enam varieti padi popular mardi (six mardi popular rice ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/enam...

10
1 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 01–10 Enam varieti padi popular MARDI (Six MARDI popular rice varieties) Zainudin P.M.D. Hussain, Amirrudin Mokhtar, Badrulhadza Amzah, Marzukhi Hashim dan Mohd. Bahagia Abd. Ghafar Pendahuluan Program biak baka dan pembangunan varieti padi di MARDI bermula dengan menggunakan sumber bahan tanaman yang diperoleh dari Jabatan Pertanian. Bahan kajian tanaman padi yang dijalankan adalah daripada bahan kacukan yang telah dibuat sekitar tahun 1967–1968. Pada awalnya, fokus utama pembangunan varieti baharu adalah untuk menghasilkan varieti yang sesuai dengan keadaan dan masalah pada masa tersebut, di samping menghasilkan varieti hasil tinggi serta rintang kepada penyakit dan perosak utama padi. Varieti tersebut juga sesuai dengan sistem amalan pertanian yang diperkenalkan dari masa ke masa. Kebanyakan varieti yang ditanam pada awal 1970- an merupakan baka tempatan atau tradisional yang dihasilkan daripada program biak baka oleh Jabatan Pertanian. Amalan kultur dan penanaman padi juga telah berubah dari satu musim tanaman kepada dua musim tanaman dalam setahun serta kaedah mencedung dan kaedah tabur terus sebagai pengganti untuk mengatasi masalah tenaga kerja dalam penanaman padi. Pada masa kini, lebih 95% kawasan jelapang diliputi oleh varieti yang terhasil daripada program biak baka padi MARDI yang telah diisytiharkan untuk kegunaan umum. Varieti-varieti ini telah banyak membantu petani-petani di MADA, KADA, Kerian dan juga kawasan-kawasan jelapang yang lain meningkatkan hasil, seterusnya menambah pendapatan dan ekonomi negara. Sesetengah varieti yang tidak diisytihar juga ditanam oleh petani atas keistimewaan tertentu. Walau bagaimanapun, data liputan rasmi tidak dapat menggambarkan dengan jelas taburan sesuatu varieti memandangkan terdapat laporan penanaman varieti- varieti padi yang lain di sebahagian kawasan jelapang. Artikel ini melaporkan enam varieti MARDI yang popular serta pencirian varieti-varieti tersebut semasa pengisytiharan. Setiap varieti yang diperkenalkan oleh MARDI mendapat penerimaan baik dalam kalangan petani. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap varieti yang baharu akan mendapat liputan penanaman meningkat antara 3–7% di dalam jelapang dan luar skim pengairan setelah diisytiharkan untuk beberapa musim tanaman. Walau bagaimanapun, penerimaan dan liputan varieti tersebut akan berkurangan akibat masalah ketahanan atau rentan pada serangan perosak dan penyakit. Di samping itu, penurunan liputan adalah disebabkan oleh pengenalan varieti baharu oleh MARDI dari semasa ke semasa. Berikut adalah antara varieti yang diterima baik dalam kalangan petani di Semenanjung Malaysia.

Upload: ngophuc

Post on 10-Mar-2019

255 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 01–10

Enam varieti padi popular MARDI(Six MARDI popular rice varieties)

Zainudin P.M.D. Hussain, Amirrudin Mokhtar, Badrulhadza Amzah, Marzukhi Hashim dan Mohd. Bahagia Abd. Ghafar

