kamsiah yusof v. latifah yusof

21
Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS 145 KAMSIAH YUSOF lwn. LATIFAH YUSOF DAN TIGA YANG LAIN Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim HMTS [Kes Mal No: 05100-044-0037-2007] 15 September 2008 JUDGMENT PENGHAKIMAN MOHD NADZRI ABDUL RAHMAN, HMTS Di dalam kes ini, Plaintif mendakwa telah berlaku hibah mengenai dua keping tanah kebun dan sekeping tanah tapak rumah dan sebuah rumah oleh arwah bapanya. Bagaimnanapun, kerana menghormati si ibu, Plaintif telah membiarkan tanah-tanah tersebut tidak ditukar kepada namanya, sebaliknya telah ditukar kepada nama ibunya selepas kematian arwah bapanya melalui satu pembahagian yang dibuat di Pejabat Tanah Gemas. Selepas tanah tersebut bertukar milik kepada ibunya, ibunya pula telah meninggal dunia dan pembahagian faraid telah dibuat di mana Plaintif bersetuju tanpa bantahan untuk dibahagikan secara faraid. Plaintif, di atas persetujuan ahli waris telah dilantik pemegang amanah atau kuasa mentadbir tanah-tanah tersebut. Setelah memperolehi kuasa mentadbir, Plaintif yang mendiami rumah peninggalan arwah ibu dan bapanya, telah mengusahakan tanah-tanah tersebut. Beberapa tahun kemudian, selepas timbul pertengkaran antara ahli waris yang terdiri daripada adik beradik Plaintif, defendan-defendan telah mendesak supaya kuasa mentadbir tersebut ditukar kepada ahli waris yang lain. Plaintif kemudiannya memfailkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dan mendakwa bahawa tanah-tanah tersebut sebenarnya telah dihibahkan oleh arwah bapa mereka kepada Plaintif semasa arwah tersebut masih hidup. Lafaz hibah ini ada dibuat oleh arwah bapanya dengan disaksikan oleh arwah ibunya, Plaintif, suami dan semua defendan-defendan dalam kes ini. Kali kedua lafaz tersebut telah dibuat oleh arwah bapanya sebelum arwah meninggal dan kali ini hanya disaksikan oleh Plaintif, suaminya dan arwah ibunya. Arwah ibunya tidak pula semasa hayatnya mengisytiharkan kepada anak-anak yang lain atau menafikan kepada anak-anak yang lain bahawa tanah tersebut telah dihibahkan kepada Plaintif. Plaintif mendakwa beliau tidak menukarkan hak milik tanah-tanah tersebut dan tidak memaklumkan kepada ahli waris yang lain kerana menghormati arwah ibunya dan menghormati adik beradiknya selepas kematian arwah ibunya. Plaintif baru menimbulkan isu hibah setelah defendan-defendan menuntut hasil dari tanah-tanah tersebut, iaitu setelah hampir 10 tahun selepas kematian pemberi hibah.

Upload: seng-wee-toh

Post on 01-Feb-2016

151 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Case regarding Shariah law

TRANSCRIPT

Page 1: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 145

KAMSIAH YUSOF

lwn.

LATIFAH YUSOF DAN TIGA YANG LAIN

Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban

Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim HMTS

[Kes Mal No: 05100-044-0037-2007]

15 September 2008

JUDGMENT

PENGHAKIMAN MOHD NADZRI ABDUL RAHMAN, HMTS

Di dalam kes ini, Plaintif mendakwa telah berlaku hibah mengenai dua keping

tanah kebun dan sekeping tanah tapak rumah dan sebuah rumah oleh arwah

bapanya. Bagaimnanapun, kerana menghormati si ibu, Plaintif telah membiarkan

tanah-tanah tersebut tidak ditukar kepada namanya, sebaliknya telah ditukar

kepada nama ibunya selepas kematian arwah bapanya melalui satu pembahagian

yang dibuat di Pejabat Tanah Gemas. Selepas tanah tersebut bertukar milik kepada

ibunya, ibunya pula telah meninggal dunia dan pembahagian faraid telah dibuat di

mana Plaintif bersetuju tanpa bantahan untuk dibahagikan secara faraid. Plaintif,

di atas persetujuan ahli waris telah dilantik pemegang amanah atau kuasa

mentadbir tanah-tanah tersebut. Setelah memperolehi kuasa mentadbir, Plaintif

yang mendiami rumah peninggalan arwah ibu dan bapanya, telah mengusahakan

tanah-tanah tersebut. Beberapa tahun kemudian, selepas timbul pertengkaran

antara ahli waris yang terdiri daripada adik beradik Plaintif, defendan-defendan

telah mendesak supaya kuasa mentadbir tersebut ditukar kepada ahli waris yang

lain.

Plaintif kemudiannya memfailkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dan mendakwa

bahawa tanah-tanah tersebut sebenarnya telah dihibahkan oleh arwah bapa

mereka kepada Plaintif semasa arwah tersebut masih hidup. Lafaz hibah ini ada

dibuat oleh arwah bapanya dengan disaksikan oleh arwah ibunya, Plaintif, suami

dan semua defendan-defendan dalam kes ini. Kali kedua lafaz tersebut telah dibuat

oleh arwah bapanya sebelum arwah meninggal dan kali ini hanya disaksikan oleh

Plaintif, suaminya dan arwah ibunya. Arwah ibunya tidak pula semasa hayatnya

mengisytiharkan kepada anak-anak yang lain atau menafikan kepada anak-anak

yang lain bahawa tanah tersebut telah dihibahkan kepada Plaintif. Plaintif

mendakwa beliau tidak menukarkan hak milik tanah-tanah tersebut dan tidak

memaklumkan kepada ahli waris yang lain kerana menghormati arwah ibunya dan

menghormati adik beradiknya selepas kematian arwah ibunya. Plaintif baru

menimbulkan isu hibah setelah defendan-defendan menuntut hasil dari

tanah-tanah tersebut, iaitu setelah hampir 10 tahun selepas kematian pemberi

hibah.

Page 2: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS146

Defendan-defendan yang tidak bersetuju dengan tuntutan ini menafikan bahawa

tanah-tanah tersebut telah dihibahkan oleh arwah ayah kepada Plaintif, malah

defendan ke 4 sendiri tidak pernah mendengar atau mengetahui sekeping dari

tanah tersebut telah dihibahkan kepadanya oleh arwah ayahnya. Pada masa yang

sama, isu tersebut tidak ditimbulkan oleh plaintif sedangkan ia berpeluang

menyatakan secara terbuka semasa perbicaraan kuasa selepas kematian arwah

ayahnya dan kali yang kedua selepas bicara kuasa setelah ibunya meninggal dunia.

Qarinah-qarinah tersebut menunjukkkan tidak pernah berlakunya hibah oleh

simati kepada Plaintif.

Bidangkuasa Mahkamah

Dalam menentukan bidangkuasa Mahkamah sebelum kes hibah ini diputuskan,

adalah baik Mahkamah merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang sedia ada.

Merujuk kepada Seksyen 61(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Sembilan) 2003 yang memperuntukkan tentang bidangkuasa Mahkamah Tinggi

Syariah, iaitu:-

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:-

(a) ....;

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding

itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan

dengan:-

(i) .....;

(ii) .....;

(v) Wasiat atau hibah semasa marad al-maut;

(vi) Hibah semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa

balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh

seseorang orang Islam.

Manakala di dalam Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Negeri Sembilan) 2003 pula menyatakan perkara yang berkaitan dengan kuasa

sedia ada Mahkamah, iaitu:-

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan

atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa

perintah yang perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan

penyalahgunaan proses Mahkamah.

Page 3: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 147

Seterusnya Mahkamah melihat kepada peruntukkan berkaitan dengan hukum

Syarak yang terdapat di dalam seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah

Syariah (Negeri Sembilan) 2003, yang menyatakan:-

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini

yang tidak selaras dengan Hukum Syarak adalah terbatal setakat

ketidakselarasan itu.

(2) Jika terdapat lacuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan

nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.

Berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah Mahkamah nyatakan di atas,

Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah ini adalah berbidangkuasa untuk

mendengar dan memutuskan kes ini.

