prestasi alat pemetik buah manggis pma1 …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/alat pemetik buah...71...

6
71 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 71–76 Prestasi alat pemetik buah manggis PMA1 (Performance of mangosteen fruit picker PMA1) Jafni Johari Jiken, Azizul Ghazali dan Mohamad Fakhrul Zaman Omar Pengenalan Manggis (Garcinia mangostana) juga digelar sebagai ‘ratu buah tropika’ dan merupakan salah satu buah-buahan tropika yang lazat dan digemari oleh pengguna. Ia berasal dari hutan tropika yang teduh di kawasan Asia Tenggara, iaitu hutan belantara Malaysia dan Indonesia. Dari Asia Tenggara, tanaman ini tersebar ke daerah Amerika Tengah dan kawasan tropika lain seperti Sri Lanka, Hawaii dan Australia Utara. Pengeluaran buah manggis di negara kita meningkat dari tahun 2004 ke 2006, iaitu masing-masing sebanyak 162,000, 559,000 dan 559,750 tan metrik. Penuaian buah manggis yang diamalkan adalah secara tradisional iaitu dengan memanjat dan memetik buah. Disebabkan peningkatan pengeluaran dan permintaan kualiti buah manggis yang tinggi, maka teknologi untuk membantu pengusaha menuai hasil buah di dusun atau ladang merupakan satu keperluan. Penggunaan teknologi ini dapat membantu dalam mendapatkan hasil buah manggis yang lebih berkualiti dengan cara yang lebih mudah dan selamat. Kaedah semasa memetik buah manggis Kaedah memanjat Terdapat pelbagai kaedah konvensional dan moden yang digunakan untuk memetik buah manggis. Kaedah yang paling popular adalah dengan memanjat pokok. Individu yang memanjat pokok itu sama ada memetik buah manggis dengan tangan atau menggoncangkan dahan pokok agar buah manggis gugur ke tanah. Bagaimanapun, cara ini memerlukan kemahiran memanjat yang tinggi dan buah yang jatuh ke bawah juga akan lebam dan mengakibatkan gamosis. Buah yang terhempas ke tanah akan mengeras atau kematu dan menjadi rosak semasa proses penyimpanan. Malahan buah manggis yang tidak mencapai indeks kematangan yang sepatutnya juga akan gugur jika dahan pokok digoyangkan. Ini nyata menjejaskan hasil pendapatan peladang tersebut. Penggunaan galah buluh Penggunaan galah juga biasa digunakan untuk memetik buah manggis. Buluh yang panjang dan berdiameter besar, antara 6 cm hingga 9 cm dipotong hujungnya dan dibelah 10 cm ke dalam. Sebuah objek yang berdiameter lebih besar daripada buluh (kebiasaanya buah manggis yang sudah keras) akan dimasukkan ke dalam bahagian hujung buluh yang telah dibelah itu untuk menjadikannya mengembang seperti kelopak bunga atau jari.

Upload: buikiet

Post on 09-May-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

71

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 71–76

Prestasi alat pemetik buah manggis PMA1(Performance of mangosteen fruit picker PMA1)

Jafni Johari Jiken, Azizul Ghazali dan Mohamad Fakhrul Zaman Omar

PengenalanManggis (Garcinia mangostana) juga digelar sebagai ‘ratu buah tropika’ dan merupakan salah satu buah-buahan tropika yang lazat dan digemari oleh pengguna. Ia berasal dari hutan tropika yang teduh di kawasan Asia Tenggara, iaitu hutan belantara Malaysia dan Indonesia. Dari Asia Tenggara, tanaman ini tersebar ke daerah Amerika Tengah dan kawasan tropika lain seperti Sri Lanka, Hawaii dan Australia Utara. Pengeluaran buah manggis di negara kita meningkat dari tahun 2004 ke 2006, iaitu masing-masing sebanyak 162,000, 559,000 dan 559,750 tan metrik. Penuaian buah manggis yang diamalkan adalah secara tradisional iaitu dengan memanjat dan memetik buah. Disebabkan peningkatan pengeluaran dan permintaan kualiti buah manggis yang tinggi, maka teknologi untuk membantu pengusaha menuai hasil buah di dusun atau ladang merupakan satu keperluan. Penggunaan teknologi ini dapat membantu dalam mendapatkan hasil buah manggis yang lebih berkualiti dengan cara yang lebih mudah dan selamat.

