media sebagai tarikan psikologi dalam dakwah.doc-perak

24
MEDIA SEBAGAI TARIKAN PSIKOLOGI DALAM DAKWAH Prof.Madya Dr Fariza Md Sham & Muhammad Faisal Ashaari Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM [email protected] Pendahuluan Penggunnaan media dalam mempengaruhi psikologi manusia telah bermula sejak ribuan tahun dahulu. Media telah berjaya mempengaruhi cara berfikir, emosi dan budaya masyarakat.Dalam dunia Islam penggunaan media turut berkembang walau pun tidak seaktif di Barat. Perkembangan media dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)amat pesat terutama dari jenis media berbentuk maya iaitu rangkaian computer dan internet. Melalui bentuk media baru, masyarakat dapat berhubung dan mendapat maklumat dengan pantas. Melalui media ini psikologi manusia berjaya dipengaruhi dengan lebih pantas dan berkesan. Oleh itu,penggunaan media amat berpotensi sebagai medium dakwah yang mempunyai daya tarikan psikologi. Berdasarkan kenyataan tersebut, timbul beberapa persoalan. Pertama, apakah bentuk perkembangan media baru dan hubungannya dengan pendekatan psikologi dalam dakwah? Apakah daya tarikan psikologi yang ada pada media pada masa kini? Apakah cabaran kepada pendakwah/institusi agama dalam menghadapi hambatan media baru dan bagimanakah cara untuk restorasi(membaik pulih) 1

Upload: myfaisal3

Post on 25-Jun-2015

625 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

MEDIA SEBAGAI TARIKAN PSIKOLOGI DALAM DAKWAH

Prof.Madya Dr Fariza Md Sham &

Muhammad Faisal Ashaari

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

Fakulti Pengajian Islam, UKM

[email protected]

Pendahuluan

Penggunnaan media dalam mempengaruhi psikologi manusia telah bermula sejak ribuan

tahun dahulu. Media telah berjaya mempengaruhi cara berfikir, emosi dan budaya

masyarakat.Dalam dunia Islam penggunaan media turut berkembang walau pun tidak seaktif

di Barat. Perkembangan media dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)amat pesat

terutama dari jenis media berbentuk maya iaitu rangkaian computer dan internet. Melalui

bentuk media baru, masyarakat dapat berhubung dan mendapat maklumat dengan pantas.

Melalui media ini psikologi manusia berjaya dipengaruhi dengan lebih pantas dan berkesan.

Oleh itu,penggunaan media amat berpotensi sebagai medium dakwah yang mempunyai daya

tarikan psikologi. Berdasarkan kenyataan tersebut, timbul beberapa persoalan. Pertama,

apakah bentuk perkembangan media baru dan hubungannya dengan pendekatan

psikologi dalam dakwah? Apakah daya tarikan psikologi yang ada pada media pada

masa kini? Apakah cabaran kepada pendakwah/institusi agama dalam menghadapi

hambatan media baru dan bagimanakah cara untuk restorasi(membaik pulih) media

agar ia boleh diaplikasi sebagai satu medium dakwah yang menarik?

Perkembangan Media Baru di Malaysia

Masyarakat masa kini berhadapan dengan satu perkembangan komunikasi tradisional kepada

komunikasi bentuk baru yang tidak pernah terjangkau dalam pemikiran masyarakat sebelum

ini, iaitu komunikasi yang berasaskan ICT.

Menurut Lister et al (2007), media baru mempunyai empat ciri iaitu:

Digitality merujuk kepada proses mengubah bentuk data kepada bentuk digit dan

nombor yang dihilangkan bentuk fizikalnya. Setelah diubah, data tersebut dapat

diubah, diakses dan disebarkan dengan cara yang mudah.

1

Page 2: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Interactivity ialah kemungkinan medium untuk memberikan tindak balas kepada apa

yang mereka baca dan lihat.

Hypertextuality ialah hasil kerja yang terdiri daripada unit-unit berasingan yang

masing-masing menyumbang kepada pembentukan unit yang lain.

Virtuality ialah teknologi yang membolehkan pengguna bertindak balas tentang

sesuatu perkara dan berinteraksi persekitarannya.

Media bentuk baru yang begitu popular masa kini ialah internet. Media baru memberikan

peluang yang bebas kepada para pengguna untuk mencipta, menerbit, menyebar dan

menggunakannya dengan lebih murah dan pantas.

Inovasi internet mula berkembang di Malaysia pada awal 1990 an apabila MIMOS

(Malaysian Institute of Microelectrinic System) melancarkan JARING (Joint Advanced

Integrated Networking), Pembekal Perkhidmatan Maklumat (Information Service Provider-

ISP) di Malaysia. Dengan wujudnya hubungan satelit antara Malaysia dengan Amerika

Syarikat pada tahun 1992, JARING berjaya dihubungkan dengan internet. Dengan ini

pengguna internet di Malaysia boleh mengakses internet lebih 140 buah negara (Sabariah

Sheikh Hassan, 2008).

Pada awalnya, aplikasi internet yang paling banyak digunakan ialah laman web. Pada

awal 2000 setelah pengguna mula membiasakan diri dengan internet, maka computer

mediated communication (CMC) atau komunikasi yang menggunakan perantaraan komputer

mula meluas. Ramai yang mula memiliki email dan seterusnya komunikasi berlaku menerusi

mailing list atau e-group apabila sejumlah emel dikumpulkan dalam satu kumpulan. Apabila

pemilik emel itu yang dikenali dengan suscriber menghantar satu emel kepada sesuatu

kumpulan, semua ahli kumpulan tersebut akan memperolehi maklumat yang dihantar.