Hibah Mengikut Hukum Syarak

Hibah merupakan suatu pemberian hak milik sesuatu harta kepada seseorang

tanpa perlu menukar ganti dengan harta atau benda yang lain, atau dengan wang

pada kadar nilaian yang tertentu yang dibuat semasa pemberi hibah masih hidup,

dan ia dilakukan secara sukarela. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah

ayat 177:-

[Arabic text omitted. Please refer to pdf version]

Bermaksud:

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak

timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada

Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian

Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,

- kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang yang miskin"

Manakala menurut istilah syarak pula, hibah bermaksud suatu akad pemberian

(al-atiyyah) atau pemindahan hak milik ain sesuatu harta kepada seseorang tanpa

apa-apa balasan (i'wad) semasa pemberi milik itu masih hidup, dan ia dilakukan

secara sukarela dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul. Dalam Kitab I'aanah

al-Talibin , (al-Allamah Abi Bakr Othman bin Muhammad Shatta al Dimyati

al-Bakr, I'anah al-Talibin , 1995, Beirut, Lebanon: Dar al Kutub al-ilmiyyah , Jld. 3,

hlm. 245) telah dijelaskan perkara berkaitan dengan hibah:-

[Arabic text omitted. Please refer to pdf version]

Bermaksud:

"Hibah menurut pengertian syarak ialah memberi milik sesuatu barang

kepada seseorang yang lain, yang mana barang itu adalah sah untuk dijual

beli, atau diberi hutang oleh ahli yang tabarru', tanpa adanya sebarang balasan

Page 4: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS148

atau tukaran."

Manakala di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj , Juz 2, hlm. 396 pula menyatakan

bahawa:-

[Arabic text omitted. Please refer to pdf version]

Bermaksud:

"Hibah ialah suatu pemberian milik sesuatu benda tanpa ada timbal balas atau

tukaran sewaktu seseorang masih hidup dan ia dilakukan secara sukarela".

Di dalam Majalah al-Ahkam al-Adliyyah , Fasal 833 disebut sebagai; Hibah ialah hak

milik harta kepada orang lain tanpa gantian (tukaran). (Lihat The Mejelle, An

English Translation Of Majallah El-Ahkam i-Adliya And A Complete Code On Islamic

Civil Law , 2001, Kuala Lumpur: The Other Press, hlm.131).

Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitab Fiqh dan Perundangan Islam pula,

hibah ditakrifkan sebagai; "Satu akad yang dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu

menukar ganti, kerana dibuat secara sukarela" (Dr Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami

Wa Adillatuhu , juz 5, hlm. 7)

Difahami dari takrif-takrif tersebut, hibah bermakna memberi milik sesuatu barang

tanpa ada balasan dari penerima barang tersebut yang dibuat secara sukarela oleh

pemberi barang tersebut. Sesuatu hibah akan menjadi sah mengikut hukum syarak

apabila sempurna rukun-rukunnya. Antara lain Rukun-rukun hibah sebagaimana

yang dipetik di dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu adalah seperti berikut:-

Rukun hibah mengikut jumhur ulama ada empat, iaitu; pemberi, penerima, barang

yang diberi dan sighah (lafaz).

Pemberi ialah orang yang memiliki barang yang diberi, jikalau benar ia pemilik

yang sah, dia berhak memberi. Di dalam kes ini, pemberi ialah Allahyarham Yusuf

Hassan yang mana menurut Plaintif telah menghibahkan harta-hartanya kepada

Plaintif semasa sihat tanpa ada paksaan oleh sesiapa pun. Pemberi adalah

disyaratkan 'berkeahlian' untuk menderma iaitu seorang yang berakal, baligh, serta

matang atau cerdik. Di dalam kes ini tidak ada keterangan yang menyatakan

pemberi itu seseorang yang tidak berkelayakan. Saya berpuashati bahawa rukun

pertama ini telah dipenuhi oleh Plaintif pada peringkat awalnya.

Bagaimanapun keterangan Plaintif menjadi tidak konsisten apabila pada masa

yang lain. Plaintif menyatakan tanah tersebut dihibahkan pula oleh arwah ibunya

Rus Mat Noor. Kerterangan SP1, yang merupakan jiran Plaintif, menyebut arwah

ibu Plaintif ingin memberikan tanah-tanah tersebut kepada Plaintif. Dalam hal ini

tidak ditentukan secara khusus harta itu milik siapa sebenarnya dan siapa yang

menghibahkannya kepada Plaintif. Pernyataan ini meragukan Mahkamah.

Rukun kedua ialah penerima . Penerima ialah semua orang dan seseorang itu

Page 5: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 149

harus memberikan semua hartanya kepada orang lain melalui persetujuan.

Manakala pemberian semua hartanya kepada sebahagian anak-anaknya dalam

pemberian adalah makruh hukumnya, menurut jumhur ulama, sekalipun ada yang

berpendapat harus. Penerima adalah disyaratkan berkeahlian dalam memiliki

harta yang diberi hibah kepadanya. Dalam kes ini, penerima adalah Plaintif, iaitu

Kamsiah Yusof, seorang yang berkeahlian dan berkelayakan dalam menerima

harta-harta yang dihibahkan tersebut. Saya juga berpuashati dengan rukun dan

syarat yang kedua ini.

Rukun yang ketiga ialah barang yang dihibah, iaitu segala barang yang dimiliki.

Mengenai rukun ketiga ini yang berkaitan dengan Mauhub (harta atau barang

yang dihibah), ianya hendaklah menjadi milik penghibah secara sempurna iaitu

tidak bercampur dengan milik orang lain atau tiada perkongsian dengan orang lain

serta barang itu merupakan barang yang bermanfaat dan diakui oleh Syarak. Di

dalam kitab Mughni al-Muhtaj ada menjelaskan tentang syarat milikan sempurna

ini;

"Ada harta yang hendak dihibahkan itu dengan syarat harta itu hendaklah

menjadi milikan sempurna penghibah iaitu tidak boleh bercampur milikan itu

dengan orang lain dan harta itu merupakan harta yang bermanfaat serta

diakui oleh syarak. Dengan demikian sekiranya harta yang dihibahkan itu

tidak wujud, atau harta tersebut masih di dalam khayalan, atau harta yang

dihibahkan itu merupakan benda yang sifat dan zatnya diharamkan oleh

syarak, maka hibah tersebut adalah tidak sah.

Disyaratkan juga kepada orang yang memberi hibah itu mempunyai milikan yang

penuh terhadap harta yang dihibahkannya. Perkara ini telah dinyatakan di dalam

Kitab al-Iqna , jil. 2, hlm. 171 iaitu:-

[Arabic text omitted. Please refer to pdf version]

Bermaksud:-

"Maka disyaratkan kepada orang yang memberi hibah itu mestilah memiliki

harta tersebut, dan mempunyai pegangan yang mutlak terhadap hartanya,

maka tidak sah memberi harta yang hilang"

Berkaitan dengan penguasaan ke atas harta oleh penghibah dan penerima hibah

ini, telah dijelaskan di dalam Kitab Iqna , Jld. 2, hlm. 171-172, yang menjelaskan

bahawa:-

[Arabic text omitted. Please refer to pdf version]

Bermaksud:

"dan tidak dikatakan atau tidak memiliki hibah secara jelas, tanpa ada

tanggungan hutang dan hanya zat ganjaran sahaja, seperti hadiah dan

Page 6: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS150

sedekah, kecuali dengan pegangan (penguasaan padanya), maka tidak dimiliki

hibah itu dengan akad sahaja.

Al-Sharbini telah menghujahkan 'melainkan dengan pegangan' itu dengan maksud

penguasaan atau pegangan ke atas sesuatu barang oleh pemberi atau penerima

barang itu. Sekiranya barang itu bukan dalam Penguasaan pemberi hibah, maka

tidak sah hibah itu. Sebaliknya jika, hibah telah dibuat, tetapi penerima hibah tidak

mampu untuk menguasai harta atau barang itu disebabkan oleh halangan tertentu,

maka tidak sah juga hibah tersebut.

Memetik penghakiman satu kes Rayuan di dalam kes Ibrahim Yusuff lwn. Eshah Hj

Ishak dan 4 yang lain [2006] JH XXI/II, 158-177, Panel Rayuan Mahkamah rayuan

Syariah Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YAA KHS yang memetiknya

dari kitab al-Yakut al Nafis Fi Mazhab Ibni Idrismenyatakan barang yang dihibah itu

mengandungi lima syarat, iaitu, ianya diketahui, ianya suci, ianya boleh

digunakan, ianya boleh diserahkan dan dalam milikan pemberi hibah.

