majalah

4
Selari dengan usaha PTPTN mengemaskini organisasi ini ke arah yang lebih baik dan berkesan, pihak pengurusan akan melaksana- kan program Change Management di seluruh peringkat warga PTPTN merangkumi bidang teknologi, budaya kerja, cara pemikiran dan lain-lain yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kerja dan prestasi kakitangan seterusnya prestasi PTPTN secara keseluruhannya. Adalah menjadi harapan melalui pelaksanaan program Change Management ini akan mewu- judkan satu suasana persekitaran kerja yang lebih baik melalui perubahan-perubahan posi- tif yang wujud di kalangan semua warga PTPTN. Pada masa yang sama, sasaran Indeks Prestasi Utama atau KPI yang telah ditetapkan akan dapat diterjemahkan melalui penghasilan kerja yang lebih bermutu dan pelaksanaan kerja yang lebih terancang, tersusun dan berkualiti. Semua warga PTPTN adalah disarankan untuk bersikap lebih terbuka, telus dan positif serta melihat pelaksanaan program ini sebagai satu mekanisma terbaik dalam mentransformasikan sesuatu perubahan yang dirancang secara terperinci dan bakal memanfaatkan semua pihak. Penerimaan dan pemahaman secara berteru- san terhadap punca kenapa, bagaimana, apa, bila dan siapa yang terlibat dalam sesuatu pe- rubahan yang hendak dibuat harus diperjelas- kan secara telus dan menyeluruh. Satu bentuk perkongsian maklumat melalui kaedah komu- nikasi yang betul melibatkan semua yang terli- bat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam pelaksanaan program Change Manage- ment ini amatlah perlu agar tiada sebarang kekeliruan terhadap tujuan murni pelaksanaan program ini. Justeru, komunikasi dua hala amatlah digalakkan antara kakitangan dan pihak pengurusan dalam menjamin keberke- sanan program yang diadakan ini. EDISI 0I SEPTEMBER 2009 SUMBER MAKLUMAT RASMI WARGA PTPTN Kejayaan Program Change Manage- ment ini bergan- tung kepada peneri- maan warga PTPTN daripada peringkat atasan hinggalah golongan bawahan untuk bersatu dan menerima sesuatu perubahan itu se- cara positif. Sesung- guhnya walau sehe- bat manapun peran- cangan yang dibuat, sekiranya tiada kerjasama sepenuhnya yang diberikan oleh setiap individu, maka akan gagal sesuatu perancangan itu. Perlu kita ingat bahawa dalam Al-Quran ada menyebut bahawa “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri” (surah Ar-Ra’d ayat 11). Kepada semua warga PTPTN, yakinlah bahawa program ini dibuat untuk kebaikan semua pi- hak tanpa ada pihak yang akan merasa keting- galan atau kerugian. Saya juga ingin menyeru agar semua kakitangan menerima sesuatu perubahan itu secara positif dan terbuka demi kebaikan PTPTN dan seluruh warga PTPTN secara keseluruhannya. Sesungguhnya kerjasama semua pihak adalah amat penting dalam menjamin kejayaan pro- gram ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kita bekerjasama dengan erat sebagai satu pasukan atau lebih tepat lagi se- bagai sebuah keluarga yang ingin berbakti untuk kesejahteraan organisasi yang kita sayangi ini. E-BULETIN PTPTN Amanat Pengerusi 1 Berita Semasa PTPTN 2 Pengenalan ETEFS 3 Selayang Pandang.. Apa Kata Mereka? 4 Di dalam edisi ini : AMANAT YB. DATO’ DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN, PENGERUSI PTPTN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN CHANGE MANAGEMENT PADA 31 JULAI 2009 SIDANG REDAKSI SIDANG REDAKSI SIDANG REDAKSI SIDANG REDAKSI E-BULETIN PTPTN BULETIN PTPTN BULETIN PTPTN BULETIN PTPTN ROKAYAH BT ABANG AHMAD AZHAR BIN AHMAD UMIKALSOM BT MOHD YUSOH NOORA BT MD YUSOFF NORHAYATI BT MAAROF SITI MADIAH BT SALIM MOHD NASDI BIN CHE HASSAN UMMI NADIRA BINTI JUSOH MOHD AZRUL AKMAL BIN MAMAT NUR ZUYANA BT JAMARI AIN SYUHARA BT IDRIS NURAJRUL BIN MAT JAMIN ZAHIRUDIN BIN ZAINOL ABIDIN Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan MUTIARA KATA MUTIARA KATA MUTIARA KATA MUTIARA KATA

Upload: war-dah

Post on 18-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pinjaman ptptn mesti bayar punya

TRANSCRIPT

Page 1: majalah

Selari dengan usaha PTPTN mengemaskini organisasi ini ke arah yang lebih baik dan berkesan, pihak pengurusan akan melaksana-kan program Change Management di seluruh peringkat warga PTPTN merangkumi bidang teknologi, budaya kerja, cara pemikiran dan lain-lain yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kerja dan prestasi kakitangan seterusnya prestasi PTPTN secara keseluruhannya.

