majalah ao tribe edisi ogos #4

35

Upload: dan-hamdan

Post on 02-Jul-2015

197 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

HAPPY AND SUCCESS

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Bukti Kehebatan Bumiputra

Brian Tracy -7 Tip Sukses Dalam Jualan

Kehebatan Kuasa Bisnes Kad

15 Idea Pemasaran Gerila Bisnes Kad

Cegah Pokai Selepas Raya

Kisah Dapur Puak Kaya & Berjaya

Punctuality – Do Unto Others What You Want Others To Do Unto You

1

4

9

12

17

20

30

Penasihat PenerbitanDr. Azizan OsmanJerry RizalHjh Yasmin Mohd Ramzi

Penulisan & Editor([email protected])Om Karini KareanNurzamir Zakaria

Pemasaran DigitalAizzuan Mohamad AliAhmad Syafiq Abd Suki

Pereka GrafikMohd Helmi Mamat

1

BUKTI KEHEBATAN BUMIPUTRA

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

an Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed NorAl-Bukhary nama yang tidak asing di persadadunia bisnes. Beliau merupakan seorang ahliperniagaan dan jutawan Melayu yang berjaya

serta digelar sebagai ‘Wira Dermawan’ di Malaysia.Yayasan Albukhary merupakan salah satu inspirasi dicetuskan oleh beliau (Pengerusi Yayasan), di mana yayasan ini ditubuhkan berlandaskan nilai-nilai Islam Taqwa dan Ehsan. Beliau percaya bahawa perniagaan dan kebajikan merupakan dua entiti yang salingberkait antara satu sama lain.

Pada tahun 2008, Tan Sri telah dinobatkan sebagaiTokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat KonvensyenAntarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau juga pernahdipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Yayasan AlBukhary di Kuala Lumpur

T

1

Tahun 1951 Alor Setar, Kedah, merupakan tempatbermulanya kehidupan beliau. Sewaktu di zamansekolah, akibat dari kesempitan hidup, Tan Sri telah menghadapi kesukaran untuk mengambil ujianpeperiksaan SPM. Ini kerana beliau tidak mempunyaiwang untuk membayar yuran peperiksaan tersebut.Pada umur 19 tahun beliau telah mendudukipeperiksaan SPM.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan anak ketiga daritujuh adik-beradik. Beliau tinggal di sebuah rumahkayu berkeadaan usang yang terletak di KampungHutan Keriang. Kehidupannya waktu itu serbakekurangan. Beliau tidak mempunyai katiluntuk berbaring, malah kerusi dan meja untuk dijadikantempat menelaah ilmu.

Walaupun serba kekurangan, ibunya Puan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat telah mengasuh beliauagar sentiasa menghulurkan derma kepada orangmiskin.

Bagi menampung pendapatan keluarga, beliau telah bekerja sebagai pembantu ibunya dengan menanamsayur-sayuran. Penat lelah beliau tidak berhentisetakat itu, beliau juga bekerja sebagai penjual roticanai di pasar Jalan Telok Wan Jah serta membantubapanya menternak lembu dan kerbau.

Satu ketika, penyakit wabak kaki dan mulut telahmerebak ke negeri berkenaan. Segala ternakan lembudan kerbau mati begitu sahaja. Sejak itu, beliau telah nekad untuk tinggalkan bidang ternakan danmemulakan perniagaan baru sebagai seorang pengusahadaging lembu dan kerbau pada tahun 1970.

Beliau telah membeli daging-daging lembu yang tidak terjual dan memasarkannya semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.

12

#

#

#DETIK

BERNIAGA

KEHIDUPANLAMPAU

PENDIDIKAN

3

2

SUMBANGAN

PERKEMBANGANPERNIAGAAN

Tahun 1972, MARA telah meluluskan pinjamansebanyak RM110, 000 kepada beliau. Tanpa membuang masa, beliau telah membeli dua buah lori dengan wang tersebut. ‘Syarikat Pengangkutan Sentosa’ adalahsyarikat beliau yang digunakan untuk mengangkutberas. Perniagaan makin maju, syarikat pengangkutan beliau telah memiliki lebih dari 40 buah lori.

Tahun 1975, Syarikat Shah telah ditubuhkan. Beliau telah memohon lesen perdagangan beras melalui LembagaPadi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagaiBERNAS. Dengan wujudnya Dasar Ekonomi Baru,beliau telah berjaya mendapatkan kontrak menjadi pembekal beras ke pihak FELDA, MARA, Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn Bhd.

Kejayaan demi kejayaan perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar terus mengembangkan perniagaan dan kini beliau memiliki berpuluh syarikat di dalam dan di luar negara.

Tahun 1996, Yayasan (Islam) Al-Bukhary telahditubuhkan. Yayasan ini telah membina danmenguruskan Muzium Kesenian Islam yang bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan melalui Yayasan Al-Bukharyuntuk membiayai pelbagai program amal dankebajikan.

Tahun 2001, 500 buah pusat tuisyen telah ditubuhkan melalui Program Tuisyen Albukhary. Lebih 22,000pelajar menyertai pusat tuisyen ini setiap tahun, dan bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, mereka akan diberi biasiswa bagi melanjutkan pelajarandi peringkat tinggi.

Tahun 2010, beliau telah menubuhkan UniversitiAntarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah.

Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak iaitu bekas Naib CanselorUSM telah dilantik sebagai Naib Canselor AIU.

Terdapat banyak lagi sumbangan Tan Sri yang memberibanyak manfaat kepada rakyat Malaysia sepertipenubuhan Pusat Perubatan Bukhary, KompleksAl-Bukhary, pembinaan masjid-masjid, rumah anak yatim, pusat komuniti, akademi khas warga emas dan banyak lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar telah membuktikan baha-wa Melayu Bumiputra mampu menjadi usahawangemilang di persada dunia. Mari kita bersama-sama menjadikan beliau sebagai satu idola. Semoga kita berjaya sama seperti beliau di dalam perniagaan dan juga kebajikan.

4

5

#

#

2 3

Universiti Antarabangsa AlBukharydi Alor Setar

Sebagai seorang pakar di dalam bidang jualan (sales) dan pembangunan diri,Brian Tracy ingin menyampaikan satu mesej khas kepada setiap penjual profesional; “Sekarang anda memiliki keupayaan untuk memperolehi pendapatan dua atau tiga kali ganda lebih banyak dari apa yang anda perolehi pada hari ini.” Ini merupakan kenyataan yang dipetik dari buku penulisan beliau iaitu ‘Unlimited Sales Success’, di mana beliau membuktikan bagaimana dengan hanya menjadi sukses di dalambidang jualan, anda berupaya memiliki pendapatan berkali ganda dari sedia ada.Beliau percaya setiap orang mampu menjadi penjual yang sukses.

