lp che latifah ismail 02 24

24
PENGENDALIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERLIS SATU TINJAUAN BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS 02600 ARAU PERLIS MALAYSIA OLEH: PROF. MADYA CHE LATIFAH BT HJ. ISMAIL ABD AZIZ BIN HARJIN ABDUL MUIN BIN ABDUL RAHMAN JULAI 2002 COPYRIGHT @ UiTM

Upload: yoga-raj

Post on 25-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

ggggff

TRANSCRIPT

Page 1: Lp Che Latifah Ismail 02 24

PENGENDALIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERLIS

SATU TINJAUAN

BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN PERLIS 02600 ARAU

PERLIS MALAYSIA

OLEH:

PROF. MADYA CHE LATIFAH BT HJ. ISMAIL ABD AZIZ BIN HARJIN

ABDUL MUIN BIN ABDUL RAHMAN

JULAI 2002

COPYRIGHT @ UiTM

Page 2: Lp Che Latifah Ismail 02 24

PENGENDALIAN KES PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERLIS

SATU TINJAUAN

OLEH:

PROF. MADYA CHE LATD7AH BT HJ. ISMAIL ABD AZIZ BIN HARJIN

ABDUL MUIN BIN ABDUL RAHMAN

JULAI 2002

COPYRIGHT @ UiTM

Page 3: Lp Che Latifah Ismail 02 24

AHLI KUMPULAN PENYELIDIK

PROF. MADYA CHE LATIF AH BT HJ. ISMAIL Ketua Penyelidik

<SB Tandatangan

ABD AZIZ BIN HARJDN Ahli Penyelidik

f

Tandatangan

ABDUL MUTN BIN ABDUL RAHMAN Ahli Penyelidik

ii

COPYRIGHT @ UiTM

Page 4: Lp Che Latifah Ismail 02 24

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kumianya kami dapat menyiapkan kajian

ini. Sesungguhnya kami amat menghargai segala sokongan dan bantuan yang telah

diberikan oleh pihak Biro Penyelidikan & Perundingan Universiti Teknologi MARA

dalam menjayakan projek ini.

Ucapan penghargaan ini ditujukan juga kepada Pengarah Kampus Universiti

Teknologi MARA Kampus Arau yang telah memberi dorongan kepada kami untuk

menjalankan kajian ini. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada bekas

Koordinator BRC UiTM Kampus Arau Dr. Mohd. Nizar Hj. Hassan dan kini Dr.

Mahadzir Din yang banyak memberi bimbingan dan melemparkan idea-idea bernas

dalam memperkemaskan kajian ini.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada mereka yang terlibat secara

langsung terutamanya pensyarah-pensyarah Pusat Pendidikan Islam, UiTM Kampus Arau

juga pensyarah-pensyarah matematik dan komputer yang memberi tunjuk ajar dalam

pemprosesan dan analisis data.

Kami mengucapkan jutaan terimakasih kepada pihak Mahkamah Syariah Perlis

khasnya Tuan Qadhi, Tuan Haji Osman Ismail, Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam En.

Suhaimi Hj. Mahmud juga kepada Puan Natrah binti Din, Pembantu Tadbir Mahkamah

yang banyak memberi maklumat dalam penyelidikan ini.

Akhirnya kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan kajian ini terutamanya

editor, juru taip, juru analisis, pensyarah dan pembantu penyelidik En. Mohd. Ruhaidy

Ramli. Sesungguhnya tanpa pengorbanan dari mereka tidak mungkin kajian ini dapat

disempurnakan.

iii

COPYRIGHT @ UiTM

Page 5: Lp Che Latifah Ismail 02 24

Abstrak

Perkahwinan merupakan suatu sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. bagi sesiapa yang berhasrat melakukkannya. Bagaimanapun apabila ianya tidak dapat diteruskan lagi maka perceraian dibenarkan oleh Syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud bahawa sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah s.w.t. ialah Talaq.