Komunikasi ini telah berkembang dengan baik dan banyak e-group yang telah dibentuk pada

ketika ini. Terdapat e-group yang dibentuk berasaskan tema tertentu seperti agama, wanita,

pendidikan dan sebagainya. Sementara itu, ada pula yang dibentuk oleh organisasi untuk

menjalankan komunikasi dengan ahli. Berdasarkan pemerhatian, bilangan jumlah e-group

bertambah dan begitu juga dengan jumlah ahli dalam sesetengah e-group pula bertambah

sehingga sesetengahnya melebihi 10 ribu ahli. Ia masih lagi digunakan sehingga kini tetapi

2

Page 3: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

tidak sepopular pada waktu dahulu kerana kewujudan saingan aplikasi komunikasi lain yang

lebih menarik.

Dalam masa yang sama, terdapat satu lagi aplikasi yang dinamakan dengan Forum

Internet yang menyajikan medium perbincangan yang lebih berstruktur berbanding dengan

e-group. Topik perbincangan disusun dengan urutan tersendiri dan pengunjung boleh

menyertai perbincangan ini dengan syarat mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli. Apa yang

membezakannya dengan e-group ialah pengguna perlu terlebih dahulu membuka laman web

berbanding dengan e-group yang komunikasi hanya menerusi emel. Terdapat banyak forum

yang dibentuk seperti Zaharudin dan Bicara Sufi, namun sebahagian besarnya terbengkalai

begitu sahaja.

Sejak pertengahan tahun 2000, blog telah mula mendapat tempat di Malaysia. Ia telah

menjadi medium untuk meluahkan perasaaan, memberikan pandangan dan mengutarakan

komentar mengenai pelbagai isu tanpa batasan. Kombinasi teks, gambar, audio dan video

selain cara kendaliannya yang mesra pengguna dan memiliki ciri interaktif menjadikannya

sebagai aplikasi internet paling popular berbanding e-group, forum dan laman web biasa.

Blog begitu berpengaruh sehingga dikatakan bahawa kemenangan dan kekalahan calon dalam

Pilihanraya ke 12 di Malaysia, banyak disumbang oleh laman-laman blog. Terdapat satu

kajian yang mengesahkan bahawa blog merupakan medium yang digunakan untuk

mengkritik kerajaan berdasarkan daripada 193 blog yang dianalisa, 143 daripadanya tidak

menyokong kerajaan (Suhaimee Saahar, 2008).

Kini, komunikasi menerusi laman web sosial sedang berkembang dengan pesat sekali.

Ia merupakan perkhidmatan berasaskan laman web yang membolehkan individu

menyediakan profil dirinya, menyenarai pengguna lain yang mempunyai kaitan dengannya,

melihat dan berkomunikasi dengan mereka. Terdapat ratusan laman web jenis ini dan yang

popular di Malaysia ialah Facebook dan Friendster. Facebook melaporkan terdapat 6 juta

orang pengguna di Malaysia yang kebanyakannya antara umur 12 hingga 35 tahun.

Penggunaan SNS ini tidak terhad di Malaysia sahaja, malah ia merupakan fenomena yang

berlaku di seluruh dunia.

3

Page 4: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Apa yang dapat diperhatikan daripada trend penggunaan media baru terutamanya di

Malaysia, pengguna mula beralih daripada menggunakan komunikasi dengan komputer

seperti komunikasi dengan laman web kepada komunikasi antara manusia yang menjadikan

komputer hanya sebagai alat penyampai dan penerima sahaja.

Cabaran Kepada Pendakwah dan Institusi Agama

Perkembangan bentuk media baru telah memberi cabaran kepada masyarakat Islam,

khususnya pendakwah dan institusi agama. Antara cabarannya, ialah menangani isi

kandungan media itu sendiri yang sesetengahnya bertentangan dengan akidah dan syariat

Islam dan penggunaan media yang tiada limitasi dan sempadan. Masyarakat Islam terdedah

dengan pelbagai maklumat yang kurang tepat, palsu, menyeleweng, merosakkan minda dan

akhlak. Capaian maklumat bukan lagi bersifat terhad dan boleh dikawal. Kemajuan teknologi

maklumat dan komunikasi telah menyediakan saluran maklumat dengan pelbagai pilihan

seperti radio dan tv, komputer peribadi, cakera padat dan internet. Pengguna boleh

mendapatkan maklumat dan berinteraktif secara online/maya tanpa had.

Penggunaan dan penerimaan maklumat yang tanpa terhad dan limitasi sudah tentu

agak sukar untuk dikawal dan ditapis kebenarannya. Keadaan ini menjadi cabaran kepada

pendakwah dan institusi agama dalam mengawal dan membimbing manusia ke arah

kebaikan. Bentuk media baru ini telah menjadi pesaing kepada pendakwah dan institusi

agama dalam menyampaikan berita yang benar. Manusia sudah tidak lagi memerlukan

kepada pembimbing secara bersemuka, tetapi manusia boleh mendapatkan maklumat secara

maya. Manusia sudah tidak mementingkan kebenaran tetapi lebih menumpukan kepada

kecanggihan teknologi dan kepantasan maklumat. Manusia sudah mengenepikan prinsip

menerima berita dalam Islam sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat: 6

Wahai! Orang-orang yang beriman. Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa

sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,supaya kamu tidak

menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini.Maka dengan sebab kejahilan

kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.