Empat daripada lima syarat tersebut adalah jelas dan tidak dipertikaikan di dalam

kes ini. Bagaimanapun syarat yang kelima adalah diragui kerana tidak ada

keterangan ditimbulkan sepanjang prosiding kes ini berjalan, iaitu ianya mestilah

dalam milikan pemberi hibah. Apa yang meragukan Mahkamah ialah, harta-harta

yang dihibahkan tersebut adalah terdiri dari harta-harta Felda, iaitu rumah dan

tapak rumah, dan dua keping tanah kebun. Sepertimana yang dimaklumi,

harta-harta yang diperolehi melalui tanah rancangan adalah harta yang tidak

dimiliki secara sempurna, ianya terikat dengan peraturan-peraturan tertentu

sehinggalah harta itu diberi milik oleh Felda selepas proses tertentu, misalnya

bayaran balik dan sebagainya. Tidak ada keterangan bila harta tersebut dimiliki

oleh pemberi hibah. Sama ada ianya dihibahkan selepas atau sebelum harta

tersebut diperolehi secara sah dari pihak Felda. Lafaz yang dibuat oleh pemberi

hibah itu juga tidak dinyatakan dengan jelas bila masa ianya dibuat, kecuali

keterangan ada menyebut ianya dilafazkan semasa kenduri, tetapi tidak dipastikan

bila. Dan tidak pula dijelaskan sama ada semasa tanah itu telah diberi hak milik

atau sebelum diberi hakmilik oleh Felda kepada Arwah Yusof bin Hassan.

Sedangkan ini adalah fakta terpenting untuk menentukan bahawa sesuatu hibah

itu sail atau sebaliknya, iaitu pemilikan pemberi hibah.

Di dalam kes Sabedah bt Abdullah lwn. 3 Yang lain . MTS Kes Mal No.

05100-044-0082-2007, Mahkamah telah menolak satu dari tanah-tanah yang

didakwa oleh Plaintif telah dihibahkan oleh arwah orang tuanya, iaitu sekeping

tanah di bawah pegangan GM 2877 Lot 7809 Mukim Gemencheh, Daerah

Tampin Negeri Sembilan, Mahkamah menolak tuntutan hibah Plaintif bahawa

hartanah atas nama Sabedah binti Abdullah kad pengenalan no. 490228-05-5046

dan Zainal bin Abdullah, sebagai pentadbir sebanyak 1/1 bahagian kerana harta

tersebut bukan di bawah milikan sempurna si mati Gedek binti Durin sewaktu

hibah tersebut dibuat dan masih di bawah milikan RISDA. Sewaktu hibah tersebut

Page 7: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 151

dibuat oleh arwah Gedek Durin, harta tersebut masih di dalam hutang bayaran

kembali kepada pihak Felda. Mahkamah memutuskan bahawa tidak sah.sesuatu

hibah jika harta tersebut masih bukan suatu milikan yang sempurna oleh pemberi

hibah.

Bagaimanapun, dalam kes ini tidak ada keterangan yang nyata sama ada harta

yang dihibahkan oleh arwah Yusuf Hassan itu harta milikannya yang penuh atau

masih di bawah hak milik Felda sewaktu lafaz hibah itu dibuat. Tarikh sebenar

waktu hibah itu dilafazkan juga adalah tidak dinyatakan dan Plaintif sendiri tidak

pasti jangkaan tahunnya dan tidak dibuktikan bila sebenarnya ianya dilafazkan..

Mengenai pemilikan ini, Mahkamah berpuashati orang terakhir yang memiliki

tanah tersebut adalah arwah Rus Mat Noor, iaitu ibu kepada Plaintif dan

Defendan-Defendan. Bukti yang jelas adalah berdasarkan kesemua tanah-tanah

tersebut adalah atas nama Rus Mat Noor sebelum namanya ditukar kepada

Plaintif sebagai Pentadbir. Fakta ini adalah dipersetujui oleh semua pihak.

Pada satu ketika, sewaktu disoal balas oleh Peguam Defendan yang terpelajar,

dengan membenarkan nama ibu dimasukkan sebagai penama, secara tak langsung

Plaintif bersetuju menyerahkan tanah-tanah tersebut kepada ibu. Fakta ini tidak

dinafikan dan Plaintif mengakuinya. Bermakna tanah-tanah tersebut adalah hak

milik secara zahir dan bertulis kepunyaan Rus Mat Noor. Pemilikan tanah oleh

arwah Rus Mat Noor ini dikuatkan lagi dengan keterangan SP1, yang merupakan

jiran Plaintif, menyebut arwah ibu Plaintif ingin memberikan tanah-tanah tersebut

kepada Plaintif menunjukkan tanah itu sememangnya milik arwah Rus Mat Noor.

Keterangan Plaintif sendiri menyokong perkara ini dimana mengakui semasa

hayat ibunya, hasil diambil oleh ibunya.

Rukun keempat ialah sighah atau lafaz hibah. Di dalam kitab al-Yakut al-Nqfis Ft

Mazhab Ibni Idris yang dipetik dari penghakiman kes Ibrahim Yusuff lwn. Eshah Hj

lshak dan yang lain [2006] JHXXI/II, 158-177, YAA KHS menyebut terdapat 13

syarat mengenai lafaz hibah ini, iaitu:-

1. Tidak diselangi dengan percakapan yang lain di antara ijab dan qabul;

2. Tidak diselangi di antara keduanya dengan masa yang panjang;

3. Kedua-duanya sepakat dengan pengertiannya;

4. Tidak tergantung (taklik) ;

5. Tidak tertangguh masa;

6. Tidak berubah pihak yang pertama sebelum pihak yang kedua;

7. Lafaz boleh didengar bagi mereka yang berhampiran dengannya;

8. Kekal kelayakan sehingga wujud pihak yang lain;

9. Ada pengucapan;

Page 8: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS152

10. Pengucapan itu sempurna;

11. Menyebut apa yang diberi;

12. Berlaku pemberian keseluruhannya;

13. Maksudnya sama dengan lafaz.

Berhubung dengan penerimaan hibah (qabul) mengikut Sheikh Zainuddin bin

Abdul Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Muin Sharah Qurratu al-Ain dalam kitab

I'anah al-Tolibin , Jil 3, hlm 142 dan 143 menjelaskan bahawa ianya boleh berlaku

dengan perkataan seperti:-

"qabiltu wa radhitu" iaitu "aku terima dan aku redha" dan boleh berlaku juga

dengan cara tulisan seperti bagi engkau ini atau pakaian engkau ini, juga

boleh dengan cara beri dan ambil (bi al-Mu'athat) dan adakalanya tidak

disyaratkan berlafaz seperti dia menghiaskan anak kecilnya dengan perkakas

emas.

Di dalam kes ini, Plaintif menyatakan arwah bapanya ada menghibahkan

harta-harta tersebut dengan lafaz: "Abah nak serahkan tapak rumah dan tanah kebun

kepada adik kamu Kamsiah binti Yusof" . Dia kata; "anak-anak yang lain sudah ada

tanah yang tak ada tanah cuma Plaintif sahaja."

Pada ketika yang lain sewaktu disoal oleh Peguam Syarie Plaintif, ayat sebenar

arwah bapa cakap; "Abah nak serahkan tapak rumah dan tanah kebun kepada Kamsiah

binti Yusuf" .

Manakala tidak ada keterangan mengenai lafaz kali kedua yang dikatakan telah

dibuat oleh arwah Yusof bin Hassan sewaktu ia sedang sakit.

Mengenai lafaz ini, berbeza keterangan Plaintif sepertimana yang dinyatakan di

dalam Penyata Tuntutannya pada para 9 yang berbunyi; "Tapak rumah dan kebun 8

ekar bagi pada Kamsiah, kebun 2 ekar (pajar) bagi kepada Sharif, sebab yang lain-lain dah

ada tanah" . Manakala keterangan SP3 pula menyatakan; ayat sebenar "tapak rumah

dan kebun 8 ekar diberikan kepada Kamsiah binti Yusuf (dibahagikan) dan pajar bagi pada

Sharif" .

Menurut SP3 juga, Kali kedua pun perkara yang sama diucapkan oleh Arwah

Yusuf bin Hassan, iaitu: "tapak rumah dan kebun 8 ekar saya bagi pada kamsiah binti

Yusuf dan pajar pada Sharif bin Yusuf" .