Perceraian atau Talaq dalam Islam berlaku melalui beberapa cara iaitu talaq secara sareh, ta 'lik, fasakh dan sumpah li 'an. Talaq juga mempunyai syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Bagaimanapun terdapat banyak laporan dalam media kini mengenai kes-kes perceraian yang dikendalikan di mahkamah-mahkamah syariah seluruh Malaysia melalui proses pengendalian dalam jangka masa yang panjang untuk diselesaikan.

Keadaan ini menimbulkan masalah kepada wanita yang diceraikan dan diibaratkan gantung tidak bertali. Kelewatan ini juga mengakibatkan timbul masalah dari segi tuntutan nafkah, hak penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan lain-lain. Oleh itu satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenali masalah yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah Perlis dalam mengendalikan kes-kes perceraian.

Hasil daripada tinjauan dan kajian yang telah dijalankan beberapa masalah yang menghalang proses pengendalian kes berjalan dengan lancar telah dikenal pasti. Justeru itu beberapa langkah positif perlu diambil dalam menangani masalah ini. Antaranya perlu penambahan hakim bicara di Mahkamah Syariah Negeri Perlis, menambah bilangan kakitangan mahkamah dan menambah dewan perbicaraan.

Masalah penyempurnaan saman merupakan antara masalah yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada berlakunya penangguhan ke atas sesuatu kes seperti masalah pertukaran alamat, waktu penghantaran saman yang tidak sesuai, tiada penyelarasan undang-undang antara negeri-negeri, tiada senarai rujukan tindakan (check list), masalah enggan hadir ke mahkamah, perancangan masa yang kuran teratur, kurang pendedahan mengenai prosedur mahkamah kepada orang ramai, tiada biro pemantauan dan penyelidikkan.

Oleh itu begitu pihak-pihak yang bertanggungjawab dari masa ke semasa perlu mengkaji, menyelidik dan mengambil langkah-langkah yang positif dan berkesan dengan segera dalam menangani masalah-masalah kes-kes tertangguh lama khususnya di Mahkamah Syariah Negeri Perlis dan Malaysia amnya.

iv

COPYRIGHT @ UiTM

Page 6: Lp Che Latifah Ismail 02 24

ISI KANDUNGA Halaman

Muka Surat Tajuk i Ahli Kumpulan Penyelidik ii Penghargaan iii Abstrak iv Isi kandungan v Daftar Jadual viii

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

1.0 Mukadimah 1 1.1 Latar Belakang Mas alah 1 1.2 Skop Kajian 4 1.3 Kepentingan Kaj ian 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Metedologi Penyelidikan 6 1.6 Definisi Terma / Konsep Dalam Objektif. 8

1.6.1 Pengendalian 8 1.6.2 Kes Perceraian 8 1.6.3 Mahkamah Syariah Perlis 8 1.6.4 Satu tinjauan 8 1.6.5 Temubual 8

1.7 Implikasi harta intelek 9

BAB KEDUA KONSEP PERCERAIAN MENURUT ISLAM

2.0 Pengenalan 10 2.1 Talaq 11

2.1.1 Pensyariatan Talaq 11 2.1.2 Pembahagian talaq 12 2.1.3 Jenis-Jenis Atau Bentuk-Bentuk Talaq 12 2.1.4 Lafaz-Lafaz Talaq 14 2.1.5 Berdasarkan Kepada Masa Terlaksananya 15 2.1.6 Rukun Dan Syarat-Syarat Talaq 16 2.1.7 Bilangan Talaq 18

2.2 Khuluq 19 2.3 Fasakh 22 2.4 Li'an 26

2.4.1 Pensyariatan Li'an 27 2.4.2 Rukun Li'an 28 2.4.3 Syarat-Syarat Sah Li'an 28

COPYRIGHT @ UiTM

Page 7: Lp Che Latifah Ismail 02 24

2.4.4 Sebab-Sebab Berlaku Li'an 30 2.4.5 Cara Atau Kaedah Upacara Li'an Dilaksanakan 31 2.4.6 Kesan Yang Berlaku Selepas Li'an 32