4

Page 5: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Selain itu, pertembungan isu agama dan media menimbulkan polemik dan cabaran

kepada pendakwah. Kebanyakan pandangan sarjana Islam seperti Imam al-Ghazali untuk

mendapatkan ilmu, mengamalkan dan menghayati ajaran Islam memerlukan seseorang

belajar secara langsung dengan guru yang diiktiraf kepakarannya agar dapat merasakan

kekhusyukan, renungan dan penumpuan sepenuhnya .Malah, jika diseluri sejarah ulama’

Islam tersohor seperti Imam Bukhari, Imam Syafie, merantau jauh untuk menuntut dan

belajar ilmu dari guru yang diikitiraf. Tetapi hari ini manusia mendapat maklumat kadang-

kadang tidak mengetahui sumber asalnya dan dengan siapa sebenarnya mereka sedang

berinteraksi. Situasi ini sudah pasti menimbulkan pertembungan dengan prinsip Islam yang

begitu menekankan soal ketelitian dalam mendapatkan maklumat. Contohnya, ketelitian para

sahabat dalam meriwayat dan menyusun hadis agar tidak bercampur aduk antara hadis yang

sahih dengan yang bukan sahih. Ketelitian dalam penyusunan hadis sehingga pada akhir abad

ke 2 dan awal abad ke 3H, Imam Bukhari dan Imam Muslim berjaya mengklasifikasikan

antara hadis sahih dengan hadis yang tidak sahih, menentukan sifat-sifat perawi yang boleh

diterima riwayat mereka dan mengkaji keadaan perawi-perawi dengan terperinci supaya

hadis-hadis yang diriwayatkan itu benar-benar hadis sahih (Mohd Napiah Abdullah,1989).

Pertembungan antara yang berautoriti agama dengan pengamal media yang tiada limitasi dan

ketelitian akan terus menjadi satu polemik yang panjang.

Ternyata media banyak mempengaruhi pemikiran, sosial dan cara manusia

berkomunikasi. Teknologi maklumat telah merubah minda Melayu yang berasaskan kepada

subjektif kepada objektif. Pada asasnya minda Melayu bertemakan Islam, hinduism dan

animisme yang ke semua itu bersandarkan kepada nilai subjektif tetapi teknologi maklumat

hanya mampu mengenal nilai yang bersifat objektif. Komputer tidak dapat mengetahui

jumlah nilai yang terkandung di dalam sebuah pernyataan dan tidak dapat membezakan nilai

antara dua pernyataan. Sebagai contoh pernyataan “Allah itu esa” dengan pernyataan “Apa

khabar?” mempunyai nilai yang berbeza. Namun bagi komputer, ia menilainya dengan satu

nilai sahaja. Contohnya, kita selalu merungut tentang kanak-kanak pada zaman ini yang

kurang hormat pada orang tua berbanding dengan kanak-kanak zaman dahulu. Tetapi

masalahnya ialah mereka menilai orang tua, guru, ibu bapa, kawan-kawan dan adik beradik

dengan satu nilai sahaja. Sedangkan orang tua dan ibu bapa mempunyai nilai yang tinggi

berbeza dengan kawan-kawannya. Oleh kerana mereka telah diajar sejak kecil lagi dengan

teknologi maklumat, maka pemikiran objektif telah meresapi minda mereka.

5

Page 6: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Teknologi maklumat juga mempunyai asas kuantitatif yang berbeza dengan alam

rohaniah dan alam metafizik yang merupakan perkara yang boleh ditanggapi oleh akal secara

kualitatif. Keimanan kepada Allah dan semua rukun iman yang lain adalah kualitatif yang

tidak dapat mengukur tahap keimanan seseorang. Sungguhpun seseorang mengaku beriman

tetapi kita tidak dapat membezakan tahap keimanannya dengan individu lain. Minda

kuantitatif yang dibawa oleh teknologi maklumat boleh menyebabkan manusia berasa sukar

untuk menerima amalan dan sistem kepercayaan tradisional dan akhirnya membawa kepada

terhakisnya nilai akidah Islam. Ini kerana manusia hanya percaya apabila perkara wujud

adalah perkara yang dapat dicerapi dengan pancaindera manakala yang diluar cakupan

pancaindera itu seolah dianggap sebagai tiada.

Kewujudan media baru, turut mencabar kewibawaan pendakwah, ulama dan institusi

agama. Apabila internet menyediakan ruang siber untuk setiap individu membahaskan isu

agama, maka masyarakat sudah tidak memerlukan kuasa autoriti institusi keagamaan.

Kebimbangan ini telah dikemukakan oleh Gary R.Bunt yang bertajuk Islam in the Digital

Age E-Jihad, Online Fatwas and Cyber Islamic Enviroment yang menyebut bahawa ruang

siber telah menyajikan dua bentuk ruang, iaitu bentuk sebuah pemikiran dengan

menampilkan pelbagai pemikiran yang dianuti oleh para siberis, pengatur cara siber dan ahli

agama siber.Kedua, bagaimana ruang siber membentuk peta penggunaan ruang siber oleh

pelbagai kelompok ahli agama yang menggunakan ruang siber sebagai alat penyebaran

agama dan komunikasi umat(Shaharom TM Sulaiman,2004). Talak kini berlaku melalui sms

dan penghinaan agama lain boleh dilakukan secara terbuka dalam internet. Misalnya,

penyiaran filem Fitna yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui perisian youtube

(Abd.Hadi Borhan, 2009).Dalam konteks ini, sejauhmanakah kuasa autoriti agama masih

berlaku dan mampu bertahan?.

