m r y f a m j universiti sains malaysia kdu university ... · penguasaan kemahiran menulis karangan...

16
ANALISIS TEMATIK DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) PROSES PENULISAN KARANGAN ARGUMENTATIF BERASASKAN KBAT: PEMAHAMAN DAN AMALAN PEDAGOGI GURU BAHASA MELAYU TINGKATAN EMPAT *1 MARZNI MOHAMED MOKHTAR, 2 ROHIZANI YAAKUB, 3 FADZILAH AMZAH & 4 MARNI JAMIL 1,2,3 Universiti Sains Malaysia 4 KDU University College, Glenmarie Shah Alam * [email protected] Abstrak: Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi berkaitan kandungan ilmu penulisan, binaan sesebuah penulisan dan strategi pembinaan pertautan dan strategi untuk memastikan murid berupaya menguasai kemahiran menulis pelbagai wacana. Selaras dengan keperluan meneliti penyampaian guru berkaitan ilmu penulisan, kajian ini dilaksanakan untuk meneliti pemahaman dan amalan pedagogi guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan (seterusnya PdPc) proses penulisan karangan argumentatif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (seterusnya KBAT). Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif. Dua orang peserta kajian dilibatkan secara sukarela dan kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah daerah di Selangor. Bagi mengumpulkan data yang bermakna daripada kedua-dua peserta kajian, temu bual secara mendalam bersama-sama kedua-dua peserta kajian telah dilakukan sebanyak 14 kali sehingga data-data mencapai tahap ketepuan. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan analisis tematik untuk membentuk kriteria dan tema bagi meneliti pemahaman dan amalan pedagogi kedua-dua peserta kajian bagi PdPc proses penulisan karangan argumentatif. Dapatan kajian memperlihatkan tema utama terdiri daripada variasi karangan argumentatif yang mendasari pemahaman guru dan faktor pemilihan karangan argumentatif sebagai tugasan menulis dan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah sebagai amalan pedagogi guru dalam PdPc. Secara keseluruhannya, pemahaman dan amalan pedagogi guru terhadap PdPc proses penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT dalam kajian ini terbukti dapat membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi, analisis tematik, KBAT _____________________________________________________________________________________ PENGENALAN Aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (seterusnya PdPc) Bahasa Melayu berupaya menawarkan peluang dan ruang kepada murid-murid untuk menguasai dan menggunakan struktur bahasa yang difahami dengan tepat mengikut konteks penggunaannya, khususnya dalam penulisan karangan (Yusfaiza & Mohd Isha, 2012). Hal ini demikian kerana kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa tertinggi dan kompleks untuk dikuasai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malah, kemahiran menulis juga lebih mencabar untuk diajar kepada murid kerana kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis sepenuhnya. Keadaan ini disebabkan keperluan kemahiran menulis itu sendiri yang memerlukan seseorang individu berfikir sebelum, semasa dan selepas proses penulisan itu dilaksanakan. Penguasaan kemahiran menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amat penting memandangkan kemahiran ini duji secara langsung dalam peperiksaan awam negara. Seandainya seseorang individu atau murid tidak dapat menguasai kemahiran tersebut sejak dari Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: dinhkhue

Post on 29-Jun-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

69 | MEDC 2018

ANALISIS TEMATIK DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

(PDPC) PROSES PENULISAN KARANGAN ARGUMENTATIF BERASASKAN

KBAT: PEMAHAMAN DAN AMALAN PEDAGOGI GURU

BAHASA MELAYU TINGKATAN EMPAT

*1MARZNI MOHAMED MOKHTAR, 2ROHIZANI YAAKUB, 3FADZILAH AMZAH &

4MARNI JAMIL 1,2,3Universiti Sains Malaysia

4KDU University College, Glenmarie Shah Alam *[email protected]

Abstrak: Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan

pedagogi berkaitan kandungan ilmu penulisan, binaan sesebuah penulisan dan strategi pembinaan

pertautan dan strategi untuk memastikan murid berupaya menguasai kemahiran menulis pelbagai wacana.

Selaras dengan keperluan meneliti penyampaian guru berkaitan ilmu penulisan, kajian ini dilaksanakan

untuk meneliti pemahaman dan amalan pedagogi guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat terhadap

pembelajaran dan pemudahcaraan (seterusnya PdPc) proses penulisan karangan argumentatif berasaskan

kemahiran berfikir aras tinggi (seterusnya KBAT). Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan

kajian kes kualitatif. Dua orang peserta kajian dilibatkan secara sukarela dan kajian ini dilaksanakan di

sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah daerah di Selangor. Bagi mengumpulkan data yang bermakna

daripada kedua-dua peserta kajian, temu bual secara mendalam bersama-sama kedua-dua peserta kajian

telah dilakukan sebanyak 14 kali sehingga data-data mencapai tahap ketepuan. Seterusnya, dapatan kajian

dianalisis dengan menggunakan analisis tematik untuk membentuk kriteria dan tema bagi meneliti

pemahaman dan amalan pedagogi kedua-dua peserta kajian bagi PdPc proses penulisan karangan

argumentatif. Dapatan kajian memperlihatkan tema utama terdiri daripada variasi karangan argumentatif

yang mendasari pemahaman guru dan faktor pemilihan karangan argumentatif sebagai tugasan menulis

dan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah sebagai amalan pedagogi guru dalam PdPc. Secara

keseluruhannya, pemahaman dan amalan pedagogi guru terhadap PdPc proses penulisan karangan

argumentatif berasaskan KBAT dalam kajian ini terbukti dapat membantu murid meningkatkan

penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah.

Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi, analisis tematik, KBAT

_____________________________________________________________________________________

PENGENALAN

Aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (seterusnya PdPc) Bahasa Melayu berupaya

menawarkan peluang dan ruang kepada murid-murid untuk menguasai dan menggunakan

struktur bahasa yang difahami dengan tepat mengikut konteks penggunaannya, khususnya

dalam penulisan karangan (Yusfaiza & Mohd Isha, 2012). Hal ini demikian kerana kemahiran

menulis merupakan kemahiran berbahasa tertinggi dan kompleks untuk dikuasai dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Malah, kemahiran menulis juga lebih mencabar untuk diajar kepada

murid kerana kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis sepenuhnya.

Keadaan ini disebabkan keperluan kemahiran menulis itu sendiri yang memerlukan seseorang

individu berfikir sebelum, semasa dan selepas proses penulisan itu dilaksanakan.

Penguasaan kemahiran menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amat penting

memandangkan kemahiran ini duji secara langsung dalam peperiksaan awam negara.

