manual kualiti jpbd.sel / mk · pdf filelaporan penemuan / laporan teknikal / laporan...

10
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11 MUKA SURAT : 45/92 4.0 SISTEM PENGURUSAN KUALITI Sistem Pengurusan Kualiti JPBD Selangor diwujudkan, dilaksana, diselenggara dan ditambahbaik secara berterusan sebagai satu cara untuk memastikan perkhidmatan yang diberi sentiasa memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008. Untuk itu, JPBD Selangor :- a. Telah menentukan proses-proses yang terlibat dalam menggubal dan menyelaras perlaksanaan dasar-dasar perancangan, menyelia dan menyelaras penyediaan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas, merancang dan mengawal penggunaan tanah dan bangunan, mengurus selia maklumat spatial dan menyelia serta menyelaras penyediaan Projek Kajian Khas perancangan; b. Menentukan kriteria dan kaedah bagi menilai keberkesanan operasi serta kawalan ke atas proses-proses tersebut bagi memastikan keberkesanannya; c. Menyediakan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan dan pemantauan proses-proses tersebut; d. Memantau dan menilai proses-proses melalui Audit Kualiti Dalaman, Kajian Semula Pengurusan, aduan dan maklumbalas daripada pelanggan serta pemantauan oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab; dan e. Melaksanakan tindakan yang perlu bagi memastikan pencapaian matlamat yang dirancang dan membuat penambahbaikan yang berterusan keatas proses- proses tersebut.

Upload: nguyennga

Post on 14-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 45/92

4.0 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Sistem Pengurusan Kualiti JPBD Selangor diwujudkan, dilaksana, diselenggara dan

ditambahbaik secara berterusan sebagai satu cara untuk memastikan perkhidmatan

yang diberi sentiasa memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008.

Untuk itu, JPBD Selangor :-

a. Telah menentukan proses-proses yang terlibat dalam menggubal dan

menyelaras perlaksanaan dasar-dasar perancangan, menyelia dan menyelaras

penyediaan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan

Kawasan Khas, merancang dan mengawal penggunaan tanah dan bangunan,

mengurus selia maklumat spatial dan menyelia serta menyelaras penyediaan

Projek Kajian Khas perancangan;

b. Menentukan kriteria dan kaedah bagi menilai keberkesanan operasi serta

kawalan ke atas proses-proses tersebut bagi memastikan keberkesanannya;

c. Menyediakan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan dan

pemantauan proses-proses tersebut;

d. Memantau dan menilai proses-proses melalui Audit Kualiti Dalaman, Kajian

Semula Pengurusan, aduan dan maklumbalas daripada pelanggan serta

pemantauan oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab; dan

e. Melaksanakan tindakan yang perlu bagi memastikan pencapaian matlamat yang

dirancang dan membuat penambahbaikan yang berterusan keatas proses-

proses tersebut.

Page 2: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 46/92

f. Proses -proses kerja jabatan yang dipertanggungjawabkan kepada pihak luar

(Perunding) adalah melalui Proses Penyediaan Rancangan Pemajuan dan

Kajian Khas seperti berikut :

i. Laporan Awal / Pendekatan Kajian

ii. Laporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan /

Laporan Sektoral.

iii. Laporan Draf Akhir

Kaedah pengawalan proses kerja tersebut diterangkan melalui dokumen berikut:

i. JPBD.Sel/PK/RP/01 Penyelarasan penyediaan/pengubahan

Rancangan Struktur Negeri

ii. JPBD.Sel/PK/RP/06 Penyediaan Projek Khas

iii. JPBD.Sel/PK/RP/10 Penyelarasan Penyediaan Rancangan Tempatan

(RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK)

4.1 PEMETAAN PROSES

JPBD Selangor menyediakan hubungkait proses-proses menyediakan

perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa mengikut empat ( 4 ) bahagian

(Rujuk Carta 4.1). Bahagian Perancangan Korporat bertanggungjawab

mengurus, menyelaras dan melaksanakan bidang tugas keurusetiaan yang

berkaitan dengan mesyuarat jabatan, bengkel, dialog, kursus dan seminar.

Bahagian Rancangan Pembangunan bertanggungjawab menyedia dan

menyelaras penyediaan Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan,

Rancangan Kawasan Khas, ICT Jabatan dan Projek Khas.

Page 3: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

Untuk mana-mana perkhidmatan di JPBD Negeri yang diperoleh daripada pihak-

pihak seperti khidmat perunding dan produk kajian, JPBD Negeri akan

memantau dari segi penerimaan barang/perkhidmatan. Prestasi keseluruhan

perunding tersebut adalah di bawah bidang kuasa JPBD Semenanjung Malaysia.

Untuk mana-mana pembekal yang berurusan terus dengan JPBD Negeri

Selangor, prestasi pembekal tersebut akan dipantau dari masa ke semasa.

Bahagian Pengawalan Perancangan pula bertanggungjawab di dalam

pemerosesan permohonan perancangan, membuat perakuan pelan dan

memberi ulasan Kebenaran Merancang.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan memberi perkhidmatan sokongan kepada

bahagian-bahagian teknikal dalam hal-hal yang berkaitan kewangan,

perkhidmatan, persuratan dan pentadbiran am.

