([email protected]) melaporkan. kesan dwibahasa pada jati

1
SUDAH terbiasa dengan ba- hasa Inggeris, Mirza (bukan nama sebenar, berusia lima tahun) mera- sa dirinya macam English boy. Fenomena ‘keliru’ jati diri ini di- lalui kalangan kanak-kanak Me- layu kerana penggunaan bahasa Inggeris yang amat dominan di ru- mah. Akibatnya, kerap bahasa ibun- da (Cina, Melayu dan Tamil misal- nya) terpinggir dan menjejas ke- mahiran kanak-kanak untuk men- guasainya. Bagaimana mengatasi- nya? MATLAMAT KAJIAN Inilah antara matlamat kajian pasukan pimpinan Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar daripada In- stitut Pendidikan Nasional Univer- siti Teknologi Nanyang (NIE-NTU). Pada 14 September lalu di NIE, beliau mendedahkan hasil penye- lidikan kumpulannya selama enam bulan pada tahun lalu. Seramai 10 kanak-kanak belajar dengan ibu mereka (hanya seorang bapa yang terlibat). Sesi pengamatan ialah li- ma sesi di rumah dan dua sesi di tadika. Mereka menggunakan buku cer- ita dwibahasa (Melayu dan Ingg- eris) terbitan syarikat tempatan, ter- masuk Pustaka Nasional. Menurut Profesor Mukhlis, pengalaman dwibahasa Singapura boleh dibandingkan dengan negara kecil lain seperti New Zealand, khususnya penduduk minoriti peribumi Maori atau Hawaii. Tambahnya, usaha beliau meng- ambil kira penyelidikan antara- bangsa mengenai penggunaan bu- ku dwibahasa, peranan guru de- ngan kerjasama ibu bapa dalam membangunkan minat dan kemahi- ran literasi (kenal huruf) kanak- kanak dalam dwibahasa. “Persoalan yang cuba ditangani kajian ini adalah sama ada dan bagaimana pengendalian dua ba- hasa dalam aktiviti membaca buku dwibahasa membawa manfaat ke- pada kanak-kanak,” ujar beliau dalam ceramah terakhir siri Jalinan Budi tahun 2016 anjuran Unit Ba- hasa dan Kebudayaan Melayu NIE. Beliau juga pengelola siri itu. MANFAAT DWIBAHASA Menurutnya, kanak-kanak yang terlibat memang suka membaca buku cerita dan sekurang-kurangn- ya lebih baik dalam satu bahasa (sa- ma ada Inggeris atau Melayu). Dalam 1960-an, terdapat pan- dangan bahawa perolehan lebih satu bahasa menyempitkan otak. Mentelah pula banyak negara maju yang rakyatnya hanya ekabahasa seperti Jerman dan Jepun. Ternyata kajian empirikal mem- buktikan sebaliknya. Otak manu- sia mempunyai ruang kemahiran yang sama untuk semua bahasa yang dituturkan. “Apa saja bahasa yang didedah- kan dapat diserap otak kanak-ka- nak. Tetapi yang utama ialah ba- hasa pengantarnya iaitu bahasa bonda,” tambahnya. Selain itu, penyejagatan yang termasuk pergerakan manusia rentas sempadan menuntut kebole- han dwibahasa. Profesor Mukhlis juga menukil pandangan sarjana seperti Dr Colin Baker yang menganjurkan dwibahasa sebagai suatu kelebihan dalam perkembangan akademik. Malah Dr Baker menyifatkan penutur dwibahasa boleh maju wa- laupun bak pelari berpagar (hur- dlers) berbanding dengan