Di dalam buku beliau, Brian Tracy telah berkongsi 7 idea yang dapat digunakansebagai panduan asas harian di dalam hidup dan sewaktu bekerja. Panduan ini jika diamalkan, secara tidak langsung ia pasti akan memberi kesan peningkatan dramatik ke atas hasil jualan anda.

“Apa-apa yang kurang serius darikomitmen sukses di dalam penjualan adalah penerimaan sederhana yang tidak boleh diguna pakai.” pandangan Brian Tracy. Apabila anda membuat keputusan muktamad untuk menjadi yang terbaik di dalam perkara yang anda ingin lakukan, kehidupan anda akan mula berubah dan anda akan mula mengorak langkah menujukejayaan di dalam bidang yang andaceburi.

Bersikap Serius Dengan Kerja Anda

1

7TIP SUKSESDALAM JUALAN

BRIAN TRACY

4

Apakah satu kemahiran, jikadipelajari dan dikuasai ia sehinggacemerlang yang mampu gandakan hasiljualan dan keuntungan pendapatan anda? Tuliskan jawapan anda sekarang,kenal pasti apa yang perlu anda lakukan,pelajari dan bila boleh dimulakan. Apabilaanda berjaya menguasai satu kemahiranini, tanyakan semula soalan ini kepadadiri anda untuk menguasai kemahiranyang seterusnya.

“Orang berjaya akan bersekutudengan orang berjaya sahaja. Apabila andamengubah cara berfikir dan menjadiseorang total optimis terhadap diri sendiri dan potensi diri, anda akan mula mencetusdaya tarikan kepada orang lain yang mempunyai pemikiran dan matlamat yang sama ke dalam hidup anda. Denganpemikiran begini, secara tidak langsung orang bersikap negatif dan tidakmembantu kejayaan hidup akan menjauhi diri anda.” kata Brian Tracy.

Kenal Pasti Kelemahan Kemahiran Diri

Yang MenghadkanSukses Jualan

Berhati-hati Memilih Kawan

2

3

4 5

Kenal pasti tahap kesihatan fizikal dan kekuatan tubuh badan yang anda inginkecapi untuk dinikmati selamanya, mungkinsehingga umur 90 tahun atau lebih lagi. Kemudian, meneliti amalan kesihatan anda sekarang dengan memberi keutamaanuntuk memperbaikinya.

“Apabila anda bervisualisasi dan nampak diri anda dalam keadaan tenang, yakin, positif dan berjaya. Minda separasedar anda akan memprogramkangambaran tersebut untuk dijadikantindakan luaran diri agar ia selari dengantindakan dalaman diri.” kata Brian Tracy.

Keputusan Untuk Hidup Lama

Berlatih VisualisasiSecara KreatifTugas anda pada hari ini

adalah untuk menjaga diri ke tahap yang terbaik,

agar anda dapat hidup lebih lama dan berasa puas hati terhadap diri

sendiri sepanjang masa. kata Brian Tracy.

““

4

5

6

Apabila anda kerap mengamalkan mesej positif, secara langsung ia akan menjadisatu program ke atas minda dan lama kelamaan ia akan menjadi satu amalankebiasaan diri.

Menjadi seorang yang aktif dalam mengambil tindakan dan bertindak dengansegera. “Seperti kata Albert Einstein, tidak akan bergerak sesuatu benda sehinggalah sesuatu yang menggerakkannya. Tugas anda adalah bergerak.” kata Brian Tracy.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjadi seorang penjual yang sukses. Untuk mendapatkan lagi tip-tip sukses jualan, anda bolehlah dapatkan buku beliau di pasaran berdekatan dengan anda.

Berlatih BercakapDengan Diri Sendiri

Secara Positif

Bersedia Bertindakdan Terus Bertindak

“Kata-kata yang palinghebat di dunia adalahkata-kata yang andaucapkan kepada diri sendiri.” kata Brian

tracy. Daripada andaberasa ragu-ragu ke atas diri sendiri, lebih baik

anda katakan kepada diri yang “Saya boleh

lakukannya!”

6

7

6 7

KEHEBATAN KUASABISNES KAD

Kad perniagaan atau lebih dikenali sebagai bisnes kad mer-upakan teknik pemasaran kuno (lama) bagi mempromosi-kan sesebuah perniagaan. Walaupun ianya kuno, bisnes kad masih lagi kekal popular sehingga ke hari ini kerana anda tidak perlu menjadi seorang super teknologi untuk mendapatkannya dan ia mudah digunakan.

Bisnes kad sering kali menjadi tanggapan pertama yang menggambarkan syarikat, servis atau produk sertapembekal maklumat berkenaan perniagaan dan individu

yang memberi kad tersebut. Kehebatan bisnes kad ini lebih berkesan digunakan secara pemasaran bersemuka (face-to-face) dan ia juga merupakan pelengkap maklumatkepada pemasaran moden seperti website, blog, emel dan sebagainya.

Terdapat 5 fakta penting yang perlu anda ketahui berkenaan kuasa bisnes kad ini dan mengapa anda perlu memilikinya sebagai alat pemasaran perniagaan anda.

Bisnes kad merupakan alat pemasaran yang sangat praktikal dan ianya sangat senang digunakan. Saiz kad yang kecil (3.5 inci x 2 inci) memudahkan ia disimpan didalam dompet dan beg tangan malah anda boleh menyimpannya di dalam poket seluar.Seorang usahawan professional sentiasa berada di dalam keadaan bersedia untuk memberimaklumat perniagaan dan diri secara pantas jika berhadapan dengan prospek dimana-mana dan pada bila-bila masa. Bisnes kad dapat menjimatkan masa anda berbandingdengan menulis secara manual di atas kertas seperti nama, nombor telefon dan website.

1 PRAKTIKAL

9

Harga sekotak (100 keping) bisnes kad lingkungan RM10 sehingga RM30 bergantung kepada kuantiti dan kualiti kad yang anda tempah. Kehebatan anda dalam mencarisyarikat percetakan bisnes kad yang murah dan berkualiti juga akan menentukan harga tempahan kad tersebut. Tiada alasan untuk anda tidak memiliki bisnes kad, ianya murah dan wajib dijadikan sebagai alat pemasaran terawal perniagaan anda. Nak jimat lagi, dapatkan design bisnes kad secara percuma dengan menggunakan template sedia ada di dalam Microsoft Office dan cetakannya menggunakan mesin cetak (printer) kepunyaan anda. Jangan lupa cetak menggunakan kertas yang sesuai dijadikan bisnes kad seperti kertas Art card atau Ivory card. Walaupun kualiti design D.I.Y. anda kurang memuaskan, tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai satu alat pemasaran yang boleh digunakan serta merta tanpa ada hadnya.

