rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

47
TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com] BAHAGIAN A 1. Huraikan konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun dengan merujuk contoh-contoh sesuai tamadun awal manusia. [25] 2. Bincangkan peranan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar Babylon. [25] 3. Bincangkan pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa. [25] 4. Terangkan konsep Kapitalisme. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculannya di Eropah Barat pada abad ke-18. [25] 5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan pendidikan formal bagi memenuhi kehendak negara dalam tamadun awal manusia. [25] 6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China. [25] 7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Cristopher Columbus, Ferdinand Magellan dan Vasco Da Gamma kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia. [25] 8. Bandingkan dasar pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun 495SM dengan negara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. [25] BAHAGIAN B 9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah s.a.w di Madinah. [25] 10. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddik sehingga beliau dianggap sebagai 'penyelamat negara dan umat Islam". [25] 11. Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika menghadapi peperangan. [25] 12. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan pelaksanaannya dalam pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. [25] 13. Huraikan peranan Sultan Salahuddin al-Ayubi dalam Perang Salib. [25] 14. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyyah. [25] 15. Huraikan sejauhmanakah Undang-undang Adat Melaka dipengaruhi Islam. [25]

Upload: faizah-baharin

Post on 20-Jun-2015

1.114 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

1[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

BAHAGIAN A

1. Huraikan konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun dengan merujuk contoh-contoh sesuaitamadun awal manusia. [25]

2. Bincangkan peranan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar Babylon.[25]

3. Bincangkan pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintahmengukuhkan kuasa. [25]

4. Terangkan konsep Kapitalisme. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkankemunculannya di Eropah Barat pada abad ke-18. [25]

5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan pendidikanformal bagi memenuhi kehendak negara dalam tamadun awal manusia. [25]

6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China. [25]

7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Cristopher Columbus, FerdinandMagellan dan Vasco Da Gamma kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia. [25]

8. Bandingkan dasar pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun 495SM dengannegara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. [25]

BAHAGIAN B

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah s.a.wdi Madinah. [25]

10. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddik sehingga beliau dianggap sebagai'penyelamat negara dan umat Islam". [25]

11. Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketikamenghadapi peperangan. [25]

12. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan pelaksanaannya dalam pelbagaiaktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. [25]

13. Huraikan peranan Sultan Salahuddin al-Ayubi dalam Perang Salib. [25]

14. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad sebagai pusatkegiatan intelektual pada zaman Abbasiyyah. [25]

15. Huraikan sejauhmanakah Undang-undang Adat Melaka dipengaruhi Islam. [25]

Page 2: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

2[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

16. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Baratpada abad ke- 15 - 16 Masehi. [25]

BAHAGIAN A

1. Huraikan konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun dengan merujuk contoh-contohsesuai tamadun awal manusia.

Pendahuluan (3 markah)a. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah,

tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakatbertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologipada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakatbertamadun.

b. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun MesirPurba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho.

c. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkatd. Tamadun-tamadun awal manusia.

Isi – isi Jawapan (21 markah)

1. Konsep Tamadun (3 markah)- Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana.

Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar”.- Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization

berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar”- Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran,

penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistemtulisan dan adat resam.

- Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriahtamadun, iaitu kemunculan bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan

- Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangantamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dankesenian.

- Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gayakebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,kesusasteraan, agama dan akhlak.

- Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segilahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahaptatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat

- Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriahtetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian

2. Ciri-ciri umum pembentukan tamadun awal manusia ( 6 isi x 3 markah = 18 markah)

a. Petempatan kekal: Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikanberhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar yangberperanan sebagai pusat tamadun awal.Antara petempatan awal yang berkembangmenjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun

Page 3: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

3[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris danEuphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning).

b. Pembandaran : Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomimenyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalamtamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus;Anyang,Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes danMemphis di Mesir. Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusatpentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian. Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur,Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.

c. Organisasi sosial: Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapisterutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosialdalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiridaripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golonganpembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongancendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktivitipertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yangbergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya. Struktur masyarakat terbukti di Lagash,Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir.

d. Sistem pemerintahan dan pentadbiran: Dalam tamadun Mesir Purba, sistempemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan danmengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkansistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun. Pemerintahanditerajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

e. Agama dan kepercayaan: Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awalialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang.Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitupenyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalamtamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China.

f. Pengkhususan kerja: Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomiseperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan inimelahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagaibarangan mengikut kepakaran masing-masing. Golongan wanita terlibat dalam bidangpertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukangmahir.Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagimempertahankan negara daripada serangan musuh.

g. Bahasa dan tulisan: Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasaSanskrit. Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yangdigunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku. Antaraperanan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmupengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satumasyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan danmencatatkan idea dan pemikiran manusia.

Page 4: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

4[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

h. Kemajuan Ekonomi.i. Kemajuan sains dan teknologi.j. Kemajuan undang-undang

Kesimpulan (1 markah)- Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentuk

kehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zamansebelumnya.

- Apa sahaja yang berkaitan.

Page 5: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

5[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Bincangkan peranan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayarBabylon.

Pendahuluan (3m)a. Empayar Babylon diasaskan oleh Sumu Abum, seorang ketua suku kaum Amorite pada

tahun 1894 SM.b. Empayar ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi.

Hammurabi berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang danmengasaskan sistem pentadbiran yang teratur.

c. Semasa pemerintahannya, Babylon menjadi sebuah empayar yang besar dan terkenal.

Isi-isi jawapan: [5 isi x 4m =20 Markah]

Peranan Hammurabi untuk mengukuhkan empayar Babylon

a. Menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau melancarkan ekspedisi ketenteraan untukmeluaskan pengaruh dan kekuasaan. Antara kempen ketenteraan yang dilancarkan olehHammurabi ialah kempen menawan Isin, Uruk, Malgum, Rapiqum dan Larsa. Kesandaripada dasar peluasan kuasa yang agresif, empayar Babylon terbentang luas meliputiwilayah Sumer, Akkad dan Assyria.

b. Mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang kukuh. Bagi menangani masalah dalam danluar negara, beliau melaksanakan dasar kekerasan dan kesederhanaan. Selain itu, beliaujuga melantik gabenor untuk mentadbir wilayah. Gabenor-gabenor ini dikawal ketat dansegala tindakan mereka akan dilaporkan kepada kerajaan pusat.

c. Menubuhkan Majils Orang Tua di peringkat wilayah untuk memungut cukai dan mengadilikes-kes kecil. Menerusi langkah-langkah ini Hammurabi berjaya melahirkan empayar yangkukuh.

d. Mewujudkan struktur organisasi ketenteraan yang sistematik. Maklumat lengkap tentangaskar-askar disimpan dalam rekod pendaftaran negara. Anggota tentera juga diberikanhak-hak keistimewaan seperti dikurniakan tanah yang tidak boleh dipindah milik danbinatang ternakan. Terdapat juga undang-undang yang menghalang pegawai atasandaripada mengeksploitasikan anggota tentera.

e. Memperbaharui taktik peperangan dengan memperkenalkan penggunaan kereta kudadalam medan peperangan. Langkah-langkah ini berjaya mengukuhkan empayar Babylon.

Page 6: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

6[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

f. Mendorong oleh perkembangan pesat dalam bidang ekonomi seperti pertanian,perdagangan, perindustrian dan perbankan. Kegiatan pertanian merupakan sumberekonomi utama masyarakat Babylon diikuti oleh perdagangan. Pedagang-pedagangmengimport pelbagai jenis barangan mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istanadan rumah berhala. kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal olehkerajaan. Kepesatan pertumbuhan ekonomi menyebabkan empayar Babylon menjadisebuah empayar yang kuat.

g. Memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi sebagai satu langkah untukmengukuhkan empayar Babylon. Undang-undang- Hammurabi mengandungi 282 fasalyang meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan perdagangan, perkahwinan,kekeluargaan dan perwarisan harta. Undang-undang ini menetapkan hukuman yang beratbagi kesalahan seperti merompak, melakukan jampi dan membunuh. Undang-undang inijuga menggariskan peraturan-peraturan berhubung dengan pewarisan harta. Denganadanya undang-undang ini, maka wujud keamanan dalam empayar.

Kesimpulan (2m)

a. Hammurabi memainkan peranan penting dalam pengukuhan empayar Babylon. Beliauberjaya mewujudkan keadaan politik yang stabil serta keamanan dengan menubuhkanpentadbiran pusat dan wilayah yang kukuh.

b. Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan perundangan.Empayar Babylon mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Hammurabi.

Page 7: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

7[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

3. Bincangkan pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantupemerintah mengukuhkan kuasa.

Pendahuluan (3m)

a. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada ChandraguptaMaurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenalijuga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.

b. Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada –ke 3 yang dihasilkan pada abad ke-3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi,peperangan dan ekonomi.

c. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalampeperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Isi- Isi Jawapan ( 7isi X 3 Markah = 21 Markah )

Pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra

a. Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik. Beliau menggariskanenam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.- Mementingkan keamanan iaitu ‘ saman ‘iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.- Persediaan untuk berperang- Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.- Bersekutu dengan musuh.- Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan

ke atas musuh lain.- Melancarkan serangan pertama.

b. Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan- Memujuk musuh dengan rasuah atau ‘dana’dan perbincangan.- Meencetuskan persengketaan- Menanamkan benih-benih permusuhan- Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.

c. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas

Page 8: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

8[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacarakeagamaan Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melaluipeperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.

d. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap MusuhKaryanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mestimengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkankempen ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tenteraterlatih.

e. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan RakyatPemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat.Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat sertaberkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masakdan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.

f. Pemerintahan Menjalankan Dasar Kekejaman dan BijakUntuk menghadapi musuh, ‘bheda’ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh denganmenimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera musuhserta menggunakan kekerasan konsep ‘ danda’ iaitu kayu atau besi yang kuat ke atasorang jahat dan musuh.

g. Kautilya memperkenalkan teori ‘mandala’. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencarikawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperanganberlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.

h. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untukmencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.

i. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan.Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu rajayang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaanakan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.

j. Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapatermasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yangboleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu keranabimbang makanan itu mengandungi racun.

Kesimpulan ( 1 Markah )- Apa sahaja yang berkaitan

Page 9: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

9[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

4. Terangkan konsep kapitalisme. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkankemunculannya di Eropah Barat pada abad ke-18.

Pendahuluan (3 markah)

a. Ekonomi bermaksud dari perkataan Yunani yang bermakna pengurusan rumah tangga.

b. Sistem ekonomi pula bermakna satu bentuk aturan yang berlangsung dalam perjalananekonomi tersebut dan ia bukan sahaja membabitkan hal-hal mengenai wang, barangan,pengeluaran pengagihan, pertukaran, penjualan dan sebagainya tetapi juga membabitkankeseluruhan aspek yang berkaitan dengannya.

c. Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai sistem ekonomi yang diamalkan oleh manusiasepanjang sejarah. Salah satu sistem ekonomi yang berkembang pesat dan kemudianyabegitu mempengaruhi sistem ekonomi hingga ke hari ini adalah sistem ekonomi bebas.Dalam hal ini, lebihan menjadi elemen penting dan kebebasan menjadi keutamaan.Kebebasan di sini bermakna setiap individu atau syarikat bebas untuk memiliki harta,mengumpul modal dan selanjutnya menjalankan pelbagai kegiatan perniagaan danperdagangan yang bermatlamat keuntungan maksimum. Kapital atau modal merupakanantara aspek penting dalam sistem ekonomi ini.

Isi-isi jawapan

1. Konsep Kapitalisme (5 markah)a. Kapitalisme ialah aktiviti ekonomi dagangan bebas yang mengeluarkan modal yang

besar dan mengutamakan keuntungan serta pengeluaran berskala besar.b. Kapitalisme adalah sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan yang mempunyai

modal yang besar dan terlibat dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan perniagaan.c. Satu sistem ekonomi yang memberikan kebebasan kepada individu atau syarikat

menentukan kegiatan ekonomi yang ingin mereka lakukan. Kegiatan ekonomi lebihberasaskan kepada keuntungan semata-mata. Justeru masalah asas ekonomidiselesaikan melalui mekanisme harga iaitu harga menjadi petunjuk kepada apa,

Page 10: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

10[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

berapa, bagaimana dan untuk siapa sesuatu barangan dan perkhidmatan itu hendakdikeluarkan.

d. Pemilikan – milik pihak swasta, mempunyai kebebasan memilih dan menggunakanfaktor-faktor pengeluaran. Semua keperluan ekonomi mengenai punca pengeluarantidak dipengaruhi oleh kerajaan.

e. Pilihan – individu dalam pasaran kapitalis bebas membuat sebarang pilihan. Pengeluarbebas menentukan apa dan bagaimana sesuatu barangan itu hendak dikeluarkan.Pengeluar dalam sistem ini boleh menggunakan teknik pengeluaran yang palkingcekap untuk mengurangkan kos pengeluarannya sama ada memilih ramai buruh ataumesin. Semua pilihan ditentukan oleh harga dalam pasaran.

f. Mendapat untung – merupakan motif utama. Firma akan memaksimumkan untungdengan meminimakan kos pengeluaran.

g. Persaingan – bersaing dalam pemasaran keluaran masing-masing iaitu sama adapersaingan harga atau kualiti atau perkhidmatan.

h. Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsippersaingan perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

2. Faktor-faktor kemunculan ekonomi kapitlisme di Eropah Barat pada abad ke-18M(5 isi x 3m = 15m)

a. Kemerosotan feudal: Sekitar abad ke 11 hingga 13 Masihi, perubahan besar berlakudalam ekonomi, sosial dan politik di Eropah apabila sistem feudal yang sebelumnyabegitu mendominasi kehidupan masyarakat Eropah telah semakin merosot. Kinimasyarakat Eropah tidak lagi begitu terkongkong dan tertutup sebagaimana kehidupanmereka sistem feudal. Kini meraka mula berinteraksi dengan dunia luar. Tuan-tuantanah kini mula menyewakan tanah mereka sebagaimana sebelumnya. Selain itupemilik-pemilik tanah juga menyewakan tanah-tanah mereka kepada pengusaha-pengusaha bebas yang memerlukan tanah sama ada untuk membuka ladangmembina bangunan perdagangan dan sebagainya. Hal ini secara langsung telahmngembangkan siatem kapitalis. Kini tanah mula dinilai berdasarkan harga pasarandan mampu menjadi modal penting dalam satu-satu sektor perekonomian.

b. Perang Salib turut membantu kepada perkembangan sistem kapitalis. Kebanyakantentera dan petani yang sebelumnya dikerahkan sebagai tentera di medan PerangSalib menentang tentera-tentera Islam tidak lagi kembali ke kampung halaman mereka.Sebaliknya mereka menetap di bandar-bandar yang telah mula berkembang sejakPerang Salib dan selanjutnya menjalankan pelbagai aktiviti komersial danperdagangan. Aktiviti perdagangan dengan negara luar telah kembali berkembangpesat terutamanya dengan kawasan Timur-Tengah, India, China dan seumpamanya.Keadaan ini telah melahirkan golongan pedagang yang memperoleh keuntungan yangbesar daripada aktiviti ini. Keadaan ini juga, melahirkan rantaian perdagangan dengankemunculan sektor-sektor lain yang berkaitan denganya seperti bank, broker komoditidan sebagainya. Ia secara langsung memperkembangakan sistem kapitalis.

c. Perkembangan ekonomi terutamanya aktiviti perniagaan dan perdagangan telahmelahirkan institusi-institusi kewangan seperti bank yang memberi pinjaman kepadagolongan pedagang atau peniaga. Pinjaman yang diberikan akan dikenakan bungadalam kadar yang tertentu dan dari sini institusi kewangan ini memperolehi keuntungan.

