karangan 2014

24
1. Semua negeri mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati. Ceritakan tentang tempat menarik yang terdapat di tempat kamu. Semua negeri mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati. Begitu juga dengan negeri saya iaitu negeri Kedah Darul Aman. Di negeri Kedah juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong. Antara tempat menarik yang terdapat di negeri Kedah ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan pulau peranginan yang cantik dan damai serta terkenal di dalam mahupun di luar negara. Ramai pelancong yang datang berkunjung ke pulau bebas cukai ini untuk melancong sambil membeli-belah. Pelbagai barangan bebas cukai seperti pinggan-mangkuk dan kain batik boleh didapati dengan harga yang agak rendah. Para pengunjung juga pasti tidak ketinggalan untuk membawa pulang minyak gamat sebagai ole-ole. Para pengunjung yang datang ke pulau ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Selain itu juga, terdapat kereta kabel menuju ke Gunung Machinchang. Di puncak Gunung Machinchang kita dapat melihat pemandangan yang indah serta menikmati udara yang sejuk dan nyaman ketika berada di puncak gunung tersebut. Selain itu, di negeri Kedah juga terdapat sebuah lagi tempat menarik iaitu Muzium Padi. Muzium Padi terletak di Gunung Keriang kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Alor Setar. Terdapat pelbagai alatan berkaitan dengan padi dipamerkan di muzium ini. Antara alat-alat yang dipamerkan seperti kuku kambing, ketam padi, alat membajak, nyiru, kepuk padi serta pelbagai alatan tradisional lain yang digunakan oleh petani pada suatu masa dahulu. Semua negeri mempunyai tempat menarik untuk dilawati Tempat menarik Pulau Langkawi ramai pengunjung Tempat bersejarah Di Pualau Langkawi Makam Mahsuri , Beras terbakar, Pasir Hitam Muzium Padi – pelbagai alatan berkaitan padi dipamerkan Tidak rugi berkunjung- mendapat banyak ilmu pengetahuan Bangga mempunyai tempat-tempat menarik yang indah dan unik tak kenal maka tak cinta P1 – Pendahuluan P2 – Isi 1 P3 – Isi 2 P4 – Isi 3 P5 – Isi 4 P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai P3 P4 P5 P6 P2 P1

Upload: nurul-hakimah-yazid

Post on 30-Jun-2015

1.047 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan 2014

1. Semua negeri mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati.Ceritakan tentang tempat menarik yang terdapat di tempat kamu.

Semua negeri mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati. Begitu juga dengan negeri saya iaitu negeri Kedah Darul Aman. Di negeri Kedah juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.

Antara tempat menarik yang terdapat di negeri Kedah ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan pulau peranginan yang cantik dan damai serta terkenal di dalam mahupun di luar negara. Ramai pelancong yang datang berkunjung ke pulau bebas cukai ini untuk melancong sambil membeli-belah. Pelbagai barangan bebas cukai seperti pinggan-mangkuk dan kain batik boleh didapati dengan harga yang agak rendah. Para pengunjung juga pasti tidak ketinggalan untuk membawa pulang minyak gamat sebagai ole-ole.

Para pengunjung yang datang ke pulau ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Selain itu juga, terdapat kereta kabel menuju ke Gunung Machinchang. Di puncak Gunung Machinchang kita dapat melihat pemandangan yang indah serta menikmati udara yang sejuk dan nyaman ketika berada di puncak gunung tersebut.

Selain itu, di negeri Kedah juga terdapat sebuah lagi tempat menarik iaitu Muzium Padi. Muzium Padi terletak di Gunung Keriang kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Alor Setar. Terdapat pelbagai alatan berkaitan dengan padi dipamerkan di

Semua negeri mempunyai tempat menarik untuk dilawati

Tempat menarik – Pulau Langkawi –ramai pengunjung

Tempat bersejarah Di Pualau Langkawi – Makam Mahsuri , Beras terbakar, Pasir Hitam

Muzium Padi – pelbagai alatan berkaitan padi dipamerkan

Tidak rugi berkunjung- mendapat banyak ilmu pengetahuan

Bangga mempunyai tempat-tempat menarik yang indah dan unik – tak kenal maka tak cinta

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

P2P1

Page 2: Karangan 2014

muzium ini. Antara alat-alat yang dipamerkan seperti kuku kambing, ketam padi, alat membajak, nyiru, kepuk padi serta pelbagai alatan tradisional lain yang digunakan oleh petani pada suatu masa dahulu.

Selain alatan, pengunjung juga boleh menikmati dan merasai musim padi apabila berada di kerusi berputar di tingkat atas muzium ini. Di sini, para pengunjung akan duduk di kerusi yang berputar. Pada dinding muzium dilukis pemandangan sawah padi yang terdapat di kawasan tersebut. Ilustrasi yang dihasilkan pada dinding muzium ini merupakan musim membajak, musim menanam anak padi dan juga musim menuai padi.

Tidak rugi jika kita berkunjung ke Muzium Padi ini kerana kita pasti dapat merasai suasana berada di sawah padi serta mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang padi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia. Saya sangat berbangga dengan kehalusan seni yang terdapat pada alat-alat tradisional yang dipamerkan. Melawat Muzium Padi seperti kita berada di tengah–tengah sawah yang menghijau dan menenangkan. Sesuailah negeri Kedah digelar negeri Jelapang Padi.

Tak kenal maka tak cinta, begitulah indahnya tempat-tempat menarik yang terdapat di tempat saya. Saya berbangga dengan tempat-tempat menarik yang ada di tempat saya kerana mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri.