Seandainya seseorang individu atau murid tidak dapat menguasai kemahiran tersebut sejak dari

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

70 | MEDC 2018

awal, maka adalah sukar untuknya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu

peperiksaan. Dengan itu, perancangan yang teliti dan berkesan seharusnya diambil oleh

seseorang guru dalam mengajar kemahiran menulis karangan kepada murid-murid dengan

mengambil kira aspek penguasaan guru terhadap pedagogi ilmu penulisan sama ada dari segi

konsep wacana, pendekatan yang bersesuaian, bahan bantu belajar, penerimaan dan pencapaian

murid dan sebagainya.

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Bentuk karangan yang bersifat hujahan turut dikenali sebagai wacana argumentatif.

Argumentatif merupakan wacana yang memperkukuhkan fakta bagi menyokong sesuatu

kenyataan ataupun penyataan dalam penulisan. Penulisan karangan argumentatif juga berupaya

untuk menghujahkan pandangan secara konsisten dan tepat, diikuti oleh penggunaan kosa kata

yang tepat untuk mewakili maklumat yang yang ingin disampaikan dalam bentuk

pembentangan, pendedahan dan kupasan yang terperinci dalam sesuatu perkara dan

kemudiannya dilaporkan dalam cara pembelaan melalui beberapa persoalan yang ditimbulkan

(Sulaiman & Ahmad Khair, 2007). Selain itu, kepelbagaian istilah dan makna argumentatif juga

dapat dan menimbulkan reaksi yang berbeza kepada individu (Amstrong & Fogelin, 2010;

Lamm & Everett, 2007; Nimehchisalem, 2011). Antaranya, argumentatif dapat dirujuk sebagai

penglibatan pandangan atau hujah antara dua pihak; argumentatif sebagai lambang kemarahan

antara individu manusia; argumentatif sebagai perdebatan antara individu dengan tujuan untuk

mengadili perdebatan tersebut dan akhirnya memberikan kemenangan kepada satu-satu pihak;

argumentatif membawa makna kebolehan menjana dan mempertahankan idea sendiri;

argumentatif merupakan wahana pemujukan bagi tujuan mendapatkan sokongan terhadap

gagasan yang dikemukakan; dan argumentatif difahami sebagai proses penerimaan sebarang

pandangan mahupun bantahan secara terbuka (Wood, 1998 & 2001; Lamm & Everett, 2007).

Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, konsep penulisan karangan argumentatif

sewajarnya diajarkan bersama penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Penggabungjalinan ini bertepatan dengan keperluan murid melampirkan fakta, bukti dan

maklumat yang relevan dalam membuat sesuatu hujah atau premis bagi menolak dan menangkis

tuduhan, alasan, andaian dan pendapat orang lain, mengulas ataupun mengutarakan cadangan

terhadap kes, kelemahan fakta oleh orang lain dan perbahasan hipotesis yang dibuat oleh orang

lain tentang sesuatu perkara dalam tatacara penulisan karangan argumentatif (Mohd Azhar,

2001; Wood, 1998& 2001). Selain itu, keupayaan murid untuk mengutarakan lebih daripada

pandangan dan perasaan yang bersifat peribadi berkaitan sesuatu subjek yang dibahaskan juga

merupakan sebahagian daripada tatacara penulisan karangan argumentatif (Moore &

MacArthur, 2011; Buchman & Jitendra, 2006; Coker & Erwin, 2011).

Dalam kajian ini, Model Penulisan Argumentatif Toulmin’s (1958) digunakan sebagai

kerangka asas untuk meneliti pemahaman dan amalan pedagogi guru Tingkatan 4 terhadap PdPc

proses penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT. Model ini digunakan dalam kajian

memandangkan model mini mudah difahami oleh guru dan murid di samping menepati konteks

penulisan karangan argumentatif di sekolah yang sering membicarakan mengenai faktor, punca,

sebab, kesan dan langkah bagi sesuatu isu yang dibahaskan. Model ini terdiri daripada enam

komponen iaitu data (data), hujah (claim), andaian (warrant), sokongan (backing),

penambahjelasan hujah (qualifier) dan pematahan hujah (rebuttal) (Toulmin, 1958; Nureeyah,

2015). Data, hujah dan andaian merupakan tunjang utama dalam proses melakukan argumentasi

manakala komponen sokongan, pematahan hujah dan penambahjelasan berfungsi sebagai

elemen tambahan untuk menyokong pernyataan sesuatu premis yang ingin dibahaskan. Hujah

dan andaian biasanya mempunyai pertalian yang diperoleh menerusi data (Mayberry, 2002) bagi

mendirikan sesuatu hujah. Di sinilah akan wujudnya peranan elemen sokongan sekiranya hujah

yang dilakukan tidak mendapat persetujuan umum dan diperjelaskan melalui hujah sokongan.

Elemen kelima iaitu penambahjelasan hujah menggunakan perkataan seperti untuk

mencadangkan sesuatu yang sangat kukuh dan perkataan sekiranya pula untuk mengukukuhkan

hujah yang telah dibuat. Pematahan hujah digunakan bagi menolak sebarang premis hujah yang

Page 3: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

71 | MEDC 2018

tidak diyakini sokongannya dan penambahjelasan hujah. Pertautan antara keenam-enam elemen

penulisan ini dapat diteliti pada rajah 2.1:

Rajah 1: Model Penulisan Argumentatif Toulmin’s (1958)

Kajian ini juga melihat pada pandangan yang dikemukakan oleh Robert J. Marzano (1993) yang

membina Dimensi Pembelajaran Marzano (DPM). DPM merujuk kepada sebuah model

pengajaran yang praktikal untuk digunakan oleh guru bagi meningkatkan kualiti Pdp dalam apa

jua bidang. DPM (1993) dapat menjadikan seseorang individu lebih memahami tentang

kemahiran berfikir diri sendiri serta kelemahan dan kekuatan diri kerana kita dapat memahami

setiap aspek dan mengetahui bagaimana aspek-aspek tersebut berinteraksi (Yee Mei Heong et

al., 2010b & Yee Mei Heong, 2015). DPM (1993) terdiri daripada lima dimensi pembelajaran

iaitu (i) dimensi sikap dan persepsi; (ii) dimensi memperolehi dan menyepadukan pengetahuan;

(iii) dimensi memperluas dan menyempurnakan pengetahuan; (iv) dimensi menggunakan

pengetahuan yang bermakna; dan (v) dimensi tabiat pemikiran (Tarleton, 1992; Marzano, Debra

& Jay, 1993; Yee Mei Heong et al., 2011; Marzano, 2013; Mohamad Shukri Ismail, 2016; Yee

Mei Heong et al., 2016; Mohamad Nizam Arshad, Noor Azean Atan, Abdul Halim Abdullah,

Mahani Mokhtar, Mohd Salleh Abu, 2017).