Semua keterangan yang dihidangkan kepada Mahkamah ini hanya menyebut

mengenai lafaz ijab dari Pemberi dan tidak ada satu pun keterangan yang

menyentuh mengenai qabul dari penerima. Dari segi lafaz ijab pula terdapat

pelbagai versi dan tidak konsisten oleh Plaintif. Manakala Plaintif sebagai

penerima tidak pernah menyatakan yang ia menerima pemberian tersebut pada

masa majlis akad. Pada zahirnya, Plaintif tidak pernah membuat apa-apa

Page 9: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 153

penerimaan terhadap hibah tersebut, sedangkan penerimaan juga adalah bahagian

terpenting dalam sahnya sesuatu hibah. Bermakna tidak berlakunya hibah tanpa

adanya ijab dan qabul, dan boleh jadi ianya adalah hadiah atau boleh jadi juga

sebagai satu sedekah.

Menurut Imam Abi Zakaria bin Syaraf al Nawawi dalam matan Minhaj al Talibin

yang dihuraikan oleh Sheikh Mohamad Khatib al-Sharbini dalam kitab Mughni

al-Muhtaj , Juz 2, hlm. 398, Darul Fikr menerangkan maksud:-

"Dan tidak disyaratkan ijab qabul dalam pemberian hadiah mengikut

pendapat yang sah"

Di dalam kes ini suatu pemberian didakwa telah dilakukan oleh Pemberi, iaitu

arwah Yusof bin Hassan, dan pemberian itu berdasarkan ijab yang dibuat tanpa

disebut secara jelas dan terang sama ada ianya hibah atau hadiah atau sedekah.

Ijab itu pula tidak disusuli dengan qabul oleh penerima bagi menjelaskan perkara

tersebut, bermakna kedua-duanya iaitu pemberi dan penerima tidak sepakat

mengenai pengertiannya dan ini menjejaskan pemberian tersebut terutamanya dari

sudut hibah dan tidak memenuhi syarat sighah.

Mengenai sighah ini, ianya merupakan satu rukun yang mesti dipenuhi bagi

sahnya sesuatu hibah. Bagi Mazhab Hanafi, sebagaimana yang diperuntukkan di

dalam fasal 837 Undang-Undang Majallah:-

"Kontrak hibah berlaku dan sah apabila terdapat penawaran (ijab) dan

penerimaan (qabul), ia menjadi sempurna apabila terdapat penerimaan

(barang)."

Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun-rukun dan

syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) , maka

harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (iwad) .

Al-Qabd bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan.

Tasarruf Al-Qabd terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:-

1. Al-Qabd dengan kebenaran syarak semata-mata tanpa kebenaran

pemiliknya, contohnya penerima zakat;

2. Al-Qabd dengan kebenaran dan keizinan pemiliknya sepertimana berlaku

dalam hibah, dan

3. Al-Qabd tanpa kebenaran syarak dan pemiliknya, iaitu harta milik orang

lain.

Menurut Mazhab al-Syafie, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah

tidak sempurna dan tidak akan berkuatkuasa dengan ijab dan qabul, kecuali

selepas al-qabd. Jika sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan

Page 10: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS154

akad yang tidak mengikat. Pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut

selama mana harta tersebut berada dalam pemilikannya.

Bagi memastikan akad hibah itu sempurna dan menjadi satu akad yang mengikat,

maka al qabd tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

(i) mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih;

(ii) harta yang dihibah tidak bercampur dengan harta lain; dan

(iii) penerima hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal. Bagi kanak-kanak

dan orang gila, walinya boleh menerima harta hibah itu.

Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama

ada harta alih atau harta tak alih, al qabd boleh berlaku dengan cara

mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta

tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya. Manakala harta alih pula,

al qabd boleh berlaku dengan mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan

harta tersebut dengan harta-harta yang lain.

Dalam kes ini, selain dari sighah yang meragukan dan tidak konsisten dari segi

lafaz ijab, qabd atau penerimaan juga kurang jelas dan tidak dibuktikan. Peguam

Plaintif yang terpelajar telah berhujah bahawa sebagai tanda penerimaan, Plaintif

telah tinggal di rumah tersebut sehinggalah sekarang dan mengusahakan ladang

tersebut dengan menanam semula, meracun, membaja sehinggalah ia

mengeluarkan hasil. Pada masa tersebut arwah ayah sudah mula sakit dan arwah

juga telah menyebut untuk memberi tanah tersebut kepada Plaintif. Semasa

Plaintif mengusahakan tanah tersebut, tiada sesiapa pun yang membantah.

Mahkamah ini juga tidak bersetuju dengan hujah peguam Defendan-defendan

bahawa qabul dibuktikan dengan kukuh dengan cara qarinah plaintif mendiami

rumah tersebut. Dengan hormat dinyatakan bahawa qabul mestilah berlaku dalam

majlis akad dan tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau dalam jangka

masa yang lama. Ianya boleh jadi secara lisan seperti kata "qabiltu wa radhitu"iaitu

"aku terima dan aku redha" dan boleh berlaku juga dengan cara tulisan seperti

yang dinukilkan di dalam I'anah al Talibin , hlm 142 dan 143 yang disebut sebelum

ini.

Mengenai hibah yang tidak ada qabul ini, ada dibincangkan secara terperinci oleh

ulamak. Menurut Sayyid Sabiq di dalam kitab Fiqh al-Sunnah , hal 269, menyebut:-

"Antara ulama' fiqh berpendapat bahawa menjadi hak milik penerima dengan

adanya pemberian (ijab). Kata mereka penerimaan tidak menjadi syarat sama

sekali. Kedudukannya sama seperti aqad jual beli. Pendapat ini disuarakan

oleh Imam Ahmad, Malik, Abu Thaur Ahli al-Dhazir. Atas pandangan ini

apabila pemberi (wahib) meninggal dunia atau penerima sebelum serahan

dibuat hibah itu tidak menjadi batal, kerana dengan adanya aqad, hibah yang

dibuat sudah menjadi milik penerima (mauhub lahu) .

Page 11: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 155

"Pandangan kedua disuarakan oleh Abu Hanifah (sama seperti Majallah Ahkam

Johor, Artikel 841, 849, 865, 872 dan 879) Shafie dan al-Thauri yang menetapkan

penerimaan sebagai syarat sahnya hibah dan apa-apa pemberian yang belum

sempurna penerimaannya tidak mengikat pemberinya. Oleh itu, jika berlaku

kematian orang yang diberi atau pemberinya sebelum serahan berlaku, pemberian

itu menjadi batal."

Di dalam kes ini saya lebih cenderung mengguna pakai pendapat yang kedua, iaitu

dengan menggunakan akad ijab qabul yang jelas dan penerimaan (qabd)

menguatkan lagi bahawa harta itu telah dihibahkan. Meskipun ijab tanpa qabul

yang jelas adalah dibolehkan, tetapi ianya perlu dibuktikan secara khusus hingga

menghilangkan keraguan Mahkamah. Dalam kes Eshah bt Abdullah dan Lima yang

Lain lwn. Che Aminah bt Abdul Razak & Dua yang Lain [2004] JHXVII1/147. YA

HMTS Terengganu telah memutuskan sahnya sesuatu hibah yang dibuat oleh si

mati kepada Responden-Responden meskipun hibah tersebut tidak disusuli oleh

qabul. YA Hakim memutuskan hibah berkenaan adalah sah walaupun tanpa qabul

dengan melihat kepada penerimaan harta tersebut oleh Responden-Responden.

Responden telah mengemukakan saksi bahawa ia mengutip hasil sewa dan

dibahagikan dengan penerima-penerima hibah yang lain semasa hayat si mati

masih hidup walaupun penukaran hak milik tanah belum dibuat.

Dalam kes dihadapan saya ini, ijab dari pemberi tidak disusuli oleh qabul oleh

penerima dan tidak ada pula bukti yang mengatakan penerimaan dibuat semasa

hayat simati masih hidup. Meskipun mendiami rumah oleh Plaintif boleh

dikaitkan sebagai qarinah penerimaan, tetapi ianya tidak cukup kuat untuk

mengatakan bahawa rumah itu telah diberi atau dihibah semasa hayat si mati lagi.

Mendiami rumah tersebut semata-mata tidak bermakna menguasai rumah itu.

