telaga tiub yang sedalm 15 m dibina

sebagai sumber pengairan ladang. Telaga ini mudah dibina dan dapat

dilakukan oleh setiap petani (Ayob dan Zainal 1987). Air boleh didapati

dari telaga tiub ini walaupun pada musim kemarau.

Air dari telaga ini dapat dikeluarkan dengan pam yang dipasang

pada jentera pembajak dua roda (Kubota) yang mempunyai kekuatan

lebih kurang 7 kuasa kuda. Pam air juga boleh dipasang pada jentera

berasingan yang kemudian dipasang pada jentera berasingan yang

kemudian dipasang kekal pada telaga tiub. Air boleh disalurkan melalui

paip PVC ataupun paip getah lembut yang berukuran 2.5 cm garis

pusat bagi tujuan pengairan tanaman. Air yang tidak dapat digunakan

oleh tanaman akan melalui pusingan sama sekali lagi.

Pokok-pokok yang menerima air bawah tanah adalah lebih

subur dan sentiasa berbunga serta berbuah dengan lebih sempurna

berbanding dengan pokok-pokok yang menerima air pemukaan bumi

sahaja. Faedah ini telah dapat dibuktikan daripada kajian yang telah

dijalankan di Seberang Perai. Hasil tanaman kacang bendi dari petak

yang diairi dengan air bawah tanah ini melebihi 52% daripada hasil dari

petak yang diari dengan air peermukaan bumi walaupun sistem

pengurusannya sama.

4

Page 5: Mardi

Air bawah tanah didapati mempunyai kepekatan bahan terlarut

tujuh kali lebih tinggi daripada air permukaan bumi biasa. Walapun

tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam kandungan nitrogen (N)

dan fosforus (P) serta nilai Ph, perbezaan kandungan kalium (K) amat

ketara. Unsur K amat penting untuk penghasilan bunga serta

ketahanan tanaman terhadap penyakit. Unsur ini juga amat penting

dalam penggunaan air secara berkesan di dalam sel-sel tanaman,

terutama di dalam sel-sel stomata untuk proses fotosintesis.

Walaupun pembinaan telaga tiub mudah, ini melibatkan kos

pada petani. Dengan peningkatana hasil tanaman serta kedapatan air

sepanjang masa, keuntungan yang akan diperoleh oleh petani jauh

lebih tinggi daripada kos pembinaan telaga tiub. Kos pembinaan telaga

tiub ini tidaklah begitu dan mampu ditanggung oleh petani. Pada

amnya, penggunaan air bawah tanah dapat meningkatkan hasil

tanaman kerana berupaya mengembalikan sebahagian daripada unsur

baja larut ke dalam bumi kepada tanaman. Teknologi penggunaan air

bawah tanah telah tersebar luas dan boleh digunakan oleh petani

dengan mudahnya.

b) Sistem saliran dan pengurusan air untuk penanaman koko di

tanah lanar pantai.

Satu sifat tanah yang kurang sesuai untuk penanaman koko

ialah saliran yang tidak sempurna. Tanah yang demikian rupa

selalunya terletak berdekatan dengan laut, sungai yang airnya sentiasa

melimpah dan sawah terbiar. Keadaan ini boleh dibaiki dengan

membina sistem saliran.

Prinsip utama saliran adalah mengeluarkan air dari permukaan

tanah atau zon akar tanaman sebelum air yang berlebihan ini dapat

mencederakan atau menjejaskan kesuburan pokok (Anon, 1972). Bagi

tanaman koko di tanah lanar pantai, zon akar yang terbaik adalah 0.9

m dari permukaan tanah (Mohd. Noh. 1985). Kajian juga menunjukkan

5

Page 6: Mardi

bahawa kebun koko di kawasan lanar pantai sering kali ditenggelami

air. Di sesetengah kawasan, aras air bumi kadang-kadang mencapai

0.3-0.5m dari permukaan tanah selama beberapa minggu pada musim

hujan. Keadaan ini mengakibatkan tanah di zon akar menjadi tepu dan

kurang pengudaraan. Pada musim kemarau pula, tanah ini menjadi

kering dan merekah, walaupun aras air bumi hanya 1-1.5 m dari

permukaan tanah. Bagi mengatasi masalah ini, sistem saliran dan

struktur kawalan air amat diperlukan.

Faktor yang penting dalam merangka sistem saliran di sesuatu

kawasan ialah kedalaman saiz dan jarak di antara parit (Anon. 1972).

Tujuannya adalah merendahkan aras air di dalam tanah pada musim

hujan. Terdapat tiga jenis sistem saliran yang diamalkan di ladang

koko di kawasan tanh lanar pantai iaitun parit baris, parit pengumpul

dan parit utama.

Parit baris boleh diitakrifkan sebagai parit yang dibina mengikut

baris tanaman. Parit ini adalah bertujuan mengumpul air hujan (air

larian) supaya tidak bertakung di ladang dan juga mengurangkan

ketepuan air di dalam lapisan atas tanah. Keadaan tanah dan sistem

penanaman mempengaruhi saiz aprit yang dibina. Bagi sistem

penanaman koko tunggal di tanah lanar pasir, saiz parit baris ialah 45

cm x 30 cm x 15 cm dengan jarak 8 m di antara parit (Gambarajah 1).

Bagi penamaman koko di bawah kelapa, parit baris dibina diantara dua

baris kelapa. Saiz parit 45 cm x 30 cm x 15 cm juga tetapi jarak di

antara parit ialah 10-12 m. Parit ini boleh dibina dengan tenaga

manusia ataupun dengan jentera iaitu pembatas rabung yang ditarik

oleh traktor.

Parit pengumpul ialah parit yag dibina merentasi parit baris. Parit

ini adalah bertujuan mengumpul air larian dari parit baris. Kedalaman

parit ini perlulah melebihi 20 cm. Kecerunan bahagian tepi parit ialah

1:1 hingga 4:1 (tegak:mendatar) bergantung pada keadaan tanah bagi

mengelakkan keruntuhan tanah. Jarak di antara parit pengumpul bagi

penanaman koko tunggal ialah 30-50 m dan bagi koko bersama kelapa

6

Page 7: Mardi

ialah 50 m. Air dari semua parit pengumpul ini disalurkan terus ke parit

utama dengan kecerunan 0.1-0.2%.

Fungsi parit utama di ladang adalah mengawal semua air larian

dari ladang. Parit utama ini selalunya dibina di ladang yang melebihi

25 ha. Bagi petani yang mempunyai kawasan koko yang kurang

daripada 25 ha, parit pengumpul sudah mencukupi untuk mengawal

aras air. Sehubungan dengan itu, parit utama untuk aliran keluar boleh

disambungkan dengan parit yang tersedia di kawasan yang

berdekatan. Malangnya parit utama di kawasan ini hanya berfungsi

mengawal aras airdi ladang sahaja tetapi tidak dapat mengalir air tersu

ke laut keran dipengaruhi oleh pasang surut air laut.

Parit utama mempunyai lebar muka atas yang melebihi 2 m,

dasarnya 0.5 m dan dalamnya 0.75 n ini berubah-ubah mengikut

keadaan ladang dan aras air bumi. Pada musim hujan, tam,bak tanah

perlu dibuat bagimengelakkan tebing parit daripada runtuh.

