majlis penyampaian sijil pengiktirafan bintang indeks

8
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS SSR AGENSI SEKTOR AWAM TAHUN 2015-2016 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Bintang Indeks SSR Agensi Sektor Awam Tahun 2015-2016 yang dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 4 April 2016 di Dewan Taklimat ICU, Bangunan Perdana Putra. Seramai 100 orang tetamu yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Agensi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Persekutuan serta Pegawai-pegawai Kanan MAMPU dan Jabatan Perdana Menteri telah hadir ke majlis ini. Penarafan Bintang merupakan mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan menilai prestasi pencapaian agensi sektor awam berdasarkan pendekatan Organisational Development. Penilaian ini dilaksanakan oleh MAMPU sejak tahun 2008 dengan kekerapan penilaian dua tahun sekali. Bersesuaian dengan perkembangan globalisasi serta mengambil kira ekspektasi rakyat, Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) yang sebelum ini lebih menumpukan penilaian kepada aspek pematuhan arahan- arahan pengurusan dan pentadbiran, telah dimantapkan kepada bidang fokus yang menjurus kepada agenda transformasi dan pembudayaan inovasi. Objektif penilaian Indeks SSR tahun 2015 adalah untuk menilai dan mengukur prestasi agensi sektor awam, dengan fokus diberi kepada keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders. Gabungan ketiga-tiga elemen ini adalah seiring dengan kehendak dan trend semasa perkhidmatan awam. Dalam penilaian Indeks SSR tahun 2015, sebanyak 42 agensi (68.85%) berjaya memperoleh penarafan 5 Bintang, manakala 18 agensi (29.51%) memperoleh penarafan 4 Bintang dan hanya satu agensi (1.64%) memperoleh penarafan 3 Bintang. Bagi agensi yang belum mencapai penarafan 5 Bintang, fokus MAMPU pada tahun 2016 adalah untuk menyediakan peluang rundingcara dan bimbingan kepada agensi-agensi berkenaan bagi membolehkan agensi-agensi terbabit meningkatkan kompetensi terhadap komponen-komponen kritikal dalam Penilaian Indeks SSR. Sebanyak 61 agensi sektor awam telah dinilai pada tahun 2015 melibatkan lima kategori iaitu Kementerian, Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK), Pejabat Setiausaha Persekutuan (PSUP), Agensi Barisan Hadapan (ABH) serta Agensi KPI Strategik Tier 1 (AKS). Bagi memastikan produktiviti agensi sektor awam pada tahap cemerlang di setiap peringkat, konsep penilaian Indeks SSR akan diperluaskan secara Do-It-Yourself (DIY) supaya Agensi 5 Bintang dapat melaksanakannya kepada agensi-agensi di bawah seliaan masing-masing. Pendekatan ini penting bagi memacu prestasi agensi- agensi sektor awam di selekoh terakhir menjelang wawasan 2020. Oleh: Venothini A/P Retnam Bahagian Perundingan Pengurusan 2 CITRA MAMPU EDISI 4 APRIL 2016

Upload: hatu

Post on 23-Jan-2017

273 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS SSRAGENSI SEKTOR AWAM TAHUN 2015-2016

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Bintang Indeks SSR Agensi Sektor Awam Tahun 2015-2016 yang dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 4 April 2016 di Dewan Taklimat ICU, Bangunan Perdana Putra. Seramai 100 orang tetamu yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Agensi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Persekutuan serta Pegawai-pegawai Kanan MAMPU dan Jabatan Perdana Menteri telah hadir ke majlis ini.

Penarafan Bintang merupakan mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan menilai prestasi pencapaian agensi sektor awam berdasarkan pendekatan Organisational Development. Penilaian ini dilaksanakan oleh MAMPU sejak tahun 2008 dengan kekerapan penilaian dua tahun sekali. Bersesuaian dengan perkembangan globalisasi serta mengambil kira ekspektasi rakyat, Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) yang sebelum ini lebih menumpukan penilaian kepada aspek pematuhan arahan-arahan pengurusan dan pentadbiran, telah dimantapkan kepada bidang fokus yang menjurus kepada agenda transformasi dan pembudayaan inovasi.

