proses pengeluaran anak ayam: dari ladang induk ke ladang...

9
127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135 Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang penternakan (Producing day-old-chick in a hatchery: Between breeder and grow-out farmer) Nooraisyah Saharani Pengenalan kepada penetasan telur Terdapat dua jenis penetasan telur iaitu penetasan secara alami dan penetasan secara buatan. Penetasan secara alami adalah penetasan secara semula jadi oleh ibu ayam yang mengeramkan telurnya selama 21 hari dan memusingkan telurnya dengan menggunakan kakinya. Penetasan telur hanya dapat dilakukan menggunakan telur yang bernas, iaitu telur yang telah disenyawakan dan mempunyai embrio yang akan berkembang dan menjadi anak ayam. Penetasan secara buatan di hatchery bermaksud proses menetaskan telur ayam menggunakan inkubator atau mesin eram. Inkubator adalah sebuah mesin yang mempunyai kawalan suhu dan kelembapan yang boleh menyediakan keadaan yang sesuai untuk proses pengeraman telur mirip kepada proses penetasan semula jadi. Penggunaan inkubator dalam penetasan telur dapat mengawal penetasan telur yang seragam dalam kuantiti yang banyak dan lebih cepat daripada kaedah tradisional. Ia juga dapat mengurangkan risiko ancaman pemangsa seperti biawak, ular dan monyet serta mengurangkan jangkitan bakteria pada permukaan telur. Sesebuah bangunan penetasan terdiri daripada ruang penerimaan telur, bilik fumigasi, bilik penyimpanan telur, ruang pengeraman, bilik pendianan, ruang penetasan dan ruang pemilihan anak ayam berumur satu hari [day-old chick (DOC)] (Gambar rajah 1). Pengutipan dan penggredan telur di Ladang Induk Kekerapan mengutip telur di reban menjamin kebersihan telur dan mengurangkan risiko daripada telur dicemari bakteria. Sebaiknya telur bernas dikutip dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang dan dikumpulkan di tempat pengumpulan telur yang bersih dan selamat. Telur kemudiannya digredkan mengikut keadaan fizikal seperti saiz yang normal antara 45 – 65 g, cangkerang telur yang tebal, tidak retak, tidak menggerutu serta mempunyai warna yang sekata [Gambar 1(a)]. Telur yang tidak menepati kriteria [Gambar 1(b)] akan disingkirkan manakala telur yang terpilih seterusnya akan dihantar ke ruang penerimaan telur di pusat penetasan. Penerimaan telur dan fumigasi telur Setibanya di bangunan penetasan telur-telur terpilih diperiksa dan direkodkan. Sebelum disimpan di bilik penyimpanan telur-telur tersebut perlu difumigasi terlebih dahulu. Fumigasi adalah proses

Upload: others

Post on 24-Aug-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

127

Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang penternakan(Producing day-old-chick in a hatchery: Between breeder and grow-out farmer)

Nooraisyah Saharani

Pengenalan kepada penetasan telurTerdapat dua jenis penetasan telur iaitu penetasan secara alami dan penetasan secara buatan. Penetasan secara alami adalah penetasan secara semula jadi oleh ibu ayam yang mengeramkan telurnya selama 21 hari dan memusingkan telurnya dengan menggunakan kakinya. Penetasan telur hanya dapat dilakukan menggunakan telur yang bernas, iaitu telur yang telah disenyawakan dan mempunyai embrio yang akan berkembang dan menjadi anak ayam. Penetasan secara buatan di hatchery bermaksud proses menetaskan telur ayam menggunakan inkubator atau mesin eram. Inkubator adalah sebuah mesin yang mempunyai kawalan suhu dan kelembapan yang boleh menyediakan keadaan yang sesuai untuk proses pengeraman telur mirip kepada proses penetasan semula jadi. Penggunaan inkubator dalam penetasan telur dapat mengawal penetasan telur yang seragam dalam kuantiti yang banyak dan lebih cepat daripada kaedah tradisional. Ia juga dapat mengurangkan risiko ancaman pemangsa seperti biawak, ular dan monyet serta mengurangkan jangkitan bakteria pada permukaan telur. Sesebuah bangunan penetasan terdiri daripada ruang penerimaan telur, bilik fumigasi, bilik penyimpanan telur, ruang pengeraman, bilik pendianan, ruang penetasan dan ruang pemilihan anak ayam berumur satu hari [day-old chick (DOC)] (Gambar rajah 1).