3.2 Mekanisasi Pengeluaran

Mekanisasi pertanian merupakan salah satu cara untuk

mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dan kadar pengeluaran

di kebun-kebun dan di ladang-ladang pertanian. Adaptasi daripada

sistem mekanisasi dapat mengurangkan kos pengeluaran,

meningkatkan kualiti serta meminimakan faktor buruh di dalam

mengendalikan proses berkaitan. Mekanisasi juga merupakan asas

kepada teknologi yang bercirikan automasi. Dengan kewujudan Pusat

Mekanisasi dan Automasi, MARDI telah mengambil langkah yang

proaktif di dalam mencapai matlamat untuk memperluas teknologi

berkaitan mekanisasi dan automasi di dalam sektor pertanian dan

industri pengeluaran makanan negara.

Penyelidikan yang dilaksanakan oleh program mekanisasi

pengeluaran bertujuan untuk memberi kaedah penyelesaian bagi:

Pengeluaran tanaman dan ternakan.

7

Page 8: Mardi

Keperluan mekanisasi dan masalah berkaitan termasuk masalah

melibatkan sistem pengeluaran tanaman yang melibatkan operasi

seperti penyediaan tanah, penyelengaraan, penuaian dan

pengenalian hasil tanaman.

Mekanisasi pemprosesan bahan bukan makanan seperti bahan-bio

yang ditambah nilai menjadi produk industri.

3.3 Sistem Elektronik dan Persekitaran Bangunan

Teras utama bidang penyelidikan Sistem Elektronik dan

Persekitaran Bangunan di MARDI ialah:

Masalah mekanisasi dan automasi dalam penghasilan tanaman

dan ternakan di dalam struktur pertanian dan persekitaran

bangunan. (Aktiviti instrumentasi).

Peningkatan produktiviti dan penjimatan tenaga buruh melalui

automasi dan penggunaan pengesan dalam sistem penghasilan

pertanian dan makanan.

MARDI meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap

Penyelidikan, Pembangunan dan Komersialisasi (R&D&C). Automasi

dalam industri pertanian dan makanan merupakan satu daripada

bidang keutamaan R&D&C. Automasi melibatkan penggantian tenaga

kerja manusia kepada sistem automasi berasaskan komputer.

Automasi diperlukan dalam hampir kesemua aspek pertanian, daripada

membajak, menabur benih, meracun, menuai ke proses lepas tuai

untuk mengurangkan kebergantungan pertanian terhadap sumber

manusia yang semakin berkurangan. Automasi juga membolehkan

produk yang lebih baik dan hasil tuai yang lebih besar dihasilkan

kerana proses automasi dikawal dengan tepat. Beberapa bidang

automasi yang giat diterokai di MARDI adalah seperti pengesan,

instrumentasi, mekatronik dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat

(ICT).

8

Page 9: Mardi

Selain daripada itu, persekitaran bangunan juga adalah fokus

utama di MARDI. Ia menggunakan sistem kawalan untuk

membolehkan persekitaran di dalam bangunan dikawal. Kawalan

aspek-aspek persekitaran seperti suhu, kelembapan, gas dan ventilasi

membolehkan tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato dan

“broccoli” serta ternakan dihasilkan secara komersial. Penghasilan

tanaman di dalam rumah hijau juga membantu mengurangkan tenaga

manusia untuk menguruskan tanaman kerana fertigasi di dalam

bangunan adalah dikawal secara automatik. Automasi fertigasi juga

dapat menghasilkan produk pertanian yang lebih berkualiti kerana

kuantiti baja dan masa serta kekerapan pengairan dikawal berdasarkan

pembesaran tanaman. Ini dapat mengelakkan pembajaan yang

berlebihan atau berkurangan yang kerap berlaku melalui sistem

tradisional.

MARDI menjalankan P&P untuk membantu membangunkan industri

pemprosesan makanan dan sub-sektor sokongan yang berkaitan

(pembungkusan,mekanisasi dan lain-lain).

Teras utama dalam bidang penyelidikan ini adalah seperti berikut:

a) Sains Makanan dan Keselamatan Makanan

Penyelidikan dalam bidang sains makanan dan keselamatan

makanan melibatkan pemahaman, pembangunan dan peningkatan

teknologi dan pengetahuan dalam penilaian risiko komponen makanan

yang mempengaruhi kualiti, keselamatan, kesihatan pengguna, serta 

hubungan antara kandungan makanan dan sifat-sifatnya melalui

aplikasi teknologi yang sesuai untuk keselamatan makanan.  

Penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang seperti

pembangunan bahan kandungan makanan, penyelidikan herba dan

produk herba, pembangunan produk nutraseutikal dan makanan

berfungsi, keselamatan makanan, pembangunan kaedah analisis

makanan, penilaian rasa makanan,nutrisi dan mikrobiologi makanan

9

Page 10: Mardi

b) Pemprosesan dan Pembangunan Produk

Penyelidikan dalam bidang pemprosesan makanan tertumpu

kepada pembangunan produk baru dari segi foumulasi, mekanisasi dan

automasi. Pembangunan produk baru adalah berasaskan kepada

permintaan industri dan menekankan kepada keperluan pengguna

menerusi penciptaan produk-produk atau proses-proses baru,

membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun 

meningkatkan  lagi  proses pembuatan. Sebagai tambahan, makanan

haruslah diformulasi  supaya kekal semula jadi, berkhasiat dan sihat.

Kebanyakan teknik-teknik pemprosesan makanan di Pusat

Penyelidikan Teknologi Makanan telahpun diadaptasikan dalam

industri makanan seperti teknik  pengeringan secara semburan dan

pembekuan, teknik pengetinan dan pembekuan kriogenik. Kini,

program Pemprosessan Makanan dan Pembangunan Produk  bersedia

untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang baru seperti

nanoteknologi, reologi dan sebagainya.

  c) Pembungkusan dan Pengendalian  Makanan

Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang

terlibat dalam penghasilan produk makanan. Penghasilan

pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan

makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun

kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa

fasa perubahan pembangunan yang signifikan. Masyarakat moden kini

maklum dengan perubahan dan kesediaan dalam penggunaan

teknologi pembungukusan moden. Pembungkusan teknologi moden ini

menggunakan pelbagai bahan alternatif, alatan berteknologi tinggi dan

operasi pintar.

Oleh itu sasaran kepada penghasilan pembungkusan ini dapat

menepati kehendak semasa yang memerlukan kepada keselamatan

makanan, kos penyimpanan dan pengagihan yang rendah, dapat

menarik perhatian dari sudut keunikan pembungkus dan grafiknya,

10

Page 11: Mardi

selesa untuk diguna pakai oleh pengguna dan mesra alam. Pelbagai

aktiviti dalam program pembungkusan dan pengendalian makanan

antaranya adalah teknik pembungkusan, pembangunan pembungkus,

ujian pembungkus, kajian jangka hayat, penglebalan dan grafik.

Pengendalian makanan yang dibungkus juga merupakan antara fokus

dalam program ini.

3.4 Tanaman beraroma dan ubat-ubatan

Permintaan herba untuk pengeluaran ubat-ubatan tradisional

semakin meningkat.Di Malaysia, nilai produk berkaitan herba ialah

lebih daripada RM 4.5 bilion setahun. Pada masa ini, kurang daripada

10% bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran ubat-ubatan

tradisional ditanam di Negara ini. Selebihnya diimport dari luar Negara

atau pun diperoleh dari hutan. 

