pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/bab_4.doc · web viewayat-ayat baharu yang diterbitkan itu...

69
BAB EMPAT

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

BAB EMPAT

Page 2: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

BAB EMPAT

PENDEPANAN DALAM STRUKTUR AYAT BAHASA ARAB

DAN BAHASA MELAYU

4.0 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan dua persoalan utama iaitu pendepanan (قديم dalam (الت

bahasa Arab dan pendepanan dalam bahasa Melayu. Bagi pendepanan dalam bahasa

Arab ia dimulakan dengan definisi pendepanan dari sudut bahasa dan istilah. Ia turut

menjelaskan pendapat-pendapat sarjana Arab dahulu dan moden mengenai pendepanan.

Seterusnya ia menyatakan mengenai bahagian pendepanan yang turut menimbulkan

percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana Arab dahulu. Seterusnya bab ini

menjelaskan mengenai gambaran pendepanan, pendepanan dalam nafi dan halangan

pendepanan. Sementara itu, bagi pendepanan bahasa Melayu, ia dimulakan dengan

struktur ayat terbitan yang terbahagi kepada ayat songsang dan ayat pasif.

4.1 Definisi Pendepanan

Berdasarkan kamus-kamus bahasa, (qa:f, da:l, mi:m) pada asalnya menunjukkan makna

mendahului, maju dan mara kemudian ia memisahkan diri dari sesuatu yang

mendekatinya (Ibn Fa:ris,1998:878).

Mendahului semua benda adalah berlawanan dengan mengemudiankannya. Manakala

mengemudiankan sesuatu adalah dengan meletakkannya selepas kedudukannya, dan

menundakan waktunya (Ibn Manzu:r,1990:12,465).

155

Page 3: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

merupakan antara nama-nama Allah yang membawa maksud: Dialah yang المقدم

mendahului segalanya dan meletakkan ia pada tempatnya. Oleh itu, siapa yang berhak

didahulukan, Dia dahulukannya. (ibid). Malah, sifat Allah s.w.t juga adalah المؤخر yang bermaksud yang terakhir (Kamus Besar Arab-Melayu,2006:22).

Berdasarkan pengertian dari segi bahasa, ia menunjukkan pendepanan ialah pergerakan

حريك) (الت dan pemindahan قل) .(الن Setiap pendepanan ialah pemindahan dan

pergerakan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,42).

Sementara itu, apabila ulama ilmu al-Ma‘a:ni: mendapati pemindahan dan pergerakan

adalah salah satu unsur gaya bahasa dalam bahasa Arab, mereka terus menjadikan

pendepanan dan pentakhiran (أخير sebagai istilah bagi salah satu teknik susunan (الت

dalam bahasa Arab (ibid).

Menurut al-Ka:tib: “Susunan ayat terdiri daripada lima unsur, iaitu pemindahan,

pemisahan ,(فصل) penimbangan ,(وزن) pertukaran (قلب) dan perumpamaan (

.(مثل Pemindahan dalam ujaran (الكالم) adalah dengan pendepanan dan

pentakhiran” (t.t: 205).

Berdasarkan pendapat beliau, pendepanan dan pentakhiran ialah pemindahan dalam

ujaran. Ia tidak menambah apa-apa makna terhadap makna bahasa. Beliau menjadikan

pendepanan adalah salah satu teknik mengeluarkan ujaran dari susunannya. Menurut

beliau, “Ujaran dan selainnya adalah sesuatu yang tersusun. Ia keluar dari susunannya

melalui salah satu daripada enam perkara iaitu pendepanan dan pentakhiran,

mengangkat dan menurun serta bergerak ke kanan dan ke kiri. Susunan ujaran bukanlah

156

Page 4: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

dengan pemilihan lafaz-lafaznya” (ibid). Oleh itu, pendepanan dan pentakhiran ialah

keluar dari susunan nahu dan perubahan kedudukan perkataan.

Sementara itu, menurut al-Jurja:niyy, pendepanan dan pentakhiran adalah salah satu

unsur struktur. Beliau berpendapat, struktur bermaksud makna-makna nahu dan

bertindak pada bab-bab nahu sebagai mana tindakan pendepanan dan pentakhiran

terhadapnya (1992: 81-82).

Manakala menurut al-Tu:fiyy, “Pendepanan menjadikan lafaz dalam susunan sebelum

susunannya yang asal atau selepasnya disebabkan oleh penghalang pengkhususan atau

kepentingan atau keperluan” (1977: 154). Beliau bersandar pada pendapat Si:bawayh

iaitu “Mereka seolah-olah mendahulukan sesuatu yang penerangannya lebih penting

bagi mereka dan mereka lebih mengutamakan penerangannya, sekiranya kedua-duanya

adalah yang mereka pentingkan dan mereka tumpukan” (1999:1,68). Al-Tu:fiyy telah

menghimpunkan antara aspek pelaksanaan dengan tujuan retorik, lalu menjadikan

pelaksanaan dan penerangan sebab sebagai tujuan.

Di samping itu, sedikit sekali ulama bahasa Arab dahulu yang memberi definisi

pendepanan dan pentakhiran dari segi istilah. Ini berkemungkinan disebabkan oleh

istilah pendepanan dan pentakhiran itu sendiri yang telah jelas dan hubungannya yang

kukuh dengan makna dari segi bahasa. Definisi pendepanan dan pentakhiran mungkin

boleh difahami daripada pembahagian dan penerangan mereka tentang pendepanan dan

pentakhiran. ‘Abd al-Qa:hir Jurja:niyy berpendapat pendepanan dan pentakhiran adalah

sesuatu yang kekal peranannya dari segi nahu selepas pemindahan dan yang berubah

peranannya selepas itu. Ia mempunyai hubungan dengan makna bahasa iaitu

pemindahan dan pergerakan (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006:1,43).

157

Page 5: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Manakala, al-Zamakhsyariyy mendefinisi istilah tersebut sebagai bergerak dan tidak

tetap ( القار دون المزال ) (1987:1,661) iaitu yang menjurus kepada makna dari segi

bahasa. Ia bermaksud berlakunya pemindahan dari kedudukannya ke kedudukan di

hadapannya.

Sementara itu, menurut ahli sarjana moden antaranya Ahmad Matlu:b yang

berpendapat, “Pendepanan dan pentakhiran ialah perubahan pada binaan ungkapan-

ungkapan asas atau ia menyimpang daripada asal agar dapat memberikannya kebebasan

dan ketelitian” (1987:41). Definisi beliau selari dengan keluasan bahasa Arab,

memperkukuhkan kebebasan strukturnya dan menjelaskan ketelitian gaya bahasa yang

ada padanya.

Manakala Bu:hamdi: Muhammad mendefinisi pendepanan dan pentakhiran sebagai

pemindahan satu unsur daripada unsur-unsur ayat iaitu dari kedudukannya yang asal ke

kedudukan yang lain dan tiada halangan untuk berbuat demikian (1993:38).

Di samping itu, Muni:r Sulta:n mendefinisikan pendepanan dan pentakhiran sebagai

pertukaran pada kedudukan, satu perkataan meninggalkan tempatnya di hadapan untuk

diganti perkataan lain bagi memenuhi tujuan balaghah, yang mana ia tidak dapat

dipenuhi sekiranya ia berada di kedudukannya yang asal (t.t:138). Pendapat ini sama

seperti yang diutarakan oleh Muhammad ‘Aliyy al-Khu:liyy (1982:16) yang

berpendapat pendepanan dan pentakhiran bermaksud perubahan pada kedudukan

perkataan dalam ayat yang berbeza daripada kedudukan yang biasa kerana tujuan

balaghah.

158

Page 6: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pendepanan yang dimaksudkan di sini ialah pendepanan lafaz, bukan pendepanan ayat.

Sebagai contoh:

علي أكل األرز(Nasi itu Ali telah makan)

Lafaz األرز (nasi) mengalami pendepanan. Ia dari segi nahu berperanan sebagai objek (

به المفعول ). Objek dalam susunan ayat bahasa Arab berada selepas pelaku (

األرز علي أكل Susunan asal bagi ayat di atas ialah .(الفاعل (Ali telah makan nasi

itu).

4.2 Kategori Pendepanan

Pendepanan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut pendapat tokoh dan

agen fleksi.

4.2.1 Pendepanan Mengikut ‘Abd al-Qa:hir al-Jurja:niyy

Al-Jurja:niyy telah membahagikan pendepanan kepada dua bahagian (1992:106):

1. Pendepanan dengan niat untuk pentakhiran.

2. Pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran

4.2.1.1 Pendepanan dengan Niat untuk Pentakhiran

Pendepanan dengan niat untuk pentakhiran, iaitu sesuatu yang peranan nahu dan

jenisnya dikekalkan sebelum pendepanan, seperti predikat kepada subjek apabila

dikedepankan dari subjek dan objek apabila dikedepankan dari pelaku, seperti منطلق 159

Page 7: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

عمرا ضرب dan (Zayd telah berangkat) زيد زيد (Zayd telah memukul ‘Amr). Dari

segi fleksi ,(اإلع==راب) perkataan ==ق dan منطل tidak عم==را berubah dengan

pendepanan iaitu منطلق kekal nominatif (مرفوع) iaitu predikat kepada subjek dan

kekal عم==را akusatif وب) (منص== iaitu objek. Kedua-duanya kekal peranannya

sebagaimana ia dikemudiankan” (ibid). Oleh itu, sesuatu yang dikedepankan (المقدم) mengekalkan peranan nahunya seperti sebelum mengalami pendepanan.

4.2.1.2 Pendepanan Bukan dengan Niat untuk Pentakhiran

Pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran tetapi perpindahan sesuatu dari satu

peranan nahu ke satu peranan dan menjadikannya satu bab yang bukan babnya, satu

fleksi yang bukan fleksinya. Ia berlaku kepada dua kata nama yang berkemungkinan

salah satunya ialah subjek dan yang lainnya ialah predikat, lalu kadang-kadang

dikedepankan salah satu antara keduanya. Contohnya yang berlaku pada dan زيد

Kadang-kadang disebut .المنطلق المنطلق زيد (Zayd yang telah berangkat) dan

adakalanya di sebut ==ق ==د المنطل زي (Yang berangkat itu Zayd). Pendepanan

==ق tersebut المنطل bukanlah bermaksud peranan nahunya ketika pentakhiran

meninggalkanya iaitu predikat kepada subjek tetapi merupakan perpindahan dari

berperanan sebagai predikat kepada berperanan sebagai subjek. Demikian juga زيد yang sebelum ini adalah subjek tidak dikemudiankan melainkan mengeluarkannya

daripada keadaan subjek kepada keadaan predikat (ibid: 106-107).

Sesuatu yang dikedepankan pada bahagian ini telah hilang peranan nahunya yang

pertama dan mengambil peranan nahu yang lain selepas pendepanan.