Walau pun banyak cabaran hasil perkembangan media baru, pendakwah dan institusi

agama tidak dapat menolak perkembangan tersebut kerana ia sudah menjadi minat,

kecenderungan dan keperluan masyarakat masa kini. Apa yang penting kini, ialah

bagaimana pendakwah dan institusi agama turut memanfaatkan kemudahan teknologi

6

Page 7: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

dengan menjadikan ia sebagai satu medium dakwah yang berkesan kerana ternyata

media bentuk baru ini mempunyai daya tarikan psikologi yang cukup berpengaruh.

Pendekatan Psikologi Dalam Dakwah

Dalam al-Quran terdapat ayat yang menggambarkan tentang pendekatan atau kaedah dakwah

yang boleh digunakan oleh pendakwah dalam menyeru kepada Islam dan membimbing

manusia kepada kebaikan. Pendekatan yang paling asas ialah seperti yang terdapat dalam

firman Allah dalam surah al-Nahl (16):125 yang berbunyi:

�ِة� َن �َح�َس� اْل �َم�ْو�ِع�َظ�ِة� َو�اْل �َم�ِة� �َح�ْك �اْل ِب �َك� ِب َر� �يِل� ِب َس� �ْل�ى ِإ اْد�ُع�

�َم�ن ِب �ُم� �ِع�َل َأ ُه�ْو� #َك� ِب َر� �َّن# ِإ �ْح�َس�ن� َأ ُه�َي� �َي #ِت �اْل ِب �ُه�ُم اْد�ْل َو�َج�

�ِد�ين� �َم�ُه�ِت �اْل ِب �ُم� �ِع�َل َأ َو�ُه�ْو� �ِه� �يَل ِب َس� ِع�ن َض�ِل#

Maksud: Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan maw’izah yang baik

serta bermujadalah dengan mereka, dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu

Dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang sesiapa yang sesat jalannya. Dialah

yang lebih mengetahui orang yang mendapat hidayah.

Terjemahan surah al-Nahl (16):125

Dari ayat ini, Allah telah mengajar kepada manusia bahawa, terdapat tiga pendekatan

yang asas bagi menyeru dan membimbing manusia ke arah kebaikan. Pendekatan asas ini

ialah berdakwah dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebat atau berbincang dengan cara

yang baik. Prof.Hamka (1999) dalam tafsirnya tentang ayat ini telah menjelaskan bahawa

ayat ini mengandungi ajaran kepada Rasulullah s.a.w tentang cara melaksanakan dakwah atau

seruan kepada manusia agar mereka berjalan di atas jalan Allah yang benar . Unsur-unsur

psikologi dalam pendekatan asas tersebut ialah:

a) Hikmah (bijaksana).Iaitu dakwah yang dilakukan dengan bijaksana, akal

budi yang mulia, dada yang lapang dan hati yang bersih. Ini boleh

menarik perhatian orang kepada agama atau kepercayaan kepada Tuhan.

7

Page 8: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

b) al-Mau‘izah hasanah, yang bermaksud pengajaran yang baik, yang

disampaikan sebagai nasihat. Sebagai pendidikan dan tuntutan sejak kecil.

Termasuk dalam dalam bidang al-mau‘izah hasanah ialah pendidikan ibu

bapa dalam keluarga terhadap anak-anaknya dengan menunjukkan

contoh-contoh yang baik, begitu juga contoh-contoh yang ditunjukkan

oleh guru-guru.

c) Jada bilhum bi al-lati hiya ahsan, yang bermaksud bantahlah dan

berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Apabila berlaku

konflik dan penentangan, hendaklah dipilih jalan yang sebaik-baiknya

iaitu dengan bermujadalah.

Ketiga-tiga pendekatan asas ini penuh dengan unsur-unsur psikologi, iaitu pendekatan

yang sesuai dengan jiwa dan fitrah manusia.

Salah satu matlamat dakwah ialah untuk mengubah sikap seseorang. Mengubah sikap

seseorang bukan perkara yang mudah.Namun sikap boleh dipengaruhi.Salah satu pendekatan

untuk mempengaruhi sikap ialah melalui pendekatan psikologi. Oleh itu, terdapat hubungan

yang rapat antara psikologi dan dakwah. Menurut Abd.Aziz Md Zin(1999), terdapat empat

kategori yang menggambarkan antara psikologi dan dakwah. Pertama, dari aspek matlamat

psikologi dan dakwah.Matlamat psikologi adalah untuk menjelaskan kedudukan sebenar

sesuatu tanggapan, mengagak dan mengawal tingkah laku (Morris,1979). Manakala menurut

Davidoff(1980), matlamat kajian psikologi adalah untuk memperihal, memahami,meramal

dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Matlamat dakwah pula adalah mengajak, menyeru,

memujuk dan mempengaruhi manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan

keburukan dalam kehidupannya sebagaimana dijelaskan oleh ayat al-Quran dalam surah Ali-

Imran:104.