Terlalu bergantung kepada bahan mentah yang diimport akan

mendedahkan industri tempatan kepada bekalan yang tidak konsisten,

ketidakstabilan harga dan pencemaran dengan bahan yang berkualiti

rendah.Ini akan menghalang pertumbuhan industri herba di Malaysia,

dan juga menyebabkan aliran keluar pertukaran wang asing. Amalan

mengutip herba dari hutan untuk pengeluaran komersial ubat-ubatan

tradisional akan menjejaskan kewujudan spesis ini di suatu peringkat

pada masa hadapan. Satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada

terjejasnya spesies herba berikutan permintaan yang semakin

meningkat terhadap ubat-ubatan tradisional adalah dengan menanam

herba tersebut secara komersial.  

Oleh itu, teras utama penyelidikan herba di MARDI adalah untuk

membangunkan teknologi pengeluaran tanaman herba secara

komersial.Selain daripada teknologi pengeluaran tanaman, keutamaan

juga diberikan kepada penyelidikan fitokimia, toksikologi dan

pembangunan produk makanan dan bukan makanan (nutraseutikal dan

farmaseutikal) berasaskan herba.

11

Page 12: Mardi

Aktiviti R & D herba tertumpu kepada empat bidang teras utama :

Pembangunan varieti baru herba dengan penekanan terhadap

kualiti, hasil yang tinggi dan rintangan perosak

Pembangunan sistem pengeluaran yang berkesan kos, mapan dan

mesra alam dengan penekanan terhadap penggunaan input yang

optimum

Pengurusan perosak dan penyakit utama

Pembangunan teknologi pengendalian lepas tuai yang cekap dan

pembangunan produk

3.5 Industri Berasaskan Pertanian (Bukan Makanan)

a) Menambah nilai kepada pengurusan sisa pertanian

Pengkuantitian dan pengawalan atau pengurangan bau yang

berasal daripada pertanian

Penggunaan berkesan jerami padi untuk mengelakkan

pembakaran

Degradasi pantas sisa tanaman terutamanya jerami padi dan

tandan kosong buah kelapa sawit

Pembangunan produk daripada sisa pertanian

b) Menangani fungsi dan keberkesanan bajabio

Pencirian mikrob dan pembangunan bajabio berasaskan mikrob

Pengesahan makmal dan ladang mikrob penetap-N (N-Fixers)

dan pemudah larut-P

Pengeluaran besar-besaran mikrob yang dicirikan untuk bajabio

Pembangunan pembawa yang sesuai untuk baja mikrob terpilih

c) Teknologi Pengurusan Baja

Baja ialah faktor paling utama yang menjejaskan produktiviti

terutamanya perladangan intensif yang sangat bergantung

kepada baja bukan organik

12

Page 13: Mardi

Kecuali urea, baja lain bergantung sepenuhnya kepada sumber

import

Tren semasa menunjukkan peningkatan jumlah import /

penggunaan baja yang menyebabkan kerugian yang tinggi

dalam tukaran wang asing

Penggunaan baja yang tidak cekap menyebabkan produktiviti

yang rendah dan pencemaran alam sekitar

3.6 Kejuruteraan Makanan Dan Lepas Tuai

Teras utama bidang penyelidikan Mekanisasi Pemprosesan & Lepas Tuai di

MARDI ialah:

Menyediakan penyelesaian isu-isu mekanisasi yang menjadi masalah

kepada perusahaan makanan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan

memperkenalkan mekanisasi dalam sistem pengeluaran

Mencari penyelesaian kepada pengendalian dan penyimpanan lepas tuai

untuk komoditi pertanian dengan sistem yang lebih berkesan dan cekap

Rantaian sistem pengeluaran pertanian berkait rapat dengan aktiviti

pemprosesan dan pengilangan untuk membangunkan nilai-tambah kepada

sektor makanan. Aktiviti lepas tuai seperti penggredan dan pengendalian

buah-buahan dan sayur-sayuran akan terus menjadi fokus utama .

Penyelidikan dalam bidang teknik tak-musnah ‘non-destructive technique’

(NDT) dalam penentuan kualiti buah-buahan seperti limau bali, ciku, tembikai

dan mangga akan menjadi keutaaman dalam penyelidikan kami di MARDI.

Pemprosesan dan pengendalian lepas tuai untuk tumbuhan Roselle

akan dipertingkatkan sebagai menggantikan penanaman tembakau di tanah

bris. MARDI akan membangunkan model makmal pemprosesan Roselle yang

memenuhi standard dan piawaian industri sebagai usaha peningkatan

pemprosesan Roselle.

Komitmen MARDI dalam membantu  mengembangkan industri

makanan terutamanya kepada pengusaha kecil dan sederhana (IKS) akan

13

Page 14: Mardi

terus ditingkatkan demi mengekalkan kedudukan Malaysia dalam sektor

makanan. Industri makanan tradisional dan industri makanan terproses

dibangunkan melalui mekanisasi dengan kebergantungan yang rendah

terhadap tenaga buruh import. Melalui integrasi dengan pelan bangunan dan

spesifikasi yang tepat, produk-produk makanan di Malaysia dapat mencapai

kualiti premium dan memenuhi syarat-syarat dan keperluan dalam Amalan

Pengilangan Baik (GMP) dan HACCP.

Secara spesifiknya, program ini juga terlibat dalam memodenkan

sektor pemprosesan makanan di samping memenuhi standard industri,

membentuk perbandingan keuntungan berasaskan eksport dan import serta

membangunkan industri makanan yang menggunakan bahan-bahan

tempatan dan menggantikan bahan mentah import.

3.7 Tanaman Sayuran

Program penyelidikan tanaman sayur-sayuran merangkumi pelbagai

komoditi termasuk cili, tomato, kacang panjang, timun, bendi, terung, kacang

buncis, kailan, dan beberapa jenis sayur-sayuran temperat seperti kubis,

kubis bunga, brokoli, kubis cina, salad dan lada benggala. Keluasan semasa

tanaman sayur-sayuran di Malaysia adalah sekitar 44,000 hektar dan

kebanyakannya adalah kebun kecil. Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)

adalah penting untuk mengekalkan tanaman ini dan untuk membangunkan

sistem pengeluaran secara besar-besaran yang cekap dan berkesan dari segi

kos. Aktiviti R & D tertumpu kepada bidang-bidang teras berikut:

Pembangunan varieti baru sayur-sayuran melalui teknik konvensional dan

moden, yang terdiri daripada pengenalan, penilaian dan pemilihan ciri-ciri

bernilai ekonomik yang sesuai untuk sistem tanaman yang sangat cekap

dan moden; dan pembiakbakaan heterosis dengan objektif mutlak untuk

membangunkan varieti hibrid.

Pengeluaran bahan tanaman yang terjamin kualitinya (bebas penyakit dan

subur) melalui pensijilan benih, pemeriksaan pokok induk dan

14

Page 15: Mardi

penggunaan kaedah yang sesuai bagi pembiakan untuk menghasilkan

benih asas dan bahan tanaman.

Pembangunan sistem pengeluaran tanaman yang cekap dan kos efektif

dengan penggunaan input yang optimum untuk peningkatan hasil dan

kualiti.