160

Page 8: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Al-Jurjaniyy telah memberikan contoh yang lebih jelas untuk bahagian ini dengan

bersandar kepada topik al-isytigha:l (االش=تغال)1 dalam nahu. Beliau berkata, “untuk

lebih menjelaskan hal ini, contoh: زيدا ضربت (Saya telah pukul Zaid) dan زيد .(Zaid, saya telah pukul dia) ضربته tidak dikedepankan untuk menjadi (Zaid) زيد

objek yang akusatif seperti sebelumnya tetapi dinominatifkannya kerana menjadi

subjek. Kata kerja bersambung dengan kata ganti nama bagi Zaid, dan ia berada di

kedudukan predikat baginya” (ibid: 107).

Pendepanan dengan niat untuk pentakhiran dinamakan pendepanan makna (قديم الت==وي المعن ) dan pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran dinamakan

pendepanan lafaz ( ق==ديم فظي الت الل ). Ia berdasarkan pembahagian yang

bersandarkan kepada makna dan lafaz (al-Daqar,1986:57). Sesuatu yang mengalami

pendepanan dengan pemindahan dan pergerakan berbekalkan kedudukan fleksi

sebelumnya ialah pendepanan makna manakala pendepanan yang hilang kedudukan

fleksinya sebelum itu ialah pendepanan lafaz.

4.2.2 Pendepanan Mengikut Abu: Ya‘qu:b al-Sakka:kiyy

Terdapat juga pembahagian lain yang berdasarkan kedudukan. Dalam kategori ini,

pendepanan dan pentakhiran dibahagikan kepada dua bahagian:

1. Pendepanan antara kata nama dengan kata nama.

2. Pendepanan antara kata kerja dengan unsur-unsur pelengkapnya (قاته .(متعل

1 Al-Isytigha:l ialah kata nama yang mendahului kata kerjanya yang kata kerja tersebut bersambung dengan kata ganti nama yang merujuk kepada kata nama tersebut (Mahmu:d Husayni: Magha:lasat,1991: 482).

161

Page 9: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pembahagian sebegini telah dinyatakan oleh al-Sakka:kiyy; jenis yang pertama beliau

menyatakan dalam bab penyandar ( إليه المسند ) dan pesandar (المسند) dan jenis

yang kedua dalam bab kata kerja dan unsur-unsur pelengkapnya. Beliau tidak

meletakkan dalam satu bab yang khusus uantuk pendepanan dan pentakhiran agar dapat

disimpulkan dan dijelaskan seperti yang dilakukan oleh al-Jurja:niyy. Malah beliau

telah membahagikan pembahagian yang lain dalam setiap pembahagian iaitu antara

kedudukan-kedudukan nahu dengan tujuan-tujuan balaghah. Beliau telah meletakkan

salah satu tujuan balaghah iaitu penumpuan (العناية) dan perhatian (االهتمام) kepada makna nahu ( حو مع==اني الن ). Di samping itu, beliau membahagikan

penumpuan yang terdapat pada pendepanan unsur-unsur pelengkap kata kerja kepada

yang terbentuk secara asal ketika pendepanan dan yang terbentuk kerana kepentingan

sebelumnya (1987: 194-231).

Sementara itu, al-Khati:b al-Qazwi:niyy bersetuju dengan pembahagian al-Jurja:niyy

tanpa ada sebarang perubahan. Pembahagian tersebut adalah umum yang melibatkan

pesandar dan penyandar dan selain keduanya yang terdiri daripada unsur-unsur

pelengkap kata kerja (2001:64-122). Dalam pada itu, pengulas bagi kitab ‘لخيص ’التseperti Sa‘d al-Di:n al-Tafta:za:niyy menyebut sesuatu yang didefinisikan sebagai

pendepanan bukan dengan niat untuk pentakhiran merupakan pembatalan (الفسخ) (al-Khatib al-Qazwi:niyy,t.t:1,418). Manakala Ibn Ya‘qu:b al-Maghribiyy

menyebutnya sebagai penghapusan سخ) (الن (t.t:1,418). Kedua-duanya bermaksud

yang dikedepankan hilang peranannya sebelum itu.

4.2.3 Pendepanan mengikut Ibn al-Athi:r

162

Page 10: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Di samping itu, terdapat juga pembahagian jenis lain. Ia terdiri daripada dua bahagian,

iaitu:

1. khusus untuk lafaz yang menunjukkan makna, iaitu sekiranya dikemudiankan

sesuatu yang di depan atau dikedepankan sesuatu yang dibelakang

menyebabkan perubahan makna.

2. khusus berkaitan dengan tahap pendepanan pada sebutan disebabkan oleh

pengkhususannya dengan sesuatu yang melibatkannya. Sekiranya ia

dikemudiankan ia melibatkan perubahan makna.

Pembahagian ini telah dinyatakan oleh Ibn al-Athi:r (1998:2,20). Bahagian pertama

meliputi pendepanan dan pentakhiran antara pesandar dengan penyandar dan antara

agen fleksi (العامل) dengan kata yang difleksinya ( أنجدت خالدا seperti (معموله (Khalidlah yang saya telah selamatkan). Bahagian kedua melibatkan antara unsur-unsur

pelengkap, sesamanya dan antara kata-kata susulan (وابع seperti (الت خالدا أعرت خالدا كتابي أعرت dan (Saya telah meminjamkan Khalid buku saya) كتابي (Saya

telah meminjamkan buku saya kepada Khalid). Walau bagaimanapun, asas

pembahagian ini tidak tepat disebabkan oleh percampuran tajuk-tajuk tersebut ke dalam

kedua-dua bahagian dan tiada pemisahan yang tepat antara kedua-duanya (‘Aliyy Abu:

al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,64).

4.2.4 Pendepanan Mengikut Ibn al-Qayyim al-Jawziyyat

Pembahagian di atas ialah pembahagian menurut ahli-ahli balaghah. Sementara itu,

terdapat juga pembahagian mengikut ahli sarjana pengajian al-Qur’an seperti Ibn al-

163

Page 11: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Qayyim al-Jawziyyat. Beliau telah membahagikan pendepanan dan pentakhiran kepada

dua bahagian iaitu (1988:120-121):

1. Sesuatu yang melibatkan penambahan makna seperti pendepanan objek untuk

pengkhususan.

2. Sesuatu pendepanan yang tidak semestinya melibatkan penambahan makna.

Walau bagaimanapun pendepanannya adalah lebih baik. Ini berlaku bagi perkara

yang berkaitan pendepanan dan pentakhiran untuk perkara yang luar daripada

keduanya. Contohnya firman Allah s.w.t:

﴿ ة كل خلق والله بطنه على يمشي من فمنهم ماء من دآب أربع على يمشي من ومنهم رجلين على يمشي من ومنهم ﴾(al-Nu:r:45)

Pengertiannya: Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki.

Pembahagian ini tidak jauh bezanya dengan pembahagian Ibn al-Athi:r.

4.2.5 Pendepanan Mengikut al-Zarkasyiyy

Manakala al-Zarkasyiyy (m 794) telah membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu

(2001:3,279-333):

1. Sesuatu yang dikedepankan dan melibatkan makna dan situasinya yang banyak.

Beliau menyebut dua puluh lima daripadanya.

164

Page 12: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

2. Sesuatu yang dikedepankan bersama niat untuk pentakhiran. Seperti firman

Allah s.w.t:

﴿ ما العلماء عباده من الله يخشى إن ﴾(Fa:tir:28)

Pengertiannya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.

3. Sesuatu yang dikedepankan pada satu ayat dan dikemudiankan pada ayat yang

lain. Seperti firman Allah s.w.t:

﴿ يسعى المدينة أقصى من رجل وجاء ﴾(al-Qasas:20)

Pengertiannya: Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari

Firman Allah s.w.t:

﴿ يسعى رجل المدينة أقصى من وجاء ﴾(Ya:si:n:20)

Pengertiannya: Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari.

4.2.6 Pendepanan Berdasarkan Agen Fleksi

Pendepanan unsur ayat dalam struktur ayat bahasa Arab boleh dibahagikan kepada dua

bahagian (al-Sa:mirra:’iyy,2006: 49-74), iaitu:

165

Page 13: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pertama: Pendepanan lafaz dari agen fleksi. Pendepanan dalam bentuk ini melibatkan

pendepanan objek dari kata kerjanya, pendepanan ha:l (keadaan) dari kata kerjanya,

pendepanan kata keterangan (الظرف) dan partikel jarr ( الجر حرف ) dan kata

namanya dari kata kerja kedua-duanya serta pendepanan predikat dari subjek dan yang

seumpamanya. Oleh yang demikian, pendepanan dalam bahagian ini boleh dibahagikan

kepada:

1. Pendepanan penyandar.

2. Pendepanan pesandar

3. Pendepanan unsur-unsur pelengkap dari kata kerja

Kedua: Pendepanan sesama lafaz tanpa melibatkan agen fleksi. Pendepanan sesama

lafaz tanpa melibatkan agen fleksi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1. Pendepanan unsur-unsur pelengkap dari pelaku. Pada asal struktur ujaran,

binaan ayat dan pembentukan ungkapan ialah pendepanan pelaku dari objek dan

seumpamanya yang disebut sebagai unsur-unsur pelengkap seperti ha:l dan kata

keterangan serta pendepanan objek yang pertama dari yang kedua dan ketiga.

Contohnya ==رم ==دا محمد أك خال (Muhammad telah memuliakan Khalid.)

درهما الفقير حاتم أعطى (Hatim telah memberi fakir itu satu dirham.)

dan ناجحا ابنه زيدا وأعلمت (Saya telah memberitahu Zaid anaknya

lulus.) . Kadang-kadang struktur asal ini berbeza iaitu dengan melakukan

pendepanan salah satu unsur-unsur pelengkap dari pelaku atau pendepanan

sesama unsur-unsur pelengkap. Ini merupakan rahsia-rahsia retorik yang

diingini oleh ahli retorik dan bersesuaian dengan konteks.

166

Page 14: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pendepanan unsur-unsur pelengkap dari pelaku ialah pendepanan yang

melibatkan pelaku dengan objek, pelaku dengan ha:l dan pelaku dengan kata

keterangan. Dalam hal pendepanan objek dari pelaku, ia melibatkan fokus

utama yang menjadi tumpuan dalam ayat tersebut dan membawa makna yang

berbeza daripada ayat dalam struktur biasa. Contohnya قتل الخارجي زيد (Zaid telah membunuh orang luar itu.). Apabila berlaku pendepanan objek dari

pelaku, ayat الخارجي قتل زيد membawa maksud orang luar tersebut yang

menjadi fokus utama. Sesiapa yang membunuhnya tidak menjadi persoalan di

sini.