penutur ekabahasa (monolingual – umpa- ma atlet yang berlari pecut sahaja atau melompat tinggi). Namun, sukar melahirkan pel- ari berpagar yang baik kalau kita tidak melatihnya berlari dan melompat secara bersepadu. Ertin- ya, kita akan lebih berjaya melahir- kan murid yang kukuh dwibahasan- ya jika kita memanfaatkan keded- ua bahasa mereka sebagai bahasa pengantar ilmu berbeza dengan mengajar kemahiran dua bahasa tersebut secara berasingan, jelas Profesor Mukhlis. BUKU DWIBAHASA Lewat buku cerita dwibahasa yang digunakan ibu bapa dan guru, Profesor Mukhlis mendapati kanak- kanak dapat, antara lain, belajar: E perbezaan bunyi perkataan; E perbezaan frasa (termasuk hu- kum Diterang-Menerangkan) seper- ti black cat disebut kucing hitam); E pembentukan perkataan atau morfologi (seperti kata nama, ben- tuk kata dan sebagainya); dan E membina jati diri atau iden- titi. Selain ayat singkat dan mudah, buku cerita kanak-kanak perlukan ilustrasi menarik, hujah Profesor Mukhlis dalam rangka menambat minat kanak-kanak dan merang- sang imaginasi mereka. “Interaksi ibu bapa dengan anak amat genting bagi menjadi- kan sesi membaca di rumah cukup bermakna,” ujarnya sambil menun- jukkan contoh dialog lucu kanak-kanak dan ibu bapa mereka. KOSA KATA PENDAM Beliau juga mendapati kanak- kanak sudah mempunyai perbenda- haraan kata ‘terpendam’. “Sebuah buku menceritakan datuk berbasikal dan mengalami kemalangan atau crash yang senga- ja diterjemahkan ke bahasa Me- layu sebagai ‘alamak’. Ternyata kanak-kanak tadi merasakan ke- janggalan perkataan itu dan men- cari istilah yang lebih sesuai iaitu berlanggar,” kata Profesor Mukh- lis. Menurutnya, data terkumpul menunjukkan bahawa sifat pem- bangunan dwiliterasi yang rumit. Namun ia memberi maklumat ber- harga tentang pelbagai faktor yang memberi kesan pada keberkesanan buku dwibahasa. “Apakah buku dwibahasa akan digunakan kelak dalam pengajaran bahasa bonda? Ini persoalan selan- jutnya,” kata beliau. E Dr Mukhlis Abu Bakar meraih ijazah doktor falsafah bidang Lin- guistik di Universiti Wales, Bang- or, dan Sains Kognitif di Universiti Edinburgh. Beliau pernah bertu- gas di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura dan telah menerima beberapa geran kajian Kementerian Pendidikan bagi kajiannya tentang amalan lit- erasi keluarga Melayu dan Cina dan pembelajaran dwiliterasi kanak-kanak. Beliau juga meng- kaji pendidikan dalam lingkungan keagamaan dan aktif dalam kegia- tan masyarakat termasuk Mercy Relief. Kesan dwibahasa pada jati diri anak Terus berkarya walau usia tiga suku abad Nasional (NIE-NTU). MOHD RAMAN DAUD ([email protected]) melaporkan. MANFAAT DWIBAHASA: Kajian menunjukkan keupayaan otak manusia mempelajari lebih daripada satu bahasa tidak menyaratkan tetapi mengaktifkan daya fikir, ujar Profesor Madya Mukhlis Abu Bakar. – Foto KHALID BABA

