sabak bernam, selangor (tarikan pelancongan)

32
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN: SEJARAH SELANGOR 1-2 MAKNA : BENDERA JATA / LAMBANG PETA NEGERI SELANGOR 3-5 TEMPAT MENARIK DI SELANGOR 6-21 STATISTIK: TABURAN BANGSA (PBT) UJURAN PENDUDUK (JANTINA) (WARGANEGARA) PERATUSAN PENDUDUK (PBT) 22-25 BUKIT MELAWATI 26-30 PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN 0

Upload: pengeranzumar

Post on 10-Jun-2015

4.822 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN:

SEJARAH SELANGOR1-2

MAKNA :

BENDERA

JATA / LAMBANG

PETA NEGERI SELANGOR 3-5

TEMPAT MENARIK DI SELANGOR 6-21STATISTIK:

TABURAN BANGSA (PBT)

UJURAN PENDUDUK (JANTINA)

(WARGANEGARA)

PERATUSAN PENDUDUK (PBT)

22-25

BUKIT MELAWATI 26-30

KESIMPULAN31

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

0

Page 2: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

SEJARAH SELANGOR

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas

kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam.

Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar

upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100

tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan

penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk

kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini.

Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk

memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik

ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor

dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu

Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.

Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan

seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala

Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada

Putrajaya pada 1995.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

1

Page 3: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling

banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri

maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

2

Page 4: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MAKNA BENDERA NEGERI SELANGOR

Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang keempat,

Sultan Abdul Samad (1859-1898). Satu per empat bahagian bendera terdiri daripada

warna kuning dan merah, manakala logo Negeri Selangor dan bintang memberi erti

negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning juga adalah melambangkan

warna DiRaja.Merah pula bermaksud keberaniaan rakyat di Selangor. Lima bucu

bintang membawa erti mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari

semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan mengerjakan haji di

Baitullah.  

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

3

Page 5: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MOTO NEGERI SELANGOR

" Selangor Dipelihara Allah "

MAKSUD LAMBANG NEGERI SELANGOR

The emblem of Selangor again echoes these themes. It consists of an upright spear

standing in the centre, flanked by two keris. These represent the state regalia. Around

these is entwined the Jawi (Arabic) inscription spelling the word "Selangor" in the yellow

colour of royalty. Underneath this stylised entwining script is the motto in red Jawi script,

"Dipelihara Allah" - In God's Protection.

The yellow star and crescent again depict the state religion of Islam and the five Pillar of

Faith. Below this is the sash or "tali bengkung" as worn by the Malay warriors of yore.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

4

Page 6: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

PETA NEGERI SELANGOR

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

5

Page 7: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BUKIT MELAWATI

Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi.

Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai

Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan

Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.

Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas

perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang,

Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang

juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang

Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.

Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi

nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun

selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato’

Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari

Pahang menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

6

Page 8: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum

matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa pada tahun

1874, kota ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa perang.

Panduan ke lokasi :

Dari Klang, ambil bas ke Kuala Selangor yang ada setiap 20 minit dengan

tambang RM2 sementara dari Stesen Bad Puduraya Kuala Lumpur, perjalanan dengan

bas akan mengambil masa satu jam dengan tambang RM4.90. Ambil teksi dari Kuala

Selangor untuk ke lokasi.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

7

Page 9: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

ZOO NEGARA

Harga Tiket :-

Kanak-kanak dan Warga Emas                          - RM 6

Kombo Keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak) - RM 40

Pelajar Sekolah beruniform                                 - RM 4

Bagi setiap pelajar yang melawat zoo, 1 guru hanya membayar RM 6

(2 tiket dewasa percuma jika kunjungan pelajar melebihi 20 orang)

Waktu Pembukaan :-

Hari Biasa       - 9 pagi - 5 petang

Sabtu, Ahad dan cuti umum  - 9 pagi - 10.30 malam

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

8

Page 10: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Pertunjukan :-

Aneka Haiwan  - 11 pagi dan 3 petang (Jumaat 3.30 petang)

Haiwan  Malam - 8.30 malam

Pengenalan Zoo Negara

Zoo negara merupakan zoo pertama di Malaysia dan telah mula beroperasi pada tahun

1963. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia. ia memiliki

pelbagai koleksi binatang dari seluruh pelusuk dunia. Selain daripada mempamerkan

pelbagai jenis binatang, pihak zoo turut memberi fokus kepada empat (4) bidang utama

yang lain iaitu :- Pemuliharaan, pendidikan, kajian dan rekreasi. Zoo negara juga

merupakan sumber penting kepada semua pelawat dari dalam dan luar negara.