Malah, pendepanan ha:l dari pelaku dan terletak antara kata kerja dengan pelaku

seperti dalam ayat ==د ضاحكا جاء زي (Zaid telah datang dalam keadaan

ketawa) turut membawa maksud yang berbeza daripada ayat yang biasa iaitu

جاء ضاحكا زيد . Ayat ==د ضاحكا جاء زي membawa maksud ia datang

dalam keadaan dia bersifat dengan sifat yang khusus baginya, malah melebihi

sifatnya yang lain.

2. Pendepanan sesama unsur-unsur pelengkap. Pendepanan sesama lafaz unsur-

unsur pelengkap mempunyai sebab-sebab yang tertentu bersesuaian dengan

situasi dan struktur ayat. Ahli-ahli bahasa bersependapat mengatakan

pendepanan adalah sebagai tanda prihatin dan fokus tumpuan. Sesuatu yang

diberi lebih fokus dan tumpuan akan dikehadapankan dalam ayat. Prihatin dan

fokus kepada sesuatu lafaz bukan disebabkan ia merupakan lafaz yang tertentu

tetapi berdasarkan situasi keadaan. Oleh yang demikian, ada kalanya lafaz

tersebut dikehadapankan dalam sesuatu ayat dan ada kalanya dikemudiankan

dalam ayat yang lain berdasarkan situasi keadaan pada ketika itu.

167

Page 15: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Al-Qur’an al-Karim merupakan contoh terbaik yang menggunakan bentuk

pendepanan ini. Seperti yang disebut sebelum ini, dalam al-Qur’an al-Karim

terdapat lafaz-lafaz yang mengalami pendepanan mengikut kesesuaian situasi

dan konteks ayat. Pendepanan sebegini mempunyai fungsi yang tertentu.

Antaranya:

1. Mengikut yang mana lebih dahulu. Contohnya firman Allah s.w.t:

﴿ واإلنس الجن خلقت وما ليعبدون إال ﴾(al-Dha:riya:t:56)

Pengertiannya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

2. Mengikut yang mana lebih istimewa dan mulia. Contohnya firman Allah

s.w.t:

﴿ سول الله يطع ومن ذين مع فأولئك والر الله أنعم ال ين من عليهم بي هداء والصديقين الن والصالحين والش ﴾

(al-Nisa:’:69)

Pengertiannya:Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan ni ‘mat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqin, dan orang yang Syahid, serta orang yang salih.

3. Mengikut susunan. Contohnya firman Allah s.w.t:

﴿ وبني=ه وأبي=ه. وصحبت=ه أخيه. وأمه من المرء يفر يوم ﴾(‘Abasa: 34-36)

168

Page 16: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pengertiannya: Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. Dan ibunya serta bapanya. Dan isterinya serta anak-anaknya.

4. Mengikut banyak dan sedikit. Contohnya firman Allah s.w.t:

﴿ ذي هو مؤمن ومنكم كافر فمنكم خلقكم ال ﴾(al-Tagha:bun:2)

Pengertiannya: Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman.

5. Mengikut sedikit dan banyak. Contohnya firman Allah s.w.t:

﴿ ع والعاكفين للطآئفين بيتى طهرا أن ك جود والر الس ﴾(al-Baqarat:125)

Pengertiannya: “Bersihkanlah RumahKu (Ka‘abah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beri‘tikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang ruku‘ dan sujud”.

4.3 Gambaran Pendepanan

Ahli-ahli nahu telah menjadikan bagi ujaran (الكالم) susunan, sesetengahnya lebih

dahulu daripada yang lain. Sekiranya ujaran didatangkan dalam struktur yang asal, ia

tidak termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran (al-Sa:mirra:’iyy,2007:37).

Contohnya:

قميصا سالما محمد كسا .(Muhammad telah memakaikan Salim kemeja.)

169

Page 17: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Ia bukanlah termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran kerana ia didatangkan

dalam bentuk kata kerja, kemudian pelaku, dan diikuti dengan objek pertama (

األول المفعول ) dan objek kedua ( اني المفعول الث ). Sekiranya mana-mana

perkataan ditukar kedudukannya, ia termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran

yang menunjukkan sesuatu yang dikedepankan adalah lebih penting daripada yang

dikemudiankan. Sekiranya disebut sebagai contoh ( سالما قميصا محمد كسا ),

objek kedua dikedepankan dari objek pertama. Ini kerana menyebut القميص (kemeja) lebih penting daripada menyebut ) Sekiranya disebut .سالم قميصا كسا

سالما محمد ), ini kerana sebutan (kemeja) القميص pada ayat tersebut adalah

lebih penting daripada sebutan pelaku dan objek pertama. Sekiranya disebut (قميصا ا الما محمد كس== س== ), adalah kerana tumpuan lebih banyak terhadap sebutan

(kemeja) القميص daripada sesuatu selepasnya. Begitulah sesuatu kepentingan

disusun mengikut kedudukan perkataan dalam ayat sehingga sampai ke akhir perkataan.

Demikian juga sekiranya susunan ayat dijadikan mengikut susunan yang lain seperti (

محمد كسا سالما قميصا ), ( ا محمد سالما قميصا كس== ), atau ا) قميص==محمد سالما كسا ) (ibid).

Setiap ungkapan ayat mempunyai makna dan berbeza dengan ungkapan yang lain.

Si:bawayh menyebut, orang Arab mendahulukan sesuatu yang penerangannya lebih

penting bagi mereka (Si:bawayh,1999: 1,68).

Sebab pendepanan sesetengah kata penerima fleksi (المعمول) adalah kerana ia pada

asalnya mengalami pendepanan dan bukan disebabkan oleh kesesuaian konteks seperti

pendepanan pelaku terhadap objek contohnya عمرا زيد ضرب ) ) (Zaid telah

memukul Amar) dan pendepanan objek pertama terhadap objek kedua seperti (

درهما زيدا أعطيت ) (Saya telah memberi Zaid satu dirham) atau kerana dilakukan

170

Page 18: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

sebutan yang lebih penting dan lebih difokuskan. (al-Khati:b al-

Qazwayniyy,2001:119-120) (al-Zarkasyiyy, 2001: 3,275).

Dalam bab ini perbincangan berdasarkan gambaran pendepanan yang ada yang

melibatkan pendepanan penyandar, pendepanan pesandar dan pendepanan unsur-unsur

pelengkap yang berhubung dengan kata kerja dan diperkukuhkan dengan contoh-

contoh. Walau bagaimanapun kita tidak membincangkan tujuan pendepanan tersebut

secara mendalam. Sementara itu pendepanan yang disentuh ialah pendepanan lafaz dari

agen fleksi.

4.3.1 Pendepanan Penyandar

Susunan asal pada ayat yang pesandarnya kata kerja adalah didahulukan kata kerja

seperti ( أخ==وك يق==دم ) (Saudara lelaki awak datang), dan tidak dikedepankan

penyandar melainkan bersebab. Sekiranya disebut ( قادم أخوك ) (Saudara lelaki awak

datang), dan ( أخوك يقدم ), ia dilakukan mengikut struktur asal dan tiada siapa yang

akan bertanya mengapa didahulukan Saudara lelaki) أخوك awak), pada ayat yang

pertama dan dikemudiankan pada ayat yang kedua. Sekiranya predikat pada ayat

pertama didahulukan iaitu ( أخ==وك ق==ادم ) atau penyandar pada ayat kedua

dikemudiankan iaitu ( يق==دم أخ==وك ), sesungguhnya ia telah melibatkan bab

pendepanan dan pentakhiran. Ia sepatutnya dilakukan disebabkan bersesuaian dengan

konteks yang termasuk dalam bab fokus dan tumpuan yang mempunyai pelbagai sebab

dan jenisnya (al-Sa:mirra:’iyy,2007: 34-35).

4.3.2 Pendepanan Pesandar dan Unsur Pelengkapnya

171

Page 19: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pesandar yang dimaksudkan di sini, ialah predikat , predikat كان dan seumpamanya (

serta predikat ,(أخواتها ) dan seumpamanya. Manakala unsur yang berhubungan إن

ق -di sini ialah sesuatu yang predikat berfungsi terhadapnya (‘Aliyy Abu: al (المتعل

Qa:sim ‘Awn,2006: 1,72).

4.3.2.1 Pendepanan Predikat dan Pendepanan Unsur Pelengkapnya

Pendepanan predikat meliputi pendepanan predikat terhadap subjek dan pendepanan

unsur pelengkapnya terhadap predikat dan subjek.

1. Pendepanan Predikat

Pada asalnya subjek dikedepankan dan predikat dikemudiankan. Walau bagaimanapun,

harus dilakukan pendepanan predikat bagi tujuan retorik dan fungsi keindahan. Ahli-

ahli nahu ada menyebut mengenai tempat-tempat yang wajib dilakukan pendepanan

predikat. Sementara itu, tempat-tempat yang harus untuk dilakukan pendepanan adalah

bertujuan untuk kefahaman yang baik, gaya bahasa yang tinggi dan makna yang benar-

benar sampai (ibid).

Pendepanan predikat terhadap subjek ada dalam beberapa bentuk, iaitu:

a. Predikat dalam bentuk separa ayat ( الجملة شبه ): kata keterangan atau

partikel jarr dan kata nama genetif ( المجرور اسم ), contoh:

﴿ الغيب مفاتح وعنده ﴾172

Page 20: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

(al-An‘a:m:59)

Pengertiannya: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib

﴿ أليم عذاب وللكافرين ﴾(al-Baqarat:104)

Pengertiannya: dan (ingatlah, bahawa) orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

b. Predikat dalam bentuk tunggal (المفرد), contoh:

﴿ ه قال ها يقول إن لونها فاقع صفراء بقرة إن ﴾(al-Baqarat: 69)

Pengertiannya: " Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya.

c. Predikat dalam bentuk ayat namaan dan ayat kerjaan, contoh:

أبوه قائم زيد .(Bapa Zaid berdiri.)

أبوه قام زيد .(Bapa Zaid telah berdiri.)

2. Pendepanan Unsur Pelengkap Predikat

Menurut al-Mubarrid (1999:4,427) kita boleh kata ارب عم=رو زيدا ض= (Amru

memukul Zaid) dan يضرب عمرو زيدا (Amru memukul Zaid) kerana pendepanan

penerima fleksi predikat ( الخبر معمول ) terhadap subjek adalah dibolehkan sama

173

Page 21: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

ada ia dalam bentuk tunggal atau ayat kerjaan atau ayat namaan. Setiap sesuatu yang

predikat boleh untuk mendahuluinya dibolehkan juga penerima fleksi mendahuluinya.