Page 11: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

11[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Institusi kewangan ini bermula di Genoa, Tuscany, Florence dan sebagainya.Kewujudan institusi kewangan ini merupakan petanda baik kepada perkembangansistem kapitalis.

d. Kemunculan bandar dan golongan pertengahan. Mereka menjadi antara mediumpenting yang mengisi ruang-ruang pekerjaan di bandar-bandar yang pesatberkembang. Golongan pertengahan ini membabitkan diri dalam aktiviti bukanpertanian. Keadaan ini secara langsung memperbesarkan kegiatan ekonomi bandar.Malahan sebahagian daripada mereka telah mula membentuk hubungan dengankawasan luar bandar yang menjadi pembekal penting kepada bandar terutama darisudut keperluan barangan makanan. Mereka bertindak untuk mendapatkan hasilmakanan dari luar bandar dan kemudianya dipasarkan dengan harga yang lebih mahaldi bandar. Kaedah ini secara langsung memperkembangkan sistem kapitalis diEropah.

e. Kemunculan idea negara bangsa juga sedikit sebanyak mambantu perkembangansistem kapitalis. Ini berlaku apabila setiap negara bangsa akan berpegang kepadakeinginan untuk memajukan negara mereka. Perlumbaan dilakukan dengan negarabangsa yang berbeza melalui perdagangan dan aktiviti-aktiviti komersial lainya. Halinilah yang membawa kepada penubuhan syarikat-syarikat perdagangan yangdiberikan piagam oleh pihak pemerintah seperti Syarikat Timur Belanda, SyarikatHindia Timur Inggeris dan sebagainya. Dalam usaha untuk menguasai laluanperdagangan dan perniagaan barangan bernilai seperti teh dan rempah, makasyarikat-syarikat ini akan belayar ke Timur dan seterusnya melahirkan ideaimperilisme. Oleh yang demikian tidak sedikit pun sarjana melihat hubungan yang eratantara kapitalisme dan imperlisme.

f. Kewujudan koloni-koloni Eropah di Asia, Afrika, Amerika dan sebagainya. Koloni-koloniini dijadikan sebagai tapak untuk memperkembangkan usaha pertanian danperdagangan. Selain hasil-hasil yang sedia ada, mereka juga mula mengusahakanhasil-hasil baru melalui pengenalan aktiviti pertanian.

g. Revolusi Perindustrian dan Pertanian. Perindustrian telah menyebabkan kelahiranbandar-bandar industri golongan pengusaha yang memerlukan satu pengumpulanmodal dalam aktiviti ekonomi. Hal ini berangsung degan pesat di England, Perancis,Jerman dan Itali yang secara langsung telah memprkembangkan sistem ekonomikapitalis.

Kesimpulan (2 Markah)Apa-apa yang berkaitan

Page 12: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

12[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentinganpendidikan formal bagi memenuhi kehendak negara dalam tamadun awal manusia.

Pendahuluan (3m)

a. Pendidikan berbentuk formal berkait rapat dengan pembentukan masyarakat yang kianbertambah kompleks.

b. Berbagai-bagai institusi telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan masyarakat danpemerintahan. Antaranya ialah tempat ibadat, istana, rumah guru, sekolah, kolej, danuniversiti.

c. Walaupun terdapat banyak perbezaan dari segi organisasi dan pelaksanaannya tetapidapat dikenal pasti beberapa objektif yang menggariskan pembentukannya, iaitu keperluanmelahirkan golongan cerdik pandai, keperluan agama, sistem kerajaan dan pemerintahan,masyarakat, dan sebagainya.

Isi-isi Penting (5 isi X 4 markah = 20 Markah)

Kepentingan pendidikan formal

a. Pendidikan formal untuk melahirkan golongan cerdik pandai: Pendidikan kerap kalidikaitkan dengan golongan yang berpengatuhan atau berilmu. Objektif pendidikantermasuk untuk melengkapkan seseorang dengan ilmu pengetahuan, melahirkan rakyatyang boleh menulis dan membaca atau golongan scribes. Di Yunani misalnya, munculgolongan pendidik professional yang dikenali sebagai Sophist yang dapat memenuhi

Page 13: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

13[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

aspirasi-aspirasi warganegara Athens untuk menjadi negarawan yang cekap, contoh :Protogaras dan Gorgias.

b. Pendidikan formal untuk kepentingan kerajaan: Pendidikan formal bertujuan untukmemenuhi kepentingan kerajaan demi kepentingan pentadbiran dan birokrasi, penyertaanrakyat dalam proses kerajaan, hal ketaatsetiaan rakyat terhadap raja dan negara. Objektifpendidikan untuk keperluan pentadbiran birokrasi berkait dengan memberikan suatu asasuntuk kedudukan kerajaannya serta mengekalkan keharmonian masyarakat danketaatsetiaan kepada raja dan negara. Tamadun China misalnya, semasa Dinasti Han danTang, fahaman Confucius telah menjadi satu ideologi politik dan asas kurikulum pendidikanChina untuk memupuk segolongan elit (scholar-gentry) yang akan menyokong danmemperkukuhkan kedudukan Maharaja China. Pelantikan pegawai-pegawai untukperkhidmatan birokrasi berasaskan suatu sistem peperiksaan yang berteraskan pendidikanConfucius.

c. Pendidikan formal untuk kepentingan ketenteraan, keselamatan, dan kekuatannegara: Satu contoh yang jelas sekali ialah sistem pendidikan di Sparta. Di Sparta,sistempendidikan adalah untuk menguatkan kerajaan orang Sparta tulen untuk mengawal orangtawanan (helots) yang dijadikan hamba kepada orang Sparta. Golongan hamba ini amatbesar jumlahnya jika dibandingkan dengan penduduk Sparta. Orang Sparta berasa khuatirbahawa helots mengancam mereka dan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikanformal ialah bercorak ketenteraan iaitu kanak-kanak Sparta dikenakan latihan tentera sertadikenakan latihan disiplin yang ketat dan hidup di berek-berek tentera dan berpisahdaripada ibu bapa mereka. Latihan tentera merupakan kurikulum utama sistem pendidikanSparta untuk tujuan melahirkan semangat ketenteraan dan disiplin untuk pertahanannegara kota Sparta daripada ancaman helots.

d. Pendidikan formal untuk kepentingan kewarganegaraan: Fahaman Confuciusbertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan sifat kekeluargaan demi kepentingankeharmonian masyarakat China. Masyarakat China terbahagi kepada dua golongan iaituelit yang berpendidikan (pemerintah) dan golongan bawahan (yang diperintah). Jadi,pendidikan dianggap sebagai kayu ukur hierarki masyarakat China. Pendidikan untukkewarganegaraan adalah jelas di negara kota Yunani. Perkembangan demokrasi yangmemuncak semasa pemerintahan Pericles, sistem pendidikan di negara kota Athensbertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat rakyat Athens dengan institusi-institusi kerajaan di Acropolis Athens supaya rakyat dapat menyertai secara penuh dalamjentera kerajaan yang berasaskan ideologi demokrasi.

e. Pendidikan formal untuk keagamaan: Sejak permulaan masyarakat bertamadun, agamamerupakan suatu kuasa yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan manusia.Pengendalian ekonomi pertanian dan sistem pemerintahan memang berdasarkanperaturan-peraturan dan upacara-upacara yang berpunca daripada kepercayaan manusiadan agama. Fenomena ini terbukti dengan munculnya segolongan paderi yang berfungsikhusus dengan hal kepentingan agama. Golongan paderi terlibat rapat dengan politik,ekonomi, dan sosial dalam sesuatu masyarakat. Maka,pendidikan formal merupakan satualat yang membolehkan golongan paderi memenuhi aspirasi mereka dalam halpengurusan politik dan ekonomi. Di Mesir, para pelajar dididik untuk kerja perkeranian danperkhidmatan di rumah berhala dan untuk mengukuhkan kedudukan kaum paderi dalam

Page 14: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

14[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

lingkungan politik. Di Mesopotamia pula, kegiatan intelektual dan pendidikan berpusat diperpustakaan yang biasanya terdapat di sebuah kuil besar.

f. Pendidikan formal untuk kepentingan lain: Di samping itu, pendidikan formal bertujuanuntuk manusia dan masyarakat (humanism). Pada akhir zaman pertengahan di EropahBarat, tumpuan utama tertumpu kepada manusia, fakulti-fakultinya, hal ehwal manusia,aspirasi- aspirasi sedunia manusia, dan hal kebajikan. Pendidikan teologi dan keagamaantidak diterima lagi kerana tidak membayangkan realiti keadaan baru yang berkembang diEropah khususnya di Itali. Pada masa itu,masyarakat Eropah telah berubah, perdagangandiperluaskan dan kehidupan di bandaraya menjadi lebih signifikan. Kuasa ekonomi danpolitik tidak lagi terletak di tangan tuan feudal dan gereja tetapi diambil alih oleh golonganborjuis yang hidup di pusat bandar. Bahasa tempatan telah mengganti Latin dan suatusistem pendidikan baru dirasai perlu untuk kepentingan individu, manusia, dan masyarakat.

Kesimpulan (2 m)Apa-apa yang berkaitan.

6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.

Pendahuluan (3m)

a. Perkembangan dan kegemilangan aliran falsafah di China berlaku pada zaman

pernerintahan Chou Timur (770-221 S.M.) dan mencapai tahap kemuncak kegemilanga

pada zaman Warring States (zaman negeri-negeri berperang).

b. Keadaan politik yang tidak stabil diikuti oleh keadaan sosial dan ekonomi yang terjejas

menyebabkan kemunculan ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa

pemulihan berdasarkan prinsip moral.

c. Confucius atau Kung Fu-Tze iaiah ahil falsafah Cina yang masyhur. Beliau dilahirkan pada

551 SM dalam sebuah keluarga bangsawan di negeri Lu. Selepas kematian ayahnya,

Confucius terpaksa menyara diri dengan membuat kerja buruh. Seterusnya Confucius

menjadi guru dan mengajar tentang adat dan tradisi Cina. Confucius pernah memegang

jawatan Menteri Kehakiman dan Perdana Menteri di Lu. Setelah meletak jawatan,

Confucius mengembara ke seluruh China sambil mengajar dan menghadap pembesar-

pembesar feudal serta berusaha mengubah sikap mereka tetapi gagal. Confucius kembali

ke Lu dan menjadi guru. Akhirnya dia meninggal dunia pada tahun 479 SM.

Page 15: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

15[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

d. Confucius berjaya kerana apa yang diajarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nilai-nilai

yang didukung oleh Confucius seperti kebajikan dan kasih sayang merupakan prinsip asas

yang mengikat hubungan antara manusia.

e. Ajaran Confucius boleh diperoleh daripada dua buah buku, pertamanya buku Klasik

Confucius dan sebuah lagi yang disusun oleh pengikut-pengikutnya yang dinamakan Lu Yu

atau Analekta.

Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m = 20m)

Sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.

a. Sumbangan dalam pembentukan moraliti : Ajaran Confucius bukan agama tetapi

merupakan falsafah hidup. Confucius ialah satu tatasusila yang akan membawa keamanan

dan peraturan di negara China. Manusia mesti hidup dengan suci kerana jika setiap orang

itu baik dan jujur, negara akan menjadi aman dan maju. Oleh sebab itu Confucius

menasihati pembesar- pembesar feudal menamatkan peperangan antara satu sama lain.