2. Kemalangan jalan raya banyak meragut nyawa. Kemalangan melibatkan murid sekolah juga semakin meningkat.

Page 3: Karangan 2014

Tuliskan cara-cara untuk menjaga keselamatan diri semasa pulang dari sekolah.

Sejak akhir-akhir ini, kes-kes kemalangan jalan raya melibatkan murid sekolah semakin meningkat. Kemalangan di jalan raya banyak meragut nyawa. Oleh itu, sikap berhati-hati semasa di jalan raya perlu diterapkan kepada masyarakat terutamanya pada murid sekolah.

Semasa pulang dari sekolah kita perlulah sentiasa berhati-hati di jalan raya. Kita perlulah berjalan di bahu jalan. Kita juga hendaklah sentiasa memandang lalu lintas yang datang dari arah hadapan. Janganlah sesekali kita berjalan bergandingan tangan atau beriringan kecuali memimpin orang tua atau orang buta.

Seterusnya, murid-murid yang menunggang basikal perlulah menunggang basikal dengan cermat. Kita hendaklah memastikan tayar dan brek basikal berada dalam keadaan selamat. Kita tidak digalakkan berlumba dan menunggang basikal secara bersaing-saing dengan rakan semasa di jalan raya. Penunggang basikal perlulah menunggang basikal di laluan yang disediakan.

Selain itu, murid-murid yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah perlulah mematuhi peraturan semasa menaiki dan menuruni bas sekolah. Kita perlulah beratur dan tidak berebut-rebut semasa menaiki atau menuruni bas sekolah. Semasa di dalam bas sekolah murid-murid hendaklah duduk di tempat duduk yang telah disediakan dan janganlah berbuat bising. Kita janganlah sesekali menjengah atau menjenguk kepala melalui tingkap bas kerana perbuatan ini matlah berbahaya.

Kemalangan jalan raya banyak meragut nyawa

Pejalan kaki – berjalan di bahu jalan-memandang lalu lintas yang datang dari arah hadapan

Penunggang basikal- menunggang dengan cermat

Bas sekolah – beratur dan tidak berebut-rebutDuduk di tempat duduk yang disediakan

Kereta / motosikalMenunggu di tempat yang disediakanMemakai topi kaledar

Sentiasa menjaga keselamatan diriCermat dan berhati-hati ketika di jalan raya

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

P2P1

Page 4: Karangan 2014

Di samping itu, murid-murid yang dijemput oleh ibu bapa dengan kereta atau motosikal perlulah menunggu di tempat yang disediakan. Murid yang membonceng motosikal perlulah memakai topi kaledar manakala murid yang menaiki kereta perlulah memakai tali pinggang kaledar. Langkah bijak ini untuk memastikan keselamatan diri terjamin.

Oleh itu, kita mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa pulang dari sekolah. Kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Kesimpulannya, apabila kita cermat dan berhati-hati di jalan raya, kita akan selamat.

3. Kebaikan kerja sekolah. Bincangkan.

P2P1

Page 5: Karangan 2014

Isu kerja sekolah semakin kerap diperkatakan masa kini. Kerja sekolah merupakan latihan-latihan tertentu yang diberikan oleh guru sebagai kerja tambahan di rumah. Oleh yang demikian, murid-murid mestilah membuat dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Ini adalah kesinambungan pengajaran dan pembelajaran dari sekolah ke rumah.

Ada sesetengah murid berpendapat bahawa kerja sekolah itu membebankan. Sebenarnya kerja sekolah ialah satu tugasan yang baik untuk diri murid itu sendiri. Ia merupakan proses ingat semula apa yang telah guru ajar sebelum itu.

Kerja sekolah yang diberikan akan menggalakkan murid-murid mengulang kaji pelajaran mereka. Bahkan murid-murid akan lebih memahami tajuk yang diajar oleh guru. Juga merupakan penilaian kepada murid tersebut sama ada memahami atau tidak apa yang guru ajar.

Bagi murid-murid yang suka membuang masa, kerja sekolah dapat membantu mereka mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini boleh membentuk disiplin di kalangan mereka.

Latihan di rumah membolehkan kita mengingati fakta-fakta dan formula-formula tertentu dengan mudah. Perkara ini akan membantu kita mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Oleh itu, jelaslah bahawa kerja sekolah banyak membantu para murid dan bukannya satu perkara yang membebankan.

4. Kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah kepada murid-murid sekolah. Bincangkan.

Kerja sekolah – latihan yang diberi oleh guru

Pelajar – kerja sekolah membebankan

Kerja sekolah – menggalakkan murid-murid mengulangkaji pelajaran

Kerja sekolah – membantu mengisi masa dengan aktiviti berfaedah

Latihan – membolejkan mengingat fakta-fakta dan formula-formula tertentu

Kerja sekolah – membantu bukannya membebankan

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

P2P1

Page 6: Karangan 2014

Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah. Kegiatan ini tidak dijalankan pada waktu persekolahan rasmi atau waktu akademik. Kegiatan kokurikulum ini melibatkan aktiviti persatuan,badan beruniform dan sukan.

Terdapat banyak faedah apabila seseorang itu mengikuti kegiatan kokurikulum. Melalui kegiatan kokurikulum, murid dapat mendisiplinkan diri mereka. Contohnya aktiviti berkawad yang dijalankan dalam pasukan unit beruniform dapat memupuk disiplin dalam kalangan ahlinya. Di samping itu, mengikut arahan ketua, menepati masa dan kesungguhan dalam pasukan akan menjadikan murid lebih berdisiplin.

Para murid juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan menjalankan beberapa aktiviti dalam kegiatan kokurikulum. Pada waktu petang pula, mereka dapat melibatkan diri mereka dalam aktiviti sukan. Aktiviti sukan bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, bahkan mereka dapat menjaga kesihatan.