Pendepanan unsur pelengkap predikat ada dua bentuk (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim

‘Awn,2006: 1,75-76), iaitu:

a. Pendepanannya terhadap predikat, contoh:

﴿ عليم شيء بكل وهو ﴾(al-Baqarat:29)

Pengertiannya: dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

b. Pendepanannya terhadap subjek, contoh:

﴿ يوقنون هم وباآلخرة ﴾(al-Baqarat:4)

Pengertiannya: serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

4.3.2.2 Pendepanan Predikat dan Seumpamanya serta Pendepanan Unsur كان

Pelengkapnya

Pendepanan predikat ==ان dan ك seumpamanya menjurus kepada pendepanannya

terhadap kata nama dan serta seumpamanya. Sementara itu, pendepanan unsur كان

pelengkapnya meliputi pendepanannya terhadap predikat, kata nama dan serta كان

seumpamanya itu sendiri.

1. Pendepanan predikat كان dan seumpamanya.

Pendepanan sebegini mempunyai dua bentuk (ibid: 76-78) iaitu:

174

Page 22: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

a. Pendepanannya terhadap kata namanya, contoh:

﴿ المؤمنين نصر علينا حقا وكان ﴾(al-Ru:m:47)

Pengertiannya: dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

b. Pendepanannya terhadap كان dan seumpamanya itu sendiri, contoh:

كان قائما زيد(Zaid yang berdiri)

2. Pendepanan unsur pelengkap predikat كان dan seumpamanya

Ia terdiri daripada tiga bentuk (ibid: 78-80) iaitu:

a. Pendepanannya terhadap predikatnya, contoh:

﴿ يظلمون أنفسهم كانوا ولكن ظلموا وما ﴾(al-Baqarat:57)

Pengertiannya: Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

b. Pendepanannya terhadap kata namanya, contoh:

قائما الدار في كان زيد .(Di rumah itu, Zaid berdiri.)

175

Page 23: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

c. Pendepanannya terhadap كان dan seumpamanya, contoh:

﴿ اكم أهؤالء للمالئكة نقول ثم يعبدون كانوا إي ﴾(Saba’:40)

Pengertiannya: kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?"

4.3.2.3 Pendepanan Predikat dan إ�ن Seumpamanya serta Pendepanan Unsur

Pelengkapnya

1. Pendepanan predikat إن dan seumpamanya terhadap kata namanya.

Pendepanan predikat إن dan seumpamanya terhadap kata namanya dilakukan sekiranya

ia berada dalam keadaan separa ayat iaitu ketika ia berfungsi sebagai kata keterangan

atau partikel jarr dan kata nama genetif (‘Abba:s Hasan,t.t:1,638-640). Contoh:

﴿ الله رسول فيكم أن واعلموا ﴾(al-Hujura:t:7)

Pengertiannya: Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya);

2. Pendepanan unsur pelengkap predikat إن dan seumpamanya

Ia mempunyai dua bentuk (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,81-83), iaitu:

a. Pendepanannya terhadap predikatnya, contoh:

176

Page 24: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

﴿ ا قالوا ا لله إن راجعون إليه وإن ﴾(al-Baqarat:156)

Pengertiannya: mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

b. Pendepanannya terhadap kata namanya, contoh:

مبتسم زيدا اليوم إن .(Sesungguhnya Zaid tersenyum hari ini.)

4.3.3 Pendepanan Unsur-unsur Pelengkap yang Berhubungan dengan Kata kerja

Pendepanan sebegini meliputi pendepanan pelakuan-pelakuan ,(المفعوالت) ha:l

(keadaan), tamyi:z (spesifikasi), kata keterangan dan partikel jarr dan kata nama

genetif.

1. Pendepanan objek terhadap kata kerja, contoh:

﴿ الله بل اكرين من وكن فاعبد الش ﴾(al-Zumar:66)

Pengertiannya: "(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang yang bersyukur".

2. Pendepanan ha:l terhadap agen fleksinya, contoh:

﴿ عا األجداث من يخرجون أبصارهم خش ﴾177

Page 25: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

(al-Qamar:7)

Pengertiannya: (Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur

3. Pendepanan kata nama sebab ( ألجله المفعول ) terhadap kata kerja, contoh:

ك في طمعا زرتك بر .(Saya telah melawat awak kerana ingin kebaikan awak.)

4. Pendepanan tamyi:z terhadap agen fleksinya, contoh:

بت عرقا تصب .(Saya telah bermandi peluh.)

5. Pendepanan kata keterangan dan frasa genetif

Ia terbahagi kepada dua bentuk (ibid: 1,102-104), iaitu:

a. Pendepanan kata keterangan dan frasa genetif terhadap kata kerja. Pada asalnya

agen fleksi berada di hadapan penerima fleksi. Sekiranya perkara tersebut

bertentangan iaitu penerima fleksi mendahului agen fleksi maka ia mempunyai

tujuan retorik yang bersesuaian. Dalam keadaan ini pendepanan adalah lebih

baik daripada pentakhiran (‘Abd al-‘Azi:z ‘Ati:q,1985:141). Oleh sebab itu, kata

keterangan dikedepankan daripada kata kerja, contoh firman Allah s.w.t:

﴿ بالحق جئت اآلن قالوا ﴾(al-Baqarat:71)

178

Page 26: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pengertiannya: Mereka berkata: "Sekarang barulah engkau dapat menerangkan (sifat-sifatnya) yang sebenar".

b. Pendepanan kata keterangan dan frasa genetif terhadap sesuatu yang seumpama

kata kerja (kata terbitan (المشتق) dan kata nama terbitan (المصدر), contoh:

﴿ عدو لبعض بعضكم ﴾(al-Baqarat: 36)

Pengertiannya: Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain

4.4 Pendepanan dalam Penafian

Nafi adalah berbeza dari penetapan dan penyataan (al-Mu‘jam al-Wasi:t,1985:2,943). Ia

bermaksud membuang, mengeluar dan memotong. Ia lawan bagi menghimpun,

menggabung dan mencakup. Menafikan kata kerja bermaksud mengeluarkannya

daripada sifat kejadian dan membuangnya jauh dari daerah kejadian (Muni:r

Sulta:n,1993:135).

Kebanyakan penafian berlaku dengan partikel dan ما kerana ال kedua-dua boleh

berfungsi dengan kata kerja dan kata nama. Sekiranya kita ingin nafikan sesuatu,

letakkan ia selepas partikel nafi (‘Aliyy Abu: al-Qa:sim ‘Awn,2006: 1,128). Nafi

berlaku pada penyandar, pesandar dan unsur-unsur pelengkap yang berhubung dengan

kata kerja.

1. Nafi dan Pendepanan Penyandar, contoh:

a. kata ganti nama (الضمير):

179

Page 27: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

﴿ ألقتلك إليك يدي بباسط أنا ما ﴾(al-Ma:’idat:28)

Pengertiannya: tidak sekali-kali aku akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu.

b. kata nama nyata ( الظاهر االسم ):

﴿ ك وما يعملون عما بغافل رب ﴾(al-An‘a:m:132)

Pengertiannya: dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan.

2. Nafi dan pendepanan pesandar, contoh:

﴿ غول فيها ال ﴾(al-Sa:ffa:t:47)

Pengertiannya: Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan

3. Nafi dan pendepanan unsur-unsur pelengkap yang berhubung dengan kata kerja,

contoh:

a. objek:

ضربت زيدا ما .(Saya tidak pukul Zaid.)

b. ha:l (keadaan):

را ما حضرت مبك .(Saya tidak datang awal.)

180

Page 28: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

4.5 Halangan Pendepanan

Bahasa Arab mempunyai kebebasan dalam susunan unsur ujarannya. Walau

bagaimanapun, kebebasan ini bukanlah bersifat mutlak. Terdapat beberapa situasi yang

susunannya dipelihara dan ditetapkan oleh nahu bahasa Arab. Antara susunan tersebut

ialah (Ibn Sarra:j,1999:2,230) (Tama:m Hasan,1985: 207):

1. Pelengkap Mawsu:l (الصلة)2.

Pelengkap mawsu:l tidak boleh mendahului kata hubung kerana 3(الموصول) ia

adalah sebahagian daripadanya. Malah sesuatu yang terdapat pada penghubung juga

tidak boleh mendahului kata hubung. Contoh:

ذي رأيت كتابك أخذ ال .(Saya telah melihat orang yang mengambil buku awak.)

Sesuatu yang selepas kata hubung ذي (yang) ال tidak boleh mendahuluinya. Ini

bermakna pelengkap mawsu:l bagi kata hubung tersebut iaitu كتابك أخذ tidak boleh

berada di hadapan ذي .(yang) ال

2. Pelengkap Muda:f ( إليه المضاف )4.

2 Kata nama hubung ( الموصول اسم ) mempunyai pelengkap (الصلة), dan tidak ada kata nama hubung yang tidak mempunyai pelengkap. Ia berada dalam bentuk ayat (الجملة) dan separa ayat ( شبه Ia merupakan ayat yang disebut selepas kata (Mahmu:d Husayni: Magha:lasat,1991:115) .(الجملةhubung bagi melengkapkan makna (Ibn Hisha:m,1974: 1,165).

3 Kata hubung ialah sesuatu yang memerlukan penyambung yang terdiri daripada ayat penyata atau frasa keterangan atau frasa genetif yang lengkap selepasnya. (Ibn Hisha:m,1957 :141)

4 Frasa ida:fat ialah perhubungan ikatan antara dua kata nama, yang keduanya wajib digenetifkan. Contoh: ارة األستاذ سي (kereta ustaz). Perkataan pertama dinamakan kata yang ditambah (المضاف) dan yang kedua dinamakan pelengkap muda:f ( إليه مضاف ) (al-Suyu:tiyy,1992: 4,264)

181

Page 29: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pelengkap muda:f tidak boleh mendahului kata yang ditambah (المضاف) dan

sesuatu yang berhubungan dengannya. Malah, sesuatu yang difleksi oleh pelengkap

muda:f juga tidak boleh mendahului pelengkap muda:f dan berada antara kata yang

ditambah dengan pelengkap muda:f. Contoh:

هذا زيدا إكرامك يوم .(Ini ialah hari engkau memuliakan Zaid.)

Perkataan (Zaid) زيدا tidak boleh mendahului (hari) يوم dan engkau) إكرامك

memuliakan) kerana ia adalah sesuatu yang difleksi oleh pelengkap muda:f iaitu

.إكرامك

3. Penerima fleksi bagi kata kerja yang tidak boleh ditasrifkan.

Contoh kata kerja yang tidak boleh ditasrifkan ialah ,(sebaik-baik) نعم بئس (seburuk-buruk), kata kerja ta‘ajjub ( عجب فعل الت ), kata nama kata kerja اسم) dan sesuatu yang seumpamanya. Penerima fleksi tidak boleh mendahului kata (الفعل

kerja ini. Contoh:

محمدا أحسن ما .(Amboi baiknya Muhammad.)

Perkataan (Muhammad) محمدا tidak boleh dikedepankan untuk membentuk ayat

أحسن ما محمدا kerana ia penerima fleksi bagi kata kerja yang tidak boleh

ditasrifkan.