Sikap dan persepsi bagi dimensi pembelajaran dapat diteliti dalam dua aspek iaitu (i)

sikap dan persepsi terhadap iklim pembelajaran di dalam bilik darjah; dan (ii) sikap dan persepsi

murid terhadap tugasan yang diberikan oleh guru (Waras Kamdi, 2002). Dimensi memperolehi

dan menyepadukan pengetahuan digunakan bagi membantu murid memperoleh dan

menyepadukan pengetahuan baharu adalah salah satu aspek penting dalam pembelajaran (Yee

Mei Heong et al., 2010a). Murid memperoleh pengetahuan deklaratif dan pengetahuan

prosedural dengan cara yang berbeza seperti melakukan eksperimen, membaca maklumat,

menyemak karangan, dan sebagainya. Aspek ketiga dalam DPM merujuk kepada bagaimana

murid memperluas dan menyempurnakan pengetahuan. Proses pembelajaran tidak berhenti

dengan memperoleh dan menyepadukan pengetahuan (Yee Mei Heong et al., 2010a). Murid

harus mengembangkan pemahaman secara mendalam melalui kemahiran memperluaskan dan

menyempurnakan pengetahuan mereka. DPM keempat merujuk kepada bagaimana murid

menggunakan pengetahuan yang bermakna. Pembelajaran yang paling berkesan berlaku ketika

kita menggunakan pengetahuan untuk melakukan tugasan-tugasan yang bermakna (Yee Mei

Heong et al., 2010a). Dalam dimensi pembelajaran ini, terdapat lima kemahiran yang boleh

digunakan untuk menggalakkan penggunaan pengetahuan yang bermakna, iaitu membuat

keputusan, menyelesaikan masalah, inkuiri eksperimen, mereka cipta dan menyiasat (Waras

Kamdi, 2002; Yee Mei Heong et al., 2010a; Yee Mei Heong et al., 2011; Marzano, 2013;

Mohamad Shukri Ismail, 2016; Yee Mei Heong et al., 2016; Mohamad Nizam Arshad, Noor

Azean Atan, Abdul Halim Abdullah, Mahani Mokhtar, Mohd Salleh Abu, 2017). Tabiat

Pemikiran merupakan DPM yang terakhir. Dalam dimensi ini, pembelajaran yang

mengembangkan tabiat pemikiran akan membolehkan seseorang untuk berfikir kritis, kreatif

dan mengawal tingkah laku (Yee Mei Heong et al., 2010a). Rajah 2 menunjukkan keseluruhan

dimensi pembelajaran yang terdapat dalam model DPM (1993):

Page 4: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

72 | MEDC 2018

Rajah 2: Model Dimensi Pembelajaran Marzano (1993)

PERNYATAAN MASALAH

Isu amalan pedagogi guru dalam PdPc bukanlah sesuatu yang baharu dalam penyelidikan

pendidikan. Guru berperanan penting dalam merencanakan proses PdPc dengan tujuan

memberikan input pengetahuan kepada murid di samping memberikan pengalaman yang

bermakna kepada murid. Hal ini amat bergantung kepada keupayaan guru untuk menggunakan

kepelbagaian kaedah dan pendekatan pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid dan

mengekalkan perhatian mereka di dalam bilik darjah. Penekanan terhadap elemen KBAT juga

memerlukan usaha guru menggunakan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

efektif dalam proses PdPc berasaskan KBAT bagi mengembangkan minda murid (Wan Mat &

Norkhairiah, 2011; Sharifah Nor, Nor Adibah, Mohd Mahzan & Aliza, 2012). Namun begitu

dari segi pelaksanaannya, khasnya yang melibatkan KBAT dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu masih kurang diamalkan (A.Rahman, Jamaludin & Zamri, 2015).

Isu yang berkait rapat dengan pelaksanaan PdPc berasaskan KBAT dapat dilihat menerusi

dua isu utama iaitu amalan pengajaran guru dan penguasaan murid terhadap KBAT. Guru-guru

ditemui kurang bersedia dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk

mengajar KBAT, tidak menyampaikan ilmu pengetahuan mengikut aras taksonomi kognitif,

bersikap selesa dengan amalan pengajaran konvesional seperti chalk and talk berbanding

kaedah pengajaran dua hala sebagaimana yang disarankan oleh KPM, di samping ditemukan

juga isu berkaitan penglibatan murid, memanfaatkan sumber pendidikan serta kualiti latihan dan

tugasan merupakan penyumbang kepada kualiti PdPc berasaskan KBAT yang dilaksanakan oleh

guru (Baharuddin, 2006; Md. Yusof, 2006; Nooriza & Effandi, 2015). Guru juga didapati lebih

mudah untuk mengajar murid mengingati fakta dan kemudian menilai pengetahuan murid

melalui ujian aneka pilihan tetapi sukar bagi guru untuk mengajar murid untuk menganalisis,

mensintesis dan menilai sesuatu kandungan pelajaran (Musliha Salma, 2010). Hal ini dilihat

bertentangan dengan penetapan objektif pembelajaran yang memerlukan guru memberikan

tumpuan terhadap pemikiran aras tinggi yang terdiri daripada rangkuman aras aplikasi, sintesis

dan analisis, pemikiran yang mencapah dan peluang untuk menyusun idea-idea. Justeru, kajian

ini amat penting dilaksanakan bagi meneroka pemahaman dan amalan pedagogi guru Bahasa

Melayu terhadap PdPc penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT dalam konteks

sebenar dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif.

DPM5

TABIAT

PEMIKIRAN

DM1 SIKAP & PERSEPSI

DM

2-

Mem

per

ole

hi

Da

n

Men

yep

ad

uk

an

Pen

geta

hu

an

DM

3 -

Mem

per

lua

ska

n &

Men

yem

pu

rn

ak

an

Pen

geta

hu

an

DM

4 -

Men

gg

un

ak

an

Pen

geta

hu

an

Ya

ng

Berm

ak

na

PERKEMBANGAN PENGETAHUAN

Page 5: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

73 | MEDC 2018

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pemahaman dan amalan pedagogi guru Bahasa Melayu

Tingkatan Empat terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) proses penulisan karangan

argumentatif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah menengah.

SOALAN KAJIAN

Berikut ialah soalan kajian yang dibina bagi mencapai objektif kajian:

i. Apakah pemahaman guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat terhadap PdPc proses

penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT?

ii. Bagaimanakah guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat melaksanakan amalan pedagogi

dalam PdPc proses penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT?

