majalah ao tribe edisi jun #2

Upload: abdullah-khabir

Post on 12-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

majalah ao tribe edisi 2 jun

TRANSCRIPT

  • ISI KANDUNGAN1

    4

    7

    8

    10131416

    17

    23

    Oprah Winfrey : 7 Prinsip Kejayaan

    Kesihatan Adalah Kekayaan Jutawan(7 Tip Pemakanan Sihat)

    Berniaga Melalui Media Sosial(6 Tip Pantas Ber-Sosial)

    Pemimpin(3 Kemahiran Pemimpin Jualan)

    Lembu VS Bisnes

    Iklankan Produk Anda Disini

    Spekulasi iPhone 6

    Reaksi Pembaca AO Tribe Edisi #1

    45 Perniagaan Anda Boleh Mula DenganModal Kurang Dari RM5,000

    Keluaran Terbaru Buku-BukuAzizan Osman Publications

    Penasihat PenerbitanDr Azizan OsmanJerry RizalHjh Yasmin Mohd Ramzi

    Penulisan & Editor([email protected])Om Karini KareanNurzamir Zakaria

    Pemasaran DigitalAizzuan Mohamad AliAhmad Syafiq Abd Suki

    Pereka GrafikMohd Helmi MamatSiti Hajar Hairum

  • eliau mengharungi pelbagai cabaran hidup antaranya kemiskinan, penderaan seksual serta diskriminasi kaum sebelum beliau mencapai kejayaan hidup. BeliauOprah Winfrey telah diiktiraf menjadi salah satu

    wanita yang paling berjaya dan dikagumi di peringkat antarabangsa.

    Oprah Winfrey umpama sebuah media gergasi yang telah dilahirkan di kawasan luarbandar Kosciusko, Mississippi, pada 29 hb Januari 1954. Pada tahun 1976, beliau telah berpindah ke Baltimore dan memulakan kareernya sebagai pengacara program tv bagirancangan popular bual bicara People Are Talking.

    Kebolehannya menjadi seorang pengacara yang bagus telah menyebabkan beliau di tawarkan untuk mengacara rancangan pagi tv sendiri oleh stesen TV Chicago.

    Masa berlalu dengan pantas, beliau kemudiannya telah menjadipenerbit bagi rancangan tv beliau sendiri iaitu The OprahWinfrey Show. Pada waktu yang sama beliau telah lancarkan rangkaian tv (tv network) miliknya yang bernama The Oprah Winfrey Network.

    Bermula dari kesusahan sehinggalah mencapai kejayaan, Oprah Winfrey berjaya menempah namanya di persada media dunia. Di dalam beberapa wawancara bersama Oprah, beliau telah ditanyasoalan tentang apakah rahsia yang beliau telah gunakan bagi

    mencapai kejayaan hidup sehingga ke hari ini. Beliau menyatakan bahawa terdapat 7 prinsip yang membantu beliau untuk terus menerus menempuh kejayaan hidup.

    1. Bekerja Keras & Bertanggungjawab Terhadap Diri SendiriOprah : Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai seorang wanita yang miskin dan serba kekurangan. Saya bertanggungjawab terhadap diri saya sendiri untuk menjadikan kehidupan saya lebih baik lagi. Tiada rahsia besar di dalam kehidupan, tidak kira apa sahaja matlamat anda, ianya pasti berjaya dicapai jika anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkannya.

    2. Bersyukur (Gratitude)Oprah : Perkara yang paling besar anda boleh lakukan bagi mengubah hidup anda pada hari ini ialah dengan bersyukur di atas apa yang anda miliki sekarang. Lagi banyak anda bersyukur, lebih banyak nikmat kebaikkan anda akan terima kelak.

  • 3. Raikan Masa Kini dan Nikmati Pengembaraan HidupOprah : Tidak ada bezanya berapa banyak puncak yang sudah ditawan jika tidak ada keseronokkan di dalam pendakiannya. Setiap hari kita berpeluang untuk hidup bebas dari kekesalan, jadikan hidup anda penuh dengan kegembiraan dan keseronokkan sebanyak mana yang boleh dalam seharian ini.

    4. Meneroka dan Hidup Dengan Tujuan/Sebab.Oprah : Saya percaya setiap manusia dihidupkan dengan mempunyai tujuan tertentu. Teroka apa yang anda sayangkan dan kongsikannya kepada orangramai melalui kaedah servis.

    5. Pembelajaran BerterusanOprah : Saya seorang wanita yang masih dalam prosespembelajaran. Saya mempelajari ilmu berguna melalui rintangan konflik serta pengalaman hidup.

    6. Melihat Kegagalan Sebagai PengalamanPembelajaranOprah : Lakukan sesuatu perkara yang anda tidak dapat buat. Jika gagal, cuba lagi kali kedua. Belajar dari kesilapan dan perbaiki pada cubaan seterusnya. Kegagalan merupakan satu batu loncatan kepadakejayaan.

    7. Beri Semula dan Tambah NilaiOprah : Saya tidak fikir anda akan berhenti memberi. Memberi bukan hanya menulis sehelai cek tetapi bagaimana anda dapat memberi dan menambah nilai kehidupan orang lain.

    Ini merupakan 7 prinsip kejayaan pegangan hidup Oprah Winfrey. Seorang wanita yang biasa bertukarmenjadi seorang wanita yang amat LUAR BIASA

  • KESIHATAN ADALAHKEKAYAAN JUTAWAN7 T I P P E M A K A N A N S I H A T

    Ramai orang sibuk bekerja 24jam sehari tanpa henti demi mengejar kejayaan dan kekayaan di dunia. Tanpa menghiraukan gaya kehidupan yang seimbang, seseorang itu mungkin akan mengalami pelbagai rintangan kehidupan seperti gangguan emosi, kecelaruan perhubungan diri dan keluarga, serta masalah kesihatan tubuh badan. Hari ini saya akan berkongsi ilmu dengan anda tentang bagaimana menjaga kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat.

    Tahukah anda bahawa salah satu tip gaya kehidupan seorang jutawan adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Para jutawan mengetahui satu rahsia yang jarang diketahui oleh orang ramai iaitu kesihatan merupakan salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan.

