manual amali fizik dalam konteks kehidupan harian
TRANSCRIPT
IPG
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Kuala Lumpur
SCE3105 Fizik Dalam Konteks Kehidupan Harian
Penyiasatan Melibatkan PPIK (Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan) Kurikulum Sains Sekolah Rendah.
Program Pensiswazahan Guru
PPG Semester 3 2012
Manual
Amali
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 2
Penyiasatan Amali dan Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan (PPIK) Kurikulum Sains Sekolah Rendah.
Pengenalan Manual ini terdiri daripada dua bahagian.
Bahagian A - Penyiasatan Amali Bahagian B - Penyiasatan Amali melibatkan Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan (PPIK) kurikulum Sains Sekolah rendah
Pelajar dikehendaki secara individu menjalankan kesemua penyiasatan amali (Bahagtian A) di makmal sains institut mengikut ketetapan tarikh yang diberikan oleh pihak pengurusan PPG. Penyiasatan PPIK(Bahagian B) perlu dilakukan di sekolah masing-masing. Setiap kerja amali hendaklah disusuli dengan laporan. Anda dinasihatkan membuat bacaan rujukan sebelum hadir ke makmal untuk melakukan kerja amali. Perincian Tajuk Bahagian A – Penyiasatan Amali
Bil Tajuk Halaman
1 Pengukuran dalam kehidupan harian
2 Daya dan Gerakan
3 Mikroskop dan Teleskop
4 Litar Elektrik
5 Penjanaan dan penghantaran arus elektrik.
Bahagian B - Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan (PPIK) Kurikulum Sains
Sekolah Rendah
Bil. Tajuk Halaman
1 Hukum Gerakan Newton
2 Apungan, Terapung dan Tenggelam
3 Keseimbangan dan Termometri
Format Laporan:
1. Teori berkaitan. 2. Laporan – tujuan, alat/bahan, prosedur, data, analisis data, kesimpulan dan langkah
berjaga-jaga. 3. Jawapan soalan-soalan penguasaan pengetahuan dan soalan kemahiran.
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 3
Bahagian A:
Penyiasatan Amali
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 4
Amali 1: Pengukuran dalam kehidupan harian (2 jam)
Hasil Pembelajaran:
Untuk mengambil dan membanding pengukuran-pengukuran menggunakan pelbagai jenis alat pengukur (instrumen).
Bahan dan alat pengukur:
Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru micrometer, neraca elektronik, neraca bim (alur tiga), dawai kuprum SWG 20 atau SWG 26 guli kaca tabung uji pasir halus
Aktiviti 1: Mengukur panjang
Arahan: 1. Ukur diameter sebuah tabung uji, wayar kuprum dan sebiji guli kaca dengan
menggunakan pembaris panjang, angkup vernier dan tolok skru mikrometer.
2. Ulangi proses pengukuran.
3. Jadualkan keputusan anda.
4. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Di antara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang, yang manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu? Terangkan.
b. Jika seorang pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur ketebalan objek, adalah tidak realistik untuk dia merekod bacaan sebagai 4.32 cm. Terangkan mengapa?
Laporan - 5 markah
Soalan 4a – 2 markah Soalan 4b – 3 markah
Aktiviti 2: Mengukur jisim
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 5
Arahan: 1. Dengan menggunakan neraca bim (alur tiga) dan neraca elektronik, ukur
jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir.
2. Ulang pengukuran anda.
3. Jadualkan keputusan anda.
4. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Di antara alat-alat pengukur untuk mengukur jisim, yang manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu? Terangkan.
b. Namakan neraca lain yang boleh digunakan untuk mengukur jisim dalam kehidupan harian
c. Apakah yang telah anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti ini
Laporan - 5 markah
Soalan 4a – 2 markah Soalan 4b – 1 markah Soalan 4c – 2 markah
NOTA:
1. Kejituan nilai yang diukur: berapa hampirnya dengan nilai sebenar.
2. Kepersisan tidak sama dengan kejituan. Satu jam tangan digital murah yang menyatakan masa ialah 9:34:45am adalah lebih persis (masa diberikan dalam saat) tetapi jika jam tersebut berjalan lebih lambat beberapa minit, nilainya dikatakan tidak jitu.