Adalah menjadi harapan melalui pelaksanaan program Change Management ini akan mewu-judkan satu suasana persekitaran kerja yang lebih baik melalui perubahan-perubahan posi-tif yang wujud di kalangan semua warga PTPTN. Pada masa yang sama, sasaran Indeks Prestasi Utama atau KPI yang telah ditetapkan akan dapat diterjemahkan melalui penghasilan kerja yang lebih bermutu dan pelaksanaan kerja yang lebih terancang, tersusun dan berkualiti.

Semua warga PTPTN adalah disarankan untuk bersikap lebih terbuka, telus dan positif serta melihat pelaksanaan program ini sebagai satu mekanisma terbaik dalam mentransformasikan sesuatu perubahan yang dirancang secara terperinci dan bakal memanfaatkan semua pihak.

Penerimaan dan pemahaman secara berteru-san terhadap punca kenapa, bagaimana, apa, bila dan siapa yang terlibat dalam sesuatu pe-rubahan yang hendak dibuat harus diperjelas-kan secara telus dan menyeluruh. Satu bentuk perkongsian maklumat melalui kaedah komu-nikasi yang betul melibatkan semua yang terli-bat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam pelaksanaan program Change Manage-ment ini amatlah perlu agar tiada sebarang kekeliruan terhadap tujuan murni pelaksanaan program ini. Justeru, komunikasi dua hala amatlah digalakkan antara kakitangan dan pihak pengurusan dalam menjamin keberke-sanan program yang diadakan ini.

EDISI 0I

SEPTEMBER 2009

SUMBER MAKLUMAT RASMI WARGA PTPTN

Kejayaan Program Change Manage-ment ini bergan-tung kepada peneri-maan warga PTPTN daripada peringkat atasan hinggalah golongan bawahan untuk bersatu dan menerima sesuatu perubahan itu se-cara positif. Sesung-guhnya walau sehe-bat manapun peran-c a n g a n y a n g dibuat, sekiranya tiada kerjasama sepenuhnya yang diberikan oleh setiap individu, maka akan gagal sesuatu perancangan itu. Perlu kita ingat bahawa dalam Al-Quran ada menyebut bahawa “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri” (surah Ar-Ra’d ayat 11).

Kepada semua warga PTPTN, yakinlah bahawa program ini dibuat untuk kebaikan semua pi-hak tanpa ada pihak yang akan merasa keting-galan atau kerugian. Saya juga ingin menyeru agar semua kakitangan menerima sesuatu perubahan itu secara positif dan terbuka demi kebaikan PTPTN dan seluruh warga PTPTN secara keseluruhannya.

Sesungguhnya kerjasama semua pihak adalah amat penting dalam menjamin kejayaan pro-gram ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kita bekerjasama dengan erat sebagai satu pasukan atau lebih tepat lagi se-bagai sebuah keluarga yang ingin berbakti untuk kesejahteraan organisasi yang kita sayangi ini.

E-BULETIN PTPTN

Amanat Pengerusi 1

Berita Semasa PTPTN 2

Pengenalan ETEFS 3

Selayang Pandang.. Apa Kata Mereka?