Confucius berpendapat jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka

keadaan negara akan aman.

b. Sumbangan dalam politik dan pentadbiran: Penekanan ajaran Confucius kepada

persoalan moraliti menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerajaan dan

dalam pembentukan masyarakat China yang teratur. Ia muncul sebagai satu falsafah politik

yang diterima oleh mereka yang menganut agama Buddha dan Taoisme.

i. Dari segi politik, ahli-ahli falsafah China seperti Confucius sebenarnya tidak

berminat dalam mengasaskan masyarakat yang sama rata atau individu yang

bebas. Jika Humanisme Renaisans berusaha untuk membebaskan individu

daripada sistem feudalisme tetapi ahli falsafah Confucius pula berusaha untuk

memperkukuhkan semula feudalism dan autotarian.

ii. Dari segi politik, Confucius menggalakkan pemusatan kuasa dan pembahagian

kuasa yang adil dan saksama.

iii. Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mesti

menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat. Tambahan

pula kedudukan raja adalah disifatkan seolah-olah sebagai utusan dari dari langit

dan bumi. Istana pula tempat tersimpannya kuasa-kuasa ghaib. Sekiranya raja

dapat mengikuti arahan ini, maka amanlah dunia ini.

iv. Menurut Confucius, negeri yang unggul ialah negeri yang dipimpin secara tegas,

tetapi tidak kejam. Pegawai- pegawai kerajaan harus bekerjasama dengan rakyat

untuk menjamin kemakmuran. Konsep ini dikenali sebagai Jen dan Yi yang

bermaksud kemanusiaan dan kewajipan.

v. Hubungan raja dengan pegawai iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan dan

pegawai harus taat.

Page 16: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

16[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

c. Sumbangan dalam perundangan: Mereka yang tidak mematuhi peraturan hidup seperti

yang dikehendaki oleh masyarakat akan dihukum melalui kaedah perundangan dan sosial.

Satu perkara yang ironik ialah di sebalik kepercayaan bersifat humanistik ahli-ahli falsafah

tidak menghiraukan hukuman yang ternyata tidak berperikemanusiaan. Contoh hukuman

yang kejam seperti menyelar memotong kaki dan mengembiri.

d. Sumbangan dalam hubungan manusia dan alam : Ajaran Confucius adalah mengenai

keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Manusia mesti

mengikut - perubahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturan yang harus diikuti

oleh setiap rakyat dan juga pemerintah dalam mewujudkan satu keadaan yang sesuai bagi

kehidupan.

e. Sumbangan dalam hubungan individu dan keluarga : Bagi masyarakat China kebajikan

kolektif satu-satu kumpulan adalah lebih penting daripada seorang individu. Bagi mereka

manusia adalah makhluk yang bersosialisasi. Hubungannya dengan orang lain adalah

lebih penting daripada dirinya sendiri. Aspek yang ditekankan dalam hubungan

kekeluargaan ini ialah:

Hubungan bapa dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus

berkewajipan terhadap orang tua.

Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk

dan dengar serta patuh.

Hubungan saudara tua dengan saudara muda iaitu yang tua harus bermurah hati dan

membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat.

f. Sumbangan dalam hubungan individu dan masyarakat : Doktrin Confucius berpusat

kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Confucius

berpendapat bahawa kepincangan dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan moral

yang rendah. Confucius juga berpegang kepada konsep Ten atau syurga dan ajaran-

ajarannya menyentuh sejarah dan kebudayaan masyarakat silam, kekeluargaan dan

kehidupan sosial. Oleh kerana manusia tidak dapat hidup berseorangan atau terasing dari-

pada masyarakat maka diajar cara-cara bagaimana mereka harus bertindak alam

masyarakat. Beliau menggalakkan masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li).

Beliau juga mementingkan muzik kerana pada pandangnya seni muzik dapat mengajar

atau mendorong seorang itu hidup berbaik antara satu sama lain.

g. Sumbangan dalam perkembangan intelektual / ilmu pengetahuan : Penulisan-

penulisan utama Confucius ditulis sebelum abad ke-2 S.M. apabila Confucius diisytiharkan

sebagai ahli falsafah negara. Karya-karya yang mengandungi ajaran Confucius dikenali

sebagai Ching atau Klasik. Klasik bermaksud hasil karya yang terbaik dan suci. Selain itu,

terdapat juga karya-karya yang disusun oleh pengikutnya, iaitu Lu Yu atau Analekta.

Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confucius ialah:

Page 17: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

17[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Book of Odes atau Shih Ching: Ia mengandungi 3000 sajak, 305 sajak adalah lagu

Iagu rakyat dan selebihnya sajak-sajak politik serta nyanyian ritual yang diselitkan

unsur-unsur moral.

Book of History pula mengandungi dokumen dokumen sejarah dan separa sejarah

yang bermula dari zaman awal Dinasti Chou.

Book of Changes atau Yi Ching adalah karya klasik yang berkaitan dengan kuasa luar

biasa.

Book of Rites pula dianggap sebagai teks asas Confucius.

Spring and Autumn Annals adalah mengenai sejarah negeri Lu

h. Sumbangan dalam keagamaan

Confucius menekankan bahawa untuk mencapai keharmonian, sifat-sifat seperti salingmenghormati, jujur dan amanah, berbudi pekerti baik, berhati mulia dan bertanggungjawabharus dipraktikkan dalam kehidupan. Seorang akan mencapai tahap budiman atau ChunTze sekiranya ia menepati lima syarat, iaitu kejujuran, kebenaran, taat setia, mementing-kan orang lain dan berperikemanusiaan.

Beliau menggalakkan pemujaan nenek moyang untuk menghidupkan semula kenanganterhadap nilai- nifai purba dan tradisi lampau. Di bawah pentadbiran ahli-ahli akademikConfucius, penyembahan imperial atau upacara pengorbanan imperial telah menjadi satebentuk cult (state cult).

Selepas kematiannya,. Confucianisme dianggap sebagai satu agama. Kuil-kuil Confuciusdibina di tempat asal, di ibu kota dan di semua kawasan pentadbiran. Confucius mendapatgelaran sebagai Pemerintah Tertinggi kemudian sebagai raja dan keramat.

Kesimpulan (2m)

Tegasnya , Confucius menekankan bahawa dalam setiap hubungan perlu dititikberatkan

kejujuran dan kebaikan dan sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya keadaan kucar-

kacir akan wujud.

Penekanan aspek moraliti melahirkan masyarakat China yang teratur dan mengukuhkan

perjalanan kerajaan.

7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Cristopher Columbus,Ferdinand Magellan dan Vasco Da Gamma kepada perkembangan politik danekonomi dunia.

Pendahuluan. (3m)

a. Penjelajahan Columbus yang bermula pada tahun 1492, Da Gamma pada tahun 1498 danMagellan (1519) amat penting kepada perkembangan politik dan ekonomi duniaberbanding dengan penjelajahan yang dilakukan oleh orang-orang sebelumnya. Penemuanmereka mencetuskan iampak yang besar dan mendadak dalam mengubah keadaan politikdan ekonomi dunia pada tahun-tahun berikutnya.

Page 18: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

18[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

b. Hasil penemuan mereka bukan sahaja telah membuka laluan baru perdagangan dunia,tetapi juga membuka jalan kepada terbinanya empayar-empayar perdagangan olehPortugis dan Sepanyol. Pembukaan koloni-koloni Portugis dan Sepanyol di Amerika danAsia merintis kepada penguasaan barat ke atas ke dua-dua benua tersebut. Bermuladengan penemuan mereka juga menyebabkan berlakunya pertembungan secara langsungtamadun barat dan tamadun bukan barat yang akhirnya membawa kepada kemerosotantamadun-tamadun bukan barat yang bertapak di Amerika, Afrika dan juga Asia.

c. Faktor-faktor penjelajahan

Isi-isi Jawapan:

Kepentingan Penjelajahan dan Penerokaan (7 isi x 3 m = 21m)

a. Penemuan Columbus, Da Gamma, dan Maggelan memulakan pertapakan kepentinganekonomi kuasa – kuasa Barat di ke dua – dua benua itu. Penemuan Da Gamma danColumbus menjadi titik permulaan proses pemindahan kekayaan dari Aamerika dan Asiake benua Eropah. Misalnya kepulangan da Gamma ke Portugal pada tahun 1498membawa satu kargo rempah ( setelah dua buah kapalnya ditenggelamkan oleh musuh )yang dapat dijual dengan memperolehi pendapatan lebih 60 kali ganda dari kospenjelajahannya. Beliau mendapat untung besar kerana laluan baru melalui TanjungPengharapan di hujung benua Afrika lebih murah berbanding jalan perdagangan lamamelalui Asia Barat.

b. Selepas tahun 1505, secara purata dua belas buah kapal setahun bertolak dari Lisbon keTimur Jauh. Portugis menjadi pengasas kepada kewujudan jaringan perdagangan Eropah.Kekayaan dari timur mula mengalir ke benua itu.

c. Columbus pula menemui sebuah benua yang kaya dengan logam berharga. Selepasmenjelajah kali ke dua ke benua itu, emas dan perak mencurah masuk ke perbendaharaanSepanyol. Antara tahun 1500 hingga 1650, tidak kurang dari 18, 600 tan perak dan 200 tanemas dibawa ke Eropah. Jumlahnya lebih besar lagi sekiranya dicampur emas dan perakyang dibawa masuk melalui penyeludupan.

d. Selain logam berkenaan, Eropah juga membawa masuk beberapa jenis tanaman yangmula mengunah kualiti pemakanan orang Eropah. Ini menyebabkan jumlah penduduk diEropah semakin bertambah.

e. Sepanyol muncul sebagai negara yang kaya di Eropah. Emas digunakan sebagai alatpertukaran untuk mendapatkan barangan dari luar. Melalui Sepanyol, emas dan perak daribenua Aamerika tersebar secara meluas di benua Eropah.

f. Ini menyebabkan pada abad ke – 16, Eropah bukan sahaja mula mengalami revolusiperdagangan, tetapi juga dilanda revolusi harga. Penemuan jalan baru ke timur dankemasukan emas dan perak dari Amerika serta pembukaan koloni di sana mula mengubahkedudukan perdagangan di Eropah.

Page 19: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

19[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

g. Pusat perkembangannya tidak lagi bertumpu di Mediterranean, tetapi telah beralih keLautan Atlantik. Dalam abad ke – 16 masihi, Portugal dan Sepanyol muncul sebagai kuasaperdagangan utama di Eropah. Pusat dan kegiatan perdagangan juga tumbuh denganpesat. Kaedah menjalankan perdagangan turut berubah. Organisasi kewangan sepertisyarikat insurans dan bank tumbuh sebagai cendawan.

h. Ringkasnya, penemuan Columbus dan Da Gamma mengubah Eropah menjadi pusatperdagangan dan berhubung kegiatan perdagangan antara Asia, Afrika dan kuga Amerika.Emas dan perak yang masuk dengan banyak menyebabkan aliran wang dalam pasaran diEropah meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan harga mengalami peningkatanyang pesat. Antara tahun 1520 hingga 1650, peningkatan harga barang di Eropahmeningkat 200 – 400 peratus.

i. Revolusi perniagaan dan revolusi harga itu menjadi perangsang kepada kemajuanperdagangan dan perindustrian di benua Eropah. Dua revolusi itu membawa keuntunganyang besar kepada para saudagar dan pengeluar. Keuntungan tersebutlah dilaburkansemula bagi menambahkan lagi kekayaan mereka.

j. Perkembangan yang berlaku itu membawa kepada munculnya golongan pemodal danbertapaknya sistem ekonomi kapitalisme di Eropah. Raja – raja Eropah juga mendapatfaedah. Dengan kerjasama para saudagar, satu demi satu pembesar feudal yangmenerima kesan teruk akibat kenaikan harga dapat dikalahkan. Kekalahan merekamembolehkan raja – raja Eropah mengukuhkan lagi sistem negara – kebangsaan. Hasilkerjasama dua belah pihak itu, semakin banyak kapal – kapal perdagangan Eropahmenjelajahi Asia dan Afrika. Kapal – kapal ini membawa hamba dari Afrika untuk berkerjadi ladang – ladang pemodal Eropah di Amerika. Hingga tahun 1560, dianggarkan 100 000orang Afrika dijadikan hamba di sana. Keuntungan dari perdagangan hamba digunakanuntuk membawa balik barang dari Amerika ke Eropah pula. Kegiatan perdagangan inimembawa keuntungan yang lumayan kepada saudagar Eropah.

k. Kerajaan – kerajaan negara kebangsaan di Eropah memberi sokongan kuat kepadaperkembangan teknologi persenjataan dan perkapalan. Kejayaan meningkatkan teknologibaru Eropah memajukan kapal perang menyebabkan Lautan Hindi dan Lautan Atlantikdimonopoli oleh kuasa – kuas Eropah. Saudagar – saudagar Islam yang menguasaiperdagangan di Lautan Hindi tidak dapat berfungsi lagi. Tempat – tempat mereka diambilalih oleh saudagar dari Portugal, Sepanyol, Inggeris dan Belanda. Pusat – pusatperdagangan penting di Laut Merah, Lautan Hindi dan Asia Tenggara berada ditanganPortugis. Kuasa kapal perang menjadi penentu siapa yang berjaya menguasaiperdagangan.

l. Bermula sejak abad ke – 16 itu juga Eropah mula mengatasi Asia dari segi kemajuan danpenguasaan ke atas kekayaan dunia. Keadaan ini membuka laluan kepada kemunculanEropah sebagai negara kaya dan menjadi titik permulaan kepada kemunduran Asia, Afrikadan Latin Amerika.

Kesimpulan. (1m)a. Tidak syak lagi, penjelajahan dan penemuan Columbus, Da Gamma dan Maggellan

mencetuskan impak yang amat besar ke atas kehidupan manusia. Ia bukan sahaj telahberjaya mentransformasikan ekonomi dan politik di Eropah, malahan juga ekonomu dan

Page 20: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

20[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

politik seluruh dunia. Sejak abad ke – 16, tamadun peribumi di Amerika mula pupus.Tamadun Islam, China dan India mengalami kemerosotan sehingga kini.

b. Setelah lima abad penjelajahan itu berlaku, kesannya masih ketara sehingga kni. Kalaukita hendak bercakap tentang asal-usul globalisasi yang berlaku pada hari ini, penjelajahandan penemuan Columbus, da Gamma dan Magellan inilah menjadi asas kepadapermulaannya.