Pembangunan teknologi pengurusan makhluk perosak dan penyakit yang

mesra alam dan mampan.

Pembangunan teknologi pakej mengenai pengendalian lepastuai sayur-

sayuran untuk pasaran domestik dan eksport.

Teknologi yang dibangunkan akan disebarkan kepada industri tempatan

melalui khidmat nasihat, perundingan, pameran, seminar, latihan &

khidmat pengembangan, penyelidikan kontrak, rangkaian dan kerjasama

dengan agensi-agensi pertanian, yang dijangka dapat menyokong

keperluan dan memacu pertumbuhan industri sayur-sayuran .

(Rajah 3 : tanaman sayuran)

3.8 Persidangan dan pameran

Penganjuran persidangan dan pameran untuk mempromosi teknologi

MARDI yang berpotensi di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Penganjuran acara untuk MARDI dalam bidang-bidang teras utama MARDI

iaitu:

15

Page 16: Mardi

Industri Asas Tani

Agro-Bioteknologi

Pertanian Lestari dan Mesra Alam

Ternakan

Kejuruteraan Bio dan Infrastruktur

Pemprosesan Makanan

Herba

Tanaman Ladang

Padi

Tanaman Berpotensi

Hortikultur

Mekanisasi Pertanian

3.8.1 Persidangan dan Pameran yang pernah dianjurkan:

Persidangan Antarabangsa Pemakanan Ternakan

Regional Conference On Biosensor & Biodiagnostics

Developing Eight (D8) Ministers’ Meeting on Food Security 2009

4.0

Kejayaan MARDI

16

Produk makanan dan pertanian yang berada di pasaran perlu

lengkap dari aspek jaminan kualiti dan keselamatan. Bagi tujuan itu,

makmal menyediakan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan dan

pertanian. Perkhidmatan dijalankan mengikut keperluan individu melalui

analisis makmal yang kos efektif, cekap dan pantas. Makmal telah

dianugerahkan akreditasi persijilan ISO/IEC 17025 daripada Jabatan

Standard Malaysia (DSM). Pensijilan ini memberi keyakinan kepada

pelanggan terhadap tahap kompetensi perkhidmatan yang ditawarkan

mengikut piawaian antarabangsa.

 

Page 17: Mardi

Pertubuhan MARDI telah banyak berjasa kepada negara kita. Sejak

tertubuhnya MARDI, banyak penyelidikan dari segi Sains, teknikal, ekonomi

dan sosial telah dijalankan. Penyelidikan yang telah dijalankan adalah

mengenai pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala ternakan,

makanan dan tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko) . Selain itu,

MARDI turut membuat penyelidikan mengenai perladangan campuran.

MARDI juga berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran

maklumat dan nasihat. Nasihat-nasihat yang diberikan berkenaan dengan

perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri

makanan dan pertanian serta industri asas tani. Pelbagai kaedah dijalankan

bagi melaksanakan fungsi ini termasuk menerbitkan laporan, terbitan berkala

17

Page 18: Mardi

dan kertas kerja. Di samping itu, pihak MARDI turut mengelolakan pameran,

persidangan, syarahan dan seminar.

Dalam arus perdana yang berkembang pesat, MARDI berperanan

sebagai pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan

dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan,

makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak. Pihak ini memberi

pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta

industri asas tani. Ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara

terutamanya dalam sektor primer.

Industri pertanian merupakan industri yang sedang berkembang maju.

Industri ini sedang giat diusahakan oleh banyak persatuan salah satunya

ialah MARDI. Jadi, pihak MARDI diberi kuasa untuk memberi geran bagi

pengiat industri ini. MARDI memberi geran untuk R&D dalam bidang sains

tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri

pertanian. Di samping itu, pertubuhan ini mengekalkan hubungan dengan

organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam

penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri

makanan dan pertanian serta industri asas tani

MARDI juga menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk

komersil di samping memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri

makanan dan pertanian serta industri asas tani. Dengan teknologi terkini,

MARDI muncul sebagai sebuah institusi yang membangun, mempromosi dan

mengeksploitasi penemuan penyelidikan.

Dengan kejayaan berfungsinya MARDI sebagai sebuah institusi, visi

kepimpinan MARDI telah berkembang daripada pembangunan keupayaan,

penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan

teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi

mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

4.1 MARDI ke arah peneraju agro teknologi

4.1.1 Teknologi Padi Hibrid

18

Page 19: Mardi

Hibrid bermaksud benih padi yang dihasilkan melalui kaedah

bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih

terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.

Secara teknikal, ia membabitkan pemindahan debunga daripada

satu induk pokok padi kepada satu lagi induk yang dimandulkan bagi

menghasilkan jenis padi baru. Melalui kaedah hibrid, penghasilan padi

dapat ditingkatkan sehingga 30 peratus berbanding padi biasa atau

dikenali dengan istilah inbred.

Dari segi benih, kaedah biasa tabur terus menggunakan 80

hingga 200 kilogram biji benih sehektar. Manakala padi hibrid hanya

memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih untuk keluasan yang

sama. Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid mampu

mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi

melebihi 200 biji. Berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya

mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji.

Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar ia mampu

mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima

tan bagi padi biasa. Di negara ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia (MARDI) turut menjalankan kajian berterusan bagi

menghasilkan benih padi yang bermutu.

Pegawai Prinsipal, Pusat Penyelidikan dan Tanaman Industri

MARDI, Datuk Dr. Osman Omar merupakan antara penyelidik yang

menjalankan kajian mengenai padi hibrid.

Keperluan mengamalkan teknologi padi hibrid kerana varieti

yang mengeluarkan hasil tinggi, rintang terhadap penyakit dan

berkualiti. Pakej agronomi perlu diubah dengan penggunaan benih

yang minimum 20 hingga 30 kilogram sehektar selain penggunaan baja

paling optimum. Bagi jangka masa pendek, negara menggunakan

hibrid import, sederhana dengan 50 peratus import dan tempatan

manakala jangka masa panjang dengan 100 peratus tempatan.

19

Page 20: Mardi

4.2.2 Pengenalan kepada MyAgrosis

MyAgrosis atau Kelab Usahawan Graduan Pertanian, telah

dilancarkan pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 oleh Perdana Menteri

Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika melancarkan kelab

tersebut, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa MyAgrosis akan

membawa institusi tinggi kepada teras pengeluaran makanan negara

serta membantu negara menangani kekurangan import makanan.

Dengan kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh kos

makanan dalam negara ini, penduduk dibebani dengan kenaikan harga

barangan keperluan yang berterusan di masa hadapan. Walau

bagaimanapun, dengan peningkatan pengeluaran makanan melalui

usaha MyAgrosis, masalah ini mungkin akan menyenangkan ramai

rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka. MyAgrosis juga

menerima peruntukan sejumlah RM30 juta bagi membantu dalam

kemajuan programnya.

