fitur makna dalam bahasa melayu

Upload: zednal-hazmi

Post on 09-Jan-2016

1.091 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Semantik dan Peristilhan Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3112)

Pensyarah Akademik: Encik Mohd Asif bin Mohd Alwi

Guru Pelatih: Raja Maksum bin Raja Ali Zainal bin Hazmi

Tajuk 2.0 : Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

2.1 Sifat Makna

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan makna merujuk kepada erti atau maksud (sesuatu perkataan).Mengikut Ogden dan Richard (1956) dalam S. Nathesan (2008), perkataan makna merujuk kepada sesuatu yang intrinsik, pokok (perkara utama), kemahuan dan sesuatu peristiwa yang diharapkan.MAKNA ??MAKNA ??MAKNA ??MAKNA ??MAKNA ??MAKNA ??3

2.1 Sifat Makna

Sifat makna merujuk kepada perkataan-perkataan yang dimasukkan ke dalam golongan tersendiri menurut makna perkataan berkenaan.Mengikut Zaaba (1965), perkataan boleh digolongkan kepada beberapa jenis seperti berikut :4

Perkataan Makna

Segala perkataan yang menyebut benda atau orang.

Contoh : kakak, burung, meja, kerusi, bantal dan sebagainya.

5

2. Perkataan Perbuatan

Segala perkataan yang menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang wujud.

Contoh : ambil, masak, duduk, mahu, jadi dan sebagainya.

6

3. Perkataan Sifat

Segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainya.

Contoh : kecil, besar, tua, cantik dan sebagainya.

7

4. Perkataan Sendi

Menyambungkan antara perkataan dengan perkataan, antara bahagian-bahagian percakapan atau ungkapan.

Contoh : dengan, dan, oleh, sebab dan sebagainya.

8

5. Perkataan Seruan

Perkataan yang semata-mata digunakan bagi mengeluarkan perasaan hati semasa memanggil, terperanjat, hairan, mengejek dan sebagainya.

Contoh : aduh, amboi, cis dan sebagainya.

9

2.2 Kelas Makna

Mengikut Leech (1974) dalam S. Nathesan (2008), makna boleh dibahagikan kepada enam seperti berikut :

Makna Konseptual (Denotatif)hMakna yang ditanggap dalam minda seseorang pengucap atau pendengar.Contoh : Apabila disebut perkataan sekolah, maka akan dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid dan guru.

10

hMakna konseptual mungkin berbeza mengikut individu.Contohnya : Seorang anak kecil selalu didera oleh ibunya, manakala anak-anaknya yang lain disayangi.Kedua-dua anak ini mempunyai makna konseptual yang berbeza terhadap ibu mereka.

Kanak-kanak yang didera menganggap ibunya sebagai syaitan yang berperilaku zalim kerana selalu menderanya.Kanak-kanak yang disayangi menganggap ibunya sebagai pari-pari cantik yang selalu menyayanginya.

11

2. Makna KonotatifMakna yang tersirat.Contoh : Ujaran Banyak cantik kerja kamu.

Perkataan cantik tidak membawa makna lawa atau indah, tetapi mambawa makna yang sebaliknya iaitu sesuatu pekerjaan itu tidak dilakukan dengan kemas dan tidak tersusun.

12

3. Makna StilistikPenggunaan bahasa dalam situasi sosial tertentu untuk menyatakan rasa rendah hati.Contoh :hJika ada masa lapang, jemputlah ke teratak saya di C5, Kota Bharu. h(sebenarnya, orang yang menjemput itu tidak menghuni sebuah teratak (rumah kecil), tetapi menghuni sebuah rumah batu yang cantik)13

4. Makna AfektifUjaran atau ayat yang dibina mengandungi unsur emosi.Contoh :Ayat 1 : Tolong senyap, saya mahu mengulang kaji pelajaran, kata Amir kepada rakannya.Ayat 2 : Senyap ! jerit Amir kepada rakannya.kKedua-dua ayat di atas mempunya maksud yang sama iaitu Amir mahu rakannya senyap ketika dia mengulangkaji tetapi disampaikan dengan cara yang berbeza.

14

5. Makna KolatifMakna yang berbeza berdasarkan penggunaan pada tempat-tempat tertentu.Contoh :Pemuda itu kacak.Pemandangan itu indah.Dia cantik.Walaupun makna ketiga-tiga perkataan ini hampir sama, tetapi penggunan setiap perkataan perlu sesuai dengan maksud ayat.15

6. Makna TematikCara seseorang menyusun mesej yang disampaikan mengikut fokus atau tekanan dalam ujaran atau tulisannya.Contoh :gAyat 1 : Dia menjaringkan gol tersebut.(Ayat Aktif)Ayat 2 : Gol tersebut dijaringkan oleh Ali.(Ayat Pasif)

Ayat 1 menegaskan pelaku perbuatan tersebut, manakala Ayat 2 menegaskan hasil perbuatan tersebut iaitu menjaringkan gol.16

2.3 Lewah dalam Makna

Definisi LewahMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 934), lewah didefinisikan sebagai berlebih-lebih sehingga bertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak diperlukan (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat).

17

Kelewahan merupakan fenomena yang memperlihatkan berlakunya penambahan ataupun pengulangan unsur yang sudah wujud dan pada hakikatnya tidak diperlukan lagi. kKelewahan, atau hal dan keadaan yang berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam komunikasi, sama ada komunikasi lisan ataupun komunikasi tulisan. l

18

lDalam bahasa Melayu, konsep kelewahan berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti pengulangan perkataan seperti semua guru-guru, segala bahan-bahan dan kebanyakan buku-buku. lBentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina tidak gramatis

19

Sebab Berlaku Lewah dalam Makna

Antara sebab ayat-ayat yang diujarkan atau dibina akan menjadi taksa atau tidak betul adalah disebab oleh :

20

Pengulangan UnsurContoh: Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari iniDalam ayat di atas, terdapat kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat. Perkataan mereka-mereka yang terkandung dalam ayat tersebut adalah kelewahan semantik iaitu makna yang berlebihan. Mereka-mereka yang dimaksudkan adalah tidak jelas dan kepada siapakah yang dimaksudkan.

Penggunaan ImbuhanContoh: Ayah menghadiahkan saya jam tangan.Dalam ayat di atas, terdapat juga kekeliruan terhadap apa yang dimaksudkan. Kekeliruan tersebut adalah berpunca daripada penggunaan imbuhan . Kesalahan imbuhan yang berlaku ialah pada perkataan menghadiahkan. Ayat yang betul ialah Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan atau Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya kerana dalam ayat ini yang dihadiahkan bukanlah jam tangan tetapi saya.

Pengulangan Kata Sendi NamaContoh: Ahmad bekerja dengan gigih demi untuk menyara keluarganya.Ayat di atas menjadi tidak gramatis kerana wujudnya unsur kelewahan dari segi pengulangan kata sendi nama. Justeru, pengguna bahasa perlu memilih salah satu daripada kata sendi nama bagi menjadikan ayat tersebut gramatis samada perkataan demi atau untuk .

~ Tamat ~ TERIMA KASIH