3. Satu jam (grandfather clock) boleh menjadi lebih jitu (i.e, jika ia memaparkan masa yang betul) tetapi jika jam itu tidak mempuyai jarum saat, maka ia tidak lebih persis.
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 6
Amali 2: Daya dan Gerakan (2 jam) Hasil Pembelajaran:
1) Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan.
2) Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.
Bahan/ Alat :
Blok kayu, bola ping pong, dawai yang diregangkan atas blok kayu, bikar dan buku Jangka masa detik, pita detik berkarbon pengapit, bekalan kuasa, dawai penyambung, pemberat 200 g, 400 g dan 600 g dan selotape
Aktiviti 1: Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan.
Arahan: 1. Letak satu blok kayu di atas lantai. Berikan tolakan kecil pada blok kayu itu
dan rekodkan pemerhatian anda.
2. Baling sebiji bola ping pong ke udara. Rekodkan pemerhatian anda.
3. Ikatkan dawai dengan tegang di antara dua paku yang telah di ketuk ke dalam blok kayu. Sentuh dawai itu. Rekodkan pemerhatian anda.
4. Letakkan satu bola ping-pong ke dalam sebuah bikar yang berisi air. Cuba tolakkan bola itu ke dalam air. Rekodkan pemerhatian anda.
5. Letakkan sebuah buku di atas tangan anda. Rekodkan pemerhatian anda.
6. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Apakah daya-daya yang terlibat dalam aktiviti 1 – 5 di atas?
b. Huraikan setiap daya yang anda nyatakan dalam konteks hidupan harian.
Laporan - 3 markah Soalan 6a – 2 markah Soalan 6b – 3 markah
Aktiviti 2: Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.
Arahan: 1. Letakkan satu bangku di atas meja. Apitkan jangka masa detik di atas
bangku.
2. Lalukan satu pita detik melalui jangka masa detik dan lekatkan dihujungnya satu pemberat berjisim 300 g mass.
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 7
3. Hidupkan jangka masa detik dan biarkan jisim jatuh bebas ke bawah.
4. Potong pita detik sepotong setip 2 detik dan susunkan untuk menghasikan satu carta pita.
5. Ulangi langkah 3 untuk jisim-jisim 400 g dan 600 g.
6. Untuk setiap jisim yang digunakan, binakan carta pita dan tentukan pecutannya.
7. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Adakah nilai-nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza sama nilainya dengan g? (Pecutan akibat tarikan graviti bumi) ? Terangkan.
b. Apakah keismpulan yang dapat dibuat tentang daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas?
c. Jika eksperimen ini dijalankan di bulan, adakah nilai pecutan yang diperoleh daripada jisim-jisim yang berbeza ini akan sama dengan nilai g? Terangkan jawapan anda
Laporan - 5 markah
Soalan 7a – 2 markah Soalan 7b – 2 markah Soalan 7c - 3 markah
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 8
Amali 3: Mikroskop dan teleskop (2 jam) Hasil Pembelajaran:
Untuk menentukan keadaan-keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop astronomi dan mikroskop majmuk.
Bahan / Alat : Pemegang kanta, plastisin, pemegang kanta, kanta cembung (+2.5 D, +7 D, +14 D, + 20 D), skrin lutcahaya, lampu, pembaris meter
Aktiviti 1: Membina satu teleskop astronomi ringkas
Arahan: 1. Anda diberi kanta-kanta penumpu yang mempunyai panjang focus yang
berbeza. Kenalpasti panjang fokus setiap kanta. Terangkan dengan bantuan gambarajah, bagaimana anda menentukan kuasa kanta-kanta tersebut.
2. Gunakan bahan/alat anda untuk membina satu teleskop astronomi ringkas. Uji teleskop anda dengan mengfokuskannya kepada satu objek yang jauh Tentukan pembesaran teleskop yang anda bina.
3. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Nyatakan fungsi-fungsi kanta objek dan kanta mata dalam satu teleskop astronomi.
b. Namakan jenis-jenis teleskop yang digunakan dalam penerokaan angkasa lepas.