Objektif penilaian Indeks SSR tahun 2015 adalah untuk menilai dan mengukur prestasi agensi sektor awam, dengan fokus diberi kepada keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders. Gabungan ketiga-tiga elemen ini adalah seiring dengan kehendak dan trend semasa perkhidmatan awam. Dalam penilaian Indeks SSR tahun 2015, sebanyak 42 agensi (68.85%) berjaya memperoleh penarafan 5 Bintang, manakala 18 agensi (29.51%) memperoleh penarafan 4 Bintang dan hanya satu agensi (1.64%) memperoleh penarafan 3 Bintang. Bagi agensi yang belum mencapai penarafan 5 Bintang, fokus MAMPU pada tahun 2016 adalah untuk menyediakan peluang rundingcara dan bimbingan kepada agensi-agensi berkenaan bagi membolehkan agensi-agensi terbabit meningkatkan kompetensi terhadap komponen-komponen kritikal dalam Penilaian Indeks SSR.

Sebanyak 61 agensi sektor awam telah dinilai pada tahun 2015 melibatkan lima kategori iaitu Kementerian, Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK), Pejabat Setiausaha Persekutuan (PSUP), Agensi Barisan Hadapan (ABH) serta Agensi KPI Strategik Tier 1 (AKS). Bagi memastikan produktiviti agensi sektor awam pada tahap cemerlang di setiap peringkat, konsep penilaian Indeks SSR akan diperluaskan secara Do-It-Yourself (DIY) supaya Agensi 5 Bintang dapat melaksanakannya kepada agensi-agensi di bawah seliaan masing-masing. Pendekatan ini penting bagi memacu prestasi agensi-agensi sektor awam di selekoh terakhir menjelang wawasan 2020.

Oleh: Venothini A/P Retnam Bahagian Perundingan Pengurusan 2

CITRA MAMPU EDISI 4 APRIL 2016

Page 2: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

2

COMMONWEALTH ASSOCIATION FOR PUBLIC ADMINISTRATION ANDMANAGEMENT GENERAL MEMBERS MEETING

(CAPAM GMM), 11 APRIL 2016, DEWAN TAKLIMAT ICU, BANGUNAN PERDANA PUTRAOleh: Jonathan Lim Jiun Yenn Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

Commonwealth Association for Public Administration and Management General Members Meeting (CAPAM GMM) telah diadakan pada 11 April 2016 di Dewan Taklimat ICU, Bagunan Perdana Putra. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Tan Sri Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara merangkap Presiden CAPAM dan Puan Gay Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif CAPAM.

Tujuan Mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk memuktamadkan draf resolusi berkenaan hala tuju CAPAM yang telah digubal semasa

Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM pada tahun 2014 dan mengesahkan minit mesyuarat CAPAM General Members Meeting yang telah

disediakan oleh Sekretariat CAPAM pada Oktober 2014. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, Naib Canselor Universiti Awam, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Berkanun dan Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementeria/Jabatan/Badan Berkanun.

MAMPU selaku agensi peneraju CAPAM telah diwakili oleh Ketua Pengarahnya iaitu YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman dan Pengarah-pengarah Bahagian ke CAPAM GMM. CAPAM GMM yang akan datang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos 2016 bersempena Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM

2016.

MAMPU telah diberi peluang sekali lagi untuk menganjurkan Persidangan Dwi Tahunan CAPAM 2016 pada 18-20 Ogos 2016 di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tahniah diucapkan.