Nilai murni suka menolong dan bertanggungjawab juga dapat dijalinkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah yang menekankan aspek membantu dan memberikan rawatan asas kepada orang yang mengalami kemalangan. Secara tidak langsung dapat memupuk sikap suka menolong dalam diri murid.

Bertanggungjawab terhadap masyarakat juga merupakan nilai murni yang dapat dicapai melalui kegiatan kokurikulum. Amalan bergotong-royong dan membantu mereka dalam kesusahan merupakan sikap bertanggungjawab yang boleh dipupuk melalui kegiatan kokurikulum.

Sesungguhnya, kegiatan kokurikulum banyak memberikan faedah di samping membentuk generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

5. Murid-murid sekolah perlu mematuhi peraturan di sekolah yang telah ditetapkan. Tuliskan sebuah karangan tentang kepentingan murid-murid mematuhi peraturan sekolah.

Kokurikulum – kegiatan luar bilik darjah

Banyak faedah – kegiatan kokurikulum – mendisiplinkan diri

Pelajar – mengisi masa lapang

Nilai murni – suka menolong dan bertanggungjawab

Gotong-royong – sikap tanggungjawab yang boleh dipupuk

Kokurikulum – banyak faedah – membentuk generasi berguna

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

P2P1

Page 7: Karangan 2014

Peraturan sekolah diadakan di sekolah-sekolah untuk kebaikan murid-murid. Pelbagai jenis peraturan seperti cara berpakaian, ketepatan waktu, kebersihan diri dan sebagainya adalah untuk manfaat murid-murid sekolah.

Mematuhi peraturan sekolah dapat membentuk satu generasi yang lebih sihat di kalangan masyarakat. Sekiranya murid-murid tidak mematuhi peraturan maka kita akan lihat satu fenomena yang tidak baik akan berlaku di sekolah-sekolah. Gejala ini akan merebak serta melahirkan generasi yang tidak berakhlak.

Murid-murid yang mematuhi peraturan akan lebih berdisiplin. Melalui disiplin mereka dapat memberi tumpuan dalam pelajaran. Akhirnya, mereka akan berjaya dalam peperiksaan. Ini akan melahirkan manusia yang berilmu.

Peraturan diadakan bukannya untuk menyusahkan murid-murid. Ia bertujuan untuk melancarkan semua kegiatan sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Oleh itu, jika peraturan tidak dipatuhi maka segala-galanya akan menjadi kelam-kabut seterusnya suasana yang tidak tenteram akan wujud. Akhirnya, murid-murid akan berdepan dengan kumpulan yang akan membawa kerosakan kepada mereka.

Peraturan juga boleh memupuk sikap yang mulia di kalangan murid-murid. Peraturan dapat mewujudkan sifat sayang-menyayangi, bertolak-ansur serta dapat membuang sifat membezakan taraf. Malahan ia juga dapat memupuk keinginan untuk bersaing secara sihat.

Sesungguhnya peraturan di sekolah banyak manfaatnya kepada murid-murid. Sebagai murid sekolah, kita mestilah mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

6. Bersukan sememangnya banyak faedah. Pelajar-pelajar sekolah sememangnya digalakkan bersukan. Cuba tuliskan sebuah karangan tentang faedah bersukan.

Peraturan sekolah – untuk kebaikan murid-murid

Mematuhi peraturan sekolah – membentuk generasi sihat

Murid-murid – lebih berdisiplin

Tujuan – melancarkan semua kegiatan di dalam atau di luar bilik darjag

Peraturan – memupuk sikap mulia

Peraturan sekolah – banyak manfaat kepada murid-murid

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

Kepentingan bersukan Bersukan – menyihatkan badan – melancarkan perjalanan darah

P2P1

Page 8: Karangan 2014

Mata pelajaran yang dikaitkan dengan sukan ialah Pendidikan Jasmani. Semua pelajar diwajibkan mengikuti mata pelajaran ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya bersukan. Kita boleh bersukan dengan menyertai mana-mana permainan seperti permainan di padang ataupun di gelanggang.

Melalui aktiviti bersukan akan menyihatkan badan kita. Apabila kita bersukan badan kita akan berpeluh. Ini akan melancarkan sistem peredaran darah dalam tubuh badan kita. Badan kita akan sihat. Badan yang sihat menjamin otak yang cerdas.

Bersukan juga membolehkan kita mengisi masa lapang. Pada waktu petang, kita boleh bermain bola sepak takraw atau permainan yang lain. Melalui aktiviti seperti ini kita dapat menggunakan masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. Oleh itu, kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala negatif.

Kita juga dapat menambah kenalan kita dengan bersukan. Apabila kita mewakili sekolah dalam sesuatu acara sukan kita akan bertemu dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Melalui pertemuan seperti ini akan menambah lagi kenalan kita.

Bersukan juga boleh mengharumkan nama sekolah. Apabila kita menang dalam sesuatu pertandingan sukan sama ada peringkat daerah atau negeri kita telah mengharumkan nama sekolah. Semua pihak akan mengenali sekolah kita melalui kejayaan-kejayaan dalam acara sukan.

Sememangnya bersukan banyak faedahnya. Oleh itu, kita jangan mengabaikan diri dengan tidak mahu bersukan. Sesungguhnya minda yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.

7. Setiap sekolah ada menyediakan kemudahan perpustakaan. Berikan faedah-faedah yang boleh kamu peroleh daripada perpustakaan. Tuliskan karangan tersebut.

Mengisi masa lapang – menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah

Menambah kenalan – mewakili sekolah – bertemu rakan dari sekolah lain

Mengharumkan nama sekolah – menang dalam pertandingan

Minda yang cerdas lahir daripada badan yang sihat

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

P2P1

Page 9: Karangan 2014

Perpustakaan merupakan sumber rujukan ilmu pengetahuan. Setiap sekolah biasanya menyediakan kemudahan perpustakaan. Jelas sekali perpustakaan sebenarnya banyak faedahnya.

Sewaktu berada di sekolah atau di rumah, pada waktu lapang kita boleh ke perpustakaan untuk belajar. Suasana yang selesa di perpustakaan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran. Di perpustakaan terdapat banyak buku yang dapat dijadikan bahan rujukan untuk mengulang kaji pelajaran.

Perpustakaan merupakan gedung ilmu. Di situ terdapat banyak buku yang boleh dibaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Malahan, buku-buku ialah sumber ilmu yang utama.

Melalui buku-buku di perpustakaan juga kita boleh mengetahui mengenai negara-negara luar. Pembacaan atlas, ensaiklopedia dan sebagainya boleh membantu kita mendapat pengalaman dan pengetahuan baharu. Bahkan, melalui pembacaan bahan-bahan tersebut kita boleh mengenal dengan lebih dekat negara-negara luar.

Banyak juga bahan di perpustakaan dapat dijadikan sumber hiburan kepada kita. Selepas penat mengulang kaji pelajaran, kita boleh meminjam barang-barang ringan seperti buku cerita dan sebagainya. Bahan-bahan bacaan seperti ini dapat merehatkan minda kita.

Penerangan di atas jelas menunjukkan faedah perpustakaan kepada kita. Tepatlah bahawa perpustakaan merupakan sumber ilmu dan sumber maklumat kepada kita.

8. Sebagai murid kita digalakkan menabung atau menyimpan wang. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah menabung.

Perpustakaan – sumber rujukan ilmu pengetahuan

Waktu lapang – ke perpustakaan - Suasana selesa- Banyak bahan rujukan

Gedung ilmu- Banyak buku untuk menambah

pengetahuan

Mengetahui negara-negara luar- Atlas, ensaiklopedia

Bahan hiburan – buku cerita

Perpustakaan merupakan sumber ilmu dan maklumat

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

Menabung – berjimat-cermat menyimpan wang

Faedah menabung – pembiayaan pelajaran

P3

P2P1

Page 10: Karangan 2014

Amalan menabung banyak mendatangkan faedah kepada kita. Kita digalakkan berjimat-cermat dalam menyimpan wang. Secara beransur-ansur wang ini akan semakin banyak jumlahnya. Bak kata pepatah, “Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Sebagi murid, banyak faedah kita peroleh daripada menabung. Antaranya dengan wang simpanan ini kita boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajaran kita akan terganggu sekiranya kita tiada wang simpanan. Tetapi dengan menabung, kita dapat menggunakan wang tersebut untuk pembiayaan pelajaran.

Pada masa cuti, kita boleh melancong sekiranya kita mempunyai wang simpanan. Melancong memberikan kita banyak pengalaman baharu. Tanpa wang simpanan tentu sukar bagi kita hendak melancong. Oleh itu, kita perlu menabung agar dapat digunakan untuk aktiviti ini.

Sekiranya kita mempunyai wang simpanan, kita boleh meringankan beban ibu bapa kita. Malahan kita boleh menolong mereka sekiranya mereka kesempitan wang. Kita juga tidak akan susahkan mereka kerana kita mempunyai wang simpanan.

Kita boleh membantu orang lain sekiranya kita ada wang simpanan. Melalui cara ini kita boleh melakukan kebajikan. Ramai orang yang memerlukan bantuan terutama mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik. Tentu ramai orang gembira sekiranya kita dapat membantu.

Justeru itu, menyimpan wang banyak faedahnya. Marilah kita mula menabung dari sekarang.\

9. Kepentingan semangat bergotong royong

Melancong – memberi pengalaman baru

Meringankan beban ibu bapa – menolong jika kesempitan wang

Membantu orang lain- melakukan kebajikan- bantuan kepada yang berpenyakit kronik

Banyak faedah menyimpan wang

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P4

P5

P6

Semangat gotong –royong – “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

Mengeratkan perpaduan penduduk

Gotong-royong – memupuk sikap tolong- menolong, hormat menghormati

P3

P4

P2P1

Page 11: Karangan 2014

Semangat bergotong-royong merupakan sesuatu kegiatan yang sesuai dipupuk dalam masyarakat. Semangat ini sesuai dengan bidalan yang mengatakan, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Melalui amalan ini, kita dapat mengeratkan perpaduan di antara penduduk setempat. Bahkan ia juga dapat menjalinkan perpaduan di antara kaum yang terdapat di negara kita.

Bergotong-royong juga dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bantu-membantu sesama ahli di dalam sesuatu masyarakat. Sikap seperti ini akan melahirkan perasaan hormat-menghormati sesama sendiri.

Amalan ini juga dapat membantu menjaga kebersihan dan kecantikan sesebuah kawasan. Apabila sekeliling sesebuah kawasan berada dalam keadaan bersih tentulah ini dapat menghindarkan kita daripada pelbagai wabak penyakit.

Bahkan dengan bergotong-royong juga kita dapat meringankan beban saudara kita yang agak kurang bernasib baik. Misalnya membaiki tempat tinggal atau membantu jiran kita yang mengalami sesuatu musibah.

Semangat bergotong-royong memanglah amalan yang penting dalam masyarakat. Seharusnya ia dipupuk dalam kehidupan bermasyarakat khususnya generasi muda.

10.Sebagai orang muda kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Cuba tuliskan sebuah karangan cara-cara menghormati orang yang lebih tua.

Membantu menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan

Meringankan beban saudara yang kurang bernasib baik

Semangat gotong-royong – amalan penting dalam masyarakat

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P5

P6

Amalan menghormati orang yang lebih tua

Meringankan beban – khidmat mengangkat barang

P3

P2P1

Page 12: Karangan 2014

Lazimnya, antara amalan dalam masyarakat kita ialah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati orang yang lebih tua.

Kita boleh membantu mereka ketika mereka membeli barang yang banyak. Kita boleh menawarkan khidmat untuk menolong mereka. Kita boleh menolong mengangkat sebahagian daripada barang tersebut. Secara tidak langsung, kita telah meringankan beban mereka.

Sekiranya tempat duduk penuh dalam bas, kita boleh mempelawa orang yang lebih tua untuk duduk. Mereka sememangnya tidak larat untuk berdiri terlalu lama. Malahan cara ini menunjukkan sikap hormat kita kepada mereka.

Kita juga boleh menyampaikan ucapan salam ataupun ucapan hormat sebagai tanda hormat kita kepada mereka. Kita juga dididik dengan cara berjalan dan bersopan di hadapan orang tua. Kesopanan kita sebenarnya boleh mengembirakan hati mereka. Malahan mereka merasakan kita tidak pernah membelakangkan mereka.

Apabila berbual dengan orang yang lebih tua, kita seharusnya merendahkan suara. Kita jangan meninggikan suara di hadapan mereka. Dengan ini, mereka akan berasa dihormati.

Begitulah antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati orang tua. Menghormati orang tua merupakan amalan mulia yang dituntut oleh agama.

11.Sekolah kamu merayakan sambutan Hari Guru. Tulis berita tentang sambutan itu.

Di dalam bas yang penuh – memberi tempat duduk

Menyampaikan ucapan atau salam – tanda hormat

Ketika berbual – merendahkan suara

Menghormati orang tua - amalan mulia yang dituntut oleh agama

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P4

P5

P6

- sambutan hari guru – kali kedua

Ucapan guru besar – pagi ucapan – petang persembahan

P1 P2

P3

Page 13: Karangan 2014

KODIANG, Isnin – Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara telah menyambut perayaan hari guru secara besar-besaran. Ini merupakan kali kedua sekolah itu menyambut perayaan seperti ini.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Puan Hajah Ashah, sambutan itu bermula dari pagi hingga petang. Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan ucapan yang diadakan di tapak perhimpunan pada waktu pagi. Acara petang pula dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid dan guru-guru di dewan sekolah tersebut.

Salah seorang guru sekolah tersebut, Puan Nurul mengatakan bahawa sambutan seperti ini dapat diadakan kerana kerjasama yang erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan pihak sekolah serta sokongan daripada murid-murid. Berbagai-bagai acara telah diatur dan disusun sempena perayaan ini. Antaranya ialah sukaneka dan pertandingan berbalas pantun.

Di samping itu, para murid mengadakan persembahan seperti nyanyian, tarian dan lakonan. Ia melibatkan murid-murid daripada semua tahun. Terdapat juga para guru yang terlibat sama dalam acara persembahan tersebut. Apa yang jelas ialah sambutan Hari Guru ini melibatkan semua warga sekolah dan juga masyarakat sekitar.

Sambutan Hari Guru ini berakhir dengan jamuan pada pukul enam petang. Pihak sekolah berasa gembira kerana sambutan ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan dan meriah sekali.

Sambutan Hari Guru ini banyak menimbulkan kesan yang positif. Semangat kerjasama, budaya toleransi dan rasa hormat dalam kalangan warga sekolah dapat diwujudkan melaluinya.

12 Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan murid-murid tahun enam. Selaku ketua murid kamu diminta berucap dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Guru Besar dan guru-guru. Tuliskan ucapan tersebut.

Sambuta – hasik kerjasama PIBG, pihak sekolah serta murid-murid

Persembahan – melibatkan murid-murid dan guru

Sambutan diakhiri dengan jamuan

Kesan positif – kerjasama, toleransi dan rasa hormat

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P4

P5

P6

P2P1

Kata-kata aluan ketua murid- Ucapan terima

kasih diberi kepercayaan menyampaikan ucapan

Tujuan majlis- Jamuan perpisahan murid tahun

enam P3

Page 14: Karangan 2014

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan rakan-rakan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berucap pada pagi ini. Saya sebagai ketua murid ialah wakil bagi pihak murid-murid tahun enam.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Sebagaimana yang kita maklum tujuan majlis ini diadakan sebagai tanda perpisahan kepada murid-murid tahun enam. Jamuan seperti ini diadakan saban tahun dan pada hari ini menjadi giliran kami pula meninggalkan sekolah ini.

Sesungguhnya, guru-guru sekolah ini telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita untuk memperoleh kejayaan demi kejayaan. Oleh itu, jelaslah jasa guru kepada kita begitu besar sekali. Jasa itu tetap akan dikenang sepanjang hayat.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri, saya ingin berpesan agar kita janganlah seperti kacang melupakan kulit apabila berada di sekolah menengah nanti. Kita hendaklah menghargai dan menghormati guru-guru yang telah membimbing kita selama ini. Kita juga hendaklah terus rajin berusaha belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi. ‘ Genggam bara api biar sampai menjadi arang’

Akhir kata, saya sebagai wakil murid-murid tahun enam, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada para guru. Sekiranya sepanjang tempoh persekolahan kami di sini ada perkara yang tidak menyenangkan hati cikgu semua. Saya sudahi ucapan saya ini dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,

boleh saya menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

13 Anda telah terpilih untuk mewakili rakan-rakan anda untuk memberi ucapan dalam perhimpunan sempena ucapan hari guru.

Jasa guru sangat besar – dikenang sepanjang hayat

P4

Kepada rakan-rakan- Hargai dan hormati guru-guru

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P5

Mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan

P6

Akhiri ucapan dengan serangkap pantun

P2P1Tujuan diadakan perayaan itujasa dan bakti gurukata-kata aluan kepada

hadirin terima kasih kerana diberi peluang berucap

P3pengorbanan guru besar sekalitanpa guru , pengajaran dan pelajaran tidak sempurna guru patut dikenang dan disanjung tinggi.

Page 15: Karangan 2014

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru -guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.

Hadirin sekalian,Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei.

Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini. Terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu.

Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Adalah mustahil untuk kita mencapai kejayaan sekiranya kita mengabaikan ilmu yang diberikan oleh guru.

Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Kita lupa tentang kesusahan dan kepenatan guru dalam menerapkan ilmu yang berguna dan menghadapai karenah murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.

Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu, marilah kita belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.

14 Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.

P4

Guru membimbing dan mendidik kitakita mesti belajar bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Penutup

P5

Penutup ucapan terima kasih kepada semua guruucapan selamat menyambut ’Hari Guru“

P2P1

Bertanya khabar dan harapan kepada rakan

Tujuan menulis surat- Mengajak ke rumah masa cuti

P3

Merasai buah-buahan di kebun ayah yang menjadi terutama manggis

P4

Page 16: Karangan 2014

45, Kampung Juasseh, 72500 Juasseh Pekan, Negeri Sembilan.

2 Julai 2010.

Menemui sahabatku saudari Nurnisha yang kini berada di Kampung Kuala Besut. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini juga dalam keadaan sihat walafiat.

Saudari,Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini

adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti.

Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.

Saya berharap saudari tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Saya juga menjemput keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakan buah manggis, rambutan, langsat serta durian.

Saya berharap saudari bersetuju dengan jemputan saya ini. Saya amat berharap saudari dapat memaklumkan kepada saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari.

Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.

Sekian , terima kasih.

Sahabatmu, Siti Rohani

Menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan ke rumah

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup

P5

Harapan- Memenuhi jemputan- Member makluman secepat mungkin

Salam mesra dan harapan untuk bertemu

P6

Page 17: Karangan 2014

(Siti Rohani bt. Abd.Kadir)

15.Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah telah hilang. Tuliskan sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk menerangkan sebab-sebab kamu tidak dapat memulangkan buku tersebut.

P2P1

Tujuan menulis suratJudul buku dan butir-butir kehilangan

P3

Sedar akan kesalahan diri sendiri

P4

Memohon maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup

P5

Page 18: Karangan 2014

No.76, Taman Terachi,71500 Tanjong Ipoh,Negeri Sembilan.________________________________________________________________

Guru Perpustakaan,Sekolah Kebangsaan Terachi,71500 Tanjong Ipoh,Negeri Sembilan.                                                                       17 OKTOBER 2010.                     

Tuan,

Makluman Kehilangan Buku Merujuk kepada perkara di atas, saya Zulfikar bin Abdul Ghafar murid Tahun 6 Bestari. Saya ingin memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam daripada perpustakaan sekolah pada 16 Oktober 2010 telah hilang.    

2.     Buku yang hilang tersebut berjudul ‘Flora dan Fauna di Sarawak’ karya Mustafa bin Harun. Saya meminjam buku tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi membeli makanan di kantin. Setelah selesai makan, barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.        

3.     Saya mengakui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Tidak sepatutnya saya meletakkan buku tersebut di bangku kantin. Sepatutnya, saya menyimpan buku itu di dalam meja atau beg sekolah saya.

4. Saya memohon maaf kepada cikgu atas kecuaian saya. Saya berjanji akan membayar ganti rugi atau menggantikan dengan yang baharu atas kehilangan buku tersebut. Saya bersedia menerima tindakan daripada pihak perpustakaan sekolah.

5, Sekian untuk makluman cikgu. Semoga pihak perpustakaan sekolah akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada murid-murid sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,Zulfikar(ZULFIKAR BIN ABDUL GHAFAR)Murid Tahun 6 Bestari,SK Terachi.

16.Baru-baru ini sekolah anda mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Tuliskan catatan harian tentang minggu tersebut.

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup

Berharap perpustakaan sekolah memberikan khidmat yang terbaik kepada murid-murid sekolah

Ucapan terima kasih

P6

P2P1

Panatia Bahasa Melayu menganjurkan Minggu Bahasa Melayu – dirasmikan oleh Pengerusi PIBG sekolah

Murid-murid tahun satu mengadakan persembahan bercerita – tahundua membuat persembahan nyanyian P3

Tahun tiga – pertandingan melukis – tjuk “Cintailah Bahasa Kita” - tahun empat – pertandingan berbalas pantun P4

Tahun lima – persembahan sketsa – dalam Bahasa Melayu

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup

P5

Page 19: Karangan 2014

Isnin, 22 Febuari 2010Panitia Bahasa Melayu sekolah kami menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Majlis perasmian dilaksanakan oleh Pengerusi PIBG sekolah kami. Menurutnya, program seperti ini mampu meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan murid-murid. Sepanjang minggu ini semua murid mesti bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul.

Selasa, 23 Febuari 2010Murid-murid tahun satu mengadakan persembahan bercerita menggunakan bahasa Melayu. Mereka bercerita dengan intonasi dan sebutan yang betul. Setiap murid diberikan masa selama lima minit. Cerita yang dipersembahkan mestilah mempunyai nilai moral. Adik Nur Laila, muncul sebagai johan keseluruhan. Manakala murid-murid tahun dua membuat persembahan nyanyian beramai-ramai dalam bahasa Melayu. Kelas Tahun Dua Cerdik telah muncul sebagai johan.

Rabu, 24 Febuari 2010Murid-murid tahun tiga terlibat dalam pertandingan melukis poster. Tajuk lukisan poster ialah ‘Cintailah Bahasa Kita’. Murid-murid diberi masa selama satu jam untuk menyiapkan poster tersebut. Tahun empat pula terlibat dalam pertandingan berbalas pantun. Kelas Empat Cerdas telah muncul sebagai johan pertandingan ini.

Khamis, 25 September 2010Murid-murid tahun lima terlibat dalam pertandingan sketsa dalam Bahasa Melayu. Persembahan murid-murid begitu mencuit hati. Para hakim yang mengadili pertandingan turut tersenyum melihat gelagat murid-murid. Akhirnya, Tahun Lima Pintar diiktiraf sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut.

Jumaat, 26 September 2010Tahun enam pula menyertai pertandingan menulis esei. Mereka dikehendaki menulis esei yang bertajuk, ‘Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa’. Mereka menulis esei sebanyak 150 patah perkataan. Nur Nisa Aqilah binti Mohd Rapidi telah diumumkan sebagai penulis terbaik. Murid-murid dan guru-guru sibuk mengemas dewan dan mempersiapkan kawasan sekolah kerana esok acara penutup untuk minggu bahasa.

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup

Tahun enam – pertandingan menulis esei – bertajuk ‘Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa’ – mengemas dewan untuk acara penutup

P6

Acara perasmian penutup minggu bahasa – Pegawai Daerah Pelajaran hadir – sangat gembira – kerana ia dapat dilaksanakan

Page 20: Karangan 2014

Sabtu, 27 September 2010Suasana sekolah begitu indah sekali. Hari ini, acara perasmian penutupan minggu bahasa. Pegawai Pelajaran Daerah telah hadir untuk majlis tersebut. Murid-murid yang membuat persembahan dan pertandingan menerima hadiah yang menarik. Kami sangat gembira kerana Minggu Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua murid.

17 Sambutan Hari Kebangsaan ditempat saya. Tulis catatan tentang sambutan tersebut.

P2P1

Pagi-pagi sudah bangun – berhimpun di padang Majlis Perbandaran Seremban – meraikan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53

Orang ramai mula berkumpul – menyaksikan upacara perbarisan

P3

Acara lintas hormat diadakan – Yang di Pertuan Besar menerima tabik hormat

P4

Upacara di padang tamat

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup

P5

Pertandingan mendeklamasikan sajak –diadakan di pusat membeli belah – hadiah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan

Page 21: Karangan 2014

31 OGOS 2010

6.30 pagiPagi-pagi lagi aku sudah bangun. Hari ini orang ramai akan berhimpun di padang Majlis Perbandaran Seremban bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53. Aku segera bersiap sedia untuk sama-sama meraikannya.

7.30 pagiOrang ramai telah mula berkumpul untuk menyaksikan upacara perbarisan. Setelah menyanyikan lagu “Negaraku”, Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan mengadakan pemeriksaan barisan kehormat oleh pasukan tentera. Kira-kira 11 ribu orang menyaksikan upacara itu.

8.00 pagi Acara lintasan hormat diadakan. Berbagai-bagai pertubuhan agensi kerajaan dan swasta, angkatan bersenjata dan pelajar sekolah yang mengambil bahagian. Yang di Pertuan Besar menerima tabik hormat.

10.00 pagiUpacara di padang tamat. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling mengadakan persembahan orkestra di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Pelajar-pelajar sekolah sekitar Seremban mempersembahkan nyanyian, tarian dan dikir barat bertemakan kemerdekaan.

4.00 petangPertandingan mendeklamasikan sajak bagi murid-murid sekolah rendah berlangsung di sebuah pusat membeli belah. Acara dimenangi oleh adik Fairus Abadi bin Hamid. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

5.00 petangAcara sukaneka keluarga diadakan. Acara begitu meriah dan menyeronokan dengan pelbagai gelagat peserta yang mengambil bahagian. Antara acara yang dipertandingakan ialah meniup belon hingga pecah, membawa bola ping-pong di dalam sudu, tarik tali dan sebagainya.

6.00 petangBertolak balik ke rumah dalam keadaan letih. Walaupun letih, tetapi berasa seronok sekali. Dalam waktu yang sama, saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

P6

Bertolak balik - sungguh letih – berasa seronok – bangga menjadi rakyat Malaysia

Page 22: Karangan 2014

18 Baru-baru ini rakan kamu dianugerahkan hadiah sebagai murid cemerlang dalam sekolah kamu. Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang cara-cara untuk menjadi murid cemerlang. Tuliskan perbualan tersebut.

Mengucapkan tahniah – bertanya bagaimana cara untuk belajar – menjawab kita perlu membuat jadual – menyatakan bahawa kita perlu rajin ke sekolah

Dia berkata kita perlubertanya kapada guru jika tidak faham – juga boleh merujuk buku di perpustakaan

Bertanya cara lain – dia berkata kita pelu menyiapkan kerja sekolah – rajin membaca – banyakkan membuat latihan

Dia menyatakan perkara paling penting ialah kesungguhan untuk meraih kejayaan

P3

P4

P5P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Penutup

P1 P2

Page 23: Karangan 2014

Rakan saya telah berjaya mendapat anugerah sebagai murid cemerlang. Dalam perbualan saya dengan dia, saya bertanyakan cara-cara untuk menjadi murid cemerlang.

Aqilah : Tahniah kerana kamu berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan baru-baru ini.

Syazana : Terima kasih. Kamu juga boleh meraih kejayaan yang samasekiranya berusaha. Bak kata pepatah, ‘Malas menggerit,perut mengerit.’

Aqilah : Bagaimanakah caranya kita dapat belajar agar memperolehkejayaan yang cemerlang?

Syazana : Langkah pertama ialah kita harus membina jadual khas untukbelajar. Melalui jadual ini, kita dapat mengagih-agihkan masadengan betul. Di samping itu, kita juga mestilah menetapkan masa untuk bermain dan belajar.

Aqilah : Saya memang ada membina jadual. Lagipun, saya memang rajin ke sekolah.

Syazana : Kita memang perlu rajin ke sekolah. Di samping itu, kita harus mendengar dengan teliti ketika guru sedang mengajar dan mengambil berat tentang apa yang diajarnya.Sekiranya kita kurang faham, kita hendaklah bertanya kepada guru kerana malu bertanya sesat jalan agar kita dapat memahami apa yang diajar.

Aqilah : Saya lihat ramai juga rakan kita yang rajin membuat rujukan di perpustakaan.

Syazana : Perpustakaan sebenarnya ialah gedung ilmu. Di perpustakaankita boleh merujuk berbagai-bagai bahan bacaan. Kita jugaboleh meminjam buku di perpustakaan untuk dibawa pulang. Kita perlulah bijak mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang telah disediakan.

Aqilah : Apakah lagi cara yang boleh kita lakukan untuk berjaya dengancemerlang?

Syazana : Di rumah seharusnya kita menyelesaikan semua kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Kita juga harus rajin membaca bukudan membuat latihan untuk memastikan kejayaan kita.

Menyatakan terima kasih dan akan mengikuti nasihat dia - dia menyatakan dia sedia membantu

P6

Page 24: Karangan 2014

Aqilah : Banyak juga maklumat yang saya peroleh hari ini.

Syazana : Perkara yang paling penting ialah kesungguhan kita untuk meraih kejayaan.

Aqilah : Baiklah, saya akan ikut nasihat kamu. Terima kasih, Syazana.

Syazana : Sama-sama. Saya sedia membantu kamu nanti.

19 Anda menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk yang telah anda pilih ialah ‘Faedah Membaca’.

P2P1

Pengenalan kata-kata aluanucapan selamat dan tajuk syarahan

Amalan yang mulia – memberi manfaat – dapat mengetahui pelbagai perkara

P3

Mengisi masa lapang – masa tidak terbuang – mengelakkan diri melakukan perkara yang tidak berfaedah P4

Membaiki penguasaan bahasa – menambah perbendaharaan kata

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup

P5

Menjadikan membaca sebagai amalan hidup – dapat menjamin masa hadapan

Sekian, terima kasih

P6

Page 25: Karangan 2014

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru -guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah, ‘Kepentingan Membaca’.

Hadirin yang dikasihi, Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita

semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Saudara dan saudari sekalian,Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh dijadikan aktiviti sebagai mengisi masa lapang

kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya.

Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata yang boleh kita pelajari. Dengan penguasaan perbendaharaan kata, tidak mustahillah kita boleh meningkatkan keupayaan kita dalam penulisan dan pertuturan.

Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan maklumat yang berguna. Masyarakat sekarang lebih berebut mencari ilmu kerana dengan ilmulah dapat menjamin masa hadapan kita.

Akhir kata, ‘Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan’, membawa maksud kita perlu berusaha dan bergerak untuk mendapatkan sesuatu. Sekian, saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

20.Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda telah mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ?

Bersyukur dan berbangga kerana usaha berhasil

- Talah membuat persiapan sejak awal tahun

Yakin sebelum menempuh peperiksaan- Belajar mengikut jadual- Selalu berdoa supaya berjaya

Kejayaan saya- Kejayaan ibu bapa dan guru-guru- Mereka memberi dorongan

Berbangga membuktikan kejayaan kepada orang ramai

- Anak orang kampung dan miskin

Harapan - Kejayaan menjadi pendorong kepada adik-

adik

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3

P4

P5

P6

P2P1

Page 26: Karangan 2014

Saya amat bersyukur dan berbangga kerana usaha saya selama ini telahpun berhasil. Saya telah membuat persiapan untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi. Saya tidak mahu apabila sudah hampir peperiksaan baru hendak mengulangkaji pelajaran.

Saya berasa amat yakin sebelum menempuh peperiksaan lagi. Saya mempunyai jadual belajar supaya masa untuk belajar saya berterusan. Tambahan pula, saya selalu berdoa kepada-Nya supaya saya beroleh kejayaan.

Kejayaan saya ini juga merupakan kejayaan untuk ibu bapa, guru -guru dan rakan-rakan saya. Dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi semangat dan kunci kejayaan saya. Tanpa mereka, mungkin kejayaan ini tidak saya perolehi.

Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kejayaan saya kepada orang ramai walaupun saya seorang anak kampung. Tambahan pula, keluarga saya miskin tetapi kejayaan tidak memilih susah atau senang kehidupan kita. Saya tahu kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Apa yang penting ialah berusaha dengan gigih dan berserah kepada-Nya.

Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik -adik saya untuk berjaya dalam pelajaran. Dengan kejayaan dalam pelajaranlah kita dipandang mulia oleh masyarakat. Tanpa ilmu kita akan dipandang hina.

Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain. Masih jauh lagi perjalanan saya. Tetapi saya berikrar akan menjejakkan kaki ke menara gading dan memperoleh pekerjaan yang baik. Jasa kedua ibu bapa saya akan saya balas dengan kejayaan saya nanti.

Perjalanan masih jauh- Saya berikrar akan menjejakkan kaki ke menara

gading