majalah pra universiti edisi 5.pdf

Upload: dikir

Post on 08-Jan-2016

193 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • Kelebihan Tingkatan 6 KPM Utamakan Calon Lepasan

    STPM Ke Universiti

    Pelajar Tingkatan 6 dengan CGPA 2.8

    Akan mendapat Tempat di IPTA

    Amalan Peningkatan Daya Ingatan

    Edisi 5 0gos 2013

  • Sungguh cepat masa berlalu , pelbagai kenangan , pengalaman & ilmu baru yang kita pelajar tahun demi tahun. Tepat pada masa , saya menulis editorial Majalah Pra Universiti , kita semua sudah tiba ke tengah penghujung tahun 2013. Pada waktu yang lepas , saya juga mempunyai pengalaman & kenangan saya di tingkatan 6. Biar saya memperkenalkan diri saya , saya Harris Anuar yang merupakan salah seorang bekas pelajar tingkatan 6 yang pernah melalui pengalaman pahit manis di alam Prauniversiti. Saya menghasilakan Majalah Pra Universiti untuk Berkongsi info tentang perkembangan tingkatan 6 yang berlaku di Malaysia. Saya juga aktif dalam menyampaikan maklumat di Web Pra Universiti (http://prauniversiti6.blogspot.com/) & juga fanpage FB (https://www.facebook.com/prauniversiti) . Saya menghasilkan 3 Media Pra Universiti supaya Seluruh warga Tingkatan 6 di Malaysia dapat mengetahui perkembangan semasa tentang komuniti mereka. Saya juga manusia biasa yang tidak boleh lari daripada kesilapan.Saya berharap , anda dapat membantu saya membaiki kualiti majalah ini dengan menghantar komen & cadangan anda. Di akhir kata , terima kasih kerana menyokong laman web pra universiti & saya akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk pelajar tingkatan 6 Malaysia.

    Wassalam, Harris Anuar Pengasas Web Pra Universiti http://prauniversiti6.blogspot.com/

  • Ditawarkan jawatan oleh pihak sekolah seperti: * Ketua Pelajar * Ketua PSS * Pengerusi Kelab & Sukan * Majlis Pewakilan Pelajar (MPP )

    * Lulus 2.8 ke atas * Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM

    1 tahun 6 bulan

    Yuran Sekolah + Buku Rujukan = ( kurang RM 600)

    - Boleh memohon pekerjaan kerajaan & swasta - Taraf Sijil STPM

  • Berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT yang bertaraf seperti UKM, UTM, & lain lain.

    * Sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan. * Dapat memohon jawatan diploma. * Ianya diiktiraf bagi kemasukan kebanyakan universiti di serata dunia

    * Pengalaman memegang jawatan di sekolah * Pengalaman dalam presentation * Pengalaman membaca bahan bacaan yang banyak * Pengalaman berdikari tanpa bantuan guru sepenuhnya

    2.8 ke atas, Pointer nak masuk universiti guna STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma

    10 % markah Ko akan diambil kira kemasukan ke Universiti * Biasanya pelajar tingkatan 6 mendapat 6% & 7% ke atas * Jawatan Pengerusi, Ketua Kadet, Ketua Pasukan ditawarkan

  • Semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013, dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka. "Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) .

  • Beliau berkata, jumlah keseluruhan pelajar yang layak memasuki IPTA tahun ini ialah 38,549 orang di mana 13,500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di luar bandar dan pedalaman. Mohamed Khaled berkata, kerajaan menyediakan program transformasi ekonomi bagi memastikan lepasan universiti tersebut mempunyai peluang pekerjaan dan bagi kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat adalah lebih mudah pembangunan dilaksanakan.

    Mohamed Khaled berkata, bagi pelajar yang mendapat CGPA bawah daripada 2.8, mereka perlu menunggu proses rayuan selesai, di mana rayuan melalui e-Rayuan akan ditutup Ahad ini. "Kita dapati pada tahun ini pencapaian pelajar lebih baik daripada tahun-tahun dahulu. Jumlah pelajar yang mendapat CGPA 4.0 meningkat daripada tahun-tahun lalu kepada 3,800 pelajar. Oleh itu persaingan menjadi semakin sengit " katanya.

  • Juga, KPM menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM untuk ke IPTA (Bertambah 11% ) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang. --Rujukan dari tahun 2002 sehingga kini

    Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA).

    Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya.

    Keutamaan berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja.

  • Artikel ini diemail oleh Adi Safarman SRI AMAN, Rabu (11 Mei) - Pendaftaran untuk memasuki Tingkatan Enamuntuk sesi akademik 2011-2012 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia (BM), Saratok pada pagi 9 Mei lepas. Sesi pendaftaran yang bermula seawal 8 pagi itu dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul dengan ibu bapa para pelajar hadir sama pada sesi pendaftaran kemasukan berkenaan. Pihak pengurusan SMK BM Saratok masih membuka sesi ini kepada mana-mana pelajar lepasan SPM tahun 2010 yang gagal memohon kemasukan ke tingkatan enam menerusi sesi tersebut. Golongan ini dinasihatkan untuk membuat rayuan kemasukan ke tingkatan enam ini selagi mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kata jurucakap sekolah terbabit iaitu Abdul Latip. Beliau menerusi kenyataan itu juga berkata bahawa pihak sekolah turut menyediakan enam buah kelas Tingkatan Enam Bawah bagi menempatkan para pelajar terbabit antaranya ialah kelas Sains (sebuah) , kelas Seni Visual (dua buah) dan kelas Kemanusiaan (tiga buah). Terdahulu kesemua 206 pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Enam berkenaan telah menghadiri sesi taklimat yang diselaraskan oleh guru penyelaras tingkatan enam SMK BM Saratok iaitu Dom Nambi. Program Orientasi untuk kesemua pelajar Tingkatan Enam SMK BM Saratok ini akan diadakan selama tiga hari bermula 23 Mei depan.