Zoo negara terletak di Hulu Kelang lebih kurang 13Km dari Kuala Lumpur. Ia

menempatkan sebanyak 4,000 jenis binatang dari 400 spesis merangkumi spesis burung,

ikan, mamalia dan reptilia. Zoo negara biasanya menjadi tumpuan ramai pada hujung

minggu dan ketika cuti umum. Selain daripada dapat menyaksikan pelbagai jenis

binatang dan juga persembahan orang utan dan singa laut, kanak-kanak juga berpeluang

untuk mencuba pengalaman menunggang kuda, unta dan gajah.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

9

Page 11: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Ruang riadah yang luas di sekitar tasik juga amat sesuai untuk akitiviti riadah

bersama keluarga. Antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan dengan keluasan

sebanyak 25 hektar ini ialah restoran-restoran dan perkhidmatan menaiki kereta api mini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi  -   603-4108 3422

Atau layari laman web Zoo Negara Malaysia - http://www.zoonegara.org.my

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

10

Page 12: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BATU CAVES

Batu Caves merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di

Malaysia terutama ketika sambutan festival Thaipusam. Festival ini berjaya menarik

minat seramai 800,000 penganut dan penonton di mana tarikan utama ialah untuk

menyaksikan para penganut Hindu membawa Kavadi, sejenis besi yang dicucuk pada

badan mereka.

Bertempat hampir 100m di atas tanah, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada 3

gua utama dan beberapa gua kecil lain. Gua terbesar merujuk kepada Gua Kuil di mana

silingnya mencecah sehingga 100 m tinggi. Untuk sampai ke kuil, para pengunjung

hendaklah menaiki tangga yang terdiri daripada 272 anak tangga.

Di bawah Gua Kuil ialah Gua Gelap yang terdapat panorama batu yang sangat

menakjubkan serta beberapa jenis binatang yang tidak terdapat di tempat lain.Stalagtit

pada siling gua dan stalagmit dari lantai gua kelihatan seperti langsir pada gua.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

11

Page 13: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Pembentukan batu-batu dan mutiara gua mengambil masa sehingga beribu-ribu tahun

untuk terbentuk. Persatuan Alam Semulajadi Malaysia selalu menganjurkan program

pendidikan dan lawatan ke Gua Gelap.

Satu lagi gua utama ialah Guar Galeri Seni yang terletak di bawah anak tangga

gua.  Tugu dan lukisan dinding mengenai agama Hindu dan mitologi dipaparkan di sini.

Perjalanan masuk ke sini memberi pengalaman menarik kepada pengunjung dengan

melalui tasik dan kolam yang menarik.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

12

Page 14: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MORIB BEACH

Keterangan Lokasi: Pantai Morib merupakan persisiran pantai terdekat dengan Lembah

Klang dan telah dijadikan sebagai antara lokasi percutian utama. Kawasan pesisir pantai

yang luas menjadikannya tempat tumpuan kebanyakkan keluarga untuk beriadah. Antara

tarikan lain yang ada di sini ialah zoo mini, tempat pemuliharaan burung-burung serta

kawasan latihan golf. Gerai-gerai makanan juga banyak terdapat di sini sebagai

kemudahan kepada para pengunjung.

Alamat Lokasi : Hotel Sri Morib,

Jalan Banting-Sepang,

40000 Morib,

Selangor, Malaysia.

