faktor-faktor yang mempengaruhi keengganan … · mardi institut penyelidikan dan pembangunan...

28

Upload: hoangdien

Post on 18-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN USAHAWAN

BUMIPUTERA UNTUK BERPINDAH KE PRASARANA YANG TELAH

DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN DI DAERAH JASIN, MELAKA

MASLAN BIN OSMAN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap
Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

DEDIKASI

Istimewa buat ayahanda dan bonda,

Yang sentiasa disampingku

Dalam memberi dorongan dan mendoakan kejayaanku

Doa kalian azimat buat diri ini

Buat kekanda, adinda dan keluarga yang sentiasa diingati

Terima kasih……

Atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan

Buat rakan-rakan seperjuangan

Terima kasih……

Atas segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi bersama

Semoga Allah sentiasa memelihara

Dan merahmati kalian

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur Alhamdulillah akhirnya Projek Sarjana Muda yang saya usahakan selama

ini menemui jalan penyudahnya.

Berkat kesabaran pembimbing saya En Yusri bin Kamin, maka hasil kajian ini

dapat dihasilkan dengan lebih sempurna, sekalung budi dan ucapan terima kasih yang tak

terhingga. Juga ucapan terima kasih saya dedikasikan kepada En Hairul Zamani Bin

Othman, Penolong Pegawai Unit Industri di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Tuan

Haji Ghazali Bin Muhamad di Majlis Daerah Jasin sebagai Inspektor Kesihatan Kanan

dan para usahawan di sekitar Daerah Jasin, Melaka yang telah memberi kerjasama.

Dengan dorongan dan restu insan tersayang di kampung yang memberi sokongan

dari segi moral dan material, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Akhir sekali saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi peluang

untuk saya mendampingi kesemua insan yang memudahkan perjalanan kehidupan ini

walau di mana berada.

Sekian.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

keengganan usahawan bumiputera di Daerah Jasin, Melaka untuk berpindah ke prasarana

yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal

pasti sejauh mana faktor bayaran perpindahan, faktor modal perpindahan, faktor saingan,

faktor pelanggan, faktor lokasi dan keselesaan serta faktor pendapatan atau keuntungan

mempengaruhi keengganan usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS. Jenis

penyelidikan kajian yang dilakukan adalah berbentuk deskriptif. Sampel bertujuan telah

digunakan dalam kajian terdiri daripada 26 orang pengusaha bengkel kereta dan bengkel

besi. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi dua

bahagian utama iaitu latar belakang responden dan persoalan kajian yang telah

ditetapkan. Data yang telah diperolehi diproses dengan menggunakan kaedah

pemprosesan Statistical Package for the Social Sciences Version 10.0 (SPSS for windows

version 10.0) untuk menilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa faktor bayaran perpindahan, faktor modal perpindahan, faktor saingan, faktor

pelanggan, faktor lokasi dan keselesaan serta faktor pendapatan atau keuntungan sangat

mempengaruhi mereka. Di akhir kajian penyelidik mencadangkan supaya pihak PKNM

haruslah mengambil berat dan menganalisis kehendak dan keperluan para usahawan

sebelum membuat keputusan untuk membina premis di beberapa lokasi yang tertentu

dengan berpandukan faktor bayaran dan modal perpindahan, saingan, pelanggan tetap,

kesesuaian lokasi dan pendapatan atau keuntungan para usahawan. Ia boleh diteliti oleh

pihak-pihak tertentu untuk memajukan dan meningkatkan lagi mutu industri ini di

Malaysia.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

ABSTRACT

The purpose of this research was it well known the factors that influence

disability of aboriginal entrepreneur in district of Jasin, Malacca to move out to premises

that plan and structured by state government. The Objectives of this research was to

identify either those factors like moving fees, moving capital, regular customer factor,

competition among them, location and comfort ability or factor of income and profit

influence the decision of entrepreneur to use the infrastructure that was built by PKNM.