Selain itu,Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa beliau

telah menggesa kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani melalui agensinya : FAMA, Agrobank dan TEKUN

bagi membantu dalam pengeluaran makanan. Oleh itu, RM10 juta

daripada sejumlah RM30 juta akan disalurkan kepada Agrobank bagi

menawarkan skim pinjaman bebas penjamin kepada ahli-ahli

MyAgrosis dengan jumlah maksimum sebanyak RM30,000 bagi

menyertai perniagaan pertanian. Baki jumlah tersebut akan

diperuntukkan kepada Tekun Nasional dan Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani, dengan peruntukan sebanyak RM10juta setiap

sebuah agensi. Tekun akan menawarkan dana kepada peserta-peserta

MyAgrosis manakala pihak kementerian akan menawarkan kemudahan

untuk program-program MyAgrosis seperti hidroponik dan sistem

bekalan air.

4.2.3 GenKimo untuk tanaman dan ternakan

20

Page 21: Mardi

Tahun lalu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (MARDI) telah mengukir nama apabila Pegawai Penyelidik

Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan

Strategik, Dr. Ramli Mohd. Noor berjaya menghasilkan GenKimo atau

dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

GenKimo merupakan produk probiotik mengandungi

mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel. Ini

termasuk lactobacillus, yis dan bacteria fotosintetik. Mendapat

pendidikan lanjutan di negara matahari terbit, Dr. Ramli juga

menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan bagi

ruminan serta unggas. Kini produk berkenaan berjaya dikomersialkan

setelah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara

seperti di Pingat Emas semasa Pameran BioMalaysia 2008 dan Pingat

Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.

GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan

secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik

tempatan. Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal daripada

Korea menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh

diklasifikasikan sebagai produk halal. Menggunakan bakteria

berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu

meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya

tumbesaran pada tumbuhan serta ketahanan terhadap penyakit.

GenKimo bermula dengan pemprosesan silaj bagi

memaksimumkan penapaian nutrien asli yang ada dalam tanaman foraj

(daun) atau sisa industri pertanian. Secara asasnya, penapaian silaj

berlaku secara biasa di bawah keadaan anerobik (tanpa oksigen)

dengan kehadiran bakteria yang ada pada tanaman.

Bagaimanapun dalam bidang bioteknologi bilangan inokulan silaj

atau bahan tambahan silaj akan ditambah bagi meningkatkan nutrien

dan tenaga. Bagi pelbagai aplikasi, Ramli menghasilkan tiga jenis

21

Page 22: Mardi

GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-

bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair pribiotik bagi

minuman ternakan. Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan

bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan

pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa

musim hujan. Kajian di ladang ternakan unggas yang menggunakan

GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang

tidak menggunakannya.

Ramli berkata, GenKimo-bio merupakan makanan aditif

(tambahan) ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana

tidak mengandungi bahan toksik. Ia juga berupaya meningkatkan

metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan

harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan. GenKimo-bio juga

dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

Produk GenKimo-composeed atau baja dalam bentuk serbuk

mengandungi koloni bacteria terpilih pengurai bahan organik dan

pengaktif mikrobial tanah. Dr. Ramli berkata, produk berkenaan mampu

menghasilkan baja organik bermutu tinggi serta mengekalkan mikrob

efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan mengembalikan

kesuburan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Bukan itu saja, malah semasa uji rasa ayam dan ikan tilapia

yang menggunakan GenKimo mendapat sambutan menggalakkan di

kalangan kakitangan MARDI. Rata-rata mereka memuji kelazatan

ayam dan ikan yang menggunakan GenKimo yang disifatkan berbeza

dengan yang lain.

4.2 “ MyMARDI Innofund” ke arah mempromosi budaya berinovasi

22

Page 23: Mardi

4.2.1 Technofund

Program yang dinamakan  Dana R&D Pertanian atau Technofund

adalah satu skim penambahbaikan dan penghasilan teknologi baru daripada

projek-projek R & D. Pelaksanaannya melalui dana yang disalurkan oleh

MOSTI (Ministry of Science, Technology & Innovation) untuk sektor pertanian

dan makanan.

Pelaksanaannya termasuklah penyelidikan teknologi MARDI di

peringkat pra-komersial, peningkatan skala  dan perolehan Intellectual

Property (IP) yang melibatkan pihak swasta secara aktif. Dana yang

dikeluarkan oleh pihak MOSTI akan digunakan pihak syarikat yang

menggabungkan bahan  hampir komersial iaitu daripada pengeluaran  skala

kecil kepada  pengeluaran skala besar.

Program yang dijalankan adalah  melalui sistem inkubator. Setiap satu

projek yang diusahakan adalah selama dua tahun sebelum peniaga berdikari

untuk berniaga dan seterusnya mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.

Namun begitu MARDI akan mengikuti perkembangan projek daripada

masa ke semasa  selain memberi perakuan kepada pihak bank bahawa

sesuatu syarikat di bawah projek inkubator telah mendapat bimbingan

daripada MARDI.

Seperti mana yang diketahui, MARDI berfungsi sebagai organisasi

penyelidikan dan pembangunan dalam bidang makanan, pertanian dan

industri berasaskan biologi telah banyak menyumbangkan kemajuan dalam

bidang pertanian.

Melalui program yang dijalankan MARDI antaranya penghasilan beras

tempatan yang berkualiti seperti MAR2 74 iaitu beras wangi yang diberikan

lesen kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Langkawi. Selain itu

dengan usaha sama FELDA juga berjaya menyumbangkan teknologi dalam

bidang makanan dan ternakan berasaskan pelepah sawit.

Jelasnya lagi sistem inkubator dipilih melalui beberapa syarat termasuklah:

23

Page 24: Mardi

• Mestilah syarikat yang berkaitan dengan teknologi yang

dikomersialkan.

• Kemampuan kewangan syarikat

• Mempunyai ilmu saintifik dalam bidang yang dilaksanakan.

Kesemua ini penting bagi menjayakan projek yang dijalankan seperti

beberapa projek yang telah dibimbing oleh MARDI iaitu produk memproses

halwa di Bukit Tangga Kedah. Produk halwa yang asalnya hanyalah

perusahaan IKS kini telah berjaya menghasilkan produk pada skala yang

besar sehingga mendapat permintaan yang tinggi daripada luar negara.

Manakala produk berasaskan ikan pula akan dijalankan di Sabah yang

menghasilkan produk perikanan seperti tempura.

Paling membanggakan kini melalui penyelidikan yang dilakukan oleh

MARDI, sebanyak 800 penemuan telah berjaya ditemui. Manakala yang telah

disaring dan mempunyai nilai komersial sebanyak 101 teknologi. 18

daripadanya telah dilaksanakan, 9 lagi di dalam proses dan 27 lagi

dimasukkan di bawah technofun. Selebihnya teknologi tersebut disimpan

untuk keperluan yang bersesuaian pada masa akan datang.

Dalam menilai produk MARDI aspek yang dilihat adalah :

a) bernilai atau tidak sesuatu produk,

b) bukti konsep (proof of concept )

c) nilai komersial (commercial value)

Baru-baru ini salah satu produk yang berjaya dihasilkan oleh MARDI

dengan syarikat swasta adalah Test Kit Samonella yang dapat mengesan

bakteria Samonella di dalam makanan.

4.3 MARDI sebagai penerima Islamic Development Bank (IDB) Prizes

MARDI juga telah diisytiharkan sebagai penerima Islamic Development

Bank (IDB) Prizes for Science and Technology 2011 Kategori Pertama.

Anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf sumbangan MARDI kepada

24

Page 25: Mardi

masyarakat. MARDI telah menerima hadiah wang tunai USD 100,000, piala

dan juga sijil kemenangan. Pengarah MARDI juga telah diberi kesempatan

untuk merakamkan sepatah dua kata bagi mewakili pemenang-pemenang lain

termasuklah daripada negara luar seperti Iran dan Bangladesh. MARDI telah

banyak mencurahkan bakti ke medan masyarakat sehingga melayakkan

mereka merangkul anugerah berprestij ini. Sumbangan yang paling menonjol

ialah melalui penglibatan Marditech Corporation Sdn Bhd iaitu anak syarikat

MARDI dalam kerja-kerja konsultansi dan pengurusan projek di beberapa

negara IDB.

4.4 Penghantaran cili Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Penghantaran cili Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

memberi tanggungjawab baru kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian. Ini kerana, selepas biji

benih tersebut dihantar ke Malaysia dari Jepun menerusi pos ke Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pegawai dan kakitangan Agensi

Angkasa Negara (ANGKASA) dan MARDI berurusan dengan pihak berkuasa

di lapangan terbang untuk proses penerimaan.

Biji benih cili berkenaan di bawa ke Stesen Kuarantin Selepas Masuk

(PEQ) Kebangsaan, Jabatan Pertanian, Serdang untuk ditanam dan

dikuarantinkan sehingga berbuah. Pegawai yang banyak terlibat ialah

Penolong Pengarah Unit PEQ Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin

Tumbuhan, Stesen PEQ, Normawati Lanisa. MARDI pula menjalankan

beberapa penyelidikan termasuk kawalan kualiti meliputi aspek, ketulenan biji

benih, kelembapan, peratus percambahan dan kecerdasannya. Menurut

Ketua Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Ternakan

MARDI, Dr. Mohammed Selamat Madom, pada cadangan awal program yang

dibincangkan Ogos tahun lepas, dua spesies tanaman dicadangkan iaitu betik

dan cili.Varieti cili yang menjadi pilihan ialah Semerah, Kulai dan MC 11. Oleh

kerana ketika itu tempoh yang singkat diperlukan untuk membuat keputusan

dan cili memang sedia ada pada jumlah yang diperlukan, maka pihaknya

memilih sayur berkenaan.

25

Page 26: Mardi

Biji benih Cili MC 11 dihantar ke Jepun pada November 2010 dan

dihantar ke ISS pada Januari 2011 sebelum kembali semula ke bumi pada

Jun tahun ini. Ia dihantar ke negara ini pada Julai tahun yang sama. Beliau

berkata , analisis peratusan percambahan yang dijalankan ketika ini, ia

mencapai 90 peratus, sama dengan biji benih yang tidak dihantar ke ISS.

Analisis seterusnya ialah menentukan peratus kelembapan dan juga

ketulenan benih berkenaan. Kajian lanjut akan dijalankan membabitkan aspek

tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit terutama serangan virus.

Kajian-kajian lanjut tersebut akan dimulakan pada Disember ini selepas

tempoh kuarantin tamat.Beliau memberitahu, pihaknya memperoleh dana

sumbangan Angkasa RM30,000 untuk tujuan tersebut.Malah kajian genetik

termasuk DNA fingerprinting juga akan dijalankan bagi menentukan sama ada

berlaku perubahan terhadap profail DNA biji benih cili berkenaan. Mengenai

sama ada, perlunya menghantar biji benih lain ke ISS jika ditawarkan peluang

yang sama pada masa akan datang, beliau berkata, betik atau Carica papaya

boleh dipilih untuk tujuan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang turut ditawarkan oleh JAXA dalam

program penghantaran biji benih ke ISS baru-baru ini ialah Thailand, Vietnam,

Indonesia di samping Jepun. Antara empat Negara ASEAN berkenaan,

Malaysia, Thailand dan Indonesia ada menghantar biji benih cili. Namun

masing-masing mempunyai varieti mereka yang tersendiri.

4.5 Cara penanaman GreenKit bagi kawasan terhad

Aktiviti berkebun sangat diminati terutamanya bagi kaum wanita. Tetapi

Pelik bukan, tetapi inilah keistimewaan GreenKit atau sistem penanaman

dalam takungan yang boleh membekalkan air secara sendiri. Menariknya,

produk rekaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) yang

sesuai digunakan pemilik laman terhad seperti pangsapuri dan kondominium

ini, turut mengharumkan negara apabila meraih pingat emas dalam

pertandingan reka cipta di Korea Selatan, baru-baru ini.

26

Page 27: Mardi

Aktiviti berkebun kini bukan hanya menjadi minat mereka yang tinggal

di kampung dan desa, malah mereka ramai yang di bandar besar serta tinggal

di rumah pangsa, apartmen dan kondominium juga minat dengan aktiviti

berkenaan. Namun, beberapa kekangan seperti kekurangan kawasan tanah,

kemahiran dan tiada waktu bagi tumpuan menjaga tanaman menyebabkan

hasrat untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam dilupakan.

Menyedari hakikat itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

(MARDI) memperkenalkan satu sistem mudah dan murah dinamakan

GreenKit iaitu sistem penanaman pokok di dalam takungan yang boleh

membekalkan air secara sendiri tanpa perlu penyiraman yang kerap.Cara

GreenKit MARDI bolehkan penanaman pokok bunga, sayur-sayuran di

kawasan terhad.

GreenKit terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua

ruang yang terpisah iaitu takungan air di bahagian bawah dan takungan

penanaman mengandungi medium tanaman (tanah) di bahagian atas.

Menariknya, produk yang dibangunkan Mardi ini mendapat pengiktirafan

antarabangsa apabila memenangi pingat emas dalam pertandingan

rekacipta /inovasi di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2010 di Korea

pada 2 hingga 5 Disember 2010. Penyelidik MARDI yang membangunkan

teknologi ini, Ab Kahar Sandrang berkata, prinsip dan kaedah GreenKit

adalah menyerupai penanaman di kawasan tanah semula jadi, iaitu air di

dalam tanah naik ke zon pengakaran dengan tindakan kapilari (saluran

halus).

Katanya, lazimnya medium tanaman yang digunakan untuk GreenKit

ialah peatmoss, vermiculite dan perlite, namun penggunaan tanah atau sabut

kelapa bersama campuran berkenaan juga sesuai digunakan.

Tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran berdaun dan tanaman

hiasan semusim boleh ditanam terus menggunakan biji benih manakala

tanaman jangka panjang seperti sayuran berbuah dan ulaman serta pokok

hiasan kekal perlu menggunakan benih anak pokok. GreenKit boleh

diletakkan di kawasan terlindung atau teduhan atau kawasan terbuka. Satu

27

Page 28: Mardi

keistimewaannya, seperti tanaman dalam pasu, GreenKit mudah dipindahkan

mengikut kesesuaian dan kehendak pemilik kediaman.

Green Kit juga boleh disesuaikan untuk tanaman laman ramuan atau

edible garden yang mana komposisi tanaman makanan dan hiasan nisbahnya

70:30. Pengguna juga boleh menyusun GreenKit bertingkat mengikut kreativiti

masing-masing. Kapasiti air di dalam takungan berbeza mengikut saiz

GreenKit. Umpamanya GreenKit bersaiz 70 sentimeter (cm) x 24 cm x 20 cm

untuk penanaman sayur dan ulaman, kapasiti airnya adalah lapan liter yang

mampu membekalkan air selama lima hari hingga seminggu. Bermakna

setiap lima hari paras air perlu diperiksa. Menariknya penyiraman dilakukan

melalui tiub yang terletak di bahagian tepi GreenKit manakala baja diberikan

sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal.