Pengutipan dan penggredan telur di Ladang IndukKekerapan mengutip telur di reban menjamin kebersihan telur dan mengurangkan risiko daripada telur dicemari bakteria. Sebaiknya telur bernas dikutip dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang dan dikumpulkan di tempat pengumpulan telur yang bersih dan selamat. Telur kemudiannya digredkan mengikut keadaan fizikal seperti saiz yang normal antara 45 – 65 g, cangkerang telur yang tebal, tidak retak, tidak menggerutu serta mempunyai warna yang sekata [Gambar 1(a)]. Telur yang tidak menepati kriteria [Gambar 1(b)] akan disingkirkan manakala telur yang terpilih seterusnya akan dihantar ke ruang penerimaan telur di pusat penetasan.

Penerimaan telur dan fumigasi telurSetibanya di bangunan penetasan telur-telur terpilih diperiksa dan direkodkan. Sebelum disimpan di bilik penyimpanan telur-telur tersebut perlu difumigasi terlebih dahulu. Fumigasi adalah proses

Page 2: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

128

Pejabat 7. Ruang pemilihan Storpenyelia hatchery anak ayam

Ruang 8. Pintu keluar anak ayam biosekuriti (tamat)

Tingkap terima

1. Bilik penerimaan telur (mula) 2. Bilik fumigasi

3. Bilik sejuk 4. Ruang (holding room) pengeraman 5. Bilik pendianan

6. Ruang penetasan

Pintu 22Pintu

3

Pintu 2 22

Pintu

Gambar rajah 1. Pelan bangunan penetasan di MARDI Muadzam Shah dan proses yang terlibat mengikut turutan nombor 1 – 8 mengikut anak panah. Terdapat empat buah mesin eram dan dua buah mesin tetas di bangunan penetasan MARDI Muadzam Shah

(a) (b)

Gambar 1. (a) Telur yang baik dan saiz yang sesuai dipilih (b) Kriteria telur yang dsingkirkan iaitu berbentuk lonjong, terlalu kecil, ‘toe hole’ atau berlubang, retak dan kotor

Page 3: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

129

pembasmian kuman yang terdapat pada permukaan kulit telur. Di MARDI Muadzam Shah, kaedah fumigasi menggunakan mesin Nocospray dijalankan menggunakan larutan siap dibancuh Nocolyse yang mengandungi 6% hidrogen peroksida. Kaedah ini lebih mudah kerana proses penguwapan lebih sekata dan kuantiti bahan kimia yang digunakan adalah tetap. Ia juga selamat untuk pekerja, tidak berbau dan tidak mudah menghakis. Bagi penternak yang tidak mempunyai mesin Nocospray, kaedah fumigasi secara manual boleh dijalankan mengikut saranan Ross Tech : Manual Praktis Haceri, kaedahnya adalah dengan melarutkan 43 mL formalin bersama 21 g kalium permanganat pada setiap m3 keluasan bilik fumigasi. Pastikan bilik fumigasi dalam keadaan bertutup rapat dan dilengkapi kipas ekzos bagi membolehkan gas meruwap dengan baik pada permukaan telur. Telur hendaklah disusun di atas sarang telur plastik yang berlubang agar semua telur dapat dinyahkuman dengan sekata. Fumigasi perlu dijalankan selama 20 minit dan telur dibiarkan seketika sebelum dikeluarkan. Bahan kimia di atas boleh didapati daripada pembekal alatan makmal yang berdaftar (Gambar 2).

Penyimpanan telur di bilik sejuk atau holding roomSetelah difumigasi, telur bernas disimpan di bilik sejuk sementara menunggu masa untuk dieramkan. Suhu dan kelembapan bilik sejuk yang paling sesuai untuk menyimpan telur adalah pada suhu 16 – 18 oC dan berkelembapan 75 – 80% (Gambar 3). Tempoh penyimpanan adalah tidak lebih dari tujuh hari kerana telur yang disimpan terlalu lama akan menurunkan daya tetas dan kualiti anak ayam yang terhasil. Pada 10 hari pertama penyimpanan, daya tetas telur akan menurun 1% sehari. Selepas 10 hari, daya tetas akan terus turun sehingga 3% sehari. Telur yang mempunyai

