makanan segera (faktor tarikan dan kesan buruk)

Upload: kkwei93

Post on 04-Apr-2018

1.453 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Makanan Segera (Faktor Tarikan Dan Kesan Buruk)

    1/2

    Makanan Segera (Faktor Tarikan dan Kesan Buruk)

    Pendahuluan

    Amalan menjamu selera di restoran makanan segera sudah menjadi fenomena biasa dalam

    kalangan anggota masyarakat zaman ini.

    Makanan segera yang paling digemari mereka adalah yang berasal dari Barat seperti piza, ayam

    goreng, burger daging atau ayam, nugget, kentang, dan sup.

    Kesemua jenis makanan ini disediakan oleh kedai-kedai makanan segera seperti Kentucky Fried

    Chicken (KFC), McDonalds, dan Pizza Hut.

    Makanan segera ini memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri, tetapi pada masa yang sama

    ada keburukannya.

    Isi-isi

    Faktor-faktor orang terpikat pada makanan segera

    1. Kesesuaiannya untuk memenuhi keperluan golongan yang sibuk

    Faktor yang paling utama ialah kesibukan yang melingkari kehidupan kebanyakan anggota

    masyarakat zaman ini sebagai akibat hambatan tugas. Kebanyakan anggota masyarakat sekarang terdiri daripada orang yang memiliki kerjaya sendiri

    yang menjadikan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak sendiri. Apatah lagi

    kerja menyediakan makanan sendiri mengambil masa yang agak lama.

    Bagi golongan seperti ini, makanan segera lebih praktikal kerana masa yang diperlukan hanya

    antara 30 minit hingga 45 minit. Malah seisi keluarga dapat menikmati makanan mereka dalam

    perjalanan balik ke rumah.

    Harganya juga sederhana dan berpatutan, dan dengan yang demikian tidak begitu membebankan.

    2. Makanan segera dikatakan menyediakan zat yang seimbang

    Hidangan itu dilengkapi daging, sayur, jus, dan buah-buahan.

    Makanan segera juga dikatakan disediakan mengikut ketetapan pakar pemakanan, yakni dengan

    menyediakan kalori yang mencukupi untuk seseorang.

    Hal ini jarang-jarang dititikberatkan oleh kebanyakan keluarga rakyat Malaysia.

    Orang ramai percaya bahawa penyediaan ini menjamin kesihatan orang ramai sungguhpun hal itu

    mungkin tidak benar.

    3. Budaya makan makanan segera dianggap gaya hidup mewah

    Faktor yang seterusnya ialah budaya yang menitikberatkan makanan segera telah menjadi

    lambang kemegahan dan status masyarakat.

    Sesetengah pihak menganggap bahawa amalan ini mencerminkan kedudukan sosial ekonomi

    yang tinggi. Hal ini keranan hanya golongan yang mampu dan berstatus sahaja yang mampu menjadikan

    amalan keluar masuk restoran makanan segera sebagai rutin hidup mereka.

    Budaya makan makanan segera ini juga memenuhi naluri egoistik manusia yang suka bermegah-

    megah.

    4. Suasana restoran yang selesa dan lengkap dengan kemudahan

    Restoran makanan segera juga menawarkan suasana yang selesa.

    Penyediaan penyaman udara serta susun stur meja yang kemas dan luas menjadikan restoran

    makanan segera menyediakan suasana yang santai dan sesuai untuk melapangkan fikiran.

    Layanan yang diberikan begitu istimewa dan dengan demikian pelanggan berasa diri mereka

    dihargai.

  • 7/30/2019 Makanan Segera (Faktor Tarikan Dan Kesan Buruk)

    2/2

    Pelbagai tawaran dan kemudahan permainan kanak-kanak juga disediakan. Restoran sedemikian

    lazimnya terletak dalam kompleks belih-belah, maka para ibu bapa dapat membeli-belah dengan

    meninggalkan anak mereka di situ.

    Ada pula restoran makanan segera yang menawarkan kemudahan pandu lalu yang membolehkan

    para pelanggan tidak perlu turun dari kenderaan masing-masing tetapi boleh berurus niaga

    dengan pihak restoran.

    Kesan buruk yang timbul daripada amalan ini

    1. Menjejaskan kemesraan hubungan kekeluargaan

    Kesan buruk yang paling ketara ialah amalan ini dapat meninggalkan semangat bantu-membantu

    dan bekerjasama dalam keluarga.

    Hal ini kerana amalan makan di restoran makanan segera menghalang anak-anak daripada

    melaksanakan tanggungjawab dalam hal-hal penyediaan makanan, mengemas, dan mencuci

    pinggan mangkuk.

    Sebagai akibat daripada keadaan ini, akan lahirlah anak-anak yang individualistik, pemalas, dan

    terlalu bergantung pada orang lain.

    2. Makanan segera dapat menjejaskan kesihatan

    Kesan seterusnya ialah amalan ini dapat menjejaskan kesihatan.

    Hal ini berlaku kerana makanan yang disediakan banyak menggunakan bahan kimia seperti

    bahan pengawet, pewarna, dan perisa yang digunakan dengan leluasa dalam menu makanan

    tersebut untuk memastikan makanan itu menarik, lazat dan tahan lama.

    Golongan yang memakan makanan segera ini secara kerap memungkinkan mereka terdedah

    kepada masalah obesiti dan diabetes.

    3. Kesenian masakan tradisional pupus

    Kemunculan budaya makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin

    terpinggir.

    Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, dan ulam-ulaman

    semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

    Hal ini diburukkan lagi oleh nama makanan segera itu sendiri yang berciri kebaratan, seperti pizza,

    burger, hotdog, dan fillet. Golongan muda lebih kenal akan nama tersebut berbanding dengan

    lempeng, apam balik, dan lepat.

    Kecenderungan kebanyakkan keluarga untuk menyediakan makanan Barat itu bukan sahaja

    menyebabkan makanan tradisional yang terbukti lebih segar dan berzat itu tidak popular malah

    menghadapi risiko kepupusan.

    Kesimpulan

    Amalan makan di restoran makanan segera sebenarnya tidaklah salah. Kita mungkin perlu

    berkunjung ke situ sekali-sekala bersama-sama keluarga untuk memberikan pengalaman dan

    pendedahan kepada anak-anak agar mereka tidaklah umpama katak di bawah tempurung.

    Walau bagaimanapun, pengamalannya secara berterusan tidaklah digalakkan. Kita harus sedar

    bahawa dengan memasak di rumah kita dapat memupuk sikap kerjasama antara ahli keluarga.

    Kita juga dapat memupuk amalan berjimat dan mengambil makanan segar yang sebenarnya amat

    baik untuk kesihatan.