Methodology of this research was done in descriptive form. The sample was use in this

research to 26 entrepreneurs which each of the offer the product and service in car repair

and metal and welding works. The instrument that used, came in form of questionnaires

and divided into 2 main components such as background of respondent and the other one

is question of research as request by this course. The data was process by using Statistical

Package for the Social Sciences Version 10.0 (SPSS for windows version 10.0) to

evaluate the value of frequency and percentage. The result of analysis show that all the

above factors influence the entrepreneur decision before making any movement. At the

end, the writer suggest that PKNM must concern and analises the need and wants of

enterpeneur before to build the premise on certain location including loyal customer,

suitability of location profit or income and capital moving fees etc. It can be details by

those who suppose to responsibility about entrepreneur to make them compete with other

industry and promote their best quality in Malaysia.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSRTAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 14

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULIS

2.1 Pendahuluan 18

2.2 Kepentingan IKS 20

2.3 Faktor-faktor Keengganan Usahawan 24

2.3.1 Bayaran 24

2.3.2 Modal Perpindahan 25

2.3.3 Saingan 26

2.3.4 Pelanggan Tetap 27

2.3.5 Lokasi Dan Keselesaan 28

2.3.6 Pendapatan Atau Keuntungan 29

2.4 Penutup 30

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Sampel dan Populasi 33

3.4 Prosedur Pensampelan 33

3.5 Instrumen Kajian 36

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

3.6 Kajian Rintis 39

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Analisis Data 40

3.9 Penutup 42

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DAN DAPATAN

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 43

4.2 Analisis Data Bahagian A 44

4.3 Analisis Data Bahagian B 52

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 52

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 56

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 58

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 61

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 65

4.3.6 Analisis Persoalan Kajian 6 68

4.4 Rumusan Analisis Persoalan Kajian 70

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 73

5.2 Rumusan 74

5.3 Perbincangan 76

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang 76

Responden

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 81

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 86

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 89

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 93

5.3.6 Perbincangan Persoalan Kajian 5 96

5.3.7 Perbincangan Persoalan Kajian 6 100

5.4 Cadangan 103

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 106

5.6 Penutup 107

RUJUKAN 108

LAMPIRAN 111

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kedudukan Jualan Projek IKS PKNM Di Negeri Melaka 7