Bisnes kad merupakan simbol kepada kepercayaan, kejujuran dan identiti sebuah syarikatserta usahawan tersebut. Dengan kehadiran bisnes kad sebagai alat penyebar maklumat, ianya secara tidak langsung menunjukkan perniagaan anda itu memang wujud danberoperasi. Nama dan nombor telefon yang dicetak di dalam bisnes kad menambah kuatkanlagi kepercayaan prospek terhadap diri anda kerana ia mengambarkan betapa mudahnya bagi mereka untuk menghubungi anda pada bila-bila masa.

2

3

MURAH

KREDIBILITI

10

Bisnes kad mampu menyediakan maklumat yang banyak dan penting berkenaanperniagaan walaupun saiznya yang kecil. Berbeza dengan alat pemasaran lain, bisnes kad secara mudah boleh digunakan sebagai panduan maklumat serta merta dan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa. Berbanding dengan iklan di tv, prospek hanya mempunyai lebih kurang 30 saat untuk mendapatkan maklumat produk atau servis yang diiklankan. Maklumat yang ingin diterapkan di dalam bisnes kad tidak kira dari segi gambar ataupun tulisan, ia merupakan kunci utama menawan hati prospek anda.

4INFORMATIF

Bisnes kad sangat efektif bagi mempromosikan sesebuah perniagaan. Dengan saiz yang kecil serta rekaan yang unik dan informatif, bisnes kad mampu menjadi satu alat pemasaranbergerak. Ia umpama mini iklan billboard yang bakal menarik prospek ke kancahperniagaan anda. Meskipun kecanggihan teknologi di dalam pemasaran mediasosial semakin meningkat, sebahagian besar pengendalian perniagaan masih lagi tetapditeruskan secara bersemuka. Ini kerana prospek akan lebih yakin dan selesa jikapertukaran maklumat dijalankan secara berhadapan dengan manusia berbandingdengan komputer.

Jadi tunggu apa lagi? Bagi yang menjalankan perniagaan dan masih tidak mempunyai bisnes kad, jangan berlengah masa lagi, pergi ke kedai

percetakan dan tempah ia sekarang!

5 PEMASARAN EFEKTIF

10 11

15 IDEAPEMASARANGERILABISNES KAD

Pemasaran gerila merupakan salah satu teknik pemasaran yang unik, luar biasa dan amat berbeza berbanding pemasaran tradisional. Teknik ini lebih agresif serta memerlukan pemikiran idea yang luar dari kotak jangkaan bagi mempromosi sesebuah perniagaan. Lagi luar biasa pemasaran itu lagi baik. Tapi tidak semua pemasaran gerila itu memberi keputusan yang memberansangkan, ia bergantung kepada idea pemasaran tersebut sama ada ia berjaya menyampaikan maklumat ataupun tidak kepada prospek sasaran berkaitan dengan produk atau servis yang hendak ditawarkan.

Di sini kami kongsikan 15 idea pemasaran secara gerila dengan hanya menggunakan bisnes kad anda. Idea yang diberi hanyalah untuk membuka sedikit sebanyak pandangan anda, bahawa terdapat pelbagai cara teknik pemasaran yang anda boleh gunakan bagi mempromosikan perniagaan melalui bisnes kad sahaja.

Dapatkan kebenaran dari pengurus stesen minyak untuk meletakkan bisnes kad anda di kaunter. Lagi bagus jika anda mempunyai bekas khas untuk diletakkan kad tersebut, ini bagi menampakkan bisnes kad anda kelihatan profesional dan eksklusif.

Jadikan bisnes kad anda sebagai minyak dagu bagi menarikpelanggan ke kedai anda dengan menukarkan bisnes kad kepada kad diskaun atau kad kupon. Seperti bisnes kad lain, bahagian hadapankad tertera maklumat penting perniagaan dan diri, manakala dibahagian belakang kad anda boleh reka kad diskaun atau kad kupon.

Contoh ayat kad diskaun, “sila tunjukkan kad ini di kaunterpembayaran untuk mendapatkan potongan 20% bagi setiapbarangan yang dibeli di kedai ABC ini.”

Contoh kad kupon bagi perniagaan spa, “kumpulkan 10 stamp (cop) di bahagian ini dan anda akan menikmati satu perkhidmatan spasecara percuma.” Sediakan rekaan ruang khas untuk di cop dibahagian belakang bisnes kad anda.

1

2

KAUNTER STESENMINYAK

KAD DISKAUN ATAU KAD KUPON

12

Lekatkan bisnes kad anda di papan-papan buletin yang ada seperti di kedai 7-eleven, kawasan perumahan (condominium, flat, apartmen),sekolah, universiti, kolej, klinik, restoran dan lain-lain tempat lagi. Jika perlu, sila minta izin bagi meletakkan bisnes kad di papan-papan buletin berkenaan.

Minta izin dari pemilik kedai untuk melekatkan bisnes kad anda didalam majalah-majalah pilihan yang ada kena mengena denganproduk atau servis perniagaan anda. Ini bagi menjimatkan kospengeluaran bisnes kad anda. Contoh jika anda seorang peniagamakanan, anda boleh lekatkan bisnes kad anda di majalah yangberkaitan makanan seperti majalah resepi masakan.

Nak lagi menarik, tukarkan bisnes kad menjadi kad magnet yang boleh dilekatkan ke permukaan besi. Reka kad magnet bagi nampak unik dan menarik untuk dijadikan hiasan di peti sejuk. Edarkannya kepada prospek yang berpotensi tinggi sebagai hadiah cenderahati.

Tinggalkan bisnes kad anda di serata peti surat yang berdekatandengan kawasan perniagaan anda. Tidak kira peti surat kawasanperumahan setinggan, flat, apartmen ataupun condominium, masukkan sahaja bisnes kad anda di peti surat. Bagi memudahkan kerja, anda boleh memberi sedikit upah kepada abang posmen atau sesiapa sahaja untuk melakukan penyebaran bisnes kad ke petisurat berdekatan.

Jadikan bisnes kad sebagai penanda buku bacaaan di perpustakaan. Pastikan buku yang anda ingin gunakan merupakan buku popular dibaca oleh orang ramai. Anda juga boleh reka bisnes kad seperti saiz penanda buku, ini akan menampilkan lagi kad anda di mata pembaca.

3

5

7

4

6

PAPANBULETIN

MAJALAHPILIHAN

KADMAGNET

PETISURAT

PENANDABUKU

12 13

Cari kawasan letak kereta, dan letakkan bisnes kad anda di pengelap cermin (wiper) kereta. Jika flyer boleh diletakkan di kereta, kenapa bisnes kad tidak boleh?