Kaedah semasa memetik buah manggisKaedah memanjatTerdapat pelbagai kaedah konvensional dan moden yang digunakan untuk memetik buah manggis. Kaedah yang paling popular adalah dengan memanjat pokok. Individu yang memanjat pokok itu sama ada memetik buah manggis dengan tangan atau menggoncangkan dahan pokok agar buah manggis gugur ke tanah. Bagaimanapun, cara ini memerlukan kemahiran memanjat yang tinggi dan buah yang jatuh ke bawah juga akan lebam dan mengakibatkan gamosis. Buah yang terhempas ke tanah akan mengeras atau kematu dan menjadi rosak semasa proses penyimpanan. Malahan buah manggis yang tidak mencapai indeks kematangan yang sepatutnya juga akan gugur jika dahan pokok digoyangkan. Ini nyata menjejaskan hasil pendapatan peladang tersebut.

Penggunaan galah buluhPenggunaan galah juga biasa digunakan untuk memetik buah manggis. Buluh yang panjang dan berdiameter besar, antara 6 cm hingga 9 cm dipotong hujungnya dan dibelah 10 cm ke dalam. Sebuah objek yang berdiameter lebih besar daripada buluh (kebiasaanya buah manggis yang sudah keras) akan dimasukkan ke dalam bahagian hujung buluh yang telah dibelah itu untuk menjadikannya mengembang seperti kelopak bunga atau jari.

72

Galah ini digunakan dengan memasukkan buah manggis yang dipetik ke hujung bahagian buluh yang mengembang dan gerakan memulas dilakukan sehingga buah berjaya dituai. Galah akan ditarik ke bawah untuk mengumpul hasil dan gerakan ini dilakukan berulangan. Kaedah ini memakan masa yang banyak dan mengakibatkan pengguna sakit tengkuk dan badan kerana mendongak dan menarik buluh ke bawah secara berulangan.

Alat pemetik buah manggis (PMA1)Satu alat pemetik buah manggis (PMA1) (Gambar 1) telah direka cipta oleh MARDI pada tahun 1992, namun kebolehan dan prestasi penggunaan di ladang belum dilakukan secara terperinci. Oleh itu, alat ini telah diuji guna di plot ladang manggis Stesen MARDI Bukit Tangga. Beberapa kaedah telah dirangka untuk menguji alat ini. Jenis penuaian dibahagi kepada dua jenis, iaitu di luar kanopi dan di dalam kanopi. Ini kerana situasi memetik buah manggis di dalam kanopi lebih sukar kerana halangan dahan pokok membataskan pergerakan alat ini berbanding dengan keadaan luar kanopi yang lebih luas dan bebas. Untuk setiap uji kaji pula, hasil memetik dibahagi kepada dua, iaitu di dalam jaring dan di luar jaring. Di dalam jaring bermaksud buah manggis yang dipetik menggunakan alat ini masuk melalui gelang jaring yang direka, manakala di luar jaring pula, buah jatuh ke tanah tanpa melalui jaring. Ini adalah penting untuk menentukan alat ini berfungsi dengan lebih efektif dan tidak mengakibatkan kehilangan hasil yang tinggi melalui kerosakan buah yang jatuh. Hasil ujian diambil selang 5 minit sehingga minit ke-30 kerana masa satu minit adalah amat singkat. Sekiranya pengguna memegang alat ini terlalu lama, ia akan mengakibatkan pengguna lenguh dan letih. Unit hasil yang sesuai digunakan dalam eksperimen ini dikenal pasti sebagai bilangan buah kerana berat buah tidak sesuai digunakan sebagai kiraan unit hasil. Tiga operator yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita digunakan dalam ujian ini.

PrestasiSecara purata, bilangan buah manggis yang berjaya dipetik oleh setiap operator ialah lapan biji seminit untuk kategori luar kanopi dan dua biji seminit untuk kategori dalam kanopi dalam tempoh 30 minit yang diberikan (Jadual 1). Walaupun begitu, pengguna yang sudah mahir menggunakan alat ini boleh memetik antara 10–12 biji setiap minit. Setiap operator akan mendapat hasil yang paling kurang pada lima minit pertama kerana di peringkat awal ini, mereka masih dalam proses belajar dan mencari kemahiran menggunakan alat ini dengan lebih baik. Namun hasil mereka meningkat dan sekata pada masa yang seterusnya. Terdapat juga kehilangan hasil yang tinggi kerana buah yang dikait terkeluar dari gelang jaring dan jatuh ke tanah. Peratus bilangan buah yang tidak memasuki jaring adalah antara 20% hingga 25% untuk

73

Jadu

al 1

. Pre

stas

i bila

ngan

bua

h m

angg

is y

ang

dipe

tik d

enga

n al

at p

emet

ik b

uah

man

ggis

(PM

A1)

di S

tese

n M

ARD

I Bu

kit T

angg

a

Mas

a O

pera

tor

1 (le

laki

)

Ope

rato

r 2

(lela

ki)