Baja cecair dicampur dalam air kerana mudah larut manakala baja

tabur dalam bentuk biji ditabur di atas medium atau digaul dan dimasukkan

dalam takungan air. Kebersihan GreenKit adalah langkah utama dalam

pengurusan penyakit. Keadaan persekitaran yang terlalu lembap dan kotor

boleh meningkatkan kejadian serangan penyakit. Jika terdapat tanda

penyakit, bahagian yang dijangkiti perlu dibuang. Penggunaan racun kimia

perlulah dielakkan, namun racun biologi atau organik sangat digalakkan

penggunaannya. Dalam pada itu, perosak utama tanaman GreenKit ialah

serangga pemakan daun.

Cara paling berkesan mengurangkan masalah berkenaan adalah

dengan menggunakan penghalang fizikal seperti net atau kelambu tanaman.

Jika berlaku serangan perosak yang amat serius, penggunaan racun organik

sangat digalakkan. Penanaman dengan GreenKit boleh menggabungkan

beberapa jenis tanaman, namun disyorkan kombinasi perlukan keperluan air

dan cahaya matahari yang sama. Jumlah jenis tanaman mestilah cukup untuk

satu hidangan mengikut saiz bekas GreenKit yang digunakan.

Selain digunakan oleh suri rumah sesuai dengan kempen hijau yang

dijalankan kerajaan, GreenKit juga sesuai dijadikan model pembelajaran

28

Page 29: Mardi

untuk pelajar sekolah kerana kotak tanaman ini mudah, murah dan bebas

daripada bahaya pembiakan Aedes, malah boleh ditinggalkan tanpa

pengurusan yang rapi, serta sesuai untuk mereka yang sibuk serta tiada

masa menyiram pokok setiap hari.

4.6 MARDI terokai herba

Sejak ditubuhkan pada Oktober 1969 dan mula beroperasi sepenuhnya

pada 1 Februari dua tahun kemudian, sudah banyak perubahan dan

pembaharuan berjaya dilaksanakan oleh institut tersebut. Paling ketara ialah

kemampuan melaksanakan penyelidikan serta memperkenalkan kaedah

tanaman berkesan untuk komoditi pertanian yang baru dibawa ke negara ini.

Hasil usaha MARDI jugalah, Malaysia kini menjadi satu daripada

pengeluar utama dunia bagi komoditi seperti kelapa sawit, getah, koko, nanas

dan lada hitam. Apa yang membanggakan, keupayaan institut itu adalah di

luar jangkaan sama sekali, malah mengalahkan keupayaan negara asal

tumbuhan berkenaan ditemui . Misalnya, keupayaan industri getah tempatan

jauh mengatasi Brazil. Begitu juga negara-negara Afrika yang mula ditemui

pokok kelapa sawit dan koko. Selepas 30 tahun berlalu dan mengecapi

bermacam kejayaan, MARDI kini memulakan satu lagi lembaran baru dalam

era penyelidikannya.

Tumpuan terbarunya ialah untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai

tanaman komersial seperti yang dinikmati oleh kelapa sawit, getah, koko, lada

hitam dan beberapa komoditi lain. Jika dahulu tumbuhan herba ditanam

secara kecil-kecilan di sekeliling rumah atau pun dicari di hutan rimba untuk

industri kampung, namun sekarang MARDI bertekad untuk mempelopori

usaha penanamannya secara lebih meluas.

Sasarannya bukan lagi ditanam di tanah yang berkeluasan berpuluh

ekar sahaja tetapi ke arah mengajak rakyat dan usahawan tempatan

mengusahakan ladang herba bersaiz ratusan mahupun beribu hektar.

Langkah itu adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang

29

Page 30: Mardi

mengenal pasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat

berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.

Bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat dunia dan

keperluan industri makanan juga, MARDI turut mendapati tumbuhan herba

berupaya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada peladang

mahupun petani. Malah ia boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi

berbanding sesetengah tanaman tradisi lain yang banyak diusahakan oleh

petani ataupun pekebun kecil di luar bandar.

Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI, Adinan

Husin, selepas berjaya membangunkan kaedah tanaman dan teknologi untuk

komoditi yang dibawa dari luar negara, tibalah pula masanya untuk institut itu

memajukan tumbuhan tempatan. Untuk itu katanya, sebagai permulaan,

MARDI berhasrat membangunkan industri tanaman herba tempatan yang

terbukti potensi dan memiliki pasaran yang besar sahaja. Selain itu, pokok tea

yang banyak terdapat di Australia juga turut ingin dimajukan ekoran ia

mempunyai permintaan yang tinggi dan berupaya menghasilkan pelbagai

produk.

Pendekatan terbaru MARDI itu seharusnya dipuji memandangkan

permintaan terhadap produk herba telah meningkat berkali ganda sejak

berpuluh tahun lalu. Misalnya, pada tahun 1996 sahaja, penggunaan

makanan herba dunia untuk kesihatan telah mencecah RM950 bilion dan

dijangka meningkat sehingga RM2,380 bilion pada masa sekarang. Begitu

juga permintaan pasaran dunia terhadap herba dan produknya kini telah

mencecah nilai berbilion ringgit berbanding hanya RM2,093.8 juta dolar pada

tahun 1980 seperti yang dilaporkan oleh Pusat Perdagangan Antarabangsa.

Malaysia sendiri sebenarnya tidak terlepas daripada dilanda arus

perkembangan perubatan tradisi dunia. Umpamanya, nilai import tumbuh-

tumbuhan ubatan dan beraroma negara telah meningkat daripada RM141 juta

pada tahun 1986 kepada RM431 juta pada 1996. Pasaran makanan

kesihatan turut meningkat sebanyak 15 peratus setahun. Ia dinilaikan pada

30

Page 31: Mardi

RM28 juta sahaja tujuh tahun lalu, namun industri herba telah meningkat

dengan mendadak dan dianggarkan bernilai RM2 bilion sekarang.

Peningkatan permintaan tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang

mengejutkan berdasarkan sifat kegunaannya yang pelbagai. Tumbuhan herba

digunakan secara meluas dalam produk-produk seperti perubatan tradisional,

penghasilan bahan kimia tulen dalam ubat-ubatan dan juga ekstrak yang

mengandungi bahan aktif. Ia juga digunakan dalam industri makanan,

minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, kemasan diri, penambahan diet

serta wangi-wangian di samping bahan kimia lain.

Paling banyak mengaut keuntungan sudah pasti industri farmaseutikal,

ubatan tradisi dan makanan kesihatan. Di Malaysia, kepelbagaian biologi flora

dan fauna bakal menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba

tempatan serta kewujudannya sebagai komoditi baru kebanggaan negara.

Kemewahan khazanah rimbanya juga bakal merubah wajah Malaysia

daripada negara pengimport tumbuhan herba kepada pengeluar serta

pengeksport penting pada suatu hari nanti. Matlamat itu tidak mustahil untuk

dicapai memandangkan Malaysia merupakan antara negara `terkaya' di dunia

kerana hutan hujan tropikanya mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.

