manual sop disiplin star 2015.docx

24
MANUAL PENGURUSAN DISIPLIN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN Pengenalan pengurusan disiplin sekolah – carta aliran kerja – jenis salahlaku – pekeliling punca kuasa pengurusan disiplin jenis hukuman SIDANG EDITOR PENGETUA, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PENOLONG KANAN HEM, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN SETIAUSAHA BIDANG HEM SETIAUSAHA DISIPLIN JAWATANKUASA DISIPLIN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Upload: boojunk

Post on 26-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGURUSAN DISIPLIN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

Senarai Kandungan

Bab 1Sekapur Sirihxx

Bab 2Pengenalan Pengurusan Disiplin Sekolahxx

Bab 3Punca Kuasa dan Pekeliling Berkaitan Pengurusan Disiplinxx

Bab 4Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Disiplin xxSMK Tunku Abdul Rahman

Bab 5Peraturan Sekolah

Bab 6Kategori Jenis Salahlakuxx

Bab 7Hukuman dan Prosedur Pelaksanaan Hukumanxx

Bab 8Carta Aliran Kerja Pengurusan Disiplin dan Hukumanxx

Bab 9Lampiranxx

Bab 1 Sekapur Sirih

Bab 2 Pengenalan Pengurusan Disiplin Sekolah A. Definisi Disiplin

Disiplin boleh didefinisikan sebagai Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.

Dalam aspek lain, disiplin juga dilihat sebagai Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai: ...kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

B. Pengurusan DisiplinC. Dalam konteks pengurusan disiplin sekolah, semua pihak termasuklah pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan masyarakat secara amnya harus memahami akan kehendak serta hasrat murni yang ingin diterapkan dalam menjalankan

Bab 3 Punca Kuasa Pengurusan Disiplin Sekolah Bagi maksud mengurus selia hal ehwal murid beberapa pekeliling pekeliling dan surat siaran telah dikeluarkan oleh pihak kementerian samaada dalam menangani masalah disiplin mahupun memperincikan prosedur pelaksanaan hukuman mengikut lunas undang-undang sedia ada. Berikut disenaraikan antara pekeliling dan surat siaran yang tersebut :

1. Ordinan Pelajaran 1957 - Peraturan Disiplin 1959A. Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: (Tanggungjawab guru besar atas disiplin) Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid- murid di sekolah itu.

B. Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: (Kuasa-Kuasa guru besar) Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat

C. Peraturan 6 (PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR)Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan yang disebut diatas tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana selain guru berdaftar

D. Peraturan 7 (Kuasa Guru Besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah ) Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah : (a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah; ATAU (b) yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7,1A boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau membuang murid itu dari sekolahE. Peraturan 9 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.

F. Peraturan 10 - Rayuan (1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut : (2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan

G. PERATURAN 11 Catatan Dibuang Sekolah dalam Sijil Berhenti Sekolah Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan peruntukan peraturan-peraturan ini.

H. PERATURAN 12 - Syarat Masuk Balik Sekolah Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya). (a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau (b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968: - tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975: - semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001: - .masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. DAN .semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid

5. SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003 Kuasa Guru Merotan Murid Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.

6. Surat KPM KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001 - Pengurusan Pelajar Secara Kolektif Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan peajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar.Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama. Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah. Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.

7. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983 - Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran. HUKUMAN TERSEBUT DILARANG SEBAB Berbentuk penyeksaan Berbentuk cacian Liar dan Melampau.

8. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1991 - Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah - Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.

9. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6A / 1975 - Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan. Penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Semua murid diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi. Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.

10. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997 - Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali Kesalahan Kali Keempat : Gantung Sekolah (Tidak Melebihi 14 hari) Kesalahan Kelima : Buang Sekolah.

11. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997 BERTARIKH 22 MEI 1997 - Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, SEMUA GURU,KAKITANGAN,IBU BAPA atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik berselindung.

Bab 4 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Disiplin SMK Tunku Abdul Rahman IZATSU Bidang HEMKaunselor SekolahGuru Data SSDM

PengerusiPengetua

Naib PengerusiPK HEM

Setiausaha Disiplin

Penolong Setiausaha DisiplinKetua Disiplin Murid Menengah Atas

Lembaga Ketua TingkatanLembaga PengawasKetua Guru DisiplinKetua Disiplin Murid Menengah Rendah

Ketua Disiplin Murid LelakiGuru Penyelaras TingkatanSemua GuruGuru TingkatanKetua Disiplin Murid LelakiK.D. Murid PerempuanK.D. Murid Perempuan