Upload: others

Post on 27-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (raman@sph.com.sg) melaporkan. Kesan dwibahasa pada jati

ESULAIMAN JEEM

NAMA pengarang perintis Syed Abdullah Abdul Hamid Al-Edrus (11 Julai 1911 – 20 Oktober 1966) me-mang tidak dikenali generasi penulis muda hari ini.

Padahal antara akhir 1940-an de-ngan lewat 1960-an, namanya cukup terkenal sebagai penulis, aktivis Islam dan penerbit buku dan majalah.

Beliau mempunyai “keistimewaan tersendiri”, antara lain menyiapkan se-buah novel setebal 100-150 halaman dalam sebulan dua saja seperti Bilik 69, Sukria, Janda, Hoki, Geylang Se-rai Karam, Manager, Empat Kali Haram dan lain-lainnya.

Menurut para pengkritik, novel-novelnya yang dianggap ‘picisan’ ber-tujuan memikat pembaca muda me-ngenai isu masyarakat yang sensasi seperti seks atau pergaulan bebas.

Mentelah selepas Perang Dunia Kedua, bahan bacaan muda-mudi Me-layu ternyata amat gersang.

A.H. Edrus atau Ahmad Luthfi berusaha mengisi kegersangan itu.

Dengan kejayaan novel pertama-nya, Bilik 69, beliau menyusulinya dengan karya-karya lain yang isinya menjurus ke arah ungkapan “... sam-pai di sini kalam saya tidak dapat men-ceritakan”.

RAHSIA TULIS DAN CETAKBagaimana beliau berupaya me-

nyiapkan novel dalam waktu singkat?Lazimnya sebelum berkarya, be-

liau memanggil seorang penulis Raja Shafik Raja Omar ke bilik pejabatnya. Beliau lalu bercerita dengan suaranya penuh ghairah.

Para pekerjanya di luar bilik peja-batnya yang terbuka di bahagian atas-nya boleh mendengarnya.

Ketika itu alat perakam belum ada. Maka jurutulis Raja Shafiklah yang

menjadi “tangan kanan’’nya untuk berkarya.

Mereka pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu sebelum itu.

Raja Shafik (almarhum) boleh menulis jawi secepat trengkas (tulisan ringkas atau shorthand) dan mudah di-baca dan mudah pula difahami isinya oleh sesiapa sahaja yang boleh mem-baca tulisan jawinya.

Setelah lengkap sesuatu bahagian, beliau akan beristirahat.

Pada kesempatan lain beliau me-manggil jurutulis tadi untuk menye-mak dan menyambung karyanya.

Setelah siap novel itu, proses selan-jutnya mengatur huruf dan mencetak-nya.

Adakala beliau sendiri yang menga-tur huruf demi mempercepat karyan-ya untuk dicetak.

JIWA USAHAWANSebagai pekerjanya, saya pernah

bertanya mengapa beliau perlu berge-gas menyiapkan karyanya. Antara lain, inilah jawapannya:

“… ini penting. Jika tidak, urus nia-ga saya sebagai pencetak dan penerbit tak boleh berkembang. Lebih-lebih la-gi urus niaga ini baru saya usahakan. Buku-buku seperti ini pula sedang di-gemari oleh muda-mudi.

“Mesin-mesin cetaknya perlu sen-tiasa beroperasi. Jika tidak pasti tiada perniagaan. Dan jika tiada pernia-gaan, bererti gaji para pekerja tak da-pat dibayar.”

Beliau perlu mengatur jadual perce-takan untuk mesin-mesinnya.

Tambahnya: “Jika tidak ada upah percetakan dari luar, maka bahan-ba-han percetakan sendiri perlu saya usa-hakan. Mesin-mesin cetak saya perlu beroperasi sepenuh masa.”

BERSAMBUNG

E Penulis kini, 82 tahun, pernah bekerja dengan Qalam Press antara 1954-58 dan mantan wartawan akhbar ini.

SUDAH terbiasa dengan ba-hasa Inggeris, Mirza (bukan nama sebenar, berusia lima tahun) mera-sa dirinya macam English boy.

Fenomena ‘keliru’ jati diri ini di-lalui kalangan kanak-kanak Me-layu kerana penggunaan bahasa Inggeris yang amat dominan di ru-mah.

Akibatnya, kerap bahasa ibun-da (Cina, Melayu dan Tamil misal-nya) terpinggir dan menjejas ke-mahiran kanak-kanak untuk men-guasainya. Bagaimana mengatasi-nya?