Maksud: Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh

kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar.Mereka inilah orang-orang yang

beruntung.

8

Page 9: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa dari aspek matlamat dakwah dan psikologi ada unsur-

unsur persamaan.

Kedua, hubungan dalam konteks kepentingan psikologi mempengaruhi manusia.

Dakwah juga mengandungi unsur-unsur mempengaruhi orang lain. Dalam usaha untuk

mempengaruhi orang lain, memerlukan cara atau kaedah psikologi. Ketiga, hubungan dalam

konteks kepentingan psikologi dalam dakwah. Dakwah memerlukan pendekatan yang

berkesan dan sesuai untuk mengubah manusia. Oleh itu, pendakwah memerlukan kemahiran

tertentu dalam mewujudkan pendekatan yang berkesan.Salah satu cara ialah dengan

mempunyai ilmu psikologi. Al-Qardawi (1996), menjelaskan bahawa antara ilmu yang paling

berguna bagi pendakwah ialah ilmu psikologi kerana:

1. Menerangkan tanda-tanda dan hasil-hasil yang berfaedah kepada iman dan

penghayatan agama seseorang.

2. Menolong untuk memahami dalil-dalil agama dan tafsir yang sesuai dengan akal

semasa.

3. Boleh menambah maklumat untuk memahami rahsia hukum-hukum syarak yang

boleh membawa kepada keimanan.

4. Menolong pendakwah memahami jiwa sasaran, penumpuan dan cara mempengaruhi

jiwa sasaran dengan mudah.

Keempat, hubungan psikologi dan dakwah dalam konteks disiplin ilmu iaitu psikologi

dakwah. Psikologi dakwah merupakan dua gabungan perkataan iaitu antara psikologi dan

dakwah yang saling mempunyai hubungan antara keduanya.Psikologi dakwah membawa

maksud:

i. Dakwah mengikut cara psikologi

ii. Penggunaan psikologi dalam dakwah

iii. Dakwah melalui pendekatan psikologi

iv. Kajian jiwa manusia untuk dakwah (Abd.Aziz Mohd Zin,1999:58).

9

Page 10: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Psikologi dakwah juga boleh diertikan sebagai ilmu pengetahuan dan kajian terhadap

kejiwaan dan perwatakan manusia untuk kepentingan dakwah (Fariza, 2009). Oleh itu,

media yang merupakan satu medium dakwah yang penting amat berhubung rapat

dengan pendekatan psikologi dakwah. Ini kerana media mempunyai daya tarikan

psikologi yang cukup kuat dalam mempengaruhi pemikiran manusia.

Media diertikan sebagai alat atau perantara komunikasi (perhubungan) (Kamus Dewan,

1997) dan sebagai satu wasilah yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk

menyampaikan maklumat (Mohamad Sobri Haron, 2009). Dalam konteks perbincangan

media sebagai tarikan psikologi dalam dakwah bermaksud pendakwah dan institusi agama

harus mempunyai beberapa kemahiran dan ilmu yang berkaitan dengan media sama ada

media cetak dan media elektronik (komputer, radio, televisyen, audio visual dan lain-lain).

Oleh itu, pendakwah dan institusi agama perlu memahami perkembangan media, minat dan

kecenderungan masyarakat kepada media serta mengenalpasti keistimewaan media masa kini

yang mempunyai daya tarikan psikologi untuk digunakan tujuan dakwah.

Media Mempunyai Daya Tarikan Psikologi

Media cetak dan elektronik telah mendasari kepada perkembangan teknologi dan maklumat

(ICT). Perkembangan dalam ICT yang begitu pesat mendominasi pemikiran, sikap dan

karakter manusia. Dalam teori media massa yang telah dikemukakan oleh pengamal

komunikasi, Joseph T.Klapper, 1960 menyebut bahawa media massa bertindak untuk

menguatkan keadaan yang telah ada sehingga mempengaruhi dan boleh menukar sikap atau

karakter manusia (Abd.Hadi Borhan, 2009). Ini jelas menunjukkan bahawa media mampu

mempengaruhi psikologi dan pemikiran manusia dengan berkesan. Oleh itu, mahu atau tidak

pendakwah dan institusi agama sewajarnya memanfaatkan media untuk menyampaikan

dakwah kepada masyarakat kerana media yang berasaskan teknologi mempunyai kuasa

pengaruh yang tinggi pada masa kini. Mengapa media begitu berpengaruh dalam

masyarakat? Bagaimana pendakwah boleh mencontohi dengan menggunakan media

dalam aktiviti dakwah mereka?

Media begitu berpengaruh kepada psikologi manusia kerana perkara yang dihidang oleh

media mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang menepati dengan minat dan kecenderungan

manusia. Ini boleh dicontohi dan diaplikasi oleh pendakwah dan institusi agama dalam

menyusun aktiviti dakwah mereka. Antaranya ialah:

10

Page 11: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

a) Nyata dan jelas- Melalui penggunaan audio visual

Psikologi manusia memang mudah tertarik dengan sesuatu yang nyata dan jelas. Manusia

tidak suka kepada perkara yang samar dan sukar untuk ditanggapi oleh pancaindera. Itulah

sebabnya Miskawaih (1961) ahli psikologi Islam meletakkan akal yang rasional sebagai tahap

tertinggi dalam jiwa manusia kerana pancaindera sering keliru terutama kepada perkara yang

kurang nyata dan jelas. Dengan penggunaan media yang menggabungkan penggunaan deria

dan penglihatan, pemikiran boleh memproses maklumat dengan cepat bagi mencapai

pemahaman.