Page 3: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

3

KEMPEN DERMA BAHAN BACAAN TAKE A BREAK…READ!@ PUTRAJAYA: A BOOK ALIVE PERINGKAT MAMPU

Oleh: Noor Marfazila binti Mohd Fahmy Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

Penerapan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Menyedari kepentingannya, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah melancarkan satu kempen derma bahan bacaan di bawah program Take A Break...Read! @ Putrajaya 2016 dengan tema A Book Alive. Program ini bertujuan untuk menggerakkan semua penjawat awam melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mendermakan bahan bacaan untuk diberikan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan terutamanya di kawasan pedalaman. Kempen ini berlangsung selama lapan minggu bermula dari 4 April 2016 sehingga 27 Mei 2016. Beliau menyasarkan setiap kementerian/jabatan/agensi untuk menderma sekurang-kurangnya seribu naskhah bahan bacaan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Sebagai tanda sokongan terhadap program ini, pelancaran kempen di peringkat MAMPU diadakan pada 22 April 2016. YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU telah menyempurnakan pelancaran kempen ini. Kotak khas telah disediakan di lobi MAMPU Putrajaya dan Cyberjaya bagi memudahkan warga MAMPU menyerahkan bahan bacaan yang ingin didermakan. Kempen di peringkat MAMPU berlangsung mulai pada 22 April 2016 sehingga 20 Mei 2016. Diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif sekaligus membantu menyeramakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Page 4: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

4

Bagi mengiktiraf dan menghargai pegawai-pegawai yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada MAMPU sepanjang tahun 2015, seramai 66 orang penerima Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) dan 83 orang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang MAMPU (AKCM) Tahun 2015 telah diraikan dalam Majlis Anugerah Citra Khidmat MAMPU pada 4 April 2016 bertempat di Auditorium JPM, Blok B1, Kompleks JPM. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012, penerima APC membawa pulang Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.00 setiap seorang berserta Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Penerima AKCM pula diberi Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang MAMPU.

MAJLIS ANUGERAH CITRAKHIDMAT 2015 DAN

PERHIMPUNAN BULANANMAMPU APRIL 2016

Oleh: Nik Shahdira binti Shamsuddin Bahagian Khidmat Pengurusan

Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang MAMPU 2015 bersama Pengurusan Kanan MAMPU

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 bersama Pengurusan Kanan MAMPU

Page 5: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

5

Oleh: Nik Shahdira binti Shamsuddin Bahagian Khidmat Pengurusan

Penerima Anugerah Jubli Perak MAMPU

Penerima Anugerah Khas DDMS

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 bersama Pengurusan Kanan MAMPU

Majlis pada tahun ini juga telah menyaksikan penyampaian dua anugerah lain iaitu Anugerah Jubli Perak MAMPU dan Anugerah Khas Digital Document Management System (DDMS). Anugerah Jubli Perak MAMPU diberikan kepada pegawai yang setia berkhidmat selama 25 tahun di MAMPU dan pada tahun ini, penerima anugerah tersebut ialah Puan Hamdiah binti Mohammed Bujang, Pembantu Tadbir Kewangan Gred W22 dari MAMPU Sarawak. Bagi tahun 2015, penerima Anugerah Khas DDMS ialah Bahagian Perundingan Pengurusan 1.

Bagi menyokong usaha penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan, majlis ini telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan MAMPU April 2016. Selain daripada hebahan-hebahan yang lazimnya diadakan dalam setiap perhimpunan bulanan, pelancaran buku ‘Rancangan Malaysia Kesebelas: Farahasat Inisiatif MAMPU Mentransformasikan Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti’ telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah MAMPU. Buku ini merangkumi semua inisiatif yang akan dilaksanakan oleh MAMPU untuk mensejahterakan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas.

Page 6: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

6

PROGRAM #JOMFITMAMPU: JOM KURUSOleh: Mohd Nazim bin Annas Kelab MAMPU

Program #jomfitMAMPU: Jom Kurus telah dilancarkan secara rasminya oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU pada 22 April 2016. Program ini berlangsung selama 38 hari dari 18 April 2016 sehingga 25 Mei 2016. Program ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga MAMPU, dan telah disertai oleh seramai 104 orang warga MAMPU dari pelbagai bahagian dan kumpulan perkhidmatan.