Laporan - 5 markah Soalan 3a – 2 markah Soalan 3b – 2 markah
Aktiviti 2: Membina sebuah mikroskop majmuk Arahan:
1. Anda diberi kanta-kanta penumpu dari panjang fokus yang berbeza-beza. Terangkan dengan bantuan gambarajah bagaimana anda hasilkan sebuah mikroskop majmuk.
2. Bina mikroskop majmuk anda dan ujikannya dengan mengfokuskannya pada satu objek yang kecil. Tentukan pembesaran mikroskop majmuk anda.
3. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Bagaimanakah anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop majmuk?
b. Shalini ada tiga kanta cembung dengan panjang fokus 5 cm, 10 cm dan 30 cm. Jika dia mahu membina sebuah mikroskop daripada kanta-kanta tersebut, kanta manakah yang beliau perlu menggunakan. Gunakan gambarajah sinar untuk menerangkan bagaimana dia boleh menggunakan kanta untuk membesarkan objek berhampiran yang kecil.
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 9
Laporan - 5 markah
Soalan 3a – 2 markah Soalan 3b – 4 markah
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 10
Amali 4: Litar litar elektrik (2 jam) Hasil Pembelajaran :
Untuk menentukan kebaikan dan keburukan litar selari dan litar sesiri
Bahan: Pemegang bateri, bateri beberapa dawai penebat, ammeter, voltmeter dan mentol
Aktiviti 1: Membina litar sesiri dan litar selari ringkas. Arahan:
1. Bina kedua-dua litar di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri,
beberapa dawai penebat dan tiga buah lampu mentol. . 2. Sambung semua dawai dan perhatikan nyalaan mentol.
3. Sambungkan ammeter dan voltmeter dalam kedua-dua litar. Bina jadual yang sesuai untuk merekod bacaan.
4. Longgarkan skru satu mentol di dalam setiap litar. Perhatkan kecerahan mentol dan rekodkan juga bacaan kedua dua ammeter dan voltmeter di setiap litar.
5. Sambungkan sebuah mentol lagi dalam setiap litar. Perhati kecerahan mentol-mentol tersebut dan rekodkan juga bacaan ammeter dan voltmeter.
6. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Apakah yang terjadi kepada mentol lampu di dalam litar sesiri jika satu mentol lampu terbakar? Terangkan.
b. Andaikan anda membina rangkaian beberapa mentol (string of bulbs). Bagaimanakah kecerahan lampu berhubung dengan sekiranya anda sambung secara sesiri atau selari?
Laporan - 5 markah
Soalan 3a – 2 markah Soalan 3b – 3 markah
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 11
Aktiviti 2: Membina gabungan litar sesiri dan selari.
Arahan: 1. Bina litar seperti ditunjukkan di bawah menggunakan pemegang bateri,
bateri, suis, beberapa dawai penyambung dan tiga mentol lampu.
2. Sambung suis dan perhatikan kecerahan mentol lampu.
3. Sekarang sambung ammeter dan voltmeter untuk mengukur arus dan beza keupayaan melalui setiap mentol. Bina jadual yang sesuai untuk merekod bacaan.
4. Sekarang keluarkan mentol R1. Perhati kecerahan mentol mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeter dan voltmeter.
5. Masukkan semula mentol R1, dan keluarkan mentol R2. Perhati kecerahan mentol mentol yang tinggal dan rekod bacaan ammeter dan voltmeter.
6. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran)
a. Apakah perbezaan antara pemerhatian anda dalam langkah 5 dan 6 di atas? Terangkan mengapa.
b. Apakah jenis litar yang digunakan dalam pemasangan lampu di rumah anda. Mengapa?
Laporan - 5 markah
Soalan 6a – 2 markah Soalan 6b – 3 markah
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 12
Amali 5: Penjanaan dan penghantaran arus elektrik (2 jam) Hasil Pembelajaran: Untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi
magnitud arus yang dijana.
Bahan/ alat:
Dawai kuprum, galvanometer dan magnet.
Aktiviti 1: Menyiasat arus yang dijana oleh magnet
Arahan: 1. Lilitkan dawai kuprum sebanyak 10-20 lilitan di dua jari anda.
Sambungkan hujung bebas kepada galvanometer yang peka.