Oleh itu, apabila penggunaan media yang yang berasaskan ICT seperti televisyen, video,

audio visual, internet dan sebagainya begitu menarik perhatian manusia kerana ia mempunyai

ciri-ciri yang jelas dan nyata. Media boleh menyampaikan maklumat melalui lakaran,

gambar, sistem bunyi dan pelbagai lagi yang semuanya boleh ditanggapi oleh fikiran dengan

pantas dan menarik. Konsep jelas dan nyata telah diungkap oleh al-Quran dalam surah al-

Nahl: 35

Maksud: Maka tidak ada kewajipan ke atas Rasul-Rasul, selain dari menyampaikan agama

Allah dengan terang.

Merujuk kepada kepentingan dakwah mengikut perkembangan teknologi terkini,

Yusuf al-Qardawi turut memanfaatkan penggunaan internet dan televisyen sebagai medium

dakwahnya. Beliau mempunyai laman sesawang sendiri iaitu http://www.qardawi.net untuk

berbincang dan berdebat secara langsung dengan masyarakat. Beliau turut muncul sebagai

panel tetap di televisyen al-Jazeera dalam Program Sharia fi al-Haya (Abd.Hadi Borhan,

2009). Ini bermakna penggunaan media telah menepati konsep asas pendekatan dakwah

seperti yang terungkap dalam surah al-Nahl: 125.

Kesimpulannya, para pendakwah perlu menyampaikan dakwah secara jelas dan nyata

kerana psikologi manusia mudah tertarik dengan sesuatu yang brightness seperti mana yang

mampu dipaparkan melalui media.

11

Page 12: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

b) Perkara baru atau Pelik- Daya Pengaruh Yang Tinggi

Manusia mudah tertarik, terpegun dan terpengaruh dengan perkara yang baru dan pelik

(Abd.Aziz Mohd Zin, 1999). Kajian dari sudut sejarah dakwah Nabi-Nabi terdahulu,

masyarakat Arab begitu terpegun dengan ayat-ayat al-Quran yang begitu tinggi dari segi

balaghah, i’jaz, majazi dan isi kandungannya. Keistimewaan ini dianggap sebagai perkara

baru oleh masyarakat Arab kerana para penyair mereka yang terkenal sendiri tidak dapat

menandingi bahasa al-Quran. Ini bertujuan untuk melahirkan sesuatu yang baru dan pelik

kepada masyarakat supaya mereka mempercayai terhadap dakwah Islamiah yang dibawa oleh

Nabi Muhammad. Hasilnya, sehingga kini al-Quran dikagumi oleh manusia dan betapa

ramainya individu memeluk Islam kerana al-Quran termasuk Saiyyidina Umar al-Khattab

memeluk Islam kerana terpegun dengan ayat-ayat al-Quran.

Begitu juga dengan mukjizat para Nabi yang menjadi daya penarik ketika

menyampaikan dakwah seperti mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh berkomunikasi dengan

semut (al-Naml: 18-19), burung hud-hud, kuda angin, jin dan syaitan (surah al-Anbiya’:80-

81, surah Saba’:10-11 dan surah Sad:31-33 dan 36-38). Kejayaan dakwah Nabi Sulaiman

berdakwah dengan memanipulasi psikologi manusia dengan mukjizat komunikasinya

sehingga beliau berjaya mengambil alih pemerintahan Negara Saba’ serta mengislamkan

pemerintahnya ketika itu iaitu Puteri Balqis.

Masa sekarang, kecanggihan teknologi media memang sesuatu yang baru dan

mengkagumkan masyarakat. Rata-rata masyarakat dunia termasuk di Malaysia begitu

terpegun dengan ICT. Suatu ketika dulu, masyarakat Melayu begitu terpegun dengan

teknologi kapal korak, keretapi, kini mereka terpegun dengan teknologi maklumat. Ini dapat

dibuktikan apabila beberapa kajian menunjukkan bahawa pengguna internet di Malaysia

bertambah berlipat ganda setiap tahun. Laporan Statistik Langganan Internet pada tahun 2007

melaporkan sebanyak 11.7 juta penduduk yang menggunakan secara langganan dial-

up.Manakala 1.2 juta menggunakan kemudahan teknologi secara jalur lebar(Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia,2007).

Golongan yang terdedah dengan maklumat di internet pula, selain daripada golongan

remaja ialah golongan profesional. Ini berdasarkan kepada kajian Rahmah Hashim & et

al(1999) yang bertajuk Difusi Internet di Kalangan Pengguna Awal di Lembah Klang,

12

Page 13: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

mendapati antara pengguna awal internet ialah individu yang berpendidikan tinggi, bekerja

sebagai professional, pengurus dan pentadbir serta ahli akademik.

Golongan muda merupakan golongan yang begitu teruja dan terpegun dengan media

baru ini. Dalam satu kajian yang dilakukan di Lembah Klang (The Star,Mei 1997),

menunjukkan bahawa golongan muda banyak terdedah kepada media seperti televisyen 14.6

jam seminggu, video 3.4 jam seminggu, computer 4.1 jam seminggu, radio 16.3 jam

seminggu, akhbar 7.1 jam seminggu dan buku & komik 4.7 jam seminggu.