    Tanpa memiliki kesihatan yang maksima, seseorang itu akan mengalami satu keadaan yang dipanggil situasi kerugian. Antara situasi kerugian yang akan dihadapi oleh anda ialah;

    Rugi 1 : Dengan tubuh badan yang kurang sihat, anda tidak akan dapat bekerja dengan prestasi yang bagus.

    Rugi 2 : Kadang kala jika anda betul-betul tidak sihat, anda langsung tidak dapat bekerja.

    Rugi 3 : Bila badan tidak sihat, kemampuan minda untuk menghasilkan idea-idea yang bernas akan mula merudum. Minda menjadi letih!

    Rugi 4 : Proses membuat keputusan dalam sesuatu perkara mula menjadi tidak menentu akibat dari keletihan minda. Jika salah membuat keputusan, anda akan menghadapi masalah besar di masa hadapan kelak.

    Rugi 5 : Pengembangan dalam prestasi kerja dan perniagaan terpaksa dihentikan seketika akibat anda tidak sihat. Anda akan rugi.

    Bagaimana? Masih ingin mengabaikan kesihatan tubuh badan? Jangan risau, selagi anda menghargai tubuh badan serta memahami bagaimana untuk membelainya, anda akan OK!

  • Pemakanan atau diet seimbang merupakan perkara utama di dalam penjagaan kesihatan tubuh badan anda. Demi mencapai diet seimbang seseorang itu perlu menjaga pengambilan makanan yang berkalori setiap hari.

    Secara purata, kaum lelaki memerlukan dalamlingkungan 2500 kalori sehari, manakala bagi kaum wanita pula dalam lingkungan 2000 kalori sehari. Pengambilan kalori yang berlebihan dalam sehari boleh membawa kepada pertambahan berat badan serta menjejaskan tahap kesihatan badan.

    Nutrien yang mencukupi juga memainkan peranan yang penting di sini . Anda digalakkan untukmemakan makananan dar i pe lbagai sumbersemulajadi yang memberi nutrien berlainan yang diperlukan oleh tubuh badan.

    Bagi mendapat diet yang seimbang, saya akankongsikan 7 tip-tip mudah yang dapat dipratik serta merta dalam pemilihan makanan anda kelak.

    1. Makanan BerkanjiKelebihan makanan berkanji ialah mempunyaiserat yang tinggi dan boleh membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama. Anda tidak perlu mengambil makanan berkanji dalam jumlah yang banyak, cukup sekadar satu pertiga (1/3) daripada pemakanan harian anda. Makanan berkanji meliputi kentang, bijirin, pasta, nasi dan roti

    2. Makan Sayuran & Buah-buahanMakan seberapa banyak yang boleh sayuran dan buah-buahan, lagi banyak lagi bagus. Sayuran dan buah-buahan mempunyai pelbagai sumber nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan.

    3. Makan IkanIkan merupakan sumber protein yang bagus, ia juga mengandungi vitamin serta mineral yang tinggi.Salah satu nutrien yang terkandung di dalam ikanialah Omega-3, yang dapat membantu mencegah masalah penyakit jantung. Terdapat 3 jenis pilihan dalam pembelian ikan iaitu ikan segar, beku atau tin, tetapi ingat ikan di dalam tin mempunyai garam tinggidan mungkin terdapat bahan pengawet di dalamnya.

    4. Kurangkan GulaPenyakit kencing manis atau obesiti telah menjadiantara penyakit paling popular di negara Malaysia. Gula merupakan salah satu penyebab kuat penyakit kencing manis berleluasa dengan mudah di negara ini. Tubuh badan memerlukan manis gula sebagai penambah tenaga badan tetapi jika gula yang diambil

    melebihi dari jumlah keperluan badan, ia akanmemudaratkan kesihatan anda. Jika inginkan manis, cuba beralih ke penggunaan gula stevia, gula perang atau apa-apa jenis gula yang memberikesihatan kepada diri kita.

    5. Kurangkan GaramTanpa garam, masakan tidak akan sempurna. Garam digunakan sebagai penambah rasa di dalam makanan. Garam juga penyumbang utama kepada penyakitdarah tinggi. Kurangkan penggunaan garam di dalam makanan demi menjaga kesihatan tubuh badan.

    6. Jangan KehausanKita memerlukan sekurang-kurangnya 1.2 liter air minuman sehari bagi mengelakkan dari dehidrasi (kekeringan) badan. Ketika cuaca panas atau anda aktif bersukan, anda disarankan minum lebih banyak air dari keadaan biasa bagi menampung air yang telah dihidrasi dari tubuh badan.

  • 7. Sarapan PagiIni merupakan perkara pertama yang anda perlu lakukan setiap hari selepas bangun dari tidur iaitu sarapan pagi. Jika anda perasan, kebanyakkan orang yang tidak bersarapan akan mudah letih berbanding dengan yang bersarapan pagi. Ini kerana, sarapan pagi merupakan sumber tenaga pertama yang akan dihadam oleh tubuh badan. Pastikan sarapan pagi anda dilengkapi dengan diet pemakanan yang sihat. Jangan tinggalkan sarapan pagi!

    Selain dari pemakanan, kecergasan tubuh badan juga dapat dijaga dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berlari, berenang, berbasikal, bersukan atau apa-apa sahaja yang boleh mengeluarkan peluh anda.

    Dengan menjadi aktif, anda akan mempercepatkan lagi proses penghadaman perut dan secara langsung tubuh badan akan menerima nutrient dari apa yang anda makan dengan segera.

    Mudahkan untuk menjadi sihat. Semua bergantung kepada kesedaran diri serta tindakan proaktif yang berani diambil oleh anda. Jom sihatkan badan!

    Kesihatan merupakansalah satu kekayaankepada kehidupanseorang jutawan.

  • BERNIAGA MELALUIMEDIA SOSIAL

    6 TIP PANTAS BER-SOSIAL

    #3 KONSISTENKekalkan momentum.

    Mesej yang disampaikan mestilah berkaitan dengan

    perniagaan anda.

    #1 PELANApakah misi, visi &

    objektif anda berniaga di media sosial.

    #4 POSITIFMenyampaikan mesej yang

    berbentuk positif.

    #5 BERKUALITIMaklumat yang

    disampaikan berkualiti yang mampu dikongsikan oleh

    orang lain.

    #6 RESPONBertindak balas dengan cepat terhadap komen

    yang diterima.

    #2 MATLAMATApakah matlamat

    perniagaan yang ingin dicapai.