182

Page 30: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

4. Sesuatu yang didahului oleh partikel (الحرف) yang bermakna.

Kadang-kadang ada partikel yang berfungsi seperti partikel jarr. Penerima fleksi (

bagi partikel ini tidak boleh mendahuluinya dan tidak boleh sesuatu yang (المعمول

lain memisahkan antara partikel tersebut dengan penerima fleksi. Contoh:

الدار في اليوم زيد .(Zaid di rumah hari ini.)

Perkataan (rumah) الدار tidak boleh mendahului partikel jarr في dan perkataan

tidak boleh mendahului (hari ini) اليوم Partikel lain yang berfungsi .(rumah) الدار

ialah partikel istithna:’ ( االستثناء حروف ), partikel yang mengakusatifkan kata

kerja ( األفعال نصب حروف ), partikel yang menjazamkan kata kerja (حروف األفعال جزم ) dan partikel nasakh ( اسخة الحروف الن ).

5. Penerima fleksi bagi sifat yang menyerupai ( هة الصفة المشب ) yang bertindak

sebagai kata nama pelaku ( الفاعل اسم ).

Penerima fleksi bagi sifat yang menyerupai kata nama pelaku ( هة الصفة المشب )5

tidak boleh mendahuluinya. Contoh:

الوجه حسن هو .(Dia memiliki wajah yang cantik.)

Ayat di atas tidak boleh dibentuk menjadi حسن الوجه هو .

5 Sifat yang menyerupai kata nama pelaku ( هة الصفة المشب ) ialah sifat yang berasal daripada kata nama terbitan bagi kata kerja intransitif ( زم الفعل الال ). Ia menunjukkan makna yang tetap kepada sesuatu yang disifatkan. (al-Na:diriyy,1997: 147)

183

Page 31: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

6. Tamyi:z (مييز .6(الت

Tamyi:z tidak boleh mendahului agen fleksinya. Contoh:

خير هو عمال .(Dia bagus dari segi kerja.)

Ayat di atas tidak boleh dibentuk menjadi هو خير عمال kerana عمال ialah tamyi:z.

Oleh itu ia tidak boleh mendahului agen fleksinya خير. Walau bagaimanapun, terdapat

perbezaan pendapat dalam membenarkan pendepanan tamyi:z ( مييز تق==ديم الت )

sekiranya agen fleksinya ialah kata kerja. Menurut al-Mubarrid harus mengkedepankan

tamyi:z daripada agen fleksinya yang terdiri daripada kata kerja (t.t: 3,36) Contoh:

تفقأت شحما .(Aku telah memecah lemak.)

7. Sesuatu yang mempunyai hak di depan ( الصدر له ما ).

Kata nama dan partikel yang mempunyai hak untuk berada di depan, seperti kata nama

tanya ( االستفهام اسم ) dan partikelnya (حروفه) serta la:m al-ibtida:’ (الم :dan lain-lain, tidak boleh didahului oleh sesuatu sebelumnya. Contoh (االبتداء

محمدا؟ أكرمت هل

6 Tamyi:z ialah kata nama indefinit yang akusatif yang berperanan menspesifik kesamaran sebelumnya (Mahmu:d Husayni: Magha:lasat,1991: 341).

184

Page 32: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

(Adakah awak telah memuliakan Muhammad.)

Kita tidak boleh untuk mengkedepankan sesuatu yang terletak selepas partikel tanya

هل محمدا mendahuluinya. Oleh itu, ayat di atas tidak boleh menjadi (adakah) هل .أكرمت؟

8. Penerima fleksi bagi agen fleksi yang mempunyai makna kata kerja.

Agen fleksi sebegini dinamakan agen fleksi makna ( المعنوي العامل ). Oleh yang

demikian, penerima fleksi tidak boleh mendahuluinya. Contoh:

فيها قائما زيد .(Di dalamnya ada Zaid sedang berdiri.)

Perkataan (berdiri) قائما tidak boleh dikedepankan untuk mendahului di) فيها

dalamnya). Walau bagaimanapun, pendepanan dibenarkan sekiranya penerima fleksi

adalah kata keterangan. Contoh:

مقيما عندك محمد .(Muhammad tinggal bersama awak.)

Ayat di atas boleh juga diungkapkan sebagai عندك مقيما محمد .

9. Sesuatu yang mengaburi pendengar sekiranya ia dikedepankan.

Situasi ini berlaku sekiranya tidak terdapat perbezaan antara tanda kasus fleksi (عالمة :Contoh .(اإلعراب

185

Page 33: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

موسى عيسى ضرب .(Isa telah memukul Musa.)

Pendepanan tidak seharusnya berlaku antara pelaku dengan objek pada ayat di atas,

memandangkan tanda kasus fleksinya tersembunyi pada kedua-dua perkataan tersebut.

Sekiranya kita melakukan pendepanan ia akan mengaburi pendengar.

10. Sesuatu yang diganti namakan (المضمر).

Sesuatu yang diganti namakan tidak boleh mendahului kata nama nyata اسم) :yang dari segi lafaz dan susunan berada di akhir kedudukan. Contoh (الظاهر

ا أكرم صديقه علي .(Kawan Ali memuliakannya.)

Ayat di atas tidak boleh diungkapkan sebagai ا صديقه أكرم علي , kerana perkataan

ا (Ali) علي dari segi lafaz dan susunannya berada di kedudukan kemudian. Walau

bagaimanapun, sekiranya kata nama nyata tersebut dari segi makna berada di

kedudukan hadapan, pendepanan sesuatu yang diganti namakan boleh dilakukan.

Contoh:

صديقه علي أكرم .(Ali memuliakan kawannya.)

Ayat di atas boleh diungkapkan sebagai علي صديقه أكرم .

186

Page 34: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

11. Kata susul bagi kata nama ( االسم تابع ).

Kata susul yang dimaksudkan ialah sifat ,(الصفة) badal (البدل) dan ‘ataf (

.(العطف Ia tidak boleh mendahului kata yang disusulinya. Begitu juga dengan

penerima fleksinya, tidak boleh mendahului kata yang disusuli (المتبوع) dan kata

susul (ابع :Contoh .(الت

برجل مررت أخاه مكرم .(Saya telah berjalan dengan lelaki yang memuliakan saudaranya.)

Perkataan مكرم (yang memuliakan) tidak boleh mendahului perkataan رجل (lelaki).

Manakala perkataan (saudaranya) أخاه tidak boleh mendahului perkataan رجل (lelaki) dan مكرم (yang memuliakan).

12. Pelaku dan Penggantinya (نائبه)

Kedua-duanya tidak boleh mendahului kata kerja. Contohnya:

محمد قام .(Muhammad telah bangun.)

Perkataan Pelaku tidak boleh .(telah bangun) قام dinominatifkan dengan (Zaid) زيد

mendahului kata kerja untuk membentuk ayat ( قام زيد ). Sekiranya ini berlaku

peranan قام menjadi kosong. Begitu juga halnya dengan pengganti pelaku. Contoh:

ضرب زيد .187

Page 35: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

(Zaid telah dipukul.)

Perkataan dinominatifkan dengan (Zaid) زيد Oleh itu, ayat .(telah dipukul) ضرب

tersebut tidak boleh diungkapkan menjadi ضرب زيد .

Pendepanan ini tidak diharuskan hanya berasaskan perubahan peranan (Zaid) زيد

daripada pelaku atau pengganti pelaku kepada subjek dan kata kerja menominatifkan

kata ganti namanya atau sesuatu yang ditambah kepada kata ganti namanya.

13. Kata Jawab (الجواب)

Pendepanan kata jawab terhadap kata yang dijawab (المج==اب) adalah tidak

dibenarkan sama ada dalam gaya bahasa syarat atau gaya bahasa sumpah. Contoh:

أقم تقم إن .(Jika awak berdiri saya berdiri.)

Ayat di atas tidak boleh dinyatakan sebagai تقم إن أقم (Saya berdiri jika awak

berdiri) kerana ia melibatkan pendepanan jawab terhadap kata yang dijawab.

4.6 Pendepanan dalam Struktur Ayat Bahasa Melayu

Pendepanan dalam struktur ayat bahasa Melayu disebut struktur terbitan. Menurut

Arbak Othman (1993:84) struktur terbitan dimaksudkan struktur ayat yang membawa

188

Page 36: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

susunan gatranya yang agak bertentangan dengan susunannya yang asal dalam struktur

dasar itu. Perubahan susunan gatra ini merupakan kesan daripada sebab-sebab

penekanan yang hendak diberikan kepada unsur yang dipentingkan. Unsur ini boleh

berupa subjek, predikat, kata kerja dalam predikat atau penyambut dalam predikat.

Akibat penekanan yang dipentingkan itu, maka berlakulah keterbalikan atau perubahan

pada susunan gatranya seperti Frasa Nama (FN) + FN dan sebagainya dalam bentuk-

bentuk ayat baharu yang diterbitkannya itu. Ayat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh

berupa ayat songsang dan ayat pasif.

4.6.1 Ayat Songsang

Ayat songsang ialah ayat yang mempunyai susunan unsur utama yang telah

disongsangkan supaya ayatnya mempunyai susunan predikat + subjek (ibid). Dalam

susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas

subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang

hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan (Nik Safiah Karim

et.al,1993:458).

Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah seperti

berikut (ibid:458-461):

1. Pendepanan seluruh predikat

2. Pendepanan sebahagian daripada predikat

4.6.1.1 Pendepanan Seluruh Predikat

189

Page 37: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke

hadapan mendahului subjek. Contoh:

Perangainya baik sungguh.

Baik sungguh perangainya.

Proses pendepanan ini berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas –kah, -

tah, dan –lah. Dalam hal ini proses pendepanan seluruh predikat adalah wajib. Contoh:

Bapa saya dia.

Dialah bapa saya.

4.6.1.2 Pendepanan Sebahagian daripada Predikat

Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara

berasingan, iaitu:

1. Pendepanan frasa kerja

2. Pendepanan frasa adjektif

3. Pendepanan frasa sendi nama

4.6.1.2.1 Pendepanan Frasa kerja

Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata

kerja dengan objek atau kata Bantu dengan kata kerja boleh mengalami proses

pendepanan. Perhatikan contoh-contoh berikut:

1. Pendepanan Kata Kerja Sahaja

190

Page 38: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang.

Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.

2. Pendepanan Kata Kerja dengan Objek

Dia membaca buku di perpustakaan.

Membaca buku dia di perpustakaan.

3. Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Kerja

Budak-budak itu masih bermain.

Masih bermain budak-budak itu.

4.6.1.2.2 Pendepanan Frasa Adjektif

Dalam ayat susunan biasa, adjektif hadir dalam konstituen predikat, yang letaknya

sesudah konstituen subjek. Tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan

meletakkan frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat, iaitu mendahului subjek.