Tidak ada keterangan bahawa Plaintif menguasainya, seperti membaiki, membina

semula, mengubah suai, mengecat atau meminda dari yang asal, kerana

menguasai bermakna Plaintif berhak melakukan sesuatu tanpa halangan orang

lain. Jika Plaintif tidak boleh melakukan perkara-perkara tersebut semasa simati

masih hidup, bermakna Plaintif tidak menguasai rumah tersebut dan melakukan

tasarruf. Tidak ada keterangan Plaintif menguasai rumah tersebut semasa hayat

Arwah Yusuf bin Hassan, demikian juga selepas kematian arwah Yusuf bin

Hassan. Tidak seperti mana adik beradik yang lain, hanya Plaintif yang tinggal

dirumah tersebut sejak kecil hingga sekarang. Seperti yang disebut tadi, mendiami

semata-mata tidak menunjukkan ia memiliki rumah tersebut. Qarinah yang lebih

jelas ialah penukaran hak milik tidak dibuat selepas kematian arwah Yusuf bin

Hassan sedangkan jika rumah tersebut milik Plaintif, tidak ada apa yang

menghalang Plaintif, sama ada rasa malu atau hormat kepada ibu Plaintif, Arwah

Rus bt Mat Noor. Penukaran hak milik atau menyuarakan hasrat untuk menukar

hak milik secara terbuka kepada arwah ibu dan adik beradik yang lain adalah

qarinah jelas bahawa Plaintif berkuasa terhadap rumah itu, tetapi hal ini tidak

berlaku. Peluang kedua pada Plaintif ialah sewaktu bicara kuasa kali kedua selepas

Page 12: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS156

arwah ibu meninggal, sekali lagi plaintif tidak menunjukkan yang ia memiliki atau

menguasai rumah tersebut dan bersetuju dibahagikan secara faraid. Plaintif

menguasai rumah tersebut sepenuhnya selepas bicara kuasa diputuskan di pejabat

Tanah Gemas pada 20/9/2004, iaitu setelah Plaintif diberi kuasa mentadbir.

Kuasa mentadbir adalah kuasa yang diberi secara amanah, bukan menguasai

secara mutlak. Selepas 10 tahun kematian pemberi hibah, penerimaan barulah

dibuktikan oleh Plaintif, itu pun di atas persetujuan ahli waris yang lain dan atas

dasar amanah sebagai kuasa mentadbir.

Dalam kes Che Alias bin Che Muda lwn. Abdul Talib @ Musa bin Muda, JH [2008]

25/2, 191, Panel Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu berpendapat

penambahan rumah yang dilakukan selepas berlakunya lafaz hibah hanyalah

merupakan bahawa Responden telah membaiki rumah tersebut secara sukarela

memandangkan Responden juga telah tinggal di rumah tersebut dan bukanlah

sebagai qarinah telah berlakunya qabd .

Demikian juga mengenai hartanah-hartanah yang berupa dua bidang kebun. Tidak

ada keterangan atau pembuktian bahawa Plaintif ada penerimaan terhadap

harta-harta tersebut. Sedangkan hibah berlaku pada masa hayat arwah Yusuf bin

Hassan. Pemilikan akan berlaku sebaik sahaja Hibah dilaksanakan. Menurut

Imam Syafie, hibah terlaksana dengan qabd selepas akad. Keterangan yang

menyatakan Plaintif ada mengusahakan tanah-tanah tersebut semasa hayat arwah

Yusuf bin Hassan adalah diragui kerana Plaintif belum menguasai harta-harta

tersebut semasa arwah masih hidup. Boleh jadi Plaintif mengusahakan

tanah-tanah tersebut sebagai membantu arwah mengerjakannya sebagaimana

tanggungjawab seorang anak yang tinggal bersama ibu bapanya, apatah lagi

semasa arwah sedang sakit. Adapun hibah tersebut hendaklah terlaksana serta

merta, menguasahakan tanah tersebut semasa hayat arwah masih hidup,

mengambil hasil dan menguruskannya adalah bukti Plaintif menguasai tanah itu.

Bagaimanapun hal ini tidak dibuktikan, malah dalam keterangannya juga, selepas

arwah Yusuf bin Hassan meninggal dunia, tanah-tanah tersebut dinamakan

dengan nama arwah ibu, Rus bt Mat Moor dan hasil diambil oleh ibu. Maka mana

hak Plaintif jika tanah-tanah itu milik Plaintif? Keterangan Plaintif sendiri

menunjukkan tanah itu dikuasai oleh orang lain, Plaintif hanya membantu sahaja

sebagai seorang anak yang tinggal bersama dan menjaga orang tuanya. Plaintif

membuktikan ia menguasai harta-harta tersebut setelah kematian orang tuanya,

selepas bicara kuasa pada 20/9/2004, iaitu selepas memperolehi kuasa mentadbir

dan bukan selepas atau sebaik sahaja tanah-tanah itu dihibahkan kepadanya.

Sedangkan hibah berlaku semasa hidup pemberi hibah, iaitu serta merta, bukan

selepas kematian pemberi hibah atau selepas jangka masa yang lama.

Dari ulasan tersebut, Mahkamah ini mendapati perlakuan hibah itu adalah

meragukan. Penekanan kepada sebahagian besar rukun-rukun hibah telah tidak

ditekankan dan tidak diberi perhatian sewajarnya oleh Plaintif.

Pembuktian Kes

Page 13: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 157

Dalam kes ini ada beberapa perkara yang meragukan mahkamah dan perlu

dibuktikan oleh Plaintif. Antaranya:-

1. Sama ada berlakunya transaksi hibah;

2. Sama ada arwah ibunya mengetahui akan hibah tersebut, tetapi tidak

mengisytiharkan hibah itu;

3. Sama ada wujudnya hal keadaan atau qarinah mengenai pemberian hibah

tersebut.

i) Sama ada Plaintif telah membuktikan wujudnya transaksi Hibah

Plaintif didalam keterangan utamanya mendakwa bahawa bapanya, Allahyarham

Yusuf bin Hassan, pada suatu masa telah mengumpulkan anak-anak yang terdiri

dari Plaintif, Defendan 1, 2, 3, dan 4 selepas satu majlis kenduri yang mana

tahunnya tidak pasti bila, telah menghibahkan tanah kebun dan tapak rumah

kepada Plaintif. Lafaz tersebut dibuat oleh Allahyarham Yusof bin Hassan di

hadapan Latifah bt Yusof (Defendan 1) dan suaminya Zakaria bin Maarof, Arifin

bin Yusof (Defendan 2), Salamah bt Yusof (Defendan 3) dan suaminya En. Alwi

bin Payang, Sharif bin Yusof (Defendan 4), Allahyarhamah Rus bt Mat Moor

(ibu), Kamsiah bt Yusof (Plaintif) dan Borhan bin Abu Samah (Suami Plaintif) di

rumah no 657, Felda Pasir Besar, selepas selesai kenduri yang mana tahunnya

tidak pasti.

Menurut Plaintif, antara lain Arwah Yusof bin Hassan mengatakan, dia tanya

anak-anak yang lain: "Abah nak serahkan tapak rumah dan tanah kebun kepada adik

kamu Kamsiah binti Yusof". Dia kata; "anak-anak yang lain sudah ada tanah, yang tak

ada tanah cuma Plaintif sahaja" .

Kali yang kedua lafaz hibah itu juga dibuat oleh Arwah Yusof bin Hassan.

Sepertimana lafaz yang pertama, bagaimanapun tidak ada keterangan bila waktu

lafaz yang kedua dibuat, kecuali menyatakan sewaktu arwah sedang sakit. Tidak

ada juga keterangan bagaimana bentuk bunyi lafaz yang kedua.

Dalam menentukan sesuatu hibah itu sah atau tidak mengikut Hukum syarak,

perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah adakah ianya mematuhi

rukun-rukun hibah. Jika rukun-rukun hibah itu diakui sah tanpa ragu, maka

perkara-perkara lain yang timbul ekoran pemberian hibah itu adalah berkaitan dan

perlu diambil kira.

Dalam menentukan sama ada wujudnya transaksi hibah, Plaintif telah

mengemukakan 3 orang saksi yang terdiri daripada SP1 iaitu jirannya, SP2

iparnya, suami kepada D1 dan SP3 suami Plaintif sendiri. SP1 memberikan

keterangan bahawa dia tidak tahu tanah-tanah yang dipertikaikan itu hak milik

siapa atau atas nama siapa. Apa yang SP1 tahu ialah pada satu ketika selepas balik

dari menoreh dan sewaktu berehat di bangsal durian, arwah Russ bt Mat Noor ada

menceritakan kepada SP1 bahawa tanah-tanah itu hendak diberi kepada Plaintif.

Page 14: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS158

Antara lain kata SP1:-

"Masa tu dia (Rus bt Mat Noor) sakit dada, masa tu sama-sama menoreh, dia

cakap nak bagi tanah dan tapak rumah pada Akam (Plaintif). Tanah kebun

yang dia toreh itu."