Edarkan seberapa banyak bisnes kad yang anda mampu di karnival-karnival serta seminar yang ada. Lagi menarik jika karnival danseminar yang dianjurkan mempunyai kaitan dengan perniagaananda.

Edarkan di dalam lif yang anda gunakan. Tidak kira siapa punindividu tersebut, edarkan sahaja. Kemungkinan besar, prospek sasaran anda berada di dalam lif tersebut.

Jika anda menjual makanan tambahan bagi menguruskan berat badan, anda boleh tinggalkan bisnes kad di kedai pilihan sepertigym, pusat-pusat kecergasan, farmasi, klinik, salon kecantikkan dan sebagainya. Letakkan bisnes kad anda ke kedai pilihan yangmempunyai kaitan dengan perniagaan anda.

Anda boleh edarkan bisnes kad di kawasan pengangkutan awam seperti perhentian bas, keretapi, kawasan lapangan terbang dansebagainya.

8

10

12

9

11

KERETA

KARNIVALDAN SEMINAR

LIF

KEDAIPILIHAN

PENGANGKUTANAWAM

14

Bagi bisnes kad anda kepada orang yang tidak dikenali yangberpakaian kemas atau cantik. Sewaktu bagi bisnes kad, katakankepada beliau yang bisnes kad ini sebagai tanda pujian terhadappakaian beliau yang berjaya menawan pandangan anda.

Jadikan amalan untuk memberi sekurang-kurangnya dua keping bisnes kad kepada prospek. Jika ditanya mengapa beri dua keping, anda katakanbahawa satu kad untuk dia dan satu lagi untuk dia berikan kepada kenalan lain yang memerlukannya.

Terdapat banyak lagi teknik pemasaran gerila yang boleh diaplikasikan dengan menggunakan bisnes kad sahaja. Jangan perkasamkan bisnes kad di dalam dompet, gunakan ia sebagai pencetus rezeki perniagaan anda.

Jadikan bisnes kad anda sebagai catatan nota ringkas yang ingin diberikan kepada orang ramai. Ini akan membuatkan penerima lebih mengenali diri dan perniagaan anda.

13

15

14

ORANGASING

BAGI DUA (2)KEPING BISNES KAD

CATATANNOTA

14 15

Ini merupakan kos tetap yang dibayar setiap bulan seperti bil utiliti, kereta, rumah dan lain-lain. Ambil sehelai kertas dan tuliskan kesemua kos dan jumlah-kannya sekali. Apabila anda mendapat satu jumlah RM keseluruhan kos tetap, jangan buang masa lagi- selesaikannya secepat mungkin dengan wang yang ada pada anda. Kos ini adalah wajib dibayar dahulu berbanding dengan yang lain.

KENAL PASTI KOSTETAP BULANAN#1

CEGAH POKAISELEPAS RAYA

Tidak terlalu lambat jika kami ingin ucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin’ kepada semua pembaca majalah AO Tribe. Diharap semua pembaca telah menyambut Hari Raya tahun ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran disamping keluarga tercinta.

Kita imbas seketika, sebelum Hari Raya menjelma, kita sibuk dengan menyediakan bajet khas bagi menempuh hari bahagia ini. Persiapan bajet baju baru, aksesori, minyak wangi, kereta baru, duit raya untuk kanak-kanak dan berbagai lagi bajet dibuat. Mengikut hasil kajian, ramai orang yang sanggup mengeluarkan duit simpanan yang ada dan gunakannya semata-mata untuk persiapan bajet raya. Habis duit simpanan…!

Hari Raya sudah berlalu dengan bahagia sekali. Sekarang, cabaran baru datang menjelma iaitu bajet selepas Hari Raya. Pada waktu ini, jika dilihat wang yang berada di dalam dompet dan akaun simpanan sudah mula susut berbanding sebelum raya. Bil-bil dan tanggungan bulanan masih kekal pada kos anggaran RM yang sama, tak susut-susut. Bila dibandingkan wang yang ada dengan kos bulanan, mulalah kepala menjadi kusut masai.

Kredit kad, pinjaman dari Along atau rakan, cagar-mencagar barang dan bermacam cara lagi untuk mendapatkanwang akan mula berleluasa, semua ini terjadi akibat dari tidak merancang kewangan selepas hari raya. Kali ini saya akan kongsi 5 tip yang boleh digunakan bagi menghadapi situasi ini dengan lebih bersistematik.

17

Selesai membayar kos tetap, sekarang masa untuk tanggungan hidup bulanan seperti minyak kereta, makan minum, shopping, hiburan dan sebagainya. Sekali lagi, ambil kertas dan tuliskan kos-kos yang penting perlu ada dalam hidup selain dari hiburan dan shopping. Dengan baki wang yang ada, cubabandingkan sama ada cukup atau tidak. Jikatidak, mulakan ‘Operasi Jimat’. Di sini terdapatbeberapa idea yang boleh anda gunakan untukoperasi jimat:

a) Bawa bekal makan ke pejabatb) Menaiki kenderaan awamc) Hentikan nafsu shopping buat sementarad) Hentikan aktiviti hiburan yang tidak bermanfaate) Makan malam di rumah (masak sendiri)f) Kurangkan penggunaan telefon untuk elak bil naik.g) Kurangkan penggunaan elektrik dan air.

Terdapat banyak lagi cara untuk kita berjimat, semuanya terpulang kepada diri sendiri.

18

MULA BERJIMAT#3

MENCARI WANGTAMBAHANSEGERA#2

Tip ini hanya sesuai bagi mereka yang menghadapimasalah tidak cukup wang untuk menyelesaikan kos tetap (di atas). Pinjam duit dengan niat akanmemulangkannya kembali, anda boleh pinjam duit dari sesiapa sahaja kecuali Along. Cuba pinjam dari keluarga dahulu, jika tidak dapat beralih kepadarakan terdekat. Anda juga boleh menggunakan kad kredit jika memilikinya. Kad kredit dapat membantu anda jika anda tahu cara menggunakannya - tersalah guna maka dompet binasa!

Jika pinjaman dan kad kredit tidak berkesan, tiada cara lain lagi kecuali menjadi ‘usahawan instant’. Cari barang-barang lama yang masih elok dipakai dan lelongkannya di merata tempat. Anda mungkin boleh jualkannya melalui online seperti Facebook, mudah.my dan lain-lain lagi. Mungkin dengan teknik ini, secara semulajadi akan mendidik anda menjadi seorang usahawan berjaya di masa hadapan.

Selepas dompet dan simpanan anda kembalipulih seperti biasa, sudah tiba masanya untuk anda merancang kewangan dengan lebih teratur. Selain simpanan di dalam bank, anda juga boleh buat beberapatabung khas untuk digunakan bagi tujuan tertentu seperti tabung persiapan ‘Hari Raya’ tahun hadapan. Ini bagi mengelakkan anda dari mengalami beban yang sama di masa hadapan. Jangan lupa buat sedikit pelaburan seperti emas, hartanah, pelaburan saham dan lain-lain.