  • Di dalam dunia perniagaan, keupayaan anda untuk melakukan jualan (sales) mencerminkan kemampuan anda untuk memimpin. Turun naik keuntungan perniagaan bergantung kepada jualan harian anda (sebagai seorang pemimpin), kemahiran memimpin jualan anda akan mencorakkan jualan keseluruhan tim (kumpulan) jualan perniagaan.

    Pemimpin perniagaan sentiasa di dalam mood menjual, pencetus idea-idea bagi tim dan syarikat serta pendorong kepada visi perniagaan. Para pekerja akan menjadikan pemimpin sebagai contoh untuk diikuti dalam melaksanakan tugas sebagai penjual, ini bermakna pemimpin harus memberi imej jualan yang terbaik kepada tim.

    Tidak kira apa peranan anda di dalam syarikat, menjadi seorang jurujual yang bagus merupakan langkah pertama sebagai persediaan menjadi seorang pemimpin. Anda boleh mengasah bakat jualan walaupun secara teknikal anda bukan seorang jurujual. Sebagai seorang pemimpin, cara terbaik untuk membina kemahiran jualan adalah dengan berani keluar dari zon selesa dan bersedia menangani cabaran baru.

    Terdapat 3 jenis kemahiran utama berharga yang terdapat di dalam seorang pemimpin jualan yang hebat. Jenis kemahiran ini merupakan ciri-ciri yang perlu ada di dalam pemimpin perniagaan bagi dikongsikan kepada tim-tim di dalam syarikat anda.

    PEMIMPIN3 KEMAHIRAN PEMIMPIN JUAL AN

    #1 KOMUNIKASI

  • #1 KOMUNIKASI

    #2 VISI

    #3 KEGIGIHAN BERTERUSAN

    Pemimpin jualan yang hebat mengetahui keuntungan dahulu sebelum orang lain mengetahuinya. Mark Zuckerberg melihat gambaran yang lebih besar apabila beliau menghabiskan $16 bilion untuk membeli WhatsApp pada bulan Febuari 2014.

    Ramai orang mengatakan Mark Zuckerberg membeli WhatsApp pada harga yang tidak setimpal. WhatsApp mengganggarkan akan mencapai jumlah pengguna 1 bilion menjelang akhir tahun ini. Dengan yuran perkhidmatan tahunan sebanyak $1`bagi seorang pengguna, Mark Zuckerberg mampu memperolehi $1 bilion pada setiap tahun.

    Melalui pendapatan tahunan $1 bilion setiap tahun dari pengguna WhatsApp, secara tidak langsung harga saham Facebook akan mula meningkat dan pergi lebih jauh lagi. Mark Zuckerberg dapat melihat potensi WhatsApp kepada syarikatnya, ini merupakan corak pemimpin yang mempunyai visi wawasan jangka panjang.

    Ia memerlukan personaliti yang gigih dalam melakukan jualan dan sikap inilah yang akan meningkatkan keseluruhan kualiti perniagaan. Dengan mengendahkan perkataan tidak boleh sebagai alasan hidup, seorang pemimpin akan mula menumpukan pencarian jalan penyelesaian dari memikirkan masalah yang timbul. Pemimpin begini harus dijadikan contoh kepada semua orang di dalam organisasi perniagaan.

    Pemimpin yang memiliki kemahiran komunikasi yang bagus dapat membina kepercayaan yang tinggi terhadap pelanggan untuk terus membeli dengan syarikat anda.

    Pemimpin cemerlang dengan mudah menyuarakan visi perniagaan dengan jelas dan menterjemahkannya menjadi realiti secara praktikal.

  • Selangit kesyukuran Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Guru Agung yang tercinta, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, tokoh usahawan jujur yang berjaya, para sahabat, tabiin serta pendokong perjuangan Islam dan Ekonomi sehingga ke akhir zaman.

    Juga di atas terbitan AO Tribe ini. Moga dengan adanya medium sebegini, ilmu berkenaan bisnes yang kita sentiasa inginkan akan mudah diperolehi dan diterjemahkan ke dalam perniagaan masing-masing.

    Di sini, izinkan kami untuk berkongsi dengan anda beberapa idea dan intipati semasa berkaitan bisnes khususnya, dan bagaimana semua itu dapat kita hubungkannya dengan Al-Quran. Seperti mana kata Allah di akhir surah Yusuf:

    Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang

    terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu

    daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, sertamenjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf-111)

    LEMBU VS

    BISNES[ AL-BAQARAH DAN TIP PERMULAAN BISNES ]

  • Apa yang kami ingin kongsikan, setiap kisah dari mereka yang terdahulu itu ada hubungkaitnya dengan kehidupan kita hari ini. Al-Quran bukanlah sahaja kitab bacaan orang-orang lama, bahkan ia kitab untuk sekalian insan selagimana dia hidup sehinggalah hari kiamat berlaku. Sebelum itu, kami mohon ampun dan maaf daripada Allah Taala sekiranya ada salah dan silap sepanjang tafsiran kami nanti kerana ilmu Allah itu maha luas, hanya sekelumit sahaja yang kita diberitahu dan InsyaAllah, kami cuba huraikan untuk anda.

    [KISAH LEMBU]

    Di dalam surah Al-Baqarah, bermula dari ayat 67-73, kita dibentangkan dengan sebuah kisah bagaimana Allah ceritakan perihal Bani Israel dan juga seekor lembu. Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Allah Musa alahis salam. Terdapat satu kes pembunuhan sesama mereka dan dipendekkan cerita, kecoh masyarakat Bani Israel dalam mencari siapa pembunuh tersebut. Akhirnya Allah memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu.

    Di sini timbul soalan, kenapa mesti lembu? Pernahkah anda tertanya?

    Sedar atau tidak, sebenarnya Allah nak beritahu kepada kita bagaimana wajah sebenar Bani Israel. Secara teorinya, kita semua sedia maklum bahawa lembu adalah antara haiwan yang sangat senang dan mudah untuk diperolehi jika nak dibandingkan dengan haiwan liar yang lain. Allah perintahkan mereka untuk mencari tanpa mengkhususkan jenis dan rupa lembu tersebut.

    Secara logiknya, manusia tidak memerlukan peralatan yang banyak untuk mendapatkan seekor lembu. Tapi apa yang Bani Israel buat? Mereka banyak soalan dan bertanya. Lembu warna apa, jantan atau betina, muda atau tua dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat miskin tindakan tetapi mahu keputusan segera.