1.2 Kedudukan Jualan Projek IKS PKNM Di Daerah Jasin,

Melaka. 9

3.1 Kedudukan Jualan Projek IKS PKNM Sehingga 31.Mei.2003

Di Daerah Jasin, Melaka 35

3.2 Bilangan Sampel Usahawan Bumiputera Di Luar Kawasan

IKS Di Daerah Jasin 36

3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Faktor Dan Bahagian 37

3.4 Skala Lima Mata 38

3.5 Skala Tiga Mata 38

3.6 Darjah Penilaian Terhadap Responden 41

3.7 Persoalan Kajian Dan Jenis Statistik yang digunakan 41

4.1 Taburan Jenis Perniagaan 44

4.2 Taburan Kelayakan Akademik 45

4.3 Taburan Umur 46

4.4 Taburan Status Perkahwinan 46

4.5 Taburan Bilangan Tanggungan 47

4.6 Taburan Pendapatan 48

4.7 Taburan Tempoh Perniagaan 49

4.8 Taburan Bilangan Pekerja 50

4.9 Taburan Penerimaan Latihan Mengenai Keusahawanan 50

4.10 Taburan Tempat Menerima Latihan Keusahawanan 51

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

4.11 Analisis Mengenai Faktor Bayaran Mempengaruhi

Keengganan Usahawan Bumiputera Untuk Berpindah Ke IKS. 53

4.12 Analisis Mengenai Faktor Modal Perpindahan Mempengaruhi

Keengganan Usahawan Bumiputera Untuk Berpindah Ke IKS. 56

4.13 Analisis Mengenai Faktor Saingan Mempengaruhi

Keengganan Usahawan Bumiputera Untuk Berpindah Ke IKS. 58

4.14 Analisis Mengenai Faktor Pelanggan Tetap Mempengaruhi

Keengganan Usahawan Bumiputera Untuk Berpindah Ke IKS. 61

4.15 Analisis Mengenai Faktor Lokasi Dan Keselesaan

Mempengaruhi Keengganan Usahawan Bumiputera Untuk

Berpindah Ke IKS. 65

4.16 Analisis Mengenai Faktor Pendapatan Atau Keuntungan

Mempengaruhi Keengganan Usahawan Bumiputera Untuk

Berpindah Ke IKS. 68

4.17 Analisis Keseluruhan Persoalan Mengikut Purata Peratusan. 70

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

SENARAI SINGKATAN

AFTA Zon Perdagangan Bebas Asia

B.C.I.C Dasar Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera

DEB Dasar Ekonomi Baru

FAMA Lembaga Pemasaran Pertanian Bersekutu

IB Industri Berat

IKS Industri Kecil Dan Sederhana

KDNK Kadar Dalam Negara Kasar

KHB Kemahiran Hidup

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

MARA Majlis Amanah Rakyat

MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia

MATRADE Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

MDJ Majlis Daerah Jasin

MIDA Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia

MITI Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian

Antarabangsa

MEDEC Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

PKEN Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

PKNM Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka

PMR Penilaian Menengah Rendah

PORIM Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit

PRIM Institut Penyelidikan Getah Malaysia

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

SIRIM Institut Piawaian Dan Penyelidikan Perindustrian

Malaysia

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS Statistical Package For social Science

SRP Sijil Rendah Pelajaran

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UDA Perbadanan Pembangunan Bandar

UNIDO United Nations Industrial Development Organisation

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 112

B Surat Sokongan Dari Fakulti

Pendidikan 120

C Senarai Bengkel-Bengkel Di Luar

Kawasan IKS Daerah Jasin Tahun 2003 121

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bidang perniagaan dan keusahawanan merupakan bidang yang sangat rumit dan

mencabar. Pelbagai faktor yang diperlukan untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan

termasuklah kemahiran pengurusan, kakitangan yang cekap, sumber kewangan yang

kukuh, produk dan perkhidmatan yang unggul serta mempunyai pelanggan yang ramai

dan setia.

Isu-isu seperti perlaksanaan AFTA, kemunculan negara China sebagai kuasa

besar ekonomi, inovasi teknologi yang pesat, peningkatan kehendak pelanggan yang

mahukan barangan yang murah dan berkualiti tinggi dan daya saing dikalangan negara-

negara yang mempunyai pasaran buruh yang murah merupakan beberapa faktor yang

sentiasa memaksa kita supaya meningkatkan lagi kreativiti latihan bagi mewujudkan

lebih ramai pekerja mahir yang bersesuaian dengan teknologi terkini untuk terus berdaya

saing dalam apa jua keadaan. (Abdul Latif bin Ahmad, 2001)

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

Sebagai sebuah negara membangun yang menceburkan diri dalam pembangunan

industri sepatutnya Malaysia mengkaji pengalaman pembangunan perindustrian di

Negara Jepun, terutama yang berhubung dengan polisi-polisi perindustriannya. Salah satu

faktor yang membawa kepada pembangunan perindustrian yang pesat di Negara Matahari

Terbit tersebut adalah dasar perindustriannya sendiri. Di mana ia memberikan penekanan

ke atas pembangunan yang sama kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan

Industri Besar (IB) terutamanya pada awal peringkat pembangunannya. Pembangunan

yang seimbang ini bukan sahaja perlu wujud, malah struktur pertalian di antara kedua-

dua jenis industri diperkukuhkan dari masa ke semasa.

Sebenarnya kerajaan telah memberi perhatian yang lebih kepada industri kecil

selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Pada zaman

penjajahan British, sektor industri kecil boleh dikatakan telah diabaikan sama sekali

seperti sektor pembuatan secara umumnya. Hanya dalam tempoh Rancangan Malaysia

Pertama (1966-1970) sahaja sektor IKS telah mula diberi perhatian yang serius semula

memandangkan betapa pentingnya sektor ini ke atas ekonomi negara. Seterusnya, sejak

perlaksanaan DEB, kerajaan telah mengakui kepentingan IKS dan mengambil langkah

untuk menggalakkan pertumbuhannya. Sikap yang sama ini telah diteruskan sehingga

hari ini ( Abdul Razak Omar, 1988).