2.5 Ta'Liq. 33 2.5.1 Lafaz Ta'liq / Sighah Lafaz Ta'liq 33 2.5.2 Jenis-Jenis Syarat Yang DiTa'Hq Atasnya 34 2.5.3 Syarat-Syarat Jatuh Cerai Secara Ta'liq 34

2.6 Ha' 35 2.6.1 Pensyariatan Ila' 36 2.6.2 Sighah Atau Lafaz Ila' 36 2.6.3 Bilakah Masanya Hukum Ila' Terlaksana 37 2.6.4 Rukun Dan Syarat-Syarat Ila' 37 2.6.5 Kafarah\\z> 39 2.6.6 Kesan Ila' 40

2.7 Zihar 40 2.7.1 Pensyariatan Zihar 41 2.7.2 Sighah Atau Lafaz Zihar 42 2.7.3 Masa Terlaksananya Hukum Zihar 42 2.7.4 Rukun Zihar 43 2.7.5 Syarat-Syarat Sah Zihar 44 2.7.6 Kesan Zihar Ke Atas Suami 44 2.7.7 Kafarah Zihar 45

2.8 Syiqaq 46 2.8.1 Hukum Perceraian 47 2.8.2 Kesan Dari Perceraian Ke Atas Pasangan Suami Isteri 48

BAB KETIGA MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERLIS

3.0 Pengenalan 54 3.1 Sejarah Penubuhan dan Perkembangannya 54 3.2 Sejarah Perkembangan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Perlis 56 3.3 Fungsi dan Objektif Penubuhannya 58 3.4 Anggota Pentadbiran Mahkamah Syariah Perlis 59 3.5 Peringkat-Peringkat Mahkamah 60 3.6 Bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Perlis 60

3.6.1 Mahkamah Rendah Syariah 60 3.6.2 Mahkamah Tinggi Syariah 62 3.6.3 Mahkamah Rayuan Syariah 64

vi

COPYRIGHT @ UiTM

Page 8: Lp Che Latifah Ismail 02 24

BAB KEEMPAT PROSEDUR PERCERAIAN

4.0 Pengenalan 68 4.1 Prosedur Tuntutan dan Pembelaan 68 4.2 Prosedur Pembicaraan Kes 73 4.3 Prosedur Rayuan Kes 77

BAB KELIMA PENGENDALIAN KES PERCERAIAN DAN PERMASALAHANNYA

5.0 Pendahuluan 81 5.1.1 Statistik Kes-Kes Perceraian 81 5.1.2 Statistik Am Jenis-Jenis Kes Perceraian 83 5.1.3 Statistik Perincian Jenis-Jenis Kes Perceraian Yang Didaftarkan 84

5.2 Kaedah Pengendalian Kes-Kes Perceraian 86 5.3 Contoh-Contoh Pengendalian Kes-Kes Perceraian 89 5.4 Permasalahan Pengendalian Kes-Kes Perceraian 101

BAB KEENAM CADANGAN DAN PENUTUP

6.0 Pendahuluan 109 6.1 Cadangan 109

6.1.1 Menambah Bilangan Hakim Bicara 109 6.1.2 Menambah Bilangan Kakitangan Mahkamah 110 6.1.3 Menambah Dewan Perbicaraan I l l 6.1.4 Mengatasi Masalah Saman I l l 6.1.5 Mengatasi Masalah Enggan Hadir Ke Mahkamah 113 6.1.6 Perancangan Masa Yang Teratur. 113

6.2 Penutup 115

Rujukan 117

vii

COPYRIGHT @ UiTM

Page 9: Lp Che Latifah Ismail 02 24

JADUAL Muka surat

Jadual 1 82 Jadual3 83 Jadual 4 84 Jadual 5 85 Jadual 6 85 Jadual 7 85 Jadual 8 86

viii

COPYRIGHT @ UiTM

Page 10: Lp Che Latifah Ismail 02 24

BAB PERTAMA

PENDAHULUAN

1.0 Mukadimah.

Menerusi bab ini penyelidik akan membicarakan beberapa tajuk berhubung dengan

penyelidikan ini seperti latar belakang kepada permasalahan kajian ini, pengertian tajuk,

skop kajian, pemyataan masalah, objektif kajian, metodologi penyelidikan serta definisi

terma / konsep dalam objektif dan kesimpulan.