Tel : (603) - 858 1732

Fax: (603) - 858 1125

Waktu Operasi : 

Dibuka setiap hari

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

13

Page 15: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BAGAN LALANG BEACHKeterangan Lokasi: Pantai Bagan Lalang dibangunkan sebagai kawasan

tumpuan pelancong utama di Daerah Sepang memandangkan lokasinya berada

berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Alamilah suasana sunyi dan tenang pantai ini bersama rakan-rakan dan keluarga

anda. Hotel dan beberapa chalet dengan harga yang berpatutan turut disediakan bagi para

pengunjung yang berhasrat untuk menginap di sini.

Pantai Bagan Lalang sangat terkenal dengan ikan bakar dan barbeku. Restoran

yang menghidangkan pelbagai hidangan ikan dan makanan laut lain ini di buka sehingga

larut malam bagi memenuhi permintaan para pengunjung dan pelancong yang semakin

meningkat.

Alamat Lokasi : Pejabat Daerah Sepang,

Bangunan Tun Aziz,

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

14

Page 16: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTANSaksikanlah keajaiban ciptaan semula jadi di Kampung Kuantan, sebuah kampung

agri-kultur terletak 9 km dari Bandar Kuala Selangor. Kampung ini sangat terkenal

dengan kewujudan kelip-kelip yang bercahaya terutama pada waktu malam, yang boleh

anda saksikan apabila menaiki bot atau sampan untuk menyusuri sungai. Di sini anda

akan menemui jawapan kepada misteri alam di mana terdapat banyak lokasi hinggapan

kelip-kelip di sini. Dikatakan terdapat dua tempat di dunia ini yang mempunyai keajaiban

misteri kunang-kunang dan salah satunya ialah Kampung Kuantan.

Pada hari ini, Kampung Kuantan sangat tekenal kepada pelancong tempatan dan

antarabangsa kerana keunikan warisannya iaitu kelip-kelip yang berkelip-kelip hinggap

pada spesis pokok bakau, yang dipanggil pokok berembang. Pokok Berembang atau

nama spesifiknya ‘Sonneratia Caselaris’ ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar di

sepanjang tebing Sungai Selangor. Pokok ini memerlukan persekitaran lembap dan

berpaya untuk hidup. Pokok Berembang merupakan faktor penting kepada kewujudan

kelip-kelip ini kerana ia memberi sumber makanan kepada mereka. Kelip-kelip akan

menyedut cecair daun pokok berembang untuk dijadikan makanan.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

15

Page 17: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Panduan ke lokasi :

Dari Klang, ambil bas yang ada setiap 20 minit ke Kuala Selangor dengan tambang RM2

sahaja sementara dari Stesen Bas Puduraya, Kuala Lumpur, perjalanan menaiki bas akan

mengambil masa selama sejam dengan tambang RM 4.90. Ambil teksi dari Kuala

Selangor untuk ke lokasi.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

16

Page 18: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM

Warisan dan artifak negeri akan hilang sekiranya tidak diberi penjagaan secara

rapi. Menyedari situasi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Muzium

Selangor sebagai lembaga yang bertanggungjawab dalam hal ini. Muzium Alam

Shah terletak di tengah Pusat Bandar Selangor dan telah dibuka secara rasmi pada 2

september 1989. Pembukaan muzium ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahudin

Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor ketika itu. Nama Muzium ini diambil sempena

nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj. Terdapat

sebanyak enam dewan pameran yang mempamerkan pelbagai koleksi dan artifak yang

berkaitan dengan sejarah, budaya dan warisan semula jadi negeri Selangor.

Bagi tujuan merekod pelbagai peristiwa sejarah Negeri Selangor, Muzium Sultan

Alam Shah telah memperuntukkan satu tempat istimewa yang dipanggil Balai Sejarah.