Keterangan SP1 langsung tidak menyentuh mengenai transaksi hibah arwah Yusuf

bin Hassan kepada plaintif, tetapi lebih menjuruskan kepada niat arwah ibu

Plaintif yang ingin memberikan tanah tersebut kepada plaintif.

Manakala SP2 pula, Zakaria bin Maaruf yang juga ipar kepada Plaintif dan suami

kepada D1. SP2 juga tidak menyebut mengenai lafaz hibah arwah Yusuf bin

Hassan, akan tetapi ada menyebut bahawa pada suatu masa arwah Yusuf bin

Hassan dan arwah Rus bt Mat Noor ada datang ke rumahnya di No 87, Felda Lui

Barat. SP2 ada dengar arwah Yusuf bin Hassan menyebut:-

"rumah ini saya nak bagi kepada Kamsiah kerana yang lain sudah masuk

Felda"

SP2 tidak pernah pula mendengar arwah Yusuf menghibahkan tanah-tanah lain.

Mengenai tanah kebun, menurut SP2, Felda yang bertanggungjawab, ini

berdasarkan peraturan Felda. Mengenai rumah, ada di sebut dengan jelas oleh si

mati secara personal hendak beri rumah kepada Kamsiah, tanah ladang tiada

disebut.

Keterangan SP2 juga menunjukkan dia hanya tahu si mati (bapa) hendak beri

rumah kepada Plaintif, bukan menghibahkan rumah tersebut. Saksi ini juga tidak

membantu Mahkamah dalam menyerlahkan sama ada transaksi hibah itu wujud

atau tidak. Jika sekalipun hibah itu wujud, keterangan mengenai harta adalah

tidak konsisten. SP2 tidak tahu menahu mengenai lafaz hibah simati kepada

Plaintif, sedangkan menurut Plaintif dan SP3, SP2 ada bersama di dalam majlis

kenduri tersebut dan mendengar lafaz hibah itu. Walaupun SP2 mengakui ada

hadir pada kebanyakan majlis kenduri yang dibuat oleh si mati, dia tidak tahu bila

si mati melafazkan hibah tersebut.

Manakala SP3 pula mengakui wujudnya lafaz hibah sebanyak dua kali. Sekali

pada waktu malam selepas selesai kenduri tarikh yang tidak pasti tetapi antara

tahun 1986 atau 1987. SP3 mendengar sendiri lafaz dari arwah bapa yang

berbunyi:-

"tanah tapak rumah dan kebun 8 ekar bagi kepada Kamsiah binti Yusof dan

pajar 2 ekar bagi kepada Sharif bin Yusof"

Lafaz ini dibuat dihadapan lima orang anak arwah dan 3 orang menantu, iaitu

Zakaria bin Maaruf (SP2), Alwi bin Payang (SD1) dan SP3 termasuk isteri si mati.

Page 15: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 159

Kali kedua arwah bapa berkata hal yang sama, iaitu:-

"tanah tapak rumah dan kebun 8 ekar bagi kepada Kamsiah binti Yusof dan

pajar 2 ekar bagi kepada Sharif bin Yusof

Yang mendengar lafaz ini ialah arwah ibu, D2, D4 Plaintif dan SP3, termasuk

isteri simati. D2 dan D4 ada bersama mendengar lafaz tersebut kerana kebetulan

mereka balik.

Keterangan SP3 adalah teratur dan jelas serta sama seperti di dalam penyata

tuntutan Plaintif. Bagaimanapun, lafaz tersebut tidak pernah disebut oleh Plaintif

dalam keterangan utamanya. Mengikut versi Plaintif, antara lain Arwah Yusof bin

Hassan mengatakan, dia tanya oleh anak-anak yang lain: "Abah nak serahkan tapak

rumah dan tanah kebun kepada adik kamu Kamsiah binti Yusof". Dia kata;"anak-anak

yang lain sudah ada tanah, yang tak ada tanah cuma Plaintif sahaja."

Kali yang kedua lafaz hibah itu juga dibuat oleh Arwah Yusof bin Hassan. Seperti

mana lafaz yang pertama, bagaimanapun tidak ada keterangan bila waktu lafaz

yang kedua dibuat, kecuali menyatakan sewaktu arwah sedang sakit. Tidak ada

juga keterangan bagaimana bentuk bunyi lafaz yang kedua.

Mengenai keterangan SP3 ini, ianya adalah amat meragukan kerana tidak sama

seperti keterangan Plaintif. Dari sudut statusnya pula, SP3 adalah suami kepada

Plaintif dan mempunyai kepentingan terhadap tanah-tanah hibah tersebut. Pada

masa yang sama keterangannya bercanggah dengan Plaintif terutamanya bagi lafaz

kali kedua. Menurut Plaintif, yang ada masa lafaz kali kedua ialah Plaintif, SP3

dan arwah ibu, orang lain tidak mendengarnya. Menurut SP3, D2 dan D4 ada

bersama.

Di dalam kes Che Alias bin Che Muda lwn. Abdul Talib @, Musa bin Muda. JH [2008]

25/2, 191, Keterangan saksi pertama dan kedua Plaintif ditolak kerana wujudnya

tohmahan. Panel Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa saksi pertama dan

kedua Plaintif adalah anak beranak yang rapat dengan Plaintif dan tinggal di aset

yang dipertikaikan tersebut dan orang yang berkepentingan dalam tuntutan hibah

Plaintif. Panel Rayuan seterusnya merujuk kepada hadis yang bermaksud:-

"Tidak boleh diterima keterangan saksi yang ada tohmah dan ada

permusuhan"

Mereka juga merujuk kepada Sek. 83 (6) Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah (Negeri Terengganu) 2001 yang memperuntukkan:-

"...seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya

dengannya dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah

kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk

memberikan syahadah"

Page 16: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS160

Dalam kes di hadapan saya ini, dakwaan Plaintif mengenai wujudnya transaksi

hibah adalah meragukan dan tidak dibuktikan. Keterangan saksi-saksi pula adalah

bercanggah antara satu sama lain. SP1 menceritakan tanah itu diberi oleh arwah

ibu, SP2 mengenai pemberian rumah sahaja dan SP3 mengenai tanah dan rumah.

SP3 pula wujud tohmah kerana mempunyai kepentingan terhadap asset yang

dipertikaikan.

ii) Sama ada arwah ibu (Rus bt Mat Noor) tahu dan sedar bahawa tanah-tanah

tersebut telah dihibahkan kepada plaintif oleh simati (Yusuf bin Hassan).

Perkara seterusnya yang meragukan Mahkamah ialah dan perlu dibuktikan oleh

Plaintif ialah mengenai fakta bahawa sama ada arwah ibunya mengetahui akan

hibah tersebut, akan tetapi kenapa pada masa yang sama tidak mengisytiharkan

hibah itu kepada ahli waris yang lain, sedangkan ianya adalah suatu perkara yang

memberi kesan besar selepas kematiannya kelak. Dalam hal ini, Plaintif perlu

membuktikan bahawa arwah ibunya sedar dan tahu bahawa tanah tersebut bukan

milik ibunya tetapi telah menjadi milik Plaintif. Bagaimanapun fakta ini tidak

dibuktikan, sebaliknya hanya dakwaan plaintif semata-mata. Saya berpendapat,

fakta arwah ibu yang mengetahui bahawa tanah-tanah itu adalah dihibahkan oleh

simati kepada Plaintif adalah fakta penting yang mesti dibuktikan. Sebagai seorang

ibu, ia pastinya sedar jika perkara tersebut tidak dinyatakan kepada ahli-ahli waris,

pertikaian akan berlaku selepas kematiannya kelak. Adalah tidak munasabah si ibu

boleh memberitahu orang lain harta-hartanya hendak diberikan kepada Plaintif,

tetapi tidak diberitahu kepada ahli waris yang lain. Jika wujudnya hibah, arwah

Rus bt Noor sudah pastilah menyatakannya secara terbuka di hadapan Pegawai

Pentadbir Tanah sewaktu bicara kuasa selepas kematian si mati arwah Yusuf bin

Hassan di Pejabat Tanah Gemas. Itulah peluang terbaik arwah Rus bt Mat Noor

untuk memaklumkan kepada ahli waris yang lain bahawa tanah-tanah tersebut

telah diberikan oleh si mati (Yusuf bin Hassan) kepada plaintif dan ia cuma nak

merasa namanya diletakkan di dalam geran.