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan kualitatif dapat ditafsirkan sebagai proses inkuiri untuk memahami masalah sosial

atau masalah manusia, berdasarkan kepada gambaran yang menyeluruh dan kompleks, melalui

pandangan informan yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan sebenar dan semula jadi

(Cresswell, 2013 & Othman Lebar, 2017). Pengkaji menggunakan reka bentuk penyelidikan

kualitatif bagi meneroka tingkah laku, perspektif perasaan dan pengalaman guru Bahasa Melayu

dan apa yang dihadapi dalam khidmat mereka sebagai guru. Pengkaji juga arif akan tugas yang

perlu digalas dalam membuat penyelidikan kualitatif. Hal ini demikian sifat kajian kualitatif

yang menarik dan melibatkan proses yang mencabar. Data yang banyak dan berkualiti dapat

diperoleh dan seterusnya membuka peluang untuk pengkaji meneroka sesuatu yang kompleks

dan melibatkan cara yang berbeza untuk menghadapi dunia sosial. Kajian kualitatif juga

mengutamakan proses dinamik kerana pengkaji kualitatif perlu berhadapan dengan cabaran

untuk mengalami pengalaman responden. Kajian kualitatif juga memerlukan pengkaji membina

konseptual sendiri untuk memahami dan melakukan interpretasi terhadap data yang dibekalkan

oleh responden atau informan kajian (Suppiah Nachiappan, 2017).

Kajian ini telah melibatkan penyertaan dua orang guru Bahasa Melayu Tingkatan

Empat yang mengajar di sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Banting, Selangor. Guru ini

dilabel sebagai GA dan GB, kedua-duanya melibatkan diri dalam kajian ini secara sukarela

untuk membekalkan data-data kajian. Pengkaji menggunakan teknik persampelan bertujuan

(purposive sampling) kerana peserta kajian merupakan pakar kerana memiliki informasi yang

bermakna terhadap sesuatu isu yang dikaji (Mason, 2002; Maxwell, 2008 & Merriam, 1988 &

2009). Proses pengumpulan data melibatkan temu bual mendalam antara kedua-dua peserta

kajian dengan pengkaji. Triangulasi data berlaku dalam kajian ini menerusi triangulasi sumber

data-data diperoleh iaitu penglibatan peserta kajian kerana data-data diperoleh daripada dua

individu yang berlainan (Cresswell & Miller, 2000). Temu bual antara kedua-dua peserta kajian

dilakukan sebanyak 14 kali bagi membolehkan data-data mencapai tahap ketepuan (saturation

point) sebelum tema terakhir dibina bagi soalan kajian berkaitan pemahaman dan amalan guru

terhadap PdPc proses karangan argumentatif berasaskan KBAT.

Selanjutnya, data-data dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis tematik.

Analisis tematik digunakan bagi mengkategorikan data-data dan membentuk tema yang

berpadanan untuk menjawab soalan kajian dalam kajian ini. Analisis tematik ini dimulakan

dengan tahap pemulaan menganalisis data dan diikuti oleh proses lanjutan iaitu memasuki

bahagian pembinaan kod dan diakhiri dengan bahagian pemaparan data dalam bentuk matriks

atau jadual, jaringan, peta konsep, carta alir, rajah bagi memudahkan pembaca untuk meneliti

penemuan kajian yang diperoleh.

Page 6: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

74 | MEDC 2018

Di samping itu, kajian ini juga menggunakan tiga jenis pengekodan iaitu (i) pengekodan

umum (open coding); (ii) pengekodan kelompok (axial coding); dan (iii) pengekodan terpilih

(selective coding) (Merriam, 1988, & 2009) bagi mendapatkan dapatan kajian yang dipadankan

bersama teori kajian pada akhir proses penganalisisan data. Ketiga-tiga jenis kod ini juga

dikenali sebagai pengekodan deskriptif (descriptive coding) yang bertujuan untuk

mengumpulkan kesemua kod pada awalnya, kemudiannya melalui proses pengekodan mengikut

topik (topic coding) dan akhirnya dihimpunkan bagi membentuk sesuatu konsep atau tema iaitu

pengekodan analitik (analytic coding) (Morse & Richards, 2002; Gibbs, 2007). Ringkasan bagi

analisis tematik yang digunakan dalam kajian ini diperlihatkan dalam Rajah 3:

Rajah 3: Contoh Pembinaan Analisis Tematik Dapatan Kajian (Marzni, 2018)

Page 7: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

75 | MEDC 2018

DAPATAN KAJIAN

Adalah penting untuk guru memahami apakah yang dimaksudkan dengan karangan

argumentatif sebelum diajarkan kepada murid sewaktu berlangsung PdPc di dalam bilik darjah.

Bagi meneliti pemahaman guru, analisis tematik dapatan kajian menunjukkan bahawa guru

yakin bahawa karangan argumentatif mempunyai tiga variasi uatam iaitu karangan fakta,

karangan pendapat dan karangan perbahasan. Bagi dapatan kajian soalan kedua iatu amalan

pedagogi guru, analisis tematik yang dibina membuktikan bahawa guru melakukan amalan

pedagogi yang terdiri daripada (ii) faktor pemilihan karangan argumentatif sebagai tugasan

menulis; dan (ii) kaedah pengajaran yang digunakan bagi melaksanakan PdPc berasaskan

KBAT dalam penulisan karangan argumentatif.

Pemahaman Guru Terhadap PdPc berasaskan KBAT dalam Penulisan Karangan

Argumentatif

Kedua-dua peserta kajian, GA dan GB berjaya mengutarakan pandangan mereka terhadap

variasi karangan bagi penulisan wacana argumentatif. Pandangan ini adalah berdasarkan

kepada pengalaman mengajar dan pengetahuan GA dan GB terhadap konsep penulisan

karangan argumentatif dalam PdPc berasaskan KBAT. Dalam kajian ini, variasi karangan

argumentatif terdiri daripada karangan fakta, karangan pendapat dan karangan perbahasan. GA

dan GB memperincikan interpretasi kedua-dua peserta kajian, GA dan GB bagi variasi karangan

argumentatif dalam Jadual 4:

Jadual 4: Perincian Temu Bual bagi Variasi Karangan Argumentatif

Variasi Karangan

Argumentatif

Perincian Temu Bual Peserta Kajian

i) Karangan Fakta

hah melampirkan fakta, jadi dia hampir samalah seperti karangan

fakta dan juga karangan perbahasan ni, ada persamaanlah

(TB11GA/ baris 28-29).

ii) Karangan

Perbahasan

errr karangan perbahasan memang sangat perlukan fakta errr dan

berfakta tu perlu kita perkenalkan pada pelajar (TB11GB/ baris

37-38).

karangan perbahasan tu perlu diajar di hujung tahun (TB11GA/

baris 154-155); hujung tahun, itu berdasarkan dia errr apa

rancangan pengajaran tu kan tapi errr apa apa kadang kadang

kita tengok juga lah (TB11GA/ baris 157-159).

kumpulan pelajar yang boleh menjawab soalan begini errr

biasanya mereka yang ada pengalaman berbahas (TB11GA/ baris

112-113).

iii) Karangan

Pendapat

karangan pendapat dan perbincangan errr memang kalau ikut dari

segi sukatan dikelompokkan dalam kumpulan yang sama (TB7GB/

baris 292-293).

pendapat itu pendapat errr errr sama ada logik, errr ataupun yang

boleh dicapailah, yang boleh dilakukan oleh pelakunya, kemudian

ada sokongan, errr sokongan ada sumberlah, untuk menyokong

pendapat tersebut untuk argumentatif. (TB7GB/ baris 301-304).