8. Bandingkan dasar pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun 495SMdengan negara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pendahuluan (3m)

Page 21: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

21[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

a. Latar belakang negara kota Athens:- Negara kota boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang berbentuk kota atau

bandar yang memiliki wilayah, rakyat dan pemerintahan yang berdaulat.- Athens merupakan salah sebuah negara kota yang terkenal di Yunani. Muncul

antara tahun 800 – 500 S.M.- Athens berkembang maju hasil daripada sektor perdagangan.Mengalami kepesatan

dalam pelbagai bidang khususnya bidang politik dan falsafah antara abad ke 5 S.Mdan ke 4 S.M.

b. Latar belakang negara kota Madinah: Nama asal Madinah ialah Yathrib yang terletakkira-kira 400 km dari Makkah dan 70 km dari Laut Merah. Penduduk asal negara kotaMadinah ialah kaum Aus, Khazraj, dan kaum pendatang Yahudi.

Isi-isi jawapan: (5 isi x 4 markah= 20m)

Perbandingan dasar pemerintahan negara kota Athens dan Madinah :

a. Sistem pemerintahan- Athens: Terkenal sebagai negara kota pertama yang melaksanakan sistem

pemerintahan demokrasi melalui tiga buah institusi pemerintahan dalam membuatdasar dan undang-undang.

- Madinah: Sistem pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. bersifat negara Kota danmengamalkan sistem pemerintahan Islam iaitu agama dan politik tidak dipisahkan.Dalam pentadbiran, baginda melaksanakan konsep musyawarah dalam membuatkeputusan.

b. Institusi pemerintahan- Athens: Mempunyai tiga institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis serta Majistret

dan Juri. Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua lelaki dewasa Athens. Tempohperkhidmatan mereka ialah antara enam bulan hingga setahun. DewanPerhimpunan bersidang lebih kurang tiga kali sebulan. Majlis dibentuk untukmelaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan. Majlis dianggotai oleh500 orang ahli yang dipilih melalui undian dan 50 orang mewakili setiap sukuMajistret terdiri daripada para pegawai kerajaan. Mereka melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis. Juri menjadi pemutus bagi sesuatukes dan tidak ada peluang bagi tertuduh untuk merayu.

- Madinah: Nabi Muhammad s.a.w telah menubuhkan Majlis Syura yangbertanggungjawab menggubal dasar- dasar pemerintahan negara yang berteraskanAl-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai majlis syuratersebut. Masjid telah berperanan sebagai pusat pentadbiran.

c. Ketua Negara- Athens: Raja sebagai pemerintah tertinggi. Dibantu oleh Konsul atau Majlis yang di

lantik oleh Dewan Perhimpunan.- Madinah: Negara Kota Madinah diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai

pemerintah tertinggi yang juga merupakan seorang Nabi lagi Rasul. Baginda tidakmengamalkan pemerintahan secara autokrasi atau berkuasa mutlak.

d. Sistem Perundangan

Page 22: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

22[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Athens: Dewan Perhimpunan merupakan badan perundangan yang mempunyaikawalan penuh ke atas pentadbiran dan kehakiman.Badan ini juga menggubalundang-undang dan dasar negara kota. Pesalah dihukum berdasarkan undang-undang yang terdapat dalam kanun hukuman Yunani. Jika kesalahan tidakdinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukumandan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.

- Madinah: Undang-undang negara Kota Madinah berteraskan syariah Islam. Sumberutama undang-undang Islam ialah al – Quran dan Hadis. Terdapat perlembagaanyang dikenali sebagai Piagam Madinah digubal dan mengandungi 47 fasal yangberkait dengan orang Islam dan bukan Islam.

f. Dasar Keadilan sosial- Athens: Hanya warganegara lelaki dewasa yang terlibat dalam politik,bermesyuarat

dan bertindak di Dewan Perhimpunan.Walaupun Majlis memberi peluang kepadasetiap warganegara menganggotainya, rata-rata mereka yang menguasai DewanPerhimpunan ialah orang kaya yang dikenali sebagai Archon. Golongan tidakbertanah dan hamba tidak dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan kecualisemasa pemerintahan Solon, apabila beliau meminda perlembagaan.

- Madinah: Negara kota Madinah memperkenalkan konsep ukhwah dan persamaantaraf menggantikan amalan assabiyah yang telah diamalkan pada zaman jahiliah.Rakyat lelaki dan wanita mempunyai hak bersuara dan memberikan pendapat.

g. Dasar Ekonomi- Athens: Mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian . Mengabaikan

sektor pertanian kerana bentuk muka bumi yang sempit. Antara barangan yangdiimport ialah seperti gandum, ikan, daging, garam, buah-buahan dan bahanmentah. Barang-barang eksport termasuklah minyak zaitun, perak, dan batumarmar.

- Madinah: Dalam negara Kota Madinah, Nabi Muhammad s.a.w mengadakanhubungan perdagangan antarabangsa dengan memperkenalkan sistem muamalatIslam. Amalan riba dan penipuan diharamkan. Nabi Muhammad s.a.w menyuruhmencari kekayaan dengan cara yang halal lagi baik dan diredhai Allah s.w.t. NabiMuhammad melaksanakan keadilan ekonomi dengan merapatkan jurang kekayaan.Menebus semula tanah-tanah yang tergadai di tangan orang Yahudi.

h. Dasar Hubungan Luar- Athens: Hubungan dengan negara kota lain tidak baik. Sentiasa bersaing antara

satu sama lain dan sering berlaku peperangan yang melibatkan soal politik dansempadan.

- Madinah: Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk satu dasar diplomasi danmenjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar . Nabi Muhammadmenghantar surat kepada pemerintah-pemerintah Mesir, Habsyah, Yaman danRom dengan tujuan pemerintah-pemerintah negara tersebut dapat menerimadakwah Islam.

i. Dasar Ketenteraan.- Athens: Peperangan adalah dalam skala kecil-kecilan, bersifat tempatan dan untuk

menyelesaikan perbalahan politik sempadan. Athens seperti negara kota Yunani

Page 23: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

23[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

lain mempertahankan negara kota mereka daripada serangan musuh dan berusahaagar dapat memberi saingan kepada negara-negara kota lain untuk menjadi negarakota yang paling agung.

- Madinah: Nabi Muhammad s.a.w. telah mengasaskan sistem pertahanan Islamyang berlandaskan konsep jihad. Tentera yang berperang tidak bergaji tetap tetapimendapat ganjaran hasil dari harta ghanimah.

j. Dasar Kehakiman- Athens: Kuasa pengadilan terletak di tangan warganegara dalam Dewan

Perhimpunan . Hal-hal kecil diselesaikan dalam mahkamah tempatan tetapi kesbesar, jenayah dan sivil akan diselesaikan di mahkamah Athens. Juri menjadipemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu.Pesalah dihukum berdasarkan kanun hukuman Yunani. Jika kesalahan tidakdinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukumandan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.

- Madinah: Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim berdasarkan panduan al-Qurandan Hadis. Terdapat juga hakim yang dilantik di peringkat suku kaum untukmenyelesaikan masalah dalaman kaum tersebut. Penyelesaian antara kaum akandirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi semua aspek dari segi sivilmahupun jenayah.

Kesimpulan (2m)a. Terdapat perbezaan dalam sistem pemerintahan yang diamalkan antara Negara kota

Athens dan Madinah di bawah Nabi Muhammad s.a.w. Perbezaan itu jelas dapat dilihatdalam aspek sistem pemerintahan, pentadbiran, perundangan, ekonomi dansebagainya.

b. Negara kota Athens diperintah hasil pemikiran dan usaha manusia manakala negarakota Madinah diperintah atas konsep tauhid berteraskan al-Quran dan Hadis.

(Nota: setiap isi mesti mempunyai perbandingan. Jika tiada perbandingan maka tiada markah diberiwalaupun isi berkenaan betul)

Page 24: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

24[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

BAHAGIAN B

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullahs.a.w di Madinah.

Pendahuluan (3m)

a. Hijrah bermaksud ‘pindah’. Dalam kontek sejarah perkembangan Islam ia bermaksud

perpindahan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dari Mekah ke Madinah berikutan

banyaknya halangan untuk menjadikan Mekah sebagai tapak perkembangan Islam,

terutama dalam bentuk penentangan Quraisy. Dari segi istilah ia membawa makna

perpindahan dari suatu keadaan yang tidak diredhai ke keadaan yang sentiasa diredhai

Allah.

b. Latarbelakang hijrah – berlaku pada 622M iaitu selepas 13 tahun Nabi Muhammad s.a.w

dilantik sebagai Rasulullah.

c. Faktor-faktor hijrah seperti penerimaan wahyu, tentangan dan kekejaman Quraisy,

implikasi Perjanjian Aqabah, keinginan mencari tapak baru bagi penyebaran Islam

dll.Rasulullah s.a.w. berhijrah setelah 13 tahun berdakwah di Mekah dan hanya berhijrah

setelah menerima wahyu yang menerangkan mengenai komplot Quraisy untuk membunuh

baginda. Jika rancangan Quraisy ini berjaya, perkembangan Islam boleh tersekat.

d. Penghijrahan ke Madinah pada 622M iaitu setelah 13 tahun kerasulan baginda amat

penting dalam perkembangan Islam dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Setelah berlakunya

hijrah ini, banyak perubahan berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan Islam.

Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m = 20m)

Kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah s.a.w diMadinah.

a. Kepentingan Keagamaan

- Pengislaman Madinah: Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan di Madinah. Madinahberkembang sebagai pusat penyebaran Islam.

- Perubahan arah kiblat- Permulaan ibadat zakat dan puasa- Penyebaran Islam: Islam telah dapat disebarkan ke seluruh Tanah Arab dalam

suasana yang lebih aman dan mudah. Untuk tujuan tersebut, Rasulullah s.a.w telahmenjalin hubungan dengan kuasa-kuasa dan kabilah-kabilah Arab luar Madinahdengan cara menghantar utusan-utusan dakwah kepada mereka.

- Wahyu yang baginda terima lebih menyeluruh meliputi semua aspek kehidupanmanusia.

- Kebebasan beragama dapat diwujudkan di Madinah.

b. Kepentingan Politik

- Hijrah telah menyebabkan terbentuknya Negara Islam Madinah. Kewujudan NegaraIslam ini membolehkan kebajikan umat Islam sentiasa terpelihara, keamanan umat

Page 25: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

25[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Islam terjamin, dasar-dasar Islam dapat dilaksanakan dan Islam di Madinah dapatmemberikan saingan kepada Quraisy di Mekah.

- Perlantikan baginda sebagai ketua negara membuktikan bahawa baginda bukansahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan.

- Piagam Madinah yang dibentuk oleh baginda juga telah membolehkan usaha-usahapenyebaran Islam, penyatuan kaum dsb dilaksanakan dengan mudah

- Berlaku juga pertukaran kuasa politik Tanah Arab dari Mekah ke Madinah.- .Kewujudan keamanan kerana negara Islam yang ditubuhkan oleh baginda tidak

didasarkan kepada keturunan, sebaliknya pada dasar persamaan kepercayaan danpersaudaraan Islam. Keamanan yang diharapkan oleh para penduduk Madinahsebelumnya ternyata berjaya diwujudkan.

c. Kepentingan Sosial

- Penyatuan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai keturunan dankepercayaan.menerusi semangat persaudaraan Islam dan Piagam Madinah. Rasulullahs.a.w. juga berjaya mengubah corak corak kehidupan masyarakat Madinah danmenyatupadukan mereka. Piagam Madinah yang digubal atas dasar ajaran-ajaranIslam telah berjaya mengatasi pelbagai masalah sosial. Semua umat Islam telah baikgolongan Ansar (Auz dan Khazraj) dan Muhajirin (yang berpindah dari Mekah), hidupdalam satu kesatuan ummah dan semangat persaudaraan Islam, saling bantu-membantu dan tiada perbezaan taraf. Sementara golongan bukan Islam seperti orang-orang Yahudi pula telah diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya.

- Pembinaan masjid sebagai institusi ibadat dan sosial Islam telah mengeratkanhubungan sesama Islam.

d. Kepentingan Ekonomi

- Ekonomi: Madinah mula menjadi pusat perdagangan utama Tanah Arab yangseterusnya telah menjejaskan peranan yang selama ini dipegang oleh Mekah UmatIslam Madinah juga berjaya menguasai laluan perdagangan di antara selatan (Mekahdan Yaman) dan utara (Syam). Penguasaan ini juga telah menjadi faktor utamameletusnya beberapa siri peperangan antara Islam dan Quraisy.

e. Kepentingan Pertahanan dan Ketenteraan

- Hijrah ke Madinah telah membolehkan Rasulullah s.a.w. membentuk umat Islam yanglebih kuat dan mantap. Buktinya Rasulullah s.a.w. dan umat Islam telah berjayamenewaskan Quraisy dan sekutu-sekutunya dalam beberapa peperangan.

- Dari sudut ketenteraan, baginda berjaya membina pasukan tentera dalam tempoh yangsingkat. Hanya setelah dua tahun berhijrah, sebuah pasukan tentera Islam berjayaditubuhkan, berbanding ketika 13 tahun berada di Mekah,

- Musuh-musuh Islam berjaya ditewaskan. Musuh-musuh Islam baik di luar mahupun didalam Madinah berjaya dibersihkan. .

f. Permulaan Kejatuhan Quraisy

- Perjanjian Hudaibiyah merupakan antara peristiwa penting setelah peristiwa hijrah.Tindakan Quraisy yang mengusulkan dan mengusahakan pementeraian perjanjiantersebut menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf baginda sebagai Rasulullahs.a.w., mengiktiraf kewujudan Islam, mengiktiraf kewujudan negara Islam dan

Page 26: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

26[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

mengiktiraf Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara dan umat Islam. Semuapengiktirafan ini tidak baginda perolehi ketika masih berada di Mekah.