    Jadi, apa kaitannya dengan bisnes kita? Mari kita tengok.

    [BISNES KONTEMPORARI]

    Alhamdulillah, kita sekarang berada di era kemajuan dan kita bersyukur kerana Malaysia salah satu negara yang tidak ketinggalan daripada menongkah akan arus tersebut. Peluang untuk berbisnes sangat luas dan sudah tidak seperti dahulu lagi. Terlalu banyak peluang tersebut sehingga setiap usahawan itu mampu untuk mulakan perniagaannya dengan perkara yang paling mudah contohnya, membina kenalan dan hubungan yang baik dalam FB Page sebelum berniaga barangan atau menawarkan perkhidmatan contohnya kaunseling, seminar, coaching dan sebagainya. Menariknya, semua itu adalah PERCUMA. Tidak perlu ada kedai dan tidak perlu kepada kos yang tinggi.

    Malangnya, masih ada usahawan yang banyak soalannya. Produk apa nak jual ek? Bila nak jual ek? Ni menjual ni orang tak marah ke? Nenek approve ke perniagaan saya ni? Ni kalau jadi jutawan nanti tak takut ke?

    Adakah anda nampak di mana kaitannya kisahAl-Quran tadi dengan permulaan bisnes kita. Kuasa sebuah tindakan sangat penting untuk kita pastikan kejayaan yang kita mahu perolehi di penghujungnya. Janganlah terlalu berfikir nak bisnes apa sedangkan jutaan manusia di luar sana yang bermasalah dan sangat perlukan penyelesaiannya daripada kita semua. Ingatlah wahai sahabat sekalian, Allah sentiasa lorongkan perkara yang mudah untuk kita semua. Cuma menunggu manusia mana yang bijak untuk merebut dan mencapainya.

    Akhir kalam, kita Ummat Muhammad S.A.W yang kaya dengan KUASA TINDAKAN. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Semua tindakan mesti disertai dengan sistem yang betul dan terbukti berkesan. Wahyu di depan mata haruslah diguna pakai dan diterjemahkan ke dalam kehidupan kita semua. Halusilah setiap tindakan kita dan permudahkanlah ia selagi boleh kerana, kita bukan Ummat Bani Israel, yang hanya banyak soalan, tetapi kosong tindakan dan suka menyalahkan orang lain.

    Moga ada mendapat manfaat di atas apa yang disampaikan.

    Allah berkata di dalam Surah Yunus Ayat 44,Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia

    sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yangmenganiaya diri mereka sendiri. Justeru, kenapa asyik fikir yang susah? Allah sentiasa tidak pernah

    menyusahkan hamba-hambaNya.

    [ AL-BAQARAH DAN TIP PERMULAAN BISNES ]

  • Akhir kalam, kita Ummat Muhammad S.A.W yang kaya dengan KUASA TINDAKAN. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Wahyu di depan mata haruslah diguna pakai dan diterjemahkan ke dalam kehidupan kita semua. Halusilah setiap tindakan kita dan permudahkanlah ia selagi boleh kerana, kita bukan Ummat Bani Israel, yang hanya banyak soalan, tetapi kosong tindakan dan suka menyalahkan orang lain. Moga anda mendapat manfaat di atas apa yang saya sampaikan.

  • SPEKULASI iPHONE 6?

    iPhone merupakan salah satu jenama yang tidak asing di dalam dunia telefon pintar, dengan wujudnya iPhone 5S dan iPhone 5C sebelum ini - iPhone 6 bakal memberi impak yang lebih besar dari segi teknologi dan kepuasan pengguna.

    Seperti biasa, media sosial telah dibanjiri dengan pelbagai khabar angin serta spekulasi bagaimana rupa bentuk serta teknologi yang akan di sediakan oleh iPhone 6.

    Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan ke atas 4109 pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat, iPhone 6 dijangkakan bakal mengatasi segala kelebihan yang dimiliki oleh iPhone sebelum ini dan iPhone 6 juga akan menjadi peneraju telefon pintar yang paling canggih di kelasnya.

    Ramai diantara kita yang menjangkakan iPhone 6 akan dipasarkan pada tahun lepas (2013), tetapi memandangkan sejarah iPhone telah menunjukkan bahawa sebelum pengeluaran penuh iPhone 6, - model S akan di lancarkan terlebih dahulu seperti iPhone 5S. Dengan khabar angin yang tersebar, anda mungkin akan memiliki iPhone 6 pada tahun ini (2014).

    Satu perkara yang pasti, dengan kehadiran telefon pintar Samsung Galaxy S5, Sony Xperia Z2 dan HTC One M8 di pasaran kini, syarikat Apple perlu membuat sesuatu yang lebih hebat serta menarik pada produk iPhone 6 terbaru ini.

    Ramai pengguna telefon pintar yang menyatakan bahawa salah satu kemestian yang perlu dimiliki oleh produk terbaru iPhone 6 ini ialah memiliki skrin yang lebih besar berbanding iPhone sebelum ini.

  • Bila iPhone 6 Akan Dipasarkan?

    Walaupun Apple belum mengeluarkan kenyataan rasmi bila mereka akan melancarkan produk iPhone 6, terdapat beberapa spekulasi yang menyatakan bahawa kemungkinan besar iPhone 6 akan dikeluarkan pada bulan September 2014.

    Ini berdasarkan pengalaman pelancaran telefon pintar iPhone sebelum ini yang lebih menumpukan pemasaran pada bulan September.

    Belum lagi rujukan fakta dari ifun.de yang mengatakan syarikat Apple telah menahan cuti pekerja sepanjang bulan September tahun ini di cawangan Apple Jerman.

    Anda mungkin akan melihat lebih daripada satu telefon pintar keluaran Apple pada tahun ini.

    Penganalisis KGI iaitu Ming-Chi Kuo telah membuat andaian bahawa dua produk telefon pintar iPhone akan dikeluarkan iaitu iPhone saiz 4.7 inci yang kemungkinan dipasarkan pada akhir tahun suku ketiga manakala iPhablet saiz 5.5 inci akan mengekori pasaran pada lewat tahun suku keempat.

