laporan program jejak sejarah warisan kerajaan johor

Upload: sitti-khadeeja

Post on 10-Mar-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Program Jejak Sejarah Warisan Kerajaan Johor

TRANSCRIPT

Laporan Program Jejak Sejarah Warisan Kerajaan Johor-Riau-Lingga 19/9/2015-22/9/2015Sabtu (19/9/2015)Semua peserta berkumpul di kawasan air pancut Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) pada 12.00 tengah malam. Sebelum bertolak, Encik Mahdi memperkenalkan pensyarah-pensyarah yang akan turut menyertai program tersebut. Muhammad Faiz membacakan doa sebelum bertolak ke Johor Bahru.

Gambar 1 Peserta berkumpul di kawasan air pancutKumpulan kami telah berhenti di The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru pada pukul 6.00 pagi untuk berehat dan solat. Setelah itu, kami bersarapan di warung yang terletak di hadapan hotel tersebut. Selepas itu, kami bertolak ke Berjaya Waterfront Johor Bahru. Pada jam 8.30 pagi, kami menunggu di balai pelepas untuk pemeriksaan pihak imigresen. Tepat 9.30 pagi, kami berlepas ke Tanjung Pinang dengan menaiki feri. Kami sampai di Tanjung Pinang dan melalui pemeriksaan imigresen pada pukul 12.20 tengah hari. Selepas itu, kami menaiki pompong terus ke Pulau Penyengat. Pada jam 1.00 petang kami selamat sampai ke Penginapan Sulthan Penyengat Indra Sakti. Setelah selesai menguruskan diri, kami terus ke Warung Alamak pada pukul 2.00 petang untuk menikmati makan tengah hari. Gambar 2 PesertaBerkumpul di Berjaya Waterfront

Gambar 3 Peserta Mengambil Kesempatan Bergambar di Hadapan Penginapan TersebutKami telah diberi masa selama dua jam untuk berehat dan kemudiannya, kami telah berkumpul semula di hadapan tempat penginapan untuk lawatan ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Pulau Penyengat. Antara tempat yang kami telah kunjungi ialah Makam Pahlawan Nasional, Makam Raja Haji Fisabilillah Yang di-Pertuan Muda Kerajaan Riau II (1725-1784), Makam Raja Jaafar, Istana Kampung Gelam, Balai Adat Pulau Penyengat, Makam Raja Hamidah, dan Makam Raja Ali Haji.

Gambar 4 Peserta Mendengar Penerangan daripada Raja MalikPada pukul 6.00 petang, semua peserta beransur balik ke penginapan masing-masing untuk bersiap bagi program yang seterusnya. Setelah mengurus diri, peserta telah bergerak ke Warung Alamak kira-kira pada pukul 8.30 malam untuk aktiviti seterusnya. Setelah menikmati makan malam, kami terus beralih kepada Majlis Bicara Sejarah Kerajaan Johor-Riau-Lingga.

Gambar 5 Majlis Bicara Sejarah Kerajaan Johor-Riau-LinggaMajlis bicara ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada pihak IPG kepada moderator dan para panel yang terlibat.

Gambar 6 Penyampaian CenderamataSetelah majlis ini selesai, para peserta kembali ke penginapan masing-masing. Maka, selesailah aktiviti pada hari tersebut.

Ahad (20/9/2015)Peserta berkumpul di Warung Alamak pada pukul 8.30 pagi untuk bersarapan. Setelah itu, peserta diberi masa untuk berkemas bagi bergerak ke jeti. Kira-kira pada pukul 10.45 pagi, semua peserta telah menaiki pompong meninggalkan Pulau Penyengat dan menuju ke jeti Tanjung Pinang.

Gambar 7 Peserta Menaiki Pompong Menuju ke Jeti Tanjung PinangSemasa di jeti Tanjung Pinang, kami telah diberikan taklimat tentang perjalanan aktiviti pada hari berkenaan oleh Encik Mahdi. Tepat pada pukul 12.00 tengah hari bergerak menuju ke Pulau Daik-Lingga dan perjalanan ini memakan masa kira-kira selama 5 petang. Sebelum sampai ke Pulau Daik-Lingga, feri kami telah berhenti di beberapa pulau untuk menurunkan dan mengambil penumpang di pulau tersebut.

