majlis bicara sejarah kerajaan johor

Upload: sitti-khadeeja

Post on 10-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Majlis Bicara Sejarah Kerajaan Johor

TRANSCRIPT

Majlis Bicara Sejarah Kerajaan Johor-Riau-LinggaMajlis bicara ini diadakan di Warung Alamak dan diketuai oleh Encik H. Thamrin Dahlan sebagai moderator dalam majlis bicara ini, diikuti Prof. Madya Saiful Bahri bin Md. Radzi selaku panel pertama. Manakala panel kedua pula ialah Encik Raja Malik bin Raja Hamzah dan panel terakhir pula ialah Encik Mahdi bin Shuid. Sebelum memulakan majlis, kami dihiburkan dengan nyanyian oleh Encik Mohd. Fauzi bin Abdullah.

Gambar 1 Majlis Bicara Sejarah Kerajaan Johor-Riau-Lingga amat memberi manfaat kepada peserta pada malam tersebut. Panel pertama telah memperkenalkan kami dengan sejarah Johor-Riau. Menurut beliau sejarah bagi kerajaan tersebut masih menimbulkan menimbulkan banyak persoalan kepada kita. Hal ini disebabkan takhta kerajaan ini telah dipegang oleh beberapa pihak iaitu daripada Kesultanan Melayu Melaka, keturunan Bendahara, dan campur tangan Bugis. Kerajaan ini mula-mulanya dipegang oleh waris Kesultanan Melayu Melaka, dan kemudiannya beralih kepada keturunan Bendahara setelah kemangkatan Sultan Mahmud. Setelah itu, perebutan kuasa dan takhta oleh Raja Kechil telah mengakibatkan campur tangan pihak Bugis. Hal ini telah membawa kepada perubahan pemerintahan kerajaan Johor. Panel kedua pula membincangkan asal-usul Pulau Penyengat. Menurut beliau, penduduk di kawasan tersebut banyak menghasilkan karya-karya agung sejak zaman Kegemilangan Kerajaan Johor-Riau. Penulis-penulis yang terkenal pada masa tersebut termasuklah Raja Ali Haji, Raja Hamidah dan lain-lain terutamanya dalam kalangan kerabat diraja. Penulisan yang dihasilkan oleh mereka pada masa tersebut adalah untuk membangkitkan semangat patriotisme bagi menentang pihak penjajah iaitu Belanda. Namun begitu, kegiatan-kegiatan menulis ini hampir pupus apabila sultan kerajaan Johor terakhir, iaitu Sultan Abdul Rahman al-Muadzam Shah yang tewas dalam melawan Belanda telah melarikan diri dari Pulau Penyengat. Sumbangan terbesar kerajaan ini adalah penghasilan kamus tatabahasa oleh Raja Ali Haji bagi memartabatkan lagi Bahasa Melayu. Penduduk di Pulau Penyengat memilih aktiviti penulisan sebagai kegiatan harian mereka kerana mereka menganggap penulisan merupakan aktiviti yang kekal tidak seperti pekerjaan lain. Mereka juga berpendapat bahawa penulisan yang dihasilkan oleh mereka dapat dibaca dan diturunkan kepada generasi-generasi muda pada masa hadapan. Sebagai seringan bagi majlis bicara pada malam tersebut, Encik Raja Abdul Rahman untuk mengalunkan gurindam.

Gambar 2 Encik Raja Abdul Rahman Sedang Mengalunkan GurindamMajlis bicara ini diteruskan dengan perbincangan oleh panel ketiga, Encik Mahdi. Beliau telah membincangkan sifat-sifat yang ada pada orang Bugis. Antara sifat yang terdapat pada orang Bugis termasuklah berwawasan dan bijak. Contohnya, mereka bijak mengambil peluang untuk meluaskan kuasa dalam pemerintahan Kerajaan Johor. Mereka telah mengahwinkan anak-anak mereka dengan anak-anak raja. Sultan Mansur di Terengganu ingin menghapuskan Bugis di Tanah Melayu, namun begitu baginda sendiri yang berkahwin dengan orang Bugis. Majlis bicara ini diteruskan sesi soal jawab daripada para peserta. Tiga orang peserta telah mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan soalan kepada para panel.

Gambar 3 Pserta sedang Bertanya Soalan Kepada Para Panel

Majlis ini diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata dan sesi fotografi.

Gambar 4 Penyampaian Cenderamata kepada Para Panel

Gambar 5 Sesi Fotografi