Paling menarik, ia turut memiliki kira-kira 2,000 spesies tumbuhan

ubatan yang telah didokumentasikan, sekali gus berperanan sebagai stor

simpanan yang mengandungi bahan kimia bernilai untuk diproses menjadi

produk penjagaan kesihatan. Berikutan itu , MARDI bertekad meneroka serta

mempelopori bidang tersebut untuk memastikan negara mampu mewujudkan

industri herbanya sendiri di samping membantu melahirkan ramai peladang

berjaya.

Bahkan kelahiran industri itu bakal menjadi `penyelamat' sekiranya

komoditi pertanian sedia ada terus berhadapan dengan persaingan hebat

serta kejatuhan harga. MARDI dan Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA) telah mengenal pasti 18 tumbuhan yang boleh

31

Page 32: Mardi

dimajukan, namun sebagai permulaan institut itu berhasrat memberi tumpuan

kepada 12 sahaja dulu.

Apa yang penting, teknik atau tatacara tanaman yang menggunakan

kos yang rendah perlu diketahui terlebih dahulu di samping teknologi

pemprosesan. Ini kerana faktor tersebut merupakan antara isu utama dalam

melaksanakan tanaman secara besar-besaran. Begitu juga pengetahuan

tentang kaedah tanaman, pembajaan, penjagaan, penghasilan benih bermutu

serta teknologi yang berkaitan.

Pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dibimbangi kerana telah

wujud trend masyarakat dunia yang berpendidikan sudah mula

mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi berbanding produk yang

mengandungi bahan kimia.

Tidak dapat dinafikan bahawa usaha mengkomersialkan tanaman

herba bakal memberi cabaran baru terhadap MARDI. Fokus terbaru MARDI

ini ada baiknya kerana tentulah aneh sekiranya selepas berjaya memajukan

tanaman `asing' ia masih gagal mengkomersialkan tumbuhan tempatan.

Usaha besar ini juga bakal menguji kematangan institut itu selepas 30 tahun

berkecimpung dalam pelbagai penyelidikan pertanian.

4.7 MARDI Terajui Penanaman Sayuran Lestari

MARDI berpegang kepada kata kunci Pemimpin Agroteknologi dan

Bridging knowledge and communities yang menggerakkan inisiatif agensi

tersebut untuk membawa teknologi pertanian kepada masyarakat. Agensi

tersebut memiliki ratusan teknologi mencakupi pelbagai bidang pertanian dan

masyarakat. Sebagai contoh mudah, Stesen Penyelidikan MARDI di Cameron

Highlands mewujudkan satu Taman Agroteknologi yang menghimpunkan

pelbagai teknologi penanaman sayur tanpa tanah yang realistik dan mudah

dilaksanakan.

32

Page 33: Mardi

Penggunaan teknologi tersebut mungkin menimbulkan persepsi

bahawa ia memerlukan kos tinggi, renyah dan perlu mempelajari kemahiran

teknikal yang sukar. Bagi Pegawai Penyelidik Agronomi MARDI Cameron

Highlands, Mohammad Abid Ahmad, ramai yang mungkin memandang

diperkenalkan di negara ini beberapa dekad yang lepas.

MARDI berusaha untuk mengadaptasi teknologi sedia ada supaya

mudah difahami dan dikuasai. Pada masa yang sama, pihaknya juga cuba

mengubahsuai daripada segi penggunaan dan bahan yang digunakan supaya

murah dan mudah diperoleh. Beliau memberi contoh , antara cara mudah

dalam teknologi hidroponik yang menggunakan platform high impact

polikarcarbonate pada harga RM160 satu meter persegi sedangkan ia boleh

digantikan dengan papan lapis. Penggunaan papan lapis sebagai contoh

untuk tiangnya boleh digunakan dengan kayu berbanding penggunaan besi

pada masa ini akan dapat menjimatkan kos serta tidak menjejaskan fungsi

dan seterusnya pengeluaran hasil.

Sebenarnya kata Mohammad Abid, pendekatan MARDI bagi

menjadikan teknologi tanaman sayur tanpa tanah lebih mesra pengguna

menjadi satu amalan yang diperkenalkan selama ini. Ia sejajar dengan tag

line MARDI Cameron Higlands sebagai Pusat pertanian lestari tanah tinggi.

Beliau memberitahu, terdapat lebih dari sepuluh jenis teknologi

penanaman sayuran tanpa tanah yang ada dan sebahagiannya diperkenalkan

di taman tersebut. Antara teknologi tersebut ialah sistem hidroponik teknik

banjir, surut dan alir, teknik aliran nipis (NFT), sistem hidroponik teknik

pengairan titis bertingkat, dan teknik aliran dalam (DFT). Pelbagai lagi sistem

dan teknik sedang dan dalam perancangan untuk dibangunkan bagi

menambahkan variasi dalam teknik hidroponik.

Pihaknya sebelum ini telah dua kali mengadakan kursus kepada

penggemar perkebunan di rumah (home gardener) atau mereka yang

berminat untuk menanam sayur di kawasan rumah. Teknologi tersebut

33

Page 34: Mardi

katanya tidaklah rumit seperti yang digembar-gemburkan, dengan syarat

mereka mempunyai minat dan menguasai ilmu teknologi berkenaan.

Teknologi berkenaan mengamalkan pengurusan mudah sebab

penggunaan sistem automatic tanpa penggunaan racun dan amalan

agronomi yang baik dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang minimum.

Penanam juga boleh bekerja dalam keadaan bersih dan paling penting,

sistem tersebut dapat mengelakkan penyakit bawaan tanah. Hasil

pengeluaran pula lebih tinggi sehingga tiga kali ganda dan kos infrastruktur

yang murah dan efektif hanya untuk sekali sahaja.

Setakat ini katanya, teknologi tersebut boleh diguna pakai untuk

sayuran jenis daun seperti sawi, kubis, kangkung, salad, kailan manakala

jenis berbuah seperti tomato dan timun memerlukan sokongan lain yang

memungkinkan kos tambahan. Teknologi ini juga sesuai untuk tanaman

jangka pendek dan intensif dengan hasil tuaian yang cepat antara sebulan

hingaa dua bulan. Pada masa sama, meskipun penggunaan struktur

pelindung hujan tidak menjadi syarat, ia lebih baik untuk mengelakkan

ancaman penyakit dan air berlebihan dan hasil mungkin lebih rendah.

5.0 RUMUSAN

34

Page 35: Mardi

Kejayaan MARDI dalam bidang pertanian dan penyelidikan tidak dapat

dinafikan lagi. Kejayaan-kejayaan tersebut bukan sahaja membawa

keuntungan bagi pihak MARDI malah memberikan manfaat kepada

masyarakat. Kejayaan seperti ini yang kita harapkan untuk mengharumkan

nama Negara di persada dunia.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan perkembangan

ekonomi yang berlaku. Kita juga harus memberikan sokongan bagi mereka

yang berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara dengan membeli

barangan tempatan dan menyokong sepenuhnya produk penghasilan rakyat

Malaysia.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan

keperluan yang diperlukan oleh pertubuhan-pertubuhan ini sebagai galakan

agar mereka lebih berdaya saing dalam menghasilkan produk yang bermutu

dan berkualiti tinggi.

35