- Perluasan kuasa dan pengaruh Islam sekaligus menyebabkan kejatuhan pengaruhQuraisy. Apabila Rasulullah s.a.w. dan umat Islam bergerak ke Mekah untukmembukanya sebagai kota Islam sebagai akibat dari tindakan Quraisy yang melanggarPerjanjian Hudaibiyah, pihak Quraisy telah gagal menghalangnya kerana kedudukanmereka yang telah lemah itu.

Kesimpulan (2m)

- Peristiwa hijrah pada 622M jelas telah menyebabkan pengaruh Islam berkembangsehingga Islam menjadi kuasa tunggal di Tanah Arab. Ini membuktikan bahawaHijrah merupakan satu strategi dalam usaha untuk memperkembangkan Islam.

- Kedudukan Islam terus dimantapkan oleh para pengganti Rasulullah s.a.w.

Page 27: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

27[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

10. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddik sehingga beliau dianggap sebagai'penyelamat negara dan umat Islam".

Pendahuluan [3m]

a. Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi Qahafah merupakan sahabat Nabis.a.w. yang paling rapat.

b. Beliau terkenal dengan gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan dan menyakiniapa-apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. khasnya selepas peristiwa Israkdan Mikraj.

c. Dari segi periibadi, beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut, pemurah dan banyakmengorbankan harta bendanya demi perkembangan agama Islam terutamanya sewaktuumat Islam menghadapi pemulauan kaum Quraisy.

d. Bukti pengorbanan besar beliau ialah kesanggupan mengorbankan kesemua hartanya,Sehinggakan apabila ditanya apakah harta yang tinggal, beliau menjawab hanya Allah danRasul saw.

e. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 11 H dan hanya memegang terajupemerintahan negara Islam selama dua tahun, Walaupun tempoh pemerintahan singkat,beliau telah mampu menyelesaikan pelbagai masalah politik, ekonomi, sosial dansebagainya.

Isi-isi jawapan: [5 isi x 4m =20m]

Peranan Abu Bakar sebagai penyelamat negara dan umat Islam

a. Menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.: Abu Bakar telah memainkanperanan penting disaat-saat umat Islam kehilangan pemimpin Agung iaitu BagindaRasulullah saw. Abu Bakar as-Siddiq telah berjaya menyelesaikan soal kewafatan NabiMuhammad s.a.w. sama ada persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasadRasulullah s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-nas al-Qur’an dan al-Hadis untukmenyalesaikan isu ini. Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad saw. telah wafat,beliau telah membaca petikan Surah Au lmrarn ayat 144, sementara isu pemakaman dapatdiselesaikan apabila beliau menyatakan Nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di tempatmereka wafat. Sehubungan itu, jasad Baginda saw. telah disemadikan di Madinah

b. Menyelesaikan soal pengganti Rasulullah saw: Abu Bakar juga menggunakankebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah saw. untuk memimpinnegara Islam. Beliau telah rnengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dari

Page 28: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

28[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesama kaum Aus dan Khazraj, disamping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepemimpinan semula jadi

c. Menyelesaikan soal aI-Riddah: Abu Bakar juga berjaya menyelesaikan soal aI-Riddah.Setelah gagal berdiplomasi, Abu Bakar terpaksa menggunakan kekerasan denganmembentuk 10 pasukan tentera yang akhirnya berjaya menundukkan golongan nabi-nabipalsu, golongan yang enggan rnembayar zakat, dan golongan murtad. Tentera Islamberjaya menghapuskan pemimpin-pemimpin aI-Riddah seperti Musailamah al-Kazzab,Sajjah al-Harith, Tulaihah bin Khuwailid, Malik bin Nuwairah, dan aI-Aswad al-Ansi

d. Menangani masalah ancaman musuh luar negara Islam: Abu Bakar berjaya menanganimasalah ancaman musuh luar negara Islam apabila bertindak menggerakkan semulatentera yang dibentuk oleh Rasulullah saw. sebelum kewafatan Baginda. Tentera di bawahpimpinan Usamah bin Zaid telah berjaya mengatasi masalah ancaman Rom. Kejayaangemilang yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini diamanahkan menjaga keselamatankota Madinah sekali gus memadamkan ancaman golongan Zubyan dan Absy

e. Mengumpul al-Qur’an.: Abu Bakar juga berjaya mengumpul al-Qur’an. Usaha ini diketuai

oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Qur’an di muka bumi setepas

kematian ramai al-haflz dalam perang al-Riddah. Usaha pengumpulan ayat-ayat al-Qur’an

dicadangkan oleh Umar a!Khattab, walaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk

melaksanakannya. Demi kepentingan dari segi jangka panjang, beliau akhimya bersetuju

dengan rancangan berkenaan

f. Menyusun pentadbiran: Bagi menjamin pentadbiran berjalan dengan lancar dan

mewujudkan kestabilan politik, Khalifah Abu Bakar juga bertindak menyusun pentadbiran

dengan membahagikan negara Islam kepada 10 daerah dengan diketuai oleh seorang

Amir yang dibantu oleh imam dan hakim, setiausaha, dan pegawai di Baitulmal

g. Melaksanakan dasar ketenteraan: Abu Bakar juga melaksanakan dasar ketenteraan

dengan melantik KhaIid al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera

untuk menghadapi ancaman musuh dari luar negara Islam.

Kesimpulan [2m]a. Kejayaan yang dicapai pada zaman Abu Bakar al Siddiq telah meninggalkan kesan yang

positif. Beliau bukan sahaja dapat menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan umatdan negara Islam daripada golongan yang tidak bertanggungjawab,

b. malah Abu Bakar dikatakan telah menyediakan ruang yang secukupnya untuk bakalpenggantinya, iaitu Umar al-Khattab

Page 29: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

29[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

11. Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketikamenghadapi peperangan.

Pendahuluan[3]

a. Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan terpaksa diharungi untukmempertahankan kesucian agama, mempertahankan, maruah dan diri, menegakkanhukum Allah, menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat, dan memberikan pengajarankepada seteru-seteru Islam.

b. Pada zaman Rasulullah saw,, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua,iaitu sariyah merujuk kepada tindakan rnenyekat rombongan pedagang ataupun musuh-musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran.

c. Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti PerangBadar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangandan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.

d. Terdapat etika atau tatacara serta pelbagai strategi peperangan yang digunakan sepanjangera pemerintahan Rasulullab saw. itu.

Isi-isi jawapan

Etika Peperangan Nabi Muahammad s.a.w. (5 isi x 2m = 10m)

a. Tentera Islam dikehendaki menawarkan kepada pihak musuh sama ada menganut agamaIslam atau membayar jizyah sebagai simbol kepatuhan terhadap pemerintahan kerajaanIslam. Peperangan akan berlaku seandainya pihak musuh masih berkeras dan memulakanserangan ke atas orang Islam.

b. Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi golongan yang lemah sama adagolongan wanita, kanak-kanak dan orang tua. Namun begitu, seandainya golongan inimemainkan peranan utama seperti penggerak atau pencetus, tindakan sewajarnya bolehdilakukan.

c. Tentera Islam dilarang merosakkan harta-harta serta kemudahan awam dan orang ramai.Perbuatan seperti memusnahkan harta benda musuh termasuk rumah ibadat dan kebun-kebun tidak dibenarkan kerana ia bukan sahaja melibatkan kepentingan orang awam,malah menyebabkan berlakunya pembaziran dan sebagainya.

d. Peperangan hendaklah dihentikan seandainya pihak musuh memohon perdamaian,contohnya ketika Rasulullah s.a.w. dan tentera berhasrat melancarkan serangan ke ataskota Makkah, pihak musuh telah memohon perdamaian sehingga termeterainya Perjanjian

Page 30: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

30[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Hudaibiyah. Malahan, tentera dan umat Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian yangtelah dipersetujui.

e. Tentera Islam diwajibkan akur dengan arahan pemimpin atau ketua demi mengelakkanberlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan. Contohnya, kekalahan tentera Islam dalamPerang Ulhud berpunca daripada kesilapan tentera pemanah Islam yang tidak mematuhiarahan Rasulullah saw.

f. Tentera Islam dikehendaki melayan dengan baik musuh yang berjaya dikalah dan ditawan,umpamanya tindakan Rasulullah saw, yang memberikan pengamunan terhadap tawananketika peristiwa pembukaan kota Makkah dan layanan yang adil terhadap tawanan PerangBadar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah.

Strategi Perang Nabi Muahammad s.a.w. (5 isi x 2m = 10m)

a. Memilih tempat yang strategik.: Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang pemimpin yang amatpintar dalam mengatur taktik-taktik dan strategi peperangan. Antara strategi yangdigunakan ialah Baginda saw. memilih tempat yang strategik. contohnya kawalan puncabekalan air dalam Perang Badar dan meletakkan tentera di Bukit Uhud.

b. Taktik menunggu: Selain itu, Nabi Muhammad saw. juga menggunakan taktik menunggu,iaitu tentera Islam menunggu hingga tentera musuh datang barulah bertindak balas danmenyerang. Taktik itu dilakukan dalam Perang Badar.

c. Membina benteng pertahanan: Seterusnya, penggunaan taktik bertahan dengan membinabenteng pertahanan seperti menggali parit untuk mematahkan serangan musuh. Contoh inididapati dalam Perang Khandak di mana parit yang besar menghalang musuh menembusisesuatu kawasan dengan mudah.

d. Taktik mengepung: Nabi Muhammad saw. juga menggunakan taktik mengepung danseterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga tentera musuh tidak sempatbersedia menyerang balik. Taktik ini dilakukan dalam perang Taif di mana Bagindamenggunakan pelbagal jenis senjata untuk memecahkan kubu pertahanan musuh.

e. Taktik memperdayakan musuh: Tentera Islam juga mengunakan taktik memperdayakanmusuh demi kepentingan kelemahan semangat perjuangan musuh. Sebagai contohnya,peranan Naim bin Mas’ud berperanan memecahbelahkan perpaduan di kalangan golonganQuraisy dan Yahudi yang mengepung kota Madinah dalam Perang Khandak.

f. Taktik saf: Tentera Islam juga menggunakan taktik saf seperti yang dipraktikkan dalamPerang Badar. Tentera Islam dibahagikan kepada dua barisan; barisan pertama dihadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panahdan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.

g. Taktik tidak mengejar musuh: Taktik seterusnya yang digunakan oleh tentera Islam ialahtindakan mengarah atau larangan tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka.Contohnya, dalam Perang Tabuk antara tentera Islam dan tentera Rom yang berlangsungpada tahun 9 Hijrah. Tindakan ini terpaksa dilakukan oleh Baginda saw. demi keselamatanpara perajurit yang kemungkinan terperangkap dengan strategi musuh sertamenggambarkan sikap tentera Islam yang tidak agresif semata-mata untuk rnendapatkankemenangan.

Page 31: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

31[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Kesimpulan (2m)

a. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa strategi dan taktik yang mantap merupakanasas kemenangan tentera Islam dalam setiap ekspedisi khususnya pada zaman Rasulullahsaw. dan Khulafa al-Rasyidin.

b. Kekuatan yang dimiliki oleh tentera Islam mula dirasai apatah lagi setelah berjayamengalahkan Quraisy dalam beberapa siri peperangan begitu juga terhadap golonganYahudi.

c. Asas kekuatan ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat untuk menenggelamkankeegoan Rom dan Parsi.

d. Namun begitu, kemenangan juga dibantu oleh beberapa faktor lain seperti kepemimpinan,kestabilan politik, serta teknologi peperangan yang digunakan, atau dengan perkataan laindisebabkan adanya organisasi ketenteraan yang sistematik

12. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan pelaksanaannya dalampelbagai aktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.

Pendahuluan; ( 3 markah)

a. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia ygselaras dengan tuntutan syariat Islam dari segi peringkat perolehan, penggunaan ataupengurusan sumber untuk kebaikan diri masyarakat dan negara bagi mendapatkankeredaan Allah swt. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dpd. cara hidup Islam ygmenyeluruh merangkumi aspek rohani, jasmani, spiritual dan material.

b. Khalifah Umar b. Al Khattab merupakan khalifah ketiga dalam zaman pemerintahanKhulafa Ar-Rasyidin telah memainkan penting perkembangan dan perlaksanaan ekonomiIslam. Aktiviti perluasan wilayah Islam yang pesat dan pertambahan harta negara semakinmeningkat menyebabkan pengurusan ekonomi yang teratur dan sistematik telahdilaksanakan..

c. Prinsip-prinsip asas ekonomi Islam berdasarkan Al Quran merupakan sesuatu ketetapanyang tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa keadaan sekalipun. Ia terbahagikepada tiga iaitu hak milik, kebebasan terpimpin iaitu aktviti yang diharuskan dan aktivitiyang diharamkan dan campurtangan pihak berkuasa.

Isi-isi Jawapan

a. Prinsip-prinsip Ekonomi Islam ( 3 isi x 2 markah = 6 markah )

i. Hak Milik : Hak milik yg sebenar bagi segala isi kandungan di atas muka bumi iniialah Allah swt. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manafaat dpdanugerah swt sbg satu amanah yang akan dipersoalkan d iakhirat.- Hak milik individu : Islam telah membenarkan pemilikan harta secara individu selaras

fitrah manusia. Namun Islam telah membenarkan pemilikan harta ini dalam ruanglingkup yang halal dan dibenarkan sahaja. Sebaliknya Islam melarang keraspemilikan harta secara haram seperti mencuri , merompak dan menipu. Pemilikan

Page 32: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

32[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

harta individu boleh diperolehi dpd harta pusaka, wasiat, derma, hadiah, bekerjasendiri.