2. Siasat apa yang berlaku bila: a. Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gegelung? b. Kutub utara magnet digerakkan keluar dari gegelung? c. Kutub utara digerakkan dengan cepat ke dalam gegelung? d. Gegelung digerakkan ke arah magnet? e. Magnet di biarkan kekal di tengah tengah geelunbg?
3. Ulang langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub selatan magnet.
4. Sekarang, lingkarkan 40 lilitan gelung kuprum sekitar dua jari anda. Sambung hujung bebas kepada galvanometer yang peka. Ulang langkah (a) hingga (e) menggunakan kutub Utara magnet.
5. Buat magnet yang lebih kuat dengan menggunakan dua atau tiga magnet yang dilekat bersama-sama dengan kesemua kutub utara berada pada penghujung yang sama. Ulang langkah2 (a) hingga (e) dengan magnet magnet yang lebih kuat itu.
6. Jawab soalan berikut (Penguasaan Pengetahuan dan Soalan
Kemahiran) a. Adakah terdapat perbezaan apablia kutub utara atau kutub selatan
magnet digerakkan ke dalam sebuah gegelung. Terangkan. b. Apa yang mesti anda buat untuk meningkatkan magnitud arus
yang dijana?
Laporan - 5 markah Soalan 6a – 2 markah Soalan 6b – 3 markah
Aktiviti 2: Membina transformer injak turun dan injak naik.
Hasil Pembelajaran:
Untuk mendemonstrasikan peggunaan transformer dalam penghantaran elektrik.
Bahan dan alat :
Dawai kuprum bersalut PVC, teras-C besi lembut, bekalan kuasa AC, suis,
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 13
mentol, ammeter AC, voltmeter AC, dan pengapit G.
Arahan: 1. Lilitkan 10 lilitan dawai kuprum bersalut PVC pada teras-C besi
lembut dan sambungkan gelung itu ke bekalan kuasa AC dan suis. Gegelung ini dipanggil gegelung primer.
2. Lilitkan 25 lilitan dawai kuprum pada teras-C besi lembut kedua dan sambungkan kedua-dua hujung gegelung ke mentol. Gegelung ini dipanggil gegelung sekunder.
3. Gambarajah dibawah menunjukkan bagaimana peralatan disambung. Catat arus dan beza upaya dalam gegelung primer.
4. Sekarang sambungkan ammeter dan voltmeter untuk mengukur
arus dan beza keupayaan di dalam gegelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
5. Hidupkan suis dan rekod bacaan meter-meter anda.
6. Sekarang terbalikkan sambungan kedua-dua gelung primer dan sekunder. Bilangan lilitan dalam gelung sekunder adalah lebih kecil berbanding gelung primer. Hidupkan suis dan rekod pengukuran anda.
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 14
7. Jawab soalan-soalan berikut (Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran) a. Nyatakan perbezaan antara transformer injak naik dan injak
turun. b. Dalam penghantaran elektrik, kehilangan kuasa dalam setiap
kabel dikira dengan menggunakan formula, Kuasa hilang dalam setiap kabel = I2 R di mana I adalah arus dan R adalah rintangan kabel.
Bagaimana kehilangan kuasa boleh dikurangkan?
Laporan - 5 markah Soalan 7a – 2 markah Soalan 7b – 3 markah
h
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 15
Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan (PPIK)
Kurikulum Sains Sekolah Rendah.
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 16
PPIK 1: Kerja dan Mesin Hasil Pembelajaran: Membina mesin ringkas dan mesin majmuk . Bahan/ alat: Satah condong, beban, takal dan blok kayu Aktiviti: Membina mesin ringkas dan mesin majmuk Arahan: 1. Sediakan dua set satah condong seperti yang ditunjukkan di bawah:
Cuba tolak beban yang sama di atas kedua-dua satah condong. Yang mana lebih mudah? Apabila anda menggandakan panjang satah condong, anda _____________ faedah mekanikal.
2. Bina 4 set takal dengan beban yang sama seperti yang ditunjukkan seperti di bawah.
Set takal yang manakah memerlukan kurang daya untuk mengangkat beban?
Terangkan. 3. Mengenalpasti masalah. Contoh: Bagaimana memetik buah dari pokok yang tinggi.