PendahuluanProgram biak baka dan pembangunan varieti padi di MARDI bermula dengan menggunakan sumber bahan tanaman yang diperoleh dari Jabatan Pertanian. Bahan kajian tanaman padi yang dijalankan adalah daripada bahan kacukan yang telah dibuat sekitar tahun 1967–1968. Pada awalnya, fokus utama pembangunan varieti baharu adalah untuk menghasilkan varieti yang sesuai dengan keadaan dan masalah pada masa tersebut, di samping menghasilkan varieti hasil tinggi serta rintang kepada penyakit dan perosak utama padi. Varieti tersebut juga sesuai dengan sistem amalan pertanian yang diperkenalkan dari masa ke masa. Kebanyakan varieti yang ditanam pada awal 1970- an merupakan baka tempatan atau tradisional yang dihasilkan daripada program biak baka oleh Jabatan Pertanian. Amalan kultur dan penanaman padi juga telah berubah dari satu musim tanaman kepada dua musim tanaman dalam setahun serta kaedah mencedung dan kaedah tabur terus sebagai pengganti untuk mengatasi masalah tenaga kerja dalam penanaman padi. Pada masa kini, lebih 95% kawasan jelapang diliputi oleh varieti yang terhasil daripada program biak baka padi MARDI yang telah diisytiharkan untuk kegunaan umum. Varieti-varieti ini telah banyak membantu petani-petani di MADA, KADA, Kerian dan juga kawasan-kawasan jelapang yang lain meningkatkan hasil, seterusnya menambah pendapatan dan ekonomi negara. Sesetengah varieti yang tidak diisytihar juga ditanam oleh petani atas keistimewaan tertentu. Walau bagaimanapun, data liputan rasmi tidak dapat menggambarkan dengan jelas taburan sesuatu varieti memandangkan terdapat laporan penanaman varieti-varieti padi yang lain di sebahagian kawasan jelapang. Artikel ini melaporkan enam varieti MARDI yang popular serta pencirian varieti-varieti tersebut semasa pengisytiharan. Setiap varieti yang diperkenalkan oleh MARDI mendapat penerimaan baik dalam kalangan petani. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap varieti yang baharu akan mendapat liputan penanaman meningkat antara 3–7% di dalam jelapang dan luar skim pengairan setelah diisytiharkan untuk beberapa musim tanaman. Walau bagaimanapun, penerimaan dan liputan varieti tersebut akan berkurangan akibat masalah ketahanan atau rentan pada serangan perosak dan penyakit. Di samping itu, penurunan liputan adalah disebabkan oleh pengenalan varieti baharu oleh MARDI dari semasa ke semasa. Berikut adalah antara varieti yang diterima baik dalam kalangan petani di Semenanjung Malaysia.

2

Varieti SekembangVarieti popular terawal ialah Sekembang yang terhasil daripada kacukan asal antara Seribu Gantang dengan Ria 163. Varieti ini juga dikenali sebagai MR 10. Varieti ini diperkenalkan pada tahun 1979 sebagai baka pilihan untuk menangani masalah penyakit karah dan hawar seludang yang merupakan masalah utama waktu itu. Dilaporkan bahawa kerugian hasil akibat serangan penyakit karah ialah 30% manakala kerugian hasil akibat serangan penyakit hawar seludang ialah 10%. Varieti ini mempunyai ketahanan terhadap kedua-dua penyakit memandangkan ia dikelaskan sebagai sederhana rintang dalam saringan penyakit tersebut. Penerimaan petani pada baka ini ialah 2.1% liputan pada tahun 1986 (Rajah 1). Taburan liputan baka ini adalah antara 0.4% hingga 1.1% dari tahun 1987 hingga 1995 di kawasan Jelapang Pantai Timur dan Kerian. Walau bagaimanapun, liputan varieti telah menurun sebanyak 0.2% dari tahun 1996 hingga tahun 2002 setelah varieti baharu telah diperkenalkan.

Varieti SeberangVarieti Seberang diisytiharkan untuk kegunaan petani pada tahun 1984 yang merupakan baka rintang pada perosak benah perang. Ini adalah susulan daripada wabak serangan penyakit merah yang dibawa oleh perosak benah perang pada tahun 1981 dan 1982 yang mengakibatkan kerosakan dan kehilangan hasil sekitar 35%. Baka ini adalah daripada hasil kacukan induk MR 50 dengan IR 4215 yang telah dijalankan pada tahun 1977. Varieti Seberang menunjukkan tahap kerintangan pada penyakit hawar daun bakteria dan prestasi hasilnya sekitar 5.0 hingga 5.5 tan/ha (Rajah  2). Baka ini mendapat liputan meluas di kawasan sawah Krian, KADA dan kawasan tadahan hujan di Perlis, Kedah serta kawasan pantai timur. Penerimaan varieti telah meliputi sekitar 19.7% kawasan jelapang tersebut sejak tahun 1987 dan kekal popular untuk beberapa tahun. Namun pada tahun 1999, liputan varieti ini telah susut ke aras 0.1%.