- Hak milik umum (masyarakat dan negara) :Harta yang dikhaskan untuk kepentinganumum dan kepentingan nasyarakat seperti pembinaan jalan raya, talian air paip,sungai, padang rumput, udara bersih, sumber galian, keindahan alam semula jadi dll.Harta milik umum adalah hak asasi manusia yang diuruskan oleh pihak pemerintahatau berkuasa dan diagihkan secara adil dan saksama.

ii. Kebebasan terpimpin:- Tujuan amalan ekonomi ini untuk melatih dan mendidik jiwa manusia supaya

sentiasa dapat mendisiplinkan diri, mengawal nafsu serta melahirkan manusiayang berjiwa bersih dan bertaqwa.

- Aktiviti ekonomi yang diharuskan (halal): Aktiviti ekonomi yang diharuskan ialahaktiviti ekonomi yang dijalankan secara halal yang menepati beberapa syarat:

- barangan pengeluaran mestilah suci, bersih,memberi manafaat dantidak membahayakan.

- Proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarangpenipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaa hak kebajikanpekerja.

- Proses penggunaan mestilah dielakkan sifat boros, pembaziran danbakhil sebaliknya digalakkan berjimat cermat, berhemah dan salingmembantu.

- Aktiviti ekonomi yang dilarang (haram) : Merangkumi aktiviti-aktiviti ekonomi yangjelas bercanggah dengan syariat Allah swt, ketidakadilan dan kezaliman dalampengeluaran dan penggunaan seperti riba, judi, menipu timbangan dan sukatan,pelacuran monopoli dan lain-lain.

iii. Kawalan pihak berkuasaIslam mengharuskan campurtangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi samaada dalam bentuk pengurusan perancangan dan agihan. Tujuannya untukmewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi harta antara individu denganindividu dan masyarakat. Bidang kuasa pihak berkuasa dalam ekonomi termasuklahpengagihan pendapatan negara, jaminan persamaan peluang golongan yangberhak, pengawasan pasaran, memerangi riba, rasuah, penipuan dan monopoli sertamenentukan polisi kerajaan dan upah buruh daripada ditindas dan dieksploitasi.

b. Perlaksanaan prinsip-prinsip ekonomi Islam dalam pelbagai aktiviti dan sumberekonomi dalam Zaman khalifah Umar b. Al Khattab .( 3 isi x 5 markah = 15 markah )

i. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan pengurusan ekonomi(5m).

Aspek ini berkaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa bagi mewujudkankeadilan dalam ekonomi masyarakat. Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah:- Penubuhan Baitul Mal : Pada zaman Umar telah berlaku penaklukan wilayah

yang sangat luas menyebabkan banyak harta benda diperolehi. Sehuhungan ituBaitul Mal ditubuhkan secara rasmi untuk mengurus dan mengawal kewangannegara. Perlaksanaan Baitul mal pada zaman Umar dijalankan secara

Page 33: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

33[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

sistematik. Khalifah menentukan dasar kewangan negara dan sumber yangdiperolehi daripada Baitul mal serta kegunaanya menurut kehendak syarak.

- Menyediakan buku kira-kira : Khalifah Umar menyediakan sebuah buku kira-kiranegara untuk mengetahui keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaannegara. Semua maklumat tentang kutipan dan agihan cukai boleh dirujuk daribuku ini.

- Perlantikan Pegawai Baitul dan penubuhan Baitul Mal pusat dan wilayah :Madinah menjadi pusat pentadbiran Baitul Mal dan penubuhan cawangan BaitulMal di wilayah-wilayah yang ditakluki. Umar melantik amil-amil bertauliah untukmengutip hasil-hasil negara dengan amanah.

ii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan aktiviti ekonomi (5m).

Dalam aspek ini Khalifah Umar sentiasa memastikan prinsip kebebasan memilikiharta dan keadilan dilaksanakan- Aktiviti perdagangan: Dalam bidang ini Khalifah Umar telah menetapkan

beberapa undang-undang di pasar-pasar perdagangan.- Aktiviti pertanian: Khalifah Umar turut memajukan sektor pertanian. Rakyat telah

digalakkan membuka tanah-tanah baru dan menyerahkan hak milik tanah kepadasesiapa yang mengusahakan tanah tersebut..

iii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan sumber-sumber ekonomi(5m).

Aspek ini juga mempunyai kaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa,terutama untuk menjamin keadilan dalam pengagihan sumber-sumber ekonominegara. Antara sumber ekonomi negara yang dikawal selia oleh kerajaan bagimaksud tersebut ialah:

- Zakat : Zakat ialah bayaran ke atas hasil pendapatan dalam bentuk wang ataubenda lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapati hasil tanahpertanian dan ternakan serta nilai emas dan perak mereka mencukupi syaratzakat yang ditentukan zakat. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepadaBaitulmal untuk diuruskan dan Baitul Mal akan menilai semua bayaran.Pengagihan zakat dilakukan mengikut lapan asnaf yang ditentukan syarak untukmembantu mereka yang kurang bernasib baik. Jika berlaku lebihan agihan, Baitulmal yang bertindak menyimpan harta zakat dan berhak menggunakan hartatersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam.

- Ghanimah iaitu harta rampasan perang : Kemenangan dalam peperanganbermakna penguasaan ke atas segala barang tinggalan musuh. Harta tersebutperlu diambil bagi manafaatkan oleh orang lain. Selain itu Fay atau harta yangdiperolehi semasa menduduki kawasan yang ditinggalkan oleh tuannya atauharta tidak bertuan. Baitul Mal memperuntukkan 1/5 daripada kutipan ghanimahdan Fay dikhaskan untuk perbelanjaan kerajaan pusat dan bakinya diagihkankepada tentera-tentera yang terlibat dalam perluasan kuasa itu.

- Jizyah : Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatanorang- orang bukan Islam yang bersetuju menerima pemerintahan Islam di

Page 34: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

34[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawal kawasan-kawasanmereka. Kadar cukai ini ditetapkan di antara 12 hingga 48 dirhan setahunmengikut taraf kekayaan dan keupayaan. Hanya lelaki yang merdeka, nerakaldan masih hidup berupaya membayar jizyah kepada Baitul Mal. Hasil cukai inidigunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan. Dalam memastikankeadilan untuk golongan Dhimmi ini, beliau dan pegawai-pegawainya seringmeninjau sama ada cukai atau jizyah yang dikenakan ke atas mereka itumenyusahkan atau tidak.

- Kharaj ; Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayarcukai kharaj kepada Baitul Mal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranyaberlaku kemusnahan akibat banjir atau kemarau, cukai tidak akan dikenakan.Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh Baitul Mal pusat.Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaikmungkin. Sekirannya didapati ada tanah yang tidak diusahakan, pengurusanBaitul Mal diberi kuasa untuk menyerahkan tugas mengusahakan tanah itukepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai tanah dibezakanmengikut jenis tanaman.

- Usyur : Cukai perniagaan juga dikenakan kepada para peniaga yangmemperolehi pendapatan melebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniaga Islamdan bukan Islam dikehendaki membayar cukai usyur ini mengikut kadar yangditetapkan oleh khalifah. Peniaga kafir harbi yang tidak membuat perjanjianperdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan Usyur 10 peratus, kafir Dhimmi 5peratus dan di kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus.

- Sumber-sumber lain : Baitul Mal turut menerima dan mentadbir culai-cukai lainseperti sedekah, wakaf, harta karun dan harta rampasan perang dan disahkanbenar selepas siasatan dijalankan.

Kesimpulan ( 1 markah)

Khalifah Umar Al khattab telah berjaya melaksanakan prinsip-prinsip ekonomi Islam yangditetapkan syarak secara tersusun dan sistematik. Rakyat jelas tentang apa cukai yang perluditunaikan dan mengpa ianya wajib dibayar. Pihak pengurusan sumber dan pengagihanpendapatan di peringkat pusat dan cawangan diingat supaya jujur dalam mentadbir amanahAllah. Khalifah Umar berjaya membangunkan negara dengan hasil pendapatan negara yangdiuruskan oleh Baitul Mal.

Page 35: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

35[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

13. Huraikan peranan Sultan Salahuddin al-Ayubi dalam Perang Salib.

Pendahuluan (3m)

a. Latarbelakang Perang Salib : Merupakan siri peperangan di antara pihak Islam denganpihak Kristian. Berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis.Mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut-penganut Kristian bersatu bagimenundukkan Islam serta menguasai semula wilayah-wilayah yang telah dikuasai Islamterutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi. Perang Salibberlaku dalam 7 peringkat dan selama kira-kira satu setengah abad iaitu dari 1096 –1249M.

b. Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Tikrit Iraq pada tahun 532 Hijrah/1138 Masihi iaitu setelah hampir empat puluh tahun tentera Salib menduduki BaitulMaqdis dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas KerajaanAl-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Salahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagahberani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan tenteraSalib Kristian.

c. Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, warak dan sederhana membuat kaum Muslimin dibawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasamendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengansegera.

d. Keluarga Salahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyubadalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awalkepada Salahuddin.

Page 36: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

36[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

e. Selain itu, Salahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuhseorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tenteraSalib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin olehpanglima Asasuddin, Salahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianyamasih muda.

Peranan Sultan Salahuddin (4 isi x 5m = 20m)

a. Menghapuskan pengaruh tentera Salib di Mesir

- Kejatuhan kota suci Baitul Muqadis mendorong pemimpin Islam untuk bergabung tenagabagi merampas balik kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalamusaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknyaEmir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.

- Pada tahun 549 H/1154 M, apabila panglima Asasuddin Syirkuh berjaya menundukkanKerajaan Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Khalifah Al-Adhid dari aliran SyiahIsmailiyah, menyebabkan Wazir Shawar meminta bantuan dari tentera Salib untukmenghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh KingAlmeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antarapasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin.

- Kerjasama Wazir Shawar dengan tentera Salib telah menimbulkan kemarahan EmirNuruddin Zanki lalu mempersiapkan sepasukan tentera yang besar dipimpin olehpanglima Syirkuh dan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum Shawar. Tentera Salibpimpinan King Almeric berjaya dihalaunya dari bumi Mesir. Wazir Shawar berjayamelarikan diri tetapi akhirnya berjaya ditangkap dan kemudian dihukum bunuh.

- Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besarmenggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihanpada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglimaSalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan dikota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar laintermasuk bandar perdagangan Iskandariah.

b. Menutup Kerajaan Syiah Fatimiyah Mesir.

- Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun565 H/1169 M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Salahuddin Al-Ayyubi menjadi WazirBesar. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Kerajaan Fatimiah, Shalahuddin tetapmenganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya. Nuruddin Zanki berulang kalimendesak Sahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaanKerajaan Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Kerajaan Abbasiah diBaghdad, tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru.

- Pada tahun 567 H/1171 Masihi, Salahuddin mengumumkan penutupan Kerajaan Fatimiahdan kekuasaan diserahkan semula kepada Kerajaan Abbasiah dalam suasana aman dandamai. Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakitkuat. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikansebagaimana kedudukan sebelumnya sebagai Khalifah.

Page 37: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

37[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Dengan demikian berakhirlah kekuasaan kerajaan Fatimyah yang dikuasai oleh kaumSyiah selama 270 tahun. Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telahdisambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atasrestu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki.

c. Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam

- Sebagai satu langkah untuk menghalau kekuasaan Salib di Jeruselam, Salahuddinberusaha menyatupadukan wilayah-wilayah Islam terlebih dahulu, kemudianmenghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawartidak berulang lagi.

- Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia pada kepimpinanNuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dandigantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulkal Shalih.

- Apabila Damsyik terdedah pada serangan tentera Salib, Salahudin menggerakkanpasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu. Setelah Ismail wafat, Shalahuddinmenyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Kerajaan Al-Ayyubiyah dengan beliausendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tidak berapa lama kemudian, Sultan Salahuddindapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalamkekuasaannya. Wilayah di Afrika Utara juga berjaya dirampas dari kekuasaan tenteraSalib. Dengan ini kekuasaan Salahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranyacukup ramai untuk mengusir tentera Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selamaberpuluh tahun.

d. Perjuangan Merebut Baitul Maqdis.

Setelah merasa kuat, Sultan Salahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkantentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula.

- Sebagai satu strategi, beliau mula-mula mengajak tentera Salib untuk berdamai. PihakSalib menganggap bahawa Salahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka menerimaperdamaian ini dengan sombong. Sultan Salahuddin pula sudah menjangka bahawaorang-orang Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagibeliau untuk melancarkan serangan. Jangkaan beliau tepat apabila baru sebentarperjanjian ditandatangani, kaum Salib telah melanggar perjanjian dan ini memberipeluang kepada Salahuddin untuk melancarkan serangan, tapi gagal. Beliau kembali kemarkasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar.

- Dalam suasana perdamaian itu pasukan panglima Salib Count Rainald de Chatillon telahbergerak untuk menyerang kota Suci Makkah dan Madinah tetapi berjaya dihancurkanoleh mujahid Islam di Laut Merah. Dalam perjalanan, Count Rainald telah bertembung danmenawan satu kafilah kaum Muslimin yang di dalamnya terdapat seorang saudaraperempuan Sultan Salahuddin.

- Berita tersebut sampai ke pengetahuan Sultan Salahuddin lalu mengirim perutusan keJerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Keengganan mereka menyebabkan SultanSalahuddin memimpin pasukan tenteranya bagi menghukum tentera Salib yang seringmengkhianati perjanjian itu. Akhirnya berlakulah pertempuran di gunung Hittin sehinggadikenal sebagai Perang Hittin.

Page 38: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

38[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Dalam pertempuran ini, pasukan Salib yang berjumlah 45,000 orang berjaya dikalahkandan sebahagian besarnya menjadi tawanan termasuk Count Rainald de Chatillon sendiri.Apabila Count menolak pelawaan agar masuk Islam, maka dia akhirnya dihukum bunuhkerana telah menghina Nabi Muhammad.

- Setelah berjaya menakluk berbagai benteng dan kota, Sultan Salahuddin mulai fokusuntuk merebut Baitul Maqdis. Oleh itu kota Jerussalem telah dikepung selama empatpuluh hari menyebabkan penduduknya mengalami kekurangan keperluan asas. Waktu ituJerussalem dipenuhi dengan kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam PerangHittin. Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang.