Bahagian-bahagian yang boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata bantu

dengan dengan kata adjektif. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

1. Pendepadan Kata Adjektif Sahaja

Dia sakit pada masa itu.

Sakit dia pada masa itu.

2. Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif

Barang itu belum tentu baik.

Belum tentu baik barang itu.

191

Page 39: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

4.6.1.2.3 Pendepanan Frasa Sendi Nama

Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan, iaitu mendahului

subjek. Frasa sendi nama ini dalam susunan ayat biasa hadir pada konstituen predikat,

samada sebagai predikat frasa sendi nama atau sebagai keterangan dalam predikat.

Contohnya:

1. Frasa Sendi Nama sebagai Predikat

Barang-barang itu untuk ibu.

Untuk ibu barang-barang itu.

2. Frasa Sendi Nama sebagai Pelengkap dalam Predikat

Saya berpegang pada janji.

Pada janji saya berpegang.

4.6.2 Ayat Pasif

Ayat pasif terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja

yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan (Nik Safiah

Karim et.al,1993:462). Menurut Arbak Othman (1993:85):

“Kalau kita meneliti cara-cara ayat pasif dituturkan, kita dapat

memahami maksudnya yang sama dengan ayat-ayat yang strukturnya

sama dengan salah satu daripada ayat-ayat yang dibawakan oleh

struktur dasar tertentu yang telah dihuraikan sebelum ini, iaitu struktur

(a) FN1 + FK + FN2 dan (b) FN1 + FK + FN2 untuk/kepada FN1 yang

192

Page 40: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

merupakan bentuk kelainan daripada struktur dasar FN1 + FK + FN2 +

FN3 pada asalnya. Ayat ini merupakan ayat-ayat aktif transitif yang

mengandungi kata kerjanya berimbuhan me-.”

Arbak Othman turut mengatakan (1985:171&172):

Ayat Pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai

kata predikatnya sama ada dinyatakan oleh penyambut pelakunya

ataupun tidak. Ayat pasif merupakan ayat yang terbit daripada ayat aktif

transitif.

Konsep pasif menurut Asmah Haji Omar hanya dari segi kata kerja pasif dan dari segi

susunan kata-kata yang membentuk ayat pasif. Dengan perkataan lain, ayat pasif dapat

dikenali atau dikesani bukan sahaja dengan penggunaan kata kerja pasif, tetapi melalui

binaan atau susunan ayat itu.

Menurut beliau lagi, susunan ayat-ayat pasif adalah seperti berikut:

a. Pelengkap – Kata Kerja – Subjek.

b. Pelengkap – Subjek – Kata Kerja.

Dari segi jenis ayat pasif, Tatabahasa Dewan (1993:467 – 471) menggolongkan ayat-

ayat pasif dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu:

a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif jenis ini sesuatu ayat

yang dalamnya terdapat kata kerja. Kata kerja itu mengandungi imbuhan awalan

di- dan ter-. Contohnya:

Nasi itu dimakan oleh kucing.

193Kata kerja pasif

Page 41: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Lurah itu terbentuk oleh hakisan air.

b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri kedua.

Tatabahasa Dewan tidak menggalakkan penggunaan kata kerja pasif di- bagi

kata ganti nama diri orang pertama dan kedua. Sementara itu, dalam hlm. 91

dinyatakan dengan tegas bahawa ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak

boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Oleh itu untuk kata kerja

pasif ini, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua hendaklah diletakkan di

hadapan kata dasar, dan boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas.

Contohnya:

Kertas kerja itu sudah saya semak semalam.

Jemputannya itu mesti anda sampaikan segera.

c. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Ayat pasif

yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak

menerima imbuhan awalan adalah tergolong dalam jenis ini. Contohnya:

Lanun itu kena tembak oleh polis.

4.7 Kepentingan Ilmu Semantik

194

Kata kerja pasif

kata ganti nama diri pertama

kata ganti nama diri kedua

Page 42: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Ilmu semantik atau makna ialah ilmu pengkajian tentang makna. Penggunaan istilah

semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud “kajian tentang item-

item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas) ekspresi predikat

dan ayat dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilai

kebenaran dan situasi-situasi.” (Hashim dan Ong, 1998: 1-2).

Palmer (1989:1. Edisi terjemahan) berpendapat bahawa semantik ialah istilah yang

merujuk pengkajian tentang makna. Oleh sebab itu, makna itu ialah sebahagian

daripada bahasa. Jesteru, semantik juga menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik

Demikian juga dengan Mithqa:l (1991:15) yang berpendapat bahawa ilmu semantik

merupakan matlamat terpenting dalam pengkajian bahasa jika dibandingkan dengan

aspek-aspek bahasa yang lain. Ini kerana, tanpa pencapaian makna, maka gagallah tugas

atau fungsi bahasa yang terbesar, iaitu untuk menyampaikan satu-satu maklumat yang

difahami.

S. Nathesan (1997:524) berpendapat bahawa bidang semantik yang sememangnya

adalah sebahagian daripada ilmu linguistik, amat penting memandangkan kajian bahasa

tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.

Pandangan ini disokong oleh Abdul Wahab (1999:529) yang menyatakan bahawa ilmu

semantik mempunyai kedudukan yang sangat penting yang tidak dapat ditinggalkan

dalam upaya memerikan makna bahasa.

195

Page 43: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Walaupun ramai yang menganggap bahawa tatabahasa dan semantik ialah aspek-aspek

linguistik yang berasingan, namun hakikatnya, kedua-duanya saling berkaitan.

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Parker (1994:41. Edisi terjemahan) bahawa,

ilmu semantik ialah sebahagian daripada bidang pengkajian tatabahasa secara khusus,

iaitu ia merujuk pengkajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa (aspek tatabahasa

yang lain iaitu ilmu sintaksis, morfologi dan fonologi). Bagi menjamin kesempurnaan

sesuatu ujaran, semua aspek linguistik mempunyai peranan masing-masing, dan setiap

satu aspek saling memerlukan antara satu sama lain.

Lado (1980:16. Edisi terjemahan) menegaskan bahawa:

“Struktur bahasa mengandungi dua sub-struktur yang selari iaitu: ungkapan dan isi. Antara kedua-dua sub ini, terdapatlah jaringan asosiasi. Ungkapan ialah sistem bunyi, kata, frasa, ayat. Isi pula ialah sisitem unit makna kebudayaan yang digolongkan, serta gabungan dan hubungannya dalam sesuatu bahasa. Asosiasi pula ialah hubungan di antara ungkapan dengan isi. Apabila unit ungkapan diterima, maka ia akan mencari unit isi yang berasosiasi dengannya.”

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa ungkapan dan makna ialah dua rukun dalam

struktur sesuatu bahasa yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.

4.8 Fungsi Makna dalam Ayat

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat; setiap perkataan

dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi

perkataan, pada asasnya ini bermakna menyusun sebuah kamus, tetapi bagi ayat

persoalannya lebih rumit. Dalam semua bahasa, perkataan dapat disusun untuk

membentuk ayat, dan makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat

196

Page 44: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

dalam ayat tersebut (Kempson, 1991:31. Edisi Terjemahan). Urutan perkataan dalam

ayat kadangkala dapat mengubah makna dan kadang kala tidak. Misalnya ayat Kucing

mengejar anjing dengan Anjing mengejar kucing adalah berbeza makna. Tetapi ayat

Semalam dia pergi ke kedai dengan Dia pergi ke kedai semalam tidak berbeza makna.

Hubungan antara nahu atau tatabahasa dengan makna sangat penting dalam penyusunan

ayat-ayat sesuatu bahasa kerana ayat yang betul itu terdiri dari ayat-ayat yang cukup

syaratnya dari segi tatabahasa dan membawa makna penuh.

Contoh:

Ali minum ais.

Ayat ini cukup syarat tatabahasa dan mengandungi makna. Tetapi lihat pula ayat

berikut:

Ali minum angin.

Ayat ini mempunyai angin sebagai penyambut bagi kata kerja minum. Angin tidak

boleh diminum, tetapi hanya boleh disedut. Walau bagaimanapun angin dan ais adalah

dari jenis kata nama. Oleh itu ayat ini cukup syarat dari segi tatabahasa, tetapi tidak

bermakna. Jadi ayat itu menyimpang. Ayat yang sempurna mestilah memenuhi kedua-

dua syarat, nahu dan makna (Abdullah Hassan,1984:230).

Tatabahasa merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam menentukan dan

menggunakan makna perkataan. Hubungan antara tatabahasa dengan makna ini telah

disentuh oleh S. Nathesan (2001:15) yang mengandaikan bahawa seseorang tidak

197

Page 45: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

mungkin dapat menghasilkan ayat atau ujaran yang tepat tanpa membawa kedua-dua

unsur ini bersama.

Sementara itu, perkataan yang sama dalam sesuatu ayat akan membawa makna yang

berbeza-beza ketika disusun secara secara berlainan. Maksud sesuatu ayat bahasa

Melayu bergantung sepenuhnya kepada susunan atau urutan perkataan dalam sesuatu

ayat (S. Nathesan,2001:15). Perhatikan contoh ayat di bawah:

1. Isteri saya mempunyai teman baharu.

2. Teman saya mempunyai isteri baharu.

3. Isteri baharu saya mempunyai teman.

Ayat di atas, walaupun dibina oleh bentuk dan jumlah perkataan yang sama, namun

masing-masing tidak mendukung makna yang sama. Nyata bahawa setiap ayat

membawa makna yang berlainan, bergantung pada kedudukannya dalam ayat. Malah,

menurut Ramli (1995:1):

“Bahasa Melayu merupakan bahasa berkonfigurasi (configuration) dengan kedudukan yang tetap bagi subjek Frasa Nama (FN) (FN, A), FLEKSI dan Frasa Kerja (FK). Urutan perkataan sangat penting dalam BM kerana bahasa ini tidak menggunakan sistem deklensi atau konjugasi. Tidak terdapat penandaan kasus yang nyata terhadap FN, dan juga tidak terdapat fenomena penyesuaian antara FN subjek (FN, A)”

Oleh yang demikian. makna tatabahasa itu terdapat, pertama dalam pola-pola susunan

perkataan dalam ayat. Oleh itu, susunan perkataan yang berbeza mencipta makna yang

berbeza. Susunan ayat Anjing menggigit Ali mempunyai makna yang sangat berbeza

dengan Ali menggigit anjing. Kedua, makna tatabahasa terdapat pada perkataan-

perkataan yang hadir dalam ayat itu. Dengan itu, makna ayat Ali dicari bapanya

dengan ayat Ali mencari bapanya berbeza kerana kehadiran penambahan di dan men

198

Page 46: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

pada ayat-ayat itu. Makna-makna dalam ayat itu bergantung pada hubungan antara satu

perkataan dengan perkataan yang hadir bersama-sama dalam ayat (Abdullah Hassan dan

Ainon Mohd, 2001: 200).