Keghairahan masyarakat terhadap teknologi media ini dibuktikan apabila terdapat

lebih 4000 laman baru dihasilkan setiap hari dan dipaparkan di World Wide Web (WWW)

(Sabariah Sheikh Hassan,2008). Penggunaan media bentuk baru bukan terhad kepada laman

sosial sahaja, tetapi telah merangkumi semua aspek hidup manusia seperti ekonomi dan

perniagaan, politik, pendidikan dan agama. Oleh itu, dakwah Islamiah perlu disampaikan

melalui teknologi ini kerana ia sesuatu yang baru dan masyarakat lebih mudah terpengaruh

dengan perkara baru.

c) Bertepatan dan sesuai dengan perkembangan semasa- Pantas dan berkesan

Sesuatu yang berlaku ketika masa yang sesuai dan kena pada waktunya, akan mudah menarik

perhatian manusia (Abd.Aziz Md.Zin, 1999). Contohnya, masyarakat Islam akan membeli

makanan dengan banyak dalam bulan Ramadhan untuk berbuka puasa kerana ketika itu,

mereka merasa lapar dan dahaga. Dakwah pada zaman Rasulullah s.a.w banyak

menggunakan cara ini. Kajian menunjukkan bahawa ayat-ayat al-Quran yang diturunkan

adalah secara beransur-ansur dan mengikut keperluan ketika itu yang dikenali sebagai asbab

al-nuzul. Itulah sebabnya, dakwah mampu menarik perhatian masyarakat ketika itu kerana ia

dapat menyelesaikan masalah masyarakat dengan pantas dan berkesan.

Media baru seperti penggunaan internet, segala maklumat dan komunikasi boleh

berlaku dengan pantas dan berkesan. Ini memang sesuai dengan perubahan sosial masyarakat

hari ini yang berasaskan kepada ICT. Sesuatu yang pantas dan cepat adalah disukai oleh

masyarakat kerana ia sesuai dan bertepatan dengan situasi semasa. Itulah sebabnya

penggunaan internet amat popular pada hari ini.

13

Page 14: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Menurut laman web Facebook, pengguna dari Malaysia berjumlah 6.7 juta dan

menduduki tangga ke 17 dari 187 negara di belakang Chile, Australia dan India. Ini bermakna

sekitar 1/3 rakyat Malaysia merupakan pengguna Facebook yang merupakan salah satu laman

web sosial yang popular buat masa ini. Jumlah pengguna yang semakin bertambah

disebabkan internet merupakan medium komunikasi yang menggabungkan semua ciri dan

keistimewaan media konvensional yang lain. Ini telah menjadikannya sebagai medium

komunikasi baru yang penting pada abad ini. Lebih dari itu, internet telah mendominasi

kehidupan masyarakat pada hari ini bermula dari pembangunan ekonomi kepada

penyelesaian konflik, dari demokrasi kepada kegiatan keganasan, dari pendidikan kepada

pembangunan sosial dan dari pembangunan teknologi kepada politik global yang dinamik. Ini

kerana ia telah menjadi sebahagian daripada keperluan penting dan sesuai dengan manusia

pada hari ini. Persoalannya ialah bagaimana menjadikan medium ini sebagai bahan

tarikan muda-mudi untuk lebih mengenali Islam dan menyertai discourse berkaitan

Islam di dalam internet?

Cadangan dan Rumusan

Merujuk kepada penggunaan media begitu meluas dan telah menjadi sebahagian keperluan

masyarakat, satu tindakan proaktif perlu dilakukan oleh pihak institusi agama yang

berkuasa dan berautoriti dalam mengawal dan menapis sistem media di Malaysia. Aspirasi

Negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang akan terganggu sekiranya penggunaan

media tidak dipantau, dikawal dan ditapis. Restorasi dan transformasi media perlu dilakukan

segera dan secara praktikal sekiranya ingin melonjakkan martabat ummah. Perkara ini telah

terbukti apabila Akademi Fantasia menjadi kegilaan, kita redakan dengan Akademi al-Quran,

dan Program Mentor kita tenggelamkan dengan Program Imam Muda. Usaha-usaha ini harus

diperbanyakkan dan memang masyarakat sentiasa bersedia menerimanya, seperti pepatah

Melayu kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kita masih menanti kemunculan TV Islam

seperti yang pernah diwar-warkan suatu ketika dulu.

Oleh itu, kertas ini mencadangkan dua perkara yang perlu dilakukan oleh pihak yang

berautoriti sementara kita masih mempunyai kuasa.

14

Page 15: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

a) Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Jabatan-Jabatan Agama

Negeri perlu mewujudkan Badan Penasihat Media yang berautoriti(jika boleh terus

diletakkan di bawah kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu) untuk memberi nasihat, mengawal

dan menapis bentuk media baru agar maklumat yang dihidangkan kepada masyarakat adalah

yang bermanfaat dan berfaedah. Badan Penasihat Media ini hendaklah menggabungkan

pakar-pakar dalam bidang agama, universiti, media dan ICT dengan diketuai oleh pakar

bidang agama. Badan Penasihat Media berfungsi sebagai rujukan, pembimbing, pengawal

dan penapis kepada pengamal media seperti stesen TV dan Radio, penulis skrip dan penerbit

drama dan filem, pengaturcara ruang siber dan laman-laman web, penulis dan pemberi

maklumat serta topik-topik perbincangan dalam blog dan internet dan lain-lain aktiviti media

agar ia bertepatan dengan akidah dan syariat Islam. Contohnya, drama-drama dari Indonesia,

jika dilihat sekali lalu seolah-olah membawa mesej serumpun iaitu Melayu.Tetapi Melayu