- Pada mulanya Sultan menyeru agar kota Suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidakingin bertindak seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada tahun 1099untuk membalas dendam, tetapi pihak Kristian telah menolak tawaran tersebut sebaliknyabersedia untuk berperang. Oleh itu Sultan Salahuddin bersumpah akan membunuh semuaorang Kristian di dalam kota itu sebagai membalas dendam ke atas peristiwa 90 tahunyang lalu.

- Melihat pintu benteng hampir musnah oleh peluru menjanik kaum Muslimin, parapemimpin tentera Salib mulai merasa takut dan keluar menemui Sultan Salahuddinmenyatakan hasratnya untuk menyerahkan kota Suci secara aman dan meminta agarnyawa mereka diselamatkan. Apabila Sultan Salahuddin menolak rayuan merekamendorong Datuk Bandar Jerussalem mengambil keputusan akan membunuh semuatahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4000 orang), membunuh semua anak cucudan kaum perempuan mereka, membinasakan semua rumah dan bangunan,memusnahkan Masjidil Aqsa dan akan menghancurkan semua yang ada sehingga tidakada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, mereka akan keluar untukberperang mati-matian, kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang mereka harapkan.

- Mendengar kata-kata nekad dan ugutan itu, Sultan Shalahuddin menjadi lembut danbersedia untuk memberikan keamanan. Oleh itu berlangsunglah penyerahan kota secaraaman dengan beberapa syarat iaitu:

i. Setiap penduduk mesti membayar wang tebusan sebanyak 10 dinar (lelaki), 5dinar (perempuan) dan 2 dinar (kanak-kanak). Sesiapa yang tidak mampumembayar tebusan, akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan berkedudukansebagai hamba.

ii. Semua rumah, senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkanuntuk kaum Muslimin. Mereka boleh pergi ke mana-mana tempat yang amanbagi mereka.

iii. Mereka diberi tempoh selama empat puluh hari untuk memenuhi syarat-syaratnya, dan sesiapa yang tidak sanggup menunaikannya sehingga lewat dariwaktu itu, ia akan menjadi tawanan. Ternyata ada 16,000 orang Kristian yangtidak sanggup membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagaihamba.

- Pada hari Jumaat 27 Rajab 583 Hijrah, Sultan Salahuddin bersama kaum Musliminmemasuki Baitul Maqdis secara damai.

- Kejatuhan Jerussalem ke tangan kaum Muslimin telah menimbulkan kemarahanpemimpin-pemimpin Kristian Eropah. Mereka melancarkan kutipan derma wajib untukmembiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja

Page 39: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

39[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Eropah berangkat untuk merebut kota Suci itu semula. Maka terjadilah perang Salib ketigayang sangat sengit. Namun demikian, Salahuddin masih dapat mempertahankanJerussalem sehingga perang tamat. Setahun selepas perang Salib ke tiga itu, SultanSalahuddin mangkat.

Kesimpulan (2m)

a. Sultan Salahuddin, yang terkenal sebagai seorang pahlawan dan pemimpin tentera telahmenghabiskan sebahagian besar dari zaman kekuasaannya untuk menghadapi danmemusnahkan ancaman Kristian. Beliau juga telah menyumbang bakti dalammembangunkan negaranya serta taraf hidup rakyatnya. Beliau telah membina taliair-taliairuntuk kemudahan pertanian di samping membina sekolah, kolej serta universiti Ayubid.Dalam bidang ketenteraan pula beliau sememangnya merupakan seorang pemimpinulung yang telah berjaya menyelamatkan wilayah-wilayah Islam daripada dirampas olehpihak Kristian.

b. Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabilaSultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanyameninggalkan harta sebanyak 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidakpunya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun danmemegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkanEmirat Ayyubiyah.

14. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad sebagaipusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyyah.

Pendahuluan ( 3 markah )

Baghdad adalah ciptaan khalifah Abbasiyah. Khalifah Jaafar al-Mansur pada tahun 762TM telah mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya. Terletak antara Sungai Tigrisdan Euphrates. Baghdad menduduki tempat yang strategik dan tidak begitu lama telahmenjadi pusat kegiatan ekonomi dan politik yang setanding dengan konstantipole.Perkembangan Baghdad terdedah kepada pengaruh kebudayaan dan unsur-unsurpolitik Parsi. Institusi Khalifah yang berbentuk despotisme membayangkan pengaruhkonsep kerajaan Sasanid Parsi. Pada keseluruhannya pendedahan sistem politikAbbasiyah kepada pengaruh politik Parsi menyediakan suatu asas untukperkembangan suatu zaman baru yang memucak dengan kegiatan intelektual yangpesat pada zaman pemerintahan Harun al- Rashid dan anaknya, al- Mamun.

Isi-isi Jawapan ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )

Page 40: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

40[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

a. Peranan Bahasa Arab.: Berbanding dengan Khalifah Bani Umayyah, empayar Abbasiyahterdiri daripada berbagai bangsa, adat resam dan kebudayaan. Walaupun masyarakatAbbasiyah di Baghdad bersifat kosmopolitan tetapi pada keseluruhannya wujudlahperpaduan yang berasaskan agama Islam dan bahasa Arab yang dijadikan bahasa rasmipemerintahan Abbasiyah.

b. Peranan Pemerintah: Pernaungan politik mendorong perkembangan ilmu di Baghdad.Sikap kecintaan para pemerintah Abbasiyah terhadap ilmu telah mengalakkan paracendekiawan berkumpul di kota Baghdad. Khalifah al Mansur merupakan perintis dalamusahanya menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Harun al Rashid telah menarikramai penuntut-penuntut ilmu oleh kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu terpentingdalam dunia pada ketika itu.

Sifat kepelbagaian bangsa dan kebudayaan dalam masyarakat majmuk Abbasiyah dansifat keterbukaan pemerintahannya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan telahmenjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Adalah jelas bahawapenyerapan berbagai unsur-unsur daripada kebudayaan Parsi, Syria dan Yunani telahmemperkayakan pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.

c. Sistem Pendidikan.: Perkembangan ilmu digalakkan lagi dengan penubuhan danperluasan suatu rangka institusi pendidikan awam. Setakat ini institusi pendidikan awamberkisar kepada masjid saja dan kurikulumnya hanya merangkumi membaca, menulis, danmengira. Tetapi pada zaman al Mamun pendidikan ditingkatkan lagi dengan mendirikanpelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi sains yang dilengkapidengan perpustakaan dan makmal-makmal. Buat pertama kali pendidikan awam dibiayaioleh kerajaan.

d. Kegiatan Penterjemahan.: karya-karya Yunani terutama dalam bidang perubatan dansains di terjemahkan ke dalam bahasa Arab. Contohnya ialah karya-karya Galen,Hippocrates dan Diescarides. Dalam bidang falsafah karya-karya Plato dan Aristotle sepertiRepublic, Categories, Physics dan Magna Moralia di terjemahkan. Al Fazani jugamenterjemahkan karya-karya sanskrit dalam bidang matematik. Al Ma’mun telahmengutuskan wakilnya menemui Maharaja Byzantium untuk mendapatkan naskhah-naskhah ahli falsafah dan sains bagi diterjemahkan oleh para penterjemah di Bayt alHikmah. Pada keseluruhannya, pentejemahan telah memperkayakan khazanah budayailmu Islam.

e. Peranan Tokoh-tokoh Terkenal dan Cendikiawan Islam.: Zaman penterjemahan diikutidengan sumbangan asal orang-orang Islam dalam bidang sains dan kesusasteraan.Bahasa Arab yang dulunya digunakan dalam bidang puisi dan agama saja sudah menjadialat untuk melahirkan pemikiran saintifik dan idea-idea falsafah. Sumbangan asal dalambahasa Arab adalah nyata dalam bidang perubatan. Al- Khwarizmi memberikansumbangan dalam bidang astronomi. Dalam bidang kimia nama terkenal ialah Jabir ibnHayyan yang berjaya memajukan pengetahuan dalam teori dan amalan kimia. Dalamkesusasteraan keadaan istana Harun al Rashid di Baghdad memang mengilhamkanpenghasilan karya yang terkenal hingga hari ini iaitu karya alfu lailah wa-Lailah atau dalambahasa Inggeris “A Thousand and One Nights” (Arabian Nights). Al-Kindi, Al-Farabi.

Page 41: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

41[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

f. Perdagangan Antarabangsa.: Perdagang Islam telah berdagang ke timur jauh. Merekatelah membawa balik bukan setakat hasil dagangan tetapi telah membawa balik ilmu-ilmuseperti teknologi perkapalan, astronomi, geografi dan pelayaran. Mereka melalui dua jalaniaitu jalan darat dan jalan laut.

g. Peranan Bayt al-hikmah.: Kegiatan perterjemahan berlaku dengan pesat apabila alRashid mendirikan Bayt al- Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan penyelidikan ilmiah.Bayt al Hikmah boleh dianggap universiti pertama di dunia Islam yang merupakankesinambungan daripada Museum Iskandariah. Al Mamun telah dilantik Munaya bin Ishaquntuk mengetui Bayt al Hikmah. Munaya adalah seorang ahli perubatan berketurunanNestorian Kristian yang menguasai bahasa Assyrian dan Arab.

Perkembangan ilmu dipesatkan lagi dengan tertubuhnya badan Bayt al Hikmah yangkhusus untuk kegiatan perbahasan dan penyelidikan. Jadi para pemerintah telahmeletakkan suatu asas yang kukuh bagi kelahiran para ilmuan dan saintis Muslim.Pemerintah juga berperanan menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam.Mengumpulkan para sarjana dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip danditerjemahkan ke dalam bahasa Arab.

h. Hubungan Diplomatik.

i. Kestabilan Politik.

j. Kemakmuran Ekonomi

Kesimpulan [ 2 markah ]

Apa saja yang berkaitan

15. Huraikan sejauhmanakah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melakadipengaruhi Islam.

Pendahuluan (3m)

a. Undang-undang Adat Kesultanan Melaka terbahagi kepada dua iaitu Undang-undangDarat (Hukum Kanun Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka. Kedua-duanya ialahundang-undang yang telah diwarisi sejak turun-temurun sama ada secara tulisan ataupunsecara lisan iaitu dalam bentuk perintah-perintah yang dikeluarkan oleh sultan.

b. Penggubalan undang-undang ini pada zaman Kesultanan Melaka mempunyai kaitan rapatdengan tiga sumber iaitu hak-hak dan kepentingan raja yang memerintah dan jugakeluarga mereka; pertimbangan-pertimbangan dari faktor-faktor tradisi dan sedikitsebanyak unsur-unsur agama Islam, dan tugas-tugas pembesar, sifat-sifat yang mestidipakai oleh seorang raja dan kelakuan orang-orang kebiasaan.

Page 42: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

42[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

c. Naskah undang-undang ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan ditokok tambah darisemasa ke semasa. Pada mulanya ada 19 bahagian, kemudian ditambah lagi denganhukum-hukum yang diubahsuaikan dari Islam menjadi 44 bahagian. Disebabkanberlakunya tokok tambah ini maka keseluruhannya terdapat tiga pengaruh utama dalamUndang-undang Adat Kesultanan Melaka ini iaitu adat-adat tempatan (dari adatTemenggong), pengaruh Hindu, dan hukum-hukum Islam terutamanya dari Mazhab Syafie.

Pengaruh Islam Dalam Undang-undang Adat Melaka (4 isi x 3m = 12m)

Kesemua unsur Islam yang terdapat di dalam undang-undang ini adalah bersumberkan al-Quran. Antaranya :-

a. Hukuman Mencuri: Di dalam Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka adamenyebutkan bahawa si pencuri akan dihukum potong tangan iaitu jika ia didapati sabitkesalahannya. Hukum Kanun Melaka Pasal 7:2 menyebutkan bahawa "...adapun padahukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh melainkan dipotong tanganhya".Ini selaras dengan hukum Islam seperti yang terdapat dalam Surah al-Maidah: 38-39.

b. Hukuman zina: Seterusnya kepada sesiapa yang didapati melakukan zina akan di sebat100 kali dengan menggunakan rotan atau direjam dengan menggunakan batu sehinggamati. Hukum Kanun Melaka Fasal 12:2 menyatakan "...adapun pada hukum Allah jika iamuhsan direjam. Adapun erti muhsan itu perempuan yang berlaki, jikalau yang laki-laki adaberisteri, itulah erti muhsan. jikalau ghair muhsan, dipalu, delapan puluh palu denganhukum dera. Itulah hukuman yang tiada bersalahan lagi". Dalam al-Quran terdapatsejumlah ayat berhubung dengan hukum zina seperti Surah an-Nur: 2-5 dan Surah an-Nisa:34.

c. Hukuman membunuh: Dalam Hukum Kanun Melaka juga disebutkan berkali-kali bahawasi pembunuh akan juga dihukum bunuh. Fasal 18:4 Hukum Kanun menyebutkan "...kepadahukum Allah, membunuh orang itu dibunuh pada hukumnya". Ini diambil dari ayat al-QuranSurah al-Bagarah:178179 dan Surah al- Maidah: 45.

d. Undang-undang muamalat: Dalam hal jual beli atau pinjam meminjam, sekali lagi hukumIslam digunakan. Dalam Fasal 15:7 Hukum Kanun Melaka menyebutkan bahawa segalapinjaman berserta nilainya hendaklah ditulis dengan disaksikan oleh dua orang lelaki.Peraturan ini terdapat dalam al-Quran Surah al-Baqarah : 282.

e. Undang-undang perkahwinan: Selain dari itu kepentingan wali dalam nikah kahwin sertakedudukan berjenis-jenis wali dan syarat-syaratnya seperti mana yang dikehendaki olehagama Islam juga disebutkan dalam Hukum Kanun Melaka. Di dalamnya terdapat baburusan untuk menjadi wali (Fasal 25), hukum syara' menjadi saksi (Fasal 26), soal talakdan fasakh (Fasal 28).

f. Hukuman membuat fitnah: Hukum Kanun Melaka juga memuatkan fasal mengenaituduh-menuduh (fitnah) dan beban membuktikan ke arah yang menuduh. Dalam soal zinamisalnya, Hukum Kanun Melaka menyebutkan bahawa jika tuduhan itu tidak benar (fitnah),maka penuduh akan dihukum 80 kali sebat menurut hukum Islam. Mengikut adat pula ia

Page 43: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

43[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

akan didenda 10 tahil emas. Jika abdi, ia akan didenda 2 tahil emas atau separuhharganya.

g. Ikrar atau sumpah setia: Hukum Kanun Melaka juga ada menyebutkan kepentinganamanat ikrar (sumpah-setia) dan juga wasiat seperti yang tercatat dalam Fasal 24:2, 34:1dan 38:3.

h. Kepentingan ulama: Hukum Kanun Melaka juga secara tidak langsung memperuntukkanagar upacara-upacara adat istiadat raja-raja hendaklah disertai oleh ahli-ahli agamakhususnya kadi. Hukum tersebut menyatakan bahawa tatkala raja berangkat ke mana-mana, baginda diiringi oleh pembesar-pembesar negara dengan segala alat kelengkapandi raja dan seorang kadi. Ini menunjukkan bahawa penggubal hukum tersebut sentiasamengakui kepentingan golongan agama.

i. Syarat menjadi pembesar negara: Syarat-syarat untuk menjadi pembesar istana ataumenteri mengikut Hukum Kanun Melaka, menghendaki supaya golongan ini mengetahuidan faham mengenai hukum-hukum negara bagi melicinkan lagi pentadbiran masing-masing. Tuntutan ini pasti memerlukan bekalan ilmu pengetahuan yang cukup, lebih-lebihlagi semasa menghadapi persoalan-persoalan hukum yang berkaitan dengan syariat Islam.