  • KUALA LUMPUR: Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan meneruskan pengajian di tingkatan enam atau program matrikulasi bermula Mei ini boleh memohon penangguhan bagi mengikuti PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil hari ini berkata bakal pelatih berkenaan bagaimanapun perlu mengisi borangpermohonan yang boleh diperolehi di kaunter khidmat pelanggan JLKN atau dimuat turun dari laman web rasmi JKLN www.khidmatnegara.gov.my Beliau berkata setelah borang tersebut dilengkapkan, ia hendaklah dikepilkan bersama surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam atau program matrikulasi sebelum dihantar ke Cawangan Pengecualian dan Penangguhan, Bahagian Pengurusan Pelatih, JLKN. "Penangguhan sehingga tamat tempoh pengajian akan diberikan kepada pemohon. Bagi mereka yang akan menyambung pengajian selepas tamat tempohpenangguhan tersebut, mereka perlulah mengisi Borang Permohonan Pembaharuan Penangguhan melalui proses yang sama," katanya dalam kenyataan. - BERNAMA

  • Berita terbaru diterima, Tan Sri Muhyidin Yasin menyatakan hasrat untuk membuat penjenamaan semula sistem pengajian termasuk suasana pengajian tingkatan enam Kementerian Pelajaran ketika ini. Cadangan dan idea ini berikutan katanya yang dibuat di Yogyakarta. Menurut Tan Sri Muhyiddin YasinKami sedang memikirkan untuk menyatukan tingkatan enam, menggunakan pakaian yang berbeza, jadual waktu yang tidak sama, guru yang tidak sama, kategori yang lain sedikit

    Antara Cadangan Penambahbaikan Tingkatan Enam 1.Memisahkan pelajar tingkatan enam dengan tingkatan lain 2.Tingkatan 6 ditempatkan di pusat pengajian khas 3.Institusi dikhaskan kepada tingkatan 6 sahaja 4.Menggunakan pakaian yang berbeza 5.Jadual waktu yang berlainan 6.Guru yang berlainan

  • Kategori berlainan jika di banding sekolah biasa.Langkah yang dibuat bagi lebih memartabatkan tingkatan eam selaras dengan tahapnya menyamai program -program asasi . Selain itu penting untuk mengatasi persepsi masyarakat bahawa pendidikan di matrikulasi lebih baik dari tingkatan enam.Tingkatan enam juga agak berlainan cara pemikiran dan tahap kematangan sekiranya ditempatkan bersama-sama dengan tingkatan lain . Pelajar tingkatan enam seharusnya bersyukur dan belajar bersungguh-sungguh kerana apa yang dipelajari Adalah mempunyai tahap yang lebih sama dengan pra universiti yang lain. Berikutan cadangan memendekkan tempoh pengajian tingkatan enam iaitu dipendekkan 6 bulan dari asalnya, Tan Sri memberitahu ia perlu dikaji oleh Kementerian pelajaran.

  • Faham.

    Jarakkan /pecahkan masa belajar.

    Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.

    Percaya pada diri sendiri.

    Ulang berkali-kali. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.

  • 2 Febuari 2013 (Sabtu) 8:00-6:00 petang Dewan Al-Ghazali SAMTTAR Pelajar terlibat : tingkatan 3,4,5 dan 6 (700 pelajar) Penceramah/ Perunding Utama : Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad, Ph.D Program Maju Diri merupakan program yang memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan teknik-teknik belajar yang berkesan kepada pelajar untuk persediaan dalam menghadapi pembelajaran.

  • 1.Memberikan motivasi kepada pelajar agar lebih bersemangat untuk belajar 2.Mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik belajar yang berkesan 3.Membentuk pelajar yang bermatlamat dan berfikiran positif 4.Menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dan dipelajari. 5.Melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. 6.Program anjuran PIBG, kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

  • Tarikh : 26 Feb 19 Mac 2013 Tempat : Bilik Tun Hussien Onn dan Kelas Pertandingan Bahas ala parlimen adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kemanusiaan prauniversiti. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berhujah pelajar secara kritis, analisis dan profesional. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan ketrampilan pelajar berkomunikasi dalam konteks yang lebih luas seterusnya memupuk semangat kerjasama antara pasukan dan menghormati antara satu sama lain. Pertandingan yang bermula 26 Februari 2013 dan berakhir pada 19 Mac 2013.

  • Seramai 10 pasukan yang mewakili setiap kelas telah terlibat. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut : Johan Kelas 6.2.1 (A) Naib Johan Kelas 6.2.1 (B) Tempat ketiga kelas 6.2.3 (A) Pembahas terbaik jatuh kepada Siti Nurizzah Juahari dari kelas 6.2.1 (B).

  • S-sumarize [ringkaskan nota penting] T-test your self [uji diri anda] U-use [gunakan] V-visualize [bayangkan selalu]

    Teknik Belajar 5R-STUV

  • Tunggu Kemunculan

    UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN BERITA SEMASA TINGKATAN 6, ANDA DISARANKAN

    MELAYARI LAMAN WEB PRA UNIVERSITI

    IKUTI PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 & TIPS BELAJAR PRAUNIVERSITI DI FACEBOOK