    Ada juga berita yang mengatakan bahawa syarikat Apple mempunyai masalah dalam mencari bateri yang sesuai bagi peranti model 5.5 inci, jika masalah ini berlanjutan, kemungkinan iPhablet akan tersasar dari tarikh sasaran dan akan dilancarkan pada tahun hadapan (2015).

    Reka Bentuk & Spefikasi

    Skrin Besar : Syarikat Apple telah pun mengakui bahawa pengguna mahukan skrin yang lebih besar, ini berdasarkan maklumat dalaman yang terbongkar berkenaan pertempuran antara syarikat Apple dan Samsung yang bertajuk Pengguna mahu apa yang kita tiada.

    Paparan : Menurut Business Insider, dari banyak-banyak prototaip iPhone 6 yang telah dibuat oleh syarikat Apple, salah satu protataip tersebut mempunyai teknologi paparan Retina+Sharp IGZO yang besar dan tiada lagi kekunci butang home.

    Kemungkinan akan di sertakan dengan teknologi Apple ID terbaru iaitu Touch ID (pengesan cap jari). Paparan Retina+Sharp IGZO akan memberi 1080p resolusi Full HD.

    Paparan Full HD memberi andaian yang masuk akal bagi iPhone 6, terutamanya jika ia ingin memperluaskan saiz kepada 4.7inci sebagaimana yang diilhamkan. Manakala iPhablet akan membawa pengalaman yang lebih besar lagi bagi mengekalkan kualiti paparan Retina di skrin yang lebih besar.

    Skrin : Apple kelihatan akan menggunakan gelas sapphire bagi keluaran iPhone 6 dan akan menggunakan teknologi super-hard bagi paparan skrin ini.

    Apple juga telah mempatenkan teknologi lapisan oleophobic (anti-smudge) yang sesuai digunakan pada Kristal sapphire bagi memastikan permukaan skrin tidak diliputi oleh cap jari.

    Bateri : Skrin yang besar memerlukan syarikat Apple mengeluarkan bateri yang besar bagi menampung penggunaaan iPhone 6 pada jangka masa yang lama.

    Harap penggunaan bateri baru iPhone 6 dapat menandingi keluaran telefon pintar lain seperti Samsung Galaxy S5, Sony Xperia Z2 dan HTC One M8.

    iOS : Dengan pengguna iOS 7 pada iPhone terkini, tidak mustahil syarikat Apple mengeluarkan iOS 8 bagi iPhone 6?

    Dijangkakan iOS 8 akan dikeluarkan sekitar bulan September atau Ogos pada tahun ini. Menurut New York Times, perisian mengesan tahap kesihatan turut akan disertakan di dalam iOS8 ini.

    Reka Bentuk : Terdapat banyak ilustrasi bayangan iPhone 6 bakal menjelama tahun ini di internet. Dari segi saiz skrin yang lebih besar, bentuk badan yang lebih nipis, penggunaan casing yang tahan lasak dan pelbagai lagi.

    Yang pastinya, reka bentuk iPhone 6 bakal memberi kelainan yang amat ketara berbanding keluaran iPhone sebelum ini.

  • 1. PENJAGA KANAK-KANAKAnda mungkin seorang yang suka kepada kanak-kanak. Anda mempunyai anak dan idea menjaga beberapa orang kanak-kanak mungkin sesuatu yang anda boleh lakukan. Keperluan penjagaan anak terus meningkat di negara ini. Ramai orang lebih suka anak-anak mereka dijaga dalam persekitaran rumah sendiri semasa mereka di tempat kerja. Dan ini adalah perniagaan yang boleh dijalankan serta merta. 2. SEWA BILIK HUJUNG MINGGUAdakah anda mempunyai sebuah bilik yang mempunyai bilik mandi sendiri? Adakah tempat tinggal anda berhampiran kawasan pelancongan, stadium sukan atau tempat untuk acara tahunan yang besar? Atau anda tinggal di pinggir bandar atau kawasan perkampungan dengan suasana hidup aman? Anda boleh mewujudkan satu pengalaman yang unik untuk menarik orang menyewa bilik anda untuk hujung minggu. Katakanlah anda boleh menyewa bilik untuk RM150 satu malam setiap hujung minggu.

    52 minggu setahun x RM150 = RM7, 800 jika satu malam setiap minggu. Cuba kira jika anda sewakan2 3 hari seminggu? 3. JUALAN POKOK LAMANMenjual pokok-pokok anda sendiri adalah pilihan yang terbaik. Atau anda boleh membeli pokok-pokok anda daripada pemborong dan menjual pada pelanggan di kawasan halaman rumah anda.

    4. BIDANG URUTAnda boleh belajar terapi urut dengan menghadiri kursus-kursus mengenai anatomi manusia dan fisiologi. Perniagaan bidang urut ini amat menggalakkan sebab ramai orang sibuk dengan kehidupan yang stres dan mereka suka terapi urut yang dapat melegakan kesakitan badan dan merehatkan minda. 5. PERKHIDMATAN MENGANGKUT BARANGRamai orang ingin mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja mengangkat barangan berat untuk mereka. Anda boleh membantu dengan mengambil beberapa pekerja sambilan dan menyewa lori untuk kerja-kerja pemindahan barangan. 6. MENGAJAR MUZIKAnda mungkin seorang ahli muzik yang cukup mahir untuk menawarkan perkhidmatan mengajar alat muzik instrumen yang berbeza. Anda boleh mengajar dalam kelas atau secara individu. 7. JURUGAMBARMembuat wang sebagai seorang jurugambar boleh dilakukan dalam beberapa cara yang berbeza. Anda boleh menjadi pakar dalam satu aspek, kebiasaannya jurugambar majlis perkahwinan. Terdapat juga beberapa niche yang anda boleh terokai untuk fotografi seperti potret orang dan haiwan peliharaan, keluarga mereka, dan rumah-rumah, gambar-gambar peristiwa percutian, parti hari jadi atau ulangtahun dan banyak lagi kemungkinan yang tidak berkesudahan.