Page 8: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

76 | MEDC 2018

Amalan Pedagogi Guru terhadap PdPc Proses Penulisan Karangan Argumentatif

Berasaskan KBAT

Kedua-dua peserta kajian mempunyai keyakinan yang utuh terhadap amalan pedagogi yang

dilakukan dalam PdPc proses penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT. Dengan

menggunakan analisis tematik, tema yang terbentuk bagi dapatan kajian ini ialah (i) faktor

pemilihan karangan argumentatif sebagai tugasan menulis; dan (ii) kaedah pengajaran yang

digunakan merupakan amalan pedagogi yang mempengaruhi guru Bahasa Melayu Tingkatan

Empat melaksanakan PdPc proses penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT.

(a) Faktor Pemilihan Karangan Argumentatif sebagai Tugasan Menulis

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan karangan argumentatif yang menjadi pilihan bagi

tugasan menulis karangan di dalam bilik darjah mahupun peperiksaan awam. Faktor pemilihan

karangan argumentatif sebagai tugasan menulis ini terdiri daripada tajuk atau isu karangan, kata

kunci soalan, dimensi karangan, format penulisan karangan argumentatif dan format

peperiksaan. Berikut ialah perincian interpretasi GA dan GB terhadap faktor pemilihan

karangan argumentatif dalam Jadual 5:

Jadual 5: Perincian Temu Bual bagi Faktor Pemilihan

Karangan Argumentatif

Faktor Pemilihan Perincian Temu Bual Peserta Kajian

i) Tajuk atau Isu

Karangan

ha lebih dekat dengan diri mereka (TB6GA/ baris 40); kita nampak

jadi kita bagi tajuk tu diorang nampak suka dengan tajuk tu,

banyak cerita pasal diri mereka sendiri (TB6GA/ baris 42-43)

seperti berbincang masalah remaja kan (TB6GA/ baris 37-38) dan

sebenarnya jiran ni mungkin menyebabkan mereka kurang

minatlah tentang tajuk-tajuk semangat kejiranan tu. (TB6GA/ baris

54-56).

ii) Kata kunci soalan

mencari cara, faedah, keburukan, ke…ke apa kelebihan hmm

(TB8GA/ baris 60-61); sama ada dia perlukan cara atau dia

perlukan langkah mengatasi atau dia nak perlukan kesan (TB8GA/

baris 76-78).

errr pilih dulu kata kunci (TB12GB/ baris 140) dan tengok kata

kunci karangan tu mengkehendaki kita jawab atas peranan kita

sebagai apa (TB12GB/ baris 142-143).

iii) Dimensi

Karangan

errr kalau ikut asas macam kita belajar teknik errr DIKEMASIN,

Diri Keluarga, Masyarakat, Negara errr mereka telah didedahkan

lah tentang dimensi-dimensi tu cuma bila bertukar temalah

(TB12GB/ baris 102-104).

Soalan yang ditanya tu mana. Contoh kan, ape…ape berikan

pendapat anda tentang masalah keluarga ....Ha dia ceritalah pihak

kerajaan perlu amik ni… tak kenalah isu diorang. Contoh kerajaan

kena jadikan, kita nak pendapat dia tentang keluarga, bukan minta

pendapat kerajaan tentang keluarga. Kita bukan tanya apa

langkah-langkah kerajaan yang kerajaan dah buat untuk keluarga.

Tanya pendapat dia, jadi kena jawab dimensi dia (TB3GA/ baris

33-42).

iv) Format Penulisan

aaa pada sayalah errr pelajar lebih mudah untuk diajar

karangan…karangan argumentatif sebab strukturnya sama sahaja,

lebih kurang sama, cuma tinggal nak mengesan kata kunci

Page 9: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

77 | MEDC 2018

berkaitan dan menjawab soalan berkaitan tu kena ikut cara tu

(TB7GB/ baris 411).

ikut kemahiran menulis hah sebenarnya dalam konteks kita nak

memastikan pelajar dapat kemahiran menulis yang betul, kalau

ikut yang betulnya kena ikut prinsip atau proses menulis yang

sepatutnyalah (TB7GB/ baris 131-133).

v) Format

Peperiksaan

Memang KBAT. 4 atau 5 bergantung pada soalan hah bergantung

pada tahun tersebutlah. Kadang-kadang dia letak 3 ja soalan

KBAT, maknanya perbincangan, fakta, perbahasan ataupun surat

ke dan sebagainya tu kan kemudian ada 2 lagi kadang-kadang dia

ceritalah tentang hah berbentuk yang mudah-mudah sikitlah kan

(TB8GA/ baris 184-188).

(b) Kaedah Pengajaran Guru dalam PdPc Proses Penulisan Karangan

Argumentatif

Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang digunakan oleh kedua-dua peserta kajian bagi

melaksanakan PdPc proses penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT. Dapatan kajian

menunjukkan kedua-dua peserta kajian menggunakan kaedah pengajaran yang terdiri daripada

(i) kaedah perbahasan; dan (ii) kaedah Pembelajaran Abad ke-21. Bagi kaedah PAK21, pengkaji

telah mendapati bahawa GA dan GB menggunakan empat aktiviti utama dalam PAK21 untuk

menerapkan KBAT dalam PdPc proses penulisan karangan argumentatif. Keempat-empat

aktiviti PAK21 ini terdiri daripada round table (rundingan meja bulat), pair-think-share

(perkongsian), pembentangan dan gallery walk. Berikut ialah perincian interpretasi GA dan GB

terhadap kaedah pengajaran yang menjadi amalan pedagogi mereka dalam Jadual 6:

Jadual 6: Perincian Temu Bual bagi Kaedah Pengajaran Peserta Kajian

Kaedah Pengajaran Perincian Temu Bual Peserta Kajian

i) Kaedah

Perbahasan

GA:Ok kita tengok mula dari belakang. Sila kumpulan pertama

Murid: Bismillahirrahmanirrahim, sekalung aspresiasi buat Tuan

Yang Dipertua, Ahli-ahli kerajaan yang saya banggakan, trio

pembangkang yang saya muliakan. Seterusnya warga dewan yang

bersidang, Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia

dan salam perdebatan saya ucapkan.Saya di barisan kerajaan

menyokong penuh tajuk yang telah digagaskan iaitu pemuliharaan

bandar warisan adalah lebih penting daripada membina bandar

moden. Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada

Tuan Yang Dipertua, para hakim yang sentiasa menjunjung

keadilan, barisan pihak pembangkang dan para hadirin sekalian.