18 19

MULA BERNIAGA

MERANCANGKEWANGAN

#4

#5

Tadi tip #2 menceritakan mencari wang tambahansegera bagi menyelesaikan kos tetap bulanan.Sekarang tip #4 mengajak anda berniaga untukmencari wang tambahan selamanya. Cara palingcepat untuk kaya dan berjaya adalah dengan berniaga.Pergi cari ilmu perniagaan dahulu melalui pembacaan , kelas atau seminar. Nak cara fast track - cari mentor yang terbukti berjaya untuk ajar anda.

Meskipun lambakan buku resipi dan ruangan blog yang menyediakan resipi-resipi menarik terutamanyabiskut dan lauk raya sepanjang bulan Ramadan, namun AO Tribe mengambil pendekatan berbeza dengan mengumpulkan variasi resipi kegemaran hasil air tangan ‘Chef-Chef Terkenal’ Alumni Dr Azizan Osman. Hidangan ini bukan hanya resipi kegemaran malah resipi kejayaan hidup mereka. Menariknya, pembaca boleh mencuba resipi kuih tradisional dan kek moden yang berwarna-warni sertapelbagai lauk Raya untuk dinikmati sepanjang Syawal ini. Pastinya resipi hidangan chef-chef ini lebih enak kerana ianya dimasak mengikut citarasa dan kepakaran sendiri. Yang penting, pelajari kesungguhanmereka dalam apa jua bidang, tidak kira masakan ataupun kerjaya, mereka sesungguh hati mengejar impian dankejayaan mereka.

KISAH DAPURPUAK KAYA BERJAYA&

20

Salah satu Resipi Rahsia Kejayaan saya ialah, tidak pedulikan apa orang nak kata asalkan kita yakin itu terbaik buat kita dan mampumenambah nilai insan lain, saya teruskan. Kerana kalau ikut kataorang lain, umpama kita tidak berpendirian dan mudah goyah. Jikakita goyah dan mengundur diri, tarik diri, kita yang akan sangat rugikerana kita dah pun mulakan pendakian. Jika kita putus asa awal,alamatnya tidak akan berjaya. Tapi jika rajin usaha, rajin serba serbi,Insha’Allah tak akan rugi.

NASI3 pot beras (basuh beras bersih-bersih dan toskan)garamdaun pandanserbuk perasa ayam

SUPPotongan ayam dan rebuskan ayam beserta dengan serbuk perasa ayam dan garam.

BAHAN HIRIS7 biji bawang putih5 biji bawang merah4 inci halia1 kiub ayamdaun supdaun bawang bawang goreng

KUAH LADA3 biji lada hidup merah1 biji bawang putihsedikit gulasedikit garam1/2 sudu kecil cukaseinci halia*blend kesemua bahan

KUAH KICAP*Guna baki perapan ayam tadi. Campurkandengan kuah sup. Kalau cair, tambah lagi kicap lemak manis.

BAHAN HIASANSaladTimunTomatoSenangkan? InsyaAllah, walaupun simple sahaja, tapi cukup semua ada. Salad, tomato, timun, ayam dan nasi.

Panaskan marjerin. Tumis rempah kasar beserta bahan yang dihiris tadi sehingganaik bau. Masukkan sedikit tumisan besertaminyak ke dalam kuah.

Selebihnya, masukkan ke dalam periuknasi. Kemudian, masukkan daun sup, daunbawang dan bawang goreng sebagaihiasan.

AYAMBahan perap: Sos tiramKicap manis3-4 titik minyak bijan

Lepas perap, lumurkan. Panaskan minyak dan goreng ayam, tak perlu lama sebab ayam dah masak. Sampai nampak cantik, terusangkat. Cara hidangan terpulang sama ada nak potong atau seketul-seketul.

RESIPI RAHSIA KEJAYAAN –Eida Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif,Eida Hasan Pretty Shop

RESIPI PILIHAN -Nasi Ayam

20 21

Runtuhkan Ego, Kekayaan Menanti. Sedarkan diri kita dengan suasana dunia sebenar. Walaupun kita mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi, masih ada orang yang lebih hebat di luar sana. Walaupun kita mempunyai gaji yang lumayan setiap bulan, pasti akan ada individu yang mempunyai gaji yang lebih lumayan daripada kita.

Dialog ini dapat meruntuhkan ego kita secara perlahan-lahan, secara tidak langsung membuka ruang dalam minda untuk menerima hakikat kehidupan. Sekiranya kita ingin kaya, buka minda kita dengan berkata, “Aku sedar ada orang yang lebih kaya daripada aku.”

Ego runtuh dengan perlahan-perlahan, ilmu masuk tanpa segan.

Bahan-bahanBAHAN A240 gm gula240 gm serbuk koko250 ml susu pekat250 ml minyak masak250 ml air

BAHAN B120 gm tepung gandum (diayak)½ sudu teh soda bikarbonat (diayak)2 biji telur

BAHAN TOPPING250 minyak masak250 susu pekat120 gm serbuk koko

7. Apabila pekat, tuangkan ke atas kek yang sudah disejukkan.8. Sedia dinikmati.

Info Chef:Untuk toppingnya, anda juga bolehmenggunakan campuran krim whip,mentega dan juga coklat masakan.

CARA MEMASAK1. Masak kesemua bahan A di atas api sederhana hingga gula larut.2. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan, kemudian masukkan ke dalam bancuhan A.3. Biarkan masak seketika hingga sebati.4. Akhir sekali masukkan campuran tepung dan soda bikarbonat. Gaulkan hingga sebati.5. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.6. Untuk toppingnya, satukan kesemua bahan dan masak di atas api hingga sebati dan pekat.

RESIPI RAHSIA KEJAYAAN – Junaidy Abu Bakar & Sophiahanis, pemilik syarikat Anis Coklat Moist Cake

RESIPI PILIHAN -Anis Coklat Moist Cake

22

Kesabaran itu tunggak kepada semua kejayaan yang diimpikan. Yakin sesungguh-sungguhnya bahawa disebalik segala kesusahan akan ada kesenangan dan kemudahan.

Bahan-bahanAir suam - 2 cawanMauripan - 3/4 sudu besarGula pasir - 1 sudu besarMarjerin - 3 sudu besarSusu HiGoat - 3 sachetGaram secubit rasaTelur ayam - 1 bijiTepung gandum - 5 cawan

Campurkan air, mauripan, garam, gula, telur, marjerin dan susu HiGoat. Kemudian masukkan tepung gandum, aduk sehingga menjadi doh. Bahagikan kepada 3 adunan dan boleh titikkan sedikit pewarna pilihan.