4

Di dalam edisi ini :

AMANAT YB. DATO’ DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN, PENGERUSI PTPTN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN CHANGE MANAGEMENT PADA 31 JULAI 2009

SIDANG REDAKSI SIDANG REDAKSI SIDANG REDAKSI SIDANG REDAKSI

EEEE----BULETIN PTPTNBULETIN PTPTNBULETIN PTPTNBULETIN PTPTN

ROKAYAH BT ABANG AHMAD

AZHAR BIN AHMAD

UMIKALSOM BT MOHD YUSOH

NOORA BT MD YUSOFF

NORHAYATI BT MAAROF

SITI MADIAH BT SALIM

MOHD NASDI BIN CHE HASSAN

UMMI NADIRA BINTI JUSOH

MOHD AZRUL AKMAL BIN MAMAT

NUR ZUYANA BT JAMARI

AIN SYUHARA BT IDRIS

NURAJRUL BIN MAT JAMIN

ZAHIRUDIN BIN ZAINOL ABIDIN

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

MUTIARA KATAMUTIARA KATAMUTIARA KATAMUTIARA KATA

Page 2: majalah

KELEBIHAN POTONGAN KELEBIHAN POTONGAN KELEBIHAN POTONGAN KELEBIHAN POTONGAN

GAJI SSPNGAJI SSPNGAJI SSPNGAJI SSPN

1.1.1.1. MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN ISLAM KOMERSIAL MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN ISLAM KOMERSIAL MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN ISLAM KOMERSIAL MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN ISLAM KOMERSIAL PERTAMA RM1.5 BILLION DARIPADA KUMPULAN CIMB (14 JULAI 2009)PERTAMA RM1.5 BILLION DARIPADA KUMPULAN CIMB (14 JULAI 2009)PERTAMA RM1.5 BILLION DARIPADA KUMPULAN CIMB (14 JULAI 2009)PERTAMA RM1.5 BILLION DARIPADA KUMPULAN CIMB (14 JULAI 2009)

Perjanjian pembiayaan yang meliputi tempoh selama 10 tahun, merupakan

pelaburan tidak berisiko tinggi kerana dijamin kerajaan. Perjanjian itu di-

meterai oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Yang Berusaha En. Yunos Abd. Ghani dan

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Yang Berusaha En.

Muzaffar Hisham. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’

Seri Mohamad Khaled Nordin dan Pengerusi PTPTN, Yang Berhormat Dato’ Dr.

Mohamad Shahrum bin Osman.

M U K A 2

3.3.3.3. HYPERLINK SENARAI HITAM IMIGRE-HYPERLINK SENARAI HITAM IMIGRE-HYPERLINK SENARAI HITAM IMIGRE-HYPERLINK SENARAI HITAM IMIGRE-SEN DI LAMAN WEB AGENSI KERA-SEN DI LAMAN WEB AGENSI KERA-SEN DI LAMAN WEB AGENSI KERA-SEN DI LAMAN WEB AGENSI KERA-JAANJAANJAANJAAN

Mulai tahun 2009, BPKB telah mengadakan kerjasama

dengan mewujudkan hyperlink di laman web rasmi

agensi-agensi kera-

jaan seperti Lem-

baga Tabung Haji,

Jabatan Imigresen

Malaysia, Kemente-

rian Pelancongan

Malaysia, Kemente-

r ian Pengajian

Tinggi, MAMPU

dan portal My-

Goverment. Semua peminjam boleh mengambil peluang

ini untuk menyemak status mereka sama ada telah dis-

enarai hitam ataupun tidak sebelum berhasrat ke luar

negara. Usaha giat sedang dibuat bagi memastikan ke-

mudahan hyperlink di laman web dapat diperluas lagi di

semua laman web rasmi agensi kerajaan yang lain.

2.2.2.2. USER ACCEPTANCE TEST (UAT) CONVER-USER ACCEPTANCE TEST (UAT) CONVER-USER ACCEPTANCE TEST (UAT) CONVER-USER ACCEPTANCE TEST (UAT) CONVER-

SION UJRAHSION UJRAHSION UJRAHSION UJRAH

Pasukan User Acceptance Test (UAT) yang terdiri daripada

wakil-wakil Bahagian Pinjaman, Bahagian Penguatkuasaan &

Kutipan Balik, Bahagian Akaun dan Bahagian Teknologi Maklu-

mat telah terlibat dalam proses pembangunan modul untuk

pertukaran pinjaman sedia ada kepada pembiayaan berasaskan

kaedah ujrah sejak 26 Julai 2009. Tujuan ujilari ini diadakan

adalah untuk memastikan laman web e-Pinjaman boleh dilayari

oleh peminjam dengan selesa tanpa sebarang masalah. Hasil-

nya, peminjam telah boleh melayari e-Pinjaman bagi menukar

pinjaman kepada pembiayaan berasaskan kaedah Ujrah seba-

gaimana yang ditetapkan bermula 1 Ogos 2009. Kelompok

pertama yang telah ditawarkan adalah seramai 6,327 orang.