Kami selaku pihak pencadang amat menyokong tajuk perbahasan

kita pada pagi ini iaitu Pemuliharaan Bandar Warisan adalah

lebih Penting daripada Membina Bandar. Baik, ok kemudian

bergerak kepada pendefinisian.

(RV7/ minit 60.43- 63.25)

ii) Kaedah

Pembelajaran

Abad ke-21

(PAK21)

Round Table

GB: Aktiviti berkumpulan hah errr terutamanya errr letakkan

anak-anak pelajar yang mahir dan kurang mahir tu berapa dalam

satu kumpulan dan ada errr nilah tanggungjawab ataupun peranan

mereka yang mahir untuk bimbing rakan-rakan yang kurang mahir

hah di samping bimbingan kita lah setiap kali mereka err mereka

sedang jalankan aktiviti, kita lihatlah apa yang sedang dibimbing

Page 10: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

78 | MEDC 2018

tu takut nanti tersilap dari segi format ataupun apa-apa

(TB10/baris 299-305).

Pair-Think-Share

GA: pair-think-share merupakan share, share, share share

maksudnya to share kita kongsi bahan kita dengan rakan kita di

sebelah, kita ceritakan, apa yang dia tahu, apa yang dia ingin tahu

dan mungkin apa yang bila kawan dia sebelah dia, dengar

penceritaan dari kawan sebelah mungkin dia ada pelajari sesuatu

ooo rupanya kalau kita katakan tadi kan semangat kejiranan

rupanya kita perlukan apa menziarahi ataupun kenal saja tak

cukup, perlu datang rumah dia ziarah macam tulah (TB6/baris

236-242)

Pembentangan Hasil Kerja Sendiri

Gallery Walk

GA: dalam kumpulan tu siapkan tugasan ok, tugasan kemudian

kita gantungkan tugasan, kemudian kita tampal hasil tugasan

kumpulan tadi. Kumpulan lain akan menilai (TB8/baris 410-412).

PERBINCANGAN

Meneliti tema yang terhasil daripada pemahaman dan amalan pedagogi guru melaksanakan

PdPc penulisan karangan argumentatif berasaskan KBAT, tema-tema ini dilihat berpadanan

dengan saranan Toulmin’s (1958). Kedua-dua peserta kajian berjaya mengemukakan dapatan

kajian yang memperihalkan konteks sebenar yang berlaku di dalam bilik darjah bagi PdPc

proses penulisan karangan argumentatif. Berdasarkan kepada Model Penulisan Argumentatif

Toulmin’s (1958), tiga komponen utama iaitu data, hujah dan andaian dilihat bertepatan dengan

interpretasi kedua-dua peserta kajian bagi variasi karangan argumentatif yang diajarkan kepada

murid. Hal ini dibuktikan menerusi penjelasan mereka bahawa murid perlu melampirkan fakta,

bukti, penyataan sumber yang digunakan dalam proses penulisan karangan argumentatif. Selain

itu bagi komponen sokongan, pematahan hujah dan penambahjelasan berfungsi sebagai elemen

tambahan untuk menyokong pernyataan sesuatu premis yang ingin dibahaskan juga dinyatakan

oleh kedua-dua peserta kajian menerusi variasi karangan argumentatif iaitu karangan

perbahasan yang dapat ditulis dengan baik bagi murid yang mempunyai pengalaman melibatkan

diri dengan aktiviti perbahasan.

Berikutnya, kedua-dua peserta kajian melaksanakan amalan pedagogi penulisan

karangan argumentatif berasaskan KBAT dengan memberikan perhatian pada faktor pemilihan

karangan argumentatif sebagai tugasan dan kaedah pengajaran guru. Faktor pemilihan karangan

Page 11: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

79 | MEDC 2018

argumentatif terdiri daripada tajuk atau isu karangan, kata kunci soalan, dimensi karangan,

format penulisan dan format peperiksaan. Bagi faktor pemilihan tajuk, dapatan kajian ini dilihat

mempunyai persamaan dengan kajian Wolfe, Britt, & Butler (2009) dan kajian Sahlan,

Shalinawati & Saemah (2013) yang menegaskan bahawa pemilihan tajuk tugasan amat

mempengaruhi minat dan keupayaan murid untuk menulis. Justeru, guru perlu memberikan

pertimbangan yang sewajarnya dalam menentukan tajuk karangan argumentatif dalam

membolehkan murid menguasai proses penulisan karangan argumentatif. Bagi faktor pemilihan

format penulisan karangan argumentatif dan memenuhi format peperiksaan, dapatan yang sama

ditemukan bagi model Binaan Wacana Argumentatif (Ali, 2005) dan kajian Hyland, 1990;

Abdul Jalil, Mahzan & Rahmad Sukor, 2008; Wei Zhu, 2001; dan A. Rahman, Jamaludin &

Zamri (2015). Adalah penting untuk guru mengajarkan murid dengan tatacara yang tepat

menerusi pengorganisasian idea dan struktur binaan esei argumentatif yang terdiri daripada

penulisan idea utama yang disertakan bersama hujah, bukti dan fakta serta penggunaan laras

bahasa persuasif dalam memastikan murid menyempurnakan tugasan menulis karangan

argumentatif.

Selain itu, faktor pemilihan karangan argumentatif seperti kata kunci soalan dan

dimensi karangan merupakan penemuan baharu dalam kajian ini memandangkan kajian ini

dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif. Berpandukan

kepada pengalaman mengajar di sekolah berasrama penuh, kedua-dua peserta kajian

menjelaskan bahawa aspek penggunaan kata kunci dan dimensi karangan dalam PdPc guru amat

membantu dalam menarik minat murid memahami dan menguasai tatacara penulisan karangan

argumentatif dengan mudah. Hal ini demikian kerana menurut GA dan GB, karangan

argumentatif mempunyai struktur penulisan yang sama dan murid dapat menguasai tatacara

penulisan dengan hanya menggantikan kata kunci soalan yang tertentu bagi menjawab tugasan

menulis karangan argumentatif.

Berikutnya, kaedah perbahasan merupakan kaedah pengajaran utama bagi amalan

pedagogi kedua-dua peserta kajian untuk menerapkan KBAT dalam PdPc penulisan karangan

argumentatif. Amalan ini dilihat menyamai dapatan kajian Mohd Azhar Abdul Hamid (2001);

Norasmah Othman & Shuki Osman (2009); Nurhidayu Salleh (2012), Norhasni Zainal Abiddin

(2014). Penggunaan kaedah perbahasan sebagai kaedah pengajaran amat bersesuaian bagi

menggalakkan murid berfikir secara KBAT. Hal ini kerana kaedah perbahasan membuka

peluang dan ruang kepada murid memantapkan pemikiran, pandangan, mahupun pengetahuan

yang dipertautkan bersama hujah, sokongan, bukti dan huraian yang berpadanan untuk mencari

penyelesaian bersama terhadap isu yang dibincangkan secara lisan terlebih dahulu sebelum

murid mula menyempurnakan tugasan menulis karangan argumentatif.

Selanjutnya, kaedah pengajaran yang diamalkan oleh kedua-dua peserta kajian dalam

menerapkan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif ialah kaedah pembelajaran

abad ke-21 (PAK21). Kaedah PAK21 merujuk kepada pembelajaran kolaboratif dan

berpusatkan murid. Dapatan kajian ini berpadanan dengan pandangan Mohamed Amin Embi

(2016) dan Azhar Ahmad (2017) yang menjelaskan bahawa kaedah PAK21 merupakan

pembelajaran yang dapat menarik minat murid, bersifat terbuka dan dilakukan secara interaktif

untuk membimbing murid menguasai proses penulisan karangan argumentatif. Kepercayaan

peribadi kedua-dua peserta kajian ini wujud hasil bimbingan yang diperoleh daripada guru pakar

dan guru cemerlang (SISC+) dalam usaha membantu guru melaksanakan kaedah pengajaran

baharu di dalam bilik darjah.

Secara kesimpulannya, proses penulisan karangan argumentatif dalam PdPc berasaskan

KBAT yang dilakukan oleh guru dalam kajian ini dilihat bertepatan dengan kajian-kajian lepas

dan menepati komponen yang terdapat dalam model yang digunakan dalam kajian ini. Amalan

pedagogi yang tepat ini pastinya dapat memandu guru melaksanakan PdPc proses penulisan

karangan argumentatif berasaskan KBAT dengan sebaiknya bagi membentuk generasi murid

yang mempunyai keupayaan kognitif yang mampan memandangkan murid didedahkan dengan

budaya penulisan berasaskan fakta dan bukti yang kukuh bagi menyokong idea yang

dikemukakan.

Page 12: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

80 | MEDC 2018

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Dalam merencanakan proses PdPc berasaskan KBAT, guru hendaklah terlebih dahulu

memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kuriklum, struktur dan organisasi kurikulum

dan sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang kompeten

mengenai mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk

menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai antara satu sama lain, mengendalikan

pengajaran bagi murid-murid pelbagai kebolehan dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif

dan kreatif untuk menjalankan proses PdPc (Mok, 2012). Malah, keberkesanan pengajaran

bergantung kepada kebolehan guru menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya

memudahkan aktiviti pembelajaran murid dan menimbulkan rangsangan kepada murid supaya

menggalakkan mereka belajar. Justeru, keberkesanan fungsi ini amat bergantung kepada

kemampuan guru mendukungi tanggungjawab tersebut di dalam bilik darjah. Menyedari

keperluan pentingnya guru menguasai kandungan pelajaran, kajian berkaitan pengetahuan dan

amalan guru dalam Pdp berasaskan KBAT perlu diteruskan pada masa hadapan.

Page 13: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

81 | MEDC 2018

RUJUKAN

Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad dan Rahmad Sukor Ab. Samad. (2008). Penggunaan

Kohesi Gramatikal dan Leksikal dalam Mod Penulisan Argumentatif dan Ekspositori.

Masalah Pendidikan 31 (1), hlm. 135-146.

Ali Haji Mahmood. (2005). Kesan Latihan Wacana Secara Sistematik Terhadap Kemahiran

Menulis Esei Argumentatif. Disertasi Doktor Falsafah. Fakulti Bahasa Moden dan

Komunikasi : Universiti Putra Malaysia.

Armstrong, W.S. & Fogelin, R. (2010). Understanding Arguments An Introduction to Informal

Logic Eigth Edition. United State: Wadsworth Cengage Learning.

Baharuddin Jabar. (2006). Perspektif Pelajar terhadap Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah di Sekolah Menengah: Satu

Kajian Kes Di Daerah Hilir Perak. Laporan Geran Penyelidikan. Fakulti Sains

Sosial dan Kemanusiaan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Brudvik, O.C., Hong, K.H., Chee, Y.S. & Guo, L. (2006). Assessing the Impact of a Structured

Argumentation Board on the Quality of Students' Argumentative Writing Skills.

Proceedings of The 14th International Conference on Computers in Education (hlm.

141-148). Amsterdam: IOS Press.

Buchman, A.D & Jitendra, A.K. (2006). Enhancing Argumentative Essay Writing of Fourth-

Grade Students With Learning Disabilities. Learning Disability Quarterly Winter

Volume 29, hlm 39-54.

Cho, K.L. & Jonassen, D.H. (2002). The Effects of Argumentation Scaffolds on Argumentation

and Problem Solving. ETR & D, Vol. 50, No.3, hlm. 5-22.

Coker, D.L., Jr. & Erwin, E. (2011). Teaching Academic Argument in an Urban Middle School

: A Case Study of Two Approaches. Urban Education 46 (2), hlm. 120-140.

Creswell, J.W. & Miller, D.L. (2000). Determining Validity in Qualitative Inquiry. Theory In

Practice, Volume 39, Number 3, hlm. 124-130.

Gibbs, G. (2007). Analyzing Qualitative Data. London: SAGE Publications Ltd.

Hyland, K. (1990). A Genre Description of the Argumentative Essay. RELC Journal Vol. 21

No. 1 June, hlm. 66-78.

Lamn, R. & Everett, J. (2007). Dynamic Argument. New York: Houghton Mifflin Company.

Marzano, R.J. (1992). A Different Kind of Classroom: Teaching with Dimensions of Learning.

Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development.

Marzano, R.J. (1993). How Classroom Teachers Approach the Teaching of Thinking. Theory

into Practice, Vol. 32, No. 3, Teaching for Higher Order Thinking (Summer), hlm.

154-160.

Marzano, R.J. (2009). Designing & Teaching Learning Goals & Objectives. Bloomington:

Marzano Research Laboratory.

Marzano, R.J. (2013). Becoming A High Reliability School…The Next Step in School Reform.

Bloomington: Marzano Research Laboratory.

Marzano, R.J., Pickering, D. & Brandt, R.S. (1990). Intergrating Intructionals Programs

Through Dimensions of Learning. Educational Leadership, February, hlm. 17-

24.

Marzano, R.J., Pickering, D. & Jay, M. (1993). Assessing Student Outcomes: Performance

Assessment Using the Dimensions of Learning Model. Virginia: Association for

Supervision and Curriculum Development.

Mason, J. (2002). Qualitative Researching. London: SAGE Publication, Inc.

Maxwell, J.A. (2008). Designing A Qualitative Study. Dalam Bickman L. & Rog, D.J., The

SAGE Handbook of Applied Social Research Methods (hlm. 214-253). California :

SAGE Publications Inc.