1.1 Latar Belakang Masalah.

Perkahwinan merupakan suatu sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. bagi

sesiapa yang berhasrat melakukkannya. Bagaimanapun apabila ianya tidak dapat

diteruskan lagi maka perceraian dibenarkan oleh Syarak seperti yang terdapat dalam surah

al Talaq: 1-2, al Ahzab : 28, al Baqarah: 229-230. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Terjemahan: telah menegaskan bahawa sebenci-benci perkara yang

halal di sisi Allah s.w.t. ialah "Talaq". (Sabiq, j i l . 2,1992 : 206).

1

COPYRIGHT @ UiTM

Page 11: Lp Che Latifah Ismail 02 24

Perceraian atau Talaq dalam Islam berlaku melalui beberapa cara iaitu talaq secara

sareh, ta'lik, fasakh dan sumpah li'an (Mustafa, 1998: 388). Talaq juga mempunyai

syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Antaranya ialah bid'ah atau haram menceraikan

isteri dalam keadaan haidh atau dalam keadaan suci tetapi ia menggaulinya. Ini bertujuan

untuk memendekkan masa idah bagi wanita berkenaan iaitu tiga kali suci atau tiga bulan

(Fifai, 1997: 447).

Bagaimanapun terdapat banyak laporan dalam media mengenai kes-kes perceraian

yang dikendalikan di mahkamah-mahkamah syariah seluruh Malaysia melalui proses

pengendalian dalam jangka masa yang panjang untuk diselesaikan. Sejumlah 14,792 kes

perceraian pasangan Islam masih tertangguh di Mahkamah Syariah di seluruh negara bagi

tempoh tiga tahun lepasa (Utusan Melayu, April 13, 2001).

Hajjah Fatini Yaacob Naib Presiden (HELWA) mengatakan ada wanita yang

digantung tidak bertali sehingga 10 tahun atau lebih. Mereka terpaksa naik turun

mahkamah selama bertahun-tahun tanpa hasil, sedangkan anak terpaksa disara dalam

keadaan nafkah tidak diberikan oleh suami. Dalam negara kita kes-kes tergantung di

mahkamah syariah meningkat sehingga 70,000 kes. Bayangkan siapakah yang akhirnya

menderita dalam kes-kes yang tertunda sehingga bertahun-tahun ini.

(http://www.abm.org.my/helwa/kalamaspirasi/01 kahelwal .html).

Islam bukanlah agama yang menzalimi manusia, bukan agama yang mendera

wanita, jauh sekali menganiaya wanita yang lemah. Tidak ada satu surah pun di dalam al

2

COPYRIGHT @ UiTM

Page 12: Lp Che Latifah Ismail 02 24

Quran yang tidak membela wanita, demikian juga dalam hadis yang ditunjukkan oleh

Rasulullah s.a.w. Jadi bagaimana boleh berlaku kezaliman dan penganiayaan yang

sedemikian rupa terhadap wanita.?

Masalah undang-undang atau layanan terhadap wanita ini sebenamya tidaklah

serumit mana sekiranya semua pihak kembali kepada semangat Islam dalam ertikata yang

sebenamya. Malangnya kita tidak rela merombak pemikiran lama dan kita tetap mahu

mempertahankan amalan tradisi walaupun korbannya adalah kudrat wanita yang lemah

itu atau nyawanya. Lebih malang lagi dalam masa yang sama wanita yang teraniaya ini

melarikan diri dan mencari perlindungan pada golongan yang bukan Islam. Dengan

sendirinya kita seolah-olah menggadaikan agama kita. Pada hal yang jelas tidak

berperikemanusiaan adalah orang-orang Islam, bukan agama itu sendiri.

Keadaan ini menimbulkan masalah kepada wanita yang diceraikan dan

diibaratkan gantung tidak bertali. Kelewatan ini juga mengakibatkan timbul masalah dari

segi tuntutan nafkah, hak penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan lain-lain.