Ianya dibahagi kepada banyak bahagian bermula dari permulaan peradaban manusia di

Selangor diikuti dengan evolusi pelbagai era seperti Portugis, Belanda, Inggeris, tempoh

darurat, pemerintahan Jepun sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Persoalan asas

mengenai Selangor turut dipaparkan di Balai Sejarah. Antaranya termasuklah berkenaan

bendera negeri, peta, lambang, lagu, dan tokoh negeri Selangor seperi Leftenan Adnan

dan ramai lagi.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

17

Page 19: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Waktu operasi :

Monday                      :            Tutup

Selasa - Khamis          :            9:30 pagi - 5:30 petang

Jumaat                        :           9:30 pagi- 12:00 tengah hari &

                                                 2:45 petang - 5:30 petang

Sabtu, Ahad dan

cuti umum                     :            9:30am - 5:30pm

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

18

Page 20: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Lebih dikenali sebagai "Masjid Biru" (Blue Mosque), Masjid Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah merupakan salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara, dengan kapasiti

muatan seramai 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai antara

menara dan kubah tertinggi dunia. Strukur pembinaan tiga peringkat menggabungkan

elemen seni bina Islam dan Melayu. Dewan solat utama yang keseluruhannya berkapet

dan berhawa dingin merupakan salah satu dewan solat terbesar di dunia yang meliputi

dua paras dimana galeri teratas dijadikan sebagai dewan solat wanita. Tingkat kedua

merupakan galeri manakala tingkat bawah menempatkan pejabat pentadbiran, bilik

seminar, perpustakaan, penyambut tetamu dan bilik kelas. Kubah biru dan perak dengan

diameter 51.2m dan ketinggian 106.7 m kelihatan sangat cantik dan merupakan kubah

masjid tertinggi di dunia.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

19

Page 21: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Kubah masjid ini dihiasi dengan empat menara setinggi 142.2 m menjadikannya

sebagai yang tertinggi di dunia seumpanyanya. Untuk kawasan dalaman masjid pula,

perhatian rapi diberi ke atas perhiasan menggunakan tulisan khat (Kaligrafi Arab) pada

lengkungan dalam kubah dan juga pada dinding Dewan Solat utama. Kaligrafi ini

dihasilkan oleh pelukis kaligrafi Arab terkenal iaitu Shiekh Abdel Moneim Mohamed Ali

El Sharkawi dibantu oleh bebrapa pereka tempatan yang lain.

Ukiran kayu mimbar masjid pula dihasilkan oleh pakar ukir dari Kelantan yang

juga telah banyak menghasilkan corak ukiran di kebanyakkan masjid lain di negara ini.

Kekisi aluminium merupakan satu lagi ciri-ciri yang dapat dilihat pada dinding,

pintu keluar masuk dan tingkap masjid. Pada lapisan akhir, ia dilengkapkan dengan kaca

berwarna lembut bagi membenarkan kemasukan cahaya. Ini ditonjolkan lagi dengan

siling tinggi yang dibarisi dengan kayu segitiga dari jenis balau merah dan kayu ramin

yang dibuat mengikut gaya 'criss-cross'.

Panduan ke lokasi :

Dari Stesetn Bas Klang, Kuala Lumpur, Ambil bas Park May no. 222 atau Bas

Intrakota no. 338 (Tambang kedua-duanya ialah RM2) dan berhenti di Komplek PKNS.

Dari sini ambil teksi untuk ke lokasi.

Selain itu boleh juga menaiki KTM Komuter dan berhenti di Stesen Shah Alam. Dari

stesen komuter Shah Alam ambil teksi atau bas mini untuk ke Komplek PKNS.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

20

Page 22: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

21

Page 23: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

STATISTIK PENDUDUK SELANGOR

31/JUL/2006

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

22

Page 24: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

1/OGOS/2006

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

23

Page 25: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

1/OGOS/2006

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

24

Page 26: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

1/OGOS/2006

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

25

Page 27: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BUKIT MELAWATI

Pemilihan lawatan satu hari kami adalah di Bukit Melawati di Daerah kuala

selangor. Berdasarkan catitan sejarah, Kuala Selangor telah mempunyai penempatan

kediaman sejak awal kurun Masihi ke 16 lagi. Kawasan seperti Jeram, 10 batu ke

Permatang, seberang Sungai Selangor juga telah wujud. Tempat-tempat ini adalah

dibawah takluk Empayar Melaka dan seterusnya di bawah Empayar Johor. Namun pada

akhir kurun ke 17M orang-orang bugis telah menguasai tempat-tempat ini. Pada tahun

1857, pembesar-pembesar dan penduduknya serta pembesar Klang telah bersatu dan

seteusnya telah menubuhkan sebuah kerajaan di Negeri selangor. Raja Lumu (anak Raja

Bugis) telah dilantik menjadi Raja Selagor yang pertaman.