MATLAMAT KAJIANInilah antara matlamat kajian

pasukan pimpinan Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar daripada In-stitut Pendidikan Nasional Univer-s i t i Teknologi Nanyang (NIE-NTU).

Pada 14 September lalu di NIE, beliau mendedahkan hasil penye-lidikan kumpulannya selama enam bulan pada tahun lalu. Seramai 10 kanak-kanak belajar dengan ibu mereka (hanya seorang bapa yang terlibat). Sesi pengamatan ialah li-ma sesi di rumah dan dua sesi di tadika.

Mereka menggunakan buku cer-ita dwibahasa (Melayu dan Ingg-eris) terbitan syarikat tempatan, ter-masuk Pustaka Nasional.

Menurut Profesor Mukhlis, pengalaman dwibahasa Singapura boleh dibandingkan dengan negara kecil lain seperti New Zealand, khususnya penduduk minoriti peribumi Maori atau Hawaii.

Tambahnya, usaha beliau meng-ambil kira penyelidikan antara-bangsa mengenai penggunaan bu-ku dwibahasa, peranan guru de-ngan kerjasama ibu bapa dalam membangunkan minat dan kemahi-ran literasi (kenal huruf) kanak-kanak dalam dwibahasa.

“Persoalan yang cuba ditangani kajian ini adalah sama ada dan bagaimana pengendalian dua ba-hasa dalam aktiviti membaca buku dwibahasa membawa manfaat ke-pada kanak-kanak,” ujar beliau dalam ceramah terakhir siri Jalinan Budi tahun 2016 anjuran Unit Ba-hasa dan Kebudayaan Melayu NIE.

Beliau juga pengelola siri itu.

MANFAAT DWIBAHASAMenurutnya, kanak-kanak yang

terlibat memang suka membaca buku cerita dan sekurang-kurangn-ya lebih baik dalam satu bahasa (sa-ma ada Inggeris atau Melayu).

Dalam 1960-an, terdapat pan-dangan bahawa perolehan lebih satu bahasa menyempitkan otak. Mentelah pula banyak negara maju yang rakyatnya hanya ekabahasa seperti Jerman dan Jepun.

Ternyata kajian empirikal mem-buktikan sebaliknya. Otak manu-

sia mempunyai ruang kemahiran yang sama untuk semua bahasa yang dituturkan.

“Apa saja bahasa yang didedah-kan dapat diserap otak kanak-ka-nak. Tetapi yang utama ialah ba-hasa pengantarnya iaitu bahasa bonda,” tambahnya.

Selain itu, penyejagatan yang

termasuk pergerakan manusia rentas sempadan menuntut kebole-han dwibahasa.

Profesor Mukhlis juga menukil pandangan sarjana seperti Dr Colin Baker yang menganjurkan dwibahasa sebagai suatu kelebihan dalam perkembangan akademik.

Malah Dr Baker menyifatkan

penutur dwibahasa boleh maju wa-laupun bak pelari berpagar (hur-dlers) berbanding dengan penutur ekabahasa (monolingual – umpa-ma atlet yang berlari pecut sahaja atau melompat tinggi).

Namun, sukar melahirkan pel-ari berpagar yang baik kalau kita tidak melatihnya berlari dan

melompat secara bersepadu. Ertin-ya, kita akan lebih berjaya melahir-kan murid yang kukuh dwibahasan-ya jika kita memanfaatkan keded-ua bahasa mereka sebagai bahasa pengantar ilmu berbeza dengan mengajar kemahiran dua bahasa tersebut secara berasingan, jelas Profesor Mukhlis.

BUKU DWIBAHASALewat buku cerita dwibahasa

yang digunakan ibu bapa dan guru, Profesor Mukhlis mendapati kanak-kanak dapat, antara lain, belajar:

E perbezaan bunyi perkataan;E perbezaan frasa (termasuk hu-

kum Diterang-Menerangkan) seper-ti black cat disebut kucing hitam);

E pembentukan perkataan atau morfologi (seperti kata nama, ben-tuk kata dan sebagainya); dan

E membina jati diri atau iden-titi.