O

pera

tor

3 (p

erem

puan

)

Luar

kan

opi

Dal

am k

anop

i Lu

ar k

anop

i D

alam

kan

opi

Luar

kan

opi

Dal

am k

anop

i

Dal

am

Luar

D

alam

Lu

ar

Dal

am

Luar

D

alam

Lu

ar

Dal

am

Luar

D

alam

Lu

ar

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

jari

ng

5

24

10

7 4

24

10

5 3

23

7 6

310

28

11

7

3 25

8

8 4

27

10

5 3

15

32

8 8

4 28

8

7 6

32

8 9

520

35

11

10

5

34

11

11

5 33

7

9 5

25

37

11

9 4

36

10

10

3 36

8

10

230

35

10

11

4

32

8 9

4 30

8

9 2

Jum

lah

191

61

52

24

179

55

50

25

181

48

48

20

Kes

elur

uhan

25

2

76

23

4

75

22

9

68

kategori luar kanopi dan lebih kurang 30% untuk kategori dalam kanopi. Operator ketiga yang merupakan seorang wanita juga menunjukkan hasil yang baik dan tidak banyak perbezaan dengan operator lelaki. Ini membuktikan bahawa alat pemetik buah manggis ini sesuai digunakan oleh kedua-dua golongan lelaki dan wanita (Gambar 2). Alat pemetik ini berfungsi dengan baik dan berupaya memetik sehingga ketinggian 5 m. Penggunaan alat ini kurang memerlukan tenaga berbanding dengan peralatan lain. Galah teleskopik yang ringan dan boleh laras mengurangkan daya kejerihan (Gambar 3). Daya memulas semasa menggunakan galah buluh yang biasa tidak diperlukan kerana pengguna hanya perlu menggunakan daya tarikan yang sedikit untuk memastikan jejari pengait memisahkan buah dari tangkainya. Buah manggis juga dapat dikeluarkan dari jaring tanpa menurunkan galah dan cara ini juga dapat meminimumkan impak apabila buah tersebut menggelongsor di dalam jaring yang panjang (Gambar 4). Penggunaan galah aluminium teleskopik yang ringan dan boleh laras memudahkan pengguna untuk merendahkan atau meninggikan kedudukan pengait tanpa perlu menarik galah ke bawah.

MasalahSemasa alat pemetik manggis ini diuji penggunaannya di ladang, terdapat beberapa masalah yang timbul dan memperlahankan keseluruhan aktiviti. Pertama, sekiranya kedudukan operator di dalam kanopi pokok manggis, hasil tuaian buah manggis akan berkurangan secara mendadak. Dahan pokok akan mengakibatkan gerakan operator terbatas (Gambar 5). Alat ini hanya boleh digerakkan secara menegak dan terbatas dalam 10 darjah. Sekiranya pengguna ingin menuai buah manggis di bahagian lain, maka galah teleskopik terpaksa direndahkan dan ini akan memakan masa yang lebih panjang.

74

Gambar 1. Alat pemetik buah manggis (PMA1)

Gambar 2. Alat pemetik mudah dikendalikan operator wanita

Gambar 4. Buah yang dikait meluncuri jaring

Gambar 3. Alat pemetik buah manggis yang dipasang dengan galah teleskopik

Gambar 5. Dahan pokok menyebabkan aktiviti mengait di bawah kanopi terbatas

Gambar 6. Aktiviti mengait buah menjadi sukar apabila galah dilaraskan sehingga ketinggian maksimum

75

Kedudukan rangka pemetik yang panjang dan jauh dari gelang jaring mengakibatkan buah yang dipetik tidak masuk ke dalam uncang dan jatuh ke atas tanah. Untuk memastikan buah tidak terkeluar dari gelang jaring, operator harus mempunyai kemahiran untuk meletakkan posisi tangkai buah manggis di antara jari-jari pemetik. Gerakan mengait dilakukan dan pengguna haruslah memastikan buah itu bergolek meluncuri rangka jejari pemetik. Seterusnya, buah akan masuk ke dalam jaring melalui gelang dan menggelongsor ke bawah tanpa sebarang impak. Galah teleskopik yang digunakan juga menjadi mudah melentur sekiranya dipanjangkan secara maksimum (Gambar 6). Ini menjadikan aktiviti memetik buah manggis di kedudukan yang lebih tinggi sehingga 6 m sukar sedikit untuk dilaksanakan. Penggunaan masa juga lebih lama kerana individu yang berada di kedudukan rendah memerlukan fokus tambahan untuk mengesan buah manggis dan daya yang tinggi untuk mengawal galah teleskopik yang panjang. Sekiranya gerakan ini berturutan dalam tempoh yang lama, pengguna tersebut akan mudah berasa penat.