Varieti MR 84Baka selanjutnya yang sangat popular dalam kalangan petani ialah varieti MR 84 yang telah digunakan melebihi 15 tahun di semua jelapang padi. Varieti MR 84 merupakan titisan hasil kacukan induk CR 261-7039-236 dengan MR 50. Varieti MR 84 rintang pada penyakit karah dan sederhana rintang pada penyakit merah virus, namun begitu baka ini rentan pada penyakit hawar seludang. Pengenalan baka ini menambah kepelbagian genetik dalam jelapang dan meningkatkan pendapatan petani. Kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa liputan baka MR 84 dapat mengurangkan kerugian hasil sekitar 30% hingga 50% akibat serangan penyakit karah tangkai. Pada tahun 1986, baka ini meliputi sebanyak 16.7% kawasan jelapang, seterusnya liputan ini bertambah dari musim ke musim hingga meliputi 85.2% pada tahun 1994 (Rajah 3). Varieti ini kekal popular dalam kalangan

3

petani sehingga tahun 2000 dan liputannya merosot akibat wabak penyakit hawar daun bakteria. Seterusnya liputan penggunaan MR 84 terus merosot dengan pengenalan baka baharu berhasil tinggi.

Varieti MR 167Selepas padi baka MR 84, terdapat lagi baka yang diterima petani dan liputan melebihi 20 musim dikenali sebagai MR 167. Proses kacukan antara Y 978 dan PTB 18 telah dijalankan pada musim utama 1986/87. Musim berikutnya (Luar Musim 1987) generasi F1 telah dikacukkan dengan Varieti Muda (MR 71). Baka MR 167 yang dikenal pasti sebagai berpotensi hasil tinggi telah diisytiharkan pada tahun 1995. Baka ini yang mempunyai tahap kerintangan terhadap hawar daun bakteria lebih baik berbanding dengan MR 84 yang dikelaskan sebagai sederhana rintang. Pokok MR 167 lebih rendah berbanding dengan MR 84 dan daun pengasuhnya tegak dan sedikit melengkung. Pada tahun tersebut varieti ini telah ditanam di semua jelapang padi dengan liputan sekitar 5.8% (Rajah 4). Penerimaan baka ini dalam kalangan petani di semua jelapang meningkat dengan liputan sekitar 6% pada tahun 1996 dan meningkat ke aras 10.8% pada tahun 1997. Seterusnya baka ini meliputi kebanyakan jelapang pada aras 5% hingga tahun 2004. Selepas tahun 2005, penerimaan dan liputan varieti ini hanya sekitar 0.1% sahaja.

Varieti MR 185Selepas itu terdapat beberapa varieti yang telah diisytiharkan namun hanya dapat bertahan beberapa musim dan ada beberapa baka hanya ditanam oleh petani di sesuatu jelapang berdasarkan kesesuaian pada persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, pada masa itu baka MR 84 masih banyak ditanam di jelapang walaupun ketahanan pada penyakit hawar daun bakteria menurun. Akhirnya pada tahun 1997 varieti MR 185 diperkenalkan untuk kegunaan petani pada masa itu (Rajah 5). Baka ini mempunyai ketahanan sederhana rintang pada penyakit hawar daun bakteria, maka pengenalan varieti ini bertujuan mempelbagaikan diversiti gen terutama untuk mengurangkan wabak penyakit hawar daun bakteria. Varieti MR 185 merupakan anak keturunan daripada kacukan Y 1056 dengan MR 133 yang dijalankan pada tahun 1990. Objektif kacukan dalam pembiakbakaan antara kedua-dia induk ini adalah untuk mendapatkan ciri daun pengasuh yang pendek dan tirus. Varieti MR 185 dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang diperlukan dan berpotensi hasil tinggi berbanding dengan baka lain dalam kajian percubaan hasil dan penentusahan setempat. Dalam amalan pengurusan yang baik, varieti MR 185 berupaya menghasilkan bilangan anak yang banyak serta memberikan hasil yang lebih tinggi berbanding dengan varieti MR 84 dan MR 167. Varieti MR 185 mendapat liputan sekitar 6.6% pada tahun 1997 dan meningkat liputannya pada aras 12.6% pada tahun 1999 dan 13.8% pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, penerimaan