Tiap-tiap negeri di Malaysia memperuntukkan bahawa setiap perceraian mestilah

didaftarkan di Mahkamah Syariah untuk mengesahkannya (Mahmood Zuhdi, 1989:134).

Sekiranya tidak didaftarkan sebarang tuntutan tidak boleh dilakukan oleh kedua-kedua

belah pihak. Keadaan ini tentulah menimbulkan banyak kerumitan khususnya pihak

wanita. Hakikatnya masih ramai wanita yang tidak menyedari hak-hak mereka dari segi

undang-undang dan membiarkan diri mereka dalam kesulitan.

COPYRIGHT @ UiTM

Page 13: Lp Che Latifah Ismail 02 24

Berdasarkan keadaan ini satu tinjauan mengenai pengendalian kes-kes perceraian

khasnya perlu dilakukan. Kajian ini diharapkan dapat membantu mengenalpasti masalah

yang dihadapi dalam pengendalian kes perceraian dan mencari jalan penyelesaian.

1.2 Skop Kajian.

Kajian yang dilakukan ini meliputi kes-kes perceraian yang didaftarkan dan

dikendalikan di Mahkamah Syariah Negeri Perlis. Enakmen Pentedbiran Undang-undang

Keluarga Islam Negeri Perlis, 1991, Bahagian V, Seksyen 45 hingga 58 telah

memperuntukan perkara mengenai Pembubaran Perkahwinan.

Kajian ini akan difokuskan kepada kes-kes yang telah diselesaikan pada tahun

2000. Segala fail kes yang berkaitan akan diteliti bagi mengenalpasti tempoh masa yang

diambil bagi menyelesaikannya dan apakah masalah yang dihadapi sepanjang tempoh

pegendaliannya.

Sebagai contoh permulaan disertakan laporan mengenai kes perceraian di

Mahkamah Syariah Perlis 1999. Kes cerai sebanyak 129, yang selesai 84 sementara 45

tertangguh. Fasakh sebanyak 79 kes, 25 selesai dan 53 tertangguh. Ta'aliq 4 kes, 1

selesai dan 3 tertangguh. Tebus talak ada 3 kes, selesai 1 dan 2 masih tertangguh.

(Laporan Tahunan Mahkamah Syariah Perlis, 1999).

4

COPYRIGHT @ UiTM

Page 14: Lp Che Latifah Ismail 02 24

Berdasarkan kepada data di atas masih banyak kes yang belum dapat diselesaikan.

Kes-kes tertangguh ini tentulah melibatkan pelbagai faktor yang perlu dikenalpasti.

Oleh itu satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenali masalah yang

dihadapi oleh Mahkamah Syariah Perlis dalam mengendalikan kes-kes perceraian.

Semoga kajian ini akan memberi manfaat kepada semua khasnya pihak mahkamah dan

kaum muslimin keseluruhannya terutama kaum muslimat.

1.3 Kepentingan Kajian.

Kajian ini wajar dilakukan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan

kelewatan penyelesaian kebanyakan kes-kes perceraian.

Malalui kajian ini diharapkan mendapat satu kaedah yang dapat dijadikan

panduan untuk membantu pihak-pihak yang terlibat iaitu:

1. Untuk membantu Mahkamah Syariah: Hasil daripada penemuan kajian ini akan

dijadikan panduan kepada Mahkamah Syariah seluruh negeri dalam menangani

kes-kes perceraian.

2. Membantu meringankan beban ibu tunggal: Membantu meringankan beban

keluarga yang ditanggung oleh ibu tunggal dan menyelesaikan masalah mereka

secepat mungkin agar membenarkan mereka hidup seperti orang lain.

5

COPYRIGHT @ UiTM

Page 15: Lp Che Latifah Ismail 02 24

3. Meningkatkan kualiti pengendalian kes: Kajian ini juga bertujuan akademik iaitu

menyediakan beberapa panduan dalam menguruskan kes-kes perceraian agar

diurus dan dikendalikan dengan lebih profesional dan berkesan.

1.4 Objektif Kajian.

Berdasarkan kepada beberapa kenyataan yang tersebut di atas, objektif dan tujuan

kajian ini adalah untuk :

• Mengenai pasti kaedah pengendalian kes perceraian.

• Mengenai pasti masalah dalam pengendalian kes perceraian.

• Mengenai pasti kaedah penyelesaian pengendalian kes perceraian.

1.5 Metedologi Penyelidikan.

Kajian ini dilakukan melalui dua cara iaitu:

• Kajian perpustakaan: Iaitu pengkaji akan mendapatkan maklumat al Quran dan al

Hadith berkenaan dengan perceraian. Mengkaji kitab-kitab yang mu'tabar tentang

kes talak berdasarkan mazhab yang empat. Mengkaji tentang kes-kes perceraian

yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sahabat. Mendapatkan

bahan-bahan daripada majalah, makalah, akhbar, internet dan sebagainya.

Mendapatkan bahan atau risalah yang tersimpan di Mahkamah Syariah Perlis,

6

COPYRIGHT @ UiTM

Page 16: Lp Che Latifah Ismail 02 24

menuskrip yang tersimpan di Mahkamah Syariah Perlis, fail-fail kes yang masih

tertangguh hingga kini yang terdapat di Mahkamah Syariah Pelis.

• Kajian Lapangan: Iaitu;

i. Pengkaji akan mengadakan temuramah / perbincangan / temuduga /

dialog dengan semua staf Mahkamah Syariah Perlis yang terlibat

secara langsung dalam perbicaraan kes.

ii. Pengkaji akan mendapatkan maklumat daripada pihak Biro Bantuan

Guaman tentang kes-kes yang mereka kendalikan dan yang masih

tertangguh.

iii. Pengkaji juga akan mendapatkan data-data daripada peguam-peguam

Syariah bertauliah seluruh Perlis bagi mendapatkan data-data tentang

kes-kes masih tertangguh.

7

COPYRIGHT @ UiTM

Page 17: Lp Che Latifah Ismail 02 24

1.6 Defmisi T e r m a / Konsep Dalam Objektif.

Berikut adalah beberapa istilah penggunaan bahasa yang akan digunakan dalam

penulisan kajian in i :

1.6.1 Pengendalian.

Segala urusan yang berkaitan dengan perbicaraan kes dari mula hingga selsesai di

Mahkamah Syariah Perlis.

1.6.2 Kes Perceraian.

Perpisahan yang berlaku di antara pasangan yang telah berkahwin. Kes tersebut

dibawa ke Mahkamah Syariah Perlis.

1.6.3 M a h k a m a h Syariah Perlis.

Mahkamah yang mengendalikan kes-kes Syariah di Negeri Perlis.

1.6.4 Satu t injauan.

Satu usaha mengenai pasti aspek-aspek yang terlibat dengan sistem pengendalian

kes.

8

COPYRIGHT @ UiTM

Page 18: Lp Che Latifah Ismail 02 24

1.6.5 Temubual .

Mereka yang diajukan dengan soalan-soalan khas bagi mendapatkan maklumat

tambahan.

1.7 Implikasi harta intelek.

Hasil daripada kajian ini akan menjadi sumber rujukan kepada pentadbir-

pentadbir yang mengendalikan kes-kes perceraian di Mahkamah Syariah seluruh negeri.

Di samping itu hasil kajian ini juga menambahkan bilangan buku rujukan yang

berkaitan dengan pengurusan pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah khususnya kes-

kes perceraian.

Penemuan ini juga sebagai langkah awal ke arah memperkenalkan pengajian di

UiTM sama ada yang berbentuk sijil atau diploma yang berkaitan dengan pengurusan

Mahkamah Syariah.

9

COPYRIGHT @ UiTM

Page 19: Lp Che Latifah Ismail 02 24

BAB KEDUA

KONSEP PERCERAIAN MENURUT ISLAM

2.0 P e n g e n a l a n .

Perkataan "perceraian" adalah berasal daripada perkataan cerai dari segi bahasa yang

bererti "pisah" dan jika dinisbahkan kepada pasangan suami isteri diertikan "tidak sebagai

suami isteri lagi" atau "sudah putus hubungan sebagai suami isteri". (Kamus Dewan,

1997:231).

Apabila imbuhan "per" dan "an" dimasukkan pada perkataan "cerai" ia

dimaksudkan sebagai "perihal (kejadian) bercerai antara suami isteri". (Ibid:231). Secara

terminologi perkataan cerai membawa maksud "terputusnya hubungan atau ikatan

perkahwinan berdasarkan kepada sebab-sebab tertentu". (Wahbah al-Zuhaily, Jil. 7,

1984:347).

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya

perceraian di antara suami dan isteri iaitu talaq, khulu', fasakh, li'an, ta'liq, ila', zihar dan

syiqaq.

10

COPYRIGHT @ UiTM

Page 20: Lp Che Latifah Ismail 02 24

2.1 Talaq

Secara etimologi perkataan talaq, mengertikan "tindakkan melepas atau

menguraikan ikatan". (Wahbah al-Zuhaily, Jil. 7, 1984:356). Dari segi terminologi ia

bermaksud "tindakkan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz (perkataan) yang

tertentu seperti talaq (perceraian), firaq (perpisahan) dan sarah (pelepasan) (Mat Saad

Abd Rahman, 1993:129), atau dengan menggunakan lafaz (perkataan) yang seumpama

dan seerti dengannya". (Wahbah al-Zuhaily, Jil. 7, 1984:356) seperti seorang suami

berkata kepada isterinya:" Engkau telah kutalaqkan atau engkau seorang permapuan yang

sudah ditalaq" dan sebagainya. (Mat Saad Abd Rahman, 1993:129).

2.1.1 Pensyariatan Talaq.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 229 dan firmanNya juga di dalam

surah al-Talaq ayat 1 telah menjelaskan bahawa talaq adalah diharuskan oleh Islam.

Dalam masalah ini hadith Nabawi juga menegaskan keharusan talaq ini walaupun ia

merupakan perkara yang paling dibenci oleh Allah ta'ala. Sabda nabi (s.a.w) yang

menyatakan sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah ialah talaq.

11

COPYRIGHT @ UiTM

Page 21: Lp Che Latifah Ismail 02 24

2.1.2 Pembahagian talaq.

Ulama'-ulama' fiqh telah menkategorikan talaq kepada dua bahagian berdasarkan

kepada keadaan si isteri iaitu:

1. Talaq sunni iaitu talak yang dijatuhkan mengikut peraturan syara' seperti

talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami ke atas isterinya yang sedang di

dalam keadaan suci yang belum lagi disetubuhi.

2. Talaq bid'ah iaitu talaq yang dilaksankan bertentangan dengan tuntutan

Islam seperti talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami ke atas isterinya

ketika dia di dalam masa haid, nifas atau di dalam masa suci yang

disetubuhinya. (Ahmad al-Asyarbaasy, j i l . 6:145).

2.1.3 Jenis-Jenis Atau Bentuk-Bentuk Talaq.

Berdasarkan kepada hukum syara' talaq itu terbahagi kepada dua jenis atau bentuk

iaitu:-

a) Talaq Raj'i iaitu perceraian yang boleh dirujuk kembali dalam waktu

iddah tanpa memerlukan kepada akad nikah yang baharu seperti Talaq

satu atau dua, perceraian yang dijatuhkan oleh hakim atau qadhi kerana

ila' (sumpah), perceraian yang dijatuhkan oleh orang perantaraan

kerana syiqaq.

12

COPYRIGHT @ UiTM

Page 22: Lp Che Latifah Ismail 02 24

Talaq Bain iaitu terbahagi pula kepada dua bahagian;

• Talaq Bain Sughra (Kecil). Talaq bain sughra ialah perceraian yang

tidak boleh dirujuk kembali dalam waktu iddah, tetapi mesti

diijabkabulkan semula dengan akad nikah yang baharu sesudah

habisnya waktu iddah seperti:Perceraian fasakh yang dijatuhkan oleh

hakim atau qadhi, perceraian sesudah kahwin tetapi tidak bergaul

dengan isteri, perceraian dengan memperolehi ganti-fugi dari isteri

(khulu').