Usaha untuk membudayakan konsep keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia

secara amnya telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan

Malaysia yang diterapkan kepada para pelajar semasa di bangku sekolah lagi. Ini dapat

dibuktikan dengan mewajibkan para pelajar sekolah menengah rendah untuk mengikuti

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM).

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

Sememangnya kerajaan sangat prihatin terhadap kepentingan bidang

keusahawanan dalam pertumbuhan ekonomi negara dan penajaan peluang pekerjaan

baru. Usaha membudayakan keusahawanan di kalangan masyarakat dibuat seawal

peringkat rendah. Pelbagai program dirancang untuk memenuhi sasaran kelompok

masyarakat tertentu dan peruntukan kewangan yang besar diberi dari semasa ke semasa

bagi merangsang pertumbuhan sektor perdagangan dan keusahawanan negara secara

amnya.

Tujuannya adalah untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat ingin

tahu, ingin mencuba dan tidak berputus asa, meningkatkan inisiatif, daya mereka cipta

serta berkeupayaan mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Para pelajar diajar

menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan

pengeluar yang bertanggungjawab pada masa akan datang.

Dalam usaha menggalakkan pembangunan usahawan bumiputera dalam bidang

perniagaan dan perindustrian, sejumlah RM 214 juta di bawah peruntukan pembangunan

akan digunakan untuk melaksanakan program pembangunan vendor, francais,

pembangunan IKS, skim pinjaman kepada usahawan-usahawan serta pembelian ruang

perniagaan. Beberapa program tambahan termasuklah mengenal pasti golongan

bumiputera yang berpotensi bagi penyertaan dalam projek penswastaan, pembahagian

dan pemilikan saham, pembangunan ruang niaga dan latihan. (Mahathir Mohammad,

1998)

Kerajaan telah menggalakkan kemajuan perindustrian sebagai langkah usaha

untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan sosial masyarakat dalam

merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam

segala aspek menjelang era wawasan 2020. Malaysia yang sedang menuju ke arah negara

perindustrian kini telah memberi peluang yang lebih terbuka serta kejayaan yang

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

cemerlang ke arah membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS). Peluang yang

diberi oleh pihak kerajaan ini hendaklah disambut baik oleh warganegaranya sendiri

khususnya para usahawan.

Menurut Jack M Kaplan (2001) Bagaimana perdagangan secara elektronik

sekarang berkesan dan kompetitif pada semua jenis perniagaan. Ianya akan merubah cara

seseorang usahawan menjalankan perniagaan dan cara memasarkan produk dan

perkhidmatan. Sekiranya usahawan berani mencuba E-commerce, mereka akan dapat

memperbaiki cara pemasaran dan mengikuti kaedah yang lebih berkesan untuk

menjalankan perniagaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan kumpulan yang penting dalam

memajukan ekonomi di Malaysia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa IKS

banyak mewujudkan peluang pekerjaan, mengembangkan bakat keusahawanan dan

sebagai penyokong kepada syarikat-syarikat besar di Malaysia secara amnya. Ia dapat

dibuktikan dengan senario pembangunan di Malaysia yang menunjukkan bahawa IKS

merupakan penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara sebagai pembekal

barangan dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat besar tempatan dan di peringkat

pasaran global.

Pada dasarnya, organisasi IKS diasaskan oleh sebuah keluarga atau seseorang

yang akan dibantu oleh beberapa orang operator pengeluaran dan pekerja am yang lain.

Ini menggambarkan tahap atau saiz operasi dalam industri ini yang lazimnya bersifat

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

lebih kecil. Satu perkara umum dalam operasi perniagaan IKS ialah tahap penggunaan

modal atau kapital yang rendah berbanding dengan syarikat atau firma-firma besar.