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 47/92

Page 4: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 CARTA HUBUNGKAIT PROSES UTAMA

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 48/92

Carta 4.1 Hubungkait Proses Utama Dengan Keperluan MS ISO 9001:2008

Laporan Awal

Asas Rujukan

Mesyuarat J/K

Perancangan

JPBD

Pemohon

Terima Permohonan

Daftar permohonan

Borang Kemudahkesanan

Arahan Tindakan

Charting dan enclose

Surat Ulasan

Tandatangan Surat

Siasatan

Perancangan

Terima Permohonan

Fi Permohonan

Daftar permohonan

Notis Lot Berjiran

Bantahan Awam

Pemprosesan

- Pengurusan Mesyuarat JPNS

- Pengurusan

Kursus/Seminar/Bengkel/Dialog Anjuran Jabatan.

- Latihan

Hantar keputusan/ minit

Laporan Teknikal

Laporan Pemeriksaan

Bawa LDRSN ke Mesyuarat

JPN

Asas Rujukan

Bawa LDRKK ke Mesyuarat

JPN

RT

Asas Rujukan

RKK

Penentuan Guna Tanah

Kemaskini

inventori

Kelulusan Mesyuarat

- Kepuasan Pelanggan - Audit Dalaman - Kawalan Proses - Kawalan perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi

- Analisa Data - Penambahbaikan - Tindakan Pembetulan - Tindakan Pencegahan

KEBENARAN

MERANCANG

PENDAFTARAN PERMOHONAN

SELAIN KM RSN RT RKK ICT

Pindaan

Maklumat

Maklumat

Digital

Laporan Awal

Laporan Draf RKK

Seranta Awam Laporan DRKK

Bawa LDRKK ke Mesyuarat

JPN

Laporan Awal

Laporan Penemuan

Laporan Draf RT

Seranta Awam

Laporan DRT

Seranta Awam Laporan

Pemeriksaan

Laporan Draf RSN

Persediaan awalan

Tetap tarikh

Sedia kertas dasar/ projek

Sediakan Folder

Mesyuarat

Rekod maklumat mesyuarat

Sedia keputusan/

minit

MESYUARAT

JPN/JPKSAS

- Panjar Wang Runcit

- Pengurusan Mesyuarat Jabatan

- Penghantaran panggilan

mesyuarat - Pengesahan Jawatan - Penyata perubahan

pendapatan - Persaraan - Penyelenggaraan Daftar

Inden Minyak/ Touch N Go - Pembayaran - Daftar Bil

- Daftar Harta Modal - Penerimaan Bayaran

Unit Pemprosesan

RSN

Maklum Balas

Pelanggan

Keperluan Pelanggan

MInit Tindakan

Surat

Surat

Surat

Jawapan

Pelanggan Pentadbiran Korporat Rancangan Pembangunan

Pengawalan Perancangan Pengukuran, Analisa

& Penambahbaikan

Proses kerja yang dilakukan oleh pihak luar (perunding)

Page 5: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 49/92

4.2 KEPERLUAN DOKUMENTASI

4.2.1 Am

Sistem Pengurusan Kualiti JPBD Selangor diwujudkan bagi

memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksana, diselenggara dan

ditambahbaik secara berterusan.

Dokumen Manual Kualiti yang menjelaskan dasar, objektif serta

perancangan JPBD Selangor dan menjadi sumber rujukan utama bagi

Sistem Pengurusan Kualiti. Rujuk Rajah 1.

Dokumen Prosedur Kualiti yang menjelaskan tujuan dan turutan

langkah dalam melaksanakan aktiviti pengurusan dan operasi.

Anggota-anggota JPBD Selangor yang dipertanggungjawabkan

hendaklah menyedia dan melaksanakan prosedur-prosedur kualiti yang

telah dikenalpasti. Jika perlu, Carta Alir boleh mengambil alih prosedur-

prosedur yang dikenalpasti dalam dalam prosedur Kualiti Umum,

Prosedur Kualiti Teras dan Prosedur Kualiti Khas di bawah Sistem

Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan di dalam Rajah 1.

Dokumen Sokongan adalah dokumen yang digunakan sebagai

rujukan dan panduan yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti

yang didokumenkan. Dokumen Sokongan ini meliputi Akta dan

Enakmen, Dasar-dasar Negeri, Pekeliling-pekeliling dan Garis Panduan

dan Piawaian Perancangan.