Mayberry, K.J. (2002). Everyday Arguments : A Guide to Writing and Reading Effective

Arguments. New York: Addison Wesley Longman, Inc.

Md.Yusof Dawam. (2006). Mengajar Kemahiran Berfikir Dalam Mata Pelajaran Bahasa

Melayu di Sekolah Rendah: Satu Kajian di Sebuah Sekolah di Mersing, Johor.

Disertasi Ijazah Sarjana. Fakulti Bahasa: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 14: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

82 | MEDC 2018

Merriam, S.B. (1988). Case Study Research In Education : A Qualitative Approach. San

Francisco: Jossey- BassPublishers.

Merriam, S.B. (2009). Qualitative Research A Guide to Design and Implementation: Revised

and Expanded from Qualitative Research Case Study Application in Education. San

Francisco : Jossey-Bass A Wiley Imprint.

Mohamad Nizam Arshad, Noor Azean Atan, Abdul Halim Abdullah, Mahani Mokhtar, Mohd

Salleh Abu. (2017). Learning The Strategy of Reasoning Through Marzano

Dimensional Mastery Learning Model Among Form Four Students for The Topic of

Differentiation. Sains Humanika 9: 1-4, hlm 1–7.

Mohd Azhar Abd Hamid. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Johor

Bahru:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Moore, N.S. & MacArthur, C.A. (2011). The Effects of Being A Reader and of Observing

Readers on Fifth-Grade Students' Argumentative Writing and Revising. Reading

and Writing Volume 25, Number 6, hlm. 1449-1478.

Morse, J.M & Richards, L. (2002). Read Me First For A User's Guide To Qualitative Methods.

California: SAGE Publications Inc.

Musliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui

Pembelajaran Berasaskan Masalah. Disertasi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Awam): Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia.

Nimehchisalem, V. (2011). Determining the Evaluative Criteria of an Argumentative Writing

Scale. English Language Teaching Vol. 4, No. 1 March, hlm 58-69.

Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Jurnal

Pendidikan Matematik, 3 (1), hlm. 1-12.

Nureeyah Maekong. (2015). Enhancing Students Argumentative Writing Performance and

Critical Thinking Skills Through Incorporation of Concept Mapping and Content-Based

Instruction. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan:

Universiti Sains Malaysia.

Nurhana Md Salleh, Kamila Ghazali & Mariyati Haji Mohd Nor. (2017). Penceritaan Digital

dalam Pemerolehan Leksikal Bahasa. GEMA Online™ Journal of Language Studies

Vol. 17(1) February, hlm 55-75.

Othman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjung

Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shahlan Surat, Shalinawati Ramli & Semah Rahman. (2013). Sumbangan Elemen Metakognitif

terhadap Pencapaian Penulisan Karangan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu November

Vol.3, Bil 2, hlm. 79-91.

Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis & Aliza Ali. (2012).

Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu November Vol., Bil

2, hlm. 19-31.

Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Seni Mengarang. Shah Alam: Karisma

Publications Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan. (2017). Kaedah Hermeneutik Kaedah Interpretasi Teks Secara Kualitatif.

Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tarleton, D. (1992). Dimensions of Learning: A Model for Enhancing Student Thinking and

Learning. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. Nova University.

Toulmin, S. E. (1958). The Uses of Argument. London: Cambridge University Press.

Wan Mat Sulaiman & Norkhairiah Hashim. (2011). Aplikasi Kemahiran Berfikir dalam

Pengajaran Pengetahuan Ugama Islam. Journal of Applied Research in Education,

Vol 15, No.1 & 2, hlm. 43- 58.

Waras Kamdi. (2002). Mengajar Berdasarkan Model Dimensi Belajar. Gentengkali: Jurnal

Guruan Dasar dan Menengah, Vol 4 (5 & 6), hlm. 29-35.

Wei Zhu. (2001). Performing Argumentative Writing in English: Difficulties, Processes and

Strategies. Tesl Canada Journal Vol. 19, No.1, WINTER, hlm. 34-50.

Page 15: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

83 | MEDC 2018

Wolfe, C.R., Britt, M.A. & Butler, J.A. (2009). Argumentation Schema and the Myside Bias in

Written Argumentation. Written Communication, Vol. 26, hlm. 183-209.

Wood, N.V. (1998). Perspectives On Argument : Second Edition. New Jersey : Prentice Hall

nternational.

Wood, N.V. (2001). Writing Argumentative Essays : Second Edition. New Jersey: Prentice Hall

International.

Yee Mei Heong. (2015). Kesan Manual Pengintegrasian Strategi Pembelajaran dan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi terhadap Penjanaan Idea Dalam Kalangan Pelajar Teknikal.

Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional:

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Yee Mei Heong, Jailani Md Yunos, Suzanna Ibrahim@Sulong, Widad Othman & Tee Tze

Kiong. (2010a). Pola Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano Berdasarkan Dimensi

Menggunakan Pengetahuan Bermakna. World Congress on Teacher Education for TVET

in Conjuctions with World Terachers Day Celebration. (Hlm. 1-8). Johor Bahru:

Universiti Tun Hussein On Malaysia.

Yee Mei Hong, Jailani Md Yunos, Widad Othman, Razali Hassan & Tee Tze Kiong. (2010b).

Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano dalam Penjanaan Idea.

Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2010 (MEDC) (Hlm. 1-11). Shah Alam :

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Yee Mei Heong, Jailani Md Yunos, Razali Hassan & Mimi Mohaffyza Mohamad. (2013).

Penilaian Kualiti Manual Pembelajaran Kendiri Pengintergrasian Gaya Pembelajaran

Kolb & Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano. International Conference On

Social Science Research (ICSSR) (Hlm. 1357-1368). Pulau Pinang:

Worldconferences.Net.

Yee Mei Heong, Lai Chee Sern, Tee Tze Kiong & Mimi Mohaffyza Mohamad. (2016). The

Role of Higher Order Thinking Skills in Green Skill Development. The 3rd

International Conference on Manufacturing and Industrial Technologies (ICMIT

2016). (Hlm. 1-5). Istanbul : MATEC Web of Conferences (Vol. 70, p. 05001).

Yee Mei Hong, Widad Othman, Jailani Md Yunos, Tee Tze Kiong, Razali Hassan & Mimi

Mohaffyza Mohamad. (2011). The Level of Marzano Higher Order Thinking

Skills among Technical Education Students. International Journal of Social Science

and Humanity, Vol. 1, No. 2, July, hlm. 121-125.

Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. (2012). Aplikasi Pembelajaran Jigsaw II dalam

Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 2,

Bil. 2, hlm. 62-70.

Page 16: M R Y F A M J Universiti Sains Malaysia KDU University ... · penguasaan kemahiran menulis karangan di bilik darjah. Kata kunci: karangan argumentatif, pemahaman, amalan pedagogi,

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

84 | MEDC 2018