Selain ayat singkat dan mudah, buku cerita kanak-kanak perlukan ilustrasi menarik, hujah Profesor Mukhlis dalam rangka menambat minat kanak-kanak dan merang-sang imaginasi mereka.

“Interaksi ibu bapa dengan anak amat genting bagi menjadi-kan sesi membaca di rumah cukup bermakna,” ujarnya sambil menun-jukkan contoh dialog lucu kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

KOSA KATA PENDAMBeliau juga mendapati kanak-

kanak sudah mempunyai perbenda-haraan kata ‘terpendam’.

“Sebuah buku menceritakan datuk berbasikal dan mengalami kemalangan atau crash yang senga-ja diterjemahkan ke bahasa Me-layu sebagai ‘alamak’. Ternyata kanak-kanak tadi merasakan ke-janggalan perkataan itu dan men-cari istilah yang lebih sesuai iaitu berlanggar,” kata Profesor Mukh-lis.

Menurutnya, data terkumpul menunjukkan bahawa sifat pem-bangunan dwiliterasi yang rumit. Namun ia memberi maklumat ber-harga tentang pelbagai faktor yang memberi kesan pada keberkesanan buku dwibahasa.

“Apakah buku dwibahasa akan digunakan kelak dalam pengajaran bahasa bonda? Ini persoalan selan-jutnya,” kata beliau.

E Dr Mukhlis Abu Bakar meraih ijazah doktor falsafah bidang Lin-guistik di Universiti Wales, Bang-or, dan Sains Kognitif di Universiti Edinburgh. Beliau pernah bertu-gas di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura dan telah menerima beberapa geran kajian Kementerian Pendidikan bagi kajiannya tentang amalan lit-erasi keluarga Melayu dan Cina dan pembelajaran dwiliterasi kanak-kanak. Beliau juga meng-kaji pendidikan dalam lingkungan keagamaan dan aktif dalam kegia-tan masyarakat termasuk Mercy Relief.

Judul: Harum KasturiPenulis: AzizfakirPenerbit: Azizfakir, 2016

PADA usia 76 tahun, guru pesara dan pe-lukis Azizfakir masih gigih berkarya.

Kegigihannya yang tekal telah diraikan dalam satu majlis pelancaran buku puisinya, Harum Kasturi (pilihan 55 kuntum sajak dari 1973 hingga 2014) pada petang Sabtu 10 September lalu di Auditorium Perpusta-kaan Daerah Woodlands.

Ini merupakan antara acara kegiatan Bu-lan Bahasa tahun ini.

Tetamu terhormat, Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat, berkata:

“Penulis bukan saja berkarya sejak seki-an lama, malah membiayai sendiri penerbi-tannya. Ini suatu pengorbanan besar yang wajar masyarakat hargai, sambut dan rai-kan.”

Tambah Profesor Hadijah yang juga Tim-balan Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Sin-gapura:

“Ketika saya diminta Profesor Leo Surya-dinata memilih sajak-sajak yang mencermin-kan cinta watan, saya telah memilih sajak Lorong Engku Aman karya Azizfakir.”

Profesor Hadijah, yang juga pemangku ketua Kumpulan Akademik Bahasa dan Bu-daya Asia di Institut Pendidikan Nasional (NIE), berharap generasi muda dapat me-neladani kegigihan Azizfakir.

Buku berkulit tebal itu juga memuat sejumlah foto bersejarah penglibatan penulis dalam dunia persuratan bersama Angkatan Sasterawan ’50, lukisan (bersama Angkatan Pelukis Aneka Daya), keluarganya serta kembaranya ke Tanah Suci, Turkey, Indone-sia dan Britain.

Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz Pak-keer Mohamed. Beliau mendapat pendi-dikan di Sekolah Melayu Geylang dan Mak-tab Perguruan Singapura.

Beliau mula mengajar pada awal 1960-an sehingga bersara pada 1997.

Selain menulis dan melukis serta menjadi editor di beberapa syarikat, beliau aktif da-lam gerakan akar umbi termasuk di Masjid An-Nur.

“Saya berniat menjadikan buku ini se-macam warisan. Itulah sebabnya ia dicetak dengan kulit tebal dalam bentuk coffee table (buku mewah). Kosnya agak tinggi bagi se-orang pesara,” kata Encik Azizfakir, seorang datuk yang telah menamakan buku ini sem-pena cucunya.

Kisah suka dukanya terjalin halus dalam buku ini.

Malah penghargaannya untuk isteri, anak, menantu dan cucu turut dipaparkan.

Menurut pengulas, Dr Subari Sukaini, judul Harum Kasturi semacam judul lagu gubahan penyanyi Ismail Haron (almarhum) iaitu mengenai kesucian seorang anak yang bakal berdepan dengan dunia penuh caba-ran.

Pada buku ini, terdapat ulasan calon sarja-na Anuar Othman.

Sajaknya, Melayu Baru Melayu Lama (tahun 2004), antara lain menyindir generasi Melayu baru yang “tindik telinga” sehingga “dedah aurat contoh kosmopolitan” dan mengangkat Melayu lama walaupun kurang ilmu tetapi hidup bermaruah.

Sajak tersebut disifatkan dalam pengan-tar Mohamed Latiff Mohamed, sasterawan

mapan dan bekas muridnya, sebagai mele-takkan Melayu lama dengan penilaian agak negatif, mencaci dan menghina.

Dari sajak 1973 hingga 2015, terpapar Azizfakir sebagai pencatat suasana, terma-suk merakamkan penghargaan kepada P. Ramlee, pelukis Picasso sehingga sahabat karibnya, almarhum Cikgu Haji Norsani Mo-stari.

Antara hadirin pada majlis pelancaran itu ialah mantan duta dan setiausaha parlimen kanan, Encik Yatiman Yusof, dan sasterawan sesepuh Haji Suratman Markasan.

Majlis didendangkan oleh Mutiara Her-man dan penyair Mohd Khair Mohd Yasin.

Berharga $30, buku itu boleh dipesan le-wat e-mel: [email protected]

Gigih menulis

agar mesin cetak

berdetak

Kesan dwibahasa padajati diri anak

Terus berkarya walau usia tiga suku abad

A.H.EDRUS: Terkenal aktif dalam kegiatan Islam. Beliau juga penulis dan penerbit. – Foto fail

Wajarkah digunakan buku cerita dwibahasa dalam pembelajaran bahasa ibunda di peringkat prasekolah (tajaka dan tadika)? Persoalan ini cuba digarap oleh pasukan pimpinan Profesor Madya Dr Mohd Mukhlis Abu Bakar daripada Institut Pendidikan

Nasional (NIE-NTU). MOHD RAMAN DAUD ([email protected]) melaporkan.

MANFAAT DWIBAHASA: Kajian menunjukkan keupayaan otak manusia mempelajari lebih daripada satu bahasa tidak menyaratkan tetapi mengaktifkan daya fikir, ujar Profesor Madya Mukhlis Abu Bakar. – Foto KHALID BABA

DIRAIKAN: Penulis Azizfakir (tengah) meraikan penerbitan buku puisinya, ‘Harum Kasturi’ (gambar kanan), bersama tetamu terhormat, Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat (kanan), dan pengulas Dr Subari Sukaini, di auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands, baru-baru ini. – Foto M.O. SALLEH

8 Berita Harian | Isnin, 3 Oktober 2016

Wacana BAHASA

hoyy
Highlight
hoyy
Highlight
hoyy
Highlight