Biarkan adunan naik dengan sendiri (20 - 30minit).Kemudian bentukkan doh dan goreng api sederhanasehingga keperangan.

Walllaaa!!! Salutkan DONUT MAKTOK dengan gula icing (nak sempoi lagi campurkan gula icing dan susu HiGoat) dan boleh makan!

Bahan-bahan

Bahan A*Ketam 1 kg dicuci bersih*2 cawan santan* 2 sachet HiGoat*2 inci lengkuas (dititik)*2 biji tomato dibelah 4*3 batang serai dititik*2 sudu kecik serbuk kunyit*Asam keping, gula, garam secukup rasa.

Bahan B10 biji cili kering2 biji cili merah (buang biji)10 biji cili padi hijau2 inci halia5 ulas bawang putih

10 ulas biji bawang merah3 labu bawang besar

Semua bahan di atas kecuali yg bertanda * dikisar dengan blender.

Cara penyediaan3 cawan air dimasukkan dalam periuk dan rebus etam sehingga masak (masa 10 minit). Kemudiantoskan ketam dan ketepikan.

Masukkan bahan A dan B kecuali HiGoat ke dalam air rebusan. Bila kuah mendidih, pastikan sesedap rasa masukkan ketam dan HiGoat dalam 5 minit dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan!

Selamat Mencuba!

RESIPI RAHSIA KEJAYAAN – Datin Hjh. Atikah Ghani,Pengurus Besar HR Group Sdn Bhd (Produk Hi Goat)

RESIPI PILIHAN - DonutMaktok

RESIPI KEGEMARAN - Ketam Ronggeng

22 23

Kalau kita percaya diri kita ini baik, PASTI hanya yang baik sahaja yang menanti kita di penghujung setiap perjalanan.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada setiap umat Islam. Saya doakan semoga kalian diberi rahmat untuk menikmati hidup yang penuh Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan Dunia dan Akhirat di samping keluarga tersayang.

RESIPI RAHSIA KEJAYAAN – Kala Vathy Rasalingam, Pakar Rambut & Kutu, Ayur-V Ayurvedic Hair and Beauty Care

RESIPI PILIHAN – Kari Kambing Syawal Tiba

Bahan-bahan:Bahan untuk direbus:2 kilo daging kambing campur sedikit tulang2 sudu besar bawang putih dan halia yang dikisarSedikit garam

Bahan-bahan lain:6 biji ubi kentang dipotong 84 biji tomato, potong 46 cili hijau, potong bulat-bulatDaun kari8 sudu besar Serbuk kari daging Baba3 sudu besar Serbuk cili Baba2 sudu besar serbuk Kurma Baba3 biji bawang besar, dimayangJintan besarBunga cengkih 5Bunga lawang 3Kayu manis 2Daun ketumbar seikatSantan pekat sebungkusMinyakGaram

Bahan untuk kisar:Halia segenggamBawang putih 2 biji(kesemuanya lebih kurang 5 sudu besar)

Cara Memasak :

1. Masukkan minyak dalam kuali. Masukkan segala rempah ratus yang ada-jintan, cengkih, lawang dan kayu manis. Masukkan bawang dan tumis sampai bawang kekuningan.

2. Masukkan ubi kentang dan 3 sudu besar campuran halia dan bawang putih yang diblend. Tumis sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan semua serbuk yang ada Serbuk daging, cili dan kurma. Tumis sehingga ia melekat pada kuali.

4. Masukkan daging yang ¾ empuk bersama air rebusannya. Masukkan tomato, daun kari dan cili hijau. Periksa garam. Tambahkan jika perlu. Tutup kuali.

5. Selepas ubi kentang empok, masukkan santan pekat ke dalam kari. Masukkan daun ketumbar.

6. Setelah ianya mendidih, tutup dapur dan hidangkan.

24

2 tin Sardin Mackarel Besar5 biji bawang besar dimayang halus4 cili hijau dipotong 4 memanjangCili kering dikisar ikut pedas yangdimahukanSedikit garam3 tomato dipotong 44 biji ubi kentang dipotong dadukecil-kecil

Cara Memasak :

1. Sardin dikeluarkan tulangnya dan digoreng. Pastikan kuali ditutup kerana sardin apabila digoreng boleh memercikkan minyak.

2. Guna minyak goreng yang sama untuk tumis bawang sehingga layu. Masukkan kentang.

3. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar. Tumis sehingga tiada bau cili. Masukkan sedikit air untuk memasti kan kentang masak sepenuhnya.

4. Masukkan tomato, cili hijau dan sos sardin yang terdapat dalam tin. Didihkan

5. Carik-carikkan ikan sardin dan masuk kan ke dalam kuali.

6. Tambahkan garam. Setelah mendidih, tutup dapur dan hidangkan Sambal Sardin anda.

2 bungkus tepung putu mayam Babas. Air panas ikut sukatan yang dinyatakan dibelakang bungkusan.

Cara buat:

1. Uli tepung dengan menggunakan air yang betul-betul panas.

2. Pastikan adunan anda cukup padat dan mudah digentel.

3. Masukkan segenggam tepung ke dalam acuan putu mayam dan pusing-pusing kan di atas kepingan plastic yang dipotong.

4. Panaskan air dalam steamer/kuali. Letakkan dulang yang berisi putu mayam dan stim selama 5 minit.

5. Putu mayam sedap dihidang dengan kari kambing, kari dal, atau kelapa dengan gula merah

¾ kg Tepung Gandum¼ kg Tepung AttaSedikit garamSesudu kecil gula2 sudu besar minyakMinyak untuk menggorengAir suam

Cara Buat:

1. Uli kedua-dua tepung yang dicampur garam dan gula dengan menggunakan air suam. Masukkan minyak untuk melembutkan adunan.

2. Pastikan doh anda tidak terlalu lembut atau keras. Harus mudah diuli.

3. Ulikan dan canaikan sebesar tapak tangan-nipis.

4. Sediakan Kuali dan panaskan minyak.

5. Poori harus dimasukkan satu per satu dan dipusing hanya sekali depan dan sekali belakang. Tidak perlu lama kerana dikhuatiri keras.

6. Hidangkan panas-panas dengan kari kambing, sambal sardin atau kari dal.

RESIPI PILIHAN - Sambal Sardin

RESIPI PILIHAN - Roti Poori TembamRaya

RESIPI PILIHAN - Putu Mayam RinduRaya

24 25

Pada saya, resipi kejayaan sama seperti persiapan untuk ketika saya memasak Laksa Johor. Laksa Johoradalah hidangan yang sangatistimewa. Tidak ramai orang yang sanggup untuk memasak Laksa Johor kerana penyediaannya yangagak rumit dan memerlukan masayang agak panjang untukmenyediakannya. Jika hendakmasak Laksa Johor, kita sudah bersedia di dapur dari awal 7 pagi sehinggalah ke tengahari barulahdapat menyiapkannya. Kerana itu Laksa Johor adalah hidanganyang dihidang untuk jamuanistimewa seperti hari Raya, RumahTerbuka, majlis-majlis atau meraikan tetamu yang istimewa.