Sejak itu, Kuala Selangor telah menjadi pusat pemerintahan Negeri Selangor

sehingga tahun 1857. Kemudian pemerintahan telah berpindah ke Jugra seterusnya ke

Klang. Namun begitu, Kuala Selangor terus memainkan peranan penting dalam sejarah

negeri Selangor dimana daerah ini telah beberapa kali menjadi medan pertempuran yang

melibatkan pihak Belanda dan seterusnya pihak Inggeris. Mengikut sejarah Bukit

Melawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahin (Julai 1784).

Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrhim dengan bantuan adindanya Dato’

Pengawa Permatang Mahabijaya (Pengawa Tua) dan Bendahara Abd. Majid Pahang,

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

26

Page 28: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

telah menghalau Belanda dalam tempoh 1 malamm sahaja. Serangan yang bermula

selepas waktu isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyising.

Aktiviti:

Jam 9.30am

Tangga Seratus:Kami mendaki Bukit Melawati ini dengan mengunakan

tangga seratus ini dari pekan Kuala Selangor. Jika kita menuruni tangga seratus ini hingga ke hujungnya, kita akan menemui tempat yang dikenali Pengkalan Batu Buruk.

Jam 9.50am

Perigi Beracun:Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan

miang rebung. Airnya diisi hingga e paras dagu pada para pendehaka sajaha. Dijadikan tempat penyeksaan kepada pendehaka. Berhadapan dengan Muzium Kuala Selangor.

Jam 10.10am

Tempat Melihat Anak Bulan:Bangunan ringakas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal, dan Hari Raya haji.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

27

Page 29: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Jam 11.00am

Busut Malawati:Terletak kira-kira 80 ela di hadapan pintu kota. Terdapat

pohon sena yag kini telah berumur 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Jam 11.25am

Batu Hampar:Terletak di tengah-tengah pintu masuk Kota Melawati, di

atasnya satu busut besar kira-kira 5 x 5 x 11/2 kaki. Lagendanya: tempat memancung kepala penderhaka- satu riwayat di batu ini: seorang gadis istana yang berzina telah dipenggal kepala dan darahnya telah disiram dikeliling istana

Jam 11.55am

Makam Anak Dara:Lagendanya: Gadis warak yang dipaksa, pada hari

perkhawinannya beliau menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak dara melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu

sebuah makam didirikan.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

28

Page 30: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Jam 12.25pmMakam Diraja:

Makam Diraja Selangor terdiri daripada 3 makam iaitu1. Sultan Salahuddin (1742-1778)2. Sultan Ibrahim (1778-1826)3. Sultan Mahmud (1826-1857)

Jam 12.55

Meraiam Penggawa:Meriam ini sentiasa dibalut dengan kain kuning. Terletak

didalam makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya PETOI BOGA atau PUTERI PUTIH.

Jam 1.30pmTelaga Tujuh:

Asalnya telaga yang mempunyai 7 punca mata air yang tidk pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja- yang lain telah terkambus. Ada yang mengunakan air telaga ini untuk membayar niat.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

29

Page 31: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Kesimpulan disini

adalah Negeri Selangor

tidak kurang hebatnya dalam

industri pelancongan di Malaysia secara

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

30

Page 32: Sabak Bernam, Selangor (Tarikan Pelancongan)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

amnya. Negeri Selangor Ynag sudah cukup banyak tempat Manarik yang boleh menarik

lebih ramai pelancong datang untuk melancong ke Selangor secara khasnya, serta

Malaysia secara amnya.

Walaupun, Selangor dikategorikan sebagai “Urban” ataupun bandar taapi tempat

tarikannya tidak tertumpu pada pusat bandar malah di luar bandar seperti di Kampung

Kuantan di Kuala Selangor Ataupun di Bukit Malawati.

Secara amnya Selangor berpotensi untuk memajukan industri pelancongan di

Malaysia secara khususu nya di mata dunia.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006SELANGOR DARUL EHSAN

31