Sebahagian besar tenaga kerja adalah terdiri daripada ahli pekerja pengusaha, sahabat,

kawan terdekat atau jiran yang berdekatan. Dari segi jenis pengeluaran produk, boleh

dikatakan bahawa IKS mengeluarkan hampir kesemua barangan keperluan penduduk di

Malaysia. Selain daripada itu, IKS berupaya mengeluarkan barangan yang tidak dapat

dikeluarkan oleh industri bersaiz besar. Ini dapat dilihat khususnya dalam bidang industri

makanan dan minuman. (Mohd. Asri Hj. Abdullah, 1999)

Menyedari tentang hakikat ini, pihak kerajaan sentiasa komited dalam membantu

usahawan-usahawan IKS supaya mampu untuk berdaya saing. Sejumlah RM 1.09 bilion

telah diperuntukkan untuk membiayai pembangunan projek-projek perindustrian IKS di

bawah Rancangan Malaysia Ke-8 berbanding RM 394.6 juta di bawah Rancangan

Malaysia Ke-7. Pelaburan yang besar bagi pembangunan IKS ini tidak akan berkesan jika

usahawan-usahawan IKS masih lagi mempunyai tanggapan negatif dan kurang memberi

perhatian dan tumpuan terhadap produk dan hasil pengeluaran mereka yang amat bernilai

bagi mempertingkatkan lagi keupayaan dalam menjana bidang perindustrian di negara

ini.

Kerajaan juga menyediakan kemudahan seperti prasarana bagi membantu para

usahawan untuk berkembang. Tetapi tidak ramai yang menggunakan peluang yang diberi

secara maksimum terutama dalam konteks prasarana yang telah disediakan oleh pihak

kerajaan. Matlamat Kerajaan untuk mewujudkan usahawan yang berdikari, berdaya maju,

berdaya saing dan berdaya tahan akan diteruskan melalui pelaksanaan dasar masyarakat

perdagangan dan perindustrian bumiputera (“Bumiputera Commercial and Industrial

Community” atau B.C.I.C). Penglibatan usahawan bumiputera di dalam perniagaan

secara kecil-kecilan telah bermula sejak dahulu lagi dan kian berkembang semenjak dasar

ekonomi baru diperkenalkan. (Abdul Latif Ahmad, 2001)

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

Sebenarnya, boleh dikatakan bahawa usahawan dalam bidang IKS merupakan

tulang belakang kepada asas perindustrian negara. Kerajaan sebenarnya mengambil berat

terhadap kemajuan dalam sektor ini. Pelbagai pelan, program dan mekanisme yang telah

disediakan untuk membangunkan usahawan IKS. Secara amnya, kerajaan telah

menubuhkan agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, Pusat

Pembangunan Usahawan Malaysia (MADEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang

berperanan merangka dasar seperti pelan induk perindustrian bagi memajukan

perindustrian di Malaysia. (Abdul Latif Ahmad dan Hamzah Ismail, 1986)

Namun begitu, walaupun lebih 30 tahun masa berlalu sejak D.E.B, penyertaan

usahawan bumiputera dalam pasaran tempatan mahupun luar negeri masih belum

menonjol. Dari segi pemilikan modal pula, saiz kebanyakan perniagaan usahawan

bumiputera adalah kecil. Di samping itu, tahap teknologi, kepakaran pengurusan,

pendidikan, pengalaman dan pendedahan kepada persaingan dikalangan usahawan

bumiputera masih rendah dan perlu diperbaiki. Adakah keengganan usahawan

bumiputera untuk berpindah ke prasarana yang telah disediakan oleh pihak kerajaan

menjadi penyebab kurangnya penonjolan mereka di kalangan usahawan di negara ini?