Kerana itu ada ungkapan yangmengatakan, “apabila kita melalui jalan yang sukar untuk berjaya, maka ketika kita berjaya, kejayaan itu dirasakan amat manis dannikmat sekali”. Jika kita memasak dengan acuh tak acuh dan hendak cepat, maka rasanya juga kurang enak.

Pernah suatu ketika, mak saya menegur saya ketika saya sedangmenghiris bawang besar dan ‘mayang’ timun. Mak saya kata “Cantiknya kau mayang timun ni. Macam nak dihidangkan padaRaja”. Saya tersentap ketika itu,dan di dalam hati saya terdetik,“ha ah, itu lah diri saya, bila sayabuat sesuatu, saya buat denganbersungguh-sungguh, seolah-olahhidangan untuk raja-raja untuk sayajamu keluarga dan rakan-rakan”. Saya amat mementingkan ‘foodpresentation’, dan sama lah jugadengan kerjaya saya. Jika sayabekerja, saya juga mementingkan‘presentation’. Wow, saya rasamemang berkait sungguh attitudekita terhadap masakan dan jugapekerjaan!

Sama juga dengan kejayaan, apabila saya menyediakan Laksa Johor, saya akan memasaknya dengan penuh kesungguhan. Saya memang suka memasak dengan perasaan penuh kasih sayang. Kata orang, jika kitamemasak dengan penuh kasihsayang, makanan yang kitasediakan itu akan rasanya lebihsedap. Dan saya sangat setuju benar dengan pendapat itu. Saya berkeringat berpeluh2 untuk menyediakan Laksa Johor. Tiada jalan pintas untuk memasak Laksa Johor.

Sama, kejayaan juga begitu, kita kena letakkan hati kita dalammembina kejayaan. Kita kenalakukan sesuatu business itu denganpenuh ‘passion’ dan kasih sayang.Saya curahkan kasih sayangkepada orang bawahan saya danpelanggan-pelanggan saya. Kejayaanjuga tiada jalan yang pintas.

RESIPI RAHSIA KEJAYAAN – Fiona Tahir, PengasasCharisma Agency, Pakar Perancang Kewangan

26

Bahan-Bahan :

1. Ikan parang direbus dan dibuang tulangnya.Simpan air rebusan ikan itu untuk dibuat kuahnya.2. Isi udang di rebus3. Isi ikan kurau kering4. Udang kering5. Lada kering yang digunting-gunting dan direndam air (30biji)6. Kunyit kering7. Lada putih serbuk (1 sudu besar)8. Serai ditumbuk-tumbuk sedikit (6-10 batang)9. Halia (4 inci)10. Lengkuas (4 inci)11. Bawang merah (20 biji)12. Bawang putih (15 biji)13. Belacan14. Asam keping (2 keping)15. Santan (1 cawan)16. Kerisik (kelapa goreng) ½ butir17. Ajinomoto (1 sudu)18. Gula pasir (1 sudu)19. Garam secukup rasa20. Kari ikan (1 peket)

Kisar sekali Bahan A- Isi ikan kurau kering- Isi ikan parang yang telah dibuang tulang- Isi udang yang telah dibuang buang kulit- Udang kering siap di cuci

Kemudian blend sekali Bahan B- Rempah kari ikan- Lada kering, Serai, halia, lengkuas, bawang, belacan dan kerisik

(Jika tidak mahu di kisar serai pun boleh, maka serai yang telah ditumbuk itu, di masukkan kemudian)

*Tumis rempah-rempah Bahan BSetelah naik minyak, campurkan bahan yang telah dikisar bahan A tadi, gaul semua bahan-bahan lain dan masukkan air bekas rebusan ikan, masukkan santan, kacau sehingga pekat berminyak. Akhirnya,masukkan garam dan lada putih serbuk secukup rasa.

*Ulam-ulam laksa1. Sambal belacan2. Limau kasturi3. Taugeh4. Lobak(lobak jeruk)5. Daun selasih dihiris6. Daun kesum dihiris7. Bawang besar dihiris halus8. Timun yang dihiris/mayang

Rebus mee spaghetti bersama minyak zaitun dan sedikit garam selama 7-10min (mengikut arahan di bungkusannya) dan dibuangkan airnya. Siap untuk dihidang.

RESIPI PILIHAN – Laksa Johor (Hidangan untuk 6-8 orang)

26 27

Untuk mencapai kejayaan bukan mudah tapi bukanmustahil. Kalau ikutkan hati saya memang takberani untuk memulakan perniagaan tapi sayacekalkan juga. Antara bahan-bahan yang perlu ada untuk mengadun kejayaan dalam hidup saya adalah:

Tawakkal kepada AllahKepercayaan yang bulat pada Allah, bahawa Dia pemberi rezeki, dan apabila sudah dibukakan jalan kepada kita, tandanya ada sesuatu untuk kita. Cuma sebagai hamba, kita perlu untuk ‘explore’ danmencari maksud disebalik pembukaan jalan itu.

Keberanian dan kecekalanApabila sudah memulakan apa yang saya nak buat, saya perlu berani untuk membuat keputusan,berani bertindak serta merta dengan pantas dan cekalmenerima apa yang bakal datang. Dan apabila ada keputusan yang kurang memberansangkan sayasentiasa perlu berani untuk adjust dan move forward.

Mencari ilmu dan mentorApabila saya buat keputusan untuk menceburisesuatu bidang, maka saya akan cepat-cepatmencari ilmu dan guru dalam bidang tersebut. Ini sayaapply dalam semua area dalam hidup saya. Jadiuntuk perniagaan, saya telah buat keputusan bahawaDr. Azizan Osman adalah mentor saya yang terbaik, yang boleh bimbing dan pantau kejayaan saya.

Bekerja dalam JemaahBukan mudah untuk berniaga, apalagi berniaga seo-rang diri tanpa bekerjasama dengan rakan-rakan. Jadi saya sentiasa mencari dan membina rangkaian dalam perniagaan untuk kami saling bantu membantu dalam mengembangkan ekonomi kami.

