tuntutan pengiktirafan kesatuan sekerja

Upload: salam-salam-solidarity-fauzi-ibrahim

Post on 02-Jun-2018

400 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    1/14

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    2/14

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    3/14

    2

    Handbookini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai diJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalammemberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yangberkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu,handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakaioleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lainyang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugasperhubungan perusahaan.

    Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupukdan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positifdi antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka,maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupukperhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dandalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan MencorakkanMasa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.

    Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPMyang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbookini.

    Fong Khei PorJ.S.M, A.M.K

    Ketua Pengarah

    Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

    PRAKATAKETUA PENGARAH

    PERHUBUNGAN PERUSAHAAN

    MALAYSIA

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    4/14

    3

    KANDUNGAN

    Prakata

    1. Pendahuluan

    2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja

    3. Perundangan Mengenai Skop Perwaki|an Kesatuan Sekerja

    4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan

    5. Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Pengiktirafan

    6. Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan (Borang A)

    7. Aduan Mengenai Skop/Kapasiti Keahlian Kesatuan Sekerja

    8. Proses Undi Sulit

    9. Tindakan-Tindakan Yang Dilarang Semasa Prosiding Tuntutan Pengiktirafan

    10. Penalti Bagi Kesalahan Bersabit Tuntutan Pengiktirafan

    11. Proses Kerja Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan

    Kesatuan Sekerja

    12. Lain-lain Peruntukan Yang Berkaitan

    13. Carta Aliran Kerja Proses Tuntutan Pengiktirafan

    2

    4

    4

    4

    5

    5

    6

    7

    7

    8

    8

    9

    10

    11

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    5/14

    4

    1. Pendahuluan

    Pengiktirafan kesatuan sekerja merupakan aspek penting di bawah sistem perhubungan perusahaan di Malaysia. Sesebuah kesatuan sekerja mesti mendapatkan pengiktirafan daripada majikan sebelum kesatuan berkenaan boleh mempelawa majikan untuk memulakan perundingan kolektif. Prosedur dan proses tuntutan pengiktirafan adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 9, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) dan Peraturan- Peraturan di bawahnya.

    Handbook ini diterbitkan sebagai panduan khususnya kepada para majikan dan pekerja bagi memahami proses pengendalian tuntutan pengiktirafan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, keterangan lanjut mengenainya boleh didapati daripada mana- mana pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di seluruh negara.

    2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja

    2.1 Pengiktirafan oleh majikan terhadap sesebuah kesatuan sekerja merupakan pra-syarat sebelum kesatuan berkenaan boleh menjemput majikan untuk mengadakan perundingan kolektif.

    2.2 Pengiktirafan ke atas kesatuan sekerja membolehkan

    sesebuah kesatuan itu berfungsi sebagai badan atau ejen yang mewakili para pekerja dalam meningkatkan hubungan kerjasama serta perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif di tempat pekerjaan.

    3. Perundangan Mengenai Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja

    3.1 Sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut

    pengiktirafan berkaitan pekerja-pekerja yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    6/14

    5

    keselamatan sekiranya majoriti daripada keahliannya terdiri daripada pekerja-pekerja yang bukan digajikan dalam mana-

    mana kapasiti tersebut.

    4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan

    4.1 Pengiktirafan kesatuan sekerja melibatkan kriteria-kriteria berikut:

    4.1.1 Kelayakan (competency)kesatuan sekerja iaitu sama

    ada kesatuan berkenaan layak untuk mewakili pekerja-pekerja di sesebuah tempat pekerjaan (establishment) atau di dalam tred atau jawatan (occupation)atau industri.

    4.1.2 Keahlian kesatuan tersebut diliputi oleh skop yang ditetapkan di bawah perlembagaan kesatuan.

    4.1.3 Kekuatan keahlian iaitu sama ada kesatuan tersebut mempunyai majoriti (50% + 1 orang pekerja) di kalangan pekerja-pekerja yang hendak diwakilinya.

    5. Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Pengiktirafan

    5.1 Sesebuah kesatuan sekerja berdaftar boleh menuntut pengiktirafan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen

    9(2), APP 1967. Tuntutan hendaklah dikemukakan dalam Borang A.

    5.2 Satu salinan asal Borang A berserta satu salinan Perlembagaan Kesatuan hendaklah dihantar secara pos berdaftar akuan terima atau kurier atau secara kediri kepada majikan dan satu salinan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM).