4

Rajah 1. Varieti Sekembang (MR 10) yang diisytihar pada tahun 1979

MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 00 01 02 03 04

2.5

2

1.5

1

0.5

0

Lipu

tan

(%)

Tahun

MU – Musim Utama

Rajah 2. Varieti Seberang (MR 77) yang diisytihar pada tahun 1984

MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 00 01 02 03 04Musim

25

20

15

10

5

0

Lipu

tan

(%)

MU – Musim Utama

Rajah 3. Varieti MR 84 yang diisytihar pada tahun 1986

Lipu

tan

(%)

MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU MU86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 00 01 02 03 04 05

MusimMU – Musim Utama

100

80

60

40

20

0

5

Rajah 4. Varieti MR 167 yang diisytihar pada tahun 1995

Lipu

tan

(%)

12

10

8

6

4

2

0

MusimMU – Musim Utama, LM – Luar Musim

MU

94

LM 9

5

MU

96

MU

95

LM 9

7M

U 9

7

MU

98

LM 9

8

LM 9

9M

U 9

9

MU

00

LM 0

0

MU

02

MU

01

LM 0

2

LM 0

1

LM 0

3M

U 0

3

LM 0

4M

U 9

4

MU

04

LM 0

5

LM 0

6M

U 0

5

MU

06

Rajah 5. Varieti MR 185 yang diisytihar pada tahun 1997

Musim

MU

96

LM 9

7

LM 9

8M

U 9

7

MU

98

LM 9

9

LM 0

0M

U 9

9

MU

00

LM 0

1

LM 0

2M

U 0

1

MU

03

LM 0

3

LM 0

4

MU

02

MU

04

LM 0

5

LM 0

6M

U 0

5

MU

06

LM 0

7

LM 0

8M

U 0

7

MU

08

LM 0

9M

U 0

9LM

10

Lipu

tan

(%)

1512

96

30

MU – Musim Utama, LM – Luar Musim

Rajah 6. Varieti MR 219 yang diisytihar pada tahun 2001

Musim

MU

00

LM 0

1

LM 0

2M

U 0

1

MU

02

LM 0

3

LM 0

4M

U 0

3

MU

04

LM 0

5

LM 0

6M

U 0

5

MU

07

LM 0

7

LM 0

8

MU

06

MU

08

LM 0

9

LM 1

0M

U 0

9

MU

10

Lipu

tan

(%)

100

8060

40

20

0

MU – Musim Utama, LM – Luar Musim

6

Morfologi pokok, biji padi dan beras enam varieti padi popular

varieti ini dalam kalangan petani telah menurun pada tahun 2004 dengan liputan di jelapang sekitar 0.7% sahaja.

Varieti MR 219Kajian pembangunan varieti berterusan ini telah berjaya menghasilkan beberapa varieti yang telah diisytiharkan dengan objektif tertentu seperti matang awal, hasil tinggi dan kesesuaian persekitaran. Satu lagi baka yang meliputi kebanyakan jelapang dan menjadi perhatian dalam kalangan petani ialah varieti MR 219 (Rajah 6). Baka ini ialah kacukan induk antara MR 151 dengan MR 137 yang telah dilakukan pada luar musim 1991. Pemilihan awal baka ini iaitu pemilihan tangkai daripada tanaman pukal dan barisan tangkai dijalankan dengan kaedah tabur terus. Seterusnya pemilihan dan penulenan baka dijalankan melalui kaedah mencedung sehingga berjaya memperoleh dua baka iaitu Y 1279 dan Y 1280.