Akhir sekali, jangan sesekali mudah putus asaDulu saya seorang yang cepat putus asa dan give up. Tapi pengalaman mengajar saya yang bila kitamenghargai setiap perkara, setiap kejayaan,walaupun kecil, dan kita raikan kegagalansebagai tangga untuk naik lebih tinggi. Sekarang sayamenjadi lebih tenang dalam setiap perkara,sentiasa menganalisa setiap output dan bolehmembuat keputusan yang pantas untuk adjust,tanpa berputus asa, kerana saya faham bahawaperjalanan menuju ke sesuatu destinasi, baik kejayaan mahupun kegagalan, ianya adalah satu proses, danpilihan sentiasa terletak ditangan saya, samada mahu memilih untuk give-up atau adjust dan teruskan.

Semoga tips-tips ini berguna kepada anda yang ingin memulakan sesuatu yang hebat dalam hidup anda.

RESIPI RAHSIA KEJAYAAN – Faridatul Azna Ismail,Pengasas The Dessert Table

28

Bahan-bahan:

4 biji Telur1 cwn Gula pasir1 sdt Tepung Jagung1sdt Cream of Tartar atau jus lemon1 sdt Vanilla

Bahan Hiasan2 cawan krim putar

Buah-buahan hiasan seperti strawberi, blueberi dan sebagainya.

Cara membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 120C selama 20 min.2. Masukkan kesemua putih telur kedalam mangkuk mixer anda.3. Mulakan dengan low speed untuk memecahkan telur kemudian pukul hingga sampai ke tahap ‘stiff’, gunakan kelajuan medium.4. Masukkan gula sedikit demi sedikit demi sedikit, dan teruskan memukul hingga meringue menjadi berkilat dan likat.5. Masukkan tepung jagung, cream of tartar dan vanilla dan pukul perlahan.6. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di dalam dulang pembakar menggunakan spatula, dan lapisi dulang dengan kertas parchment.7. Anda boleh membuat bulatan sebesar 8”. Resepi ini menghasilkan 2 keping meringue bersaiz besar atau 28 meringue bersaiz kecil.8. Bakar selama 60 min dengan suhu 120C. Apabila disentuh dan ianya tidak lagi melekat pada jari anda, tandanya api oven perlu ditutup. Buka sedikit pintu oven dan biarkan meringue didalamnya selama min satu jam9. Keluarkan dan hiasi dengan krim putar serta buah-buahan kegemaran anda.

Bahan-bahan:

200 gm Chocolate Sponge Mix200 gm Telur50 ml Susu½ camca Vanilla55 gm Minyak Jagung

Filling1 tin Dark pitted Cherry1 sudu Gula3 sudu Tepung Jagung 1 camca Raspberry Paste

250 gm Krim bukan tenusu (non-dairy whip cream)150 gm Krim tenusuKrim dicampurkan bersama dan dipukul hinggakembang.

Cara-cara:Sponge Cake

1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 20 min.2. Campurkan Chocolate Sponge mix, telur, susu & vanilla – putar hingga kembang.3. Masukkan minyak dan tuangkan ke dalam acuan. Bakar pada 180C selama 35 min.

Cherry Filling1. Campurkan jus cherry dengan gula dan tepung jagung, kemudian didihkan hingga pekat.

Cara menghias kek1. Belah kek kepada 3 lapisan.2. Sapukan ¼ krim pada lapisan pertama.3. Sapukan ¼ krim pada lapisan kedua dan susunkan dark cherry tadi diatas krim.4. Sapukan ¼ krim pada lapisan ketiga dan ratakan.5. Ratakan baki krim pada keseluruhan kek dan hiasi dengan coklat rice atau parutan coklat dan Maraschino Red Cherry.

RESIPI PILIHAN – Pavlova RESIPI PILIHAN - KekBlackforest

28 29

PUNCTUALITYPUNCTUALITYDo Unto Others What You Want Others To Do Unto You- Jerry RizalPeople say time is money. The only time we have in a day is 12 hours, and another 12 hours in theevening. In total, we have 24 hours. Many can be done within those 24 hours.

Among the things that we Homo sapiens need to do in that limitedtime we have is making promisesor appointments to meet someoneeither formally or informally. Yes, we are all busy people trying to make a living out of something or out of nothing at all. Thus, in the hectic days that we are suffering,either in KL or Penang or JB or KB, we jot down in our in-thing gadgets with our appointment times and dates.

However, this scenario alwayshappens to us, don’t you think?

Mr. Waiting: En. Dol, awak kat mana ni?Mr. Promise: On the way ni, on the way.Mr. Waiting: Dah sejam aku tunggu ni, kata kol 3 nak jumpa, ni dah kol 4 ni. Kau sesat kat mana ni?Mr. Promise: Tak sesat eh, tapi … jam teruk kat Bangsar ni. Aku tadi dari Sunway.Mr. Waiting: Sepuluh minit kau tak sampai, aku blah!Mr. Promise: Eh eh, jangan … lima belas minit aku sampai.

You see, you create angst andanger among people when you do not stick to the time you hadpromised. Don’t be like that lah brader (to say it like a Malaysian).

People will appreciate our respect for their time. If we respect them, the returns will be astronomical. Who in the right mind would like to do business with someone who is always late for a meeting? Who in the right mind would like to make us into partners of a conglomerate if we keep on making them to tap their fingers on the table and staring into the oblivion?

Professionals are people who stick to their time. Professionals are people who respect other people’s time. Professionals are people who stick to their words. When they say meet at three o’clock, it means three o’clock, not even three zero one. Funny thing is, within the culture of the Malays, there is thisproverb: Lembu dipegang padatalinya, manusia dipegang padajanjinya. But the Malays, especially,tend to take things for grantedand totally forget about thisproverb, especially when time isconcerned. So, do you want to be called a professional? One of the ways to be thought of as one is simple:

BE PUNCTUAL!

Punctuality among Malaysians can be an alien word. We love to make people wait for us, but we don’t like the reciprocation. We need to be fair to others, not for their friendship, nor their business, but for their time. If we think we have millions of things to do in 24 hours, other have trillions of things to do as well.

Malaysians are prone to not be punctual. This is a fact, notfiction. The writer himself is guiltyof making people wait for him, and himself a victim of non-punctual rascals, to put it in a very succinct way. Yes, it happened and he is definitely not proud of it. However,is it a cultural thing? When the writer was a student in the Unit-ed States, he saw that Americanswere very careful about time. They would stick to the time ofappointment, either earlier butnever later. They wasted no timewaiting and every business done isright on time, touch, go and leave. Malaysians need to learn thatart. The art of understanding andrespecting other people’s right to their time.

It will take ages before we can learn the Westerners’ take on punctuality. As human being, we tend to blame ‘others’ for our shortcomings. People in KL have this liberty of blaming on the traffic jam. True enough, but the writer is very sure that if we know the patterns of KL’s traffic, definitely we can makeadjustments to our itinerary by leaving earlier for our appoint-ments. Isn’t that not too difficult to do?

Jerry RizalRegional Director

30

30