Keterangan Plaintif dan SP3 bahawa arwah ibu tahu dan mengikut amanah simati

adalah tidak selari dengan perlakuan ibu. Jika benarlah arwah ibu mengikut

amanat simati yang ingin memberikan tanah tersebut kepada Plaintif, sudah

tentulah tanah-tanah itu ditukar hakmilik kepada Plaintif bukan kepada arwah ibu,

Rus bt Mat Noor, kerana itulah baru memenuhi amanat simati. Jika tidak berbuat

demikian, maka adalah tidak munasabah perlakuan menukar nama si mati kepada

arwah Rus bt Mat Noor itu mengikut amanat simati, kerana itu adalah

bertentangan sama sekali dengan amanat si mati yang ingin menyerahkan tanah

tersebut kepada Plaintif. Dan jika benarlah arwah ibu hanya ingin merasa

namanya dimasukkan kedalam geran, sudah pastilah pada bila-bila masa sebelum

kematiannya menyatakan perkara tersebut secara terbuka kepada anak-anaknya

yang lain, tetapi perkara ini tidak pernah berlaku dan tidak dibuktikan.

iii) Sama ada wujudnya qarinah atau hal keadaan mengenai perlakuan hibah

Fakta seterusnya yang meragukan Mahkamah dan perlu dibuktikan oleh Plaintif

Page 17: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 161

ialah mengenai isu pembahagian mengikut faraid yang dibuat dan diputuskan di

Pejabat Tanah Gemas. Plaintif sekurang-kurangnya perlu menimbulkan isu

bahawa pembahagian tersebut yang dibuat pada 15/01/2004, adalah sesuatu yang

tidak betul atau silap atau didasarkan sesuatu sebab yang tidak patut dan

menyalahi hukum syarak atau tidak mengikut peraturan. Bagaimanapun, perkara

ini tidak diberi penekanan. Pada tarikh tersebut, permohonan pembahagian pusaka

telah diputuskan oleh Pejabat Tanah Gemas berdasarkan kehendak Akta Pesaka

kecil dan Plaintif sebagai pemohon dalam kes tersebut bersetuju ianya diputuskan

mengikut pembahagian faraid. Tidak ada bantahan dan tidak ditimbulkan isu

hibah.

Tidak ada keterangan sama ada dari Plaintif atau saksi-saksinya bahawa Plaintif

tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut. Persetujuan semua pihak termasuk

plaintif menunjukkan tanah tersebut tidak mempunyai masalah pemilikan atau

tuntutan lain yang bertindih. Eksibit P4 iaitu Borang E yang merupakan dokumen

perintah Pejabat Tanah mengesahkan pembahagian yang sempurna telah dibuat.

Pejabat Tanah tidak akan mengeluarkan perintah tersebut, terutamanya bagi harta

tak alih jika persetujuan tidak dapat dicapai, maka kes itu akan dirujukkan ke

Mahkamah Syariah. Tetapi hampir 3 tahun kemudiannya barulah perintah itu

dipertikaikan. Keadaan ini cukup meragukan Mahkamah.

Mengenai pembahagian atau Bicara Kuasa di Pejabat Tanah ini, Plaintif

mempunyai sekurang-kurangnya dua kali peluang untuk menimbulkan isu hibah,

iaitu kali pertama selepas kematian simati (arwah bapa). Selepas kematian simati,

telah dibuat perbicaraan di Pejabat Tanah dan semua ahli waris bersetuju

memasukkan nama arwah ibu (Rus bt Mat Noor) sebagai pemilik tunggal.

Pembahagian sepatutnya dimasukkan nama ahli-ahli waris. Keterangan

menunjukkan semua pihak bersetuju nama geran dimasukkan dengan nama arwah

ibu secara tunggal. Bermakna ahli waris termasuk Plaintif menolak bahagian faraid

arwah ayah dan menyerahkan kepada si ibu. Maka dengan itu si ibu boleh

memasukkan namanya di dalam daftar hakmilik secara tunggal tanpa ada

bantahan mana-mana pihak. Penukaran hakmilik tanpa ada bantahan ahli waris

menunjukkan penguasaan mutlak yang diperolehi oleh penama selepas semua

secara muafakat menyerahkan bahagian masing-masing, jika tidak, mustahil

penamaan hakmilik baru boleh didaftarkan dalam keadaan si mati meninggalkan

ahli waris. Persetujuan menyerahkan bahagian menunjukkan ahli waris tidak lagi

berhak terhadap harta-harta tersebut kecuali penama tunggal. Persetujuan tersebut

juga tidak dibantah dan tidak ada penarikan balik atau rayuan dibuat. Sedangkan

Plaintif berpeluang berbuat demikian sebelum atau sesudah proses itu dibuat. Di

atas kertas, Rus binti Mat Noor adalah pemilik tunggal harta-harta tersebut.

Penafian mengenai hakmilik tersebut sepatutnya dibantah pada ketika itu, bukan

10 tahun selepas kematian pemberi hibah.

Plaintif mempunyai peluang kedua pada tahun 2004 selepas permohonan bicara

kuasa di Pejabat Tanah yang mana Plaintif sendiri sebagai pemohonnya. Juga

tidak ditimbulkan dan pihak-pihak bersetuju dibahagi secara faraid. Selepas 3

Page 18: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS162

tahun kemudian, barulah isu hibah ini ditimbulkan. Saya tidak nampak isu ini

relevan dalam keadaan sekarang. Plaintif sepatutnya membuktikan sehingga

menghilangkan keraguan mahkamah kenapa perkara ini boleh berlaku, barulah

mahkamah berpuashati bahawa transaksi hibah itu ada kemungkinan berlaku.

Qarinah-qarinah ini menunjukkan tidak pernah pun berlaku hibah mengikut

hukum syarak dan tiada siapa pun yang mengetahui perkara ini, kecuali

ditimbulkan oleh plaintif dalam kes ini. Jika ada pun, ianya mungkin bukan unsur

hibah, tetapi sekadar hasrat arwah si mati yang ingin memberikan harta-harta

tersebut kepada plaintif. Mungkin ada benarnya keterangan D1, Latifah binti

Yusuf yang menyatakan:-

"Saya ada dengar arwah ayah sebut rumah itu hendak diberi kepada Plaintif

duduk, yang saya faham, beri duduk, bukan beri rumah, kalau beri rumah

sudah tentu dia sebut bagi rumah sekali. Saya tak terfikir pula ayah nak beri

rumah kepada Plaintif".

Walaupun saya tidak berpendapat bahawa keterangan ini benar dan dibuktikan,

Keterangan D1 ini lebih munasabah dan lebih relevan dengan fakta kes ini

berdasarkan qarinah-qarinah dan urutan peristiwa yang berlaku.

Dalam kes Che Alias bin Che Muda lwn. Abdul Talib @ Musa bin Muda, JH [2008]

25/2, 191, dimana mahkamah bersetuju dalam kes ini jika benar asset tersebut

telah dihibahkan kepada Responden kira-kira 30 tahun yang lalu, kenapa

responden tidak berusaha dalam tempoh 30 tahun untuk membuat pindah milik ke

atas namanya sedangkan surat perjanjian mengenai hibah itu boleh diusahakan

oleh Responden dalam masa 26 hari sebelum kematian ibunya, si mati yang

merupakan wahib dalam kes ini. Ini menimbulkan keraguan tentang wujudnya

hibah asset tersebut dan keraguan terhadap surat perjanjian tersebut yang dibuat

secara tergesa-gesa dan berunsurkan tohmah dalam kes ini.

Fakta yang lebih kurang sama dengan kes yang ada dihadapan saya ini, dimana

agak meragukan apabila Plaintif tidak membuat apa-apa usaha bagi tujuan hibah

tersebut sedangkan Plaintif berpeluang sebanyak dua kali untuk mengisytiharkan

harta-harta itu telah dihibahkan oleh arwah bapanya. Permohonan hibah ini

dibuat setelah timbul pertikaian ekoran daripada hasil getah yang meningkat dan

plaintif dilantik menjadi pentadbir bagi harta-harta tersebut. Keadaan semasa yang

berlaku menunjukan wujudnya tohmah terhadap permohonan hibah ini.