Program ini bertujuan untuk melahirkan dan menerapkan budaya warga MAMPU yang peka dan prihatin terhadap berat badan yang optimum serta mengamalkan budaya hidup yang sihat. Ia juga merupakan satu-satunya program yang boleh disertai tanpa mengira lokasi pejabat, umur ataupun memerlukan peserta secara fizikal berada di satu-satu tempat program berlangsung.

#jomfitMAMPU: Jom Kurus dilaksanakan melalui penimbangan berat badan di awal pertandingan iaitu pada 18-20 April 2016 yang menilai berat badan, peratus lemak dalam badan (fat), dan kandungan air dalam badan (body water level) peserta. Penimbangan berat badan sekali lagi dilakukan di akhir pertandingan, iaitu pada 23-25 Mei 2016 yang akan menentukan pemenang berdasarkan kepada peserta yang mempunyai berat badan paling optimum melalui pengurangan berat badan sepanjang tempoh pertandingan ini.

Pengisian #jomfitMAMPU: Jom Kurus meliputi beberapa sub-program seperti:

(1) Hebahan perkongsian maklumat (tips) kesihatan dari segi penjagaan berat badan, pemakanan dan senaman;

(2) Pelaksanaan program dan aktiviti sukan sepanjang tempoh pertandingan, antaranya futsal, bola jaring dan badminton yang menggalakkan penyertaan peserta Jom Kurus; dan

(3) Pertandingan peserta yang menyertakan hashtag #jomfitMAMPU #jomKurusMAMPU tertinggi sepanjang tempoh program berlangsung di laman sosial Facebook dan Instagram masing-masing.

Penganjuran program #jomfitMAMPU: Jom Kurus telah berjaya memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga MAMPU yang terlibat mengenai kepentingan mengurus kesihatan diri dan menjaga pemakanan mengikut tatacara yang betul.

Page 7: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

7

MESYUARAT PERSEDIAAN PERSIDANGAN DWI-TAHUNAN COMMONWEALTH ASSOCIATION FOR PUBLIC ADMINISTRATION AND MANAGEMENT (CAPAM) BERSAMA PUAN GAY HAMILTON,

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CAPAMOleh: Jonathan Lim Jiun Yenn Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

Malaysia sekali lagi telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Persidangan Dwi-Tahunan Commonwealth Association For Public Administration And Management (CAPAM). Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Persediaan Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM bersama Puan Gay Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif CAPAM telah diadakan pada 11 April 2016 di Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, Aras 6, Blok B2, MAMPU, Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU dan turut dihadiri oleh semua Pengarah Bahagian di MAMPU serta Timbalan-Timbalan Pengarah Bahagian.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju berkenaan persediaan penganjuran Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM dan membincangkan perkara berkenaan terma rujukan setiap jawatankuasa yang dipertanggunjawabkan untuk menganjurkan Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM ini pada bulan Ogos 2016. Satu pembentangan berkenaan cadangan penganjuran Persidangan Dwi-Tahunan CAPAM juga telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Salmah binti Ishak, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan 1.

LAWATAN DELEGASI DALAM NEGARA

Oleh: Nurnadia binti Zainal Abidin Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

MAMPU telah menerima lawatan kerja dari 16 orang pegawai Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 19 April 2016. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara praktikal dan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan pengurusan rekod secara elektronik menggunakan aplikasi Digital Document Managemet System (DDMS) di MAMPU. Antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan kerja tersebut adalah mengenai penyediaan prasyarat penggunaan DDMS, tatacara dan prosedur pengurusan rekod elektronik, aspek teknikal ICT, keperluan infrastruktur, perjawatan dan sumber manusia, isu dan cabaran pelaksanaan DDMS, implikasi kewangan, dan pengurusan perubahan dan pelan latihan.

Pada 25 April 2016, MAMPU telah menerima kunjungan hormat dari Agensi Nuklear Malaysia ke Pejabat Ketua Pengarah MAMPU. Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkifli bin Mohamed Hashim, Pengarah Kanan Program Pengkormersilan dan Perancangan Teknologi yang turut disertai oleh dua orang pegawai Agensi Nuklear Malaysia. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk membincangkan cadangan kerjasama dan sokongan MAMPU dalam penganjuran Quality Management Symposium 2016 yang akan diadakan pada 25 – 26 Oktober 2016 di Kuala Lumpur.