Ujilari masih lagi dijalankan bagi memastikan sistem e-Pinjaman

berfungsi dengan sempurna dan kelompok seterusnya dapat

dibuat mengikut perancangan.

E - B U L E T I N P T P T N

BERITA SEMASABERITA SEMASABERITA SEMASABERITA SEMASA

Memudahkan simpanan secara tetap

Menjimatkan masa dan kos (tanpa perlu beratur di kaunter PTPTN mahupun ejen-ejen SSPN)

Tiada caj atas pemotongan gaji

Melayakkan tuntutan pelepasan cukai secara konsisten

Potongan serendah RM20.00 sebulan bagi setiap akaun SSPN

Menanam sikap jimat cermat serta mela-hirkan sikap budaya menabung

Pendeposit mempunyai pilihan untuk mem-buat potongan gaji bagi kesemua atau salah satu akaun yang telah dibuka

Potongan gaji SSPN boleh dibuat untuk diri sendiri, ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang lain

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu supaya ketika kamu mati, kamu

tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

MUTIARA KATAMUTIARA KATAMUTIARA KATAMUTIARA KATA

Page 3: majalah

M U K A 3 E D I S I 0 I

PENGENALAN ETEFSPENGENALAN ETEFSPENGENALAN ETEFSPENGENALAN ETEFS

Masyarakat yang maju, berdaya saing dan saintifik adalah hasrat Wawasan 2020. Masyarakat yang maju, berdaya saing dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi yang terbaik. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mereka yang gagal untuk berubah akan ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa, negara atau organisasi yang boleh mengasingkan diri daripada mela-kukan perubahan, menerima perubahan, baik peruba-han dari luar, mahupun perubahan dari dalam. Fikiran perlulah terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki.

PTPTN juga tidak ketinggalan dalam menyahut aspirasi perubahan ini. Dalam aspek pengurusan pembiayaan pendidikan contohnya, PTPTN telah menjalinkan ker-jasama dengan syarikat Prokhas Sdn. Bhd. (syarikat yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan) untuk menyediakan perkhidmatan berasaskan kepada konsep End To End Solution yang dapat meningkatkan keceka-pan dan kualiti perkhidmatannya. Antara skop perkhid-matan yang telah dipersetujui ialah:

1. Pembangunan laman web permohonan pem-biayaan pendidikan (e-Pinjaman)

• laman web ini membolehkan pelajar mem-buat permohonan pembiayaan, melihat keputusan permohonan pembiayaan dan mencetak dokumen perjanjian pembiayaan secara dalam talian (online). Laman web ini telah mula beroperasi mulai Mei 2008.

• pelajar boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa dan di mana jua (asalkan mempunyai kemudahan Internet).

• bermula 1 Ogos 2009, pelajar yang menda-pat pinjaman konvensional boleh mencetak dokumen tawaran pertukaran kepada pem-biayaan berasaskan kaedah Ujrah (Upah) melalui laman web ini.

2. Pembangunan sistem End-To-End-Financing Systems (ETEFS)

• sistem komprehensif yang merangkumi urusan pemprosesan permohonan pem-biayaan, pengeluaran pembiayaan, rayuan pembiayaan dan bayaran balik pem-biayaan.

• pada waktu ini, ETEFS telah digunakan untuk urusan pemprosesan permohonan pembiayaan dan pengeluaran pembiayaan.

• penggunaan sistem ini telah membolehkan tempoh pemprosesan permohonan pem-biayaan dipendekkan dari maksimum 14 hari bekerja (sistem / kaedah terdahulu) kepada 5 hari bekerja. Sekiranya sistem siap sepenuhnya, tempoh dan urusan pelbagai aktiviti dijangka dapat dipendekkan / diper-mudahkan.

Perubahan Pengurusan Pembiayaan Pendidikan

Statistik Kelulusan Pembiayaan Pendidikan Yang Diproses Melalui ETEFS (Julai 2008—27 Ogos 2009)

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma

MUTIARA KATAMUTIARA KATAMUTIARA KATAMUTIARA KATA

PerkaraPerkaraPerkaraPerkara

IPTAIPTAIPTAIPTA IPTSIPTSIPTSIPTS Jumlah KeseluruhanJumlah KeseluruhanJumlah KeseluruhanJumlah Keseluruhan

