documentm4

13
Tutorial Minggu 4 Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970.

Upload: may-tyng-lam

Post on 25-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Tutorial Minggu 4 Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970.

Tutorial Minggu 4Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970.

Definisi PerpaduanPerpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan. Tujuan integrasi adalah untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

Konsep Integrasi

Masalah Perpaduan Dan Integrasi NasionalPerpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi: Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.

Halangan Dan Kesukaran Untuk Mencapai PerpaduanTerdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia, iaitu:Agama dan kebudayaanDasar Penjajah BritishSistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainanAmalan ekonomi yang berlainanPerbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnikPendudukan Jepun

1.Agama dan kebudayaanSetiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

2.Dasar Penjajah BritishPenjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

3.Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainanLaporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama.

Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

4.Amalan ekonomi yang berlainanSetiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan.Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

5.Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnikKewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja.Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

6.Pendudukan JepunKemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis.Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

Sekian, terima kasih