panduan · pdf filebab 4 pertimbangan profesional 30 4.1 maksud pertimbangan profesional 4.2...

Click here to load reader

Post on 26-Feb-2019

1.638 views

Category:

Documents

68 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

i

ii

iii

PANDUAN PELAKSANAAN

PENTAKSIRAN

BILIK DARJAH

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

2018

iv

Terbitan Jun 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara

apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan

Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan ISBN: 978-967-420-341-2 Cetakan Pertama 2018

Terbitan: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya.

v

KANDUNGAN

KATA PENGANTAR v

PENDAHULUAN 1

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Matlamat Panduan Pelaksanaan PBD 1.2 Objektif Panduan Pelaksanaan PBD 1.3 Organisasi Kandungan

3

BAB 2 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 2.1 Konsep Pentaksiran Bilik Darjah

2.1.1 Pentaksiran Untuk Pembelajaran 2.1.2 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

i. Pentaksiran Kendiri ii. Pentaksiran Rakan Sebaya

2.1.3 Pentaksiran Tentang Pembelajaran 2.2 Objektif PBD 2.3 Ciri PBD 2.4 Aspek Yang Ditaksir

5

BAB 3 TAHAP PENGUASAAN DAN STANDARD PRESTASI 3.1 Pengenalan 3.2 Tahap Penguasaan 3.3 Standard Prestasi 3.4 Tahap Penguasaan Keseluruhan 3.5 Templat Pelaporan PBD 3.6 Templat Pelaporan PBD Kelas (Gabungan Mata Pelajaran)

12

BAB 4 PERTIMBANGAN PROFESIONAL 30 4.1 Maksud Pertimbangan Profesional 4.2 Melaksanakan Pertimbangan Profesional 4.3 Moderasi

BAB 5 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH 5.1 Pelaksanaan PBD

5.1.1. Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran 5.1.2. Melaksanakan PdP dan Pentaksiran

i. Pentaksiran Secara Lisan ii. Pentaksiran Secara Bertulis iii. Pentaksiran Secara Pemerhatian

5.1.3. Merekod dan Menganalisis Pencapaian Murid 5.1.4. Tindakan Susulan 5.1.5. Melapor

5.2 Penjaminan Kualiti PBD di Sekolah 5.3 Tanggungjawab Pihak Sekolah Dalam Pelaksanaan PBD

35

i

vi

5.3.1 Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar/PK Pentadbiran 5.3.2 Tanggungjawab Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Ketua Bidang/ Ketua Panitia 5.3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

BAB 6 CONTOH INSTRUMEN PENTAKSIRAN 6.1 Pengenalan 6.1.1 Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian

Contoh 1 Senarai Semak Contoh 2 Anekdot Contoh 3 Rekod Berterusan (running record) Contoh 4 Gambar Aktiviti

6.1.2 Kaedah Pentaksiran Secara Lisan Contoh 5 Respons Guru Contoh 6 Soalan Lisan (murid dengan guru) Contoh 7 Soalan Lisan (murid dengan murid) Contoh 8 Deklamasi Sajak (murid dengan bahan pembelajaran)

6.1.3 Kaedah Pentaksiran Secara Penulisan Contoh 9 Lembaran Kerja (Soalan Latihan) Contoh 10 Lembaran Kerja (Bentuk Jadual)

6.2 Pentaksiran Kendiri Contoh 11 Lembaran Pentaksiran Kendiri atau Refleksi Contoh 12 Penggunaan Rubrik Contoh 13 Senarai Semak Contoh 14 Skala Kadar

6.3 Pentaksiran Rakan Sebaya Contoh 15 Borang Maklum Balas

43

BAB 7 PENUTUP 59 GLOSARI 60 PENGHARGAAN

63

SENARAI RUJUKAN 65

ii

vii

SENARAI RAJAH

Rajah 1 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1

Rajah 2 Organisasi Kandungan Panduan Pelaksanaan PBD 4

Rajah 3 Pentaksiran Formatif dan Sumatif 6

Rajah 4 Ciri Utama PBD 10

Rajah 5 Standard Prestasi dalam DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Kesenian Tahun 1

15

Rajah 6 Standard Prestasi dalam DSKP KSSM Matematik Tingkatan 1 15

Rajah 7 Standard Prestasi dalam DSKP KSSM Geografi Tingkatan 1 16

Rajah 8 Templat Pelaporan PBD bagi KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Islam Tahun 1

17

Rajah 9 Halaman Panduan dalam Templat Pelaporan PBD 18

Rajah 10 Halaman Rekod Prestasi Murid dalam Templat Pelaporan PBD 19

Rajah 11 Halaman Laporan Murid (Individu) dalam Templat Pelaporan PBD

20

Rajah 12 Halaman Data Penyataan Tahap Penguasaan dalam Templat Pelaporan PBD

21

Rajah 13 Halaman Graf Pelaporan dalam Templat Pelaporan PBD 22

Rajah 14 Templat Pelaporan PBD Kelas (Gabungan Mata Pelajaran) 23

Rajah 15 Halaman Rekod Prestasi Murid dalam Templat Pelaporan PBD Kelas

24

Rajah 16 Senarai Pilihan Mata Pelajaran dalam Templat Pelaporan PBD Kelas

25

Rajah 17 Lajur Boleh Diubah Mengikut Keperluan 26

Rajah 18 Baris Boleh Diubah Mengikut Keperluan 26

Rajah 19 Halaman Laporan Murid dalam Templat Pelaporan PBD Kelas 27

Rajah 20 Halaman Data Penyataan Tahap Penguasaan dalam Templat Pelaporan PBD Kelas

28

Rajah 21 Halaman Graf Pelaporan dalam Templat Pelaporan PBD Kelas 29

Rajah 22 Elemen Pertimbangan Profesional 30

Rajah 23 Carta Alir Pelaksanaan PBD 35

iii

viii

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Penyataan Tahap Penguasaan 13

Jadual 2 Tafsiran Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

14

iv

ix

KATA PENGANTAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dapat diterbitkan. Panduan ini telah dikemaskini daripada terbitan yang terdahulu dan diharapkan dapat membantu guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), di samping memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta kaedah

pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan. PBD merupakan pentaksiran berterusan yang membolehkan guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pentaksiran berterusan secara formatif dan sumatif dalam PBD ini merupakan tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu wahana bagi memastikan perkembangan holistik dalam kalangan murid. Sehubungan itu, buku ini juga diharap dapat menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha memastikan kurikulum dilaksanakan dengan lebih berkesan. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penerbitan buku Panduan Pelaksanaan PBD ini. Semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat. Sekian. SHAZALI BIN AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2018

v

1

PENDAHULUAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011. Rajah 1 menunjukkan empat komponen dalam PBS.

Rajah 1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Standard Kandungan (SK) ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran (SP) pula ialah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Manakala Standard Prestasi (SPi) pula ialah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid. Perincian perkara ini dan maklumat lain berkenaan PBD dinyatakan di dalam buku ini.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIK

PENTAKSIRAN PUSAT

PENTAKSIRAN SEKOLAH

BUKAN AKADEMIK

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI,

SUKAN DAN KOKURIKULUM

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

2

Panduan ini merupakan edisi kemas kini kepada buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2016. Pan