aktiviti, kecemerlangan mahasiswa dan pengiktirafan alumni

6
Suasana Kondusif Kampus UTM Johor Bahru.

Upload: duongtram

Post on 24-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengiktirafan ALUMNI

Suasana Kondusif Kampus UTM Johor Bahru.

Page 2: Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengiktirafan ALUMNI

Aktiviti,Kecemerlangan Mahasiswa

dan Pengiktirafan ALUMNI

Penglibatan mahasiswa dalam kegiatanberpersatuan dapat meningkatkan kemahiran

mahasiswa dalam pengurusan organisasi,semangat patriotik, berkomunikasi,

keintelektualan dan kepimpinan. Ini dapatmembentuk sahsiah mahasiswa yang seimbang

antara akademik dan bukan akademik.

Aktiviti rekreasi mahasiswa.

Page 3: Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengiktirafan ALUMNI

Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa, dan Pengitirafan ALUMNI

Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswadan Pengitirafan ALUMNI

Selain mementingkan kecemerlangan akademik, UTMturut menitikberatkan kecemerlangan mahasiswa dalamkegiatan berpersatuan. Penglibatan mahasiswa dalamkegiatan berpersatuan dapat meningkatkan kemahiranmahasiswa dalam pengurusan organisasi, semangatpatriotik, berkomunikasi, keintelektualan dankepimpinan. Ini dapat membentuk sahsiah mahasiswayang seimbang antara akademik dan bukan akademik.

Jumlah program mahasiswa pada tahun 2011 adalahsebanyak 766 program yang dikategorikan sepertiberikut:

• Program Keusahawanan - 24 program.• Program Global Outreach Programme (GOP) -

91 program.• Program Khidmat Masyarakat - 45 program.

Antara program yang mempunyai impak tinggi ialahBiodiesel Expedition 2011 di mana seramai 65 orangmahasiswa UTM telah menaiki bas ke Laos sejauh 6,500km pada 23 Mei hingga 4 Jun 2011. Ekspedisi inimerupakan ekspedisi mempromosikan penggunaan

biodiesel sebagai bahan api berasaskan sumber alam

yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar

dan menjadikan hayat enjin kenderaan lebih panjang.

Ekspedisi merentasi empat buah negara ini bukan

sekadar dapat memperkenalkan kepakaran UTM dalam

penyelidikan biodiesel malahan dapat memupuk

semangat kerjasama dan daya juang mahasiswa UTM.

Sepanjang 2011, mahasiswa UTM bertindak cemerlang

dalam setiap aktiviti dan pertandingan yang disertai

sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Pencapaian Antarabangsa

Dalam Asian 5 Nation Cup in Hong Kong 2011,dua orang mahasiswa UTM berjaya mewakili RagbiMalaysia.

Dalam Nation Cup Net Ball in Singapore 2011 yangberlangsung pada 1-4 Disember 2011, empatpemain UTM terpilih mewakili Malaysia dalamacara bola jaring.

52

Gabungan mahasiswa UTM, Universitas Tanjung Pura dan Prince of Songkla University di Universiti Nasional Laos.

Page 4: Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengiktirafan ALUMNI

Seramai empat usahawan terdiri daripada mahasiswaUTM terpilih menyertai Explorasi Niaga 2011 di Vietnampada 9-14 September 2011 anjuran bersamaKementerian Pengajian Tinggi dan Majlis KeusahawananUniversiti-Universiti Malaysia (MAKMUM).

Sepuluh orang mahasiswa UTM mewakili Malaysiadi Sukan SEA ke-26 2011 di Jakarta-Palembang,Indonesia dalam acara judo, bola tampar, lawan pedang(sencing) dan rowing. Dua daripada 10 orang mahasiswaUTM tersebut telah memenangi dua pingat gangsadalam acara judo (satu gangsa lelaki bawah 90 kg, satugangsa wanita bawah 63 kg). Seorang mahasiswaUTM mewakili Malaysia dalam acara catur di WorldUniversity Games (WUG) di Shenzen, China pada11-23 Ogos 2011.

Pencapaian Peringkat Kebangsaan

Aktiviti Kreativiti dan Debat

Dalam World Universities Peace Invitational Debate(WUPID) in Bahasa Melayu 2011 yang berlangsung diUniversiti Malaysia Kelantan (UMK), UTM berjayamenjadi Naib Johan.

Aktiviti Khidmat Masyarakat

Sepanjang Januari hingga Disember 2011, sebanyak 54program Khidmat Masyarakat dan Motivasi sertaPendidikan dijalankan melibatkan 2,100 orangmahasiswa UTM Johor manakala 16 program dijalankanmelibatkan 610 orang mahasiswa UTM Kuala Lumpur.Antaranya Khidmat Masyarakat dan Pendidikan YTM

Tunku Abdul Rahman 2011 (PUTRA'11), KhidmatPendidikan dan Khidmat Komuniti KTR (PENITI11), NURKASIH - Khidmat Masyarakat OKU.

Sepanjang tahun 2011, sebanyak 11 Lawatan AkademikLuar Negara melibatkan 193 UTM Johor Bahru dan27 UTM Kuala Lumpur. Antaranya Lawatan AkademikBrunei Darussalam Permodenan Teknologi danIntegrasi Kebudayaan Ke Timur, Waste 2 Wealth@ Mindanao 2011 di Mindanao, Filipina, Eco CultureChallenge @ Himalaya 2011 di Kathmandu, Nepal,Lawatan Akademik ke Korea 2011, dan Road to UnitedKingdom 2011.