    45 PERNIAGAANANDA BOLEH MULA

    DENGAN MODALKURANG DARI

    RM5,000

  • 11. DESKTOP PUBLISHERAnda boleh menggunakan perisian penerbitan desktop untuk mewujudkan risalah, majalah, buku-buku atau dokumen-dokumen pemasaran juga. Anda boleh membuat kandungan untuk penerbitan desktop anda, atau anda boleh membayar penulis untuk mewujudkan kandungan untuk anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengiklankan perkhidmatan penerbitan desktop anda untuk merekabentuk dan mencipta risalah dan buku-buku untuk orang lain dengan kandungan mereka. 12. LAMAN WEB DEVELOPERBanyak kursus laman web wujud di mana anda boleh belajar bagaimana untuk menubuhkan sistem cart membeli-belah, masalah keselamatan online dan lain-lain. Apa yang anda perlu tahu ialah suasana reka bentuk laman web yang sesuai untuk setiap syarikat iaitu imej yang perlu dicerminkan, adakah ia kontemporari atau ceria, bermakna warna-warna cerah dan grafik menyeronokkan? Atau warna lebih klasik seperti hitam, biru tua dan merah-ungu lebih sesuai? 13. PEREKA GRAFIKPengalaman serta latihan mungkin diperlukan bagi pekerjaan ini. Jika anda seorang yang mempunyai minat yang tinggi terhadap rekaan grafik, ini mungkin peluang untuk anda tukarkan minat ini kepada bentuk pendapatan sampingan. Dengan wujudnya syarikat-syarikat baru hampir setiap hari, anda mungkin berpeluang untuk memberi perkhidmatan dari segi rekaan flyer, letterhead, sampul surat, poster, majalah dan lain-lain lagi kepada syarikat ini. Website dan pengiklanan secara online juga memerlukan kepakaran pereka grafik. Rekaan grafik mempunyai permintaan yang tinggi serta ia berpotensi besar untuk memberi pendapatan lumayan secara berterusan.

    8. PERKHIDMATAN HAMPER HADIAHMencari niche adalah cara terbaik untuk bermula dalam perniagaan hamper hadiah. Bakul hadiah dan hamper adalah satu perniagaan yang laris jika anda pandai memasarkan servis anda terutamanya pada hari-hari istimewa dan perayaan. Bisnes ini boleh juga dibuat untuk perkahwinan, hari jadi dan majlis makan tahunan syarikat. 9. PENDANDAN RAMBUT & ARTIS SOLEKDandanan rambut adalah perniagaan yang popular yang agak lumayan. Secara umumnya, perniagaan hairstylist digandingkan dengan perkhidmatan artis solek. Ramai wanita suka mengupah pendandan atau artis solek untuk menghadiri majlis-majlis dan jamuan makan. Kepakaran ini juga bagus untuk industri filem dan pemodelan di mana freelancer akan diupah mengikut hari atau projek. 10. PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN SYARIKATAntara perkhidmatan yang boleh anda berikan meliputi penyediaan dan penyelenggaraan minit mesyuarat, mengurus penerbitan dan pemindahan sijil syer dan debenture, menyimpan dan menyelenggara daftar anggota-anggota, daftar pengarah-pengarah, pengurus dan setiausaha, daftar pemegang eksekutif, mengirim notis mesyuarat, menyediakan dan menyerahkan penyata tahunan dan dokumen kepada ROC (Registrar of Companies) dan berbagai lagi. Banyak syarikat SME (small medium enterprise) memerlukan perkhidmatan sebegini dan jika anda seorang yang sangat teliti, teratur dan bagus dalam membuat aktiviti susulan mengikut tarikh atau tempoh masa seperti penyediaan laporan tahunan, pembaharuan permit/lesen-lesen (renewal) dan sebagainya, perniagaan ini mungkin bidang yang anda boleh ceburi.

  • 14. MENGAJAR PENGGUNAAN KOMPUTERJika anda mempunyai kemahiran menggunakan komputer, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mengadakan kelas latihan komputer bagi warga-warga emas. Anda boleh mengajar cara penggunaan komputer secara asas seperti penggunaan emel bagi menghantar sesuatu maklumat yang penting serta penggunaan media sosial seperti Facebook untuk memudahkan mereka berhubung dengan orang yang tersayang. Terdapat banyak lagi perisian sesuai yang anda boleh kongsikan dengan mereka.

    15. MEMBAIKI KOMPUTERAnda boleh mengkaji jenis perisian utama yang pengguna mahu seperti pemprosesan perkataan, perisian manipulasi foto, spreadsheet, reka bentuk dan terutamanya perisian keselamatan. Pastikan anda berpengetahuan dan sentiasa memberi servis mengikut keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Anda perlu benar-benar biasa dengan semua ISP (pembekal perkhidmatan Internet) yang terdapat di pasaran dan mengiklankan diri anda sebagai seorang pakar komputer yang boleh memenuhi keperluan pengguna komputer peribadi, perniagaan kecil atau perbadanan yang besar. 16. JURULATIH PERIBADI KECERGASANIklankan perkhidmatan anda untuk membantu pelanggan membuat keputusan untuk mengupah anda sebagai jurulatih peribadi. Ramai pelanggan anda mungkin terdiri daripada eksekutif yang tiada masa dan memerlukan bimbingan seorang jurulatih peribadi untuk mendisiplinkan dan membantu mereka untuk fokus dalam melatih diri, mengamalkan tabiat hidup sihat atau menguruskan berat badan. 17. PENGURUSAN HARTANAHTugas anda dalam hal sewa rumah atau hartanah adalah untuk memastikan penyewaan harta itu berjalan dengan lancar. Kemungkinan besar anda akan menghabiskan masa menguruskan, menjaga dan memastikan harta itu sedia untuk disewa. 18. PAKAR IMPORT / EKSPORTJika anda belum mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang import atau eksport, anda boleh memulakan dengan pembelajaran asas-asas dan menjadi tuan rumah sesi pendidikan untuk mengajar orang lain apa yang mereka perlu tahu untuk bermula dalam bidang import dan eksport. Dari situ anda boleh membina senarai pelanggan yang berminat dalam bidang ini dan meluaskan rangkaian anda untuk mengembangkan bisnes ini dengan mencari rakan niaga yang berpotensi.