(a) (b) (c)

Gambar 2. (a) Menunjukkan penyelia bangunan penetasan menerima telur dari ladang melalui tingkap penerimaan (b) Proses fumigasi dijalankan menggunakan mesin Nocaspray (c) Larutan Noclyse siap bancuh yang mengandungi 6% hidrogen peroksida

Page 4: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

130

daya tetas yang paling optimum adalah yang disimpan antara 1 – 4 hari. Walau bagaimanapaun, sekiranya telur ingin disimpan melebihi tujuh hari, suhu bilik sejuk hendaklah diturunkan kepada 10 – 12 ºC bagi mengekalkan kualiti telur. Bagi penternak yang tidak mempunyai bilik sejuk, modifikasi bilik penyimpanan boleh dibuat dengan memasang penyaman udara mudah alih dan mengawal kelembapan udara dengan memasang termometer dan alat pengukur kelembapan udara digital bagi memastikan suhu dan persekitaran penyimpanan yang sesuai.

Pengeraman telurApabila telur bersedia untuk dieramkan, ia perlu dikeluarkan sementara ke ruang adaptasi untuk menaikkan suhu telur kepada suhu bilik atau sehingga sekurang-kurangnya 25 ºC. Langkah ini perlu untuk mengelakkan rencatan suhu pada telur yang akan menjejaskan perkembangan embrio. Setelah suhu telur stabil, telur disusun di atas dulang eram dan dimasukkan ke dalam mesin eram selama 18 hari. Mesin eram berfungsi untuk mewujudkan keadaan yang sempurna agar telur dapat dieram dan menetas dengan jayanya. Mesin eram juga dipanggil inkubator telur yang direka bentuk khas bagi mengawal suhu dan kelembapan dalam mesin pada tahap sempurna yang mirip kepada proses eraman telur semula jadi. Suhu mesin eram ditetapkan pada 37.5 ºC dan berkelembapan 65 – 80%. Bagi setiap satu jam, telur akan dipusingkan secara automatik pada 45° (Gambar 4). Penternak yang tidak mempunyai mesin automatik, pemusingan telur perlu dilakukan secara manual setiap 4 – 6 jam. Langkah ini adalah menyerupai kaedah eraman semula jadi ibu ayam yang akan membalik-balikkan telur supaya embrio tidak melekat kepada cangkerang telur.

(a) (b)

Gambar 3. (a) Telur disusun di dalam bilik sejuk bersuhu sekitar 16 ºC dan berkelembapan sekitar 80% (b) Paparan pengukur suhu dan kelembapan digital di dalam bilik sejuk

Page 5: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

131

Pendianan telurPendianan atau candling adalah proses melihat perkembangan embrio dan menyingkirkan telur yang mati menggunakan lampu. Pendianan telur dilakukan pada hari ketujuh dan hari ke-18. Pendianan pada hari ketujuh dapat menentukan kadar kesuburan ayam iaitu peratusan telur bernas daripada purata keseluruhan telur. Ia juga dapat menentukan peratus kadar kematian awal embrio. Kematian embrio boleh berpunca daripada pengangkutan, gegaran mekanikal, perubahan suhu yang mendadak, bakteria dan kaedah pengendalian telur yang kasar. Pendianan pada hari ke-18 pula dilakukan untuk menyingkirkan telur yang mempunyai embrio yang telah mati. Kadar kematian yang tinggi pada pendianan hari ke-18 juga dapat memberi indikasi kepada permasalahan pada mesin eram. Justeru, suhu dan kelembapan pada mesin eram perlu sesuai dengan telur dan sentiasa diperiksa (Gambar 5). Seterusnya, telur yang terpilih akan dipindahkan kepada mesin tetas sehingga hari penetasan.