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    7/14

    6

    6. Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan (Borang A)

    6.1 Majikan hendaklah mengambil satu daripada langkah- langkah berikut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis tuntutan pengiktirafan :

    (i) Mengiktiraf kesatuan sekerja secara sukarela (voluntarily); atau

    (ii) Jika pengiktirafan tidak diberi, memaklumkan pihak

    kesatuan secara bertulis sebab-sebab mengapa pengiktirafan tidak diberi; atau

    6.2 Apabila sesebuah kesatuan sekerja menerima makluman di bawah perenggan 6.1 (ii) atau majikan gagal memberikan sebarang jawapan, kesatuan hendaklah dalam tempoh 14 hari dari :

    (i) Tarikh penerimaan maklumbalas majikan di bawah perenggan 6.1 (ii); atau

    (ii) Berakhirnya tempoh 21 hari di bawah perenggan 6.1, mengemukakan aduan secara bertulis kepada KPPPM. Kegagalan kesatuan berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan pengiktirafan ini dianggap telah ditarik balik.

    6.3 Setelah menerima aduan di bawah perenggan 6.2, KPPPM boleh mengambil langkah-langkah yang dianggap perlu atau wajar bagi menyelesaikan tuntutan pengiktirafan tersebut sejajar dengan peruntukan Seksyen 9 (4A), APP 1967 seperti berikut :

    (i) Kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili semua

    pekerja atau golongan pekerja tertentu yang menuntut pengiktirafan; dan

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    8/14

    7

    (ii) Menentukan peratusan ahli melalui undi sulit (secret ballot).

    6.4 Untuk tujuan menyelesaikan kemusykilan di perenggan 6.3 di atas, KPPPM boleh mengambil langkah-langkah berikut :

    (i) Meminta pihak majikan supaya mengemukakan senarai nama pekerja pada tarikh tuntutan pengiktirafan dibuat (Borang B) serta apa-apa maklumat yang dianggap perlu dan relevan.

    (iii) Merujuk kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (KPKS) bagi menentukan kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja syarikat;

    (iii) Memasuki premis majikan bagi tujuan memeriksa rekod atau dokumen atau mengendalikan undi sulit.

    7. Aduan Mengenai Skop/Kapasiti Keahlian Kesatuan Sekerja

    Sebarang aduan berhubung skop/kapasiti keahlian kesatuan sekerja bolehlah dikemukakan kepada KPPPM di bawah Seksyen 9(1A), APP 1967 supaya langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil untuk menyelesaikannya.

    8. Proses Undi Sulit

    8.1 Proses undi sulit merupakan proses penting dalam menentukan sesebuah kesatuan sekerja itu mempunyai sokongan majoriti (50% + 1 orang pekerja).

    8.2 Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan proses undi sulit termasuk menentukan tarikh, masa dan tempat undi sulit dijalankan. Satu memorandum persetujuan akan

    ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    9/14

    8

    9. Tindakan-Tindakan Yang Dilarang Semasa Prosiding Tuntutan Pengiktirafan

    9.1 Majikan adalah dilarang mengisytiharkan sekat-masuk (lock-out) atau menamatkan pekerjaan mana-mana pekerjanya kecuali atas alasan-alasan tatatertib (misconduct).

    9.2 Pihak kesatuan pula dilarang daripada melancarkan apa-apa tindakan perusahaan seperti mogok atau piket.

    10. Penalti Bagi Kesalahan Bersabit Tuntutan Pengiktirafan

    Seksyen 60, APP 1967 menetapkan penalti yang membawa hukuman penjara untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya atas perlanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta tersebut; atau atas ketidakpatuhan terhadap apa-apa saman,

    perintah atau arahan yang diberi atau dibuat di bawah Akta berkenaan.

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    10/14

    9

    11. Proses Kerja Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan KesatuanSekerja

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    11/14

    10

    12. Lain-Lain Peruntukan Yang Berkaitan

    12.1 Apabila sesebuah kesatuan sekerja telah mendapat pengiktirafan daripada majikan atau diputuskan oleh Y.B. Menteri ke atas mana-mana pekerja atau kelas pekerja, maka kesatuan lain tidak boleh menuntut pengiktirafan ke atas mana-mana pekerja atau kelas pekerja yang sama sehingga tempoh tiga tahun berakhir.

    12.2 Apabila sesebuah kesatuan yang menuntut pengiktirafan telah menarik balik tuntutan pengiktirafan selepas aduan di bawah Seksyen 9(4) APP 1967 dibuat kepada KPPPM atau Y.B. Menteri telah membuat keputusan bahawa pengiktirafan tidak diberikan, maka kesatuan tersebut tidak boleh membuat tuntutan semula untuk mendapatkan pengiktirafan sehingga tempoh enam bulan berakhir daripada tarikh surat tarik balik atau tarikh keputusan

    Y.B. Menteri.

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    12/14

    11

    13. Carta Aliran Kerja Proses Tuntutan Pengiktirafan

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    13/14

    12

    Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkandalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbitJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

    All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a

    retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical,photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the

    Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.

  • 8/10/2019 TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

    14/14