    19. PERANCANG PERKAHWINAN (WEDDING PLANNER)Anda perlu sentiasa update info-info berkaitan dengan trend dan fesyen perkahwinan terkini. Mempunyai jaringan perniagaan dengan rakan-rakan yang terlibat dengan pengurusan perkahwinan seperti deejay, kumpulan kompang, pelamin, katering dan lain-lain lagi. Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi pakej istimewa serta hadiah-hadiah percuma kepada mereka. 20. MENJUAL BUKU TERPAKAIHampir setiap orang mempunyai buku-buku lama yang tidak dibaca lagi. Apa kata anda minta buku ini dari mereka dan adakan jualan murah kepada orang ramai. Untuk mendapatkan lebih banyak buku terpakai, anda boleh membuat perjanjian ringkas bersama penderma buku dengan memberikan sedikit keuntungan dari hasil buku yang terjual kepada mereka. Anda boleh menjual buku ini di kedai-kedai atau jualkannya melalui online serta media sosial seperti Facebook, website, blog dan banyak lagi. 21. KHIDMAT NASIHAT INCOME TAXMalaysia merupakan negara yang semakin maju, begitu juga dengan rakyatnya. Income Tax merupakan salah satu perkara wajib ditunaikan bagi individu yang mempunyai pendapatan yang melebihi dari had yang telah ditetapkan oleh LHDN. Kebanyakkan orang tidak mempunyai masa untuk mengisi borang income yang agak rumit jika ianya tidak dipelajari dengan betul. Anda boleh menyediakan perkhidmatan bagi mengisi borang income tax tersebut serta memberi nasihat-nasihat yang dapat memberi keuntungan kepada pelanggan jika mereka dikenakan income tax pada tahun berikutnya.

  • 22. PENGHIAS RUANG DALAMAN (INTERIOR DESIGNER) Iklankan bakat anda kepada kontraktor. Pembeli rumah baru selalunya boleh terharu dengan visual hiasan rumah dalaman yang dapat membantu dalam penjualan sesuatu hartanah. Anda boleh menyediakan beberapa borang soal selidik untuk setiap elemen utama dan setiap bilik utama di dalam rumah. Ketahui bagaimana pemilik rumah akan menggunakan rumah, dengan adanya kanak-kanak? Haiwan kesayangan? Bagaimanakah setiap bilik digunakan? Apakah pencahayaan ambien yang paling sesuai? 23. MEMBUAT JEWELRY (HIASAN KEMAS)Terdapat banyak cara yang berbeza dalam perniagaan barang kemas dan pelbagai jenis bahan-bahan yang anda boleh gunakan untuk membuat barang kemas seperti kaca, plastik, manik, bulu, kayu dan sebagainya mengikut kreativiti anda. 24. PENULIS PEMASARAN (COPYWRITER)Jika anda boleh menulis dan membuat orang teruja untuk membeli apa sahaja dengan bakat penulisan anda, anda boleh membuat banyak wang dalam bidang perniagaan ini. Anda boleh menulis untuk risalah, katalog, iklan dan sudah tentu untuk pemasaran di web. Yang bagusnya, kerja ini anda boleh buat dari rumah. 25. JURULATIH GOLF Satu lagi tempat untuk mencari pelanggan adalah dunia korporat. Golf adalah permainan yang orang-orang bisnes gunakan untuk membangunkan hubungan di luar pejabat. Anda perlu menjadi lebih baik daripada pemain golf yang sederhana bagus untuk membangunkan reputasi sebagai jurulatih golf. Anda juga perlu menjadi seorang guru yang baik, tahu bagaimana untuk memberi motivasi dan bersedia untuk bekerja dengan pelbagai jenis orang yang berbeza.

    26. PERANCANG KEWANGANUntuk memulakan perniagaan ini, anda perlu melalui proses pensijilan supaya anda boleh label diri anda CFP (Perancang Kewangan Bertauliah). Sijil anda menunjukkan bahawa anda mempunyai kepakaran dan kredibiliti serta pembezaan ini akan membantu orang memilih anda sebagai perancang kewangan mereka. 27. PASAR HUJUNG MINGGUOrang suka menghabiskan hujung minggu mencari barangan murah, barangan keperluan atau barangan koleksi hobi. Pastikan anda sentiasa mempunyai kelainan, stok yang cukup dan baru untuk memuaskan hati pelanggan anda. 28. PERKHIDMATAN EDITORIALBerikut adalah beberapa perkhidmatan editorial yang anda boleh berikan dari rumah anda sendiri: Copyediting.Ini adalah proses di mana pemeriksaan kesilapan tatabahasa, gaya dan tipografi berlaku. Proofreading.Pembaca proofreading bertanggungjawab memastikan perubahan copyediting telah ditukar dengan betul dan tiada kesilapan baru dicipta dalam proses penulisan dan pencetakan. Pendoktoran buku.Ini adalah satu perkhidmatan editorial bagi manuskrip yang ditulis oleh pakar-pakar. Mereka membuat manuskrip untuk menjadi sebaik mungkin atau ditulis dalam bahasa yang lebih mudah difahami, teratur dan kemudian direka dalam bentuk buku yang patut diterbitkan.

  • Penulisan hantu.Sebagai seorang penulis hantu, anda melakukan banyak penyelidikan untuk mendapatkan maklumat dan fakta atau ilham untuk penulisan sesuatu buku, tetapi nama orang lain digunakan sebagai penulis. Penulisan iklan.Juga dikenali sebagai penulisan perniagaan. Ini adalah penulisan yang menggalakkan pembelian produk atau perkhidmatan. Menulis buku. Adakah anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, seperti perakaunan atau hiasan dalaman? Atau secara peribadi, seperti mengait? Mengapa anda tidak menulis buku tentang perkara ini?

    Penulisan artikel majalah.Majalah dan surat khabar adalah cara yang baik untuk penulisan anda diterbitkan sebelum menangani tugas untuk menulis sebuah buku. Pembekal kandungan laman web.Menyediakan kandungan untuk laman web adalah cara yang baik untuk membuat duit dari penulisan.

    29. ELEKTRONIK REPAIRPerniagaan ini adalah sama dengan perniagaan membaiki komputer, tetapi anda akan mengambil pelbagai peralatan elektronik selain hanya komputer. Anda juga mungkin mahu menggalakkan orang ramai untuk memberikan elektronik lama mereka untuk anda gunakan sebagai bahagian spare. 30. PERANCANGAN MAJLISSalah satu perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah melawat setiap lokasi acara yang berpotensi. Anda boleh bekerja dengan pengurus pemasaran di setiap lokasi untuk belajar apa yang anda boleh dapati di setiap lokasi. Kemudian apabila anda mula merancang acara dengan pelanggan, anda boleh tahu apa parameter utama untuk acara tersebut dan cara mudah menarik sehingga tiga atau empat tapak yang memenuhi kriteria asas pelanggan. 31. PERKHIDMATAN PEMBERSIHANMenyediakan pekerja untuk perkhidmatan pembersihan adalah perniagaan yang sangat berpotensi. Terdapat banyak syarikat, restoran dan rumah yang memerlukan perkhidmatan pembersihan. Restoran memerlukan pembersihan menyeluruh setiap hari dan boleh menjadi sumber pelanggan yang stabil. Mungkin anda lebih berminat untuk membersihkan rumah. Anda mungkin tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk pengiklanan atau pemasaran kerana ramai pelanggan anda akan datang dari perbualan mulut ke mulut.