Aktiviti Sukan

UTM bertindak cemerlang dalam sukan, apabila berjayamenjadi johan dalam Kejohanan Bola Tampar LelakiJemputan IPT 2011 di UMP Pahang dan Pesta BolaJaring USM IPT 2011.

UTM berjaya memenangi empat pingat perak, satupingat gangsa dalam MASUM 2011 yang berlangsungpada 22-26 Jun 2011 di Kompleks Sukan Air, Precint6, Putrajaya.

UTM berjaya memenangi lima pingat emas (empat bagiacara karate-do, satu bagi acara silat) empat perak (duabagi acara karate-do, satu bagi acara bola tamparwanita, satu sepak takraw), sembilan pingat gangsa(satu bagi acara ragbi, dua bagi acara bola baling, satubagi acara hoki wanita, satu bagi acara silat, satu

53

Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa, dan Pengitirafan ALUMNI

Page 5: Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengiktirafan ALUMNI

bagi acara bola tampar lelaki, tiga bagi acarakarate-do) di Karnival Sukan MASUM 2011.

Varsity Boat Race 2011 yang berlangsung pada Ogos2011 di Putrajaya, UTM berjaya memenangi Rowing:dua emas dan satu gangsa dalam acara rowing dan satuemas, dua perak, satu gangsa dalam acara kayak.

Aktiviti Kesenian

Dalam bidang kesenian, UTM bertindak cemerlang dalamMajlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat IPT 2011pada 10-13 Oktober 2011 apabila berjaya menjadi johanQari dan Johan Kategori Khat Nasakh serta Naib JohanPertandingan Reka bentuk Idea Seni Bina Masjid (PRISMA)anjuran bersama UTM & Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).

Pada 26 November 2011, UTM berjaya dianugerahkanThe Best Traditional Dance dalam 1World Culture:International Students Cultural Festival 2011 bertempat

di Nilai University College, Negeri Sembilan anjuranKementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Mahasiswa UTM merupakan Naib Johan dalamFestival Zapin Peringkat IPT 2011 yang berlangsung pada22-24 Disember 2011 anjuran Majlis KebudayaanUniversiti-Universiti Malaysia (MAKUM).

Pembangunan Keusahawanan Mahasiswa

Pada 6-11 Julai 2011, Kelab Usahawan UTM telahmenyertai Pertandingan SIFE peringkat kebangsaan 2011anjuran bersama MITI & SME Bank dan berjaya keperingkat separuh akhir.

Pada 28-30 Oktober 2011, Kelab Usahawan UTM telahmenyertai Pertandingan Keusahawanan PeringkatIPTA/IPTS - Setup Weekend bersama DIGI Zon Selatan2011 anjuran bersama DIGI dan Kementerian PengajianTinggi Malaysia dan berjaya menjadi johan dalampertandingan tersebut.

54

Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa, dan Pengitirafan ALUMNI

Aktiviti sukan oleh mahasiswa UTM.

Page 6: Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengiktirafan ALUMNI

Pengiktirafan ALUMNI

Pada tahun 2011, Unit Perhubungan ALUMNI telah

melaksanakan pelbagai program dan aktiviti selain

daripada program tahunan yang melibatkan Alumni

UTM termasuk juga program-program di bawah

penganjuran SIG ALUMNI. Antara objektif program

yang dijalankan adalah seperti berikut:

• Sebagai platform bagi mengumpul ALUMNI UTM

yang berjaya, di samping dapat mengerat dan

mengukuhkan hubungan silaturrahim antara

ALUMNI dan Universiti Teknologi Malaysia.

• Membina perkongsian pintar melalui pertukaran

maklumat dan sumber data bagi kepentingan

pembangunan bersama.

• Mengumpul dana bagi Tabung Endowmen ALUMNI

melalui sumbangan ALUMNI UTM.

• Mengadakan majlis menandatangani MoU di antara

syarikat yang dimiliki oleh ALUMNI UTM yang

berjaya dengan Universiti Teknologi Malaysia.

• Menjalinkan usahasama antara ALUMNI melalui

pelbagai fungsi perkhidmatan dan peranan.

• Memberi pengiktirafan dan penghargaan

kepada ALUMNI UTM yang berjaya.

• Membina rangkaian strategik.

Diantara pencapaian ALUMNI UTM terbilang pada tahun

2011 ialah:

• Tuan Haji Burhanuddin Md. Radzi, Pengarah Urusan,

Les' Copaque Production Sdn Bhd - Anugerah Khas

Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera

Malaysia (NEF) - Awani Tun Dr. Mahathir.

• Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Material and

Manufacturing, Pejabat TNC (P&I) Universiti

Teknologi Malaysia - Anugerah Inovasi Negara

2011 Kategori Produk sempena Persidangan

dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE).

• Dato' Prof Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib Canselor

Universiti Teknologi Malaysia - Tokoh Maal Hijrah

1433/2011 Negeri Sembilan.

• Ir. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi, Pengarah

PROSPECT, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti

Teknologi Malaysia - Award Sir Frederick Warner

Prize.

55

Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa, dan Pengitirafan ALUMNI

Majlis Makan Malam Famous ALUMNI 2011.