Page 8: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BINTANG INDEKS

8

Nama : Shireen Jasmin Ali

Tajuk Idea : Mewujudkan Program Pembangunan Subject Matter Expert (SME) MAMPU

Ulasan :

Objektif Idea :1) Mengekalkan kepakaran MAMPU dalam bidang-bidang

strategik;2) Menggalakkan warga MAMPU menjadi SME; dan3) Memberi pengiktirafan kepada SME.

Kaedah pelaksanaan yang dicadangkan

1) Garis panduan program perlu dihasilkan.2) Pegawai perlu memohon untuk menjadi SME dan memilih

bidang bersesuaian. Pegawai yang terpilih diberikan latihan yang secukupnya.

3) SME mempunyai KPI yang perlu dipatuhi. Contoh: Perlu menulis artikel sekurang-kurangnya 5 kali setahun.

4) SME mendapat insentif seperti: i) mendapat sijil pengiktirafan ii) mendapat peluang attachment dgn organisasi berprestij dalam dan luar negara iii) mendapat saguhati apabila menulis artikel

Nama : Maagiendran A/L Rajasingam

Tajuk Idea : Memastikan Taklimat / Kursus yang diadakan di MAMPU dapat dimanfaatkan semua warga MAMPU

Ulasan : Tidak ramai pegawai dapat menghadiri kursus dan taklimat yang dianjurkan kerana kekangan kesesuaian/ kelapangan masa, jarak lokasi, bilangan peserta yang terhad dan keperluan tugas lain. Sehubungan dengan itu, cadangan berikut dikemukakan bagi memastikan SEMUA warga MAMPU dapat mengikuti SEMUA kursus / taklimat anjuran MAMPU bagi memaksimakan keberkesanan dan impak program-program tersebut

1. Merekodkan semua taklimat / kursus yang diadakan di MAMPU dalam format video digital supaya dapat dimuat naik ke portal MAMPU atau Sistem Pengurusan Maklumat (Knowledge Management System, KMS) MAMPU, atau mana-mana saluran repositori maklumat kursus/ taklimat bagi membolehkan maklumat tersebut diakses dan ditonton oleh semua warga MAMPU mengikut kesesuaian masa dan lokasi masing-masing;

2. Menganjurkan lebih banyak kursus secara dalam talian atau maya (e-learning); dan

3. Mengamalkan konsep Training of Trainers (TOT) - pegawai yang diamanahkan untuk mengikuti kursus diberi tangungjawab untuk berkongsi informasi dan hasil kursus dengan pegawai-pegawai lain dalam Bahagian/Unit masing-masing dalam platform dan mengikut masa yang dirasakan sesuai (contoh mesyuarat bahagian, mesyuarat pendek khas dan lain lain)

Kurik Kundi Merah SagaTanda baca: Tanda Kurung “( )” dan

Tanda Kurung Siku “[ ]”

salah satu daripada

satu daripada

seperti berikut

seperti yang berikut

adalah dimaklumkan

dengan ini dimaklumkan

Tanda kurung “( )” Mengapit keterangan atau penjelasan

Contoh Ayat

Julia melanjutkan pelajarannya di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Sang Sapurba menenger bunyi germersik

Tanda kurung “[ ]” Menandakan bahawa terdapat kesalahan pada naskah asli

Contoh Naskah Asli

Contoh Naskah Baharu

Sang Sapurba men[d]enger bunyi germersik

Tanda kurung “[ ]” Mengapit keterangan atau penjelasan yang sudah bertanda kurung

Contoh Ayat

Persamaan kedua-dua proses ini (perbezaannya dibincang dalam bab 2 [lihat halaman 35-38]) perlu dibentangkan di sini

Betulkan Yang Biasa

Biasakan Yang Betul

X“( )”

“[ ]”

“[ ]”

PERKONGSIAN MAMPU

Walls of Ideas