    32. CONCIERGE PERIBADI / RUNNERPerniagaan ini adalah untuk seseorang yang cekap dan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna. Orang yang mengupah anda akan mengharapkan anda berupaya untuk melaksanakan bukan sahaja apa yang mereka mahu, tetapi dengan sentuhan peribadi dan senyuman yang bagus. Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan concierge peribadi adalah eksekutif berjawatan tinggi yang tiada masa dan sentiasa berada di ofis dari 7 pagi sehingga 9 malam hampir setiap malam, meninggalkan mereka masa yang sangat sedikit untuk melakukan semua urusan peribadi dan keluarga. 33. PERUNDINGUntuk menjadi seorang perunding, anda perlu mempunyai kepakaran dalam sesuatu yang anda boleh iklankan diri anda sebagai penasihat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengupah kemahiran anda. Anda boleh menggunakan pengalaman kerjaya atau berniaga untuk membantu orang lain melakukan perkara yang sama tanpa membuat kesilapan yang sama yang anda buat sepanjang pengalaman kerjaya anda.

    34. PENTERJEMAHJika anda mempunyai kelebihan menghafal pelbagai bahasa, apa kata gunakan ia sebagai pendapatan tambahan dengan menjadi seorang penterjemah. Penterjemah tidak semestinya melalui percakapan, terjemahkan penulisan ke bahasa lain juga boleh memberi keuntungan besar ke atas diri anda.

    35. PELUKIS KARTUNTerdapat banyak cara untuk mendapat duit melalui melukis kartun. Anda boleh mengambil kerja sebagai pelukis sketch potrait individu, melukis kartun bagi majalah, website, media digital dan sebagainya. Lukisan kartun berbentuk digital juga mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran online.

  • 36. AGEN INSURANS / TAKAFULPekerjaan ini memerlukan anda mengambil beberapa ujian bertulis bagi mendapat lesen untuk menjualnya. Secara umumnya, rakyat Malaysia sudah mula memahami kepentingan mempunyai insurans demi keuntungan masa hadapan. Anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat pelanggan dengan mudah. 37. DEEJAYBekerja secara sambilan dengan menjadi deejay jemputan di karnival, majlis perkahwinan, majlis harijadi, rumah terbuka dan lain-lain lagi. Jika anda tidak mempunyai peralatan sistem audio, anda mungkin boleh sewa dari orang lain. Simpan wang secukupnya dan beli sistem audio sendiri untuk mendapat lebih banyak keuntungan. 38. AGEN LELONGAN / JUALAN Anda boleh bermula dengan mengumpul barang-barang yang tidak digunakan lagi. Dapatkannya dari rakan-rakan serta saudara mara. Setiap barangan dijual dengan harga yang sangat berpatutan atau erti kata lain lelong. Berikan sedikit keuntungan jualan kepada rakan atau saudara yang sudi memberi barang kepada anda. Jualkan ia di kedai atau secara online. 39. MENJAHIT Setiap kali perayaan hampir tiba, maka baju baru akan mula ditempah dengan berpusu-pusu oleh orang ramai. Jika anda mempunyai skil dalam menjahit, gunakan ia untuk menjana pendapatan. Samada anda menjahit secara tetap atau sambilan, kedua-duanya mampu menjana hasil yang lumayan.

    40. GURU MASAKANKumpulkan kesemua resepi masakan yang anda tahu, kemudian jadikan ia satu buku digital (e-book) dan jualkannya. Anda juga boleh mengadakan mini kelas masakan bagi isteri-isteri atau bakal menjadi isteri yang tidak tahu memasak.

    41. MENJUAL SARAPAN PAGI Nasi lemak antara sarapan pagi yang paling diminati oleh rakyat negara ini. Telah menjadi satu tradisi untuk bersarapan nasi lemak di pagi hari. Anda juga boleh menjual sandwich yang sudah siap dibungkus. Jika rajin, dapatkan order dari ofis-ofis berdekatan dan sediakan penghantaran percuma sarapan pagi kepada mereka.

    42. MEMBUAT BARANGAN HIASAN & KRAFTANGANKemahiran membuat hiasan dengan menggunakan tangan (handmade) merupakan satu kelebihan bagi menjana wang sampingan. Terdapat banyak hiasan dan kraftangan yang boleh dibuat dan dijual serta merta seperti barangan perhiasan diri dan perhiasan rumah. 43. MENCETAK T-SHIRT Anda tidak memerlukan mesin mencetak baju tetapi apa yang anda perlukan ialah kenalan yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju. Anda hanya perlu membuat pemasaran dan dapatkan pelanggan sahaja. Ia umpama anda berfungsi sebagai orang tengah.

    44. MEMBUAT BISKUT DAN PASTRIAneka biskut dan pastri boleh dibuat dan dijual dalam skala kecil dan besar. Anda boleh mengambil tempahan harian, mingguan, bulanan atau semasa musim perayaan. Perniagaan ini sangat lumayan jika anda pandai membuat biskut, pastri, roti, kek dan sebagainya. Apa yang akan menarik hati pelanggan adalah rasa yang sedap serta gubahan corak atau dekorasi biskut dan pastri dengan sentuhan yang amat menarik.

    45. MENJUAL CENDERAHATIPelbagai jenis cenderahati yang comel dan unik seperti soft toys, keychains, bantal, bolsters, bunga hiasan dan lain-lain untuk semua peringkat usia dan untuk semua jenis acara, sambutan dan perayaan seperti harijadi, perkahwinan, hari ibu, bapa dan guru boleh dijual. Sediakan pakej jualan secara runcit dan borong. Untuk jualan secara borong, anda boleh beri diskaun antara 20-40% daripada harga jualan.