7

Ciri-ciri varieti Seberang

Kematangan (hari) 133–135Tinggi pokok (cm) 110–115Panjang tangkai (cm) 24Berat 1000 biji (g) 21.8Ciri-ciri kualiti Jenis beras PutihPerolehan beras (%) 67.8Beras penuh (%) 86.3Panjang beras (mm) 6.51Tekstur nasi (kandungan amilosa %) Keras (28.4)Hasil (tan/ha) 5.0–5.5

Ciri-ciri varieti MR 84

Kematangan (hari) 124–137Tinggi pokok (cm) 97–105Panjang tangkai (cm) 23Berat 1000 biji (g) 26.0Ciri-ciri kualiti Jenis beras PutihPerolehan beras (%) 70.5Beras penuh (%) 81.5Panjang beras (mm) 6.60Tekstur nasi Keras (27.6) (kandungan amilosa %)Hasil (tan/ha) 4.0–6.2

Ciri-ciri varieti Sekembang

Kematangan (hari) 140–146Tinggi pokok (cm) 96–109Panjang tangkai (cm) 23Berat 1000 biji (g) 21.1Ciri-ciri kualitiJenis beras PutihPerolehan beras (%) 70.5Beras penuh (%) 78.8Panjang beras (mm) 6.00Tekstur nasi Keras (28) (kandungan amilosa %) Hasil (tan/ha) 3.2–5.8

Ciri-ciri varieti MR 167

Kematangan (hari) 121–132Tinggi pokok (cm) 79–89Panjang tangkai (cm) 22Berat 1000 biji (g) 23.7Ciri-ciri kualiti Jenis beras PutihPerolehan beras (%) 70.1Beras penuh (%) 89.8Panjang beras (mm) 6.51Tekstur nasi Keras (26.5) (kandungan amilosa %)Hasil (tan/ha) 4.0–6.0

Ciri-ciri varieti MR 185

Kematangan (hari) 112–119Tinggi pokok (cm) 76–83Panjang tangkai (cm) 22Berat 1000 biji (g) 25.3Ciri-ciri kualiti Jenis beras PutihPerolehan beras (%) 68.6Beras penuh (%) 75.5Panjang beras (mm) 6.45Tekstur nasi Keras (28.3) (kandungan amilosa %)Hasil (tan/ha) 6.0–9.2

Ciri-ciri varieti MR 219

Kematangan (hari) 105–111Tinggi pokok (cm) 76–78Panjang tangkai (cm) 23Berat 1000 biji (g) 27.1Ciri-ciri kualiti Jenis beras PutihPerolehan beras (%) 68.4Beras penuh (%) 65.0Panjang beras (mm) 6.58Tekstur nasi Sederhana (kandungan amilosa %) lembut (21)Hasil (tan/ha) 6.5–10.7

8

Seterusnya kajian percubaan hasil dan penentusahan setempat yang dijalankan menunjukkan baka Y 1279 berpotensi hasil tinggi dan diisytiharkan sebagai MR 219 pada tahun 2001. Baka ini mempunyai tempoh matang yang awal, bentuk tangkai yang padu serta bilangan biji per tangkai yang banyak berbanding dengan baka lain saperti MR 185, MR 167 dan MR 84. Varieti ini mendapat liputan di jelapang sekitar 28% pada tahun 2002 dan telah meningkat menjadi 56.4% pada tahun 2003 dan ditanam di semua jelapang utama. Varieti ini mendapat perhatian petani di semua jelapang menyebabkan liputan baka ini meningkat daripada 66.8% pada tahun 2004 sehingga lebih 85% pada tahun 2010 dan merupakan varieti paling popular pada masa ini. Kejayaan dan minat sesuatu baka adalah disebabkan keistimewaannya dari aspek morfologi pokok seperti daun tirus pada MR 185, pengganti baka kerana wabak penyakit saperti MR 185 dan MR 167 atau dari aspek ciri komponen hasil seperti bentuk tangkai dan bilangan biji banyak pada MR 219. Dari aspek ketahanan penyakit juga menunjukkan bahawa setiap baka mempunyai ketahanan berbeza pada saringan penyakit dan perosak seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Peningkatan pengeluaran hasil sesuatu baka ini bergantung pada ketahanan baka terhadap penyakit dan perosak serta persekitaran yang sesuai.

