maklumat lompat tingtingfff

9
PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG) PENGENALAN : Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terytama dalam kalangan kaum wanita. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. GELANGGANG : ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 1

Upload: how-shirlyn

Post on 11-Aug-2015

78 views

Category:

Health & Medicine


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat lompat tingtingfff

PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG)

PENGENALAN :

Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terytama dalam kalangan kaum wanita.  Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding  kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini  tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampung-kampung gelanggang teng-teng  biasanya  dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

GELANGGANG :

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan.  Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada  sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong.  Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak.

Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti

ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 1

Page 2: Maklumat lompat tingtingfff

berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

            

                          Gelanggang teng-teng

  

GUNDU / BUAH :

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau

buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan

pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Setiap pemain perlu ada gundu ini.  Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan

kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

UNDIAN :

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan

permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan

seterusnya.

Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang

bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.

CARA BERMAIN :ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 2

Page 3: Maklumat lompat tingtingfff

Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama. 

Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar darigelanggang.

Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.

Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.  Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH :

Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

PEMENANG :

            Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.

ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 3

Page 4: Maklumat lompat tingtingfff

MATI /HILANG GILIRAN :

Pemain dikira mati (giliran) jika :> Buah yang dilontar terkena garisan petak> Kaki terpijak garisan petak> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya> Pemain menukar kaki sewaktu giliran> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Kesimpulan :

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.  Di samping itu, melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri  mereka .  Contohnya permainan teng – teng.

Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa melompat menggunakan sebelah kaki.  Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran yang tinggi.  Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri masyarakat.  Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.  Inilah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini.

Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.  Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita.

Teng tengDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki

dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana

permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.

Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan

hujung ranting.

ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 4

Page 5: Maklumat lompat tingtingfff

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan

terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua

belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka

pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap

petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan

kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak.

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain

dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak

gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati.

Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat

demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

Teng-TengASAL USUL

 

Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.

 

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

 

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

 

Cara Bermain:

 

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

 

ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 5

Page 6: Maklumat lompat tingtingfff

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.

 

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.

 

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

"Ketinting Kapal Terbang"

2. Ketinting Kapal Terbang

Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.

Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.

Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.

Melakukan penentuan giliran.

Pemain pertama memulakan ting-ting.

ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 6

Page 7: Maklumat lompat tingtingfff

Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.

Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.

Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.

 

"Ketinting Buku"

3. Ketinting Buku

Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.

Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang.

Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam

ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 7

Page 8: Maklumat lompat tingtingfff

plong' dan seterusnya 'wan tu som'.

Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.

Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya.

Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.

Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.

Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.

 

ERIC EXODUSPISMP SCE 10’ IPGKT Page 8