Indonesia tidak sama dalam konteks Malaysia, Melayunya adalah Islam. Oleh itu, tema dan

jalan cerita yang dipaparkan sebenarnya jauh menyimpang dari budaya Melayu Islam di

Malaysia. Sekiranya, masih tidak wujud institusi agama yang berautoriti yang mengawal

penayangan media seperti ini, yakinlah bahawa generasi kita pasti begitu terpengaruh dengan

budaya dan cara hidup seperti itu.

b) Jabatan Agama dengan kerjasama kepakaran dalam bidang media perlu

mewujudkan engine laman web sosial sendiri sepertimana laman web facebok dan

Friendster. Masyarakat Islam seluruh dunia seharusnya diberikan alternatif sepertimana kita

telah mempunyai alternatif dalam sistem perbankan dan kewangan Islam. Bukan sahaja

impak dari segi agama dan moral tetapi juga dari segi ekonomi. Pembina engine facebook

merupakan antara 10 jutawan muda terkaya di dunia.Dalam konteks Malaysia, sebenarnya

kita telah mempunyai lawan web sosial seperti facebook yang telah dibangunkan oleh

sekumpulan Melayu Islam iaitu newpaces. Sambutannya belum sehebat facebook kerana

mungkin promosi tidak cukup untuk menarik perhatian pengguna internet, namun begitu

sekurang-kurangnya usaha ke arah tersebut telah bermula.

Justeru, Pihak berkuasa Agama dengan dukungan Raja-Raja Melayu haruslah

dimantapkan bidangkuasanya bukan sahaja hal yang berkaitan dengan kekeluargaan dan

perkahwinan, tetapi juga hal yang berkaitan dengan pelaksanaan media di Malaysia. Saya

yakin dengan usaha gigih serta kerjasama kepakaran, cita-cita murni kita untuk melihat

15

Page 16: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

perkembangan media di Malaysia yang mempunyai nilai moral dan akhlak yang menghayati

falsafah Negara Islam tercapai.

Rujukan

Al-Quran

Abd.Hadi Borhan.2009. Pola Pendedahan Internet dan Impaknya Terhadap Kefahaman Islam di Kalangan Ahli Akademik di UKM dan USIM. Disertasi Sarjana, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,FPI UKM.Bangi:UKM

Abd.Aziz Mohd Zin.1999.Psikologi Dakwah.Kuala Lumpur: JAKIM

Rahmah Hashim & et al.1999. Difusi Internet di Kalangan Pengguna Awal di Lembah Klang.Beberapa Penemuan Awal.Prosiding Seminar Penyelidikan Komunikasi.Bangi:Jabatan Komunikasi UKM.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.2007.

Mohamad Sobri Haron.2009.Konsep dan Falsafah Islam dalam Media.Dlm.Komunikasi di Malaysia Suatu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari.Mohd Safar Hasim & Zulkiple Abd.Ghani (pnyt.)Institut Islam Hadhari, UKM.

Al-Qardawi.1996.Thaqafah al-Da’iyah.Kaherah.

Morris,Charles,G.1979.Psychology:An Introduction.New Jersey:PHI.

Davidoff, Linda L.1980.Introduction to Psychology.New York:MGHBC.

Fariza Md.Sham.2009.Kemahiran Psikologi Dalam Dakwah Kepada Remaja.Kertas Kerja Seminar Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan, 10-12 Mac 2009 di UTM Skudai Johor.Anjuran Pusat Islam, UTM.

Hamka, Abdul Malik Karim Amirullah.1999.Tafsir al-Azhar, Juz.5.Singapura:Pustaka National Pte.Ltd.

Kamus Dewan.1997.Kuala Lumpur:DBP

Miskawaih .1961. Tahdhib al-Akhlaq. Hassan Tamim (pnyt). Beirut: Mansyurah Dar Maktabah al-Hayah

Abu Bakar Abdul Majeed & Siti Fatimah Abdul Rahman.Multimedia dan Islam.Kuala Lumpur:IKIM.

16

Page 17: Media Sebagai Tarikan Psikologi Dalam Dakwah.doc-perak

Sabariah Sheikh Hassan.2008.Pengaruh Internet Terhadap Kefahaman Agama Islam di Kalangan Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi UKM.Projek Ilmiah, Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,FPI UKM.

Mohd Napiah Abdullah.1989.Ikhtisar Sejarah Perkembangan dan kaedah Penyusunan Hadith. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan pustaka.

Suhaimee Saahar@Saabar. 2008. Isu-isu utama sebelum, semasa dan selepas PRU 12: Satu

analisis kandungan blog-blog politik Malaysia terpilih. Jebat, 35, 81-96.

Bangi:Penerbit UKM.

Lister, Martin., Dovey, Jon., Giddings, Seth., Grant, Iain., Kelly, Kieran. 2007. New media: a

critical introduction. London: Routledge.

George, Cherian. 2003. The Internet and the Narrow Tailoring Dilemma for “Asian”

Democracies. The Communication Review, 6(3); 247-268.

The Star. Mei 1997.

17