KesimpulanSehingga kini MARDI telah mengisytiharkan 40 varieti sejak ditubuhkan dan memberi pilihan kepada petani dari dulu sehingga sekarang. Varieti-varieti yang diperkenalkan sentiasa mendapat perhatian dan penerimaan dalam kalangan petani dan sangat baik berdasarkan keperluan semasa pengisytiharan tersebut. Terdapat beberapa varieti yang popular dan mendominasi liputan dalam jelapang melebihi 50% saperti MR 84, MR 167 dan MR 219. Terdapat juga varieti yang mendapat liputan kecil untuk penggunaan sendiri. Pada tahun kebelakangan ini, beberapa varieti telah pun diperkenalkan oleh MARDI seperti varieti beras wangi MRQ 74 yang ditanam di kawasan jelapang luar skim pengairan oleh petani dan syarikat untuk dikilangkan secara berasingan dan menjadikan beras wangi yang dijual dengan harga tinggi di pasaran. Varieti MR 220CL1 dan MR 220CL2 ialah baka toleran herbisid yang diperkenalkan bersama pakej racunnya untuk pengawalan padi angin dan rumpai di sawah. Varieti MR 263 dan MR 253 pula diperkenalkan untuk memperoleh hasil tinggi pada kawasan sederhana subur dan kawasan sawah organik. Baka MR 219, MR 220 dan beberapa varieti baharu oleh MARDI telah meliputi lebih 95% di jelapang negara pada masa kini.

Jadu

al 1

. Tah

ap k

erin

tang

an b

aka

popu

lar

terh

adap

mus

uh p

eros

ak d

an p

enya

kit

Se

kem

bang

Se

bera

ng

MR

84

MR

167

MR

185

MR

219

Peny

akit

kara

h Se

derh

ana

rinta

ng

Sede

rhan

a rin

tang

Ri

ntan

g Ri

ntan

g Ri

ntan

g Ri

ntan

gH

awar

dau

n ba

kter

ia

Rent

an

Rint

ang

Rent

an

Sede

rhan

a rin

tang

Ri

ntan

g Ri

ntan

gBe

nah

pera

ng

Rent

an

Sede

rhan

a rin

tang

Se

derh

ana

rent

an

Sede

rhan

a re

ntan

Se

derh

ana

rinta

ng

Sede

rhan

a rin

tang

Peny

akit

mer

ah v

irus

Rent

an

Sede

rhan

a rin

tang

Se

derh

ana

rinta

ng

Sede

rhan

a re

ntan

Se

derh

ana

rinta

ng

Sede

rhan

a re

ntan

Haw

ar se

luda

ng

Sede

rhan

a rin

tang

Se

derh

ana

rent

an

Rent

an

Sede

rhan

a rin

tang

Se

derh

ana

rinta

ng

Sede

rhan

a re

ntan

9

BibliografiAlias, I., Mohamad, O., Othman, O., Saad, A., Habibuddin, H., Azlan, S.,

Lim, K.H. dan Guok, H.P. (2002). Pembentukan dan prestasi varieti padi baru MR 219. (MARDI Report No. 196). 8 hlm. Serdang: MARDI

Anon. (1979). Paddy Production Survey Report, Department of Agriculture Peninsular Malaysia

–––– (1980). Abstract of MARDI Publication volume III. m.s. 71–75, Serdang: MARDI

–––– (1980). Paddy Production Survey Report, Department of Agriculture Peninsular Malaysia

–––– (1985). Paddy Production Survey Report, Department of Agriculture Peninsular Malaysia

–––– (1990). Paddy Production Survey Report, Department of Agriculture Peninsular Malaysia

–––– (1995). Paddy Production Survey Report, Department of Agriculture Peninsular Malaysia

