majlis restu ilmu pmr 2012

4
TEKS PENGERUSI MAJLIS RESTU ILMU SMKPd 2012 ATUR CARA PERKARA CATATAN KETIBAAN TETAMU Bismillah.... Assalamualaikum wbt Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan Yang dihormati Tn Hj Abd Majid b Mohammad YDP PIBG SMKPd Yang berusaha En Zulaffandi B Ahmad Pengetua SMKPd Yang dihormati Pn Zuraida Bt Muhammad GPK Pentadbiran En Rafidi b Abd Jabar GPK HEM EN Nazarudin b Mohd Yusof GPK Kokurikulum AJK-AJK PIBG, guru-guru Penolong Kanan, warga pendidik SMKPd, dan yang dikasihi – para pelajar sekalian. Ucapan MC Alhamdulillah terus dipanjatkan, Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan ’innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan ’aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan, Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

Upload: inarannia

Post on 05-Dec-2015

275 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Restu Ilmu Pmr 2012

TEKS PENGERUSI MAJLIS RESTU ILMU SMKPd 2012

ATUR CARA PERKARA CATATANKETIBAAN TETAMU

Bismillah....

Assalamualaikum wbt

Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan

Yang dihormatiTn Hj Abd Majid b MohammadYDP PIBG SMKPd

Yang berusahaEn Zulaffandi B AhmadPengetua SMKPd

Yang dihormatiPn Zuraida Bt MuhammadGPK Pentadbiran

En Rafidi b Abd JabarGPK HEM

EN Nazarudin b Mohd YusofGPK Kokurikulum

AJK-AJK PIBG, guru-guru Penolong Kanan, warga pendidik SMKPd, dan yang dikasihi – para pelajar sekalian.

Ucapan MCAlhamdulillah terus dipanjatkan,Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,Beserta izin dan ’innayahNya jua,Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa,Dianugerahkan ’aqal kita dengan kewarasan,Fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semuaBagi menjayakan kemurnian agenda

MAJLIS RESTU ILMU PMR 2011

Hadirin hadirat yang dimuliakan

Program restu ilmu dijalankan sebagai satu usaha ke arah mewujudkan kerjasama yang berterusan di

Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

Page 2: Majlis Restu Ilmu Pmr 2012

antara ibu bapa, guru dan pelajar SMKPd (calon-calon PMR) ke arah melahirkan generasi berilmu, berkualiti, berdaya saing dan berhemah tinggi. Demi memartabatkan SMKPd dalam kecemerlangan akademik .

Bacaan Doa Demi memberkati majlis kita pada pagi ini,Marilah kita semua,Selaku insan kerdil sifat dan upaya,Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Ustaz Rasdi bin Mohd YUsof

Tampil seketika untuk memimpin bacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,Menambah tautan kemesraan,Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Ucapan Wakil Pelajar

Kreatif ,proaktif bijak mengiraPuitis puisi kemahiran bergandaPeluang diberi pembuka kataHati pelajar ingin berbicara

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Saudara Mohd Zubir bin Kamazlan untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili seluruh Pelajar T3 SMKPd 2012. Dipersilakan

(ucapan Wakil)

Terima Kasih Diucapkan kepada saudara Mohd Zubir

Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

Page 3: Majlis Restu Ilmu Pmr 2012

bin Kamazlan atas ucapan yang sungguh bermakna sebentar tadi.

Ucapan Wakil Guru

Bukan guru sebarang guruGuru berjuang bagai pahlawanBukan ilmu sebarang IlmuIlmu dicurahkan masa dikorbankan

Untuk itu,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn Kamariah binti Abdullah mewakili semua guru-guru SMKPd bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(ucapan guru)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan Pengetua Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bukan keris tanpa hulunyaBukan majlis tanpa terajunya

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Zulafandi B Ahmad Pengetua SMKPd bagi menyampaikan ucapan beliau.Dipersilakan.

(ucapan pengetua)

Pohon seroja dilindung awan,Bunganya mekar kembang serasi,Terima kasih buatmu tuanUcapan bermakna penuh motivasi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua, atas ucapan itu tadi.

Penyampaian hadiah

Hadirat hadirat sekalian

Majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman. Diminta hadirin untuk berdiri.

Majlis menjemput semua pelajar Tingkatan 3 untuk naik ke pentas bagi mendapat restu semua guru dan ibu bapa.

Penutup Dengan berakhirnya acara bersalam-salaman itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Akhir kata dari kami,

Bunga seroja di atas para,

Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

Page 4: Majlis Restu Ilmu Pmr 2012

Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.

Wabillahitaufik.....wassalamualaikum....

Pengumuman

Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012