Gambar 8 Menunggu Feri di Jeti Tanjung PinangSepanjang perjalanan, kami berpeluang untuk menikmati keindahan alam yang terdapat di kawasan sekitar termasuklah pulau-pulau dan kelong yang terletak di tengah-tengah lautan. Sebaik sahaja sampai ke jeti Daik-Lingga, kami terus menaiki dua buah bus untuk menuju ke Hotel Lingga Pesona yang akan menjadi penginapan kami selama dua hari.

Gambar 9 Kelong yang di Tengah Laut

Gambar 10 Selamat Tiba di Jeti Daik-Lingga

Gambar 11 Menaiki Bas ke Hotel Lingga Pesona

Gambar 12 Check in di Hotel Lingga PesonaTepat 6.00 petang kami telah check in Hotel Pesona. Kemudian, kami diberi masa untuk mengurus diri sebelum diminta berkumpul untuk makan malam di RM Tuan Ramah. Setelah itu, kami diminta berkumpul untuk sesi Ceramah Sumber Lisan Sebagai Sumber Sejarah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Md. Radzi. Sesi soal jawab dibuka kepada peserta setelah beliau selesai menyampaikan ceramah.

Gambar 13 Makan Malam di RM Tuan Ramah

Gambar 14 Perbicangan Sumber Lisan Sebagai Sumber SejarahSetelah itu, Encik Mahdi mengingatkan kami untuk menyiapkan laporan mengikut tugasan yang dibahagikan dalam kumpulan masing-masing.

Isnin (21/09/2015)Tepat pada jam 7.00 pagi, kami berkumpul di lobi Hotel Lingga Pesona untuk bersarapan. Kami berjalan kaki menuju ke Warung Makan Jamel yang berdekatan dengan penginapan kami. Setelah selesai menikmati sarapan pagi, kami bergerak ke tempat-tempat bersejarah , antaranya iaitu Makam Merah Siak Lingga Situs Istana Damnah Kabupaten Lingga, Benteng Bukit Cening, Makam Sultan Lingga,Makam Sultan Mahmud Syah.Setelah kami berkunjung ke tempat-tempat tersebut, kami terus menuju ke Siti Nurbaya Masakan Padang dan menilkmati makanan Padang sebagai hidangan makanan tengahari kami di restoran tersebut. Tepat pada jam 12.30 tengahari, kami dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing yang tidak jauh dari restoran tersebut. Kami menguruskan diri dan diberi masa untuk membeli-belah di kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel. Terdapat juga sebilangan peserta yang mengambil kesempatan untuk mandi di kawasan air terjun iaitu Air Terjun Resun pada jam 3.30 petang dan tiba di penginapan mereka semula pada jam 5.30 petang.Tepat pada jam 7.00 malam, kami dikehendaki untuk berkumpul di lobi hotel untuk bergerak bersama-sama menuju ke restoran Siti NurBaya Makanan Padang. Pelbagai jenis hidangan istimewa yang dihidangkan buat kami semua. Tepat pada 9.00 malam, kami pulang semula ke penginapan masing-masing dan mengemas barang untuk persiapan hari esok serta menyiapkan laporan.Gambar 15 Salah Satu Makam yang telah Kami Kunjungi

Gambar 16 Tapak Istana Damnah yang terdapat di Daik Lingga.

Gambar 17 Mimbar yang penuh keunikan terdapat di Masjid Jami' Sultan Lingga Riau Lingga

Gambar 18 Peserta mengambil kesempatan bergambar di hadapan Muzium Linggam Cahaya

Selasa (22/09/2015)Semua peserta berkumpul tepat pada jam 7 pagi di lobi hotel untuk check out. Kemudian, kami menuju ke jeti Daik-Lingga untuk menaiki feri pada pukul 8 pagi ke Tanjung Pinang. Kami berhenti di Tanjung Pinang dan mengambil kesempatan untuk membeli-belah.