Lokasi dan tempat kebanyakan industri kecil beroperasi adalah di bangunan lokasi

yang tidak sesuai dan menyewa ruang yang sempit. Dalam kebanyakan contoh, bangunan

atau kedai yang digunakan oleh industri kecil tidak terletak di lokasi yang khusus untuk

kegiatan industri. Di samping itu, ada juga industri kecil yang beroperasi di tempat-

tempat kediaman atau di kawasan perumahan terutama oleh masyarakat luar bandar.

Selalunya aktiviti perniagaan ini ditempatkan di belakang kawasan rumah pengusaha

sahaja. Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab terhadap penyediaan prasarana ini

ialah pihak kerajaan negeri yang bidang kuasanya termasuklah untuk membangunkan

industri estet bagi industri kecil dan sederhana. Hal ini biasanya dilakukan melalui

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. (Mohd. Asri Hj. Abdullah, 1999)

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang merupakan sebuah agensi

pembangunan Kerajaan Negeri Melaka yang telah dipertanggungjawabkan untuk

memajukan ekonomi Negeri Melaka di dalam empat bidang utama iaitu perindustrian,

pelancongan, perumahan, perniagaan dan perdagangan. Selain itu, badan ini berperanan

sebagai badan yang menyediakan kemudahan projek industri kecil dan sederhana (IKS)

kepada para usahawan di bandar mahupun di luar bandar.

Jadual 1.1 : Kedudukan Jualan Projek IKS PKNM Di Negeri Melaka

Jenis Telah dijual Kosong Jumlah

Tapak Kosong 268 144 412

Kedai 1½ Tingkat 76 19 95

Kedai 2 Tingkat 50 7 57

Bengkel Berkembar 126 32 158

Bengkel Teres 251 58 309

Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Nota: Jumlah keseluruhan lot (Bumiputera dan Bukan Bumiputera) = 1031 unit

Daripada statistik jualan projek IKS PKNM sehingga 31.Mei.2003 didapati

daripada 1031 unit bangunan IKS yang disediakan kepada para usahawan, terdapat 260

unit bangunan yang masih belum terjual di sekitar Negeri Melaka. Ini menunjukkan

bahawa walaupun berlakunya pembangunan yang pesat dari segi prasarana yang

dibangunkan oleh PKNM, namun sambutan usahawan terhadap usaha pembangunan

infrastruktur masih lagi berkurangan.

Melalui kerjasama yang dilakukan oleh pihak PKNM dengan Majlis Daerah Jasin

di bawah Bahagian Kawalan Perniagaan dan Kesihatan iaitu Unit Kawalan Perniagaan

yang berfungsi mengeluarkan lesen dan permit serta kawalan premis perniagaan. Satu

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

pemantauan telah dilakukan dan didapati seramai 50 orang usahawan yang beroperasi di

sekitar Daerah Jasin terutama yang tinggal di luar bandar enggan untuk berpindah ke

prasarana yang disediakan oleh pihak PKNM. Daripada jumlah itu, seramai 35 orang

usahawan bumiputera dan 15 orang usahawan bukan bumiputera yang terlibat beroperasi

di kawasan tanah tidak sah atau tanah haram di luar kawasan IKS Daerah Jasin pada

tahun 2003.

Perniagaan yang dijalankan oleh usahawan ini berkisarkan perniagaan jenis

perkhidmatan iaitu bengkel besi, bengkel kereta dan kedai tayar yang telah dikenal pasti

oleh pihak Majlis Daerah Jasin, Melaka (MDJ). MDJ telah mengenal pasti usahawan-

usahawan ini sejak tiga tahun yang lalu berikutan projek IKS oleh PKNM yang telah siap

dibina pada tahun 1999. Projek tersebut adalah projek yang terakhir buat sementara

waktu ini oleh pihak PKNM berikutan tiada sambutan yang memberangsangkan terhadap

prasarana yang telah disediakan.