Bab 5 Peraturan Sekolah

Bab 6 Kategori Jenis Salahlaku MAZMI /

KATEGORI BERATJENISMATA DEMERITTINDAKAN

Kategori Berat A1. Tingkahlaku jenayah2. Berjudi3. Mencuri4. Mengancam ( rujuk SSDM )5. Tidak amanah / Melengahkan solat / Tidak solat6. Buli fizikal / bersubahat7. Penyalahgunaan bahan terlarang8. Membawa / merekacipta senjata berbahaya9. Mengeluarkan kata kata lucah /Bahasa kesat10. Vandalisme11. Terlibat dalam aktiviti politik12. Gangsterisme13. Menunjuk perasaan / berpiket14. Mengikut / mengajar / membawa / mengajak dan menyebar ajaran sesat15. Alkohol (pemilikan , penjualan, penggunaan )16. Mengubah pendawaian elektrik17. Memandu / menunggang kenderaan tanpa lesen yang sah601. Ibu bapa dipanggil untuk dimaklumkan kes2. Kesalahan direkod dalam akaun disiplin murid3. Murid dirujuk ke UBK4. Kesalahan murid dilaporkan ke dalam talian SSDM dan unit HEM JPN Sarawak5. Tindakan akhir : Permuafakatan bersama ibu bapa untuk direhatkan / pendidikan alternatif

Kategori Berat B1. Rokok (pemilikan , penjualan, penggunaan )2. Buli Bahasa / Buli isyarat3. Ponteng (sekolah, kelas, kelas tambahan, aktiviti kokurikulum , majlis sekolah)4. Mencabul / berkelakuan lucah5. Berkhalwat /Berdua duaan yang menimbulkan syak6. Mengintai 7. Menulis , melukis kata kata dan gambar lucah8. Memiliki / menonton / menjual bahan lucah9. Meniru dan memberi tiru10. Membawa orang luar masuk tanpa kebenaran50Kekerapan Pertama1. Kesalahan direkod dalam akaun disiplin murid2. Murid akan dinasihatkan oleh guru tingkatan dan UBK (sebanyak 3 kali ) 3. Direhatkan / pendidikan alternatif persekolahan 10 hari termasuk cuti4. Ibu / bapa / penjaga dipanggil untuk prosedur penggantungan5. Digantung mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti luar6. Dilucutkan jawatan7. Menandatangi surat perjanjian 8. Sesi Bimbingan dan Kaunseling

Kekerapan KeduaDirujuk sebagai kesalahan Berat A ( Lihat lain-lain tindakan dalam kesalahan Berat A)

Kategori Berat C1. Berbohong2. Melawan / biadap / melakukan provokasi terhadap guru3. Melawan kakitangan sekolah/warga sekolah4. Melawan pengawas5. Melawan ketua tingkatan6. Membawa telefon bimbit dan gajet7. Menghina sekolah / individu dan pihak lain melalui media sosial8. Membuang sampah9. Masuk tandas berlainan jantina10. Sengaja membunyikan loceng keselamatan11. Mengganggu semasa pdp12. Tidak mengikut giliran / bertolak tolak13. Membawa mercun14. Keluar kawasan sekolah15. Bermain dikawasan sekolah16. Merayau rayau / melewat lewat masuk kelas17. (tiada dalam senarai rujuk ssdm )18. Membaling telur / tepung19. Semua tingkahlaku yang dirasakan melanggar etika dan perlakuan norma masyarakat40Kekerapan Pertama1. Direhatkan / pendidikan alternatif persekolahan 7 hari termsuk hari cuti2. Ibu / bapa / penjaga dipanggil untuk prosedur penggantungan3. Digantung mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti luar.4. Menandatangi Surat Perjanjian 5. Sesi Bimbingan dan Kaunseling