–––– (2000). Paddy Production Survey Report, Department of Agriculture Peninsular Malaysia

–––– (2005). Laporan Penyiasatan Hasil Padi, Jabatan Pertanian Malaysia –––– (2010). Laporan Penyiasatan Hasil Padi, Jabatan Pertanian MalaysiaChin, K.M. (1975). Rice Branch. Annual Report, 1973. Serdang: MARDIGuok, et al. (1996). Varieti padi baru MR 167. Teknol. Padi MARDI 12: 7–11Othman, O., Alias, I. dan Hadzim, K. (1986). Rice varietal development in 

Peninsular Malaysia. (MARDI Report No. 109). 12 hlm. Serdang: MARDISaad, A., Othman, O., Azlan, S. dan Habibuddin, H. (2003), Impact and

contribution of resistant varieties in rice pest management in Malaysia. Dalam: Modern Rice Farming. Proc. of an Int. Rice Conf. 13–16 Oct. 2003, Alor Star, Kedah, m.s. 356–363

RingkasanProgram biak baka dan pembangunan varieti padi di MARDI bermula dengan menggunakan sumber bahan tanaman yang diperoleh dari Jabatan Pertanian. Pada awalnya, fokus utama pembangunan varieti baharu adalah untuk menghasilkan varieti yang sesuai dengan keadaan dan masalah pada masa tersebut, di samping menghasilkan varieti hasil tinggi serta rintang kepada penyakit dan perosak utama padi. Amalan penanaman padi juga telah berubah dari satu musim tanaman kepada dua musim tanaman dalam setahun serta kaedah mencedung dan tabur terus sebagai pengganti untuk mengatasi masalah tenaga kerja. Varieti-varieti ini telah banyak membantu petani-petani di kawasan MADA, KADA, Kerian dan juga jelapang yang lain. Varieti Sekembang yang dikenali sebagai MR 10 diperkenalkan pada tahun 1979 sebagai baka pilihan untuk menangani masalah penyakit karah dan hawar seludang yang merupakan masalah utama pada waktu itu. Varieti Seberang yang diisytiharkan pada tahun 1984 merupakan baka rintang pada perosak benah perang dan hawar daun bakteria pada masa itu. Selepas itu terdapat beberapa varieti yang popular dan mendominasi liputan dalam jelapang melebihi 50% seperti MR 84, MR 167 dan MR 219. Varieti-varieti yang diperkenalkan sentiasa mendapat perhatian dan penerimaan yang sangat baik dalam kalangan petani berdasarkan keperluan semasa dan telah ditanam lebih 95% di jelapang padi negara pada masa kini.

10

SummaryBreeding programmes and the development of rice varieties were started at MARDI using available sources of planting materials from the Department of Agriculture. Initially, the main focus is the development of new varieties suitable to the situation and problems at that time, in addition to producing high-yielding varieties that are resistant to disease and pests. Rice cultivation practices have also changed from one growing season to two growing seasons in a year while transplanting and direct seeding method as substitutes to overcome labour shortage. These varieties have helped farmers in MADA, KADA, Kerian and other areas to increase production. Variety Sekembang also known as MR 10 was introduced in 1979 to control blast and sheath blight diseases which are major problems at that time. Variety Seberang, introduced in 1984 was resistant to brown plant hoppers and bacterial leaf blight at that time. Since then, there were some popular varieties that dominate more than 50% of planting coverage such as MR 84, MR 167 and MR 219. Released varieties always get very good acceptance among farmers based on the current needs and have covered more than 95% Malaysian rice granary.

PengarangZainudin P.M.D. HussainPusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Stesen MARDI Seberang Perai,Beg Berkunci No. 203,13200 Kepala Batas, Pulau PinangE-mel: [email protected] Mokhtar, Badrulhadza Amzah dan Mohd Bahagia Abdul GhafarPusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Stesen MARDI Seberang Perai,Beg Berkunci No. 203,13200 Kepala Batas, Pulau PinangMarzukhi HashimPusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,Peti Surat 12304, 50774 Kuala Lumpur