KosKos bagi setiap bahagian alat ini adalah berpatutan. Kos jejari pemetik ialah RM10 manakala kos jaring ialah RM20 seunit dan kos galah teleskopik hanyalah RM18. Kos keseluruhan bagi alat pemetik buah manggis ini dianggarkan RM48 seunit. Harga ini berpatutan bagi alat yang membantu memudahkan pengguna dalam proses memetik manggis di dusun dan memberikan hasil tuaian yang memuaskan.

KesimpulanAlat pemetik manggis (PMA1) mempunyai potensi untuk dikomersial dengan hanya sedikit penambahbaikan. Galah teleskopik yang digunakan perlu lebih stabil ketika ingin mengait buah yang lebih tinggi. Prestasi ujian yang dijalankan di lapangan menunjukkan hasil tuaian yang memuaskan. Dengan kos yang rendah dan menjanjikan hasil tuaian yang tinggi, alat ini boleh dijadikan satu keperluan untuk setiap pengusaha ladang manggis secara sederhana atau kecil-kecilan. Secara relatif, alat pemetik manggis ini boleh disyorkan di pasaran kepada pengusaha atau individu yang mempunyai dusun manggis.

PenghargaanPengarang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Cik Hartinee Abbas yang telah memberikan maklumat penting dan membenarkan kami menggunakan plot kajian manggis beliau di Stesen MARDI Bukit Tangga untuk menguji alat ini.

76

BibliografiAugustin, M.A., Jamaliah, B., Dzulkifliy, M.H., Azizah, O. dan Chua, B.C. (1988).

Storage of mangosteens harvested at different stage of maturity. Prosid. Sem. Food Res. Malaysia 6–7 May 1992, Serdang, m.s. 22–28. Serdang: UPM

Azizul, G. (1992). Alat pemetik buah manggis PMA1. Bul. Tek. Kej. Pert. 3: 1–3Chong, S.T. (1987). Cantuman baji sisi untuk pembiakan manggis. Teknol. Buah-

Buahan, MARDI 2: 23–26Mohd. Khalid, M.Z., Rukayah, A. dan Raziah, M.L. (1993). Pengenalan. Dalam:

Penanaman Manggis (Mohd. Khalid, M.Z., dan Rukayah A., ed.), m.s. 1–9. Serdang: MARDI

Mohd. Salleh, P. dan Ahmad Tarmizi, S. (1993). Pengutipan hasil dan pengendalian lepas tuai. Dalam: Penanaman Manggis, (Mohd. Khalid, M.Z. dan Rukayah, A., ed.), m.s. 24–31. Serdang: MARDI

RingkasanAlat pemetik buah manggis (PMA1) telah dihasilkan pada tahun 1992 namun begitu, prestasi penggunaannya di ladang masih belum diuji secara terperinci. Alat ini dapat berfungsi dengan baik dan praktikal terutamanya kepada pengusaha ladang manggis yang tidak mampu memanjat pokok manggis untuk memetik buahnya. Secara purata, bilangan buah manggis yang berjaya dipetik oleh setiap operator ialah lapan biji seminit untuk kategori luar kanopi dan dua biji seminit untuk kategori dalam kanopi dalam tempoh 30 minit. Pengguna yang sudah mahir menggunakan alat ini mampu memetik 10–12 biji seminit. Peratus bilangan buah yang tidak memasuki jaring adalah antara 20% hingga 25% untuk kategori luar kanopi dan lebih kurang 30% untuk kategori dalam kanopi. Alat pemetik buah manggis ini juga sesuai digunakan oleh golongan wanita. Kos bagi setiap alat pemetik ini termasuk dengan penggunaan galah teleskopik adalah sebanyak RM48 seunit.

SummaryA mangosteen fruit picker PMA1 has been developed in 1992 but its performance in field test had not been done. This tool is very practical and helpful especially to mangosteen growers who have difficulties in climbing trees to harvest the fruit. The average number of fruits, harvested in outer canopy category is eight fruits per minute while for inner canopy is two fruits per minute within the 30 minutes period. An expert user could achieve 10–12 mangosteen fruits per minute. About 20% to 25% loss were due to the failure of the fruit to enter the nylon bag for outer canopy category while 30% loss for inner canopy category. This mangosteen picker is also suitable for female user. Overall cost for one unit including the telescopic pole is estimated at RM48.

PengarangJafni Johari JikenPusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,Peti Surat 12301, 50774 Kuala LumpurE-mel: [email protected] GhazaliPusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,Peti Surat 12301, 50774 Kuala LumpurMohamad Fakhrul Zaman OmarPusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, Stesen MARDI Bukit Tangga, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah