majlis kebangsaan pengiktirafan kelulusan...

26
MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DISEDIAKAN OLEH URUS SETIA MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN BUKU PANDUAN MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DISEDIAKAN OLEH URUS SETIA MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

BUKU PANDUAN

MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Page 2: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

1

ISI KANDUNGAN

1. LATAR BELAKANG .................................................................................................................................. 1

2. MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK) ................................................................ 1

3. VISI ........................................................................................................................................................ 1

4. MISI ....................................................................................................................................................... 2

5. TUJUAN DAN MATLAMAT MKPK........................................................................................................... 2

6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MKPK ................................................................................................. 2

7. KEAHLIAN MKPK .................................................................................................................................... 4

8. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL (JKK) .................................................................................... 4

9. KEAHLIAN JKK ........................................................................................................................................ 5

10. OBJEKTIF PENGIKTIRAFAN KELULUSAN/KELAYAKAN ............................................................................ 5

11. TAFSIRAN KELULUSAN/KELAYAKAN ...................................................................................................... 6

12. PRINSIP PENILAIAN................................................................................................................................ 6

13. KEPERLUAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN ............................................................................................ 7

14. KEPERLUAN MENJALANKAN PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN ............................................................ 7

15. KRITERIA PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN MKPK ................................................................................ 8

15.1 Kriteria Asas Pengiktirafan............................................................................................................ 8 15.2 Kriteria Pengiktirafan Institusi ...................................................................................................... 9 15.3 Kriteria Pengiktirafan Kursus/Kelulusan/Kelayakan ..................................................................... 9 15.4 Kriteria Pengiktirafan Profesional ............................................................................................... 10

16. URUS SETIA MKPK ............................................................................................................................... 10

17. SUMBER MAKLUMAT .......................................................................................................................... 11

18. TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR) ...................................................................................... 11

19. PROSES TEMPOH DAN PENGIKTIRAFAN ............................................................................................. 12

20. PERANAN URUS SETIA MKPK SEBAGAI URUSETIA JAWATANKUASA PENGAWALAN PAMERAN

PENDIDIKAN (JPPP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN ....................................................................................... 15

20.1 Bidang tugas dan tanggungjawab JPPP. ........................................................................................... 15 20.2 Syarat dan Peraturan mengadakan Pameran Pendidikan. ............................................................... 16

21. PERANAN MKPK TERHADAP KURSUS-KURSUS KELOLAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA ... 17

22. PENUTUP ............................................................................................................................................. 18

i. Lampiran A .......................................................................................................................................... 19

ii. Lampiran B .......................................................................................................................................... 21

iii. Lampiran C .......................................................................................................................................... 22

Page 3: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

1

1. LATAR BELAKANG

Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam telah

dibentuk pada tahun 1990 iaitu pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam.

Penubuhan Majlis ini telah dititahkan oleh baginda pada 19 Julai 1990 di majlis

sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-44 di Daerah Temburong.

Antara lain titah baginda adalah seperti berikut:

“... beta telah memperkenankan pembentukan Majlis Kebangsaan

Pengiktirafan Kelulusan Ijazah, Diploma dan seumpamanya. Majlis ini

adalah sebuah badan tunggal bagi seluruh negara Brunei Darussalam yang

diamanahkan bertanggungjawab meneliti dan menilai semua kelulusan

yang dikeluarkan oleh institusi tempatan dan luar negeri dalam semua

bidang bagi memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu

adalah konsisten.”

(Petikan dari Pelita Brunei keluaran 1 Ogos 1990 – Lampiran A).

2. MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK)

MKPK merupakan sebuah badan kebangsaan tunggal yang bertanggungjawab ke atas

segala hal yang berkaitan dengan penilaian dan pengiktirafan kelulusan-kelulusan yang

diiktiraf oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

3. VISI

Menjadi sebuah agensi pengiktirafan yang mantap dan mempunyai reputasi di

peringkat serantau dan antarabangsa.

Page 4: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

2

4. MISI

Memastikan dan memelihara kualiti serta taraf kelulusan atau kelayakan mengikut

peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

5. TUJUAN DAN MATLAMAT MKPK

Antara lain tujuan dan matlamat MKPK adalah seperti berikut:

i. Untuk memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu adalah selaras

(consistent) dan cara-cara atau kaedah penelitian terhadap kelulusan adalah

juga selaras dengan keutamaan-keutamaan (priorities) negara.

ii. Untuk menyediakan garis panduan mengenai pengiktirafan dan menerbitkan

publikasi senarai kelulusan-kelulusan serta institusi-institusi yang diiktiraf (dalam

bentuk compendium atau register) oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei

Darussalam.

iii. Untuk memastikan supaya segala keutamaan adalah berdasarkan falsafah

kenegaraan yang mengambil kira keadaan politik, hak, kepentingan, hasrat serta

aspirasi bangsa dan negara yang berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja.

6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MKPK

Butiran mengenai bidang tugas dan tanggungjawab MKPK telah disiarkan melalui Surat

Keliling Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil: 3/1991, Negara Brunei Darussalam, rujukan

(3) JPM/SK/1991 bertarikh 3 Januari 1991 iaitu seperti berikut:

Page 5: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

3

i. Bertanggungjawab sebagai sebuah badan kebangsaan tunggal terhadap

pengiktirafan kelulusan dan institusi-institusi (sole national accrediting body)

ii. Meneliti dan menilai semua kelulusan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi

tempatan dan luar negeri untuk pengiktirafan bagi maksud perlantikan ke dalam

perkhidmatan kerajaan atau apa jua keperluan kerajaan dan negara dari masa

ke semasa.

iii. Bertindak sebagai sebuah badan rujukan dalam aspek-aspek penilaian dan

pengiktirafan untuk membantu kementerian-kementerian dan pihak-pihak yang

memerlukannya.

iv. Meneliti semula status mana-mana kelulusan yang menimbulkan keraguan (jika

ada)

v. Mengadakan perundingan serta perhubungan dari masa ke semasa dengan

institusi-institusi atau badan-badan pengiktirafan di negara lain

vi. Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas (ad hoc

committee) jika perlu untuk membantu dalam bidang-bidang tertentu

vii. Memikirkan dan menggubal dasar-dasar pengiktirafan yang mengandungi

kriteria-kriteria tertentu

viii. Bertindak ke atas mana-mana perkara yang berkaitan dengan bidang tugas

Majlis ini yang tidak tersebut di atas sama ada pada menjunjung titah Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara

Brunei Darussalam ataupun jika Majlis memikirkannya perlu berbuat sedemikian

Page 6: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

4

7. KEAHLIAN MKPK

Keahlian MKPK ialah tiga belas (13) orang iaitu seperti berikut:

Menteri Pendidikan - Pengerusi

Timbalan Menteri Pendidikan - Timbalan Pengerusi

Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan - Setiausaha

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama - Ahli

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan - Ahli

Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan - Ahli

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan - Ahli

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - Ahli

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - Ahli

Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam - Ahli

Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei – Ahli

Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali – Ahli

Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan - Ahli

Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (MKPK) – Setiausaha

Carta organisasi MKPK disertakan dalam Lampiran B.

8. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL (JKK)

Bagi membantu MKPK membuat pertimbangan dan keputusan, sepuluh (10)

Jawatankuasa Kecil (JKK) dalam berbagai bidang telah dibentuk iaitu seperti berikut:

i. JKK Bidang Pendidikan

ii. JKK Bidang Kejuruteraan dan Seni Bina

iii. JKK Bidang Perakaunan dan Pengurusan

iv. JKK Bidang Pengajian Ugama Islam

v. JKK Bidang Perubatan

Page 7: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

5

vi. JKK Bidang Perhubungan

vii. JKK Bidang Undang-Undang

viii. JKK Bidang Sains dan Alam Sekitar

ix. JKK bidang ICT

x. JKK bidang Ketenteraan dan Keselamatan

9. KEAHLIAN JKK

Ahli-ahli JKK dipilih dan ditentukan oleh MKPK berdasarkan kepada kelayakan dan

pengalaman mereka dalam bidang-bidang tertentu. Mereka adalah terdiri dari kalangan

pegawai-pegawai kerajaan (ketua-ketua jabatan), wakil-wakil dari universiti atau

institusi pengajian tinggi, ahli profesional dari pihak swasta dan individu atau orang

perseorangan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakatan dalam bidang

tertentu.

Secara amnya, sebuah JKK lazimnya mengandungi keahlian seperti Pengerusi, Timbalan

Pengerusi dan Ahli; yang mana jumlah purata bagi setiap JKK adalah 6 – 9 orang ahli.

Tempoh keahlian JKK adalah 5 tahun.

Setiap Jawatankuasa Kecil berkenaan adalah bertanggungjawab untuk meneliti, menilai

dan mempertimbangkan kes-kes pengiktirafan dalam jurusan masing-masing dari segi

profesional dan kemahiran sebelum cadangan dan sokongan mereka dihadapkan

kepada MKPK untuk ketetapan.

10. OBJEKTIF PENGIKTIRAFAN KELULUSAN/KELAYAKAN

Objektif penilaian dan pengiktirafan kelulusan/kelayakan MKPK ini adalah untuk

memastikan kesesuaian kelulusan/kelayakan dalam sesuatu bidang dari institusi

pengajian tinggi/universiti dalam dan luar negara untuk tujuan lantikan ke dalam

perkhidmatan awam.

Page 8: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

6

11. TAFSIRAN KELULUSAN/KELAYAKAN

Kelulusan/kelayakan adalah ditafsirkan sebagai anugerah yang diberi oleh institusi

pengajian, institusi latihan, badan pensijilan atau badan peperiksaan kepada individu

yang telah berjaya mencapai hasil pembelajaran (learning outcomes) yang telah

ditetapkan bagi sesuatu pengajian atau latihan yang berkenaan. Kelulusan/kelayakan

juga menandakan pencapaian atau peningkatan secara positif individu setelah selesai

menjalani program pengajian atau latihan dan bukannya dianugerah sebagai gantirugi

atas kegagalan atau tidak memenuhi standard yang ditetapkan.

12. PRINSIP PENILAIAN

Prinsip penilaian dan pengiktirafan MKPK terhadap sesuatu kursus/kelulusan/kelayakan

antaranya ialah:

i. Penilaian dan pengiktirafan ke atas sesuatu kelulusan/kelayakan adalah dikaitkan

dengan keperluan dalam perkhidmatan awam;

ii. Selaras dengan prinsip (i) di atas, nilai taraf yang diberi kepada sesuatu

kelulusan/kelayakan akan dirujuk kepada struktur dan skim perkhidmatan awam;

iii. Pengiktirafan kelayakan-kelayakan profesional yang berkaitan dengan amalan dan

pendaftaran akan diselaraskan antara kerajaan dengan badan-badan profesional

yang berkenaan;

iv. Kelulusan/kelayakan dari luar negara adalah dibandingkan dengan standard dan

kualiti yang serupa daripada institusi pengajian tinggi awam tempatan, dan

v. Penilaian dan pengiktirafan tidak hanya berdasarkan kepada institusi sahaja tetapi

kepada program/kursus dan kelulusan/kelayakan yang dikeluarkannya.

Page 9: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

7

13. KEPERLUAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, keperluan pengiktirafan telah termaktub

dalam General Order (Peraturan Am) 1961.

Keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan kelulusan bagi tujuan penerimaan dan

kemasukan ke dalam perkhidmatan awam telah disiarkan melalui Surat Keliling Jabatan

Perdana Menteri Bil: (3) JPM/SK/1991 bertarikh 3 Januari 1991 iaitu setelah MKPK

ditubuhkan, di mana menurut surat keliling berkenaan semua Setiausaha-Setiausaha

Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan disyorkan supaya akan dapat merujuk kepada MKPK

bagi tujuan penilaian dan pengiktirafan kelulusan-kelulusan. Ini adalah penting bagi

memastikan pengambilan pegawai dan kakitangan yang bakal berkhidmat dengan

kerajaan bukan hanya mempunyai kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan, malah

kelulusan mereka mempunyai kualiti dan tidak diragui kesahihannya.

Salinan surat keliling berkenaan disertakan dalam Lampiran C.

14. KEPERLUAN MENJALANKAN PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN

Keperluan untuk membuat penilaian untuk pengiktirafan adalah di atas sebab dan

alasan berikut:

i. Dikenalpasti beberapa bidang pengajian baru yang kelulusan/kelayakannya perlu

diberi penilaian dan pengiktirafan supaya pemegang kelulusan/kelayakan

berkenaan dapat dilantik ke dalam perkhidmatan awam;

ii. Permohonan dari universiti-universiti dalam dan luar negara untuk mendapat

pengiktirafan kerajaan;

iii. Kerajaan bercadang untuk menghantar pelajar-pelajar mengikuti sesuatu pengajian

di luar negara yang belum diiktiraf;

Page 10: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

8

iv. Terdapat tawaran dermasiswa atau tempat belajar oleh kerajaan asing di mana

kelulusan/kelayakannya belum diiktiraf;

v. Terdapat permintaan dari kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan

atau Pihak Berkuasa Melantik yang memerlukan perkhidmatan seseorang yang

mana ijazahnya belum diiktiraf oleh kerajaan;

vi. Kerajaan memikirkan perlu ditarik balik pengiktirafan ke atas sesuatu

kelulusan/kelayakan di atas sebab-sebab tertentu.

15. KRITERIA PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN MKPK

Penilaian dan pertimbangan terhadap nilai taraf sesuatu kelulusan/kelayakan adalah

berasaskan kepada kriteria-kriteria lazim yang telah ditetapkan oleh MKPK.

Terdapat empat (4) kriteria utama yang dijadikan asas oleh MKPK dalam penilaian ke

atas sesuatu kursus/kelulusan/kelayakan iaitu kriteria asas, kriteria institusi, kriteria

kursus dan kriteria profesional.

15.1 Kriteria Asas Pengiktirafan

Kriteria asas mengambil kira dasar-dasar kerajaan terhadap kelulusan-kelulusan dari

sesebuah negara yang sudah mempunyai hubungan-hubungan tertentu dengan Negara

Brunei Darussalam. Umpamanya, negara-negara dari kalangan ahli Commonwealth, OIC

dan negara-negara ASEAN.

Selain itu, pengiktirafan mengikut kriteria ini juga mengambil kira keperluan-keperluan

negara, umpamanya dari segi perkembangan sumber tenaga manusia (Human Resource

Development) atau keperluan satu-satu jabatan/kementerian, tawaran dermasiswa dari

institusi luar negeri dan sebagainya.

Page 11: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

9

15.2 Kriteria Pengiktirafan Institusi

Kriteria pengiktirafan institusi merujuk kepada aspek-aspek yang diambil kira oleh JKK

bagi menentukan sama ada sesebuah institusi atau universiti itu mempunyai status atau

reputasi yang tinggi, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara lain

aspek-aspek yang diambil kira ialah seperti berikut:

i. Latar belakang dan pengawalan penubuhan institusi

ii. Kedudukan kewangan yang kukuh

iii. Kemudahan fizikal dan berbagai prasarana pendidikan

iv. Kelulusan tenaga pengajar

v. Nisbah penuntut dengan pensyarah

vi. Quality assurance system

vii. Hubungan institusi berkenaan dengan universiti luar negeri

viii. Prestasi siswazah

ix. Pengiktirafan oleh negara-negara lain

15.3 Kriteria Pengiktirafan Kursus/Kelulusan/Kelayakan

Kriteria kelulusan/kursus/kelayakan merujuk kepada penilaian terhadap aspek-aspek

berikut:

i. Syarat kemasukan termasuklah sistem pendidikan sebelum seseorang mengikuti

kursus berkenaan.

ii. Tempoh kursus termasuklah contact hours.

iii. Isi kandungan kursus

iv. Kaedah penilaian kursus

v. Kaedah mengikuti kursus

vi. Bahasa pengantar yang digunakan

Page 12: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

10

15.4 Kriteria Pengiktirafan Profesional

Kriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan sesuatu

kelulusan yang diasaskan kepada penerimaan oleh badan-badan profesional di negara-

negara tertentu untuk tujuan pendaftaran, pengamalan, peperiksaan dan sebagainya.

Bidang yang dikategorikan sebagai profesional ialah seperti perubatan, kejuruteraan,

undang-undang, farmasi, pergigian, seni bina, perakaunan dan sebagainya.

16. URUS SETIA MKPK

MKPK, Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa ad hoc dibantu oleh sebuah Urus Setia

iaitu Unit Urus Setia MKPK yang bertempat di bawah pejabat Setiausaha Tetap

(Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

Tugas utama Urus Setia MKPK adalah menjadi Setiausaha kepada semua mesyuarat

MKPK, Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa ad hoc. Urus Setia juga akan menyelaras

semua kertas kerja dan laporan untuk pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa

berkenaan.

Urus Setia MKPK juga terlibat dalam urusan pentadbiran, kewangan, penggubalan dan

pelaksanaan dasar MKPK serta membuat penyelidikan dan kajian untuk menyediakan

kertas-kertas kerja mesyuarat MKPK dan JKK.

Selain itu, Urus Setia MKPK berfungsi sepenuhnya sebagai pemudahcara, penyedia,

pelaksana dan seterusnya berperanan sebagai katalist yang dapat menggerakkan MKPK

dengan ahli-ahlinya, di antara MKPK dengan JKK, di antara MKPK dengan orang ramai

serta hubungan MKPK dengan berbagai organisasi pengiktirafan luar negara.

Page 13: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

11

17. SUMBER MAKLUMAT

Dalam menyediakan kertas kerja untuk mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa bidang

masing-masing, Urusetia MKPK akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber

berikut:

i. Universiti yang mana ijazahnya sedang dikaji untuk pertimbangan pengiktirafan; ii. Kementerian/Jabatan yang berkenaan; iii. Kedutaan-kedutaan asing di Negara Brunei Darussalam; iv. Kedutaan-kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di luar negara; v. Jabatan-jabatan penuntut Brunei Darussalam atau Ataci Penuntut di luar negara; vi. Badan-badan pengiktirafan luar negara yang mempunyai bidang tugas yang sama

dengan MKPK;

vii. Badan-badan profesional antarabangsa dan tempatan; viii. Lawatan kerja jawatankuasa penilai ke institusi/universiti berkenaan; ix. Individu-individu yang terlibat (pemohon); dan x. Sumber-sumber yang berkaitan.

18. TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR)

Urus Setia MKPK adalah komited dalam memberikan khidmat nasihat profesional

berkaitan dengan pengiktirafan kursus/kelulusan/kelayakan. Untuk tujuan tersebut,

Urus Setia MKPK boleh dihubungi melalui :

Telefon atau perjumpaan

Persuratan

Seminar, ceramah, taklimat dan forum bagi agensi-agensi kerajaan dan sektor

swasta

Emel

Page 14: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

12

19. PROSES TEMPOH DAN PENGIKTIRAFAN

Proses pengiktirafan yang melibatkan kes-kes baru, lazimnya mengikut prosedur-

prosedur berikut:-

Menerima dan memberi respons terhadap pertanyaan atau permohonan.

Mengumpulkan maklumat yang relevan.

Menghasilkan kertas kerja untuk pertimbangan jawatankuasa kecil.

Menghadapkan sokongan-sokongan jawatankuasa kecil kepada MKPK.

Menyampaikan keputusan MKPK kepada pemohon berkenaan.

Tempoh yang diambil untuk membuat keputusan ke atas kes-kes baru tertakluk kepada

jenis-jenis kes yang dipertimbangkan. Bagaimanapun, kes-kes yang ada persamaan

dengan kes-kes yang pernah dipertimbangkan akan dapat dijawab dengan serta-merta.

Proses dan tempoh bagi menyelesaikan setiap permohonan pengiktirafan dapat dilihat

dalam carta berikut:

Page 15: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

13

TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR) MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK)

Bil. Perkhidmatan Berhubung dengan Pengiktirafan Institusi / Kursus / Kelulusan / Kelayakan

TPOR

A Permohonan pengiktirafan institusi dan kelulusan/kursus/kelayakan

1 Memberi jawapan kepada setiap permohonan yang diterima 5 hari

Jawapan yang akan diberikan akan menyatakan sama ada :

i. Memenuhi kriteria atau tidak atau ii. Meminta maklumat lanjut dari pemohon atau iii. Permohonan dalam pertimbangan

2

Memproses permohonan setelah menerima maklumat lanjut daripada pemohon. Setelah disemak, maklumbalas akan diberikan yang menyatakan sama ada:

i. Memenuhi kriteria pengiktirafan yang ditetapkan oleh MKPK atau tidak atau

ii. Maklumat diterima dan permohonannya diberi pertimbangan. 5 hari

Proses pertimbangan lanjut melibatkan kegiatan-kegiatan berikut:

a. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan kepada Jawatankuasa Kecil (JKK) / MKPK

b. Mengadakan mesyuarat JKK c. Mengadakan mesyuarat MKPK d. Menyampaikan ketetapan MKPK kepada pemohon – 2 hari setelah

ketetapan MKPK diperolehi

10 hari

1 hari 1 hari 2 hari

3 Memproses permohonan pengiktirafan kelulusan/kursus untuk dihadapkan kepada JKK/MKPK

a. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan ke JKK/MKPK b. Mengadakan mesyuarat JKK c. Mengadakan mesyuarat MKPK d. Menyampaikan ketetapan MKPK kepada pemohon – 2 hari setelah

ketetapan MKPK diperolehi

10 hari 1 hari 1 hari 2 hari

Page 16: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

14

4

Memproses kes-kes berbangkit dari Mesyuarat JKK/MKPK

a. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan ke JKK/MKPK b. Mengadakan mesyuarat JKK c. Mengadakan mesyuarat MKPK d. Menyampaikan ketetapan kepada pemohon – 2 hari setelah

ketetapan MKPK diperolehi

10 hari 1 hari 1 hari 2 hari

Bil. Perkhidmatan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/program kelolaan institusi tempatan dan luar negeri

TPOR

B Permohonan pengiktirafan kursus kelolaan institusi tempatan dan luar negeri

1 Memberi jawapan kepada setiap permohonan yang diterima. 5 hari

Jawapan yang diberikan akan menyatakan sama ada :

i. Permohonan diterima (letter of acknowledgement) ii. Dokumen mengenai garispanduan pengiktirafan disertakan. iii. Pemohon dinasihatkan untuk berjumpa bagi membincangkan

maklumat yang diperlukan

2 Memproses permohonan setelah perjumpaan diadakan dan maklumat yang diterima adalah mengikut format yang dikehendaki:

a. Menyemak dan meneliti maklumat yang diterima – 10 hari setelah menerima maklumat

b. Menyampaikan hasil semakan dan pemohon dengan menyatakan sama ada : (2 hari setelah selesai membuat semakan)

10 hari

2 hari

i. Maklumat yang diberikan adalah teratur, jelas, mencukupi dan

pemohon akan dimaklumkan tarikh pemeriksaan institusi atau ii. Maklumat lanjut diperlukan

3 Meneliti permohonan setelah menerima maklumat lanjut daripada

pemohon: a. Menyemak dan meneliti maklumat yang diterima – 10 hari setelah

menerima maklumat b. Menyampaikan hasil semakan dan pemohon dengan menyatakan sama

ada : (2 hari setelah selesai membuat semakan) i. Maklumat yang diberikan adalah teratur, jelas, mencukupi dan

pemohon akan dimaklumkan tarikh pemeriksaan institusi atau ii. Maklumat lanjut diperlukan

10 hari

2 hari

4

Memproses permohonan setelah pemeriksaan diadakan ke institusi berkenaan: a. Menyediakan laporan untuk dimasukkan dalam kertas kerja b. Menyiapkan kertas kerja untuk dihadapkan ke JKK/MKPK

4 hari 10 hari

Page 17: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

15

c. Mengadakan mesyuarat JKK d. Mengadakan mesyuarat MKPK e. Menyampaikan ketetapan MKPK kepada pemohon – 2 hari setelah

ketetapan MKPK diperolehi

1 hari 1 hari 2 hari

20. PERANAN URUS SETIA MKPK SEBAGAI URUSETIA JAWATANKUASA

PENGAWALAN PAMERAN PENDIDIKAN (JPPP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan sebagai sebuah badan tunggal pengiktirafan

di Negara Brunei Darussalam bertanggungjawab dan memandang berat terhadap kualiti

dan standard berbagai kursus atau program yang sering ditawarkan oleh institusi atau

universiti luar negeri semasa pameran pendidikan (education exhibition) dikendalikan

oleh berbagai agensi perkhidmatan pendidikan (education services agency) di negara

ini.

Bagi memastikan institusi/universiti yang terlibat beserta kursus-kursus yang

ditawarkannya dalam pameran berkenaan diiktiraf oleh MKPK, Kementerian Pendidikan

telah menubuhkan satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pengawalan Pameran

Pendidikan (JPPP) di mana Urusetia MKPK telah diberi tanggungjawab penuh sebagai

Urusetianya.

20.1 Bidang tugas dan tanggungjawab JPPP.

i. Bertindak sebagai sebuah badan rujukan bagi pihak agensi/firma yang berhasrat

untuk mengadakan pameran pendidikan di Negara Brunei Darussalam dengan

memproses dan meneliti permohonan-permohonan, memberi kebenaran

(approval) secara rasmi, memastikan institusi/universiti yang ikut serta dalam

pameran pendidikan berkenaan dan kursus ditawarkannya diiktiraf oleh MKPK

serta memberi khidmat nasihat secara berterusan (jika diperlukan).

ii. Memikirkan dan menetapkan syarat-syarat, peraturan-peraturan, proses serta

tatacara tertentu bagi mengadakan pameran pendidikan yang perlu dipatuhi

Page 18: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

16

oleh semua agensi/firma perkhidmatan pendidikan (educational services

agency) yang terlibat.

iii. Memantau semua pameran pendidikan yang hendak/akan diadakan di negara

ini dari semasa ke semasa.

iv. Bertindak ke atas mana-mana perkara yang berkaitan dengan bidang tugas

Jawatankuasa ini yang tidak tersebut di atas, jika Jawatankuasa memikirkan

perlu berbuat sedemikian.