Penetasan telur dan pengurusan anak ayam umur sehari (DOC)Perbezaan mesin eram dan mesin tetas ialah mesin tetas tidak mempunyai fungsi pemusingan telur. Bagi penternak yang mempunyai mesin eram sahaja, pada hari ke-18, suhu dan

Gambar 5. Telur yang sedang didiankan. Telur yang gelap menunjukkan kewujudan embrio di dalam telur bernas. Telur yang terang adalah indikasi kepada telur yang tidak bernas atau embrio yang telah mati

Gambar 4. Telur sedang dimasukkan ke dalam mesin eram dan keadaan telur yang dipusingkan 45°

Page 6: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

132

kelembapan perlu diselaraskan dengan hanya meningkatkan kelembapan mesin 65 –75% sebagai persediaan telur untuk menetas.Telur akan berada di dalam mesin penetasan selama tiga hari dan akan menetas pada hari ke-21. Anak ayam berumur sehari atau DOC yang keluar akan digredkan dan diasingkan. Pada waktu ini, kadar kebolehtetasan telur dapat ditentukan dan menjadi indikasi kepada baka dan prestasi ayam, pengurusan telur tetasan dan pengurusan hatchery. Kebolehtetasan telur dikira dengan mengambil peratusan DOC yang dihasilkan daripada jumlah keseluruhan jumlah telur yang dieram. Peratusan kebolehtetasan yang baik adalah dalam lingkungan 80 – 85%. Kadar kebolehtetasan yang lebih tinggi menunjukkan prestasi ayam yang cemerlang. Jadual 1 menunjukkan peratusan kebernasan telur 98.2% dan peratusan kebolehtetasan telur pada 85.8%. Data ini diambil daripada kajian uji tetas induk pengganti Ayam Kampung MARDI yang ditempatkan di reban nombor lima Unit Ayam Kampung MARDI Muadzam Shah. Uji tetas dilakukan untuk melihat prestasi ayam induk pengganti dan prestasi induk penelur serta kebolehtetasan telur yang dihasilkan. Jika jumlah kematian praembrio adalah tinggi ia boleh menjadi indikasi kepada masalah pengangkutan telur yang tidak baik atau masalah berpunca daripada induk ayam yang mungkin berpenyakit. Kematian embrio pada hari ke-18 boleh menentukan sekiranya terdapat masalah pada mesin eram dan pengendalian di pusat penetasan. Dari keputusan data, prestasi induk pengganti Ayam Kampung MARDI adalah baik.

Jadu

al 1

. Dat

a pe

ratu

san

kebe

rnas

an te

lur

dan

kebo

leht

etas

an te

lur

baka

Aya

m K

ampu

ng M

ARD

I

Pend

iana

n ha

ri

ketu

juh

Pend

iana

n ha

ri k

e-18

Tari

khBa

kaJu

mla

h te

lur

dier

am

Jum

lah

telu

r be

rnas

Jum

lah

telu

r tid

ak

bern

as

Jum

lah

kem

atia

n pr

aem

brio

Pera

tusa

n ke

bern

asan

te

lur

(%)

Pera

tusa

n ke

mat

ian

awal

em

brio

(%

)

Jum

lah

embr

io

hidu

p

Jum

lah

embr

io

mat

i

Pera

tusa

n ke

mat

ian

embr

io

(%)

Jum

lah

telu

r m

enet

as

Pera

tusa

n ke

bole

htet

asan

te

lur

(%)

29/2

/202

0D

9 1

3029

10

96.7

0.0

281

3.6

2686

.7

D9

229

290

110

0.0

3.4

281

3.6

2689

.7

D9

351

510

010

0.0

0.0

492

4.1

4384

.3

D9

419

190

010

0.0

0.0

172

11.8

1263

.2

D10

110

310

03

097

.10.

099

11.

095

92.2

D

10 2

5251

10

98.1

0.0

501

2.0

4790

.4

D10

322

210

195

.54.

518

316

.716

72.7

D

10 4

1919

00

100.

00.

019

00.

014

73.7

325

319

98.2

279

85.8

Page 7: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

133

Antara ciri-ciri anak ayam yang berkualiti baik adalah cukup sifat, sihat, kaki yang tidak kering dan cergas. Anak ayam yang cacat, pucat dan lemah, berkaki bengkok atau terlalu kecil akan disingkirkan untuk ditakai dan dilupuskan. Anak ayam yang sihat, mempunyai fizikal yang normal dan saiz yang baik sahaja akan dipilih sebelum dimasukkan ke dalam sangkar penghantaran dan dipasarkan (Gambar 6 dan Gambar 7). Vaksinasi ayam boleh dijalankan pada anak ayam mengikut panduan oleh Jabatan Veterinar Malaysia. Hanya vaksin yang berdaftar dan mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Veterinar Malaysia boleh digunakan. Vaksin yang diberikan ialah vaksin sampar [Newcastle Disease (ND)] dan bronkitis berjangkit [Infectious Bronchitis (IB)]pada umur 1 – 3 hari, vaksin gumboro [Infectious Bursal Disease (IBD)] pada 14 hari dan vaksin IB semula pada 21 hari.