KATEGORI BERATJENISMATA DEMERITHUKUMAN

Kategori Ringan A1. Berkelakuan/pertuturan kasar2. Berlengah lengah3. Tidak mementingkan masa4. Bermisai,berjanggut, berjambang5. Bermisai, berjanggut dan berjambang 6. Rambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu 7. Bermain di dalam bilik khas atau di dalam bilik darjah8. Mengguna dan/atau membawa keluar peralatan sekolah / kelas tanpa kebenaran9. Keluar dari kelas tanpa kebenaran dan alasan munasabah10. Tidak berada di sesuatu tempat yang ditentukan semasa majlis rasmi sekolah sedang berlangsung11. Berada di kantin di luar waktu yang dibenarkan12. Berada di bilik sakit tanpa kebenaran13. Memiliki / Menggunakan alat permainan sekolah tanpa kebenaran14. Menggunakan / Memiliki alat hiburan yang tidak dibenarkan 15. Tidak mematuhi peraturan makmal / bengkel / makmal / perpustakaan / APD sekolah16. Memakai barang-barang kemas17. Memasuki bilik guru / bilik khas / makmal / perpustakaan / APD tanpa kebenaran 18. Makan / minum dalam bilik darjah tanpa kebenaran19. Menggunakan walk man atau alat hiburan / permainan semasa persekolahan20. Melakukan pembaziran elektrik & air 21. Lewat turun untuk acara rasmi / lewat keluar dari bilik darjah 22. Pakaian seragam persekolahan / unit beruniform yang tidak lengkap23. Membuka baju di kelas & masa bersukan24. Tidak bertanggungjawab dalam mengurus peralatan elektrik dan atau membazir penggunaan elektrik25. Mengotor dan membuang sampah di merata tempat 26. Menconteng mana-mana bahagian sekolah 27. Mengubah susunan kerusi meja / peralatan sekolah dari yang telah ditetapkan28. Bising di dalam bilik darjah dan acara rasmi sekolah29. Berada di tempat lain sewaktu kelas sedang berjalan30. Mengambil makanan pelajar lain, dengan apa apa cara31. Meludah di merata tempat32. Melambai / melayan pelajar putera / puteri33. Tidak memberi perhatian ketika guru mengajar atau dalam majlis rasmi 34. Lalai & cuai terhadap hak persendirian35. Menarik diri dari sebarang kegiatan tanpa alasan 36. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan 37. Berpakaian tidak sopan di asrama / bilik 38. Pergi ke tandas tanpa kebenaran semasa persekolahan39. Membuka laman web yang tidak dibenarkan 40. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk di dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin / Lembaga Disiplin

30Kekerapan 1 Nasihat

Kekerapan 2 Nasihat dan amaran

Kekerapan 3 dan seterusnya1. Nasihat dan Amaran2. Tarik balik keistimewaan menggunakan kemudahan sekolah dan mewakili sekolah3. Dimaklumkan kepada ibu /bapa/ penjaga melalui surat dan telefon.

Kategori Ringan B1. Tidak menjaga kekemasan diri (pakaian selekah, rambut tidak terurus)2. Rambut berfesyen, diwarnakan selain warna hitam3. Mencukur / mencabut bulu kening4. Memakai stoking dibawah paras buku lali5. Memakai pakaian tidak mengikut kod etika berpakaian sekolah6. Memakai barangan kemas7. Bertatu / berinai / cat kuku 8. Masuk bilik guru tanpa sebarang urusan20Kekerapan 11. Nasihat dan Amaran2. Tarik balik keistimewaan keluar ke bandar dua kali3. Dimaklumkan kepada ibu / bapa/ penjaga melalui surat dan telefon .4. Sesi Bimbingan dan Kaunseling5. Kerja amal 10 jam

Kekerapan 21. Nasihat dan Amaran2. Tarik balik keistimewaan keluar ke bandar tiga kali3. Dipanggil ibu / bapa /penjaga untuk berbincang4. Sesi Bimbingan dan kaunseling5. Kerja amal 20 jam

Kekerapan 3 dan seterusnya1. Direhatkan / pendidikan alternatif persekolahan 7 hari termsuk hari cuti2. Ibu / bapa / penjaga dipanggil untuk prosedur penggantungan3. Digantung mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti luar.4. Menandatangi Surat Perjanjian Sesi Bimbingan dan Kaunseling

Kategori Ringan C1. Tidur2. Meninggalkan buku / buku teks dalam kelas3. Sikap tidak bertanggungjawab terhadap harta benda sendiri dan orang lain

10

Tindakan hukuman kepada pelajar MEROKOK di kawasan sekolah.Tindakan berpandukan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997 dan tindakan lain yang dikenakan mengikut kategori Berat A,B dan C1.1 Kesalahan kali pertama :Rotan 1 kali1.2 Kesalahan kali kedua:Rotan 2 kali 1.3 Kesalahan kali ke tiga :Rotan 3 kali1.4 Kesalahan kali keempat:Gantung Persekolahan (Selama tidak melebihi 14 hari)1.5 Kesalahan kali kelima :Buang Sekolah

Bab 7 Hukuman dan Prosedur Pelaksanaan Hukuman ZARINAMULA

Murid melakukan Kesalahan Berat ASiasatan oleh Ahli Jawatankuasa Disiplin

Murid diberi peluang membela diri melakukan Kesalahan Berat A

Buka kertas siasatan

Ibu Bapa Murid dihubungi serta merta (telefon)1Permuafakatan / Sesi Perbincangan dan tentukanSelesaiTindakan DisiplinSesi kaunselingAda kesTiada kes

Murid melakukan Kesalahan RInganTeguran dari Guru

Kesalahan berulang 3 kali

Direkodkan dalam Fail Disiplin

Ibu Bapa Murid dihubungi / surat makluman1SelesaiDirujuk kepada UBK

MULA

Bab 8 Rumusan Carta Aliran Pengurusan Disiplin Sekolah IZAT

Bab 9 Lampiran