1 m
10 cm
Bungkah kayu
0.5 m m 10
cm
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 17
Rancang dan reka satu model yang melibatkan mesin ringkas untuk mengatasi masalah seperti contoh di atas (Nyatakan masalah anda).
Terangkan bagaimana anda menambah baik faedah mekanikal model anda dan kecekapannya.
4. Tulis satu laporan ketiga-tiga aktiviti di atas berdasarkan format yang berikut:
Mengenalpasti masalah, membentuk hipotesis, merekod dan menganalisa data anda dan membuat kesimpulan.
Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:
1. Apa yang anda pelajari daripada aktivit-aktiviti ini?
2. Bahagian yang manakah di dalam kurikulum sains sekolah rendah topik ini diajar?
3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran anda?
4. Apakah peranan guru di dalam aktivti ini?
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 18
PPIK 2: Apungan, Terapung dan Tenggelam Hasil Pembelajaran: Menyiasat keadaan yang diperlukan untuk apungan, terapung dan temggelam.
Bahan bahan: Dua silinder penyukat, larutan garam, 2 biji telur, besen air dan liam ketul plastisin (setiap satu 50 g). Aktiviti : Menyiasat mengapa jasad terapung dan tenggelam di dalam cecair. Arahan: 1. Isi penuh silinder penyukat; satu dengan air paip dan satu lagi dengan larutan garam.
Masukkan telur di dalam setiap siinder penyukat dan perhatikan apa yang terjadi.
2. Ambil 3 bebola plastisin, setiap satu 50 g. Bentukkan 2 bebola kepada bentuk bot, satu dengan sisinya rendah dan satu lagi dengan sisi tinggi.
3. Masukkan 50 g bebola plastisin dan kedua-dua bot ke dalam besen air yang diisi ¾ air. Rekodkjan pemerhatian anda.
4. Sekarang ambil dua lagi bebola 50 g dan perlahan-lahan masukkan setiap satu ditengah-tengah bot. Rekodkan pemerhatian anda.
5. Nyatakan inferens untuk setiap pemerhatian.
6. Tulis satu laporan aktiviti di atas berdasarkan format berikut. Mengenalpasti masalah, membentuk hipotesis, menguji hipotesis, merekod dan menganalisa data anda dan membuat kesimpulan.
Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran:
1. Mengapa objek terapung atau tenggelam di dalam cecair?
2. Bolehkah suatu objek yang lebih tumpat dripada air terapung di atas air? Terangkan.
3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi apungan suatu objek. .
4. Apa yang anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti ini?
5. Bahagian yang manakah di dalam kurikulum sains rendah mengajar topik ini?
6. Bincang bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran.
7. Apakah peranan guru di dalam aktiviti ini?
IPGK Pendidikan Teknik PPG - SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN 2012
Amali dan PPIK Halaman 19
PPIK 3: Keseimbangan dan termometri Hasil Pembelajaran : Untuk mereka bentuk dan membina bekas makanan yang berkesan untuk menyimpan makanan panas dan sejuk anda. Bahan-bahan: Makanan (ayam panas dan coca cola), lapisan polisterin (1 m X 1m), ais, kotak kadbod,kertas bungkusan (brown paper), kapas, beg plastk, serbuk pasir, coconut husk, gam, tali dan pita selofan. Aktiviti : Membina bekas makanan untuk menyimpan makanan panas dan sejuk. Procedur: 1. Pertama, kenal pasti bahan-bahan yang merupakan penebat (heat insulators) yang baik.
2. Rekabentuk bekas makanan untuk engekalkan makanan anda panas dan sejuk.Lukis rancangan anda.
3. Terangkan rancangan anda.
4. Bina dan uji model anda.
5. Tulis satu laporan untuk aktiviti di atas mengikut format: Mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, memguji hipotesis, merekod dan menganalisis data dan kesimpulan.
Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. Adakah model anda berkesan? Mengapa dan mengapa tidakt?
2. Kita menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan makanan kita. Bagaimana peti sejuk melakukan tugas ini?
3. Apa yang telah anda pelajari daripada aktivti-aktiviti ini?
4. Bahagian manakah dalam kurkulum sekolah rendah yang mengajar topik ini?
5. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda ?
6. Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti ini?