(a) (b)

Gambar 6. (a) Telur dalam mesin tetas (b) Anak ayam berumur sehari (day old chick) yang telah menetas dan kemudiannya digred dan diasingkan

Gambar 7. Anak ayam yang telah dimasukkan ke dalam sangkar penghantaran

Page 8: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

134

PenghargaanKakitangan Unit Ayam Kampung MARDI Muadzam ShahKakitangan Unit Haceri MARDI Muadzam Shah

KesimpulanKejayaan pengurusan sesebuah pusat penetasan perlu disokong oleh beberapa faktor, antaranya adalah pengendalian telur bernas yang baik dan pengurusan proses penetasan yang lancar. Bagi memastikan pengurusan berjalan lancar, mesin-mesin yang terlibat perlu sentiasa diselenggara dan direkodkan. Sebarang kerosakan perlu diambil tindakan segera dan penyelia pusat penetasan perlu sentiasa peka dengan kebersihan dan pengurusan biosekuriti bangunan yang baik. Kawalan keluar masuk pekerja dan pelawat perlu dihadkan dan pemakaian personal protective equipment (PPE)yang betul perlu dipastikan agar tiada bawaan penyakit dan kontaminasi berlaku supaya produk akhir iaitu anak ayam yang dihasilkan terbaik dan mapan kualiti.

BibliografiAlex, A., Jacob Alhassan, H., Addo Yaw, A. dan Jwaku, A. (2018). Impact of egg

storage duration and temperature on eg quality, hatchability and chick quality in naked neck chicken. Int. J. Poult. Sci. 17: 175 – 183

R. Schulte-Drüggelte. 2011. Recommendations for hatching egg handling and storage. Lohamann Information Vol. 46(1): 55

Jin, Y.H., Lee, K.T., Lee, W.I. dan Han, Y.K. (2011). Effects of storage temperature and time on the quality of eggs from laying hens at peak production. Asian-Aust. J. Anim. Sci.Vol. 24 (2): 279 – 284

Jabatan Veterinar Malaysia. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Arahan

Prodesur Tetap Veterinar Malaysia : Vaksinasi. No. Dokumentasi: APTVM 22(b):1/2010

Steve Tullett. (2009). ROSS TECH Investigating Hatchery Practice Manual

RingkasanProses penetasan telur ayam bermula daripada penerimaan telur bernas dari ladang. Telur yang terpilih akan difumigasi terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bilik sejuk. Telur yang telah sedia untuk dieram akan direhatkan sebelum dipindahkan ke dalam mesin eram selama 18 hari. Pada hari ketujuh dan ke-18, pendianan dilakukan untuk menentukan kadar kebernasan telur dan kadar kematian telur sebelum dipindahkan ke dalam mesin tetas. Selepas tiga hari di dalam mesin tetas, anak ayam berumur sehari (DOC) akan keluar selepas cukup 21 hari. Anak ayam yang terpilih sahaja akan diasingkan manakala yang tidak akan ditakai. Anak ayam yang terpilih seterusnya dimasukkan ke dalam sangkar penghantaran untuk dihantar ke destinasi mengikut permintaan daripada peternak ayam.

Page 9: Proses pengeluaran anak ayam: Dari ladang induk ke ladang …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/22/Aisyah.pdf · 2020. 12. 29. · 127 Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 127 – 135

135

SummaryThe first process of egg hatching is receiving fertile eggs from the farm. Selected eggs were fumigated before being stored in the holding room. Prior to incubation, eggs were rested before being placed in the incubator for 18 days. On day seven and 18, egg candling is done to determine the egg fertility and embrio mortility before being transferred into the hatcher. After three days, day old chick (DOC) are hatched. Selected chicks will be graded and chosen while abnormal and rejected chicks are culled. The chicks are then will be packed into the transportation crate before being shipped or sold.

PengarangNooraisyah SaharaniPusat Penyelidikan Sains Ternakan, MARDI Muadzam Shah26700, Muadzam Shah, PahangE-mel: [email protected]