Hal yang berbeza diperhatikan dalam bahasa Arab. Maksud sesuatu ayat tidaklah

bergantung sepenuhnya kepada susunan ataupun urutan perkataan. Makna ayat dan

perenggan tidak sepadan secara sepenuhnya dengan makna kosa katanya, sebaliknya

terdiri daripada makna-makna kosa kata dan ditambah dengan makna struktur

tatabahasa yang terhasil, yang menyerap masuk dalam perkataan-perkataan ini. Peranan

fleksi (desinential inflection) yang menentukan tugas nahuan kepada setiap lafaz atau

kata (Ismail Ibrahim,1990:5) sehingga lafaz-lafaz tersebut mempunyai identiti tersendiri

yang dapat dikenal pasti dalam setiap ayat walaupun dalam konstituen yang berbeza.

Sebagai contoh kita ambil tiga perkataan ,(serigala) الثع=ل=ب dan(arnab) األرن=ب

Kosa-kosa kata ini mempunyai makna yang tertentu. Perkataan .(telah melihat) رأى

(serigala) الثع=ل=ب dan (arnab) األرن=ب menunjukkan kepada benda, manakala

perkataan .menunjukkan peristiwa dalam kehidupan yang realiti (telah melihat) رأى

Makna-makna ini dinamakan makna-makna leksikal.

Walau bagaimanapun perkataan-perkataan ini memperolehi makna tambahan ketika

penggunaannya dalam ragam-ragam tatabahasa yang tertentu. Sebagai contoh:

الث=عل=ب األرن=ب رأى(Arnab telah melihat serigala)

األرن=ب الث=عل=ب رأى199

Page 47: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

(Serigala telah melihat arnab)

Ayat pertama berbeza dengan ayat kedua dari segi makna. Perbezaan ini disebabkan

oleh perbezaan struktur tatabahasa yang digunakan oleh perkataan-perkatan ini. Dalam

ayat yang pertama (arnab) األرن=ب ialah pelaku dari segi struktur tatabahasa. Ia

mempunyai makna yang berbeza dengan maksud objek yang berada pada kedudukan

(arnab) األرن=ب dalam ayat yang kedua. Begitu juga halnya dengan perkataan

Ia merupakan objek dalam ayat yang pertama dan pelaku dalam .(serigala) الث=عل=ب

ayat yang kedua. Sekiranya kita menukar kedudukan kata kerja menjadi:

الث=عل=ب رأى األرن=ب(Arnab telah melihat serigala)

Makna ayat ini berbeza dalam beberapa perkara dengan dua ayat yang sebelumnya.

Hubungan tatabahasa ini (pelaku, objek, kata kerja) mempunyai makna-makna yang

tertentu. Oleh yang demikian, kita boleh membahagikan makna kepada dua kategori

yang penting (Lyons, 1993 dipetik daripada Mohd. Azemi 1999:11), iaitu:

1. makna kosa kata atau makna leksikal: iaitu makna yang dapat dihubungkan

dengan makna rujukan berdasarkan kamus atau makna perkataan yang terlepas

daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam binaan ayat.

2. makna gramatikal atau makna linguistik: iaitu makna berdasarkan binaan ayat.

Makna tersebut menghubungkan unsur ini dengan jenis perkataan lain yang

melibatkan perbezaan antara subjek dengan objek, pertentangan ketentuan, kala

200

Page 48: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

dan bilangan, perbezaan antara kenyataan, pertanyaan dan permintaan. Ia

bersifat tertutup.

Nida (1996;10-13, Edisi terjemahan) pula menghuraikan tiga jenis makna yang

mempengaruhi kebolehubahan bahasa, iaitu:

1. Makna kognitif atau rujukan; iaitu makna yang merujuk fitur luaran bahasa.

2. Makna tatabahasa; iaitu makna yang melibatkan fitur bahasa itu sendiri atau

lebih jelas, ia adalah satu pemerian tentang perhubungan antara unit lisan.

3. Makna emotif; iaitu makna yang melibatkan jenis dan darjah reaksi emosi

terhadap ungkapan bahasa. Ia berhubung dengan cara sesuatu struktur

menyatakan maknanya secara khusus dalam wacana sebenar.

S. Nathesan (1997:531-532) menegaskan bahawa:

“Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumus-rumusnya tetapi tidak tepat dari segi semantik … ayat-ayat mesti mendukung makna semantik, selain mempunyai struktur ayat yang gramatis supaya dapat diterima sebagai ayat yang tepat.”

Asraf (1983:471) turut menyatakan hal yang sama:

“Yang menjadi kriteria bagi kesempurnaan ayat sebagai suatu unit bahasa yang gramatis ialah bentuknya yang sempurna dari sudut sintaksis dan maknanya yang sempurna dari sudut semantik. Tiadalah sempurna sesuatu ujaran itu sebagai ayat, jika bentuknya saja yang sempurna ataupun hanya maknanya saja yang sempurna.”

201

Page 49: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Malah, salah satu punca yang mencacatkan mutu terjemahan ialah apabila penterjemah

tidak mematuhi aturan-aturan bahasa Melayu. Ada orang yang menyangka hanya

perkataan yang mempunyai makna. Hal ini tidak benar. Perlu selalu diingat bahawa

tatabahasa mempunyai makna. Apabila tatabahasanya salah, makna ayat akan salah.

Ayat Dia gila perempuan dengan ayat Dia perempuan gila mempunyai makna yang

sangat berlainan semata-mata kerana tatabahasa kedua-dua ayat itu berbeza (Abdullah

Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 200).

Menurut Asmah (1986), ayat yang mempunyai susunan Subjek – Predikat – Objek –

Ajung atau Pelaku – Perbuatan – Pelengkap – Ajung, merupakan ayat yang tidak

ditandai oleh suasana yang memberi penegasan kepada mana-mana kata. Dalam ayat

yang ditandai oleh suasana demikian, susunan kata boleh diubah-ubah untuk memberi

keutamaan kepada kata atau bahagian ayat yang diutamakan atau ditegaskan iaitu judul.

Dalam pola ayat yang tidak ditandai oleh suasana, subjek (termasuk pelaku) merupakan

judul ayat. Dalam ayat yang ditandai oleh suasana, judul boleh terdiri daripada predikat,

objek atau juga ajung. Proses membawa kata-kata itu ke permulaan ayat sebagai judul

disebut perjudulan. Sebagai contoh, predikat sebagai judul:-

Sudah mati burung itu.

Asmah Hj. Omar (1986) menyatakan:

“Judul dan fokus merupakan ciri yang penting bukan sahaja dalam penjenisan ayat, tetapi lebih-lebih lagi dalam pentafsiran makna ayat. Di samping itu, judul dan fokus dapat menerangkan mungkin atau tidak mungkinnya sesuatu ayat itu digunakan dalam wacana.”

Hal yang sama turut dinyatakan oleh ahli sarjana bahasa Arab. Antaranya ialah ‘Abd al-

Qa:hir al-Jurja:niyy (1992:56). Menurutnya, susunan perkataan dalam struktur ayat

202

Page 50: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

akan diikuti dengan kesan dari segi makna. Susunan ini adalah mengikut suasana makna

dan keutamaan pada ketika itu. Malah susunan perkataan dalam struktur ayat dalam

kalangan ahli bahasa Arab dianggap sebagai satu seni yang sangat diberi perhatian.

Bahagian ayat yang mengikuti judul disebut cerita. Daripada istilahnya sahaja sudah

jelas bahawa bahagian ini memberi “cerita” kepada judul (Asmah, 1986:362-363).

Menurut Sato (1997:93-112):

“Apabila menyampaikan sesuatu maklumat, penyampai perlu menyusun unsur-unsur yang membentuk ayat, dengan sepatutnya, secara nahuan dan menentukan hala pembicaraannya dengan jelas supaya penerimanya memahami titik permulaan dan hala tuju pembicaraan itu. Pada dasarnya, adalah ideal jika penyampaian berjalan menurut susunan logik seperti judul – cerita dari segi susunan ayat yang logik. Judul dapat diertikan sebagai “titik permulaan pembicaraan” dan cerita pula sebagai bahagian yang memberitakan sesuatu berdasarkan judul itu, iaitu “hala tujuan pembicaraan”. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pembicaraan adalah sehala, dari kiri ke kanan, sesuatu dengan prinsip pelinearan, seperti judul cerita.”

Struktur ayat bukan sekadar mempunyai judul dan cerita, tetapi ia juga perlu ada unsur

nahu dan makna bagi memastikan susun letak perkataan-perkataan yang membentuk

ayat ialah susunan yang logik.

4.9 Sintaksis dan Terjemahan

Bidang sintaksis adalah antara bidang kajian yang termasuk dalam kajian tatabahasa. Ia

merupakan komponen tatabahasa yang utama kerana bahasa ialah himpunan ayat dan

ayat ialah bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya susunan kata menurut sintaksis.

203

Page 51: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Bidang sintaksis menumpukan kajian cara-cara pembentukan ayat dan rangkai kata.

Rangkai kata ialah urutan kata yang terdiri daripada satu perkataan yang bertindak

sebagai satu kesatuan. Ayat pula ialah ujaran yang mengandungi satu idea yang lengkap

yang mempunyai intonasi-intonasi tertentu dan dibentuk berpandukan pola-pola ayat

asas tertentu.

Sintaksis memberi hujah-hujah yang penting, mungkin yang paling sukar disangkal,

terhadap kemungkinan menterjemah. Penterjemahan dapat dilakukan meskipun terdapat

kepelbagaian sintaksis yang radikal. Ini adalah kerana di sebalik perbezaan di antara

sintaksis ini terdapat kesejagatan sintaksis. Penterjemahan tatabahasa juga didefinisikan

sebagai memindahkan struktur-struktur tertentu dari segi tahap tatabahasa dalam bahasa

yang pertama kepada bahasa yang kedua.

Kadangkala tatabahasa itu juga menjadi punca masalah ketidakbolehterjemahan. Setiap

bahasa mempunyai sistem tatabahasanya yang tersendiri untuk konsep yang tertentu.

Misalnya, satu bahasa mungkin menggunakan bentuk kata kerja itu menerangkan

sesuatu konsep manakala bahasa yang lain menerangkan konsep yang sama melalui

bentuk kata nama. Maka terjemahan sukar dijalankan dengan menggunakan padanan

satu lawan satu, lebih-lebih lagi kalau penterjemah itu kurang berpengalaman.

Tatabahasa adalah salah satu ciri kelemahan yang terdapat dalam hasil terjemahan teks

akademik yang dijalankan oleh pakar bidang. Ini disebabkan mereka tidak menyangka

bahawa nahu adalah sama pentingnya dengan perkataan, dan seperti perkataan, bentuk

nahu juga mempunyai kepelbagaian makna sebagaimana yang ditentukan oleh konteks

penggunaannya. Di samping itu tiap-tiap bahasa menggunakan unsur tatabahasa dengan

caranya sendiri. Dalam erti kata yang lain, tidak ada persamaan satu lawan satu. Ada

204

Page 52: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

jenis makna yang hadir dalam bahasa itu sendiri. Makna tatabahasa ialah jenis ini.