Page 6: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 50/92

TANGGUNGJAWAB PENERANGAN

Pengarah / Manual Dokumen dasar dan Wakil Pengurusan Kualiti perancangan Wakil Pengurusan Prosedur Kualiti Dokumen berkaitan,/ Ketua Bahagian / Prosedur Kualiti Umum aktiviti operasi dan

Prosedur Kualiti Teras pengurusan Prosedur Kualiti Khas

Ketua Unit Carta Aliran, Dokumen terperinci Senarai Semak, dll mengenai tugasan/aktiviti

Semua pegawai dan DokumenLain yang kakitangan yang Dokumen Sokongan menjadi sokongan kepada relevan serta rekod Sistem Pengurusan Kualiti (Wajib/Sokongan/Carta Aliran)

RAJAH 1

STRUKTUR DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI

JPBD SELANGOR

Page 7: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 51/92

4.2.2 Manual Kualiti

JPBD Selangor menyediakan Manual Kualiti yang mengandungi

perkara-perkara berikut :-

i. Skop Persijilan dan penyisihan;

ii. Skop Sistem Pengurusan Kualiti seperti di dalam Bahagian 4;

ii. Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti Jabatan;

iii. Pengecualian aplikasi (exclusion) yang menjelaskan

pengecualian dalam pematuhan MS ISO 9001:2008;

iv. Rujukan kepada Prosedur-Prosedur Kualiti dan Dokumen

Sokongan dalam Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang

dinyatakan dalam Bahagian 4 hingga Bahagian 8;

v. Huraian tentang prinsip-prinsip dalam merancang, melaksana

dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti; dan

vi. Proses-proses yang dikenalpasti di dalam pelaksanaan Sistem

Pengurusan Kualiti.

4.2.3 Kawalan Dokumen

i. Dokumen Kualiti yang perlu dikawal dalam Sistem

Pengurusan Kualiti ialah :

a. Manual Kualiti

b. Prosedur Kualiti Umum

c. Prosedur Kualiti Teras

d. Prosedur Kualiti Khas

e. Dokumen Sokongan

Page 8: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 52/92

ii. Wakil Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk memastikan

Dokumen Kualiti yang dirujuk dalam Sistem Pengurusan Kualiti

adalah terkini dan ditempatkan dilokasi yang selamat. Semua

Dokumen Kualiti hendaklah mudah dirujuk oleh semua lapisan

pegawai yang memerlukannya. Dokumen Kualiti juga disimpan satu

salinan digital sebagai “Back-up” di bawah jagaan Pengawal

Dokumen;

iii Setiap Dokumen Kualiti yang baru dikeluarkan akan diberikan nombor

rujukan identifikasi yang baru dan dicatit nombor keluaran terkini dan

tarikh kuatkuasa. Jika ada Dokumen Kualiti yang dibuat pindaan,

keseluruhan dokumen kuantiti berkenaan hendaklah diganti. Nombor

keluaran dan dan tarikh kuatkuasa baru akan diberi. Nombor

keluaran akan menunjukkan status dokumen berkenaan;

iv Pemegang dokumen dan nombor salinan dokumen dikenalpasti

melalui senarai edaran. Senarai edaran diselenggarakan oleh

Pengawal Dokumen. Pemegang Dokumen adalah

bertanggungjawab mengemaskini pindaan-pindaan yang telah

diluluskan. Dokumen lama yang telah dipinda pada simpanan induk

akan dicop ‘BATAL’ dan disimpan sebagai rekod.

Page 9: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 53/92

v. Pemegang Dokumen hendaklah memastikan dokumen yang

digunapakai adalah dokumen yang terkini dan disimpan

dengan selamat;

vi. Satu senarai induk yang mengandungi semua Dokumen

Kualiti yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti

berkenaan akan disediakan. Senarai ini dikemaskini dari

semasa ke semasa apabila berlaku perubahan;

vii. Seorang Pengawal Dokumen dilantik oleh Pengarah bagi

menyelenggara naskhah dokumen induk, menyelaras pindaan

dokumen dan senarai edaran dokumen;

viii. Dokumen luaran akan disenaraikan dan dikenalpasti

keperluanya dalam perancangan dan operasi. Dokumen yang

dikenalpasti ini perlu dikawal pengedarannya ; dan

ix. Dokumen yang terbatal akan ditanda untuk disimpan sebagai

Rekod Kualiti.

Dokumen Berkaitan

JPBD.Sel / PU / 01 - Prosedur Kawalan Dokumen

Page 10: MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK · PDF fileLaporan Penemuan / Laporan Teknikal / Laporan Pemeriksaan / ... bengkel, dialog, kursus dan ... ICT Jabatan dan Projek Khas

MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK

NO. KELUARAN : 5 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11

MUKA SURAT : 54/92

4.2.4 Kawalan Rekod Kualiti

JPBD Selangor mewujud dan menyelenggara satu prosedur berhubung

Kawalan Rekod Kualiti. Senarai induk bagi Rekod Kualiti diwujud untuk

memudahkan pengendalian dan pengesanan rekod. Rekod Kualiti

disimpan dengan selamat dalam fail-fail, folder, laporan / buku dan media

elektronik yang mudah dibaca dan dirujuk sebagai bukti objektif kepada

aktiviti-aktiviti kualiti.

Semua Dokumen terperingkat (Rahsia, Sulit dan Terhad) dikendalikan

mengikut Arahan Perkhidmatan Bab 4 oleh anggota yang diarahkan oleh

Pengarah/pegawai atasan.

Dokumen Berkaitan

JPBD.Sel / PU /02 - Prosedur Kawalan Rekod