20.2 Syarat dan Peraturan mengadakan Pameran Pendidikan.

i. Penganjur hendaklah dari kalangan agensi/firma tempatan yang berlesen atau

berdaftar dengan pihak-pihak berkenaan.

ii. Universiti/institusi yang ikut serta dikehendaki berurusan dan berdaftar dengan

pihak penganjur/agensi tempatan.

iii. Agensi swasta dari luar negara dikehendaki mencari local partner melalui urusan

joint venture atau rakan kongsi.

iv. Pihak penganjur mesti patuh kepada apa jua peraturan, syarat dan tatacara yang

ditetapkan oleh MKPK khususnya JPPP.

v. Institusi/universiti yang ikut serta dan kursus-kursus kelolaanya hendaklah

diiktiraf oleh MKPK.

vi. Semasa pameran dijalankan, setiap institusi/universiti hendaklah memastikan

hanya kursus-kursus yang mendapat kebenaran sahaja yang dipamerkan atau

ditawarkan.

Page 19: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

17

vii. Pihak institusi/universiti yang berhasrat untuk mengadakan lawatan dan

counselling or consultation session ke sekolah/maktab hendaklah memohon

kebenaran bertulis daripada JPPP dan Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian

Pendidikan.

viii. Permohonan hendaklah dihadapkan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum

tarikh mengadakan pameran dan aktiviti-aktiviti dalam bilangan vii. di atas.

21. PERANAN MKPK TERHADAP KURSUS-KURSUS KELOLAAN INSTITUSI PENGAJIAN

TINGGI SWASTA

Bagi memastikan kualiti pendidikan yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi

swasta tempatan (IPTS) di negara ini terjamin, MKPK telah menetapkan syarat dan

peraturan yang perlu dipatuhi oleh IPTS-IPTS berkenaan.

Antara lain syarat dan peraturan yang dimaksudkan ialah IPTS-IPTS hendaklah

memenuhi quality assurance requirements yang ditetapkan oleh MKPK khususnya dari

aspek penyediaan prasarana pendidikan (infrastructure) dan menyediakan tenaga

pengajar yang mempunyai kelulusan/kelayakan yang relevan dan berkualiti bagi

mengajar kursus-kursus yang telah diberi pengiktirafan oleh MKPK.

Selain itu, MKPK melalui Urus Setianya juga akan membuat pemantauan secara

berterusan (continuous monitoring) ke IPTS-IPTS berkenaan melalui dua (2) kaedah

utama iaitu mengadakan lawatan ke IPTS-IPTS berkenaan (site-visit) dan membuat

pemantauan melalui laporan tahunan (bi-annual report) yang disediakan oleh IPTS-IPTS

berkenaan. Site-visit dan binneal report berkenaan akan dibuat sebanyak dua (2) kali

setahun. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu dan jika terdapat keperluan, pihak

MKPK akan membuat lawatan segera ke IPST berkenaan dari semasa ke semasa.

Page 20: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

18

22. PENUTUP

Bagi memastikan kelulusan atau kelayakan yang dimiliki oleh pemegangnya berkualiti

dan tidak diragui kesahihannya serta diiktiraf oleh kerajaan, maka pihak-pihak

berkenaan adalah disyorkan supaya akan dapat merujuk dan mendapatkan pandangan

serta nasihat daripada Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan seperti yang

dimaklumkan melalui surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: (3) JPM/SK/1991

bertarikh 3 Januari 1991.

Pihak-pihak berkenaan bolehlah melayari laman web Kementerian Pendidikan iaitu

http://www.moe.gov.bn atau menghubungi terus ke Urus Setia MKPK ini untuk

mendapat kepastian dan pengesahan di alamat berikut:

Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan B 211, Blok B, Tingkat 2 Bangunan Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam No. Tel: +673-2380017 No. Faks: +673-2381238 Emel: [email protected]

Page 21: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

19

i. Lampiran A

Page 22: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

20

Page 23: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

21

ii. Lampiran B

Page 24: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

22

iii. Lampiran C

Page 25: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

23

Page 26: MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN …bdnac.moe.gov.bn/wp-content/uploads/2019/10/Buku-Panduan-MKPK.pdfKriteria pengiktirafan profesional merujuk kepada pertimbangan pengiktirafan

24