1.3 Penyataan Masalah

Sebahagian besar IKS menghadapi masalah ruang pejabat atau bangunan kerana

beroperasi di kawasan tanah yang tidak sesuai, tidak sah sama ada tanah kerajaan atau

milikan orang perseorangan. Sehingga hari ini terdapat sejumlah besar IKS beroperasi di

kawasan perumahan, menumpang di tapak perniagaan runcit, terletak di kawasan

perniagaan yang tidak sesuai bagi aktiviti perusahaan mereka. Senario ini berlaku di luar

kawasan perindustrian sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Sebahagian daripada

mereka pula mempunyai masalah ruang pejabat atau bangunan kerana menerima arahan

daripada pihak berkuasa supaya berpindah ke kawasan lain atau yang telah disediakan.

(Mohd. Asri Hj. Abdullah, 1999)

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

Mengikut perangkaan dan perancangan yang dilakukan oleh Perbadanan

Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), didapati bahawa projek terakhir yang dimajukan di

sekitar Daerah Jasin sekitar tahun 1997 hingga 1999 kurang mendapat sambutan daripada

para usahawan. Ini dapat dibuktikan dengan kedudukan jualan projek IKS PKNM

sehingga 31.Mei.2003. Didapati sebanyak 155 unit masih belum dijual kepada para

usahawan di sekitar Daerah Jasin, Melaka.

Jadual 1.2 : Kedudukan Jualan Projek IKS PKNM Di Daerah Jasin, Melaka.

Bil Projek IKS Bil. kosong

1 IKS Ayer Panas 45

2 IKS Selandar ll, 65

3 IKS Nyalas 33

4 IKS Pulai 9

5 IKS Merlimau 3

Jumlah 155

Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Dengan ini, penyelidik merasakan perlu dijalankan kajian untuk mengenal pasti

faktor-faktor yang mempengaruhi keengganan para usahawan bumiputera untuk

berpindah ke prasarana yang telah disediakan oleh kerajaan di Daerah Jasin, Melaka. Ini

kerana banyak projek IKS yang diusahakan oleh PKNM tidak mendapat sambutan

daripada para usahawan bumiputera secara amnya.

Adalah diharapkan agar pihak yang berkenaan dapat mengenal pasti punca di

peringkat akar umbi dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menggalakkan para

usahawan berfikiran positif. Sekali gus memancing para usahawan yang berminat untuk

berpindah ke prasarana yang telah disediakan. Dengan ini masalah keengganan para

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

usahawan untuk berpindah ke prasarana yang telah disediakan oleh kerajaan dapat diatasi

tanpa sebarang paksaan atau tekanan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor keengganan usahawan

bumiputera yang berorientasikan IKS berpindah ke prasarana yang telah disediakan oleh

pihak kerajaan.

Di antara objektif kajian adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti sejauh mana faktor bayaran mempengaruhi keengganan usahawan

bumiputera untuk berpindah ke IKS.

2. Mengenal pasti sejauh mana faktor modal perpindahan mempengaruhi keengganan

usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS.

3. Mengenal pasti sejauh mana faktor saingan mempengaruhi keengganan usahawan

bumiputera untuk berpindah ke IKS.

4. Mengenal pasti sejauh mana faktor pelanggan tetap mempengaruhi keengganan

usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS.

5. Mengenal pasti sejauh mana faktor lokasi dan keselesaan mempengaruhi

keengganan usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS.

6. Mengenal pasti sejauh mana faktor pendapatan atau keuntungan mempengaruhi

keengganan usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEENGGANAN … · MARDI Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia ... Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit ... kerajaan sangat prihatin terhadap

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Sejauh manakah faktor bayaran mempengaruhi keengganan usahawan

bumiputera untuk berpindah ke IKS?

2. Sejauh manakah faktor modal perpindahan mempengaruhi keengganan

usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS?

3. Sejauh manakah faktor saingan mempengaruhi keengganan usahawan

bumiputera untuk berpindah ke IKS?

4. Sejauh manakah faktor pelanggan tetap mempengaruhi keengganan usahawan

bumiputera untuk berpindah ke IKS?

5. Sejauh manakah faktor lokasi dan keselesaan mempengaruhi keengganan

usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS?

6. Sejauh manakah faktor pendapatan atau keuntungan mempengaruhi

keengganan usahawan bumiputera untuk berpindah ke IKS?