Apabila tatabahasa diubah, makna akan ikut berubah. Jadi mata air lain maknanya, air

mata begitu juga lain maknanya gaji hari lain, hari gaji lain; guna lain, guna-guna lain

(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 200).

Malah menurut Nida dan Taber (1969:34 dan 35), apabila disebut tentang makna, ramai

orang hanya memikirkan perkataan dan idiom. Tatabahasa tidak diendahkan sama

sekali. Ia dianggap sekadar peraturan-peraturan yang perlu diikut bertujuan untuk

pemahaman dan tidak membawa sebarang makna, sedangkan realitinya tidak.

Perbandingan ayat “John hit Bill” dan “Bill hit John” membuktikan tatabahasa juga

mempunyai beberapa makna. Perkataan pertama melaksanakan aksi perkataan kedua,

manakala perkataan ketiga memastikan tujuan aksi yang ditentukan oleh perkataan

kedua.

Catford (1965), dalam A Linguistic Theory of Translation, mengatakan bahawa makna

merupakan sifat bahasa. Sesuatu teks bahasa sumber mempunyai makna bahasa sumber

dan teks bahasa sasaran mempunyai makna bahasa sasaran. Catford mendefinisikan

bahasa sebagai seluruh rangkaian hubungan yang merangkum mana-mana bentuk

linguistik – teks, sistem dalam teks, unsur struktur, golongan kata, dan ungkapan dalam

sistem – atau apa-apa juga bentuk linguistik yang lain. Ada dua jenis hubungan dalam

hal ini. Yang pertama, hubungan formal yang bermaksud hubungan antara satu item

formal dengan item lain dalam bahasa yang sama. Yang kedua, hubungan konteks yang

bermaksud hubungan item tatabahasa dengan unsur yang relevan dari segi linguistik

dalam situasi yang item itu beroperasi sebagai teks atau dalam teks.

205

Page 53: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Newmark (1988) mengatakan bahawa teori penterjemahan diperoleh daripada bidang

linguistik komparatif yang menekankan makna. Oleh sebab itu, semua persoalan

semantik dapat dikaitkan dengan penterjemah. Proses penterjemahan melibatkan

kesepadanan makna, iaitu usaha untuk memadankan teks bahasa sasaran yang

membawa maksud yang sama atau mendukung fungsi yang sama dengan unsur yang

terdapat dalam bahasa sumber. Kesatuan makna amat dipentingkan. Pemadanan makna

dilakukan menerusi penggunaan perkataan, frasa, klausa, ayat, perenggan, dan

sebagainya.

Struktur tatabahasa yang serupa mungkin mengandungi makna yang berbeza. Sebagai

contoh, kekayaannya, kesilapannya, penangkapannya dan kecantikannya merupakan

jenis-jenis perkataan yang sama. Keempat-empatnya, adalah terdiri daripada gabungan

kata nama terbitan dengan kata ganti orang ketiga. Walau bagaimanapun, keempat-

empatnya mempunyai hubungan makna yang berbeza. Binaan kekayaannya bermakna

dia mempunyai kekayaan. Binaan kesilapannya mempunyai makna dia melakukan

kesilapan. Binaan penangkapannya bermakna dia kena tangkap. Binaan kecantikannya

mempunyai makna dia bersifat cantik. Ditinjau dari sudut makna, binaan-binaan

kekayaannya, kesilapannya, penangkapannya dan kecantikannya adalah sangat berbeza.

Tetapi ditinjau daripada sudut tatabahasa, keempat-empatnya adalah sejenis.

Kesemuanya terbina daripada unsur-unsur tatabahasa yang serupa. Namun fungsi

maknanya sangat berbeza (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 201-202).

Dalam proses penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu, penterjemahan

yang lebih menguasai bahasa asing (Arab ataupun Inggeris) menghadapi berbagai-bagai

rintangan. Tumpuannya pada kandungan bahan yang hendak diterjemahkan

menyebabkan pemikirannya bertaut kepada sintaksis bahasa punca (Arab atau Inggeris)

206

Page 54: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

dan ini secara tidak langsung akan menimbulkan kejanggalan pada bahan yang

diterjemahkan. Perkara ini memang sukar dielakkan kerana proses pemikiran kita

tertumpu pada makna dan menjelaskan aspek sintaksis bahasa sasaran. Ini merupakan

gejala yang kurang baik sebab penterjemah harus menjaga agar bahasa sasaran (dalam

konteks ini bahasa Melayu) digunakan dengan baik jika tidak merekalah yang dianggap

mencemarkan bahasa dalam proses penterjemahan.

Binaan-binaan yang serupa tatabahasanya belum tentu serupa maknanya. Jadi jangan

kekalkan tatabahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kerana matlamat terjemahan adalah

untuk mengekalkan makna asalnya, bukan mengekalkan tatabahasanya (ibid:202).

Menurut Catford (1965), bagi menganalisis ayat-ayat dalam bahasa sumber, kod bahasa

tersebut seperti tatabahasanya perlu dikaji dengan teliti. Misalnya, unsur-unsur

tatabahasa Inggeris seperti s dalam boys dan ed dalam walked membawa makna yang

berlainan dengan kata asalnya. Malah, kata ialah bentuk linguistik yang bebas,

minimum atau bentuk bukan minimum yang dapat hadir bersendirian serta mempunyai

fungsi tatabahasa/makna (Bloomfield,1933; Nida,1975).

Binaan yang berbeza-beza boleh jadi mempunyai makna yang sama. Misalnya, makna

yang terdapat dalam binaan kecantikan gadis itu dengan gadis itu cantik adalah serupa.

Dari segi tatabahasanya, binaan kecantikan gadis itu ialah sebuah frasa manakala binaan

gadis itu cantik ialah sebuah klausa. Aturan subjek predikat dalam kedua-dua binaan itu

juga berlainan antara satu sama lain. Dalam binaan kecantikan gadis itu subjeknya ialah

kecantikan, manakala dalam binaan gadis itu cantik subjeknya ialah gadis. Binaan-

binaan tersebut adalah berbeza dari sudut tatabahasanya tetapi maknanya serupa

(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001: 204).

207

Page 55: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Ini bererti sesuatu perhubungan makna itu dapat ditulis semula dengan pelbagai cara.

Oleh yang demikian, dalam proses penterjemahan, makna yang terkandung dalam teks

Inggeris boleh diterjemahkan dengan menggunakan pelbagai bentuk binaan dalam

bahasa Melayu (ibid: 205). Proses penterjemahan itu biasanya membabitkan

pemindahan konsep (makna), penyesuaian bentuk dan fungsi, dan penyesuaian struktur

(Nida,1975; Mashudi,1993).

4.10 Penutup

Ayat mempunyai susunan atau struktur. Terdapat satu perkataan mendahului yang lain.

Sekiranya ayat terbentuk daripada struktur asal ia tidak dikategorikan dalam bab

pendepanan dan pentakhiran. Sekiranya satu perkataan berubah dari kedudukannya ia

termasuk dalam bab pendepanan dan pentakhiran. Pada asalnya pendepanan dan

pentakhiran bertujuan sebagai menandakan tumpuan dan fokus iaitu sesuatu yang

dikedepankan adalah lebih penting. Kedudukan tumpuan dan fokus berbeza mengikut

konteks. Oleh yang demikian, kemungkinan pada satu kedudukan ia dikedepankan dan

pada kedudukan yang lain ia dikemudiankan.

Fokus bukanlah bermaksud melakukan pendepanan terhadap sesuatu yang lebih baik

dan mulia tetapi pendepanan sesuatu yang lebih diutamakan berkemungkinan

menandakan ia adalah tempat fokus. Pendepanan dan pentakhiran juga berkemungkinan

untuk mempertimbangkan makna tertentu. Oleh itu, perubahan struktur bagi satu ayat

dengan melakukan pendepanan atau pentakhiran menandakan perubahan makna.

Pendepanan dan pentakhiran bagi sesuatu yang sepatutnya dilakukan pendepanan dan

pentakhiran tidak mendatang sebarang perubahan dari segi fokus dan tumpuan serta

makna.

208

Page 56: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

Pendepanan dalam struktur ayat bahasa Melayu disebut struktur terbitan. Struktur

terbitan dimaksudkan struktur ayat yang membawa susunan gatranya yang agak

bertentangan dengan susunannya yang asal dalam struktur dasar itu. Perubahan susunan

gatra ini merupakan kesan daripada sebab-sebab penekanan yang hendak diberikan

kepada unsur yang dipentingkan. Unsur ini boleh berupa subjek, predikat, kata kerja

dalam predikat atau penyambut dalam predikat. Ayat-ayat baharu yang diterbitkan itu

boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif.

Sementara itu, kepentingan ilmu makna dalam struktur sesuatu bahasa yang tidak boleh

dinafikan. Struktur ayat bukan sekadar mempunyai judul dan cerita, tetapi ia juga perlu

ada unsur nahu dan makna bagi memastikan susun letak perkataan-perkataan yang

membentuk ayat ialah susunan yang betul. Hubungan antara nahu atau tatabahasa

dengan makna sangat penting dalam penyusunan ayat-ayat sesuatu bahasa kerana ayat

yang betul itu terdiri dari ayat-ayat yang cukup syaratnya dari segi tatabahasa dan

membawa makna penuh.

Penterjemahan tatabahasa didefinisikan sebagai memindahkan struktur-struktur tertentu

dari segi tahap tatabahasa dalam bahasa yang pertama kepada bahasa yang kedua.

Bentuk nahu mempunyai kepelbagaian makna sebagaimana yang ditentukan oleh

konteks penggunaannya. Di samping itu tiap-tiap bahasa menggunakan unsur tatabahasa

dengan caranya sendiri. Apabila tatabahasa diubah, makna akan ikut berubah.

Binaan-binaan yang serupa tatabahasanya belum tentu serupa maknanya. Jadi jangan

kekalkan tatabahasa bahasa sumber dalam bahasa sasaran kerana matlamat terjemahan

adalah untuk mengekalkan makna asalnya, bukan mengekalkan tatabahasanya. Oleh

209

Page 57: Pendepananstudentsrepo.um.edu.my/1090/5/BAB_4.doc · Web viewAyat-ayat baharu yang diterbitkan itu boleh berupa ayat songsang dan ayat pasif. Sementara itu, kepentingan ilmu makna

yang demikian, dalam proses penterjemahan, makna yang terkandung pada teks bahasa

sumber boleh diterjemahkan dengan menggunakan pelbagai bentuk binaan dalam

bahasa sasaran.

210