• Talaq Bain Kubra (Besar). Talaq bain kubra pula dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu:

Perceraian Yang Berkekalan: iaitu perceraian dengan sebab li'an yang

tidak boleh diruju' kembali atau berkahwin semula walaupun si isteri

berkahwin dengan laki-laki lain.

Perceraian Yang Tidak Berkekalan: iaitu perceraian kerana talaq tiga

atau sudah tiga kali cerai. Dalam perceraian ini tidak boleh ruju' dan tidak

boleh berkahwin semula, kecuali isteri telah berkahwin dengan laki-laki

lain, bergaul dengan suami yang baharu, sudah atau telah dicerai oleh

suami yang baharu, sudah atau telah tamat tempoh iddahnya. (M. Said,

1997:49).

13

COPYRIGHT @ UiTM

Page 23: Lp Che Latifah Ismail 02 24

2.1.4 Lafaz-Lafaz Talaq.

Lafaz-lafaz talaq itu mempunyai kesan atau hukum-hukum yang berbeza

berdasarkan kepada bentuk ucapanya (sighah talaq). Ulama'-ulama' fiqh telah

membahagikan lafaz-lafaz talaq berdasarkan kepada bentuk ucapannya (sighahnya)

kepada tiga bahagian (Mat Saad Abd Rahman, 1993:132) iaitu:

• Talaq Sarih. Iaitu lafaz talaq yang digunakan itu tidak mengandungi apa-apa

kesamaran bahawa yang dimaksudkan itu ialah memutuskan ikatan perkahwinan

seperti suami berkata:"Engkau tertalaq" atau "Saya ceraikan engkau". Bentuk

talaq ini tidak terikat kepada sebarang niat, cukup dengan atau sekadar lafaznya

berlakulah talaq.

• Talaq Kinayah. Iaitu lafaz yang boleh diertikan untuk perceraian atau lainnya

sebagai contoh suami berkata:"Baliklah engkau ke rumah bapamu" atau "Pergilah

engkau dari sini". Bentuk talaq ini adalah tertakluk atau bergantung kepada niat

orang yang melafazkannya, sekiranya ia berniat untuk menceraikan isterinya maka

jatuhlah talaq yang diucapkan. (Hj. Mohd Sanusi bin Hj. Mahmood, 1984:80).

14

COPYRIGHT @ UiTM

Page 24: Lp Che Latifah Ismail 02 24

ke rumah si polan maka engkau akan tertalaq" atau "Jika saya balik ke rumah

dalam masa sebulan maka engkau akan tertalaq".

Di dalam kesemua contoh di atas, jika berlaku perkara yang digantungkan (ta'liq)

itu, maka jatuhlah talaq ke atas isteri berkenaan seperti si isteri keluar rumah tanpa izin

suaminya, atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si suami

pulang ke rumahnya dalam masa sebulan. Talaq akan jatuh dan perceraian akan berlaku

dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si

suami. (Mat Saad Abd Rahman, 1993:133-134).

2.1.5 Berdasarkan Kepada Masa Terlaksananya.

Berhubung dengan masa terlaksananya hukum talaq, ulama' Islam telah

menkategorikan juga kepada tiga bahagian iaitu:

• Talaq Munjiz. Iaitu ucapan atau lafaz talaq yang tidak mengandungi syarat dan

tangguhan masa seperti seorang suami berkata kepada isterinya:"Aku talaqkan

engkau" atau "Kamu perempuan yang sudah ditalaq". Ucapan ini menunjukkan

bahawa talaq itu telah jatuh sebaik sahaja ucapan atau lafaz talaq itu disebutkan

oleh suami tanpa dikaitkan dengan masa yang ditangguhkan atau dengan apa-apa

syarat. (Wahbah al-Zuahily, 1984:442).

15

COPYRIGHT @ UiTM