Ciri-ciri Yang Bertentangan Dengan Islam (3 isi x 3m = 9m)

a. Undang-undang Adat ini lebih bertujuan untuk menjaga kepentingan golongan pemerintah.Peraturan-peraturan yang terkandung di dalamnya seolah-olah hanya ditujukan kepadagolongan bawahan sahaja. Hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan yang samaadalah tidak seragam dan bergantung kepada golongan yang melakukan kesalahantersebut. Hukuman yang dijatuhkan juga dipengaruhi oleh kedudukan sosial seseorang.Semakin tinggi kedudukannya maka semakin besarlah kemungkinan ia terlepas darihukuman. Contohnya. Raja Muhammad iaitu anak Sultan Mansor Syah yang telahmembunuh Tun Besar iaitu anak Tun Perak, tidak menerima hukuman bunuh, sebaliknyahanya dibuang negeri ke Pahang sahaja. Dari sini jelas menunjukkan bahawa Undang-undang Adat Kesultanan Melaka itu, dalam hukum-hukum jenayah dan awam, setengah-setengahnya bertentangan dengan Islam. Konsep Islam dalam perundangan ialah keadilantanpa mengira darjat orang yang bersalah dan mangsanya.

b. Undang-undang Adat Kesultanan Melaka juga tidak mempunyai badan pengawal yangtertentu dalam urusan perlaksanaannya. Sebaliknya ia lebih merupakan hak raja ataupemerintah. Perlaksanaan undang-undang itu lebih bergantung kepada selera atau sikappemerintah berkenaan.

c. Peraturan-peraturan dalam Undang-undang Adat Kesultanan Melaka juga mempunyaiunsur-unsur kezaliman dan ketidakadilan yang ketara dan bertentangan pula dengankonsep perundangan Islam. Sekiranya seseorang itu dihukum bunuh oleh sultan makaseluruh anak isterinya akan dibunuh sama. Contohnya dalam peristiwa pembunuhanBendahara Seri Maharaja Tun Mutahir iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Syah.Dalam perundangan Islam, hanya orang yang bersalah sahaja yang boleh dijatuhkanhukuman, itupun setelah dijalankan siasatan.

Page 44: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

44[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

d. Undang-undang ini juga mempunyai warisan undang-undang atau adat Hindu yang pernahdiamalkan oleh penduduk-penduduk Nusantara sebelum kedatangan Islam dan diwarisisecara turun-temurun. Satu dari unsur-unsur Hindu yang ada dalam undang-undangtersebut ialah konsep 'kasta'. Dasar diskriminasi mengenai amalan pantang larang danperundangan ini amat meluas semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka ini.Misalnya, terdapat larangan memakai pakaian berwarna kuning ke atas rakyat biasa,larangan memiliki keris berhulukan emas, larangan membina rumah seperti istana raja,menggunakan bahasa-bahasa istana dan sebagainya.

e. Adat penyembahan terhadap raja. Ini sebenarnya lebih berunsurkan percampuran diantara konsep ketaatan orang-prang Melayu terhadap sultan atau raja mereka dan konsepHindu yang menganggap bahawa raja-raja adalah 'bayangan Tuhan'. Melaiui peraturan ini,golongan yang tidak mahu menyembah dianggap telah melakukan satu dosa yang besar.Ini amat bertentangan dengan akidah Islam yang hanya memperuntukan penyembahandan penyerahan diri secara mutlak kepada Allah sahaja.

f. Unsur daulat dan derhaka adalah dua unsur lagi yang bertentangan dengan ajaran Islamjika ditinjau dari konsep perlaksanaannya. Daulat lebih merupakan suatu kuasa halus yangdipunyai oleh raja yang tidak boleh diganggu-gugat. Penentangan terhadapnya dianggapsebagai derhaka yang mana dianggap akan menerima padah yang berlarutan akibat dariadanya kuasa daulat tadi.

g. Walaupun Undang-undang Adat Kesultanan Melaka merupakan undang-undang bagisebuah negeri, namun peraturan-peraturannya tidak langsung dikenakan ke atas pihakpemerintah. Golongan sultan berada di atas undang-undang. Oleh kerana seseorangsultan dianggap sebagai 'bayangan Tuhan', maka undang-undang yang digubal itu tidakmeliputi beliau sebagai salah satu daripada pihak yang terlibat atau mengambil bahagian.Oleh itu mereka bebas mengambil sebarang bentuk tindakan yang boleh dianggap sebagaisuatu jenayah tanpa menerima sebarang tindakan hukuman atau sekatan undang-undang.

Kesimpulan (1m)

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa Undang-undang Adat Kesultanan Melayu Melakamempunyai asas-asas yang kuat dari unsur-unsur tradisi Melayu lama, kebudayaan Hinduserta unsur-unsur untuk meninggikan dan mengukuhkan kedudukan raja-raja. Unsur-unsurIslam hanya merupakan bahagian kecil dari keseluruhan undang-undang tersebut dan ia lebihbermotif untuk kepentingan raja. Tegasnya Undang-undang Adat Melaka bukanlah sistemperundangan yang berorientasikan Islam, tetapi hanya mempunyai pengaruh Islam.

16. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam danBarat pada abad ke- 15 - 16 Masehi.

Pendahuluan (3m )

Page 45: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

45[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

a. Kamus Dewan mentakrifkan penjelajahan sebagai mengelilingi atau berjalan ke meratatempat atau daerah untuk sesuatu tujuan, sementara penerokaan pula didefinasikansebagai perihal perbuatan menyelidiki, menjelajah dan mengharungi.

b. Penjelajahan dan penerokaan telah berlaku sejak sebelum wujudnya tamadun awalmanusia. Namun aktiviti ini dalam bentuk yang tidak teratur dan tidak langsung. Ketika itumatlamat penjelajahan dan penerokaan manusia lebih bermatlamatkan kegiatan mencarirezeki dan membuka petempatan. Penjelajahan dan penerokaan yang teratur dan hanyabermula setelah wujudnya tamadun awal manusia.

c. Bagi masyarakat Eropah kegiatan ini dimulakan oleh orang Yunani dan Rom. Bermulaabad 13M negara-negara Eropah seperti Sepanyol, Portugis, British dan Belanda telahmenghantar ekspedisi-ekspedisi penjelajahan dan penerokaan ke dunia luar khususnyabenua Amerika dan Asia. Antara penjelajah-penjelajah itu seperti Marco Polo (dari Venice:1254 – 1324M), Christopher Colombus (Sepanyol:1451- 1494M), Vasco da Gama(Portugal: 1469 – 1494M) dll.

d. Konsep 3G (gospel, glory dan gold) menjadi pendorong utama penjelajahan bangsa-bangsa Eropah.

e. Dalam tamadun Islam pula, penjelajahan dan penerokaan amat digalakkan. Banyak ayatal-Quran yang menyeru supaya umat Islam menjelajah ke seluruh bumi Allah s.w.t.

f. Tokoh-tokoh penjelajah Islam seperti Ibnu Batutha, Al- Masudi dan Al-Majid.

Isi-Isi Jawapan (5 markah x 4 isi = 20 markah)

1. Perbandingan dari aspek matlamat keagamaan.a. Matlamat keagamaan Penerokaan / Penjelajahan Eropah- Memperluaskan perkembangan agama Kristian. Akibat kekalahan Eropah dalam

Perang Salib (1097 – 1292M) mendorong mereka untuk memperluaskan penyebaranKristian bagi menyaingi perluasan penyebaran Islam. Para penjelajah turut membawamubaligh-mubaligh Kristian sehingga akhirnya Kristian tersebar ke Amerika, Afrika danAsia.

b. Matlamat keagamaan Penerokaan / Penjelajahan Islam- Mengagungkan serta membesarkan Allah s.w.t. Matlamat ini dapat dicapai setelah

manusia memerhati segala ciptaan Allah.- Menambahkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah s.w.t. Matlamat ini juga dapat

dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Allah.- Dorongan al-Quran: Firman Allah yang bermaksud `Katakanlah berjalan di muka bumi,

maka perhatikanlah bagaimana Allah s.w.t menciptakan (manusia) dari permulaannya,kemudian Allah s.w.t menjadikannya sekali lagi’.

- Menyebarkan dakwah Islamiah. Matlamat ini juga merupakan matlamat penting dalampenjelajahan dan penerokaan Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w. baginda telahmenghantar Muaz bin Jabal ke Yaman untuk berdakwah di sana. Begitu juga KhalifahUmar al-Khattab, umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom dan China untukmenyebarkan Islam.

Page 46: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

46[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Perbandingan dari aspek matlamat politik.a. Matlamat politik Penerokaan / Penjelajahan Eropah- Meluaskan pemerintahan. Contohnya kedatangan British ke Afrika, India dan Tanah

Melayu adalah untuk menegakkan dan meluaskan kekuatan dan empayar masing-masing agar ia disegani dan ditakuti serta dihormati oleh negara-negara lain sepertiPortugis dan Belanda.

- Dorongan pemerintah – contohnya Raja Henry (Sepanyol) yang menggalakkanpengembaranya melakukan penjelajahan.

- Mendapatkan kuasa di wilayah baru – membentuk kolonialisme di wilayah yangditakluki (penjajahan)

b. Matlamat politik Penerokaan / Penjelajahan Islam- Memperkukuhkan politik Islam. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini banyak

dilakukan oleh umat Islam semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan danal-Walid bin Abd Malik sehingga Islam akhirnya berjaya menguasai Sepanyol.

3. Perbandingan dari aspek matlamat ekonomia. Matlamat ekonomi Penerokaan / Penjelajahan Eropah- Menegakkan kedudukan dan menstabilkan ekonomi negara. Apabila negara-negara

Eropah berjaya menguasai sesebuah negera lain maka kegiatan perdagangan dapatdijalankan dengan negeri tersebut. Jika mereka dapat pula menjajah negara tersebutmaka segala sumber ekonomi negara tersebut turut dikuasai. Umpamanya Britishberjaya menguasai sumber galian bijih timah di T.Melayu sementara Belandamenguasai sumber rempah di Indonesia.

- Persaingan antara pedagang Islam dan Eropah menyebabkan mereka datang sendirike Timur terutamanya Nusantara yang membekalkan perdagangan rempah utamaketika itu. Mereka ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah di kalangan parapedagang Islam dan seterusnya menguasainya.

b. Matlamat ekonomi Penerokaan / Penjelajahan Islam- Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Di samping itu umat

Islam juga dapat memperkenalkan kaedah perniagaan Islam yang berdasarkan konsepkeadilan dan kejujuran.

4. Perbandingan dari aspek ilmu pengetahuana. Matlamat ilmu pengetahuan Penerokaan / Penjelajahan Eropah- Ia didorong oleh semangat inquiri:- Mengkaji dan menilai perkembangan tamadun di kawasan baru seperti di Asia dan

Amerika.- Mempertingkatkan ilmu pelayaran seperti penggunaan kompas, arah tiupan angin,

ilmu bintang dll.- Mengesan laluan-laluan perdagangan terutama ke timur (Asia) bagi menjalin

hubungan dagang.

b. Matlamat ilmu pengetahuan Penerokaan / Penjelajahan Islam- Perasaan inquiri ( ingin tahu ) mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari

petempatan mereka.- umat Islam mengenai bumi dan kedudukan sesebuah negara semakin bertambah.

Di samping itu pengetahuan mengenai pelayaran juga semakin berkembang.

Page 47: Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012

TERHADJPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)

47[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti penjelajahan terutama yang berkaitandengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu .

Kesimpulan (2m)

a. Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah telah menyebabkan banyakkerajaan di Amerika, Afrika dan Asia dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah dan kekayaanbuminya dibawa ke Eropah.

b. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan Islam telah memberikan nafas baru dalam prosesperkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatanekonomi masyarakat Islam.

c. Apa sahaja yang berkaitan.

Daripada:Pn. Sarifah OthmanSMK Labis, Jalan Muar,85300 Labis. Johor