Permohonan Diproses 172,330 72,512 244,842

Permohonan Diluluskan 170,212 68,830 239,042

Permohonan Ditolak 2,118 3,682 5,800

Dokumen Perjanjian Dikembalikan 133,694 43,097 176,791

Pengeluaran Pembiayaan (Kali pertama) 109,651 32,669 142,320

Pengeluaran Pembiayaan (Kali kedua dan seterusnya) 130,593 22,223 152,816

Bilangan PelajarBilangan PelajarBilangan PelajarBilangan Pelajar

Page 4: majalah

Saya mempunyai pengalaman sendiri untuk meng-gunakan ETEFS berulang kali apabila menerima aduan pelajar yang gagal ‘memasuki’ dan mengguna-kannya. Malah anak saya sendiri berulang kali mem-bantu kawan-kawannya untuk membuat permoho-nan pinjaman pendidikan PTPTN. Anehnya kerana saya tidak mempunyai masalah tersebut. Banyak aduan pelajar telah saya selesaikan. Kesimpulan saya, ia membantu dan bertepatan dengan matlamat kera-jaan meningkat pengurusan maklumat dan pelak-sanaan kerajaan elektronik. Peringkat awal pelak-sanaan dan penggunaan ETEFS pernah mengejutkan saya seketika apabila permohonan yang dibuat untuk individu tertentu tetapi paparan sistem memaparkan maklumat individu yang lain. Biasalah kata orang, ia berlaku semasa pembangunan sistem dan waktu itu sistem masih belum stabil lagi. Pelbagai lagi aduan yang diserahkan kepada Bahagian Pinjaman Pendidi-kan dan saya yakin ia sudah dapat diselesaikan apa-bila pelajar atau ibu bapanya tidak merujuk semula kepada saya.

Sebagai salah seorang ahli Mesyuarat Pengurusan dan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ETEFS, saya mendapatkan maklumat mengenai isu/masalah mengenai ETEFS secara makro dan tidak lebih dari itu. Berasaskan maklumat daripada pertanyaan umum kepada pegawai yang terlibat kepada isu-isu

berbangkit dari aduan yang diter-ima serta keu-payaan ETEFS memproses pinja-man sehingga bayaran dibuat, dapatlah diru-muskan bahawa ETEFS sehingga peringkat pem-b a n g u n a n sekarang diang-gap berjaya. Isu/masalah yang timbul boleh dianggap semen-tara dan boleh d i s e l e s a i k a n . Umumnya, saya yakin ETEFS da-pat membantu meningkat kecekapan pengurusan Skim Pinja-man Pendidikan apabila siap sepenuhnya kelak.

“Saya yakin ETEFS dapat membantu meningkat

kecekapan pengurusan Skim Pinjaman

Pendidikan apabila siap sepenuhnya kelak” -

Tuan Din Tuan Mat—Pengurus Kanan,

Bahagian Pelaburan

Menurut pandangan saya perlaksanaan pembangunaan sis-tem ETEFS memberi impak yang besar terhadap pinjaman pe-lajar secara amnya dan permohonan online khususnya.

Ia seiring dengan peredaran era global masakini dan menaik-taraf proses kerja yang mana mengikut standard ISO bagi or-ganisasi. Perlaksanaan ETEFS memberi kemudahan dan ke-senangan kepada peminjam yang mana permohonan boleh dilakukan secara atas talian sahaja tanpa mengisi borang se-cara manual.

Sistem ini bersifatkan mesra pengguna di mana banyak kemu-dahan – kemudahan yang diberikan kepada pengguna untuk melakukan operasi harian.

Ia juga dapat mengesan samada pelajar tersebut mendapat lebih dari satu tajaan selain mengurangkan lambakan sistem perekodan secara manual yang sedia ada.

Namun kajian terperinci perlu dilakukan bagi mempertingkat-kan jaminan kualiti dan integriti pada masa – masa akan datang.

“ Pelaksanaan ETEFS memberi kemudahan dan kesenangan

kepada peminjam yang mana permohonan boleh dilakukan

secara atas talian sahaja tanpa mengisi borang secara

manual.” - Armila Binti Arman—Penolong Pengurus, Unit

Call Centre

SELAYANG PANDANG.. APA KATA MEREKA? SELAYANG PANDANG.. APA KATA MEREKA? SELAYANG PANDANG.. APA KATA MEREKA? SELAYANG PANDANG.. APA KATA MEREKA?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR & BATIN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PTPTN

DARIPADA SIDANG REDAKSI E-BULETIN PTPTN.

E-MEL : [email protected]