Secara jelas berdasarkan bukti bertulis, tanah-tanah tersebut adalah hak milik

mutlak arwah Rus binti Mat Noor bila semua ahli waris sepakat menyerahkan dan

bersetuju dimasukkan nama beliau secara tunggal bagi pemilikan tanah-tanah

tersebut, maka munasabahlah arwah Rus binti Mat Noor ada menyuarakan hasrat

untuk memberikan tanah-tanah tersebut kepada Plaintif seperti yang dinyatakan

oleh SP1. Jika Rus bt mat Noor sebagai pemilik yang sah selepas kematian simati

(arwah Yusuf bin Hassan), dan Plaintif pula bersetuju menyerahkan haknya

kepada arwah Rus bt Mat Noor sepertimana yang diakui oleh Plaintif sewaktu

Page 19: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 163

disoal balas oleh Peguam Syarie Defendan-Defendan, maka Plaintif bukan saja

belum membuat penerimaan hibah dari simati, tetapi juga telah menyerahkan

tanah-tanah tersebut kepada Rus bt Mat Noor.

Dan tidak ada bukti penarikan balik dibuat oleh Plaintif sehinggalah arwah Rus bt

Mat Noor meninggal dunia. Tuntutan hibah ini adalah lebih relevan jika dibuat

oleh arwah Rus bt Mat Noor kepada Plaintif, bukannya dari simati, arwah Yusuf

bin Hassan, dan jika benarlah arwah Rus bt Mat Noor hanya ingin merasa

namanya dimasukkan ke dalam geran dan sedar tanah itu sudah menjadi hakmilik

Plaintif, arwah Rus bt Mat Noor boleh bertindak sebagai pemegang kuasa

mentadbir sahaja sepertimana yang dibuat oleh Plaintif sekarang, dan tidak perlu

menukar kepada namanya secara pemilik tunggal kerana ia sedar kesukaran yang

akan dihadapi pada masa akan datang disamping kos yang tinggi dan rumit.

(iv) Faktor-Faktor Lain

Dalam kes ini, pernyataan hibah adalah kabur dari sudut Rukun-rukun Hibah.

Tidak dibuktikan siapa yang sebenarnya menghibahkan tanah tersebut kepada

Plaintif. Jika arwah ayah yang menghibah atau pemberi hibah, tidak dibuktikan

waktu hibah itu dibuat tanah-tanah itu sudah menjadi milik mutlak arwah ayah.

Lafaz pertama dibuat antara tahun 1986-1987 dan lafaz kedua dikatakan pada

tahun 1995-1996. Tidak dinyatakan pada lafaz pertama itu tanah-tanah itu sudah

diberi milikan kepada arwah Yusuf bin Hassan dan lafaz kali kedua pula tidak

dibuktikan adanya sighah.

Pada ketika yang lain tanah itu dikatakan dihibahkan pula oleh arwah ibu Rus bt

Mat Noor yang tidak dibuktikan lafaz sighahnya selain dari pernyataan arwah

ingin memberikan tanah tersebut kepada Plaintif seperti yang diberitahu kepada

SP1. Jika dianalisis pernyataan tersebut, bermakna tanah itu bukan milik arwah

Yusuf bin Hassan, tetapi milik arwah Rus bt Mat Noor. Kenyataan Arwah Rus bt

Mat Noor ingin memberikan tanah-tanah itu bukanlah suatu hibah, tetapi sekadar

hasrat arwah Rus bt Mat Noor untuk memberikannya kepada Plaintif dan

pemberian tersebut masih belum terlaksana.

Manakala keterangan SP2 pula menyatakan pasangan arwah Yusuf bin Hassan

dan arwah Rus bt Mat Noor ada hadir kerumahnya menyatakan hasrat ingin

memberikan tanah tersebut kepada Plaintif. Pernyataan itu bukanlah suatu hibah

tetapi suatu pemakluman. Boleh jadi sebagai hadiah, wasiat, atau sedekah kerana

selepas memberitahu perkara tersebut kepada SP2, pemilikan masih lagi belum

berubah kepada Plaintif dan Plaintif masih belum menunjukkan ia menerima atau

menguasai rumah atau tanah-tanah itu. Sedangkan hibah perlu dibuktikan

sighahnya terlebih dahulu dan penerimaan adalah berlaku serta merta.

Dalam kes ini, fakta yang ditekankan oleh pihak-pihak ialah mengenai

pembahagian hasil selepas berlakunya bicara kuasa di Pejabat Tanah. Tumpuan

yang lebih difokuskan kepada perkara-perkara tersebut dengan masing-masing

cuba membuktikan mereka adalah dari pihak yang benar. Dengan hormat

Page 20: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain [2008] 1 MLRS164

dinyatakan bahawa fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan dengan permohonan

hibah ini. Keterangan sepatutnya diberi penekanan kepada kewujudan transaksi

hibah daan saksi-saksi dikemukakan bagi menyokong keterangan tersebut.

Mahkamah ini tidak sepatutnya memutuskan sama ada pemberian hasil itu wajar

atau tidak kerana fakta itu wujud selepas kuasa mentadbir dikeluarkan.

Peguam Syarie Plaintif yang terpelajar telah berhujah dengan mengemukakan

nas-nas syarak dan bersandarkan kes Wan Mahmud bin lwn. Abdul Rahman & 3 Yang

Lain lwn. Aminah bt Hj Taib & 2 Yang Lain , JH [2004] XVIII/II, 331. Dalam kes

tersebut, responden menyedari bahawa namanya tidak tercatit di dalam geran

tanah selepas kematian suaminya (pemberi hibah), maka Responden 1 telah

memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengesahkan hibah yang dibuat

oleh arwah suaminya. MTS telah meluluskan permohonan tersebut dan keputusan

itu telah dikekalkan oleh Mahklamah Rayuan Syariah Syariah dengan alasan

antara lain responden telah memerintah dan menduduki rumah tersebut selepas

kematian suaminya tanpa dihalang oleh perayu-perayu sehingga kes tersebut

diputuskan di Mahkamah rayuan Syariah.

Dengan hormatnya disebut disini, hibah tersebut disahkan apabila ianya telah

dibuktikan dan telah memenuhi rukun-rukun hibah. Tuntutan tersebut telah lewat

difailkan ke Mahkamah Syariah kerana Responden tidak menyedari namanya

tidak tercatit di dalam geran, sedangkan namanya sudah tercatit 1/2 bahagian

sebelum ini di dalam resit cukai Bandar selepas dihibahkan oleh suaminya, Cuma

ada pakatan yang menyebabkan namanya tidak dimasukkan di dalam geran.

Berbeza dengan kes di hadapan saya ini, Plaintif telah lama menyedari namanya

tidak tercatit di dalam geran dan bersetuju perkara tersebut berlaku tanpa

mengambil apa-apa langkah susulan untuk menukar hak milik tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan dakwaan yang

dikemukan olehnya sama ada benar atau tidak atau dengan kata lainnya

dibuktikan atau sebaliknya. Merujuk kepada satu hadis yang mashur yang

diriwayatkan oleh al-Baihaki bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

"Orang yang mendakwa hendaklah membuktikannya dengan keterangan saksi

(bayyinah) dan sumpah ke atas orang yang menafikannya"

Dan apabila mahkamah ini mempertimbangkan dakwaan tersebut, mahkamah

mendapati dakwaan tersebut telah tidak dibuktikan berdasarkan percanggahan

saksi-saksi dan rukun hibah yang tidak sempurna serta meragukan. Mahkamah

juga merujuk kepada fakta-fakta yang ditimbulkan oleh pihak-pihak dan

berdasarkan fakta tersebut kuat sangkaan pada mahkamah bahawa fakta-fakta

tersebut merupakan qarinah-qarinah yang menunjukkan transaksi hibah itu tidak

pernah berlaku secara sempurna semasa hayat si mati iaitu arwah Yusuf bin

Hassan.

Keputusan Mahkamah

Page 21: Kamsiah Yusof v. Latifah Yusof

Kamsiah Yusof lwn. Latifah Yusof Dan Tiga Yang Lain[2008] 1 MLRS 165

Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan tadi, dan setelah meneliti dan

menghalusi keterangan-ketarangan dan hujah pihak-pihak, maka mahkamah

dengan ini memutuskan:-

Adalah diputuskan bahawa permohonan Plaintif, Kamsiah binti Yusof untuk

mendapatkan perintah pengisytiharan hibah terhadap harta-harta tak alih:-

(a) Tanah tapak rumah PM 1342 No. Lot 2912, Mukim Gemas, Daerah

Tampin;

(b) Tanah kebun PM 1343 No. Lot 3959, Mukim Gemas, Daerah

Tampin; dan

(c) Tanah kebun PM 1344 No. Lot 3960, Mukim Gemas, Daerah

Tampin.

Adalah tidak sabit dan ditolak oleh Mahkamah ini.

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)